hubungan etnik jawapan

Upload: jamhari-hafiz

Post on 06-Apr-2018

260 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 hubungan etnik jawapan

    1/8

    Masyarakat India merupakan kaum yang ketiga terbesar bilangannya di

    Malaysia.Kebanyakan mereka menganut agama Hindu.Dalam konteks agama Hindu,mereka

    juga turut menitikberatkan perpaduan di antara ahli keluarga dan masyarakat amnya dengan

    memberi perhatian kepada semua golongan.Kepercayaan dan budaya dipelihara dan

    diwariskan kepada generasi muda.Ini secara tidak langsung dapat membantu memupuk

    toleransi pelbagai kaum yang ada di negara kita.Masyarakat India juga mengamalkan sistem

    berkeluarga.Yang lebih utama dalam masyarakat mereka ialah konsep tersebut yang

    membentuk keperibadian dan jati diri masyarakat India agar bertindak mengikut batas-batas

    yang dibenarkan oleh ajaran agama mereka.

    Keluarga masyarakat India dibentuk oleh semua anggota lelaki yang

    seketurunan,isteri serta anak-anak yang belum berkahwin.Andainya anak perempuan mereka

    berkahwin mereka akan menjadi anggota keluarga suaminya.Mereka berkeluarga dengan

    tujuan untuk mendapatkan zuriat sebagai penyambung keturunan.Sistem keluarga dipelihara

    oleh dua aspek utama iaitu ashrama dharma iaitu tahap yang harus dilalui oleh manusia dan

    purusartha iaitu empat objektif mulia yang mesti ada pada setiap insan.Aspek utama ialah

    Aram/dharma iaitu diperolehi melalui pendidikan yang bersifat kerohanian yang

    mementingkan moral dan etika.Ianya merupakan objektif utama dalam kehidupan ini

    .Terdapat tiga jenis dharma antaranya ialah sadarma dharma yang menekankan sifat-sifat am

    yang perlu ada bagi semua manusia seperti kebenaran ,kesabaran,memaafkan,tidak mencuri

    kawalan minda ,kawalan deria,tidak melakukan kekejaman ,pengetahuan ,ikhlas dan lain-lain

    nilai yang baik.Nilai-nilai tersebut sebenarnya merupakan nilai yang mampu melahirkan

    masyarakat yang benar-benar baik dan semestinya sekiranya dihayati sepenuhnya mampu

    menjadi salah satu faktor penyumbang kearah perpaduan kaum di peringkat kejiranan dan

    nasional khasnya.Terutamanya di dalam negara kita yang penduduknya berbilang agama dan

    bangsa dan keturunan.

  • 8/3/2019 hubungan etnik jawapan

    2/8

    Selain itu agama Hindu turut menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian.Percaya

    kepada konsep trimurti-brahma(Tuhan Pencipta),vishnu( Tuhan pemelihara dan siva(Tuhan

    pemusnah).Namun begitu kuasa agung bagi mereka ialah Brahma.Mereka percaya kepada

    konsep Karma dan kelahiran semula di mana seseorang kan dihidupkan semula sesudah mati

    mengikut balasan perlakuan mereka.Justeru itu mereka perlu sentiasa berkelakuan baik agar

    mendapat balasan karma yang baik apabila dihidupkan semula.Nilai ini turut menjadi

    pendorong kepada mereka agar berkelakuan baik sesama manusia.Ini Kerana andai jika tidak

    mereka tidak berbuat baik semasa hidup dihayat ini .Mereka akan dihidupkan semula dengan

    penuh kehinaan dalam kelahiran baru mereka.Sekiranya mereka mempunyai nilai nilai

    murni dan mengamalkannya maka mereka akan dilahirkan semula dengan darjat yang tinggi

    pada kelahiran akan dating sehingga ia mencapai Mokhsa iaitu bebas daripada pusiangan

    kelahiran.Jika sebaliknya berlaku mereka akan terus dilahirkan semula sehingga individu

    dapat membebaskan rohnya dari kelahiran semula dengan melakukan kebaikan.Nilai ini

    sudah semesti dapat menyumbang sama dalam membentuk masyakat yang bersatu padu di

    kalangan pelbagai kaum di negara kita.

    Satu lagi yang amat penting dalam masyarakat India yang mengamalkan ajaran Hindu

    ialah nilai Ahimsa.Ahimsa bermaksud tidak boleh membunuh sesuatu yang bernyawa

    walaupun bintang untuk mengisi perut.Nilai ini secara tidak langsung melahirkan konsep

    kasih sayang sesama manusia.Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya penindasan dan

    kekejaman sesama manusia.Sekiranya nilai ini benar-benar dihayati dan diamalkan sudah

    semestinya tahap perpaduan di negara kita akan terus kukuh .Binatang sekalipun tidak boleh

    dibunuh inikan pula manusia .Ini bermakna ajaran Hindu Tidak menggalakkan penganutnya

    untuk bermusuhan atau memusuhi orang lain.

  • 8/3/2019 hubungan etnik jawapan

    3/8

    Agama Hindu juga turut mengajar penganutnya mementingkan pemimpin yang adil

    dan bertanggungjawab sebagaimana termaktub dalam dharma yang dinamakan

    rajadharma.Rajadharma meliputi tugas dan tanggungjawab yang diwajibkan bagi seseorang

    pemerintah dalam melindungi perundangan sosial.Tugas utama raja ialah memerintah demi

    kebahagian rakyat dan rajadharma memerlukan seseorang pemerintah yang menganggap

    kebahagian rakyat merupakan kebahagian baginya dan kebajikan rakyat sebagai tugas

    utama.Andai nilai ini dapat dihayati dan diamalkan sepenuhnya maka akan lahirlah

    masyarakat yang penuh toleran antara pemerintah dan rakyat yang secara tidak langsung akan

    mewujudkan keharmonian dan perpaduan pelbagai kaum yang menganuti pelbagai agama di

    Malaysia.

    Nilai mulia yang ada dalam ajaran agama Hindu juga dilihat selari prinsip kelima

    Rukun Negara iaitu 'Kesopanan dan Kesusilaan'. Tokoh etika Hinduisme, Patan Jali

    menerangkan wujud dua konsep dalam Hinduisme.Pertama, konsep Yamas yang

    menitikberatkan pembinaan sahsiah diri. Ia mengandungi lima prinsip etika, iaitu tidak

    menghasut (asteya), tidak tamak haloba (aparigraha), tidak menipu dan amanah (sathya), baik

    fizikal dan rohani (bramacharia) dan pemikiran baik (ahimasa).Konsep kedua ialah Niyamas

    iaitu nilai etika untuk kepentingan masyarakat. Ia mengandungi lima prinsip etika

    merangkumi bersih perlakuan (saucha), hormati orang lain (santhosa), membantu orang lain

    (tepaha), dermawan (iswariaparanidha) dan hidup berdisiplin (suadhyaya). Dalam konteks

    masyarakat majmuk, tabiat menghasut antara kaum boleh menyebabkan masyarakat menjadi

    huru-hara serta mengancam keselamatan negara. Justeru, seseorang penganut Hindu yang

    baik mengamal prinsip etika itu pasti akan menjadi rakyat yang baik, sekali gus mewujudkan

    perpaduan yang jitu dikalangan pelbagai kaum di Malaysia.

  • 8/3/2019 hubungan etnik jawapan

    4/8

    Dasar perpaduan dan integrasi nasional pelbagai etnik adalah perlu untuk rakyat hidup

    bersatu padu ,aman dari persengketaan dan kucar-kacir.Dalam sebuah negara yang pel;bagai

    kaum penduduknya keharmonian dan kerukunan hidup rakyatnya amat bergantung kepada

    sikap mereka yang prihatin dan bertasamuh dalam apa-apa yang membabitkan aqidah dan

    pelajaran agama secara prinsip.Semangat syura hendaklah disemai dan disiram dan dibajai

    dari masa ke semasa dalam menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan dsalam

    masyarakat.Ianya perlu diadakan perbincanganberkisar tentang penghayatan nilai-nilai murni

    dan bukan masalah yang berkaitan dengan aqidah kerana Islam tiada kompromi dengan

    permasalahan yang melibatkan Tauhid.

    Jelas kepada kita bahawa penghayatan nilai-nilai murni mengikut ajaran agama

    masing-masing oleh masyarakat perlu disuburkan dari masa ke semasa kearah perpaduan

    yang lebih mapan.Kesemua agama dan budaya masyarakat yang merupakan intiti terbesar

    dalam negara kita iaitu Melayu,Cina dan India menyeru dan mengajak penganutnya agar

    dapat menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni agama masing-masing demi perpaduan

    sejagat.Ketiadaan mahupun kekurangan penghayatan nilai-nilai murni dalam masyarakat

    mampu meruntuhkan tembok perpaduan yang sekian lama kita bina dengan penuh

    ukhwah.Kerajaan telah berusaha menangani sebarang permasalahan yang timbul dan sentiasa

    menyuburkan serta membuka ruang perbincangandan percambahan minda agar masyarakat

    sedar tentang tanggungjawab masing-masing dalam menggalas misi negara.Lantaran itu

    seluruh warga Malaysia tak kira apa pun anutan wajar menghayati nilai-nilai positif yang ada

    dalam ajaran agama masing-masing demi kebaikan kita semua sebagai warga sebuah negara

    yang berdaulat bernama Malaysia.

  • 8/3/2019 hubungan etnik jawapan

    5/8

    Bibliografi

    1. Ahmad fawzi Basri dan Abdul Halim Ahmad ed.(1987)Isu-isu perpaduanNasional:

    Cabaran,Pencapaian dan Masa Depan.Universiti Utara Malaysia.

    2. Mohd Ayop Abd Razid 2009.Semua agama relevan jayakan Satu Malaysia

    3. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&arc=hive

    4. Dr Yusuf Al-Qardhawi Edisi Bahasa Malaysia oleh Prof.Madya Doktor Mat Saad Abdul

    Rahman .Kedudukan Non-Muslim dalam Masyarakat Islam.

    5. Seminar Buku .2010 .Hubungan muslim-non muslim dalam konteks Malaysia,anjuran Pusat

    Kajian Strategik Negeri Kelantan.

  • 8/3/2019 hubungan etnik jawapan

    6/8

    Saya telah berkesempatan untuk menemubual jiran saya yang merupakan pengamal tulin ajaran

    hindu bernama Jayanthy a/p Ramasamy.

    Di bawah merupakan petikan temubual yang telah saya jalankan.

    Soalan temubual

    Selamat pagi,Saya jamhari bin masdar salah seorang penuntut PJJ USM ingin menemubual tuan

    tentang beberapa perkara berkaitan agama hindu.

    Selamat pagi.Saya tiada sebarang masalah jika encik Jamhari ingin menemubual saya.

    Agama Islam sentiasa menyeru umatnya agar hidup bersatu padu,apakah ajaran agama hindu juga

    ada unsur-unsur tersebut?

    Ya sebagaimana agama Islam,agama Hindu turut mementingkan perpaduan.Ini amat jelas dalam

    atau apa yang diamakan oleh keluarga India beragama Hindu.

    Bagaimana keluarga masyarakat India dibentuk agar selaras dengan seruan kerajaan yang

    sentiasa mencanangkan perpaduan ?

    Keluarga masyarakat India dibentuk oleh semua anggota lelaki yang seketurunan,isteri serta anak-

    anak yang belum berkahwin.Andai anak perempuan mereka berkahwin mereka akan menjadi

    anggota keluarga suaminya.Sistem keluarga dipelihara oleh dua aspek utama iaitu ashrama dharma

    iaitu tahap yang harus dilalui oleh manusia dan purusartha iaitu empat objektif mulia yangmesti ada

    pada setiap .

    Boleh puan nyatakan apakah nilai tersebut ?

    Aspek utama ialah Aram/dharma iaitu diperolehi melalui pendidikan yang bersifat kerohanian yang

    mementingkan moral dan etika.Ia merupakan objektif utama dalam kehidupan ini.Terdapat 3 jenis

    dharma antaranya ialah sadarma dharma yang menekankan sifat-sifat am yang perlu ada bagi

    setiap manusia seperti kebenaran,kesabaran,memaafkan,tidak mencuri,kawalan minda,kawalan

    deria,tidak melakukan kekejaman,berpengetahuan ,ikhlas dan lain-lain nilai yang baik.

    Adakah nilai nilai yang boleh dikatakan menyeru masyakat beragama hindu untuk tidak

    melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nilai-nilai agama?

    Pengganut agama Hindu turut menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian.Percaya kepada

    konsep trimurti-brahma ,visnu dan siva.Namun kuasa yang paling agung bagi pengganut hindu ialah

    Brahma.Mereka percaya kepada konsep karma dan kelahiran semula di mana sesorang akan

    dihidupkan semula semula sesudah mati mengikut perlakuan mereka.

  • 8/3/2019 hubungan etnik jawapan

    7/8

    Tadi tuan menyebut bahawa agama hindu percaya kepada Dharma dan kehidupan

    semula.Bagaimana kepercayaan ini boleh menjadikan pengganut agama hindu akan melakukan

    kebaikan dan bukannya kejahatan?

    Lantaran kepercayaan ini ,mereka perlu sentiasa berkelakuan baik agar mendapat balasan karma

    yang baik apabila dihidupkan semula.Nilai inilah yang mendorong pengganut agama Hindu untuk

    berkelakuan baik sesame manusia.Ini kerana andai mereka tidak berkelakuan baik semasa hayat ini

    mereka akan dihidupkan semula dengan penuh kehinaan dalam kelahiran baru mereka.Sekiranya

    merekanya mereka mengamalkan nilai nilai murni maka mereka akan dilahirkan semula pada

    kelahiran akan datang sehingga ia mencapai mokhsa iaitu bebas daripada pusingan kelahiran.

    Bagaimana sekiranya mereka terus melakukan perkara-perkara tidak baik dalam kehidupan

    semula.Apakah terjadi kepada mereka?

    Jika mereka terus melakukan perkara-perkara yang tidak baik mereka akan terus dilahirkan semula

    sehingga rohnya dapat dibebaskan dari kelahiran semula dengan melakukan kebaikan.Pastinya

    nilai ini akan menjadi penyumbang penting kea rah perpaduan kaum di Negara kita.

    Maksud tuan selagi mereka tidak berbuat kebaikan selagi itulah mereka akan dihidupkan semula?

    Ya,selagi mereka tidak melakukan kebaikan selagi itulah mereka akan terus dihidupkan semula.

    Selain daripada yang tuan telah sebutkan.Adakah nilai-nilai lain yang boleh menyumbang kearah

    perpaduan bangsa Malaysia?

    Satu lagi nilai yang ada dalam agama hindu yang mampu menyumbang kepada perpaduan ialah

    nilai Ahimsa.Ahimsa bermaksud tidak boleh mebunuh sesuatu yang bernyawa walaupun binatang

    untuk mengisi perut.Nialai ini secara tidak langsung melahirkan konsep kasih seyang sesama

    manusia.Sekiranya nilai ini benar-benar dihayati dan diamalkansedah semestinya tahap perpaduan

    akan bertambah kukuh.Binatang pun tidak boleh dibunuh inikan pula manusia.Ini bermakna ajaran

    hindu tidak menggalakkan pengganutnya untuk bermusuhan mahupun memusuhi orang lain.

    Bagaimana pula dari segi kepimpinan atau pun pemimpin?

    Agama hindu juga turut mengajar pengganutnya mementingkan pemimpin yang adil dan

    bertanggungjawab sebagaimana termaktub dalam dharma yang dinamakan Rajadharma.

    Rajadharma meliputi tugas dan tanggungjawab yang diwajibkan bagi seseorang pemerintah bagi

    melindungi perundangan social.Tugas utama raja ialah memerintah demi kebahagian rakyat dan

  • 8/3/2019 hubungan etnik jawapan

    8/8

    rajadharma memerlukan seorang pemerintah yang mengganggap kebahagian rakyat merupakan

    kebahagiaan baginya dean kebajikan rakyat sebagai tugas utama.Andai nilai ini dapat dihayati dan

    diamalkan sepenuhnya maka akan lahirlah masyarakat yang penuh toleran antara pemerintah dan

    rakyat yang secara tidak langsung akan mewujudkan keharmonian dan perpaduan kaum di Negara

    kita.

    Terima kasih ,tuan kerana sudi ditemubual.

    Sama-sama,rasanyakan jam tak ramai orang melayu yang sanggup untuk menemubual bangsa lain

    dan orang yang berlain agama macam ni.

    Gambar Jayanthy a/p Ramasamy dengan pakaian tradisional India semasa di temubual

    dirumahnya.