hubungan etnik

29
Pengenalan Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu. Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negatif terhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British. Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia. Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969 Peristiwa 13, Mei 1969 merupakan rusuhan kaum yang paling tragis dalam sejarah di negara ini iaitu antara orang Melayu dan orang Cina. Perbincangan ini bukan untuk melihat ketegangan yang berlaku atau melukakan kembali parut yang telah pun kering dalam peristiwa berkenaan tetapi tujuannya lebih menjurus untuk memperkatakan rentetan sebab musabab mengapa ianya terjadi seterusnya dapat menjadi pedoman kepada semua.. Antara punca konflik adalah: Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih

Upload: mc-cruzt-kristofer

Post on 24-Dec-2015

41 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Hubungan etnik

TRANSCRIPT

Page 1: hubungan etnik

Pengenalan

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan

kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei

sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana

sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-

sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di

Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa

13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai

punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah

banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu. Dari sudut

ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negatif terhadap

masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi

mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini

merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British. Dasar ekonomi baru

yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk

mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.

Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969

Peristiwa 13, Mei 1969 merupakan rusuhan kaum yang paling tragis dalam sejarah di

negara ini iaitu antara orang Melayu dan orang Cina. Perbincangan ini bukan untuk

melihat ketegangan yang berlaku atau ‘melukakan kembali parut yang telah pun kering’

dalam peristiwa berkenaan tetapi tujuannya lebih menjurus untuk memperkatakan

rentetan sebab musabab mengapa ianya terjadi seterusnya dapat menjadi pedoman

kepada semua.. Antara punca konflik adalah:

Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun

Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara

berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh

tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun

yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling

Page 2: hubungan etnik

mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah

ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.

Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris

Hasil daripada kajian, kejadian ini disebabkan oleh dasar “pecah dan perintah” yang

diamalkan oleh British yang mengaitkannya dengan beberapa faktor. Dasar penjajah

Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang

berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut

ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-

bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai

pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi

masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai

petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar

kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu

dan India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi

masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak

penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah

menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.

Dasar ini dilakukan oleh British untuk mengelakkan perpaduan antara pelbagai

kaum yang dikhuatiri akan mengancam kedudukan mereka. Masyarakat melayu

terdiri dari petani dan nelayan di kampung, masyarakat cina pula telah mewarisi

perniagaan secara turun temurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat

india bekerja sebagai penoreh dan tinggal di estet. Dasar ini telah berjaya

direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-kelompok etnik yang berdasarkan

kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-masing. Kesannya,

interaksi antara kaum hanya terbatas di pejabat dan pasar sahaja. Ini melahirkan

perasaan prasangka antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen

13 Mei 1969.

Suasana yang seperti ini menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di negara

ini menjadi terbatas. Di sisi penjajah keadaan seumpama ini amat baik baginya untuk

mengukuhkan kedudukannya serta mengekalkan kuasa mereka. Suasana yang tidak

Page 3: hubungan etnik

seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan . Bahkan

suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin melebar akibat daripada

penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan

ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia. Perkembangan rumit

yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah membawa kepada meletusnya

peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan yang sedar akan keresahan dan perasaan tidak puas

hati yang berlaku antara kaum tidak seyharusnya dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk

memulihkan keadaan. Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan

sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei.

Latar belakang pendidikan yang berbeza

Latar belakang pendiikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang

membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem

pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat

aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat

aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan

kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja.

Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri

asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa

dari Negeri China dan India. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian

etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-

orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.

Sebelum Malaysia memiliki sistem pendidikan Nasional, wujud empat aliran

pendidikan yang berlainan iaitu aliran inggeris, melayu, cina dan india yang

mengambil silibus pembelajaran berbeza yang menyebabkan ketidakseragaman

bahasa, identiti dan fahaman. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah

yang memberi impak buruk dalam pembentukan kaum di Malaysia. Walaupun

selepas kemerdekaan kerajaan cuba memperkenalkan dasar-dasar pendidikan baru

bagi tujuan penyelarasan namun proses perpaduan ini sukar dilakukan.

Page 4: hubungan etnik

Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah

dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu . Ini kerana mereka merasakan langkah itu

terlalu mengutamakan bahasa Melayu, namun Kesatuan Guru-Guru Melayu

Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan perlaksanaannya .Mereka

berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak menubuhkan sekolah menengah dan

universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada awal

1958 sebagaimana yang telah dirancangkan . Bagaimanapun berkat perjuangan

beberapa orang tokoh termasuk Tuan Syed Nasir bin Ismail, sebagai pengerusi dan Dr.

Mahathir Mohamad sebagai naib pengerusi, termasuk juga antaranya dua orang tokoh

UMNO ketika itu iaitu Tun Razak bin Hussain, Dato` Dr.Ismail bin Abdul Rahman,

akhirnya gagasan Universiti Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai

bahasa pengantar telah mendapat sokongan UMNO dan kerajaan perikatan dan ianya

berjaya ditubuhkan pada 18 Mei 1970. Berikutan penubuhan Universiti Kebangsaan ini

telah mendapat reaksi yang kurang menyenangkan daripada kaum Cina, apabila

mereka juga telah mengemukakan permohonan untuk menubuhkan Universiti Merdeka.

Oleh kerana pilihan raya 1969 sudah hampir maka pihak MCA telah mendakwa bahawa

sekiranya mereka tidak menyokong projek Universiti Merdeka maka ramai pengundi

keturunan Cina akan menolak mereka dalam pilihan raya nanti. Untuk itu kerajaan telah

menyelesaikan tuntutan itu secara memberi kebenaran kepada MCA menubuhkan Kolej

Tunku Abdul Rahman (KTAR). Suatu keganjilan di sini apabila kerajaan telah memberi

bantuan kepada sebuah institusi pendidikan yang bercanggah dengan Dasar Pelajaran

Kebangsaan. KTAR sebenarnya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa

pengantarnya. Namun itulah hakikatnya kerajaan sedapat mungkin cuba bertolak ansur

demi menjaga keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.

Pertelingkahan Parti Politik

Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut

serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee

Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan

menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah

Page 5: hubungan etnik

meletak calonnya seramai sembilan orang . Bagaimanapun setelah Tunku membuat

perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan,

maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya

dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan

kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-

orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang

Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal

dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM)

dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM

juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian

Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera

dihapuskan .

Perlu ditegaskan di sini bahawa tuntutan KPM itu adalah bercanggah sama sekali

dengan kandungan perlembagaan Malaysia yang memberikan hak istimewa kepada

orang Melayu dan bumiputera lain yang telah dipersetujui oleh PAP sewaktu menyertai

Malaysia pada 16 Sept. 1963. Perikatan sememangnya menerima persamaan hak

tetapi perkara ini perlu di selesai secara berperingkat . Peringkat awal perlu

dilaksanakan langkah-langkah untuk memulihkan kedudukan ekonomi orang Melayu

dan bumiputera lain yang telah jauh tertinggal di belakang. Keputusaan pilihanraya

pada 10 Mei 1969 telah menunjukkkan kemerosotan pengaruh Perikatan di kalangan

rakyat. Hakikat ini sebenarnya membuktikan apa sahaja kelemahan yang cuba

ditonjolkan oleh parti-parti pembangkang khususnya DAP telah mendapat sambutan

dari kalangan rakyat malah mereka boleh dikatakan berjaya dalam meniupkan sentimen

perkauman antara Melayu dan bukan Melayu.Dalam pilihan raya itu Perikatan telah

terlepas Pulau Pinang ke tangan parti Gerakan , sementara Kelantan pula tetap di

tangan PAS . Bagaimanapun bagi negeri-negeri seperti Selangor dan Perak, Perikatan

hampir-hampir gagal untuk menubuhkan kerajaan kerana kelebihan majoritinya yang

sangat sedikit. Berikutan sedikit kejayaan di pihak DAP itu telah menggawatkan lagi

suasana yang sedia tegang ketika itu. Orang-orang Cina merasakan yang mereka

sudah menang dan dapat menewaskan orang-orang Melayu lantaran itu mereka berasa

Page 6: hubungan etnik

sangat angkuh lalu mengeluarkan kata-kata yang menghina terhadap UMNO dan

orang-orang Melayu amnya.Peristiwa ini berlaku sewaktu satu perarakan kemenangan

oleh DAP dan Gerakan. Mereka telah melalui jalan-jalan yang tidak dibenarkan bahkan

melanggar batasan waktu yang telah dibenarkan oleh pihak polis. Perarakan ini telah

melalui Kampung Bharu iaitu kampung terbesar yang didiami oleh orang-orang Melayu

di Kuala Lumpur di mana terdapat lebih tiga puluh ribu penduduk Melayu tinggal di situ.

Sewaktu melalui kawasan itu mereka yang terdiri daripada gabungan ahli-ahli DAP dan

Gerakan telah menghamburkan kata-kata kesat seperti "Melayu sudah jatuh", "Kuala

Lumpur sekarang Cina punya," "Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu halau semua

Melayu". Orang-orang Cina juga dikatakan telah mengikat penyapu besar pada lori

sebagai simbol untuk menyapu orang-orang Melayu keluar dari Kuala Lumpur.

Berikutan itu pada petang 13 Mei 1969, UMNO Selangor telah menyeru ahli-ahlinya

supaya datang dan berkumpul di rumah Menteri Besar ketika itu iaitu Dato` Harun Idris

untuk mengadakan perarakan balas di mana mereka sebenar bukannya kalah tetapi

sekadar kurang majoriti sahaja namun masih boleh membentuk kerajaan. Menurut

laporan seorang pegawai polis, pada petang itu sekumpulan orang Melayu dari

Gombak yang lalu mengikut Setapak telah diserang oleh orang Cina. Ada sebahagian

daripada mereka yang terlepas daripada serangan itu telah pergi ke rumah Menteri

Besar dan menyampaikan berita itu lalu dengan segera orang-orang Melayu yang

sedang berkumpul di situ telah mengambil tindakan balas, maka bermulalah

pergaduhan antara kaum yang dikenali sebagai peristiwa 13 Mei 1969. Dalam pada itu

ada juga sumber-sumber sejarah yang mengatakan peristiwa sebenar berkaitan

peristiwa 13 Mei ini telahpun bermula di Pulau Pinang tidak lama sebelum itu. Peristiwa

ini dikaitkan dengan suatu tindak balas yang berupa simpati golongan pemuda-pemuda

pelampau Cina terhadap perjuangan komunis.

Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu

PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut

sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak

kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan.

Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas

Page 7: hubungan etnik

Sosial di Semenanjung Malaysia ", isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei

adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat

sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding

dengan kaum Cina. Pendeknya apa yang didakwa oleh orang-orang Cina yang mereka

terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-

mata umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan

ramai terutama menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya pengaruh

majoroti Cina dari Singapura ini, Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa

Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 . Namun keadaan ini tidak

mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina di Tanah

Melayu. Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi

mengambilalih fungsi PAP sebelum ini. Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan

Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti

pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk

membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan

kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah . Sebenarnya apa yang cuba

dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam

pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh

membahayakan itu.

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara

Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada

peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah

perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan

jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa

rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang

kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status

bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi.

Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai

kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen

yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan

Page 8: hubungan etnik

Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah

dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin

Ismail.

Perbezaan agama dan budaya

Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina beragama Buddha,

Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala kaum india beragama hindu. Di samping itu

terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan

yang tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain

tetapi akibat dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara

yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama

lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969.

Masalah ekonomi

Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara kaum

dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak

sihat. Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu

sama lain. Orang melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang cina

manakala orang cina dan india mencemburui kelebihan orang melayu yang

mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.

Persatuan-persatuan etnik

Struktur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah melahirkan banyak persatuan

politik, sosial dan ekonomi yang memperjuangkan kaum masing-masing tanpa

menghiraukan kaum-kaum yang lain. Menurut Nik Anuar Nik Mahmud (2007)

Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah peristiwa tragis yang terburuk dialami oleh

Malaysia. Peristiwa itu hampir-hampir memusnah-kan negara ini. Alhamdulillah, dengan

kebijaksanaan pemimpin dan semangat setia kawan rakyat, bencana itu telah dapat

ditangani dan negara kembali pulih seperti sediakala. Banyak pengajaran yang boleh

dipelajari daripada bencana itu. Antara yang terpenting ialah peri mustahaknya

Page 9: hubungan etnik

memperkukuhkan perasaan muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi

kestabilan politik dan keselamatan Malaysia yang berbilang kaum ini.

Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di

Malaysia.

Jawapan :

1.0 Pendahuluan

Negara Malaysia unik dari segi penduduknya yang berbilang kaum. Dalam

konteks kepelbagaian ini, perpaduan rakyat Malaysia sememangnya penting. Demi

mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat Malaysia, Perdana

Menteri Malaysia kita, Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan pelaksanaan

dasar 1Malaysia

2.0 Kepentingan perpaduan

Kepentingan perpaduan ini boleh dikaitkan kepada 3 elemen utama dalam

memastikan pembangunan dan perpaduan di negara kita terus dikekalkan dan

dipelihara. 3 elemen dalam perpaduan dan integrasi itu ialah dari segi ekonomi, budaya

dan keselamatan. Dari segi ekonomi, perpaduan dan integrasi dalam pelbagai etnik di

Malaysia sangat penting dalam memberi peluang kepada setiap golongan etnik untuk

menceburi bidang ekonomi tanpa sebarang halangan. Setiap golongan etnik di Negara

ini layak untuk menjalankan sebarang aktiviti berteraskan ekonomi tanpa halangan

daripada sesiapa pun kerana mereka semua adalah rakyat Negara ini. Keadaan

ekonomi yang stabil juga hanya boleh diperolehi dengan adanya perpaduan antara

Page 10: hubungan etnik

kaum ini kerana tiada sebarang pergaduhan dan perpecahan antara kaum yang boleh

menggugat ekonomi Negara. Seterusnya, menghapuskan penguasaan satu ekonomi

untuk satu kaum sahaja. Semua kaum layak untuk menguasai ekonomi dengan usaha

masing-masing dan berjaya dengan kerjayanya. Seperti pada zaman sebelum era

kemerdekaan, kaum yang menguasai ekonomi adalah merupakan kaum Cina yang

kebanyakannya menetap di kawasan bandar-bandar besar. Kaum Cina ini telah dilatih

untuk memegang ekonomi dan sehingga sekarang buktinya jelas kelihatan bahawa

ekonomi negara kita masih dipegang oleh kaum Cina. Oleh itu, pendekatan kerajaan

sekarang untuk memastikan kaum lain juga boleh memegang ekonomi dengan

meningkatkan penguasaan orang kaum Melayu dalam bidang ekonomi supaya orang

Melayu tidak terus membiarkan orang-orang Cina menguasai ekonomi Negara kita.

Akhir sekali, dengan adanya perpaduan ini, ia dapat menjana ekonomi negara dengan

pelaburan dari pelbagai bidang. Ini kerana, perpaduan dapat memberi manfaat kepada

Negara dalam perkembangan ekonomi Negara. Tanpa adanya perpaduan yang kita

kecapi ini kemungkinan besar Negara kita tidak akan membangun dengan pesat seperti

ini.

Selain kepentingan dari aspek ekonomi, aspek budaya juga memainkan peranan

yang sangat penting. Aspek budaya ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri dan

harus dipelihara dalam hubungan etnik supaya dapat menjamin kesejahteraan hidup

bersama dalam masyarakat majmuk. Antara kepentingan perpaduan dalam aspek

budaya ialah mewujudkan budaya yang pelbagai dalam Negara. Seperti yang kita

ketahui, Negara Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan masyarakat

di Negara ini mempunyai pelbagai budaya, adat dan agama. Dengan adanya

perpaduan dari aspek budaya ini, ia akan dapat mengeratkan lagi hungan sesama etnik

di Negara kita. Selain itu, dengan adanya perpaduan yang sangat mantap ini, ia akan

dapat merapatkan lagi jurang perbezaan antara kaum dan seterusnya melahirkan

masyarakan berbilang etnik yang hidup bersama dengan aman dan harmoni. Di

samping itu, perpaduan ini juga akan dapat menghapuskan sikap pentingkan kaum

sendiri. Semangat pentingkan kaum sendiri ini ialah seperti mengagung-agungkan

budaya kaum masing-masing dan tidak mahu bekerjasama dalam apa juga aktiviti.

Sebagai contoh, etnik kaum Melayu tidak dapat menerima kehadiran etnik kaum lain

Page 11: hubungan etnik

dengan memulaukan etnik kaum lain ini tanpa memberi bantuan sekiranya mereka

dalam kesusahan. Perbuatan ini sama sekali tidak relevan lagi pada masa kini kerana

masyarakat Malaysia sudah hidup aman dan harmoni dalam etnik yang berbilang kaum

tanpa ada perbezaan budaya kerana semua etnik ini merupakan rakyat Malaysia. Akhir

sekali, kepentingan perpaduan dari segi budaya ini adalah untuk mewujudkan

kefahaman tentang budaya yang berbeza dalam kalangan rakyat Malaysia yang

berbilang etnik. Setiap masyarakat di Malaysia haruslah mempelajari budaya dan adat

etnik yang terdapat di Malaysia supaya benar-benar memahami budaya masyarakat

Negara ini. Dengan itu, kita semua akan dapat menjaga keharmonian perpaduan antara

kaum di Negara kita dan dapat mengelakkan daripada berlakunya peristiwa yang tidak

diingini.

Di samping itu, perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di Negara kita

haruslah dikekalkan untuk menjamin keselamatan Negara kita pada masa sekarang

dan akan datang. Ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini

seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di Negara kita. Kesan

daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat Negara kita yang mati

dalam peristiwa berdarah ini. Oleh itu, pentingnya perpaduan dalam kalangan etnik di

Negara kita adalah untuk memastikan perkara yang sama ataupun pergaduhan yang

melibatkan kaum berlaku lagi di Negara kita untuk mengelakkan daripada berlakunya

perkara yang tidak diingini. Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk

melahirkan perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk Negara kita

Malaysia. Semangat cintakan tanah air ini mestilah wujud dalam diri setiap kumpulan

etnik di Negara kita bagi memastikan kesemua golongan etnik ini mempertahankan

keselamatan Negara. Akhir sekali, perpaduan dalam kalangan etnik di Negara ini akan

dapat mengukuhkan lagi keselamatan Negara daripada luar dan dalam Negara. Negara

kita haruslah dipertahankan kedaulatannya daripada segala bencana yang melibatkan

pergaduhan dan pertumpahan darah bagi memastikan Negara kita akan terus

membangun dan berjaya mencapai wawasan 2020 dan mengekalkan perpaduan

Negara kita Malaysia

Page 12: hubungan etnik

“Bagai aur dengan tebing” merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan

kehidupan masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum dan

etnik namum semangat tolong-menolong sesma masyarakat amat penting untuk

melaksanakan sesuatu perkara. Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini,

lahirlah masyarakat yang bersatu padu.

Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpaperpaduan, tidak

mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh,bercerai kita

roboh'.Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai

sebuah negara yang merdeka.Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai

ranjau dan duri yang dilalui oleh generasi dahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil

perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut

kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya member kemerdekaan

kepada Tanah Melayu. Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan

dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada

nenek moyang yang harus dikekalkan.

Selain itu,perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu

semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri ala “enau dalam belukar, melepas

pucuk masing-masing. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara

kaum. Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain yang masih

mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang

perbezaan antara golongan kulit putih dengan golongan kulit hitam. Akibatnya, wujud

pelbagai masalah social yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit. Sebagai

iktibar, masyarakat Malaysia, wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkan

semata assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.

Kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan

ekonomi Negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik

minat pelancong asing untuk mengenali lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia

yang berbezakaum dan agama tetapidapat hidup dengan harmoni di bawah satu

bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan

pelancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain

dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk

Page 13: hubungan etnik

melabur di Malaysia.Rentetan itu, perpaduan kaum mampu meningkatkan taraf

ekonomi negara menjadi Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan

negara lain. Kita percaya rakyat negara ini sudah faham dan terima kepentingan

perpaduan kaum untuk keamanan, kestabilan, kemakmuran dan kemajuan negara.

3.0 Kesimpulan

Secara tuntasnya, rakyat Malaysia perlu bersatu padu dalam menjayakan

aspirasi

1Malaysia umpama “bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat”.

Aspirasi 1Malaysia membawa dasar bahawa rakyat didahulukan dan pencapaian

diutamakan untuk keharmonian dan kemakmuran Negara. Semua bangsa Malaysia

akan hidup bersama secara aman, damai dan sejahtera

Page 14: hubungan etnik

SOALAN TUGASAN:

GALURKAN PROSES PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI ALAM

MELAYU

PENGENALAN

Pluralistik : wujudnya kepelbagaian bangsa,agama di suatu tempat pada satu masa

secara dirancang dipaksakan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan – era

penjajahBritish

    Pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan

Eropah (Portugis, Sepanyol, Belanda & British) telah berinteraksi di antara mereka

sejak abad ke-5 Masihi lagi. Pertemuan dan pertembungan budaya-budaya besar

tersebut telah melahirkan satu ciri fenomena sosial yang istimewa dalam Alam Melayu

iaitu fenomena kepluralitian budaya.

    Dua konsep utama yang sering digunakan untuk menjelaskan ciri Alam Melayu ialah

Pluralisme dan masyarakat pluralistik. Kedua-dua konsep ini merupakan konstruksi

saintifik sosial yang terhasil daripada kajian empirikal yang dilakukan di wilayah ini.

Pluralisme bererti suatu kerangka interaksi yang mana setiap kelompok menampilkan

rasa hormat dan toleransi diantara satu sama lain dan berinteraksi tanpa konflik.

Masyarakat pluralistik pula adalah masyarakat yang berbilang kaum yang hidup saling

kerjasama diantara satu sama lain.

Mengikut Kamus Dewan, konsep masyarakat· membawa maksud kumpulan manusia

yang menetap bersama-sama di sesuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara

tertentu. Masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Pluralistik

(Majmuk)· terbentuk daripada beberapa bahagian yang merupakan kesatuan atau

dalam konteks masyarakat, ia terdiri dari beberapa kumpulan etnik.

Page 15: hubungan etnik

Oleh itu, masyarakat pluralistik membawa maksud satu kumpulan manusia yang terdiri

daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan khususnya dalam

aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan

yang bersatu padu·

Pembentukan masyarakat pluralistik di malaysia

Perbincangan mengenai pembentukan masyarakat pluralistik di Malaysia kerap kali

tertumpu pada tiga komuniti etnik utama iaitu Melayu , CIna dan India walaupun

sebenarnya terdapat pelbagai lagi kaum dan suku kaum lain di Malaysia . Hal ini

disebabkan kerana ketiga-tiga komuniti etnik tersebut telah memainkan peranan yang

paling menyerlah dalam memenuhi tututan keperluan ekonomi-politik British di Tanah

Melayu . Hal ini tidak sama sekali menagikan kewujudan dan kepentingan peranan

yang dimainkan oleh kesemua kaum dan suku kaum lain .

Sebelum tahun 1848 , hampir kesemua penduduk Tanah Melayu terdiri daripada orang

Melayu . Namum demikian , perkembangan perusahaan bijih timah mulai pertengahan

abad ke -19 dan perusahaan getah mulai awal abad ke -20 telah mengakibatkan

penghirahan orang Cina dan India secara besar-besaran ke Tanah Melayu . Menjelang

tahun 1931 , jumlah penduduk bukan Melayu melabihi jumlah penduduk melayu .

Kewujudan pelbagai kaum yang mengekalkan kebudayaan masing-masing telah

mengakibatkan satu masyarakat majmuk di Tanah melayu . Tiap-tiap kaum mempunyai

agama , bahasa dan cara hidup yang berlainan .

CIRI-CIRI MASYARAKAT PLURALISTIK

Tidak adanya penyesuaian nilai (value consensus) di antara satu kelompok dengan

kelompok yang lain. Tidak wujudnya keseragaman dari segi kebudayaan. Selalu

Page 16: hubungan etnik

berlaku konflik kelompok yang ada. dan pertentangan antara tiap-tiap kelompok itu

mengekalkan kuasa autonomi mengikut bahagian sistem sosial mereka.

Unsur paksaan serta saling bergantungan dalam bidang ekonomi antara satu

kelompok dengan kelompok yang lain sebagai faktor asas untuk berlakunya interaksi.

Dominasi dari segi kuasa politik oleh satu kelompok dengan kelompok yang lain.

Pemecahan pucuk pimpinan berdasarkan kepada kepentingan kelompok tertentu. Tiap-

tiap kelompok mempunyai fungsi serta kepentingan mereka sendiri seperti berikut:

KESULTANAN MELAYU MELAKA

Pembentukan masyarakat plural yang lebih luas berlaku apabila negeri-negeri persisir

Selat Melaka terdedah kepada perdagangan antarabangsa. Kedudukan Selat Melaka

yang strategik memudahkan para pedagang singgah sama ada untuk berdagang,

mendapat bekalan makanan atau membaiki kapal. Kemudahan yang disediakan dan

dasar menggalakkan para pedagang datang dan tinggal di Melaka yang dirancang oleh

Sultan dan pembesar telah menjadi daya tarikan pedagang untuk datang ke situ.

Bangsa-bangsa yang datang berdagang di Melaka telah mewujudkan interaksi dan

menggalakkan asimilasi di antara bangsa melalui perkahwinan campur.

Antara kelompok yang membentuk masyarakat di Melaka adalah Melayu, India, Cina,

Benggali, Arab dan Cina-Melayu yang membentuk masyarakat Cina Peranakan di

Melaka. Pembentukan masyarakat plural yang digalakkan oleh pemerintah Melaka

meninggalkan banyak kesan positif terutama dari segi penyebaran Islam,

perkembangan ekonomi, politik dan sosial sehinggalah Melaka diserang Portugis pada

tahun 1511.

PENJAJAHAN PORTUGIS

Kemakmuran Melaka telah menarik minat Portugis. Tujuannya bolehlah diringkaskan

kepada 3 perkataan iaitu agama, kekayaan dan kemegahan· (Gospel, Gold and Glory).

Kedatangan Portugis ke Melaka telah membawa kepada berakhirnya zaman

keagungan Kesultanan Melayu Melaka yang terbina sejak lebih satu kurun.

Page 17: hubungan etnik

Setelah berjaya menawan Melaka, orang Portugis menduduki Melaka selama lebih

kurang 130 tahun. Kesannya wujudlah masyarakat Serani yang beragama Kristian hasil

dari perkahwinan bangsa Portugis dengan penduduk tempatan.

PENJAJAHAN BELANDA

Belanda menjadi sebahagian jajahan takluk King Philip (raja negara Sepanyol). Akibat

daripada pertikaian agama, Belanda bangun melawan kekuasaan Sepanyol dan

mencapai kemerdekaan pada tahun 1548. Portugal dan Belanda mempunyai hubungan

perniagaan. Apabila Portugal ditawan oleh King Philip (1580) menyebabkan hubungan

mereka terputus.

Keadaan ini mendorong Belanda mencari jalan terus ke kawasan yang mengeluarkan

hasil rempah di Asia. Pada tahun 1639 Belanda dapat menawan Melaka melalui

perjanjian dengan negeri Johor. Disebabkan faktor-faktor tertentu akhirnya Melaka

diserahkan kepada British melalui Perjanjian Inggeris-Belanda (1824).

ORANG MELAYU

Orang Melayu merupakan penduduk peribumi dan telah menetap berabad-abad

lamanya di Tanah Melayu. Orang Melayu telah berhijrah ke Tanah Melayu dari Yunan

kira-kira 3 500 tahun dahulu. ‡ Bilangan orang Melayu semakin bertambah pada

pertengahan abad ke-19 apabila berlaku penghijrahan beramai-ramai orang Indonesia

ke Tanah Melayu. Mereka terdiri daripada orang Minangkabau, Bugis, Jawa dan Banjar.

FAKTOR KEDATANGAN ORANG MELAYU, CINA DAN INDIA KE TANAH MELAYU

ORANG MELAYU

a. Berlaku pertambahan penduduk dengan pesat tetapi kawasan untuk pertanian

adalah terhad. Oleh itu, wujud masalah kebuluran di Indonesia dan kerajaan

Belanda gagal mengatasi masalah tersebut. Kerajaan Belanda telah

Page 18: hubungan etnik

mengenakan pelbagai cukai seperti cukai buruh, cukai kepala, cukai garam dan

cukai tol sehingga membebankan rakyat. Akibatnya, banyak yang kehilangan

tanah apabila gagal membayar pinjaman kerana bunga yang dikenakan adalah

tinggi.

b. Kerajaan Belanda telah melaksanakan Sistem Tanaman Paksa untuk mencari

sumber pendapatan selepas Perang Napoleon. Mengikut sistem ini, petani-

petani Indonesia diwajibkan menanam 1/10 daripada tanah pertanian mereka

dengan tanaman yang ditetapkan oleh kerajaan Belanda. Ini menyebabkan

petani-petani mengabaikan tanaman sendiri kerana terpaksa memberi tumpuan

kepada tanaman kerajaan. Hal ini menyebabkan hasil pertanian petani-petani

Indonesia rendah dan akibatnya kehidupan petani bertambah miskin dan

menderita.

c. Wujud ketidakstabilan politik di Indonesia kerana berlaku beberapa penentangan

rakyat Indonesia yang tidak tahan dengan penindasan Belanda. Kepesatan

ekonomi Tanah Melayu hasil perkembangan perusahaan bijih timah dan getah

telah menawarkan banyak peluang pekerjaan.

ORANG CINA

a. Kemasukan penghijrahan Cina bermula sejak zaman kerajaan Melayu Melaka

apabila terdapat hubungan perdagangan antara Kerajaan Melaka dengan negara

China. Pada awal abad ke-19, orang Cina yang berhijrah tertumpu di Negeri-

Negeri Selat (NNS) terutama Singapura dan Pulau Pinang untuk menjadi buruh

di ladang-ladang tebu dan kopi.

b. Pada pertengahan abad ke-19, jumlah orang Cina yang berhijrah ke Tanah

Melayu bertambah ramai. Kebanyakannya bertumpu di Perak, Selangor dan

Page 19: hubungan etnik

Negeri Sembilan selaras dengan perkembangan perusahaan melombong bijih

timah di Larut (1850) dan Selangor (1860). Pembesar-pembesar Melayu telah

membawa masuk orang Cina untuk menjadi buruh di lombong bijih timah

mereka. Kemasukan orang Cina bertambah ramai apabila sektor bijih timah

diambil alih oleh pedagang Eropah. Kerajaan British telah menggalakkan

kemasukan imigran Cina dengan melonggarkan syarat kemasukan ke negeri-

negeri Melayu.

c. Di Sabah, Syarikat Berpiagam Borneo Utara British telah menggalakkan

penghijrahan masuk orang Cina untuk bekerja di ladang-ladang getah dan

tembakau. Bilangan penduduk Cina di Sabah telah meningkat daripada 27 801

orang pada tahun 1911 kepada 50 056 orang pada tahun 1931. Di Sarawak, di

bawah pemerintahan keluarga Brooke telah menggalakkan kemasukan orang

Cina untuk bekerja sebagai pedagang, petani dan pelombong. Bilangan

penduduk Cina di Sarawak telah meningkat daripada kira-kira 5000 orang pada

tahun 1871 kepada 123 626 orang pada tahun 1939.

FAKTOR LUARAN KEDATANGAN KE TANAH MELAYU

ORANG CINA

a. Kesukaran hidup di negara China. Di zaman tersebut kebanyakan penduduk

Cina mengalami hidup sengsara di mana berlaku pertambahan penduduk yang

pesat, bencana alam yang kerap (banjir dan kemarau) dan sumber-sumber alam

yang terhad. Ketidakstabilan politik yang mengancam nyawa dan harta benda

telah memaksa sebilangan besar orang Cina untuk berhijrah. Gerakan

menentang pemerintahan Manchu sentiasa meletus, antaranya ialah

Pemberontakan Taiping dan Pemberontakan Boxer dan Revolusi Cina.

Page 20: hubungan etnik

b. Perusahaan bijih timah dan getah yang berkembang menyebabkan keperluan

terhadap tenaga buruh. Ini dikatakan faktor penarik yang kuat lebih-lebih lagi

apabila harga bijih timah dan getah melambung tinggi. Kestabilan politik di Tanah

Melayu menyebabkan kedudukan ekonomi bertambah baik (melalui perusahaan

bijih timah dan getah) dan bagi memperoleh tenaga buruh, maka buruh-buruh

daripada negara China digalakkan untuk berhijrah ke Tanah Melayu.

c. Kemudahan sistem pengangkutan seperti adanya kapal stim dan juga ejen-ejen

yang membawa penghijrah telah memudahkan mereka berhijrah. Penduduk di

kawasan selatan China (seperti Kwangtung dan Fukien) merupakan mereka

yang dikatakan mempunyai ciri-ciri daya usaha yang tinggi dan bersifat suka

mengembara. Faktor ini menggalakkan lagi mereka berhijrah.

ORANG INDIA

a. Perhubungan awal India dengan Semenanjung Tanah Melayu bermula di sekitar

abad pertama masihi. Ini berkait rapat dengan pengaruh Hindu dan Buddha.

Pada zaman kerajaan Melayu Melaka, ramai saudagar India tinggal di negeri

Melaka dan menjalankan perniagan. Penghijrahan orang India secara beramai-

ramai berlaku mulai tahun 1840-an untuk bekerja di ladang tebu dan kopi di

Seberang Perai.

b. Pada awal abad ke-20, berlaku kemasukan paling ramai buruh India ke Tanah

Melayu selaras dengan perkembangan pesat perusahaan getah. Contohnya,

pada tahun 1819, terdapat seramai 75 000 orang India di Tanah Melayu. Jumlah

ini meningkat kepada 471 536 orang pada tahun 1921. Negeri Sarawak dan

Sabah tidak mengalami arus kedatangan imigran India tetapi banyak buruh Jawa

dibawa masuk untuk bekerja di ladang-ladang.

Page 21: hubungan etnik

c. Kesukaran hidup di India. Kawasan pertanian dan seterusnya pekerjaan di India

adalah terhad. Penyebab utama ialah pertambahan penduduk India yang begitu

pesat. Keadaan bertambah buruk dengan kejadian bencana alam. Ramai petani

kehilangan tanah dan berhutang. Bagi yang berpendidikan pula, sukar untuk

mendapatkan pekerjaan. Sistem kasta pula dikatakan menyekat mobiliti sosial

dan menyebabkan yang berkasta rendah cenderung untuk berhijrah.

d. Pertumbuhan ekonomi yang pesat di Tanah Melayu. Tanaman pertanian dagang

yang diperkenalkan di Tanah Melayu, khususnya getah seterusnya kelapa sawit

adalah memerlukan kepada tenaga buruh. Galakan daripada kerajaan Inggeris

kepada orang-orang India untuk bekerja di ladangladang, perkhidmatan awam

(kerani dan teknikal), dan pembinaan (bangunan dan jalanraya).

POLITIK

Dari segi politik, masyarakat pluralistik telah menyebabkan timbulnya fahaman politik

dan parti politik yang berbeza. Perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu terbahagi

kepada 3 corak berdasarkan 3 kaum yang terbesar mendiami negara ini. Orang Melayu

menunjukkan taat setia mereka kepada Tanah Melayu, bangsa Cina kepada negara

China dan bangsa India pula ialah kepada negara India.

Menjelang pertengahan abad ke-20, sikap dan taat setia bangsa Cina dan India secara

beransur-ansur mula bertumpu kepada Tanah Melayu, iaitu bumi tempat mereka

mencari rezeki dan perlindungan. Malayan Union telah membangkitkan semangat

kebangsaan orang Melayu dengan amat luas sekali. Kejayaan memansuhkan Malayan

Union, UMNO telah muncul sebagai parti politik Melayu. UMNO menjadi tempat

pergantungan orang Melayu bagi kemajuan dalam bidang politik, sosial dan ekonomi.

Bagi orang India pula, Parti Kongres India Malaysia (MIC) pula ditubuhkan

untuk:Tujuan

Page 22: hubungan etnik

a. Memupuk dan memelihara kepentingan politik, ekonomi dan sosial kaum India di

Tanah Melayu.

b. Memperjuangkan kemajuan politik di Tanah Melayu bersama-sama kaum lain.

c. Mewakili dan menyampaikan pendapat kaum India kepada kerajaan.

Bagi masyarakat Cina pula, Persatuan Cina Malaya (MCA) ditubuhkan yang mempunya

2 tujuan utama iaitu:

a. Melindungi hak kepentingan orang Cina

b. Menggalakkan dan memelihara keharmonian kaum dan membentuk negara

Tanah Melayu yang bersatu. Selain daripada parti ini, terdapat pelbagai parti

politik yang mewakili kepentingan kaum masing-masing.

EKONOMI

Kemasukan imigran luar telah membentuk penempatan berdasarkan corak kegiatan

ekonomi mengikut bangsa. Kaum Cina bertumpu di bandar-bandar, kawasan lombong

serta menceburi bidang kewangan. Kaum Melayu menceburi bidang pertanian di

kawasan pedalaman bahagian barat Timur dan Utara.

Orang India bertumpu di kawasan perladangan getah sepanjang bahagian tengah

Pantai Barat. Kemasukan buruh-buruh asing telah memberi sumbangan terhadap

pembangunan ekonomi Tanah Melayu. Perkembangan pesat ekonomi membolehkan

sistem pengangkutan, hospital, pelabuhan, telegraf dan sekolah-sekolah dibina.

Penduduk Bumiputra di luar bandar kurang mendapat perhatian terhadap masalah ini.

Ini disebabkan anggapan bahawa orang Melayu bukan merupakan tenaga kerja yang

penting.

SOSIOBUDAYA

Budaya yang dibawa dari negara China, India dan Tanah Arab ini sedikit sebanyak

diubahsuai dan wujudlah budaya Malaysia. Dari segi bidang kesenian, kedatangan

Page 23: hubungan etnik

berbagai bangsa telah mewujudkan pelbagai variasi budaya antaranya dari segi muzik

dan cara berpakaian. Kepercayaan animisme iaitu kepercayaan terhadap perkara atau

benda ghaib didatangkan dari negara luar khususnya India.

Pada Ogos 1971, kerajaan telah menggubal Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang

berteraskan kebudayaan rakyat asal negara ini dan agama Islam menjadi unsur penting

dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsan. Dari segi pendidikan, corak pendidikan

orang Cina dan India di Tanah Melayu dahulu tetap berorientasikan corak pendidikan di

negara China dan India sehingga tertubuhnya Akta Pendidikan 1957.

KESIMPULAN

Masyarakat plural Malaysia yang wujud kini merupakan hasil interaksi beberapa faktor

sejarah. Perluasan pengaruh British di Tanah Melayu pada abad ke-19 dan ke-20 telah

mengakibatkan penghijrahan masuk orang Cina dan India secara besar-besaran ke

Tanah Melayu.

Meskipun pelbagai kumpulan etnik hidup pada umumnya secara berasingan dan

mengekalkan kebudayaan masing-masing, terdapat semangat persefahaman dan

keharmonian kaum yang erat. Persefahaman dan kerjasama inilah yang membolehkan

negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan seterusnya mempergiatkan

usaha untuk mengeratkan perpaduan nasional dan keharmonian kaum.