hubungan etnik

Upload: snow-flower

Post on 09-Oct-2015

80 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

HUBUNGAN ETNIK ASS

TRANSCRIPT

HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3062)

HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3062)

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya .

Tandatangan:Nama : PANIMALAR DARMALINGAMNO.K/P : 840326-10-6246Tarikh : 29 OGOS 2014

PENGHARGAAN

Salam sejahtera......

Bersyukur kepada tuhan kerana berkat dan limpah kurnianya, dapat saya menyiapkan kerja kursus Hubungan Etnik ini dengan baik sekali dalam tempoh masa yang telah di tetapkan.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada pensyarah yang terlibat iaitu Encik.Teoh Eng Seah yang telah banyak membantu dan memberikan panduan, dorongan dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang melaksanakan tugasan kerja kursus ini sehingga siap. Segala maklumat yang bernas dan berguna daripada beliau banyak membantu saya sepanjang proses menyiapkan tugasan ini . Saya juga amat beruntung kerana mempunyai seorang pensyarah yang berdedikasi dan sanggup melungkan masa bersama kami bagi berkongsi maklumat untuk tugasan yang diberikan. Budi baik dan tolak ansur beliau amat saya hargai.

Akhir kalam, jutaan yang tidak berbelah bagi juga saya tujukan kepada rakan-rakan sepejuangan saya yang telah banyak membantu, berkongsi maklumat serta mencurahkan idea dalam masa saya menyiapkan tugasan ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Pelbagai input yang berguna telah kami kongsikan bersama bagi menyiapkan tugasan ini. Budi baik kalian tidak akan saya lupakan. Saya juga berharap agar suatu ati kelak kita tetap akan bersama tidak kira di masa susah ataupun senang. Semoga persahabatan kita akan berkekalaan selama-lamanya dan dirahmati-Nya

Halaman Judul

HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3062)

JABATAN SAINS SOSIALIPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZANKUALA LIPIS PAHANG

SENARAI KANDUNGANBILTAJUKMUKA SURAT

1Borang Maklum balas1.

2Halaman Pengakuan1.

3Senarai Kandungan1.

4Penghargaan1.

5TUGASAN 1: (KUMPULAN)

6TUGASAN 2 : (INDIVIDU)(i) Panimalar Darmalingam(ii) Eeswari Gunasekaran

7 Lampiran

TUGASAN 2: (Secara Individu)Berdasarkan artikel yang bertajukHubungan etnik di Malaysia: Mencari dan mengekal kejernihan dalam kekeruhan, Siri Kertas Kajian Etnik UKM, Bil.1, November 2008, Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia,anda dikehendaki membuat satu ulasan kritikal. (40%)ULASAN:Dalam suasana peristiwa derdarah 13 Mei 1969, dua perkataan mula menghayati kehidupan sosial dalam masyarakat Malaysia iaitu perpaduan dan integrasi. Kadangkala kita menjadi emosional seperti tidak sanggup menerima apa sahaja usaha kita untuk mewujud perpaduan dan integrasi menghadapi kegagalan sejarah sosio politik membuktikan bahawa keadaan ini tidak mudah dikawal atau diselasaikan kerana masyarakat yang sudah terbentuk oleh sejarah dan berbilang etnik. Kita telah berjaya mengekalkan keamanan melalui perbincangan dan wacana.Salah satu faktor yang boleh mengekalkan keamanan dalam proses hubungan etnik di Malaysia adalah kerana kemampuan intelek yang sedar kita perlu menghayati dan menikmati kualiti hidup yang tinggi serta mahu generasi masa depan mengekalkan kesinambungan produktiviti ekonomi. Perpaduan (unity) lawannya perpecahan(disunity). Akikat dasar pecah- perintah,wujudlah masyarakat majmuk yang kita warisi. Konsep diversity menggantikan disunity yang merupakan suatu aset dan bukannya suatu beban. Walaupun begitu,unsur negatif diversity,khususnya bersifat disunitytetap wujud. Unsur disunity terjelma dalam wacana kita mengenai pelbagai hal ehwal semasa di Negara. Integrasi(integration) lawannya segregasi(segregation). Keadaan segregasi dalam masyarakat kita juga adalah akibat dasar pecah-perintah colonial. Segregasi inilah yang dijadikan sasaran untuk dirungkai oleh kerajaan dan pihak lain. Ada yang dilaksanakan melalui dasar dan usaha sedar, ada yang terjadi sebagai suatu proses alamiah.Melalui dasar pendidikan dan bahasa, telah diwujudkan usaha-usaha yang cuba memecahkan tembok segregasi ini lalu diharapkan dapat mewujudkan integrasi. Untuk menyelami isi kandungan perpaduan dan integrasi, terdapat empat proses yang penting iaitu asimilasi, akomodasi, akulturasidan amalgamasi.

Satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok kebudayaan dan identity yang sama dinamakan prose asimilasi. Proses akomodasi pula merupakan proses yang melibatkan beberapa kumpulan etnik yang menyedari bahawa mereka adalah berbeza namun menghormatinorma dan nilai kolektifsatu sama lain. Ia juga adalah proses utama lagi kritikal yang sudah diterima dan dihayati oleh semua kelompok etnik di Malaysia sama ada secara peribadii atau kolektif. Akulturasi ialah proses penerimaan dan pinjam meminjam unsur atau perlakuan budaya antara kelompok etnik yang berbeza. Proses yang dilakukan secara interventionist dan sedar oleh beberapa kumpulan etnik atau pemerintah untuk mencantumkan beberapa unsur berbeza daripada kumpulan etnik yang berbeza tersebut dalam satu etnik yang bersatu sama ada secara sementara atau berkekalan. Ia adalah suatau proses yang berguna tapi jarang digunakan atau didapati di Malaysia.Selepas 51 tahun merdeka, Malaysia umumnya wujud dalam suasana politik yang stabil yang didukung oleh pembangunan ekonomi pesat. Kejayaan ini tercapai dengan mengatasi pelbagai cabaran dan hambatan dalaman dan yang berpenca daripada luar. Namun, keharmonian ini telah didukung oleh pelbagai Akta dan peraturan, sebagainya dipersoalkan justifikasinya dari sudut hak asasi manusia. Rakyat Malaysia sudah cukup matang untuk menyelesaikan masalah sesamanya dan tidak memerlukan satu akta khusus untuk melindungi hubungan etnik yang baik. Mengikut kerajaan memikirkan bahawa perlunya satu akta untuk mengawal tindakan segelintir rakyat yang boleh menimbulkan ketegangan etnik tetapi masih boleh gunakan Akta Hasutan yang boleh dipindah untuk memasukkan hukuman terhadap kesalamatan tersebut. Oleh yang demikian,kita perlu menghasilkan sebuah kertas putih untuk menghuraikan apakah masalah yang berlaku,sebabnya dan bagaimana hendak diatasi. Jika kertas ini Berjaya membuktikan bahawa keadaan adalah genting, maka barulah disarankan untuk memperkenalkan sesuatu Akta yang relevan. JPNIN bertanggungjawab untuk menyediakan kertas putih yang sememangnya tercakup dalam bidang tugasnya.Kesimpulannya,perpaduan dan integrasi nasional adalah satu perkara penting bagi sesebuah negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Perpaduan bermaksud satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembangaan Persekutuan dan Rukun Negara. Kaum bermaksud budaya dan bangsa yang dibawa oleh individu. Manakala Integrasi Nasional adalah satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan negeri Sabah dan Sarawak untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembangaan Persekutuan dan Rukun Negara. Justeru, perpaduan kaum dan integrasi nasional adalah satu perkataan yang membawa makna yang amat jelas kepada pembangunan negara yang harmoni. Oleh itu, hubungan etnik yang harmoni adalah sangat diperlukan dalam kalangan masyarakat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan kaum. Sehubungan itu, persoalan mengenai hubungan etnik, perpaduan dan integrasi adalah amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya membawa kepada pembangunan negara yang lancar dan konsisten tanpa sebarang gangguan. Selain itu daripada kepentingan dalam pembunganan negara, perpaduan dan integrasi ini juga penting dalam membantu negara untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan kepelbagaian etnik yang wujud di negara. Persoalannya, apakah implikasi sekiranya tidak wujud perpaduan dan integrasi nasional dalam negara? Salah satu implikasinya adalah keharmonian negara terjejas. Keharmonian negara terjejas bermaksud tidak ada kesepaduan di kalangan rakyat. Contohnya, rakyat tidak mempunyai matlamat yang serupa dan tidak dikongsikan bersama. ini boleh menyebabkan keamanan negara, integrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, keadilan, kerjasama sesama masyarakat dan dedikasi masyarakat kepada negara tidak dipupuk serta disempurnakan dengan jaya. Seperti mana yang kita tahu bahawa semua masyarakat inginnya keamanan dan keharmonian namun sia-sia tanpa usaha daripada pihak pentadbiran negara untuk memupuk perpaduan dan integrasi nasional dalam negara.Implikasi yang kedua ialah keadaan masyarakat sekeliling berasa tidak tenteram, bebas dan maju dengan keyakinan diri sendiri serta bangga dengan apa yang dicapai disebabkan tiada perpaduan dan integrasi di dalam negara. Ketidakwujudan perpaduan dan integrasi menyebabkan rakyat berasa terkongkong dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah terhad. Hal ini menyebabkan perasaan tidak puas hati akan wujud di kalangan rakyat dan akhirnya mencetus kepada pertelingkahan dalam etnik. Sebagai contoh, dalam aspek ekonomi. Merujuk kepada peristiwa 13 Mei 1969 di mana rusuhan kaum telah tercetus akibat ketidakadilan dalam arus aktiviti ekonomi di mana setiap etnik telah dipisahkan iaitu kaum melayu bekerja sebagai nelayan dan petani, kaum india pula bekerja di kawasan estet dan kaum cina pula bekerja di bahagia perindustrian. Hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kaum disebabkan pembahagian dalam sektor ekonomi yang tidak adil. Oleh itu, jelas betapa penting perpaduan untuk mengelakkan peristiwa 13 Mei berulang.Menurut Joseph Stiglitz yang merupakan ketua ahli ekonomi bank dunia, kunci bagi survival Malaysia ialah hubungan etnik yang harmonis atau dalam erti kata yang lain perpaduan rakyat dalam negara. Beliau menyatakan sekiranya hubungan etnik tergugat maka survival Malaysia sebagai satu negara bangsa juga turut terjejas. Oleh yang demikian, semua rakyat harus bersama-sama memainkan peranan dalam meningkatkan perpaduan untuk membina sebuah bangsa yang terdiri dari rakyat yang berbilang kaum, yang hidup bersatu padu serta aman sentosa. Kerajaan dan pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu bijak dalam menentukan hala tuju dan dasar sesebuah negara untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara serta integrasi nasional amat penting bagi membangunkan sesebuah negara ke arah global dan dikenali di mata dunia.Program-program yang telah dilancarkan dan dilaksanakan oleh kerajaan telah dikaji oleh golongan pakar sebelum dilancarkan. Bersesuaian atau tidak dasar-dasar atau program-program yang dilancarkan bukan sahaja bergantung kepada peranan kerajaan, tetapi juga bergantung kepada sikap individu atau rakyat itu sendiri. Keadaan ini menunjukan bahawa, kepentingan dan semangat perpaduan dan integrasi nasional perlu dipupuk sejak dari kecil. Namun begitu, individu dan masyarakat perlu memberikan sokongan sepenuhnya terhadap program dan pelaksanaan yang telah dan yang akan dilancarkan oleh pihak kerajaan selagi ia tidak menjejaskan negara. Ini kerana, jatuh bangun sebuah negara bergantung kepada semangat perpaduan dan integrasi yang ada di dalam diri masyarakat tersebut.

Refleksi Syukur kehadrat Tuhan,kerana dengan rahmat danpetunjuk-Nya dapat juga menjayakan kerja kursus Hubungan Etnik dibawah bimbinganEncik Teoh Eng Seah.Secara jujur, saya berpendapat tugasan kali ini merupakan tugasan yang mencabar di samping membuka minda saya untuk melihat isu perpaduan di negara dari pelbagai perspektif dan pendapat. Saya diberi tugas untuk membuat ulasan kritikal berdasarkan artikel yang bertajuk Hubungan etnik di Malaysia: Mencari dan mengekal kejernihan dalam kekeruha. Pencarian makulumat dijalankan melalui pembacaan majalah, internet, jurnal dan buku mengenai konsep perpaduan dan integrasi. Sepanjang pencarian maklumat, saya mendapat beberapa input yang bermakna yang dapat digunakan di dalam tugasan saya. Walaubagaimanapun, setiap pemerolehan ilmu tidak bermakna sekiranya ia tidak diamalkan di dalam kehidupan seharian. Secara amnya, perpaduan di Malaysia masih lagi tidak menyeluruh dari pelbagai aspek terutamanya dalam sistem pendidikan di Malaysia. Walaubagaimanapun kesedaran tentang kepentingan perpaduan dan integrasi itu perlu dalam setiap diri masyarakat untuk mencapai kesejahteraan hidup di negara yang aman damai. Sehubungan dengan itu, sebagai bakal guru yang juga merupakan agen perpaduan dalam sistem pendidikan negara, saya perlu menyiapkan diri saya dengan pelbagai makulamat semasa mengenai isu perpaduan dalam kesedaran menerapkan nilai kekitaan dan patriotisme dalam kalangan murid kelak.Melalui tugasan ini, saya sedar akan kepentingan pendidikan yang boleh menjadi medan perpaduan. Kepentingan peranan seorang guru dalam proses memupuk perpaduan di kalangan murid merupakan langkah pertama dalam membentuk idealogi Pembinaan Negara Bangsa. Untuk mencipta masyarakat dan negara yang utuh, guru merupakan agen perpaduan yang berperanan membentuk satu masyarakat yang bersifat satu rupa bangsa yang perlu bersatu padu dan taat setia kepada negara. Jelasnya di sini, medan pendidikan merupakan cititera perjuangan dalam memperkasakan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Sekiranya perpaduan di negara ini tegap melalui pendidikan, maka hala tuju untuk mencapai aspirasi Wawasan 2020 bukan lagi sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan.Kesimpulannya, tugasan Hubungan Etnik merupakan tugasan yang boleh mencorak pemikiran guru pelatih untuk menjangka pola kehidupan masyarakat pada masa hadapan. Cabaran semasa mengenai perpaduan dalam pelbagai aspek merupakan cabaran yang perlu diharungi oleh bakal guru dalam melaksanakan tugas guru kerana tugas mendidik masyarakat merupakan cetusan harapan kepada Pembangunan Negara Bangsa.RUJUKANAhmad Ali Seman & Warti Kimi (2014).Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala Lumpur. Freemind Horizon Sdn. Bhd.

Mohd Sohaimi Esa & Budi Anto Mohd Tamring(2011).Hubungan Etnik : Kelangsungan Pembinaan Negara Bangsa.Selangor :Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Nadzan Haron & Rozeman Abu Hasaan (2010).Malaysia Melangkah Ke hadapan. Selangor:Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Syamsul Amri Baharuddin ( 18 Oktober 2008).Hubungan Etnik di Malaysia:Mencari dan Mengekal Kejernihan dalam Kekeruhan. Kertas Latar dibentangkan di Mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan. Kota Kinabalu, Sabah.Ting Chew Peh (1987).Hubungan Ras dan Etnik. Kuala Lumpur: Pustaka Dimensi.

TUGASAN 1 : (KUMPULAN)Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional adalah untuk mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi dan mengurangkan jurang di antara golongan kaya dan miskin. Justeru itu, ketidakseimbangan ekonomi dapat dikurangkan berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama demi mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.Anda dikehendaki:Menganalisis dan menilai secara kritis keberkesanan perana kerajaan dalam mencapai matlamat keseimbangan ekonomi dalam merealisasikan pencapaian perpaduan kaum di Malaysia serta membentangkan hasil dapatan dengan menggunakan ICT (contoh:powerpoint, flash, video dan sebagainya) selama 15 minit pada satu masa yang ditetapkan. (20%)Laporan ringkas:Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara melalui proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat didalam konteks keselamatan negara yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan diatas. Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971 - 1990), ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Sesuatu yang tidak boleh disangkal adalah walaupun pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh namun banyak kejayaan telah dicapai. Jelas bahawa proses socio economic engineering ala DEB ini memerlukan masa yang lebih lama daripada apa yang telah diperuntukkan dengan mengambil kira kesan-kesan daripada pergolakan dunia amnya. DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991 - 2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.Beberapa pendekatan baru yang diambil dalam usaha melaksanakan DPN adalah seperti berikut: Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan Pendekatan yang lebih terpilih akan dibuat dengan mengambil kira keperluan untuk mencapai hasil yang berkualiti dan berkekalan. Persaingan Dalam Pasaran Antarabangsa DPN telah mengambilkira kemampuan negara untuk bersaing dengan lebih terdaya dalam pasaran antarabangsa di samping menghadapi cabaran baru. Wawasan 2020,Penyertaan semua kaum di negara ini adalah sangat penting untuk memajukan Malaysia ke taraf negara yang maju menjelang tahun 2020. Pembasmian Kemiskinan dan peranan sektor awam dalam pembasmian kemiskinan akan ditumpukan pada program-program berikut seperti pendidikan dan latihan, kesihatan, jalan-jalan luar Bandar, pengangkutan, perumahan dan bekalan air dan elektrik. Penyusunan Semula Masyarakat,penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan penyusunan semula hakmilik akan terus menjadi program penting di bawah strategi ini.Dalam hal ini kerajaan masih berusaha gigih dengan membentuk gagasan Satu Malaysia. Gagasan 1 Malaysia telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri iaitu Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Dalam gagasan 1 Malaysia ini pelbagai langkah diambil untuk mengurangkan beban rakyat serta meningkatkan taraf hidup rakyat. Langkah-langkanya seperti Perumahan Rakyat 1 Malaysia(PR1MA), Kad Istimewa 1 Malaysia, Program Kebajikan Rakyat(KAR1SMA), Amanah Saham(AS1M), Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia, e-kasih, Bantuan Rakyat(BR1M), Taksi Rakyat(TR1Ma), Menu Rakyat, Skim Keselamatan(SK1M), Kedai Ikan Rakyat(KIR1M), Kedai Rakyat(KR1M), Kedai Kain(KK1M), Skim Latihan(SL1M), Bantuan Buku(BB1M), i-TR1M, Program Susu 1 Malaysia, Inisiatif kembali ke sekolah, Kad diskaun Pelajar 1 Malaysia, Rawatan Perubatan Percuma bagi Warga Emas,Klinik bergerak 1Malaysia, Klinik 1 Malaysia dan Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1 Malaysia.Gagasan 1 Malaysia ini adalah satu formula untuk menjayakan Wawasan 2020. Terdapat beberapa kebaikan dalam pelaksanaan gagasan 1Malaysia.Antara kebaikan gagasan 1 Malaysia ialah perpaduan kaum dapat terus terpelihara. Perpaduan kaum amat penting kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Perpaduan kaum dapat dipupuk melalui amalan nilai-nilai murni seperti nilai hormat-menghormati, kesederhanaan dan berbudi bahasa. Dengan wujudnya perpaduan kaum, rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.Selain itu, gagasan 1Malaysia juga dapat mewujudkan keadilan sosial kepada semua rakyat. Semua rakyat akan diberi kemudahan asas, khususnya penduduk luar bandar dan golongan miskin. Sebagai contoh, golongan miskin akan diberi bantuan sara hidup oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat. Oleh itu, rakyat pasti dapat menikmati keselesaan hidup dengan pelaksanaan gagasan 1Malaysia.Gagasan 1Malaysia juga dapat membantu dalam kemajuan ekonomi negara. Hal ini kerana gagasan 1Malaysia juga bertujuan untuk melonjakkan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap. Kerajaan telah membuat perubahan strategi seperti dasar liberalisasi dan pemberian insentif kepada pelabur asing. Kedatangan pelabur asing ini telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.Di samping itu, gagasan 1Malaysia juga dapat menerapkan nilai-nilai aspirasi kepada rakyat. Penerapan nilai-nilai aspirasi ini dapat menaikkan prestasi rakyat dan memajukan negara. Antara nilai aspirasi yang dapat diterapkan ialah nilai budaya ilmu, budaya berprestasi tinggi dan budaya inovasi. Penerapan nilai-nilai aspirasi ini adalah seiring dengan slogan `Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.Gagasan 1Malaysia juga telah dapat menaikkan imej negara di peringkat antarabangsa. Negara kita memang telah dikenali sebagai negara yang pesat membangun. Gagasan 1Malaysia telah menjadikan negara kita lebih dikenali dan dijadikan contoh oleh beberapa buah negara. Imej negara yang semakin baik ini perlu dijaga dan semua lapisan masyarakat mesti berganding bahu untuk menjayakan gagasan 1Malaysia.

tugasan 1 (kumpulan)

tugasan 2(individu)

PANIMALAR DARMALINGAM(840326-10-6246)

EESWARI GUNASEKARAN(890409-10-5420)

LAMPIRAN