hubungan etnik

2
Nama : Abdulaziz Bin Ahmad Fauzi Tajuk : Pengharaman “Vape” di Malaysia Jenis bahan bacaan : Rencana (31 September 2015) Isu penggunaan rokok elektronik atau vape merupakan antara isu besar pada tahun ini yang menarik perhatian pelbagai pihak, antaranya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, masyarakat umum dan pengguna vape itu sendiri. Ia mula menjadi perhatian bermula pada Ogos selepas beberapa laporan mengenai penggunaan vape menjadi viral di laman sosial dan menarik perhatian media massa. Pakar kanser berpendapat bahawa menghisap cecair nikotin menggunakan rokok elektronik menjadi punca penggunanya menghidap kanser itu sendiri dan ia digesa oleh pihak atasan supaya ianya diharamkan. Majlis Ulama Isma menyatakan kebimbangan apabila terdapat pihak menyebut kononnya antara kebaikan rokok elektronik ini adalah ianya menjadi ubat kepada perasaan ketagih terhadap perbuatan menghisap rokok. Terdapat juga kes-kes kemalangan yang melibatkan penggunaan vape. Contohnya, kes bateri vape milik seorang penumpang terbakar secara tiba-tiba ketika berada dalam penerbangan Malindo Air. Ia menyebabkan penerbangan- penerbangan lain mengharamkan penggunaan vape di dalam kabin penerbangan. Selain itu, mufti juga berpendapat bahawa vape tidak tepati syarak kerana ia memerlukan seseorang itu berbelanja atas perkara tidak berfaedah. Sudah jelas bahawa penggunaan vape ini wajar diharamkan kerana ia boleh merugikan masyarakat. Tambahan pula, terdapat juga kes-kes yang mengaitkan penggunaan perisa vape campur dadah. Perbuatan ini juga dikatakan telah menjadi satu trend di Amerika Syarikat kerana Ramai pengguna vape di Amerika Syarikat mencampurkan dadah di dalam cecair vape.

Upload: abdul-aziz

Post on 14-Apr-2017

35 views

Category:

Self Improvement


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hubungan etnik

Nama : Abdulaziz Bin Ahmad Fauzi

Tajuk : Pengharaman “Vape” di Malaysia

Jenis bahan bacaan : Rencana (31 September 2015)

Isu penggunaan rokok elektronik atau vape merupakan antara isu besar pada tahun ini yang menarik perhatian pelbagai pihak, antaranya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, masyarakat umum dan pengguna vape itu sendiri.

Ia mula menjadi perhatian bermula pada Ogos selepas beberapa laporan mengenai penggunaan vape menjadi viral di laman sosial dan menarik perhatian media massa.

Pakar kanser berpendapat bahawa menghisap cecair nikotin menggunakan rokok elektronik menjadi punca penggunanya menghidap kanser itu sendiri dan ia digesa oleh pihak atasan supaya ianya diharamkan.

Majlis Ulama Isma menyatakan kebimbangan apabila terdapat pihak menyebut kononnya antara kebaikan rokok elektronik ini adalah ianya menjadi ubat kepada perasaan ketagih terhadap perbuatan menghisap rokok.

Terdapat juga kes-kes kemalangan yang melibatkan penggunaan vape. Contohnya, kes bateri vape milik seorang penumpang terbakar secara tiba-tiba ketika berada dalam penerbangan Malindo Air. Ia menyebabkan penerbangan- penerbangan lain mengharamkan penggunaan vape di dalam kabin penerbangan.

Selain itu, mufti juga berpendapat bahawa vape tidak tepati syarak kerana ia memerlukan seseorang itu berbelanja atas perkara tidak berfaedah. Sudah jelas bahawa penggunaan vape ini wajar diharamkan kerana ia boleh merugikan masyarakat.

Tambahan pula, terdapat juga kes-kes yang mengaitkan penggunaan perisa vape campur dadah. Perbuatan ini juga dikatakan telah menjadi satu trend di Amerika Syarikat kerana Ramai pengguna vape di Amerika Syarikat mencampurkan dadah di dalam cecair vape.

Oleh yang demikian, lebih baik vape diharamkan sebelum budaya mencampurkan dadah dalam cecair vape merebak ke negara ini. Malah, ia juga boleh meningkatkan bilangan penagih dadah di Malaysia ini.

Pendapat :

Pada pendapat saya, vape dan juga rokok ini wajar diharamkan kerana ia boleh membinasakan diri sendiri kerana ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti kanser. Tambahan pula, ia juga boleh meruntuhkan hubungan keluarga serta institusi masyarakt di Malaysia disebabkan keburukannya. Sudah terang lagi bersuluh bahawa “vaping” ini menyumbang kepada keburukan dan tidak memberi sebarang faedah kepada penggunanya. Oleh itu, pihak atasan haruslah mengambil tindakan dengan membendung penggunaan dan penjualan vape di Malaysia ini.

Page 2: Hubungan etnik