hubungan etnik

5
Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan dan agama. Masyarakat yang pelbagai etnik ini hidup dengan aman dan mengamalkan kepercayaan dan budaya masing-masing secara bebas dan saling menghormati antara satu sama lain. Walaubagaimanapun , di sejarah negara ini pernah berlaku satu perisitwa hitam yang menyayat hati iaitu rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Ia telah membawa kesedaran kepada kerajaan betapa pentingnya perpaduan antara kaum maka usaha-usaha dalam pemupukan perpaduan masyarakat perlu ditangani oleh kerajaan dan masyarakat. Antara usaha-usaha yang diambil oleh pihak kerajaan dalam memupuk perpaduan di Malaysia termasuklah memperkasakan sekolah wawasan. Sekolah wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira agama dan kaum. Melalui sekolah wawasan ini, pelajar- pelajar yang berlainan etnik akan menggunakan pelbagai kemudahan secara bersama seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang secara bersama- sama. Apabila kemudahan ini digunakan secara bersama, sudah tentulah mereka akan berjumpa dan bertemu antara satu sama lain yang seterusnya akan mewujudkan interaksi di kalangan mereka dan di sinilah akan bermulanya semangat perpaduan diterbitkan. Ia dapat melahirkan sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi dan menggalakkan integrasi yang maksimum antara semua pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah dan perlaksanaan aktiviti. Memang tidak menafikan bahawa perlaksanaan sekolah wawasan dapat memupuk perpaduan kerana kaum yang berbeza dapat berkenalan antara satu sama lain dan seterusnya memberi peluang kepada mereka untuk memahami budaya bangsa masing-masing.

Upload: zenc-ho

Post on 19-Nov-2015

29 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

langkah2 kerajaan dan masyarakat dalam memupuk hubungan etnik.

TRANSCRIPT

Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan dan agama. Masyarakat yang pelbagai etnik ini hidup dengan aman dan mengamalkan kepercayaan dan budaya masing-masing secara bebas dan saling menghormati antara satu sama lain. Walaubagaimanapun , di sejarah negara ini pernah berlaku satu perisitwa hitam yang menyayat hati iaitu rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Ia telah membawa kesedaran kepada kerajaan betapa pentingnya perpaduan antara kaum maka usaha-usaha dalam pemupukan perpaduan masyarakat perlu ditangani oleh kerajaan dan masyarakat.Antara usaha-usaha yang diambil oleh pihak kerajaan dalam memupuk perpaduan di Malaysia termasuklah memperkasakan sekolah wawasan. Sekolah wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira agama dan kaum. Melalui sekolah wawasan ini, pelajar- pelajar yang berlainan etnik akan menggunakan pelbagai kemudahan secara bersama seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang secara bersama- sama. Apabila kemudahan ini digunakan secara bersama, sudah tentulah mereka akan berjumpa dan bertemu antara satu sama lain yang seterusnya akan mewujudkan interaksi di kalangan mereka dan di sinilah akan bermulanya semangat perpaduan diterbitkan. Ia dapat melahirkan sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi dan menggalakkan integrasi yang maksimum antara semua pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah dan perlaksanaan aktiviti. Memang tidak menafikan bahawa perlaksanaan sekolah wawasan dapat memupuk perpaduan kerana kaum yang berbeza dapat berkenalan antara satu sama lain dan seterusnya memberi peluang kepada mereka untuk memahami budaya bangsa masing-masing.Selain itu, kerajaan telah memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada tahun 2004 dan program ini telah dijalankan setiap tahun sehinggalah sekarang. Ia merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan secara berkhemah dan berasrama bagi remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia . PLKN dilaksanakan berteraskan Rukun Negara dan mempunyai kurikulum multidisiplin yang merangkumi empat modul iaitu modul fizikal, modul kenegaraan, modul pembinaan karakter dan modul khidmat komuniti. Seperti yang dinyatakan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara, PLKN ini bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional, membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni, menyemarakkan semangat kesukarelaan, dan melahirkan generasi muda yang lebih cergas dan penuh keyakinan. PLKN sememangnya menyumbang terhadap usaha memupuk perpaduan kaum, terutamanya dalam kalangan golongan remaja kerana semua aktiviti yang dijalankan menekankan semangat muhibah dan saling bertolak ansur antara peserta tidak mengira kaum atau agama. Modul kenegaraan dapat menyemai semangat cinta akan tanah air di samping membolehkan para peserta mempelajari adat dan budaya pelbagai kaum. Apabila wujudnya rasa cintakan negara dalam diri peserta, perpaduan kaum dan integrasi nasional serta saling kerjasama antara kaum di Malaysia dapat diwujudkan kerana masing-masing mempunyai satu matlamat, iaitu untuk melihat Malaysia sebagai negara yang aman dan harmonis. Hal ini akhirnya dapat melahirkan remaja yang sanggup berkorban demi perpaduan bangsa.Di samping itu, beberapa usaha telah diambil oleh masyarakat bagi memupuk hubungan etnik, antaranya ialah Skim Rukun Tetangga. Skim Rukun Tetangga telah diperkenalkan pada tahun 1975 berikutan dengan kuat kuasanya Peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga 1975). Pada peringkat awal, Rukun Tetanggga membolehkan rakyat mengawal keselamatan di kawasan kediaman masing-masing. Dengan tumpuan diberi kepada tugas rondaan yang diwajibkan kepada masyarakat setempat yang berumur antara 18 hingga 55 tahun. Mulai 1 Januari 1983 kerajaan telah memperkenalkan satu pembaharuan dengan memberi penekanan pada konsep kejiranan yang bertujuan untuk memupuk serta mengukuhkan lagi semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Bagi memastikan matlamat Rukun Tetangga tercapai, beberapa aktiviti dilakukan oleh komuniti Rukun Tetangga iaitu amalan kunjung-mengunjung semasa musim perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari Gawai, Pesta Keamatan, dan Hari Keluarga. Amalan kunjung-mengunjung ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim malah memberi peluang kepada mereka untuk memahami budaya masing-masing. Akitiviti rekreasi juga diadakan bagi memupuk hubungan etnik contohnya tai-chi, mendaki bukit, melancong dan berkelah bersama. Dengan ini, kaum yang berbeza mampu memahami, menerima dan seterusnya menghormati budaya bangsa lain. Akhirnya, langkah yang diambil oleh masyarakat dalam usaha memupuk perpaduan ialah mengadakan rumah terbuka. Rumah terbuka akan diadakan oleh setiap rakyat Malaysia apabila tiba musim perayaan. Setiap golongan etnik di Malaysia akan sering kunjung-mengunjungi ke rumah jiran tetangga walaupun berlainan etnik. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, etnik Cina, India, Kadazan, Iban dan pelbagai lagi akan mengunjungi ke rumah orang Melayu dan begitulah sebaliknya bagi etnik lain. Etnik Cina misalnya akan berusaha menyediakan makanan yang halal kepada etnik Melayu apabila menjemput etnik Melayu datang ke rumah sewaktu Tahun Baru Cina. Hal ini menunjukan etnik Cina begitu mengambil berat dan memahami budaya etnik Melayu. Begitu juga dengan etnik Melayu tidak akan menyajikan daging lembu kepada etnik India apabila mereka datang ke rumah semasa Hari Raya Aidilfitri. Pertimbangan ini memperlihatkan keharmonian hubungan etnik sentiasa terjalin kukuh dalam kalangan rakyat dan memahami dan menghormati budaya masing-masing. Amalan ini membuktikan integrasi sosial dalam kalangan masyarakat begitu tinggi walaupun berlainan agama, bangsa dan kebudayaan. Aktiviti ini amatlah biasa di Negara kita dan merupakan satu kewajiban dalam setiap perayaan. Tambahan lagi, melalui amalan rumah terbuka, kaum-kaum yang berlainan akan lebih memahami antara satu dengan yang lain. Selain mengenal juadah kaum-kaum lain, mereka akan didedahkan kepada adat resam dan pantang larang rakan-rakan mereka. Secara tidak langsung semangat toleransi akan tersemai dalam kalangan generasi. Sikap toleransi ini amat penting demi keutuhan negara kita.Kesimpulannya, Hubungan etnik merupakan perkara yang sangat penting bagi masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk. Hubungan etnik ini akan melahirkan masyarakat Malaysia yang harmonis, saling bekerjasama dan bersefahaman dan sentiasa menghayati perjanjian sosial yang telah dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi. Usaha-usaha perlu diambil secara berterusan bagi memastikan hubungn etnik di Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Usaha-usaha ini adalah melibatkan peranan kerajaan, masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan. Apa yang penting dalam memastikan hubungan etnik sentiasa dalam keadaan baik, segala usaha ini perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat. Hal ini agar Negara dapat berkembang maju dengan lebih lancer di bawah dasar 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Kepelbagaian budaya dalam negara Malaysia seharusnya tidak menimbulkan masalah perkauman. Setiap kaum ataupun etnik perlu tahu dan memainkn peranan mereka dalam memastikan konflik perkauman seperti peristiwa 13 Mei berulang semula. Perpaduan kaum ini amatlah penting bagi menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.