hubungan-etnik

15
MCQ 1) Konsep Budaya Budhi (kecergasan akal fikiran) + Daya (kekuatan kuasa, tenaga & pengaruh) = Takrifan budaya (cara hidup orang ramai termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan & tabiat berfikir serta cara perlakuan manusia yang menggerakkan jiwa). 2) Cara memupuk keharmonian etnik KBKK (common sense question) 3) Interetnik dlm masyarakat M'sia (ciri 2 & etc) 4) Agama Buddha (4 kebenaran mulia) Penderitaan (dukkha), penyebab penderitaan, lenyapnya penderitaan, jalan menuju lenyapnya penderitaan. 5) Rukun Negara Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja & Negara, Keluruhan Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, Kesopanan & Kesusilaan. Tahun ditubuhkan: 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara. Matlamat: i) Mewujudkan sebuah negara yang rakyatnya bersatu, masyarakat yang demokratik, adil, liberal serta progresif. ii) Untuk mewujudkan sebuah masyarakat M'sia yang bersatu.

Upload: dora

Post on 12-Jul-2016

24 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

x

TRANSCRIPT

Page 1: Hubungan-Etnik

MCQ

1) Konsep Budaya

Budhi (kecergasan akal fikiran) + Daya (kekuatan kuasa, tenaga & pengaruh)

= Takrifan budaya (cara hidup orang ramai termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan & tabiat berfikir serta cara perlakuan manusia yang menggerakkan jiwa).

2) Cara memupuk keharmonian etnik

KBKK (common sense question)

3) Interetnik dlm masyarakat M'sia (ciri2 & etc)

4) Agama Buddha (4 kebenaran mulia)

Penderitaan (dukkha), penyebab penderitaan, lenyapnya penderitaan, jalan menuju lenyapnya penderitaan.

5) Rukun Negara

Kepercayaan kepada Tuhan,

Kesetiaan kepada Raja & Negara,

Keluruhan Perlembagaan,

Kedaulatan Undang-Undang,

Kesopanan & Kesusilaan.

Tahun ditubuhkan: 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara.

Matlamat:

i) Mewujudkan sebuah negara yang rakyatnya bersatu, masyarakat yang demokratik, adil, liberal serta progresif.

ii) Untuk mewujudkan sebuah masyarakat M'sia yang bersatu.iii) Membina rakyat yang sanggup bersatu padu & sanggup memberikan taat setia yang

paling tinggi kepada negara.iv) Membina rakyat yang demokratik.v) Membina masyarakat yang adil.

Page 2: Hubungan-Etnik

vi) Membina masyarakat yang liberal yang menjadikan perbezaan dalam masyarakat sebagai sumber kekuatan.

vii) Membina masyarakat yang progresif.

1.Kepercayaan kepada tuhan

o Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.

o Melaui kepercayaan beragama inilah yang akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.

o Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.

Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.

Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

2.Kesetiaan kepada raja dan Negara

• Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

• Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang di-Pertuan bagi negeri yang tidak beraja.

• Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.

• Kesetiaan kepada Raja dan negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

• Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada YDPA.

3.Keluhuran perlembagaan

o Prinsip ini menekan akan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.

o Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi.

o Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warganegara Malaysia hendaklah

Page 3: Hubungan-Etnik

menghormati, menghargai serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.

o Perlembagan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini.

o Dengan demikian, ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak.

o Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

4.Kedaulatan undang-undang

• Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang. Dalam hal ini, setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara.

• Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada perlembagaan. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.

• Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan me wujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur.

• Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan seterusnya membuat semua anggota masyarakat akan merasa selamat.

• Hak semua rakyat boleh boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh perlembagaan negara.

• Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut perlembagaan.

5.Kesopanan dan kesusilaan

• Prinsip terakhir ini menekankan perkembangan personalitidan tingkah laku seseorang rakyat.

• Tujuannya ialah untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang telah dijalankan.

• Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Page 4: Hubungan-Etnik

• Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.

• Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan.

• Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berekembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

6) Dasar ekonomi baru

Latar belakang

Dasar ekonomi dan politik yang diamalkan oleh pihak Inggeris menyebabkan

• pembangunan yang tidak seimbang antara wilayah bandar dan luar bandar

terdapat jurang perbezaan ekonomi antara kelompok etnik.

• Sesuai dengan semangat dan aspirasi Fasal (153) dan Fasal (8) Perkara (2) Perlembagaan Malaysia, serta pengalaman yang dialami semasa peristiwa 13 Mei, 1969, Dasar Ekonomi Baru dirangka agar dapat memberi peluang kepada kelompok etnik Melayu meningkatkan kemampuan ekonomi mereka supaya tidak ketinggalan berbanding kelompok etnik lain.

• Ketidakmerataan tersebut dipercayai menjadi sebab utama berlakunya kecemburuan sosial sehingga mencetuskan Peristiwa 13 Mei 1969.

• Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu, kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun (RM2-RM5) iaitu daripada 1971-1990 yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan suatu dasar yang diperkenalkan dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan etnik agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai.

• Antara matlamat DEB ialah untuk

• mencapai perpaduan Negara (UTAMA)

Dalam sektor pertanian, etnik Melayu merupakan majority

Dalam sektor perlombongan, etnik Cina mendominasi

Dalam sektor perniagaan, perdagangan, pentadbiran awam, pendidikan, pertahanan dan kemudahan awam, etnik Melayu meliputi 42.6 %,

Page 5: Hubungan-Etnik

• integrasi nasional

• menyusun semula pemilikan harta dengan meningkatkan pemilikan saham Bumiputera sehingga sekurang-kurangnya 30 % menjelang tahun 1990

• Dasar Ekonomi Baru mempunyai dua strategi untuk mencapai matlamat utamanya, iaitu,

• mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira etnik

• menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan etnik mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

• Usaha yang dirangka untuk menyelesaikan masalah sosial, ekonomi dan projek pembangunan :

• Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.

• Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.

• Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.

• Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kelopmpok etnik, antara kawasan bandar dan luar bandar dan antara wilayah.

• Memodenkan kehidupan di luar bandar.

• Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan Bumiputera.

• Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kelompok etnik di Malaysia.

• Strategi dalam Dasar Ekonomi Baru

• Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar.

• Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga.

• Menambahkan dengan lebih cepat lagi bilangan rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.

• Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan golongan Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990

• Menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan, Bank Bumiputera, Amanah Saham Nasional.

• Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.

Page 6: Hubungan-Etnik

7) Hak kewarganegaraan

8) Sekolah Wawasan

i) sekolah wawasan- sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan tanpa mengira kaum/agama.

ii) Ciri sekolah – 2/3 buah sekolah rendah berlainan aliran ditempatkan dalam kawasan sama.

iii) Setiap sekolah mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain menggunakan jambatan penghubung.

iv) Matlamat: a) Mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid pelbagai bangsa & latar belakang.b) Memupuk semangat integrasi antara murid-murid daripada pelbagai aliran.c) Melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi & persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu.d) Menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah & perlaksanaan pelbagai aktiviti lain di sekolah.

9) Ciri-ciri agama Hindu

i) Asal-usul: juga dikenali dengan nama agama Brahma.

ii) Sumber: 4 veda – Rig Veda, Yajur Veda, Sans Veda & Athar Veda.

iii) Perayaan: Ponggal, Thaipusam, Deepavali (perayaan utama, untuk penghapusan kejahilan, upacara 'Ganga Snanam (mandi minyak)' pada pagi raya – untuk menghapuskan dosa)

iv) Tuhan: Brahma, Vishnu & Siva

v) Sistem kasta: Brahman (ketua agama), kshatriya (perajunt), Vaishya (bertani & berniaga), shudra (berkhidmat pada ketiga-tiga golongan yang dianggap mulia)

- Seseorang brahmin menerima penghormatan daripada semua tuhan disebabkan ketutunannya, berhak memiliki semua harta shudra, dan tidak berdosa walaupun membunuh

-raja daripada golongan kshatnya, raja mesti dihormati walaupun masih kanak-kanak

-shudra tidak boleh mengumpulkan harta melebihi golongan brahmin

vi) Pusat ibadat terkenal di Msia: Kuil Murugan di Batu Caves. Terdapat patung tuhan murugan di hadapan pintu masuk kuil tersebut. Sami merupakan ketua agama.

vii) Tanda warna pada dahi dikenali sebagai pottu. Dipakai secara berbeza antara lelaki & wanita yang telah berkahwin & belum berkahwin.

Page 7: Hubungan-Etnik

viii) Susu & bunga juga merupakan simbol suci.

10) Elemen pembentukan bangsa Msia

11) Konfucius

i. Asal-usul- ahli falsafah China (dinasti chou)ii. Sumber – falsafah Konfucius

iii. Prinsip- menekankan perasaan penkemanusiaan terhadap orang lain & harga diriiv. Perayaan- Hari kelahiran konfuciusv. Dikumpulkan oleh pengikutnya dalam bentuk buku berjadul Lun-Yu/Analekta, Berkenaan

dengan Li/Rukun Bangsa, Tentang bagaimana keamanan & kepatuhan boleh dibawa oleh negara, ajaran Konfucius mementingkan kesopanan & kesusilaan, tabiat terpuji serta kelakuan yang baik, hormat ibu bapa, orang tua & negara

12) Plurati Masyarakat

i) Plurality budaya

– menerapkan pencapaian keseragamaan dalam hal-hal yang penting kepada negara seluruhnya tetapi dalam masa yang same, setiap kaum dibenarkan mengekalkan ciri-ciri kebudayaannya sendiri

Kelebihan Plurality Budaya

– Boleh menjadi 'penghubung penstabil' antara cara hidup lama dengan cara hidup baru.

- Dapat mengelakkan sedikit sebanyak disorganisasi sosial & peribadi yang mungkin timbul akibat kejutan budaya

Diwakili oleh formula – A + B + C = (A + B + C) ABC merujuk kepada budaya

ii) Masyarakat pluraliti

– Gabungan 2 atau lebih masyarakat yang hidup bersama dalam satu unit politik atu dalam satu kerajaan

- Ia wujud hasil dari plurality budaya dalam sesebuah negara

Masyarakat plurality baru boleh dikenali melalui:

- Kepelbagaian budaya yang terdapat dalam kelompok besar manusia

- lebih banyak keutamaan bangsa dalam politik

- kewujudan unit politik yang dibentuk oleh budaya-budaya masyarakat

iii) Ciri-ciri masyarakat plurality baru

Page 8: Hubungan-Etnik

Pemerintahan : a) Pemerintah &yang diperintah ada yang berlainan bangsa

b) Hidup dalam komuniti yang berasingan

Budaya & politik: Nilai budaya & politik yang dikongsi oleh komunity yang berbeza melalui persetujuan kebangsaan

Ekonomi: Kecenderungan untuk meramal konflik ekonomi dalam konteks bangsa

Matlamat & keinginan: Bangsa-bangsa yang berbeza tetapi mempunyai keinginan yang sama seperti deamanan & kesejahteraan

Konflik: Sedikit campur tangan pihak luar kadang-kala deperlukan bagi meleraikan konflik yang mungkin wujud di antara masyarakat plurality baru ini

Pluraliti

- Semula jadi tanpa paksaan- sukarela mencari kehidupan & kekayaan - Disertai ahli keluarga- menjamin ketenagan pemikiran & perasaan- mewujudkan interaksi yang harmoni dengan penduduk, alam sekitar & sistem- sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan - mengamalkan budaya seharian orang melayu- amalan & adat resam pendatang diterima oleh penduduk tempatan

13)WAWASAN 2020

- Diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 28 Februari 1991

- Menegaskan bahawa matlamat pembangunan negara ialah

o Menjadikan Malaysia sebuah negara industri

o Pembentukan negara Malaysia yang maju menjelang 2020

- Wawasan 2020 bertujuan:

o Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika, kukuh dalam nilai agama

o Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur

o Mewujudkan masyrakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang jauh kedepan

o Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi

o Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi

o Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi yang boleh bersaing, dinamik, giat dan berdaya tahan

Page 9: Hubungan-Etnik

14) Bab 7 - DASAR PENDIDIKAN (1945-1970): Laporan Barnes 1951

Bermula dengan pembentukan Jawatankuasa Laporan Barnes - ciri-ciri ke arah kesepaduan sosial telah dibentuk oleh kerajaan.

Pengerusi laporan - L.J. Barnes dari Universiti Oxford.

Matlamat - menyemak dan memperbaiki bentuk pendidikan Melayu.

Mencadangkan agar satu corak pendidikan dirangka bagi memenuhi bentuk masyarakat di Tanah Melayu.

Hasilnya - penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dicadangkan sebagai bahasa perantaraan di sekolah rendah bagi memupuk semangat perpaduan dan integrasi antara etnik.

Laporan menganjurkan sekolah vernakular dimansuhkan - digantikan dengan sistem pelajaran kebangsaan sekolah rendah dan wajib menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Peringkat menengah, bahasa Inggeris kekal digunakan sebagai bahasa pengantar (Fennell 1968).

Laporan dilihat kurang berupaya memupuk kesepaduan sosial antara komuniti etnik kerana wujud penentangan daripada komuniti bukan Melayu, terutamanya etnik Cina.

DASAR PENDIDIKAN (1945-1970): Laporan Razak 1956

Laporan Razak 1956 mengusulkan:

(1) Bahasa Melayu - bahasa pengantar di sekolah rendah dan sekolah menengah.

(2) Sekolah Jenis Kebangsaan akan menggunakan bahasa Cina, bahasa Tamil dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

(3) Penggunaan sukatan pelajaran, sistem peperiksaan, latihan perguruan dan sistem nazir yang sama.

(4) Bagi memupuk kesatuan dalam proses pembinaan negara bangsa, bahasa Melayu dijadikan sebagai kursus wajib untuk semua pelajar.

Dengan laporan ini, sekolah vernakular beransur-ansur berubah kepada sekolah kebangsaan yang akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Walaupun timbul penolakan daripada komuniti bukan Melayu, namun kerajaan bertolak ansur untuk mengekalkan penggunaan bahasa ibunda di sekolah masing-masing (Fennell, 1968).

Page 10: Hubungan-Etnik

DASAR PENDIDIKAN (1945-1970):Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pendidikan 1961

Laporan Rahman Talib berperanan untuk memantau Ordinan Pelajaran 1957 (Md Jadi 1990, Ong 2000).

Laporan berkenaan telah diluluskan pada bulan Ogos 1960 dan dimaktubkan dalam Akta Pendidikan1961 pada Oktober 1961.

(1) Bahasa kebangsaan - medium perhubungan di Malaysia dan dipraktikkan bukan setakat di peringkat sekolah rendah tetapi juga di peringkat menengah dan universiti.

(2) Menyeragamkan sistem peperiksaan dan persekolahan, walaupun berbeza bahasa di peringkat rendah dan menengah.

(3) Memberi penekanan terhadap pendidikan teknik dan vokasional. Tujuannya adalah untuk membuka peluang kepada komuniti Melayu berkecimpung dalam bidang berkenaan.

(4)Memberi penekanan terhadap pendidikan moral dan keagamaan bagi mengukuhkan semangat saling menghormati antara etnik yang berbeza.

Rumusan - proses penyatuan dalam sistem pendidikan di Malaysia telah bermula semenjak zaman sebelum merdeka, namun agak sukar direalisasikan.

Penyatuan dalam bidang ini menerusi penubuhan pendidikan bersifat kebangsaan akan tercapai sekiranya setiap komuniti etnik memahami sejarah asal di Tanah Melayu dan perkembangan pendidikan di negara ini.

Page 11: Hubungan-Etnik

Essay points- Konsep 1 Msia

- Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan (slogan)- mengukuhkan perpaduan etnik & penerusan agenda membina negara (matlamat)- Datuk Seri Najib Tun Razak (ditubuhkan oleh)- Logo 1Msia : i) Terbentuk daripada no. 1 & berlatarbelakangkan bendera Msia

ii) melambangkan visi negara: masyarakat yang berpadu & cinta negara

iii) mencerminkan rakyat Msia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir & menghayati satu visi untuk membina satu negara bangsa

- matlamat: o berfikir melepasi sempadan kaum masing-masingo mengambil tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etniko keadilano perpaduan etnik & integrasio kepentingan rakyat & kecemerlangano mewujudkan negara bangsa yang dapat melahirkan rakyat yang mempunyai sikap &

kekitaano nilai integriti, kebolehan, dedikasi & kesetiaano untuk menyaran pemimpin kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap,

amanah & bertanggungjawab demi kepentingan rakyat- Nilai Murni

o Budaya kecemerlangano ketabahano rendah hatio penerimaan o kesetiaano meritokrasio pendidikan o integriti