hubungan etnik-final

43
SCHOOL OF ARCHITECTURE, BUILDING AND DESIGN Topik : Kelabit Kumpulan : 7 Kursus : Hubungan Etnik (MPU3113) Nama Pensyarah : Mr. Serit Anak Banyan BIL. Nama Pelajar ID 1. Lee Shze Hwa 0320053 2. Lee Suk Fang 0323293 3. Lee Wan Xuan 0325273 4. Lee Zhi Chen 0326181 5. Lee Zhi Xin 0324563 6. Lee Zi Ying 0320435 7. Leong Yu Xuan 0325102 8. Liew Li Wen 0324297 9. Liew Min Yee 0324525 10. Liew Poh Ka 0320424 11. Loong Bo lin 0321469

Upload: shze-hwa-lee

Post on 10-Apr-2017

244 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hubungan etnik-final

SCHOOL OF ARCHITECTURE,

BUILDING AND DESIGN

Topik : Kelabit

Kumpulan : 7

Kursus : Hubungan Etnik (MPU3113)

Nama Pensyarah : Mr. Serit Anak Banyan

BIL. Nama Pelajar ID

1. Lee Shze Hwa 0320053

2. Lee Suk Fang 0323293

3. Lee Wan Xuan 0325273

4. Lee Zhi Chen 0326181

5. Lee Zhi Xin 0324563

6. Lee Zi Ying 0320435

7. Leong Yu Xuan 0325102

8. Liew Li Wen 0324297

9. Liew Min Yee 0324525

10. Liew Poh Ka 0320424

11. Loong Bo lin 0321469

Page 2: Hubungan etnik-final

ISI KANDUNGAN

BIL. Tajuk Muka Surat

1. Penghargaan 1-2

2. Sejarah 3-5

3. Ciri-ciri 6-7

4. Kebudayaan 8-20

5. Agama dan Kepercayaan 21-22

6. Hari Perayaan 23-25

7. Orang Terkenal 26-27

8. Sosio-ekonomi 28-29

9. Isu-isu yang dihadapi oleh kaum Kelabit sekarang 30-31

10. Refleksi 32-26

11. Rujukan 37-39

12. Lampiran 40-41

Page 3: Hubungan etnik-final

1.0

PENGHARGAAN

PAGE | 1

Page 4: Hubungan etnik-final

Kelabit merupakan orang asli daripada

Sarawak dan Kalimantan Utara tanah tinggi

Borneo dengan minoriti di negeri jiran Brunei .

Mereka mempunyai hubungan rapat dengan

Lun Bawang . Terpilihnya terdapat sedikit lebih

1,200 meter. Pada masa yang lalu, kerana

terdapat beberapa jalan raya (jalan balak sahaja

tidak dijaga dengan baik yang cenderung untuk

tidak terlalu dekat dengan Bario Highlands) dan

dengan kawasan yang sebahagian besarnya

tidak boleh diakses oleh sungai kerana

jeram, tanah tinggi dan Kelabit adalah agak

tidak disentuh oleh pengaruh barat moden .

Sekarang, bagaimanapun, terdapat laluan jalan

raya yang agak tetap yang anda boleh memandu

dari Miri untuk mencapai Bario. Jalan-jalan

yang ditanda tetapi tidak digalakkan tanpa

pemandu tempatan kerana ia mengambil masa

lebih 11 jam memandu untuk sampai ke Bario

dari Miri melalui banyak, banyak simpang

pembalakan laluan dan lintasan sungai. Anda

mungkin mendapati diri anda hilang dalam

beratus-ratus batu denai pembalakan di tengah-

tengah Borneo!

Dengan penduduk seramai kira-kira

6,600 orang (2013) Kelabit terdiri daripada

salah satu daripada yang paling kecil kumpulan

etnik di Sarawak . Ramai yang telah berhijrah

ke kawasan bandar dalam tempoh 20 tahun

yang lalu dan ia dianggarkan bahawa hanya

1,200 masih tinggal di tanah air jauh mereka. Di

sana, masyarakat bersatu ketat hidup dalam

mewarisi rumah panjang dan mengamalkan satu

bentuk generasi-lama pertanian mereka

penanam padi sawah , padi bukit ,jagung , ubi

kayu , nenas , labu , timun , kacang dan buah-

buahan . Memburu dan memancing juga

diamalkan. Ternak kerbau dinilai sangat, tujuh

daripada yang secara tradision mereka

diperlukan untuk mas kahwin untuk pengantin

perempuan kelas atasan.

Page 5: Hubungan etnik-final

2.0

SEJARAH

PAGE | 3

Page 6: Hubungan etnik-final

Kaum Kelabit merupakan orang ulu yang tinggal di pergunungan Sarawak. Mereka

adalah golongan etnik yang terkecil in Sarawak, hanya 6600 orang Kelabit dilaporkan pada

tahun 2013. Mereka berdiam di dekat hulu Sungai Baram dan Tutoh, bagian tengah Sungai

Limbang, di sekitar Lembah Trusan, Damit dan Lawas. Rujuk gambar 1.0 (tempat tinggal)

Gambar 1.0

Gambar 1.1

Pada zaman dahulu, Kaum Kelabit

adalah satu istilah dari bahasa melayu yang

telahpun wujud sejak zaman pemerintahan

Rajah Brooke di Sarawak. Rujuk gambar 1.1.

Iaitu satu istilah yang kerap digunakan

oleh penduduk hulu sungai ketika

memperkenalkan diri mereka kepada pegawai-

pegawai Kerajaan Brooke dahulu. Mereka

Menggelarkan diri mereka sebagai Orang Ulu,

orang yang tinggal di hulu sungai.

Page 7: Hubungan etnik-final

Bahasa Kelabit memiliki beberapa dialek, namun termasuk ke dalam kelompok bahasa Kelabit-

Murut. Seperti hal nya orang Kayan, Kajang dan Kenyah, orang Kelabit juga hidup dari perladangan

tebang bakar dan pindah-pindah. Orang kelabit mempraktikkan pertanian irigasi, serta pemeliharaan

ternak babi dan sapi lebih dulu daripada kaum yang lain seperti Dayak.

Namun istilah ‘Orang Ulu’ untuk pertama kalinya digunakan secara rasmi pada tahun 1958, yakni dalam

Undang-undang Adai Pribumi. Pada 28 Oktober, 1966, istilah ‘Orang Ulu’ itu muncul sekali lagi dengan

penubuhan satu pertubuhan sosial, Orang Ulu National Association (OUNA). Petempatan awal kaum

Kelabit boleh juga dirujuk berdasarkan barang- barang antik yang mereka miliki, misalnya tempayan dan

biji-biji manik lama. Bukan sahaja berusia lebih tua, barang- barang antik itu juga dikatakan tidak

terdapat di lain- lain tempat Sarawak. Gambar berikut 1.2 merujuk Orang Kelabit sedang bekerja.

Gambar 1.2

Gambar 1.3

Selain itu, asal usul kaum Kelabit boleh dikaitkan dengan bukti-bukti aktiviti batu

bergambar. Iaitu satu aktiviti manusia purba. Orang Barat mengukur zaman purba

mereka berdasarkan bukti aktiviti “mengalictic tombs” kira-kira tahun 3500 hingga

1000 sebelum masehi.

Pada zaman ini, lebih separuh anggota Kelabit telah

berpindah ke luar Dataran Tinggi Kelabit contohnya

Marudi, Miri, Bintulu, Limbang, Lawas, Sibu dan Kuching.

Pada mulanya, aliran penghijrahan mereka ke bandar-

bandar itu adalah semata-mata melanjutkan pelajaran ke

peringkat sekolah menengah dan seterusnya ke alam

pekerjaan yang mengekalkan mereka di bandar-bandar.

Populasi mereka pada zaman ini telah dikurangkan.

Gambar 1.3 berikut merujuk tempat ulu sungai yang mereka tinggal.

Page 8: Hubungan etnik-final

3.0

CIRI-CIRI

PAGE | 6

Page 9: Hubungan etnik-final

Antara ciri-ciri kuam Kelabit ialah cuping telinga dan tatu. Bagi

wanita kaum Kelabit, mereka percaya cuping telinga yang

panjangnya merupakan simbol kecantikan. Mereka menggunakan

loyang, iaitu tembaga berwarna kuning keemasan sebagai perhiasan

dan memanjangkan cuping telinga mereka. Tatu Kelabit amat popular

pada zaman dahulu, mereka biasanya membuat tatu di bahagian

lengan and kaki.

Selain itu, kuam Kelabit mempunyai kemahiran yang hebat untuk

membuat kraftangan. Mereka menggunakan bahan sekitar sebagai

bahan membuat kraftangan seperti bulu dan rotan.

Di samping itu, kuam Kelabit juga mempunyai makanan tradisional

sendiri. Contohnya, Labo Belatuh dibuat daripada daging rusa dan

dibakar sehingga masak. Mereka juga menghasilkan garam

dinamakan Bario garam. Garam tersebut digunakan untuk

memelihara daging dan memasak.

Seterusnya, kuam Kelabit juga mempunyai Bahasa sendiri, iaitu

Bahasa Kelabit. Bahasa Kelabit merupakan salah satu bahasa tertua

di dunia dan dipercayai digunakan sejak 200 hingga 300 tahun

dahulu.

Sistem Teknonymic merupakan salah satu ciri-ciri Orang Kelabit.

Pasangan ibu bapa akan mendapat tajuk keibubapaan selepas

melahirkan anak dan tajuk tersebut ditentukan oleh jantina anaknya.

Mereka akan mendapat tajuk yang baru sehingga mereka mendapat

cucu pertama.

Ciri seterusnya, adalah pakaian tradisional kaum Kelabit. Mereka

akan menghiaskan diri dengan manik yang berwarna-warni. Wanita

Kelabit menggunakan pelbagai bentuk dan warna manik untuk

membuat perhiasan seperti Bao Rawir, Bao Alai dan Bao Bata Madi.

Bagi lelaki Kelabit, mereka akan memakai jaket and topi yang

membuat daripada manik juga.

Selain daripada itu, rumah panjang merupakan ciri-ciri kuam Kelabit

juga. Kuam Kelabit amat mementingkan amalan bersatu-padu dan

tinggal bersama di rumah panjang pada zaman dahulu. Mereka akan

meraikan majlis istimewa dan perayaan di rumah panjang.

Kesimpulannya, kaum Kelabit merupakan kumpulan etnik yang unik

di Malaysia. Masyarakat Kelabit perlulah berusaha untuk memelihara

dan mewarisi ciri-ciri mereka walaupun jumlah orang Kelabit

semakin berkurang.

Kuam Kelabit mempunyai jumlah 6,600 orang sekarang and merupakan salah satu

kumpulan etnik yang terkecil di Sarawak. Orang Kelabit bertinggal di Bario, Sarawak. Mereka

mempunyai tradision dan kebudayaan sendiri yang amat unik dan berbeza daripada kumpulan

etnik lain. Oleh itu, apakah ciri-ciri kuam Kelabit?

Page 10: Hubungan etnik-final

4.0

KEBUDAYAAN

PAGE | 8

Page 11: Hubungan etnik-final

Bagi wanita Orang Kelabit, ia dianggap simbol kecantikan paling utama. Mereka

beranggapan, semakin panjang cuping telinga, semakin terserlah aura kecantikan mereka.

Loyang adalah perhiasan telinga yang dibuat daripada tembaga berkualiti tinggi. Sejak beratus-

ratus tahun dahulu, wanita Orang Kelabit menggunakan tembaga berwarna kuning keemasan

dan merah pudar yang dipercayai dibawa masuk ke Borneo oleh pedagang dari Tanah Jawa dan

China. Mereka yang mempunyai barangan tembaga begitu bernilai akan dimiliki sebagai

golongan berharta. Di samping itu, telinga Orang Kelabit tidak harus terlalu panjang sehingga

menyentuh payu dara. Panjangan telinga yang paling standard dan cantic dipandang mata adalah

4.1 ORANG KELABIT

sepanjang 20 centimeter atau setakat pangkal dada. Pada

masa dahulu, ramai gadis berebut-rebut untuk memiliki

telinga panjang seperti yang dimilikinya. Bukan sahaja

cantik dipandang, malah mereka lebih senang menambat

hati bakal suami dan keluarga mertua. Mereka mengambil

masa bertahun-tahun untuk memanjang telinga mereka,

maka buah tembaga yang diguna sejak bayi perlu

bersesuaian agar cuping telinga lebih cepat meregang dan

memanjang. Telinga panjang kini semakin lenyap ditelan

zaman seperti tradisi lama yang lain. Pada zaman sekarang,

terdapat wanita bertelinga panjang memotong telinga

mereka kerana bimbang anak-anak berasa malu dan takut

dianggap ketinggalan zaman. Sementara itu, generasi baru

kini sudah tidak mahu lagi meneruskan tradisi ini kerana

prosesnya yang menyakitkan dan penjagaan yang rumit.

Page 12: Hubungan etnik-final

4.2 TATU

Tatu di lengan dan kaki wanita popular sehinnga tahun 1950. Sehingga

hari ini, kita masih boleh melihat tatu di kalangan wanita yang lebih tua.

Mereka akan bermula tatunya dengan reka bentuk yang mudah dan akan

membuat tatu lagi pada setiap tahun sehingga tatu menutup semua lengan

dan kakinya. Kaum lelaki Kelabit membuat tatu berupa garis putus-putus

yang mengalir di bahagian lengannya. Kepada wanita Kelabit, mereka akan

mempunyai tatu berupa geometri yang ketara.

Tatu Dayak Kelabit di bahagian lengan dan kaki.

Page 13: Hubungan etnik-final

KRAFTANGAN 4.3

Orang Kelabit membuat banyak kraftangan yang selalu

digunakan dalam kehidupan seharian. Orang Kelabit tidak membuat

ukiran atas kraftangan mereka tetapi hiasan digunakan untuk membuat

kraftangan. Mereka mempunyai kemahiran yang hebat untuk membuat

kraftangan mereka yang cantik.

Terdapat dua bahan yang selalu digunakan untuk membuat

kraftangan adalah buluh dan rotan. Rotan boleh dijumpai dalam hutan

primer bagaimanapun buluh hanya boleh dijumpai dalam hutan

sekunder iaitu kawasan yang telah digunakan untuk pertanian.

Contohnya, perkakas memasak, alat memasak di dapur, bakul untuk

menyimpan barang, bubu dan dulang jelas beras adalah dibuat daripada

buluh dan rotan. Selain it, orang Kelabit juga menggunakan bahan lain

sepertinya rumput, kulit atau bahan tumbuhan untuk membuat tikar,

penyapu, topi matahari dan sarung pisau.

PAGE | 11

Page 14: Hubungan etnik-final

MAKANAN 4.4

Orang Kelabit memghasilkan garam yang dinamakan

Kelabit atau Bario garam. Garam ini adalah diperolehi

daripada mata air dari tanah tinggi dengan mengewap air

masin. Air masin ini direbus sehingga air sejat dan tinggal

garam di dalam “kawang” (perkakas memasak besar).

Selepas itu, garam itu perlu dikeringkan sebelum dibakar di

dalam paip buluh. Proses ini adalah untuk mengeraskan

garam itu dan menggunakan daun besar untuk membalut

garam itu. Selepas dibalut dengan daun, garam itu perlu

disimpan di tempat yang kering. Garam ini juga boleh

digunakan untuk memelihara daging dan memasak.

Orang Kelabit selalu mendapati bekalan daging dan sayur-sayuran dari hutan atau taman.

Mereka mengumpulkan sayur-sayuran dari hutan, memburu binatang dan menangkap ikan

sebagai makanan seharian. Setiap keluarga mempunyai ladang untuk menanam padi. Padi yang

ditanam oleh orang Kelabit bukan sahaja untuk kegunaan seharian, mereka juga menjual beras

untuk mendapatkan wang.

Pada zaman mereka, orang Kelabit

menggunakan periuk tanah liat yang dibuat oleh

wanita untuk memasak dan menyediakan

makanan mereka. Pada masa kini, mereka tidak

lagi menggunakan periuk tanah liat. Mereka

mendapatkan perkakas dapur dari kawasan

bandar seperti garpu, sudu, pinggan dan periuk

memasak logam.

Labo Belatuh ialah sesuatu jenis makanan

Kelabit. Labo Belatuh adalah dibuat daripada

daging rusa dan dibakar sehingga masak.

Selepas itu, daging itu ditumbuk dan

dihidangkan dengan nasi.

Page 15: Hubungan etnik-final

BAHASA 4.5

Bahasa Kelabit dituturkan oleh kaum kelabit yang berasal dari tanah tinggi Bario di

utara Sarawak. Bahasa Kelabit merupakan salah satu bahasa tertua di dunia and dipercayai

digunakan sejak 200 hingga 300 tahun dahulu. Di samping itu, Bahasa Dayak Kelabit

memiliki beberapa dialek di Malaysia iaitu Pa’ Umor, Pa’ Dalih, Long Peluan, Long

Lellang, Brung, Libbung dan Lepu Potong. Hari ini, ramai kaum Kelabit telah belajar untuk

bercakap bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin

Fatimah Abdullah menyatakan bahawa bahasa Kelabit sedang mengalami kepupusan

berikutan jumlah penutur terutama di kalangan generasi muda berkurangan.

Contoh kata Bahasa Kelabit menterjemahkan kepada Bahasa Melayu :

Bahasa Kelabit Bahasa Melayu

Awan Suami atau Isteri

Baa? Basah

Doo? Baik

Enun Apa?

Getu?en Bintang

Limeh Lima

Kadi? Kecil

Lati? Keria

Mateh Mati

Uluh Kepala

Page 16: Hubungan etnik-final

NAMA DAN SISTEM 4.6

TEKNONYMIC

Nama Kelabit dibahagikan kepada 2 bahagian, iaitu nama yang diberikan dan nama

bapa. Biasanya, nama lelaki Kelabit adalah Lian, Agan, Giak dan Apui. Nama perempuan

biasa adalah Supang, Sigang, Rinai, Dayang dan Ruran.

Kaum Kelabit mengamalkan sistem teknonymic. Dalam sistem teknonymic,

pasangan yang baru menjadi ibu bapa dan datuk nenek akan menukar nama mereka dan

nama baru itu akan diumumkan kepada masyarakat di Irau Mekaa Ngadan (Menukar Majlis

Nama). Tajuk keibubapaan ditentukan oleh jantina anak pertama mereka dan akan ditangani

oleh ahli-ahli masyarakat.

Contohnya, jika jantina anak pertama ialah lelaki, bapa akan

ditangani sebagai Tamabu bermaksud “bapa kepada seorang anak

lelaki” dan ibu akan ditangani sebagai Sinamu bermaksud “ibu kepada

seorang anak lelaki”. Manakala, jika jantina anak pertama ialah seorang

wanita, bapa akan ditangani sebagai Temamu bermaksud “bapa kepada

seorang anak wanita” dan ibu akan ditangani sebagai Sinamu

bermaksud “ibu kepada seorang anak wanita”. Mereka akan membawa

gelaran tersebut sehingga mereka mempunyai cucu pertama, di mana

mereka akan menukar tajuk yang

baru lagi. Jika cucu pertama adalah lelaki, kedua-

dua datuk dan nenek akan ditangani sebagai

Tepuabu bermaksud “datuk atau nenek kepada

seorang budak lelaki”. Tajuk Tepuama bermaksud

“datuk atau nenek kepada seorang budak wanita”

akan ditangani kepada datuk nenek jika jantina

cucu pertama adalah perempuan.

Page 17: Hubungan etnik-final

PAKAIAN TRADISIONAL 4.7

Biasanya, lelaki Kelabit akan memakai

kain pinggang dan jaket yang dibuat daripada

kulit pokok. Manakala, wanita Kelabit akan

memakai skirt panjang sehingga lutut dan

menghiaskan dirinya dengan rantai dan topi

manik.

Pakaian lelaki dan wanita Kelabit dalam kehidupan seharian.

BAO RAWIR

BAO ALAI

BAO BATA MADI

Page 18: Hubungan etnik-final

Dalam perayaan dan majlis istimewa, wanita Kelabit akan menghiaskan diri dengan

manik. Manik seperti balang amat dihargai oleh masyarakat Kelabit dan melambangkan

status kekayaan seseorang. Manik orang Kelabit boleh digunakan untuk pelbagai

kegunaan seperti kalung. Contohnya, orang Kelabit membuat bao alai dengan manik, iaitu

JAKET MANIK

TOPI MANIK

kaca Venitian yang berbentuk bujur dan

berwarna kuning. Di samping itu, bao rawir

biasanya berpanjangan 15 hingga 25mm, legap

dan berwarna oren digunakan sebagai topi manik

oang Kelabit. Seterusnya, bao bata madi and

bata agan digunakan sebagai tali pinggang.

Wanita Kelabit akan menjahit manik-manik

dengan motif yang indah di atas kain hitam

dengan corak-corak alami. Mereka memilih kain

berwarna hitam kerana mereka percaya warna

hitam melambangkan kuasa. Manakala, lelaki

Kelabit akan memakai manik jaket yang

berwarna-warni dalam majlis istimewa, perayaan

dan perkahwinan.

Pakaian lelaki dan wanita Kelabit

semasa perayaan

Page 19: Hubungan etnik-final

RUMAH PANJANG RUMAH ASAL ORANG KELABIT

4.8

Kayu merupakan bahan pertama yang menggunakan untuk membina rumah asal orang

Kelabit. Setiap rumah tangga menuju dapur masing-masing. Dapur merupakan tempat makan

bersama kepada semua penduduk di rumah panjang. Di bahagian dapur, terdapat satu ruangan

yang bertujuan untuk menyimpan bahan makanan dan peralatan dapur dan juga mempunyai

tangga menuju ke bawah rumah. Bawah rumah telah dianggap sebagai kandang binatang

peliharaan, tandas dan bilik mandi. Selain itu, rumah panjang juga mempunyai lorong yang

melebihi 100m panjang selepas menyambung dengan ruang keluarga di bahagian depan. Oleh

itu, lorong tersebut sebagai tempat berkumpulan seluruh anggota keluarga dan digunakan

untuk majlis perkahwinan, pengebumian dan juga perayaan orang Kelabit.

PERAPIAN

KADUNG BINATANG PELIHARA

BAHAGIAN DAPUR

LORONG PANJANG

UNTUK MAJLIS ISTIMEWA

Page 20: Hubungan etnik-final

TARIAN BUMI KELABIT 4.9

Gambar berikut merujuk Tarian Traditional Bumi Kelabit , Tarian Makasor , yang

bermaksud “long dance” , Tarian tersebut adalah sebagai tanda-tanda menjemput

kehadiran tatamu ke rumah panjang yang kukuh berdiri sejak tahun 1963 lagi.

Sebenarnya , Tarian ini secara tradisi dilakukan untuk menyambut pahlawan berjaya

kembali dan juga semasa berakhirnya musim menuai padi. Putera Kenyah , Nyik Selung

yang mulai tarian ini dan percaya tarian ini sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran.

Tarian Makasor akan disembah oleh wanita sahaja , mereka akan memakai hiasan

kepala burung kenyalang dan memegang bulu-bulu burung kenyalang , bergerak

menggambarkan situasi penerbangan burung, Traditional muzik dari Sa-Pay dan Pa-Gang

akan dimainkan semasa menari.

Page 21: Hubungan etnik-final

ALAT MUZIK BUMI KELABIT 4.10

Jatung Ulong mengandungi

antara tujuh hingga sepuluh

keping kayu dengan setiap satu

berbeza dari segi saiz and

tebalnya. Kayu akan digantung

dengan tali di atas kotak

degungan. Alat muzik ini

dimainkan secara dengan

menggunakan kayu dan

menghasilkan muzik dengan

dengung. Jatung Ulong sentiasa

digabungkan dengan Sape untuk

mengiringi tarian.

Sape diukir daripada kayu

lembut, kayu aro ataupun kayu

meranti. Badannya seperti

gitar , mempunyai badan yang

panjang dengan bahagian

belakang dibiarkan terbuka dan

pendek Sape dihias dengan corak

ukiran yang berwarna-warni. Badan

sape lebih kurang 130 cm panjang dan 20

cm lebar. Kaum lelaki sahaja yang memain

alat muzik ini. Dulu hanya dua utas tali

rotan digunakan , kini , tiga hingga empat

tali logam dipasangkan pada badan sape.

Sape dimainkan seperti gitar dengan care

memetik talinya , biasanya dimainkan

semasa Tarian Ngajat atau Tarian Makasor.

Malah , inovasi terbaru iaitu Sape electrik

juga telah dicipta untuk menarik generasi

muda bermain alat muzik ini.

JATUNG ULONG

SAPE

Page 22: Hubungan etnik-final

PERMAINAN TRADISIONAL BUMI KELABIT

4.11

Bumi Kelabit mempunyai beberapa permainan tradisional bertujuan

untuk mengukur dan membuktikan keperkasaan pemuda lelaki bagi menarik

perhatian kaum wanita.

Antaranya ialah Permainan Melakut Karat membawa maksud tarik dan

tolak ini amat menguji kekuatan seseorang lelaki, mereka perlu menarik kayu

balak yang hujungnya ditanam dalam tanah dengan sekuat-kuat hati yang

boleh.Kemudian , Jarak tarikan kayu balak akan diukur dan sesiapa pemuda

lelaki yang berjaya menarik paling jauh akan mendapat perhatian wanita.

Selain itu , permainan lain yang menguji kekuatan ialah matitiew batuh

atau baling batu, seseorang pemuda lelaki itu perlu membaling sebiji batu yang

amat besar dan berat ke tanah, jarak baringan akan diukur.

Permainan tradisional juga ada tebpak apo iaitu cucuk atas, pemuda perlu

melompat tinggi sambil cuba mencucuk atap nipah dengan menggunakan lidi.

Page 23: Hubungan etnik-final

5.0

AGAMA & KEPERCAYAAN

PAGE | 21

Page 24: Hubungan etnik-final

AGAMA 5.1

Kebanyakan masyarakat Kelabit pada hari ini menganut agama Kristian, dengan

sebahagian besar berpegang pada kehidupan cara tradisi di rumah-rumah panjang yang

diwarisi daripada orang tua. Krismas dan Paskah merupakan perayaan yang mereka

meraikan sebagai satu komuniti.

KEPERCAYAAN 5.2

Sistem kepercayaan pada amnya boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu

kepercayaan tentang pencipta alam dan kepercayaan terhadap semangat.

Dalam cerita-cerita metos orang Kelabit, manusia pertama di bumi adalah orang

Kelabit. Guma Guyun, manusia yang pertama mencipta Seluyah yakni roh leluhur yang perkasa dan sentiasa berkeliaran di permukaan bumi ini.

Orang Kelabit percaya bahawa lembah-lembah di

permukaan bumi adalah kesan-kesan tapak kaki roh-roh

itu. Dikatakan tubuh badannya berukuran sekitar 11

hingga 13 tinggi. Orang Kelabit pada masa silam begitu

cenderung melukis pada batu-batu besar atau

mengukirnya sebagai tanda peringatan mereka kepada

seluyah mereka.

KEPERCAYAAN TENTANG PENCIPTA ALAM

KEPERCAYAAN TERHADAP SEMANGAT

Kepercayaan kepada semangat merupakan ciri yang

paling utama dan jelas dalam kepercayaan animisme

kaum Kelabit. Orang Kelabit menggelarkan semangat itu

Darayah. Iaitu suatu semangat yang memiliki sifat-sifat

baik dan buruknya. Keadaan petempatan mereka

dikelilingi oleh hutan rimba merupakan tempat

kediaman berbagai jenis binatang. Pendedahan ini

menyebabkan mereka berhubung rapat dengan binatang-

binatang yang tertentu dan menjadikan perhubungan itu

sebagai perkara yang perlu diambil berat.

Page 25: Hubungan etnik-final

6.0

HARI PERAYAAN

PAGE | 23

Page 26: Hubungan etnik-final

GAWAI DAYAK

Orang Kelabit meraikan perayaan Gawai Dayak. Walaupun Gawai Dayak

terutamanya diraikan oleh Iban,Bidayuh dan kumpulan Ulu, tetapi juga diraikan oleh

kaum yang lain di Sarawak,contohnya: kumpulan Orang Ulu yang meliputi suku Kayan,

Kenyah,Kelabit,Lun Bawang,Penan,Punan dan Tatau.Oleh itu,Gawai Dayak merupakan

satu perayaan daripada perayaan mereka.

Gawai bermaksud pesta.Oleh itu,Gawai Dayak juga adalah Pesta Dayak.Orang

Kelabit merayakan Gawai Dayak untuk menyambut tahun baru yang ditandakan dengan

berakhirnya musim menuai padi dan mula musim menanam padi.Perayaan ini amat

popular di dalam kedalaman Sarawak.Biasanya,mereka menyambut Gawai Dayak di

dalam rumah-rumah panjang.

Gawai Dayak terbahagi kepada tiga proses iaitu:

1. Persediaan sebelum Gawai Dayak

2. Perayaan pada hari pertama Gawai Dayak

3. Perayaan pada hari kedua Gawai Dayak

Page 27: Hubungan etnik-final

A

PERSEDIAAN

Orang Kelabit menyambut Gawai Dayak pada setiap bulan Mei,dengan

penapaian “tuak”.Tuak merupakan sejenis minuman tradisi bagi orang

Kelabit,dibuat daripada beras.Ia hanya boleh diminum pada akhir bulan Mei

selepas tuak tersebut telah ditapaikan.

Selepas pertengahan bulan Mei,kaum wanita akan membuat kuih

tradisional yang dipanggil “sarang semut”, “acuan”,“kuih sepit” dan

sebagainya.

Sebelum hujung bulan Mei, mereka juga akan bergotong-royong

membersihkan rumah dan menghiaskan rumah panjang mereka supaya

kelihatan bersih dan kemas.Rumah mereka dibinakan dengan peraturan

tertentu supaya boleh digunakan sebagai tempat kediaman dan tempat

beribadat.

PERAYAAN HARI PERTAMA

Orang Kelabit akan mencari bahan makanan dari hutan pada 31 Mei

dan menyembelih haiwan ternakan sebagai lauk utama.Makanan yang

dihidangkan ialah nasi pulut “pansoh”(lemang). Nasi pulut ini adalah

melambang perpaduan dalam komuniti orang Kelabit.

PERAYAAN HARI KEDUA

Pada keesokan harinya,mereka akan bersedia untuk

acara rumah terbuka kepada orang ramai dengan

menghidangkan makanan dan minuman di bilik atau

di ruai mereka.Mereka telah memandang upacara

itu sebagai adat hormat.

Selain itu,mereka juga akan membentangkan tikar

bemban,tikar rotan atau tikar kulit kayu yang

menganyam dengan rekaan bunga.Para tetamu akan

duduk di pelandar istimewa yang mengikut kedudukan

sosial masing-masing.Setelah persediaan

disiapkan,mereka bersedia untuk menyambut hari Gawai

pada waktu malam,31 Mei.

Upacara sajian dan penyembahan akat diadakan kira-kira

jam 6 petang.Tujuan upacara ini adalah untuk bersyukur

kepada Tuhan dan memohon panjang umur,kesihatan

dan rezeki.Setelah sajian telah dibahagikan,ketua rumah

panjang akan membaca doa.Makan malam juga

dilaksanakan selepas upacara ini.Selepas

makan,perayaan Gawai Dayak akan dimulakan secara

rasmi. Ngajat Lesong merupakan salah satu acara yang

paling menarik pada perayaan Gawai.Penari akan

menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung

menumbuk padi dengan menggunakan giginya.

Page 28: Hubungan etnik-final

7.0

ORANG TERKENAL

PAGE | 26

Page 29: Hubungan etnik-final

DATUK’ SRI IDRIS JAYA

Dato’ Sri Idris Jala, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian Pengurusan

Prestasi dan juga Menteri Jabatan Perdana Menteri, merupakan tokoh korporat yang

tidak asing di mata rakyat Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Nama beliau mula

dikenali oleh rakyat di negara ini ketika dilantik secara tiba-tiba pada tahun 2006 untuk

‘menyelamatkan’ Malaysia Airlines (MAS) yang dilanda kerugian berbilion ringgit

ketika itu. Bukan sahaja beliau berjaya, malah beliau mencipta rekod keuntungan

sebanyak RM 840 juta, rekod tertinggi syarikat penerbangan tersebut dalam tempoh 60

tahun! Namun ramai yang tidak tahu yang sebelum MAS, malah sebelum itu lagi iaitu

23 tahun kejayaan beliau di syarikat SHELL di peringkat antarabangsa

Kaum : Kelabit

Tarikh Lahir : 21 Ogos 1958

Tempat Lahir : Bario, Sarawak, Malaysia

Bangsa : Malaysia

Agama : Kristian

Mater Alma : Universiti Sains Malaysia, Malaysia ; Warwick University, United Kingdom

Party Politik : Bebas

Kawasa Pilihan : Senator

Raya

Jawatan Dipegang :

BIODATA

Menteri Jabatan Perdana Menteri (1 September 2009 –

Sekarang) , dilantik tanpa portfolio.

Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian

Pengurusan Prestasi (PEMANDU) (2009 – Sekarang).

Ketua Pengawai Eksekutif dan Pengaruh Urusan

Malaysia Airlines (MAS) (1/12/2005 – 31/8/2009),

selepas kerugian yang drastic dalam MAS

Pengarah Urusan Shell MDS (2002 - 2005)

Naid Pengerusi Shell Malaysia Gas & Power (2002 –

2005).

Naib Pengerusi Shell International (2000 – 2002).

Pengurus Pengarah Urusan Sri Lanka Shell (1998 –

2000).

Pengurus Kanan Jualan Runcit Shell Malaysia (1997).

Ketua Pembangunan Sumber Manusia Sarawak Shell

(1993).

Ketua Pembangunan Kakitangan & Pegawai

Perhubungan Perusahaan Shell Sarawak (1982 –

1987).

Tempoh Jawatan : 1982 - 2005

Page 30: Hubungan etnik-final

8.0

SOSIO-EKONOMI

PAGE | 28

Page 31: Hubungan etnik-final

Sistem ekonomi tradisional yang diamalkan oleh kaum Kelabit adalah bersifat

sara diri. Mereka mempunyai beberapa kegiatan ekonomi antaranya adalah menanam

padi sawah. Padi merupakan tanaman dan makanan utama mereka. Mereka menanam

padi sawah di kawasan Sungai Baram. Selepas musim menuai, orang kelabit akan

membiarkan kerbau peliharaan mereka di dalam bendang untuk tujuan membersihkan

dan membajak tanahnya. Mereka juga membenarkan air dari kawasan bukit mengalir

terus ke dalam bendang mereka. Oleh itu, orang Kelabit terkenal dengan pengeluaran

beras Bario.

Di samping mengusahakan penanaman sawah padi, mereka juga giat

mengusahakan pertanian huma secara pindah-randah. Tanaman-tanaman adalah

bersangkutan dengan pemakanan harian mereka seperti padi, ubi kayu, jagung, keledek

dan sayur-sayuran. Selain daripada tanaman tersebut, terdapat juga tanaman seperti

tembakau, pisang, tebu, kopi, betik dan buah-buahan lain.

Selain itu, satu aspek yang penting dalam bidang ekonomi mereka adalah

pemberian nilai yang tinggi ke atas sektor berburu dan perikanan. Perkara ini adalah

pekerjaan sejagat mereka di samping bertani. Tambahan kehidupan mereka pada

keseluruhannya berorientasikan kepada hutan rimba dan sungai serta kemudahan yang

mudah diperolehi. Ikan merupakan sumber protin yang utama. Lokasi rumah panjang

mereka kebanyakannya di tepi sungai. Keadaan ini disenjagakan untuk memudahkan

mereka menangkap ikan. Cara-cara menangkap ikan adalah memasang bubu, menuba

dan menggunakan tombak.Binatang liar seperti babi hutan, rusa, pelanduk dan

sebagainya adalah sumber protin sampingan atau hanya menjadi makanan yang bersifat

kadang-kala sahaja. Alat-alat memburu yang digunakan ialah sumpitan, lembing dan

bambu runcing. Anjing merupakan kawan berburu yang setia kepada mereka.

Page 32: Hubungan etnik-final

9.0

ISU-ISU SEKARANG

PAGE | 30

Page 33: Hubungan etnik-final

Penghijrahan besar generasi muda ke kawasan bandar telah menyebabkan

kekurangan tenaga kerja dalam bidang beras. Banyak kampung yang hanya tinggal orang tua

dan yang muda. Lokasi terpencil di Kelabit Highlands sering memaksa kanak-kanak sekolah

untuk melengkapkan pengajian mereka di tempat jauh. Kebanyakan anak-anak perlu bangun

dengan awal sangat dan membahayakan keselamatan mereka untuk menuntut pelajaran

mereka di tempat yang jauh dari kampung mereka.

Walaupun pengasingan Kelabit Highlands tidak menghalang mereka daripada mendapatkan

pendidikan lanjutan di kawasan bandar , kecuali dengan landasan kapal terbang itu, Kelabit

Highlands masih tidak mempunyai komunikasi dan hubungan yang baik dengan dunia

luar. Oleh itu, mereka agak sukar mendapatkan maklumat melalui televisyen , radio , telefon

atau surat khabar di tanah tinggi.

Orang Kelabit bertutur dalam bahasa mereka sendiri, yang dipanggil " Kelabit ". Hari ini,

ramai telah belajar untuk bercakap dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Malangnya, ini

telah memberi kesan kepada penggunaan bahasa Kelabit terutamanya dalam generasi

muda, mereka kurang meggunakan bahasa sendiri lagi. Orang Kelabit tidak mempunyai

bentuk tulisan bahasa mereka tersendiri sehingga pendidikan diperkenalkan di tanah tinggi

kira-kira 40 tahun yang lalu. Baru-baru ini, suatu usaha telah diambil langkah untuk

mendokumentasikan bahasa dalam kamus, tujuannya adalah untuk memelihara bahasa ini.

Kemajuan ekonomi yang pesat di Sarawak telah membawakan manfaat kepada orang

Kelabit. Walau bagaimanapun, permintaan yang semakin meningkat bagi pembangunan tanah

pertanian telah meletakkan Kelabit dalam dilema. Mereka perlu membuat keputusan sama ada

untuk melepaskan tanah mereka untuk pembangunan tanah secara besar- besaran, atau terus

mengekalkan sistem pertanian tradisional mereka.

Page 34: Hubungan etnik-final

10.0

REFLEKSI

PAGE | 32

Page 35: Hubungan etnik-final

LEE SHZE HWA 0320053

Tajuk yang saya memilih dalam laporan ini ialah ciri-ciri kuam

Kelabit. Saya amat menghargai peluang ini yang membenarkan

saya mempelajari dan memahami ciri-ciri kuam Kelabit.

Melalui laporan ini, saya telah belajar tentang nilai bersatu-

padu dan bertoleransi daripada masyarakat Kelabit. Selain itu,

saya juga lebih menghormati kuam Kelabit yang masih

mewarisi budaya dan ciri-ciri mereka sendiri yang unik kerana

jumlah orang Kelabit semakin berkurang dan ramai generasi

muda memilih untuk berpindah ke bandar.

LEE SUK FANG 0323293

Selepas saya membuat laporan tentang orang Kelabit

tersebut,saya berasa amat bersyukur kerana dikurniakan

masyarakat yang dibentuk oleh pelbagai etnik.Tajuk saya bagi

laporan ini adalah perayaan orang Kelabit.Dalam pandangan

saya,walaupun orang Kelabit merupakan etnik yang paling

kecil di Malaysia, mereka bukan sahaja menerima budaya

daripada kaum lain tetapi juga mengekalkan adat yang

asal.Saya berharap rakyat Malaysia boleh hidup dalam

kesepaduan dengan pelbagai etnik supaya dapat mencapai

Wawasan 2020 pada masa hadapan.

LEE WAN XUAN 0325273

Tajuk saya untuk laporan ini ialah Orang yang terkenal di kaum

Kelabit. Saya telah membuat penyelidikan tentang orang yang

terkenal di kaum ini dan bagaimana mereka berjaya. Melalui

laporan ini, saya mengetahui bahawa kerajinan, keyakinan and

keazaman adalah aspek yang amat penting dalam membuat

sesuatu hal. Dengan aspek-aspek ini, seseorang akan berjaya

tanpa mengira latar belakang orang tersebut. Seperti Datuk Idris

Jala and Datuk Robert Lian, walaupun mereka berasal dari

kaum yang terkecil di Sarawak, mereka tetap berjaya

mengalakkan pembangunan negara.

Page 36: Hubungan etnik-final

LEE ZHI CHEN 0326181

Portfolio kami adalah tentang kaum Kelabit dan bahagian saya

dalam laporan ini ialah tarian , muzik dan permainan tradisional

kaum Kelabit. Selepas membaca portfolio ini , saya amat

bersyukur dan menghormati kaum Kelabit. Hal ini demikian

mereka dikenal sebagai kaum yang terkecil di Sarawak tetapi

mereka mempunyai spirit yang kuat. Bukan itu sahaja , selepas

menyiapkan portfolio ini , saya lebih memahami tentang

budaya mereka , mereka saling menghormati kaum lain dan

mencapai harmoni. Inilah sama dengan hubungan etnik di

malaysia yang mempunyai kaum-kaum yang berbeza tetap kita

juga saling bekerjasama dan toleransi.

LEE ZHI XIN 0324563

Melalui tugasan yang diberi oleh pensyarah, saya telah banyak

mempelajari tentang kaum Kelabit. Dalam laporan ini,

bahagian yang saya buat ialah sosio-ekonomi. Dengan ini, saya

telah memahami bagaimana kaum Kelabit memperoleh

pendapatan mereka. Selain itu, saya juga telah mengetahui ciri-

ciri, sejarah, budaya orang Kelabit dan sebagainya. Di samping

itu, dengan laporan ini, saya juga dapat mengukuhkan

kemahiran dalam tugasan berkumpulan dan sosial. Tugasan ini

telah banyak membantu saya meningkatkan daya menganalisis

dan menilai. Kesimpulannya, saya telah banyak mempelajari

dan mendapat ilmu pengetahuan dalam tugasan ini dan saya

juga akan lebih menghargai kepelbagaian kaum yang terdapat

di Malaysia melalui laporan ini.

LEE ZI YING 0320435

Melalui laporan ini, saya diberi peluang untuk mempelajari dan

mamahami lebih tentang orang kelabit. Saya telah mempelajari

tentang kehidupan dan kebudayaan mereka yang berbeza

dengan etnik yang lain. Selain itu, saya memahami bahawa

semua etnik-etnik di Malaysia mempunyai keunikan sendiri

yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa.

Saling memahami dan toleransi amat penting untuk

mengekalkan keistimewaan yang Malaysia mempunyai. Saya

berbangga sebagai seorang warga Malaysia dan akan berusaha

untuk mengekalkan keharmonian yang kita semua punyai

bersama.

Page 37: Hubungan etnik-final

LEONG YU XUAN 0325102

Selepas membuat tajuk laporan saya,iaitu mengenai Kelabit,

saya mendapat banyak isi penting tentang tempat tinggal,

bahasa , budaya yang diamalkan oleh mereka. Walaupun

terdapat ramai kumpulan etnik dalam satu negara, mereka tidak

bergaduh, mereka inginkan ketenangan kerana mereka tahu

untuk mencapai matlamat, mereka mesti bekerjasama kerana

bagai aur dengan tebing. Mereka berkongsi pengetahuan

tentang budaya dan amalan mereka kepada kumpulan etnik lain.

LIEW LI WEN 0324297

Tajuk saya untuk laporan ini adalah mengenai isu semasa orang

Kelabit. Selepas membuat laporan ini, saya telah lebih

memahami masalah yang dihadapi oleh orang Kelabit. Pada

pendapat saya, masalah yang dihadapi oleh mereka bolehlah

kita bekerjasama dengan mengadakan kempen untuk

mendidikan generasi muda bahawa kepentingan heredity

sendiri. Walaupun perubahan era telah membawa pengaruhan

yang besar terhadap kita, kita perlulah berusaha untuk

memelihara heredity kita yang tersendiri dan mewariskannya

kepada generasi seterusnya.

LIEW MIN YEE 0324525

Tajuk laporan saya adalah sejarah orang kelabit, dalam process

ini saya memahami bukan sahaja mereka berbentuk kaum ini,

dan juga dapat mempelajari geography orang kelabit.

Kerjasama etnik dalam kehidupan seharian adalah penting

untuk menstabilkan sesuatu kaum.Suka saya mengambil contoh

pasukan bolasepak negara dikala zaman kegemilangannya.Jika

kita melihat, berkomunikasi terhadap satu kaum akan

menjejaskan perpaduan dan kamahami terhadap satu sama lain.

Page 38: Hubungan etnik-final

LIEW POH KA 0320424

Tajuk laporan saya ialah kaum Kelabit. Saya berasa sungguh

gembira apabila cikgu memberi tajuk ini kepada kumpulan

saya. Hal ini demikian memberikan peluang kepada kami untuk

mempelajari tentang kaum Kelabit. Dalam proses membuat

laporan ini, saya dapat mempelajari tentang culture mereka.

Saya juga mengetahui tarian, makanan, kraftangan dan lain lain.

Pada zaman mereka, mereka tidak mempunyai kehidupan yang

sempurna dan tidak mempunyai makanan yang mencukupi. Hal

ini saya amat bersyukur terhadap mempunyai kehidupan yang

baik.

LOONG BO LIN 0321469

Dalam proses laporan ini, kita dapat mempelajari tentang kaum

Kelabit, kaum yang terkecil di Sarawak. Melalui laporan ini,

saya dapat mengenal serta memahami tentang agama dan

kepercayaan kaum Kelabit lebih terperinci. Di samping itu, saya

juga dapat menikmati keunikan kaum Kelabit. Walaupun kita

terdapat perbezaan di antara setiap kaum masing-masing, tetapi

kita mampu hidup dengan aman damai dan harmoni di bawah

satu bumbung besar sehingga kini. Hal ini kerana adanya

perpaduan dan persefahaman yang diamalkan mereka dalam

kehidupan seharian. Saya berharap kehidupan kita akan lebih

aman dan damai pada masa hadapan.

Page 39: Hubungan etnik-final

11.0

RUJUKAN

PAGE | 37

Page 40: Hubungan etnik-final

ann, joo, joo ann, and View profile. "Kebudayaan Sarawak: Perayaan Sarawak-Pesta Gawai-

Disediakan Oleh Ong Heon Fei". Bahasamelayupengantar.blogspot.my. N.p., 2010. Web. 20

Apr. 2016.

http://bahasamelayupengantar.blogspot.my/2010/08/perayaan-sarawak-pesta-gawai.html

"Gawai Dayak". Ms.wikipedia.org. N.p., 2016. Web. 20 Apr. 2016.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Gawai_Dayak

"Orang Kelabit". Kelabitty.blogspot.my. N.p., 2016. Web. 20 Apr. 2016.

http://kelabitty.blogspot.my/

Management, T.P. and Unit, D. (2016) The performance management & delivery unit.

Diambil 16 April 2016, daripada

http://www.bloomberg.com/research/stocks/private/person.asp?personId=25006313&privca

pId=143686483&previousCapId=4259386&previousTitle=International%20Air%20Transpo

rt%20Association

MELAYU, U. and BERHAD (1997) Idris Jala dilantik Menteri tanpa portfolio. Diambil16

April 2016, daripada

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0828&pub=utusan_malaysia&sec=

Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm&arc=hive

Jala, I. (2015) The journey continues. Diambil 16 April 2016, daripada

http://idrisjala.my/the-journey-continues/

McKinsey (2008) Turning around a struggling airline: An interview with the CEO of

Malaysia airlines. Diambil 16 April 2016, daripada http://www.mckinsey.com/global-

themes/leadership/turning-around-a-struggling-airline-an-interview-with-the-ceo-of-

malaysia-airlines

Joshi, S. and Jala, I. (2014) Idris Jala. Diambil 16 April 2016, daripada

http://alchetron.com/Idris-Jala-641311-W#-

Jala, I. and profile, V. my complete (2010) Idris Jala. Diambil 16 April 2016, daripada

http://idrisjala.blogspot.my/p/about-

me.html?widgetType=BlogArchive&widgetId=BlogArchive1&action=toggle&dir=open&to

ggle=MONTHLY-1285916400000&toggleopen=MONTHLY-1288594800000

The Official Blog of Bantu.my (2015) 3 Formula Kejayaan Hidup Dari Dato' Sri Idris Jala.

Diambil 16 April 2016, daripada http://blogspace.bantu.my/3-formula-kejayaan-hidup-dari-

dato-sri-idris-jala/

"E-Bario Homepage". Unimas.my. N.p., 2016. Web. 27 Apr. 2016.

http://www.unimas.my/ebario/community.html

"Orang Kelabit". Kelabitty.blogspot.my. N.p., 2016. Web. 26 Apr. 2016.

http://kelabitty.blogspot.my/

Page 41: Hubungan etnik-final

adyla, ieysla, ieysla adyla, and View profile. "Seni Dan Pendidikan: KRAFTANGAN

(MANIK)". Ieyslakaieyradyla.blogspot.my. N.p., 2011. Web. 26 Apr. 2016.

http://ieyslakaieyradyla.blogspot.my/2011/02/kraftangan-manik.html

GTZ, Nizam, Nizam GTZ, and Nizam GTZ. "Orang Ulu". Thepatriots.my. N.p., 2015.

Web. 26 Apr. 2016. http://www.thepatriots.my/orang-ulu/

"N-YA.COM: PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT PERIBUMI

SARAWAK".Inoreqbaya.blogspot.my. N.p., 2011. Web. 26 Apr. 2016.

http://inoreqbaya.blogspot.my/2011/04/pakaian-tradisional-masyarakat-peribumi.html

"Bahasa Kelabit Diancam Kepupusan". Utusan Online. N.p., 2016. Web. 26 Apr. 2016.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0619&pub=Utusan_Malaysia&sec

=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_01.htm

Bario, Bahasa. "Bahasa Dan Dialek Asia: Bahasa Dayak Kelabit Bario". Word-

dialect.blogspot.my. N.p., 2016. Web. 26 Apr. 2016. http://word-

dialect.blogspot.my/2012/05/bahasa-dayak-kelabit-bario.html

"Kelabit Clothing". Eyeonborneo's Blog. N.p., 2010. Web. 26 Apr. 2016.

https://eyeonborneo.wordpress.com/ethnicgroups/penan-2/kelabit-clothing/

"TATTOO DAYAK RUMPUN DUSUN, MURUT & KELABIT". Folks Of Dayak. N.p.,

2014. Web. 26 Apr. 2016. https://folksofdayak.wordpress.com/2014/03/07/tattoo-dayak-

rumpun-dusun-murut-kelabit/

Nyawi, Paren. "Paren Nyawi's Blog: Kelabit's Bead Vest ..". Parenbonjour.com. N.p., 2014.

Web. 26 Apr. 2016. http://www.parenbonjour.com/2014/06/kelabit-bead-vest.html

jerry, dodon. "My Life My Style: Menyusuri Rumah Asal Suku Kelabit Di

Bario".Tukangjalanjajan.com. N.p., 2015. Web. 26 Apr. 2016.

http://www.tukangjalanjajan.com/2015/10/menyusuri-rumah-asal-suku-kelabit-di.html

N.p., 2016. Web. 28 Apr. 2016.

http://journalarticle.ukm.my/450/1/1.pdf

"Kegiatan Ekonomi Sarawak". Slideshare.net. N.p., 2016. Web. 28 Apr. 2016.

http://www.slideshare.net/nursyafika3557/kegiatan-ekonomi-sarawak

Page 42: Hubungan etnik-final

12.0

LAMPIRAN

PAGE | 40

Page 43: Hubungan etnik-final

Gambar-gambar atas menunjukkan ahli kumpulan kita sedang membuat laporan ini.