hubungan etnik

47
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN 83000 BATU PAHAT,JOHOR HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3062) NAMA : TEO KIA YING 2013292340032 GOH XIN YI 2013292340023 NO KP : 900529-01-6162 : 881219-23-5174 KUMPULAN/KHUSUS/ AMBILAN : PISMP GSTT MAT AMB JUN 2013

Upload: kiaying-teo

Post on 17-Jan-2016

71 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Tugasan Hubungan Etnik

TRANSCRIPT

Page 1: Hubungan Etnik

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

83000 BATU PAHAT,JOHOR

HUBUNGAN ETNIK

(WAJ 3062)

NAMA : TEO KIA YING 2013292340032

GOH XIN YI 2013292340023

NO KP : 900529-01-6162

: 881219-23-5174

KUMPULAN/KHUSUS/ AMBILAN : PISMP GSTT MAT AMB JUN

2013

PENSYARAH : EN. ZULKIFLI BIN SENIN

TARIKH HANTAR : 10 OGOS 2014

Page 2: Hubungan Etnik

Isi Kandungan

Bil Isi Kandungan Muka Surat

1 Pengenalan

1.1 Latar Belakang

1.2 Penyataan Masalah Untuk Dikaji

1.3 Objektif kebudayaan etnik

1.4 Kaedah Kajian

2 Kebudayan Etnik

2.1 Makanan

Kepelbagaian makanan etnik pemangkin perpaduan

Makanan dan ruang sosial dalam konteks hubungan

etnik .

2.2 Pakaian

2.3 Permainan

2.4 Kesenian pelbagai etnik dan Kesepaduan sosial

Dato Chuah Thean

Sam Karuna

2.5 Media dan Kesepaduan sosial

3 Kesimpulan

Rujukan

Refleksi

Teo Kia Ying

Goh Xin Yi

Lampiran

Page 3: Hubungan Etnik

1.1Latar belakang

Malaysia mempunyai latar belakang yang istimewa dengan

masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik . Kebergantungan untuk

kelangsungan hidup iaitu etnik-etnik ini tidak dapat mengelak untuk saling

berhubungan antara satu sama lain kerana tidak ada individu mahupun

kelompok yang sempurna kebolehan,keupayaan mahupun kehendak naluri

mereka dalam usaha memenuhi keperluan hidup masing-masing. Selain itu ,

perkara ini tanpa disedari telah membentuk kesepaduan masyarakat pelbagai

etnik kerana perlakuan saling bergantung ini dilakukan dalam tempoh yang

lama.

1.2 Signifikan untuk dikaji

Pada Zaman pemerintahan British, British telah mewujudkan

kelompok-kelompok etnik berdasarkan kegiatan ekonomi. Ini dilakukan untuk

menjaga kepentingan mereka agar tidak terjejas dengan  kewujudan

perpaduan kaum kerana mereka mahu mengeksploitasi semaksima mungkin

kekayaan semulajadi Malaysia. Justeru mereka telah menetapkan status dan

perana yang berbeza bagi setiap kaum seperti orang Melayu digalakkan

tinggal di kampung, kaum Cina  digalakkan tinggal di bandar manakala kaum

India digalakkan tinggal di estet-estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan

dan kesannya interaksi antara kaum-kaum menjadi terbatas hanya di pejabat

dan pasar sahaja. Apabila ini berlaku maka lahirlah perasaan prasangka

antara satu kaum dengan kaum yang lain. Prasangka yang wujud inilah

yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969.

BAB 1 Pengenalan

Page 4: Hubungan Etnik

Selain itu tidak terdapat satu bahasa pengantar yang seragam telah

menyebabkan setiap kaum hanya tahu bercakap dalam bahasa ibunda

masing-masing sahaja. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah

yang telah menggugat perpaduan kaum. Ini telah memberikan satu imapak

buruk dalam pembentukan perpaduan kaum di Malaysia.

Perbezaan budaya dan agama merupakan salah satu lagi punca

berlakunya  masalah perpaduan kaum di Malaysia. Kaum Melayu sebahagan

besarnya beragama Islam, kaum Cina beragama sama ada Buddha, Lao-

Tze, Taoisme, Confucius manakala kaum India beragama Hindu. Setiap

kaum pula mempunyai kebudayaan yang berlainan dan ini

menambahparahkan lagi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Masalah

perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama yang dianuti oleh kaum-

kaum yang terdapat di Malaysia menggalakkan penganutnya memusuhi

agama lain tetapi ia berpunca dari sikap jahil terhadap agama-agama lain

hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah

menyinggung emosi  penganut agama lain. Inilah punca yang telah

mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969 berlaku.

Struktur masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbagai-bagai kaum

telah melahirkan  banyak persatuan-persatuan politik sosial dan ekonomi

yang berasakan kaum masing-masing. Perkara ini telah memeperkuatkan

lagi rasa syak wasangka di antara satu sama lain kerana persatuan-

persatuan ini hanya memperjuangkan kepentingan kumpulan kaum yang

diwakilinya sahaja tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain. Parti-parti

politik yang berbentuk perkauman seringkali mengeksploitasi perbezaan-

perbezaan yang wujud di kalangan kaum hingga menimbulkan rasa tidak

puas hati yang ketara antara satu kaum dengan kaum yang lain.

Oleh itu , kami menjalankan satu kajian yang mengenai kebudayaan

etnik berperanan menyemai dan memupuk nilai-nilai positif dan kebersamaan

.

Page 5: Hubungan Etnik

1.3 Objektif kebudayaan etnik

Melalui kajian ini, saya dapat :

1. Mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang tepat dan benar. Malah,

secara tidak langsung ini akan dapat memberi pemahaman dan melatih diri

saya dalam membuatkan satu kajian yang bersifat ilmiah.

2. Mengukuhkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Ini

disebabkan ketika menjalankan kajian ini, kami akan berhubung dengan

masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat. Secara tidak langsung,

hubungan dalam masyarakat dapat dieratkan dan semangat kerjasama akan

wujud.

3. Melalui kajian ini , menunjukkan masyarakat malaysia dapat hidup

bersatu walaupun mempunyai bahasa, agama dan kepercayaan yang

berbeza. Keadaan yang saling berhubungan antara individu dengan individu

dan antara kelompok dengan kelompok lain dalam kehidupan harian mereka

memang tidak dapat dielakkan.

Page 6: Hubungan Etnik

1.4 Kaedah Kajian

Melalui kaedah temu ramah, kami telah menemu bual ..Encilk Tan dari

Taman Maju untuk mandapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang kajian

ini.

2. Kaedah lawatan dan pemerhatian

Saya telah melawat Encik Ahmad untuk mengkaji apakah makanan dalam

Kaum Melayu . Banyak maklumat berguna dapat diperolhi berdasarkan

pemerhatian kami di sini.

3. Kaedah analisis dokumen

Saya juga turut merujuk dokumen dari buku-buku untuk memastikan

kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan

diragui akan kebenarannya.

4. Kaedah penyelidikan perpustakaan

Saya juga turut mengunjungi perpustakaan Institut Pendidikan Tun Hussein

Onn untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ.

Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar,

majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi kajian kami .

5. Muat turun internet

Page 7: Hubungan Etnik

Saya turut menggunakan kemudahan ICT yang terdapat dalam negara kita

dengan melayari laman sesawang produkyang dikaji malah turut memuat

turun bahan yang terdapat sebagai rujukan.

Kebudayaan Etnik

Page 8: Hubungan Etnik

Malaysia memiliki keistimewaan yang berkait rapat dengan ciri-

ciri latar belakang masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai etnik.

Mereka saling berhubungan dengan menggunakan bahasa melayu

yang diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dalam pertuturan harian

sehingga membolehkan mereka bertutur dengan fasih. Keadaan ini

menunjukkan masyarakat malaysia dapat hidup bersatu walaupun

mempunyai bahasa, agama dan kepercayaan yang berbeza. Keadaan

yang saling berhubungan antara individu dengan individu dan antara

kelompok dengan kelompok lain dalam kehidupan harian mereka

memang tidak dapat dielakkan. Hal ini didorong oleh keadaan saling

bergantungan untuk kelangsungan hidup kerana tidak ada individu

mahupun kelompok yang sempurna kebolehan, keupayaan dan

kehendak naluri mereka dalam usaha untuk memenuhi keperluan

hidup harian masing-masing. Tanpa disedari perlakuan saling

kebergantungan ini terus diulang dan dalam tempoh yang lama

menzahirkan hubungan berbentuk kesepaduan dalam masyarakat,

lebih-lebih lagi dalam masyarakat pelbagai etnik. 

Hubungan baik yang terjalin antara individu atau kelompok yang

berbeza latar belakang budaya, agama dan bahasa biasanya berlaku

tanpa paksaan. Pengalaman harian yang terhasil daripada hubungan

tersebut pula berlaku dalam pelbagai suasana dan ruang lingkup yang

luas seperti menerusi perkongsian dalam aspek makanan, kesenian

dan media.Secara kebetulan ketiga-tiga aspek tersebut memainkan

peranan penting dan memberikan impak yang besar sama ada secara

langsung atau tidak langsung dalam proses membina kesepaduan

antara etnik. 

Page 9: Hubungan Etnik

Kepelbagaian makanan etnik pemangkin perpaduan

Penduduk Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain telah

hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya

yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain,

menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Jumlah kaum

terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Negeri

Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik

peribumi, masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan

tersendiri.

Bagi makanan Kaum Melayu , ketupat ialah salah satu makanan

yang terkenal di Malaysia . Makanan ini akan dimakan bersama

rendang,kari atau serunding yang mana bahan asasnya ialah samada

daging lembu,daging kambing,ayam atau kerang dimasak dengan

rempah ratus untuk dijadikan rendang,kari ataupun serunding.

Ketupat nasi , lemang dan ketupat daun palas

Selain itu , Nasi

lemak merupakan makanan

kegemaran bagi orang Malaysia dan

Singapura terutamanya sebagai

2.1 Makanan

Page 10: Hubungan Etnik

sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan

menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya.

Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak

bagi menambahkan aromanya. Kaum melayu makan nasi lemak

dengan telur kukus,timun,ikan bilis goreng dan sambal.

Seterusnya , Otak-otak adalah sejenis makanan

tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai

makanan ringan di jamuan petang.

Terdapat dua jenis otak-otak di

Malaysia iaitu “Otak-otak

Terengganu” dan “Otak-otak Johor.”

Pada lazimnya ia dibungkus dengan

daun kelapa atau daun nipah tetapi

kini ianya boleh dibungkus dengan

kulit popia dan dikenali sebagai

‘spring roll’. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi

ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia

merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa

atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa.

Rendang adalah masakan yang berasal dari Padang, Salah

satu makanan khas dari budaya Minangkabau, dan sering di sajikan

pada acara-acara dan upacara untuk menghormati tamu. Makanan yg

satu ini juga populer di Malaysia dan Singapura, rendang disiapkan

secara tradisional oleh masyarakat

Melayu pada acara-acara pesta.

Walaupun kadang-kadang rendang

digambarkan sebagai seperti kari,

dan nama yang kadang-kadang

diterapkan untuk kari daging

Page 11: Hubungan Etnik

hidangan di Malaysia, asli rendang tidak seperti kari.Rendang dibuat

dari daging sapi (atau kadang-kadang ayam, daging domba, kerbau,

bebek, atau sayuran seperti nangka atau singkong) santan dan

rempah-rempah di masak beberapa jam dengan api kecil,

memungkinkan agar daging bisa menyerap bumbu2nya dan daging

menjadi empuk. Memasak dengan proses perubahan dari air ke

goreng sebagai cair evaporates. .

Orang Cina lebih gemar makan mi yang terdiri daripada

pelbagai jenis dan teknik

masakan seperti di

goreng,mi rebus,mi sup,mi

hailam dan macam-

macam lagi.Dan yang

paling terkenal di Malaysia

ini yang juga telah menjadi

makanan pelbagai kaum

lain disini ialah Char Koey Tiaw dan Mi Sizzling..

Selain itu , kuih muih seperti kuih bakul,kuih kapit dan limau

Mandarin adalah salah satu makanan bagi orang Cina .

char koey tiaw & yee mee sizzling

Page 12: Hubungan Etnik

Kuih Bakul,kuih bangkit,kuih kapit & limau Mandarin

Satu lagi kaum yang utama di Malaysia ialah kaum Indian yang

mewarnai kepelbagaian tradisi di

sini.Kebanyakan makanan tradisional kaum

India ini berasaskan rempah ratus yang

merupakan elemen penting dalam masakan

mereka.Seperti kaum Cina makanan orang-

orang India juga kini dinikmati oleh semua

lapisan masyarakat disini samada untuk sarapan pagi,makan tengahari

ataupun sebagai pencuci mulut.. Roti canai atau paratha dan puri ini

pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Buat masa kini

roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak,

diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia.

Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali

sebagai dosa, dosay, dose, dosai,

dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai

Page 13: Hubungan Etnik

juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai

bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh

rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-

mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india.  Makanan

tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi

atau makan malam.

Untuk makan tengahari pula kaum India memang gemar makan makanan yang pedas dan berkari dari daging kambing ataupun ayam.Rempah ratus memang satu kemestian didalam masakan mereka.Antaranya yang popular ialah nasi di atas daun pisang dengan kari kepala ikan atau kari daging kambing atau kari ayam dengan popedum dan sayur-sayuran dan juga nasi briyani..

Makanan Dan Ruang Sosial Dalam Konteks HubunganEtnik

Page 14: Hubungan Etnik

Makanan ialah sesuatu yang menjadi santapan dan aspek yang

penting dalam kehidupan manusia untuk memenuhi keperluan biologi

dan sosiologi .

Daripada perspektif Islam , kepentingan memakan makanan

yang halal akan memberi kesan terhadap amal-amal kebaikan yang

dilakukan . Makanan memainkan peranan penting dalam

menyatupadukan pelbagai etnik dalam sesebuah masyarakat

( Baharuddin , 2012 ) .

Penyatuan dan pembahagian tersebut bergantung pada bentuk

ruang social sesuatu makanan mengikut fungsinya dalam masyarakat .

Cara pemakanan dan jenis makanan yang berbeza mewujudkan

pembentukan ruang yang mendorong kepada kesan negatif terhadap

hubungan antara pelbagai etnik yang berbeza latar belakang budaya

dan agama.

Pembentukan ruang sosial makanan terbahagi kepada dua iaitu

ruang awan dan ruang bukan awan . Bagi ruang awan , makanan yang

tidak berkaitan dengan upacara keagamaan , tetapi ada kalanya

berkaitan dengan acara keraian keagamaan . Ruang awan terdapat

pelbagai jenis juadah untuk memudahkan tetamu yang berlainan

agama memilih makanan kerana mungkin terdapat makanan yang

tidak boleh dimakan . Contohnya perayaan yang boleh dikongsi

bersama .

Di samping itu , bagi ruang bukan awan terdapat jenis makanan

yang berkaitan dengan acara keagamaan atau kepercayaan sesebuah

kaum . Contohnya daging yang dimasak dalam majlis aqiqah bagi

orang Islam tidak boleh dihidangkan kepada orang bukan Islam .

Tetapi , orang bukan Islam yang menghadiri majlis tersebut juga akan

dihidangkan dengan masakan yang berbeza bagi menghormati tetamu

yang berbeza agama .

Peranan Makanan dalam Kesepaduan Sosial

Page 15: Hubungan Etnik

Melangkaui makanan yang berhubung kait dengan larangan

agama terutama melalui tahap kefahaman dan hormat antara satu

sama lain. Dalam konteks ruang awam, sebagai contoh majlis

perkahwinan etnik Melayu dan jamuan hari raya turut dihadiri oleh

masyarakat pelbagai etnik. Beraneka juadah disediakan supaya ada

pilihan kepada tetamu yang tidak boleh makan juadah yang dilarang

mengikut kepercayaan agama mereka.

Dalam majlis berkenaan juadah seperti rendang daging lembu

ialah makanan larangan kepada etnik India dan sebagai pilihan

disediakan juadah daripada ayam dan kambing. Begitu juga sebaliknya

jika etnik Melayu yang menjadi tetamu dalam majlis yang diadakan

oleh etnik India, sajian ayam ataupun kambing yang dihidangkan

mestilah halal, iaitu yang telah disembelih mengikut cara Islam.

Tindakan kolektif seperti ini menunjukkan tahap kefahaman dan

sikap hormat- menghormati terhadap budaya dan agama etnik yang

berbeza dan berlaku secara semula jadi yang seterusnya dapat

mengeratkan ikatan kesepaduan social .  Dalam bentuk ruang awam

yang lain, makanan terus menjadi simbol persahabatan dan keakraban

yang begitu unik dikongsi bersama oleh pelbagai etnik di Malaysia.

Semasa bulan Ramadan contohnya, bazaar Ramadan dan bufet

Ramadan yang ditawarkan di hotel dan di restoran menyajikan

makanan yang pelbagai gabungan antara masakan tradisi Melayu dan

makanan antarabangsa.

Pilihan sajian ini menarik minat masyarakat bukan Melayu untuk

datang dan membeli makanan yang disediakan .  Bagi rakyat Malaysia

yang bukan beragama Islam, suasana berkenaan merupakan peluang

untuk mereka merasai masakan tradisi Melayu yang digemari. Bulan

Ramadan juga menyaksikan ramai rakan yang bukan beragama Islam

menghadiri majlis berbuka puasa rakan Islam mereka, dan mereka

turut memberi penghormatan menunggu sehingga waktu berbuka

untuk makan bersama.

Page 16: Hubungan Etnik

Kesepaduan sosial yang terjalin, terus dapat dilihat dalam majlis

rumah terbuka sempena sambutan hari raya dan perayaan etnik yang

lain. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik akan

berduyun-duyun datang menghadiri majlis tersebut sama ada yang

dianjurkan oleh rakan atau jiran, jawatankuasa kawasan tempat tinggal

mereka ataupun rumah terbuka yang dianjurkan oleh pemimpin

ataupun jamuan rumah terbuka hari raya yang diadakan pada

peringkat kebangsaan.

Kesepaduan sosial boleh dilihat dengan jelas semasa rakyat

Malaysia meraikan perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina,

Deepavali, Krismas, Hari Kaamatan dan Hari Gawai. Dalam setiap

perayaan tersebut, makanan menyatukan semua melalui hidangan

jamuan yang disediakan. Manakala dalam kehidupan harian

kesepaduan sosial menerusi makanan ini dapat disaksikan di tempat-

tempat makan umum seperti di restoran milik etnik Melayu, restoran

Mamak yang biasanya beroperasi dua puluh empat jam, restoran

Kopitiam milik etnik Cina atau Melayu, atau di tempat makan yang

eksklusif. Pelbagai etnik bertumpu di tempat berkenaan, menikmati

makanan yang juga bersifat pelbagai dan secara tidak langsung

interaksi antara etnik berlaku lalu membentuk kesepaduan sosial yang

lestari. 

Sesungguhnya Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya

dengan keindahan alam semula jadi ditambah dengan keunikan latar

belakang masyarakatnya. Gabungan daripada kedua-dua elemen

tersebut menawarkan kepelbagaian hidangan makanan warisan

pelbagai etnik dan berperanan pula mewujudkan kesepaduan sosial

melalui amalan pemakanan harian masyarakat tanpa memikirkan

perbezaan latar belakang budaya antara mereka. 

Pakaian

Page 17: Hubungan Etnik

Malaysia terkenal dengan kepelbagaian kaum. Antaranya ialah

kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Setiap kaum mempunyai

pakaian tradisional, makanan dan budaya masing-masing.

Kaum

Melayu lelaki

memakai baju

Melayu. Manakala

kaum Melayu

perempuan pula

memakai baju kurung.

Pakaian

tradisional bagi

kaum Cina lelaki

ialah samfu.

Manakala pakaian

tradisional bagi

kaum Cina

perempuan ialah

ceongsam dan jubah panjang.

Page 18: Hubungan Etnik

Kaum India lelaki memakai doti. Manakala kaum India perempuan pula memakai sari.Gambar-gambar di atas menunjukkan pakaian tradisional tiga kaum terbesar di Malaysia. Pakaian setiap kaum mempunyai corak dan ciri istimewa tersendiri yang mewakili kaum mereka. Budaya ini masih diwarisi hingga kini

Selain makanan, permainan juga salah

satu cara untuk hubungan baik yang terjalin

antara individu atau kelompok yang berbeza latar

belakang budaya, agama dan bahasa . Contoh ,

sepak raga . Ia bukan hanya dimainkan oleh

orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain,

malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga

diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga

sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

Congkak merupakan sejenis permainan

tradisional Melayu. Dalam permainan tradisional ini,

alatan yang digunakan adalah papan congkak dan

buah congkak. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang

Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah

dikenali di seluruh. 

Selain itu , Yo-yo cina ialah permainan dari

China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz

yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo

cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat

pada dua batang kayu kecil. Ia bukan hanya

dimainkan oleh orang Cina sahaja

tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di

seluruh.

Seterusnya ialah Chaturanga . Sejak awal

permainan ini sudah memperkenalkan dua pihak

yang bermain, perbedaan buah catur dengan

Permainan

Page 19: Hubungan Etnik

kekuataan yang berbeda, dan kemenangan tergantung pada buah

terakhir, atau dalam catur modern ditandai dengan tumbangnya sang

raja. Dalam catur kuno, papan catur memiliki 100 kotak atau malah

lebih. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Cina sahaja tetapi

bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. 

Keperluan lain dalam kehidupan manusia selain daripada

makanan untuk memenuhi tuntutan jasmani ialah keperluan terhadap

tuntutan rohani. Walaupun memenuhi keperluan rohani hanya bersifat

relatif dan tidak bersifat mutlak tetapi keperluan ini tetap merupakan

sumber penting kepada manusia untuk meningkatkan kualiti kehidupan

mereka. Keperluan rohani dapat dipenuhi menerusi beberapa sumber

seperti daripada himpunan seni dalam bentuk alunan muzik, nyanyian,

tarian, sukan, seni lukis dan bentuk-bentuk kreativiti lain yang dapat

memberikan ketenangan, hiburan dan melegakan tekanan dalam

kehidupan manusia. 

Kesepaduan sosial dalam hubungan antara etnik yang terhasil

daripada aktiviti seni boleh dilihat dalam dua keadaan. Pertama,

kesepaduan sosial yang wujud sewaktu proses penghasilan sesuatu

bentuk seni itu dijalankan. Umpamanya, dalam kerja menghasilkan

karya muzik memerlukan komposer muzik, penyanyi, jurutera bunyi,

alatan muzik, penulis lirik, penggubah lagu dan lain-lain aspek yang

berkaitan. Proses penghasilan karya muzik juga melibatkan pelbagai

kemahiran dan dalam konteks masyarakat Malaysia, kemahiran

tersebut biasanya diperoleh daripada himpunan kemahiran pelbagai

etnik. Pembahagian kerja yang begitu rencam membentuk suatu

jalinan hubungan yang saling bergantungan untuk memastikan sesuatu

karya seni bermutu dapat dihasilkan yang akan dinikmati oleh

masyarakat sebagai pengisian kepada keperluan rohani mereka. 

Kedua, adalah kesepaduan sosial yang boleh dilihat dalam produk seni

berkenaan. Mengambil satu contoh daripada penghasilan sebuah

Kesenian Pelbagai Etnik dan kesepaduan sosial

Page 20: Hubungan Etnik

karya muzik, komposer muzik adalah daripada etnik Cina yang

mendapat pendidikan muzik dari Barat dan pada masa yang sama

ingin mengetengahkan bunyi daripada alat muzik tradisional Cina .

Kerjasama daripada pelbagai etnik tersebut telah menghasilkan suatu

bentuk karya muzik yang sempurna mengandungi unsur muzik

campuran pelbagai etnik dan didengar serta dinikmati juga oleh

masyarakat pelbagai etnik. Banyak contoh lain yang boleh diambil

daripada karya seni muzik dan filem tempatan yang menggambarkan

berlakunya kesepaduan sosial dalam kehidupan masyarakat Malaysia

seawal zaman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dahulu. P. Ramlee

melalui karya muziknya telah menggubah lagu-lagu yang memuatkan

unsur pelbagai etnik seperti dalam lagu “Aci-Aci Buka Pintu” dan lagu

“Haiya Cik Siti”.

Begitu juga dalam filem-filem yang beliau hasilkan yang

memuatkan watak bukan Melayu yang mencerminkan kewujudan

masyarakat pelbagai etnik di Malaysia. Karyawan selepas beliau

hingga hari ini sama ada daripada etnik Melayu ataupun bukan Melayu

tidak putus-putus menghasilkan karya yang menggambarkan realiti

kehidupan masyarakat Malaysia. lagu “Pergi” nyanyian Aizat yang

memenangi Anugerah Juara lagu Ke-24 pada 2009 sebagai satu

contoh unik dan amat baik untuk memahami bagaimana karya seni itu

terhasil daripada gabungan kerjasama pelbagai etnik.

Filem “Sini Ada Hantu” juga terhasil daripada gabungan dan

kerjasama penggiat seni yang terdiri daripada pelbagai etnik. Filem ini

diterbitkan oleh Gayatri Su-lin Pillai dan jalan ceritanya ditulis dan

seterusnya diarahkan oleh James lee. Gabungan dan kerjasama

pelbagai etnik bukan sahaja dilihat dalam proses menghasilkan “Sini

Ada Hantu” sebagai suatu karya seni dalam bentuk filem, tetapi juga

dipaparkan melalui kepelbagaian dalam jalan cerita filem tersebut.

Seterusnya pengalaman harian dalam kalangan kanak-kanak

pelbagai etnik juga dapat menyemai benih kesepaduan sosial dan

menghasilkan kehidupan harmoni. Suasana ini dipaparkan menerusi

Page 21: Hubungan Etnik

sebuah program kartun di televisyen yang popular dalam kalangan

kanak-kanak di Malaysia pada hari ini iaitu “Upin dan Ipin”. “Upin dan

Ipin” sarat dengan nilai murni yang boleh bertindak sebagai alat dalam

usaha mendidik kanak-kanak bermula daripada peringkat awal usia

mereka untuk mengenal, memahami dan menghormati kepelbagaian

budaya yang terdapat dalam kehidupan harian mereka. 

Dato Chuah Thean Teng

Hubungan sosial dalam ruang kesenian di Malaysia saling

terkait dan saling bergantungan

merentas etnik dan menyumbang

kepada pemupukan kesepaduan sosial.

Keadaan ini juga terserlah dalam karya

seni yang lain seperti seni lukis yang

dihasilkan oleh pelukis tempatan Chuah

Thean Teng dan Sam Karuna dalam

lukisan batik moden. Chuah Thean

Teng seorang pelukis keturunan etnik

Cina dan beliau menggunakan corak

batik dalam karya lukisan beliau

manakala subjek utama dalam

lukisannya ialah kehidupan di perkampungan Melayu.

Karya yang dihasilkan sarat dengan unsur akulturasi apabila

beliau mengubah teknik lukisannya yang berlatarbelakangkan negara

China, tempat beliau

mendalami ilmu seni

lukis kepada teknik

tempatan iaitu corak

batik dalam bentuk

lukisan moden yang

paling halus. Dalam hal

Page 22: Hubungan Etnik

ini, Chuah bukan sahaja memartabatkan perkampungan Melayu dalam

lukisan beliau tetapi telah menjadikan corak batik sebagai medium dan

beliau telah mendapat julukan sebagai ‘Bapa Lukisan Batik Moden

Malaysia’. 

Sam Karuna

Sam Karuna ialah

seorang lagi pelukis bukan

Melayu yang menggunakan

batik sebagai medium

dalam lukisan beliau.

Beliau giat menghasilkan

karya lukisan batik sejak

tahun 1970-an lagi dan

telah membuka Pusat

Lukisan Seni Halus Batik

Sam Karuna untuk

mempopularkan lagi

lukisan batik bukan sahaja kepada rakyat

tempatan, tetapi juga kepada penggemar

lukisan tersebut daripada luar negara. Sam juga

telah memperbaharui teknik lukisannya melalui

medium batik dengan memperkenalkan

teknik ‘dyetic’ sebagai suatu teknik yang terhasil

daripada proses penyatuan antara teknik tradisonal dengan teknik

baharu yang beliau cipta sendiri. Sam Karuna berketurunan daripada

etnik India menghasilkan lukisan menggunakan corak batik yang

popular dalam kalangan etnik Melayu seterusnya mengajar teknik

Page 23: Hubungan Etnik

lukisan batik kepada pelajar beliau yang terdiri daripada pelbagai etnik

– Melayu, Cina, India, Jepun dan Eropah.

Interaksi yang akrab merentas etnik ini menyumbang kepada

kesepaduan sosial walaupun dibatasi oleh latar belakang budaya,

bahasa dan agama yang berbeza antara satu sama lain. 

Usaha oleh pelbagai pihak yang menerapkan elemen kepelbagaian

etnik dalam kreativiti seni mereka mendapat sokongan penuh daripada

pihak kerajaan. Pusat latihan, dewan kesenian, Balai Seni Lukis

Negara, sekolah serta institusi pengajian kesenian seperti Akedemi

Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) disediakan oleh

kerajaan sebagai wadah untuk mendalami aspek seni yang pelbagai

sesuai dengan aspirasi negara. Galakan dalam bentuk pemberian

dana untuk penghasilan sesuatu karya seni juga diberikan oleh

kerajaan untuk memartabatkan lagi kreativiti unik gabungan seni

pelbagai etnik.

Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai

jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan.

Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana

hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk

kebudayaan masing-masing.

Page 24: Hubungan Etnik

Pada Malam Wartawan 2009, Perdana Menteri Datuk Seri

Najib Tun Razak telah memberi ucapan berkaitan dengan dasar, politik

dan media. Dalam ucapannya beliau menyatakan bahawa media perlu

bekerja dangan dasar yang betul. Antara yang disenaraikan ialah

ketelusan dan akauntabiliti, keadilan dan laporan yang

bertanggungjawab. Menurutnya lagi, media amat penting dalam

membina kredibiliti negara. Dengan adanya media terutama media

cetak dan penyiaran, masyarakat lebih terpengaruh dan memberi

tindak balas dengan cepat ke atas apa yang diterima. 

Hakikatnya, media bukan sahaja merupakan cermin kepada

masyarakat, malahan media juga merupakan alat perubahan kepada

sesuatu masyarakat. Media yang dimaksudkan merujuk kepada alat

untuk mewujudkan interaksi sosial, politik, dan ekonomi dalam konteks

moden. Media berfungsi untuk menyampaikan maklumat dan mendidik

masyarakat serta menjadi medium perantaraan. Dalam sistem

demokrasi seperti di Malaysia, media merupakan sumber primer dalam

komunikasi massa. Tambahan pula, kini media bersifat universal tanpa

sempadan. Jenis dan fungsi media juga semakin canggih selari

dengan perkembangan arus modenisasi pada masa kini. 

Media massa dapat diklasifikasikan kepada dua kategori, iaitu

media cetak dan media elektronik. Media cetak terdiri daripada sumber

bertulis seperti surat khabar, majalah, buku, novel, dan bahan bertaip

Media dan Kesepaduan Sosial

Page 25: Hubungan Etnik

yang lain. Manakala media elektronik pula terdiri daripada televisyen,

radio, internet, blog, telefon bimbit, dan sebagainya. Perkembangan

teknologi telah meningkatkan saiz, kepantasan dan kecekapan media

tradisional serta melahirkan bentuk-bentuk media baharu khususnya

yang bersifat digital dan elektronik dan semakin mampu dimiliki ahli

masyarakat. 

Kini televisyen merupakan medium komunikasi yang paling

berpengaruh. Oleh yang demikian, medium ini adalah cara yang paling

sesuai untuk media memainkan peranannya. Hampir seluruh

masyarakat dunia mampu mengadakan dan menonton televisyen.

Televisyen yang bersifat memiliki aspek audio dan visual ternyata lebih

berkesan berbanding dengan media cetak.

Hal ini kerana sambil seseorang itu mendengar, individu

tersebut juga boleh melihat. Kesannya lebih ketara khususnya kepada

bidang pemasaran iaitu komunikasi pengiklanan. Bagi mempromosikan

perpaduan etnik terutamanya menerusi konsep “1Malaysia”, sebuah

syarikat telekomunikasi, iaitu TM telah membuat satu iklan khidmat

masyarakat yang ditayangkan di stesen-stesen televisyen negara. 

Iklan yang dihasilkan oleh TM diberi tajuk “1Malaysia - As One We

Care”. Panjang iklan ini ialah 2.02 minit. Iklan ini adalah berteraskan

ideologi 1Malaysia yang diterapkan dalam masyarakat melalui media.

Syarikat Telekomunikasi TM telah mengambil inisiatif untuk

menghasilkan “1Malaysia-As One We Care” yang menggambarkan

situasi masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan saling membantu

antara satu sama lain. 

Iklan “1Malaysia-As One We Care” telah mengajar bagaimana

semangat setia kawan terjalin menerusi jemputan daripada pelbagai

etnik yang sama-sama meraikan sambutan hari lahir kanak-kanak

India (Citra) dan kelihatan mereka begitu gembira bergaul antara satu

sama lain. Mereka tidak kekok dalam menjalinkan hubungan

persahabatan. Sikap seperti ini sememangnya perlu dididik dan diasuh

Page 26: Hubungan Etnik

sejak kecil lagi. Bak kata pepatah Melayu, ‘kalau hendak melentur

buluh, biarlah dari rebungnya’. 

Iklan “1Malaysia-As One We Care” telah menayangkan interaksi

pelbagai etnik dalam suasana yang harmoni tanpa mengira usia. Iklan

ini juga memberi kesedaran pada penghujungnya bahawa setiap

manusia walaupun berlainan bangsa dan agama tetap mempunyai

jenis darah yang sama. Penggunaan mesej ini memberi satu nilai

komunikasi yang berkesan. Melalui iklan “1Malaysia-As One We Care”,

pada akhir penerapan konsep itu melihatkan keberkesanan peranan

yang telah dimainkan oleh media. Jika kesannya berakhir dengan

sesuatu yang positif dan dapat mempengaruhi masyarakat Malaysia

khususnya, pastinya ganjaran yang tidak ternilai akan diperoleh dalam

kehidupan harian, iaitu suasana aman damai dan bersatu padu antara

etnik. 

Banyak lagi iklan sedemikian oleh syarikat lain sama ada dalam

bentuk media cetak ataupun media elektronik yang memaparkan

keterlibatan pelbagai etnik dalam amalan harian dan inisiatif ini adalah

sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan perpaduan antara etnik

di Malaysia. Begitu juga dengan organisasi dan jabatan kerajaan yang

tidak putus-putus menerbitkan pelbagai jenis iklan pesanan khidmat

sosial yang menjurus kepada perpaduan. Media sangat berkesan

dijadikan alat penyampai kepada sebarang bentuk tujuan khususnya

jika bermaksud untuk menerapkan nilai- nilai yang mendorong kepada

perpaduan etnik. Media membantu menerapkan nilai-nilai luhur sambil

membentuk rakyat yang berfikir. 

Walau bagaimanapun, iklan yang berunsurkan perpaduan ini

biasanya banyak dan kerap ditayangkan pada waktu tertentu sahaja

seperti dalam bulan kemerdekaan dan sempena hari perayaan sesuatu

kumpulan etnik. Sambutan hari kemerdekaan pada bulan Ogos setiap

tahun misalnya, banyak iklan berunsurkan perpaduan akan

ditayangkan. Media wajar dan perlu sentiasa menayangkan iklan

sebegini sepanjang masa supaya warga Malaysia lebih peka dan

Page 27: Hubungan Etnik

menghayati erti perpaduan yang dipaparkan. Selesai sahaja bulan

Kemerdekaan, tiba pula hari perayaan bagi masyarakat Melayu, iaitu

Hari Raya Puasa. Sudah menjadi tradisi bagi negara Malaysia setiap

perayaan dikongsi bersama oleh masyarakat lain yang berbilang etnik

dan agama. Amalan rumah terbuka sememangnya suatu kebiasaan

pada setiap perayaan. Amalan ini menggalakkan rakyat yang berbilang

etnik untuk saling berkunjung sambil mengetahui secara lebih dekat

tentang budaya dan adat resam rakan dan taulan daripada etnik lain.

Dalam hal ini media juga tidak ketinggalan untuk memberikan liputan

dan menonjolkan nilai-nilai murni yang memberi impak secara

langsung dalam kehidupan harian antara etnik. 

Tidak lama selepas perayaan tersebut menyusul pula sambutan

Deepavali pada tahun yang sama juga telah dirayakan bersama oleh

masyarakat Malaysia keseluruhannya. Pelbagai jenis iklan yang

menonjolkan masyarakat Malaysia berbilang etnik hidup bersatu padu

dan harmoni telah memenuhi ruang kaca televisyen setiap rumah di

negara ini. Keadaan ini menunjukkan berlaku perubahan positif pada

akhir-akhir ini berbanding dengan keadaan sebelumnya kerana iklan

yang berunsurkan perpaduan kurang mendapat tempat sama ada di

kaca televisyen ataupun dalam media cetak. 

Tambahan pula, iklan seperti itu merupakan salah satu

pengisian oleh media untuk memberi informasi dan bagi tujuan

mendidik di samping dapat menghiburkan kumpulan sasarannya.

Secara umumnya iklan dan pesanan khidmat sosial seperti itu boleh

berunsur berat mahupun ringan. Namun yang lebih penting ialah

keberkesanannya dan jika selalu ditayangkan oleh semua saluran

televisyen sama ada saluran kerajaan ataupun swasta, akan menjadi

satu panduan kepada masyarakat. 

Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) juga tidak ketinggalan

menganjurkan pertandingan “Malaysia You Love Contest” yang

bertujuan mencari idea kreatif orang ramai dalam menzahirkan

keunikan Malaysia yang dianjurkan bersempena sambutan Hari

Page 28: Hubungan Etnik

Kemerdekaan. Bagi menyertai pertandingan tersebut para peserta

dikehendaki memuat naik imej yang mereka rasa dapat

melambangkan Malaysia berserta keterangan gambar tersebut di

Malaysia Airlines Facebook Fan. Pertandingan seumpama ini

merupakan satu lagi contoh bagaimana media elektronik dapat

menyemai semangat kekitaan dan menzahirkan kesedaran terhadap

elemen yang mengukuhkan perpaduan etnik dengan cara yang mudah

tetapi berkesan. 

Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) pada

masa kini juga amat berperanan dalam konteks hubungan etnik yang

menyumbang kepada kewujudan kesepaduan sosial. Perkembangan

ICT membawa kepada penggunaan internet secara meluas yang

mendapat bantuan dan sokongan daripada pihak kerajaan pada awal

tahun 1990- an, iaitu sewaktu negara di bawah pentadbiran Perdana

Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sejajar dengan perkembangan

ICT, alat komunikasi di dunia pada hari ini seperti satelit, mesin faks,

telefon, televisyen dan komputer disambungkan kepada sistem internet

yang membolehkan maklumat dalam semua bidang disebarkan ke

seluruh dunia dengan pantas merentas sempadan

geografi. Penyediaan pelbagai ‘menu’ internet seperti email, chatting,

blog, facebook, twitter dan skype telah memberikan wadah baharu

dalam membina hubungan sesama manusia merentasi sempadan

etnik, agama, budaya dan negara. Penggunaan telefon bimbit daripada

pelbagai jenama terkini memudahkan lagi manusia mendapatkan

maklumat melalui internet dengan hanya menekan hujung jari.

ICT telah menjadi sebahagian daripada alat yang telah

mentransformasi kehidupan manusia dan membawa perubahan sosial

kepada masyarakat dunia. Di Malaysia, perkembangan budaya internet

yang meluas secara tidak langsung telah menjalin hubungan antara

manusia daripada pelbagai etnik, agama dan budaya sehingga berjaya

mengikat kesepaduan sosial dalam kalangan mereka. 

Page 29: Hubungan Etnik

Tegasnya, pembinaan bangsa dan negara bagi sesebuah

negara berbilang etnik seperti Malaysia adalah amat penting terutama

dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas

dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga

sistem nilai, budaya dan kepercayaan daripada pelbagai negara.

Justeru, kesedaran yang membawa kepada perpaduan akan dapat

diterapkan dengan lebih mudah lagi dalam usaha untuk mencapai

objektif membentuk negara Malaysia yang unggul apabila media

elektronik dan media cetak memainkan peranan masing-masing

dengan jujur dan berkesan. Peranan media massa yang diharapkan

adalah untuk menguar-uarkan semangat perpaduan antara etnik dalam

kalangan masyarakat. 

Page 30: Hubungan Etnik

Kesimpulan

3. Kesimpulan

Page 31: Hubungan Etnik

Jelas bahawa perpaduan etnik amat penting bagi mewujudkan

suasana yang aman dan harmoni. Semua rakyat mengimpikan sebuah

negara yang aman dan bahagia.

Rakyat wajar bersyukur kerana hidup di tanah tumpah darah di

Malaysia yang aman dan bebas daripada ancaman komunis. Negara

Malaysia tidak sebagaimana negara lain di Asia Barat yang sering bergolak

menyebabkan rakyatnya hidup dalam ketakutan, jauh sekali untuk

mewujudkan semangat kejiranan yang harmoni. 

Oleh sebab itu, perpaduan amat memberikan manfaat dalam

kehidupan harian kerana kepelbagaian etnik merupakan pelengkap kepada

keharmonian dan kebahagiaan yang dinikmati bersama sesuai dengan

penonjolan imej Malaysia – Truly Asia serta kesepaduan sosial yang terhasil

daripada kreativiti seni dan media pula berperanan sebagai penyampai mesej

perpaduan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

Rujukan

Page 32: Hubungan Etnik

Daripada Internet :

(2012, 10 17). Retrieved from Makananb tradisional kaum-kaum di Malaysia : http://vahgilan.blogspot.com/

(2013, 10 8). Retrieved from Makanan paling popular di sarawak: http://www.pengerindu.com/2013/10/8-makanan-paling-popular-di-sarawak.html#ixzz389VWOOu5

(2013, 1 27). Retrieved from Makanan tradisional di Malaysia : http://anajingga.blogspot.com/2013/01/makanan-tradisional-di-malaysia.html

Khairi, N. F. (2009, 3 30). Jenis permainan tradisional kaum-kaum di Malaysia . Retrieved from http://permainantradisionalmalaysia.blogspot.com/

periasmany, N. (2014, 7 27). Retrieved from http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Urban&pg=ur_01.htm

rahani, s. (2013, 11 26). Retrieved from Bab 9 Pengalaman Harian : http://prezi.com/ld99pqjibu0s/bab-9-pengalaman-harianmenjalin-kesepaduan-dan-melahirkan-k/

Teng, C. T. (2012, 12 13). Art , Away of Life. Retrieved from http://senishukri.blogspot.com/2012/12/chuah-thean-teng_13.html

Zahirzainuddin. (2014, 3 11). Retrieved from Perpaduan kaum melalui makanan tradisi: http://zahirzainudin.blogspot.com/2014/03/perpaduan-kaum-melalui-makanan-tradisi.html

Refleksi

Page 33: Hubungan Etnik

Nama : TEO KIA YING

K/P : 900529-01-6162

Saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan WAJ 3062

Hubungan Etnik saya . Saya Teo Kia Ying sangat berbesar hati kerana

tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan . Semua ini tidak

akan berlaku jika kawan –kawan , pensyarah dan ibu bapa saya tidak

memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini .

Malaysia memiliki keistimewaan yang berkait rapat dengan ciri-

ciri latar belakang masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai etnik.

Mereka saling berhubungan dengan menggunakan bahasa Melayu yang

diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dalam pertuturan harian sehingga

membolehkan mereka bertutur dengan fasih. Keadaan ini menunjukkan

masyarakat Malaysia dapat hidup bersatu walaupun mempunyai bahasa,

agama dan kepercayaan yang berbeza.

Keadaan yang saling berhubungan antara individu dengan individu dan

antara kelompok dengan kelompok lain dalam kehidupan harian mereka

memang tidak dapat dielakkan. Hal ini didorong oleh keadaan saling

bergantungan untuk kelangsungan hidup kerana tidak ada individu mahupun

kelompok yang sempurna kebolehan, keupayaan dan kehendak naluri

mereka dalam usaha untuk memenuhi keperluan hidup harian masing-

masing.

Page 34: Hubungan Etnik

Semasa menjalankan tugasan ini , saya juga menghadapi

beberapa masalah antaranya saya kurang faham dengan tajuk tugasan iaitu

“ Kebudayaan Etnik berperanan menyemai dan memupuk nilai-nilai positif

dan kebersamaan “ . Selepas pensyarah memberi sedikit taklimat tentang

tugasan , barulah saya dapat memahami dengan tajuk tugasan ini dan

bermula mencari serta mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk

ini . Di sini , saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya .

Selain itu , saya juga menghadapi masalah semasa mengumpulkan

maklumat . Di perpustakaan Institut Pendidikan Tun Hussein Onn agak

kurang buku-buku rujukan yang berkaitan dengan Hubungan Etnik . Dengan

ini , saya mmencari maklumat di internet supaya saya dapat mengumpulkan

maklumat untuk menyelesaikan tugasan saya . Semasa mengumpulkan

maklumat , saya dapat mengetahui pelbagai makanan , pakaian , permainan ,

kesenian dan media dalam pelbagai kaum-kaum .

Di samping itu , saya juga dapat mengetahui dengan Dato Chuah

Thean Teng . Beliau ialah seorang pelukis keturunan etnik Cina dan beliau

menggunakan corak batik dalam karya lukisan beliau manakala subjek utama

dalam lukisannya ialah kehidupan di perkampungan Melayu. Selain mengenal

Dato Chuah Thean Teng , saya juga dapat mengenal Sam Karuna . Beliau

ialah seorang lagi pelukis bukan Melayu yang menggunakan batik sebagai

medium dalam lukisan beliau. Beliau giat menghasilkan karya lukisan batik

sejak tahun 1970-an lagi dan telah membuka Pusat Lukisan Seni Halus Batik

Sam Karuna untuk mempopularkan lagi lukisan batik bukan sahaja kepada

rakyat tempatan, tetapi juga kepada penggemar lukisan tersebut daripada

luar negara.

Dalam tugasan ini , saya dapat banyak pengetahuan yang berkaitan

dengan Hubungan Etnik . Dengan ini , saya berasa sangat gembira dan

seronok membuat tugasan ini . Dengan akhirnya , saya ingin mengucapkan

sekali lagi terima kasih kepada pensyarah dan rakan-rakan saya . Sekian ,

terima kasih .

Page 35: Hubungan Etnik

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

83000 BATU PAHAT,JOHOR

HUBUNGAN ETNIK

(WAJ 3062)

NAMA : LIM CHEE YONG 2013292340025

CHONG LI NA 2013292340020

NO KP : 900720-12-5703

: 860203-23-7068

KUMPULAN/KHUSUS/ AMBILAN : PISMP GSTT MAT AMB JUN

2013

PENSYARAH : EN. ZULKIFLI BIN SENIN

TARIKH HANTAR : 10 OGOS 2014