hubungan etnik

54

Click here to load reader

Upload: neddylalola

Post on 15-Sep-2015

104 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

kepelbagaian agama

TRANSCRIPT

PENGHARGAAN

1

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami menyempurnakan tugasan bagi Modul Hubungan Etnik ini. Sepanjang menyiapkan ringkasan modul ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup kami.

Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan topik "Kepelbagaian Agama : Mencari Titik Pertemuan". Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu, Dr. Mohd Akbal bin Abdullah kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan tugasan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.

Oleh itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kami yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian, terima kasih.

Kepelbagaian Agama : Mencari Titik PertemuanPengenalan

Pendirian seseorang manusia merupakan satu titik permulaan bagi membimbing dan membentuk keperibadian seseorang. Oleh itu, agama merupakan satu aspek yang telah dipertengahkan dan dipupuk di dlaam diri setiap manusia. Melalui Agama, manusia mampu mempertingkatkan keperibadian diri. Bukan itu sahaja, mereka juga dapat mengenal tuhan. Dari pengenalan tersebutlah mampu melahirkan keperibadian yang tinggi dan mendapat kesejahteraan hidup.

Dengan keistimewaan yang Malaysia perolehi sudah menjadi satu kelebihan yang menunjukkan sekepakatan antara satu sama lain. Ianya sudah ditakdirkan bahawa Malaysia yang serba kekurangan telah menjadi sebuah negara yang bukan sahaja memiliki kepelbagian etnik tetapi juga kepelbagaian agama. Melayu, Cina dan India merupakan etnik yang berada di dalam Malaysia. Setiap etnik menganuti agama yang berlainan. Etnik dan agama memenuhi dan melengkapi keperluan satu sama lain. Setiap etnik dan agama sudah menjadi satu ikatan dan setiap satunya sudah dipadankan mengikut mejoriti penduduk. Sebagai contoh, orang Melayu dikaitkan dengan agama Islam, etnik dari kalangan Cina pula sebagai orang Buddha dan kaum bumiputra yang kebiasaannya menetap di kawasan pendalaman di Sabah dan Sarawak pula sebagai penganut animisme.

Walaubagaimanapun, agama Islam telah mnjadi agama rasmi bagi negara Malaysia dan dianuti oleh kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya kaum Melayu. Ianya dikuti oleh agama Toisme, Buddha, Hindu, Kristian dan sebagainya. Kemajmukan agama yang telah wujud di kalangan rakyat Malaysia belum lagi mencetuskan konflik yang boleh menyebabkan pergaduhan dan perpecahan antara kaum. Sekiranya semua pihak tidak bercanggah dan bergaduh, ia boleh mengelakkan konflik antara agama dari berlaku. Dengan wujudnya kepelbagaian agama dan etnik bukanlah menjadi satu masalah yang besar tetapi merupakan satu cabaran untuk rakyat yang berbilang kaum dan agama ini untuk hidup saling memahami, bertoleransi dan menjadi alat yang penting memupuk perpaduan. Walaupun kepelbagaian agama belum lagi mencetuskan konflik tetapi ini bukan bermaksud konflik tidak terjadi. Malahan ada masa dan keadaan tertentu ianya boleh mencuit juga sensitiviti penganut agama tertentu.Takrif Agama

Gambar 1 :Kitab Al-Quran Gambar 2 :Kitab Injil Gambar 3 :Kitab VedaSeseorang memerlukan agama untuk membentuk sebuah kehidupan manusia yang mempunyai matlamatnya yang tersendiri dalam kehidupan masing-masing. Agama merupakan keperluan utama dalam pembentukan dan peningkatan tamadun. Secara umum, agama ialah suatu kepercayaan atau ajaran yang dianut oleh seseorang. Agama merupakan pedoman untuk membimbing manusia ke arah kehidupan yang sempurna.1 Agama juga boleh ditakrifkan sebagai hubungan antara manusia dengan sesuatu kekuasaan luar biasa yang dianggap dapat memberikan perlindungan. Hubungan yang dianggap suci ini membawa kepada rasa tunduk manusia kepadanya dan manusia mencintainya, mempercayai dan meminta perlindungan daripadanya. Agama juga merupakan suatu sistem keyakinan yang dianut dan amalan yang diwujudkan oleh sesuatu kelompok atau masyarakat dalam mentafsirkan dan memberi respons terhadap apa-apa yang dirasakan dan diyakini sebagai yang ghaib dan suci. Beberapa pendapat definisi agama dari segi substantif ialah dari segi bentuk dan amalan. Selain dari takrifan tersebut, terdapat juga takrifan dari segi fungsional ialah dari segi fungsi dan tujuan kewujudan agama tersebut.2

Di Malaysia, agama dan etnik telah menjadi identiti kelompok yang saling melengkapi sehinggakan kelompok etnik disamakan dengan kelompok agama. Orang Melayu dianggap sebagai orang Islam, orang India sebagai orang Hindu, orang Cina dan Siam sebagai orang Buddha serta masyarakat orang Asli dan suku bumiputera di pendalaman Sabah dan Sarawak sebagai penganut animisme. Manakala bagi orang yang bertukar agama dianggap mereka bukanlah sebahagian daripada kelompok etnik.3 Di India, lahir agama Hindu dan kemudiannya agama Buddha. Dalam tamadun awal China lahir Confucianisme dan Taoisme. Kemudiannya, di Palestin muncul agama Kristian dan pada tahun 610 M. lahir pula agama Islam di Makkah. Dari segi perspektif, agama Islam merupakan agama rasmi di negara Malaysia ini yang terkandung pada perlembagaan yang tertera dan agama ini tidak boleh dicabuli atau pun dihina. Sekiranya seseorang yang tidak bertanggungjawab menghina agama ini, akan diambil tindakan.4Seseorang individu perlulah percaya terhadap agama yang dimiliki ataupun dituntut kerana kepercayaan itu merupakan pegangan agama atau ajaran yang dianuti oleh seseorang. Contoh nya, orang Islam mempercayai dan meyakini Rukun Iman dan Rukun Islam yang lengkap dengan mempercayai kepada Allah S.W.T. dan orang Islam percaya dengan terkandungnya isi pada al-Quran. Orang Kristian pula, mereka berpegang kepada Old Testament dan New Testament yang merupakan dua kitab suci dalam agama Kristian dan dikenali sebagai bible. Agama Hindu pula, pada zaman Vedik terutamanya apabila wujud kitab suci Veda yang menjadi kitab kepada agama ini. Agama ini percaya bahawa Tuhan mempunyai tiga fungsi utama iaitu mencipta (Brahman), memelihara (Vishnu) dan membinasa (Siva).

1 Nik Hassan Shuhaimi Bin Nik Abdul Rahman (et.al), Sejarah Tingkatan 4: Kemunculan Agama dan

Ajaran Utama Dunia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007 hlm 652 Shamsul Amri Baharuddin, Modul Hubungan Etnik : Kepelbagaian Agama : mencari titik pertemuan,

Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2012 hlm 145

3 Dr. Ismail Ibrahim (24 Mei 2009): Utusan Malaysia (atas talian)

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/1malaysia/6721-satu-malaysia-dari-sudut-agama.html

4 Nik Hassan Shuhaimi Bin Nik Abdul Rahman (et.al), Sejarah Tingkatan 4: Kemunculan Agama dan

Ajaran Utama Dunia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007 hlm 65

Manakala, agama Buddha lebih mementingkan ajaran sila, karma dan latihan memelihara hati. Mereka mempercayai hukum ketidak kekalan rupa, diri dan nikmat. Di sini, kita dapat lihat dari segi setiap agama mempunyai kitab, masing-masing mempunyai kepercayaan sendiri, terpulang kepada individu yang dapat melihat dari segi pegangan setiap agama. Justeru, lahirlah agama dan ajaran untuk memenuhi keperluan manusia. Agama dan ajaran merupakan pembentukan seseorang masyarakat yang mempunyai kekuatan dari segi insaniah.

Mengapakah Manusia perlu Beragama?

Gambar 4 : Patung Buddha berdiri di Kampung Terbok, Kelantan

Gambar 5 : Patung Murugan di Batu Caves

Agama adalah pegangan yang harus ada dalam diri setiap manusia.Tanpa pegangan agama, maka akan goyahlah kehidupan manusia. Peranan agama yang paling penting adalah ia dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan manusia. Pegangan agamajuga

boleh menjadi asas kepada ketamadunan dan acuan kepada latar budaya masyarakat. Agama juga dapat membentuk pandangan seseorang dan sesebuah masyarakat serta perilaku dan tindakan mereka dalam kehidupan. Ini dapat dilihat dari segipertuturan, perilaku dan gaya hidup seseorang manusia. Selain itu agama memainkanperanan yang penting dalam membentuk pandangan dunia dalam kehidupan manusia serta mendatangkan ketenangan dan keamanan di kalangan penduduk dunia sehinggakan agama itu dijadikan sebagai sumber kekuatan dan mekanisme yang berpengaruh dalam pembentukan keselamatan serantau. Agama dan tamadun merupakan perkara yang sinonim. Tanpa agama sesuatu tamadun tidak akan membangun dengan cepat. Ini kerana agama mampu memberikan suatu lonjakkan paradigma kepada tamadun yang sedang ingin membangun dan ia juga merupakan salah satu elemen yang menolak dan menggerakkan sesebuah tamadun dalam kehidupan.

Gambar 6 : Patung Buddha duduk di Kampung Jubakar, KelantanAgama juga merupakan sebuah institusi sosial yang menyumbang kepada pembentukan struktur masyarakat., iaitu hubungan di antara manusia dan pegangan mereka terhadap implikasi yang boleh diperolehi. Kemunculan agama ialah perasaan untuk mencari satu kuasa tertinggi ataupun perasaan ingin beragama. Malah beragama ialah warisan kebudayaan kumpulan turun temurun, suku kaum atau pun daripada keluarga . Agama merujuk kepada peraturan, tatacara atau hubungan yang wujud di antara manusia dan raja-raja, juga merujuk kepada hubungan dewa-dewa . Agama- juga bermaksud hubungan yang terjalin di antara manusia dengan manusia lain. Ada pendapat yang mengatakan agama berasal dari perkataan gam dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud jalan. Di dalam bahasa Belanda (ga, gaan) dan Inggeris (go) membawa maksud jalan. Hans Joachim Schoeps Dalam buku The Religion of Mankind menyatakan hubungan yang wujud antara manusia dan kuasa terbesar/agung yang dipercayai (manusia) dan manusia merasai adanya kebergantungan dengan kuasa agung itu Tiga perkara manusia dengan kuasa agung :

i.Kepercayaan

ii.Ketakutan dan kepatuhan

iii. Menterjemah kepercayaan, ketakutan dan kepatuhan itu melalui

upacara-upacara tertentu (seperti pemujaan).

Semua ini direalisasikan dengan aktiviti kegamaan ( ritual ). Nottingham menyatakan agama suatu pegangan berkaitan dengan manusia untuk mengukur dalamnya makna dari kewujudan alam semesta. Menimbulkan sifat khayal membangkitkan kebahgiaan kebatinan,menampilkan dunia lain(akhirat). Istilah Sarjana Islam Syeikh Ibrahim Al-Baijurimendifiniskan agama sebagai sesuatu kepercayaan yang diturunkan Allah melalui utusan-Nya meliputi perturan-peraturan tertentu. Dinamakan agama kerana manusia tunduk kepada tuhan dan di bawah peraturan tuhan. Fungsi dan peranan agama manusia dan keadaan ketidakpastian Manusia perlukan keamanan, kesejahteraan dan kebahgiaan yang diluar jangkaan. Kemampuan manusia untuk menguasai keadaan hidup terbatas Kadangkala manusia tidak mencapai apa yang diinginkan manusia dalam keadaan ketidakupayaan.

Gambar 7 : Masjid Kristal di Kuala TerengganuDalam ajaran Islam, Nabi Muhammad SAW diutus tidak lain adalah untuk menyempurnakan akhlak. Sehingga jika kita ingin melihat lebih jauh implikasi dari akhlak yang baik adalah seseorang akan lebih mengetahui betapa pentingnya akan adanya aturan dalam agama, yang sebenarnya adanya aturan dapat memberikan batasan mana yang harus dikerjakan dan yang harus ditinggalkan. berhubungan dengan Sang Pencipta ataupun sesama makhluk hidup. Sehingga apapun pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang baik yang beragama Islam atau bukan islam, itu semua tidakterlepas dari aturan agama. Oleh sebab itu, ketika seseorang menyadari akan adanya aturan dalam kehidupan kesehariannya, ia pasti akan mengatur tentang kegiatan sebelum melakukannya. Dan yang pasti hasil antara orang yang sebelumnya mengatur berbeza dengan sebelumnya tidak mengatur (mengkonsep). Disinilah peranan penting agama dalam memberikan aturan kepada para penganutnya, yang jelas-jelas dalam Islam sendiri ketika seseorang ingin bahagia dunia dan akhirat haruslah mengikuti aturan-aturan yang ada pada Al-Quran dan Al-Hadis. Peranan Agama

Agama Islam Adalah Agama Rasmi Malaysia

Gambar 8 : Kitab Al-Quran

3 Mac 2014, Kolej Kediaman Dr. Tun Ismail: Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun. Al-Quran memberikan petunjuk kepada manusia untuk memenuhi keperluan asas, iaitu secara tersurat atau tersirat dalam pelbagai aspek kehidupan umat manusia. Di mana mengikut ajaran Islam Kitab Al Quran adalah rukun iman yang keempat iaitu beriman kepada kitab suci dan di Malaysia ia adalah agama secara rasmi. Al-Quran sebenarnya telah memberi petunjuk kepentingan tersebut, perlu jaminan yang memberikan rasa aman bagi pemeluknya. Maka agama terkandung dalam sistem perlembagaan negara dan menjadi sesuatu yang rutin boleh digambarkan bahawa setiap perundangan Islam di Malaysia akan merujuk dan berdasarkan landasan Al-Quran serta As-sunnah Rasulullah S.A.W. Agama menjadi salah satu aspek kehidupan semua kelompok sosial, merupakan fenomena yang menyebar mulai dari bentuk perkumpulan manusia, keluarga, kelompok kerja, yang dalam beberapa hal penting bersifat keagamaan. Agama Melahirkan Akhlak, Adab Dan Peribadi Mulia

Gambar 9 : Memasak Bubur Sempena Karnival Gempak Koko, UTHM15 Disember 2013, Pusat Islam UTHM : Pihak Pusat Kokurikulum telah mengadakan Karnival Gempak Koku 2013 di mana terdapat beberapa aktiviti yang melibatkan para mahasiswa dan mahasiswi dalam aktiviti gotong-royong membuat bubur lambuk tanpa mengira agama, kaum dan bangsa. Dalam gambaran ini saya dapat mengulas setiap individu di negara ini harus mempunyai agama kerana menerusi agama maka akan lahirlah generasi yang memiliki akhlak, adab dan peribadi mulia. Di samping itu, dengan mempunyai didikan agama yang cukup ia akan membolehkan seseorang individu itu tahu membezakan kebaikan dan keburukan dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Setiap agama mengajar kita supaya berbuat baik dalam semua perkara serta menghindari perkara-perkara yang tidak baik. Ini akan menjamin negara kita akan sentiasa makmur dan aman damai kerana rakyat sentiasa hormat-menghormati satu sama lain meskipun terdiri daripada pelbagai kaum dan agama seperti sekarang. Peranan agama sungguh besar ertinya kepada individu seterusnya negara ini kerana mempunyai pegangan agama yang kukuh ia boleh membuatkan seseorang itu patuh dan taat daripada melakukan kerja-kerja yang tidak baik.Pembangunan Peribadi dan Keupayaan Manusia

Gambar 10 : Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di UTHM5 Mac 2014, Dewan Kuliah 3, Blok G3 UTHM: Sesi pembelajaran dan pengajaran di sesebuah universiti untuk membentuk kualiti diri seseorang agar mampu menjadi generasi yang mampu menerajui negara pada masa depan. Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, Islam mengajar manusia ke arah membentuk watak dan sikap yang betul menerusi pendidikan, kepimpinan dan lain-lain yang berdasarkan nilai-nilai Islam. Jika seseorang itu patuh sepenuhnya kepada ajaran Islam dan menjadikan Islam itu sebagai 'The Way of Life', maka segala amalan yang dilakukannya tidak akan bercanggah dengan larangan-larangan yang telah ditetapkan. Dari sini dapat dilihat bahawa pembangunan peribadi dapat meningkatkan lagi keupayaan manusia seterusnya dapat menyumbangkan tenaga dan buah fikiran yang bersih dan mantap ke arah membangunkan negara Islam mengatasi negara-negara lain di dunia. Firman Allah S.W.T yang bermaksud : "Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." Hal ini sejajar dengan apa yang telah terkandung di dalam al-Quran, yang bermaksud: Katakanlah wahai Muhammad adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. (Surah Al-Zumar : 9)

Pendorong dan Pengesahan Program Pembangunan

Gambar 11 : Karnival Sukan SRAI JAIS, Kolej Matrikulasi6 April 2014, Karnival Sukan SRAI JAIS 2014: Model pembangunan yang berteraskan ekonomi sekular, moral, kerohanian dan agama dianggap berasingan daripada kegiatan ekonomi, politik, sosial dan budaya. Nilai moral, kerohanian dan agama diberikan penilaian yang rendah berbanding dengan perkara-perkara lain. Bahawa manusia dijadikan dari dua unsur iaitu jasad dan roh maka dapatlah disimpulkan bahawa pembangunan kehidupan manusia hendaklah merangkumi kedua-dua aspek iaitu aspek jasmani (fizikal) dan aspek rohani (spiritual) iaitu bertepatan dengan fitrah kejadian manusia. Kedua-dua aspek pembangunan tersebut hendaklah seiring dan seimbang tanpa melebihkan atau mengurangkan salah satu daripadanya. Pembangunan jasmani atau fizikal adalah merangkumi pembangunan aspek-aspek yang diperlukan oleh jasad manusia iaitu tempat tinggal, peralatan, kesihatan, alat-alat komunikasi, pengangkutan dan sebagainya. Pembangunan sikap bermaksud mengasuh diri manusia sikap-sikap positif dan membina serta mengikis sikap yang negatif. Manakala pembangunan emosi pula bermaksud menjadikan manusia sebagai seorang yang matang dan mampu mengawal diri berasaskan ilmu dan pengalaman dalam menghadapi satu-satu kejadian atau peristiwa.

Mengembangkan Kesenian

Gambar 12 : tulisan khat yang di pelbagaikan (khat khafi )

16 Disember 2013, Dewan Sultan Ibrahim: Pameran Kursus Tulisan Jawi dan Khat telah diadakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sempena Karnival Gempak Koku 2013. Konsep seni khat dan jawi merujuk kepada bentuk-bentuk indah, halus dan permai. Dari segi istilah, kesenian ialah segala aktiviti yang berkaitan dengan seni yang menyenangkan hati serta perasaan manusia, tidak kira sama ada ia adalah ciptaan Allah S.W.T ataupun dihasilkan melalui fikiran, kemahiran, imaginasi dan perbuatan manusia. Agama juga berfungsi mengembangkan kesenian disebabkan agama mempunyai hubungan yang rapat dengan aktiviti kesenian yang menjadikan sumber penghargaan dan kenikmatan serta ia juga orientasi estetik seperti seni bina, lukisan, ukiran kayu dan seni pahat. Seni adalah sebahagian daripada kebudayaan.

Penggolongan Agama

Agama SamawiAgama Samawi ialah agama yang bersumberkan wahyu oleh Allah kepada rasul-Nya untuk disampaikan kepada hamba-Nya . Bagi agama samawi, Allah s.w.t telah turunkan kitab sebagai dokumen agama.

(i) Agama Islam

Gambar 13 : Kitab Suci Al-QuranAl-quran adalah kitab suci agama Islam yang merupakan kalam Allah. Bahasa Al-quran diturunkan dalam bahasa Arab. Membaca al-quran dan menghayatinya merupakan satu ibadah bagi umat Islam. Ia merupakan satu kitab suci yang menjadi panduan umat Islam di samping sunnah Rasulullah SAW. Al-quran merupakan mukjizat yang diturunkan Allah SWT bagi kerasulan Nabi Muhammad SAW. Sebagai mukjizat, Al-Quran diturunkan untuk menjadi bukti kebenaran kerasulan Muhammad SAW. Di dalam surah-surah dan ayat-ayat al-quran terkandung kandungan yang secara jelas yang dapat menjadi panduan dalam semua hal dan permasalahan dalam hidup.

Penganut agama Islam dikenali sebagai Muslim. Muslim pecaya bahawa Allah itu Esa dan tujuan hidup ialah untuk menyembah Tuhan. Prinsip agama Islam berpegang kepada Rukun Islam dan Rukun Iman. Inti sarinya mengandungi formulasi akidah, ibadah, akhlak, hukum-hukum, peringatan, sejarah dan dorongan untuk berfikir.

(ii) Agama Yahudi

Gambar 14 : monumen yahudi di IndonesiaKitab Taurat telah diturunkan oleh Allah s.w.t. yang merupakan wahyu kepada Nabi Musa a.s. dalam bahasa Ibrani. Kitab Taurat merupakan kesinambungan kitab-kitab nabi Allah yang terdahulu. Dalam Kitab Taurat ini terkandung hukum syarak dan keyakinan yang betul. Ia juga menerangkan bahawa seorang nabi akhir zaman iaitu Muhammad s.a.w. akan lahir dari keturunan Nabi Ismail a.s. Bagi penganut agama Yahudi, mereka juga percaya akan kewujudan Tuhan yang Maha Esa, yang merupakan pencipta dunia yang menyelamatkan bangsa Israel dari penindasan. Mereka juga percaya Tuhan menurunkan undang-undang kepada mereka dan memilih bangsa Yahudi sebagai cahaya kepada manusia didunia.

(ii) Agama Kristian

Gambar 15 : Paderi Dalam GerejaKristian percaya bahawa Kitab Injil diturunkan oleh Tuhan dan merupakan Firman Tuhan yang tiada kesalahan serta ajarannya adalah muktamad. Empat prinsip utama dalam ajaran agama Kristian. Terdapat satu tuhan yang mencipta seluruh alam. Berpegang pada konsep triniti iaitu Tuhan Bapa,Tuhan Anak dan Tuhan Holispirit. Ajaran Jesus hendaklah sentiasa diikuti. Manusia harus mencintai tuhan serta melayan semua orang dengan adil dan hidup secara aman damai.

Setiap orang akan diadili oleh tuhan berasaskan tingkahlakunya didunia. Seseorang kristian yang taat kepada agamanya akan menikmati kehidupan abadi selepas mati manakala seseorang yang berdosa akan menghadapi kesengsaraan abadi. Pelbagai tradisi agamawi, kepercayaan, dan cara sembahyang yang memegang pada adat resam yang tertentu wujud dalam Kristian. Agama Kristian selalunya dipaparkan sebagai tiga aliran yang terutama yang telah dibentuk selama dua ribu tahun dahulu iaitu Katolik Roma,Ortodoks dan Protestan.

Agama Ciptaan Manusia

Agama ini adalah agama-agama yang bukan berasal daripada wahyu Allah dan tidak mempunyai kitab daripada langit. Ia juga adalah merupakan agama ciptaan manusia. Sebagai contoh , agama Hindu,Buddha,Sikh,Taoism,Confucianism dan lain-lain.

(i) Agama Hindu

Gambar 16 : Kuil HinduAgama Hindu adalah agama pertama yang diperkenalkan oleh manusia. Perkembangan agama Hindu datangnya dari India. Agama Hindu adalah suatu kepercayaan yang didasarkan pada kitab suci yang disebut Weda. Penganut agama ini percaya akan penyembahan terhadap dewa-dewa. Tempat ibadat agama ini adalah kuil. Mereka menyembah berhala kerana mempercayai akan sifat-sifat dan unsur-unsur kewujudan tuhan yang digambarkan menerusi berhala tersebut. Hinduisme juga mengakui akan keesaan tuhan yang disembah, tuhan dalam ajaran Hindu disebut sebagai Ekan atau Esan yang bermakna tuhan yang Maha Esa. Mereka juga berpendapat bahawa agama ini adalah subjektif dan boleh ditafsir mengikut pemahaman, pemikiran, tahap keimanan dan intelektualiti seseorang.

(ii) Agama Buddha

Gambar 17 : Tokong cina di Teluk Intan PerakTokong merupakan tempat ibadah bagi penganut agama Buddha. Agama Buddha berasal dari utara India. Nama agama ini diperoleh daripada panggilan yang diberikan kepada pembangunnya yang mula-mula iaitu Siddharta Gautama yang dipanggil dengan nama Buddha. Panggilan ini diperoleh oleh Siddharta Gautama sesudah menjalani hidup dengan penuh kesucian. Agama ini menolak akan persoalan mengenai asal usul dan hanya mendasari hanya mengenai alam semesta. Agama Buddha percaya akan empat aspek utama iaitu kebajikan, perenungan, pengetahuan atau hikmah dan kelapangan.

Kitab suci agama Buddha ialah Tri Pitaka. Tri bermakna tiga manakala pitaka bermaksud bakul, tetapi gabungan perkataan ini bermaksud bakul hikmah atau dikenali sebagai Tiga Himpunan Hikmat. Secara ringkasnya, terdapat dua sebab utama terbentuknya agama Buddha iaitu disebabkn keadaan sosial dan politik di India yang pada masa itu sangat teruk. Pada masa itu terdapat banyak rakyat India yang menderita sedangkan kehidupan raja di istana adalah sangat mewah. Keduanya ialah disebaban ketidakpuasan terhadap pemerintahan brahmana iaitu semasa agama Hindu sedang pesat berkembang.

(iii) Agama Sikh

Gambar 18 : Interaksi Antara Orang Islam dan Orang Sikh

Sikhisme juga dikenali sebagai agama Sikh, agama ini adalah sebuah agama momoteistik yang diasaskan mengikut ajaran Guru Nanak di Punjab, India. Agama Sikh percaya kepada adanya satu Tuhan yang dikenali sebagai waheguru. Setelah Guru Nanak meninggal dunia,terdapat sembilan orang guru yang telah mengambil alih tempat beliau. Kesinambungan ini berakhir setelah kematian Guru Gobind Singh yang telah meninggal dunia dan beliau tidak meninggalkan pengganti manusia, tetapi beliau telah mengumpulkan satu himpunan skrip suci yang dipanggil Adi Granth.

Skrip ini kemudian diberi nama Guru Granth Sahib. Bahasa Punjabi klasik merupakan bahasa kitab suci agama ini. Semasa hayatnya, Gobind Singh telah menubuhkan sebuah persatuan Persaudaraan Khalsa Sikh dan memulakan pemakaian seragam untuk kaum lelaki Sikh yang taat kepada agamanya yang diberi Lima K yang mana perlu dipakai sepanjang masa. Lima K ini merangkumi kesh (rambut yang panjang), kanga (sikat), kara (gelang ditangan kanan), kirpan (pisau kecil yang tidaklah terlau tajam) dan kachha (seluar dalam pendek). Tempat ibadat bagi agama Sikh dikenali sebagai Gurdwara. Tempat paling suci bagi penganut agama ini ialah Gurdwara Emas di Amritsar.Agama-agama di Malaysia

Agama Islam

Gambar 19 : Masjid di Batu Pahat Johor

Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada seluruh manusia tanpa mengenal bangsa yang bersumberkan al-Quran, al-Sunnah dan Ijma' Ulama. Islam adalah agama yang nyata (waqi'e) dan sesuai dengan fitrah manusia, pada semua tempat, zaman dan situasi iaitu menepati cita rasa, kehendak, sifat, keinginan, nafsu, perasaan dan akal fikiran manusia. Seterusnya, Islam bermaksud agama ciptaan Allah yang lengkap lagi sempurna dengan segala peraturan dan undang-undang yang merangkumi penyusunan kehidupan manusia, mengenai orang perseorangan, kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan sekali gus menghubungkan manusia dengan Tuhan dan manusia dengan alam sejagat bagi menjamin kesejahteraan, keselamatan, kesempurnaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Ciri-ciri di dalam agama Islam pula ialah menjaga kebajikan manusia sejagat serta melaksanakan peraturan yang ditetapkan Islam dan melakukan sesuatu perkara dengan jujur dan bertanggungjawab. Kitab suci di dalam agama Islam ialah al-Quran dan al-Sunah dijadikan sebagai tempat rujukan dan sokongan bagi sesuatu perkara. Seterusnya perayaan yang disambut bagi mereka yang beragama Islam ialah perayaan hari raya Aidilfitri dan hari raya korban. Tetapi sebelum meraikan perayaan hari raya Aidilfitri, umat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan dan selepas itu barulah meraikan hari raya sebagai tandan kemenangan. Selanjutnya jika perihal agama Islam dikatakan pastinya ia akan di kaitkan

Agama Buddha

Gambar 20 : Tokong cina di Pulau Tioma

G

Gambar 21 : Tokong Taman Cempaka Sari Ijok, SelangorAgama Buddha merupakan agama kedua terbesar di Malaysia dan agama ini dibahagikan kepada dua iaitu Buddha Mahayana dan Buddha Theravada. Buddha Mahayana dianuti oleh etnik cina yang berada di Malaysia manakala Buddha Theravada pula diamalkan oleh komuniti Thai yang kebanyakan di utara semenanjung Malaysia. Agama ini diasaskan oleh Siddhartha Gautama yang selalu memikirkan punca penderitaan dan kemelaratan. Selain itu juga, bagi penganut agama Buddha mereka berpendapat ajaran mereka bukan bercakap mengenai Tuhan kerana bagi mereka Tuhan itu adalah diri mereka sendiri. Seterusnya bagi ajaran moral di dalam agama Buddha ialah mereka mementingkan sikap menghormati kehidupan sama ada manusia, tumbuhan ataupun haiwan serta mereka tidak boleh menyembelih binatang kerana bagi mereka binatang dianggap saudara mereka. Di dalam agama Buddha bagi upacara keagamaan mereka pula, mereka mempunyai beberapa objektif utama iaitu Tiga Permata (Buddha), Dharma (Ajaran Buddha) dan sangha (komuniti Buddha yang berpegang dengan ajarannya. Selanjutnya bagi upacara penyembahan agama Buddha ini, mereka menyembah patung Buddha dan di ikuti dengan bacaan mantera yang bertujuan untuk memohon perlindungan dan upacara ini dilakukan di tokong, wat atau wat.

Agama Hindu

Gambar 22 : Kuil Batu Cave Selangor

Agama Hindu atau dalam bahasa sanskrit ialah Santana Dharma iaitu kebenaran abadi atau Vaidika Dharma iaitu pengetahuan kebenaran adalah sebuah agama yang berasal dari benua India. Agama ini merupakan agama Weda (Brahmanisme) yang merupakan kepercayaan bangsa Indo-Iran (Arya). Selain itu, agama ini dianggarkan muncul pada tahun 3102 SM sehingga1300 SM dan merupakan agama tertua di dunia yang masih bertahan hingga kini. Agama ini merupakan agama ketiga terbesar di dunia selepas agama Islam dan Kristia. Tambahan pula, agama Hindu ini juga tersebar di Asia Tenggara pada abad ke-15 iaitu ketika kejatuhan pemerintahan Majapahit dan selepas itu muncul agama Islam dan Kristian. Seterusnya tujuan di dalam agama Hindu adalah untuk mencapai kebahagiaan rohani dan kesejahteraan jasmani ataupun kebahagiaan secara zahir dan batin. Di dalam agama Hindu terdapat beratus-ratus malah beribu-ribu buah kitab suci dan antara yang terbesar ialah Veda, Undang-Undang Manu, Mahabharata, Gita, Yoga, Vasishtha dan Ramayana. Selanjutnya di dalam agama Hindu, terdapat empat golongan iaitu Brahman, Kshatriya, Vaishya dan Shudra. Tempat beribadat bagi agama Hindu yang berada di Malaysia ialah Batu Caves yang terkenal dan terbesar serta di hadapan pintu masuk kuil itu terdapat patung Tuhan Murugan yang besar. Bagi penganut agama Hindu ketua agama mereka dikenali sebagai sami dan perayaan yang di sambut mereka ialah perayaan Deepavali.

Agama Kristian

Gambar 23 : Gereja Sekolah Convent, Batu PahatAgama Kristian adalah sebuah agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Yesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para pengikutnya dalam perjanjian baru. Selain itu juga agama Kristian percaya bahawa Kitab Injil diturunkan oleh Tuhan dan merupakan Firman Tuhan yang tiada kesalahan serta ajarannya adalah muktamad. Penganut agama Kristian ini mengelar Jesus sebagai penyelamat orang yahudi seperti yang dijanjikan dalam kitab perjanjian lama. Seterusnya bagi penganut agama Kristian mereka mempercayai selepas berakhirnya kehidupan Jesus Christ di dunia wujud tuhan kekal di dunia dalam bentuk roh suci atau roh kudus yang terdiri dari 3 bentuk iaitu bapa, anak, dan roh suci. Kitab suci bagi agama Kristian ialah kitab Bible yang mengandungi perjanjian lama dan perjanjian baru. Selain itu, gereja merupakan tempat mereka melakukan upacara keagamaan dan orang yang paling berkuasa ialah bishop Rom. Bagi perayaan pula, mereka yang menganuti agama Kristian merayakan perayaan Krismas, Easter dan Good Friday.

Agama Sikh Gambar 24 : Gurdwara Sahib Kuala Lipis, PahangSikh adalah agama yang berasal dari gabungan India dan Pakistan dan merupakan kelompok agama minoriti di Malaysia. Agama Sikh ini sebahagian besarnya dari etnik India berketurunan Punjabi di Malaysia. Agama Sikh ini diasaskan oleh Guru Nanak pada tahun 1469M dan diteruskan oleh sembilan guru yang lain. Selain itu, agama Sikh hanya mempercayai satu tuhan dan kitab suci mereka dikenali sebagai Sir Guru Granth Sahib Ji dan digunakan sebagai rujukan utama dalam kehidupan mereka. Personaliti bagi mereka yang menganuti agama Sikh ini mudah dikenal pasti kerana mereka akan memakai serban dan berjanggut panjang bagi lelaki. Seterusnya melalui nama, mereka juga boleh dikenal pasti kerana kebiasaannya bagi lelaki nama akhir mereka ialah Singh yang bermaksud singa manakala wanita pula menggunakan Kaur yang bermaksud puteri. Selanjutnya, terdapat lima simbol utama dalam agama Sikh yang mudah di kenali iaitu 5K. 5K ini merangkumi Kesh (berambut panjang), Kangha (sikat), Kara (gelang besi ), Kirpan (pedang kecil), dan Kachera (seluar pendek khas). 5K ini merupakan pakaian rasmi yang wajib di pakai semasa menjalani upacara Amrit Sanskar. Bagi perayaan agama Sikh, mereka merayakan perayaan Vaisakhi yang disambut pada bulan april setiap tahun dan akan diketuai oleh Granthi Sahib yang akan memainkan peranan penting dalam upacara keagamaan di Gurdwara. Tujuan dalam agama Sikh ini ialah menjaga penganut agama ini supaya menjaga diri dan tidak melakukan perkara tidak bermoral seperti berzina. Selepas melalukan upacara Amrit Sanskar penganut agama Sikh ini perlu mematuhi 4 larangan utama iaitu tidak dibenarkan memotong atau mencukur rambut, tidak boleh memakan daging, tidak boleh meminum arak dan tidak boleh melakukan hubungan seks melainkan dengan pasangan mereka sendiri.

Konflik Agama

Konflik boleh ditakrifkan sebagai ketidak setujuan (disagreement) diantara dua pihak atau kumpulan mengenai sesuatu perkara yang mempunyai kepentingan bersama di kedua-dua belah pihak (issue of mutual interest). Perkataan KONFLIK berasal dari kata kerja Latin, configure yang bermaksud saling memukul. Dari sudut sosiologi pula, konflik bermaksud sesuatu proses sosial antara dua orang atau lebih, boleh jugak dalam sesuatu kumpulan dimana salah satu pihak berusaha untuk menyingkirkan pihak yang lain. Menurut Kamus Dewan, konflik bermaksud perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan dan lain-lain.Punca Berlakunya Konflik

Konflik berlaku disebakan perbezaan pendapat oleh individu dalam interaksi. Perbezaan tersebut antaranya ialah berkaitan dengan fizikal, kepandaian, pengetahuan, adat dan budaya, keyakinan, agama dan sebagainya.

Punca Berlakunya Konflik Agama

Konflik ini boleh terjadi kerana tafsiran berbeza dalam memahami ajaran agama. Terdapat juga kes agama digunakan untuk mengabsahkan sesuatu tindakan demi kepentingan politik atau ekonomi mengatasi kelompok lawan. Konflik juga boleh berlaku kerana kegagalan seseorang atau sesuatu kelompok agama untuk memahami dan seterusnya menghormati ajaran dan upacara agama lain.

Contoh-contoh Konflik Agama

1.Konflik Disebabkan Perbezaan Agama

Sebagaicontoh,terdapatsebuahsekolahdiTexas,AmerikaSyarikat,yang menerapkanaturanyangmendiskriminasikanmuridberagamaIslam.Padawaktu rehat murid yangberagamalain dibenarkanmembaca novel ataumembuat Halinijelas menunjukkanbahawaaturanyangdigunakanitutidakmemberikanhak, tetapihanya menjejaskan hak yang sepatutnya diberikan kepada semua masyarakat. Sedangkan semuaorang bebas melakukan ibadah anutan mereka. Namun, faktor kemiskinan dan perbezaan taraf menjadi punca berlakunya konflik agama.aktivitilain, akantetapi,murid yang beragama Islam dilarangmenunaikan ibadah.

(i) Konflik Katolik- Prostetan, Irelan Utara

Gambar 25 : Peta Republic Of Ireland

Gambar 26 : Rusuhan di Ireland Utara

Contoh-contoh konflik agama yang berlaku ialah seperti konflik agama antara Katolik dan protestan di Ireland Utara yang berlaku lebih kurang 70 tahun. Konflik inibermulaapabilaberlakunyapenaklukan danpenguasaan tanah oleh british yang merampastanah daripada pendudukIrishataupunKatolikdankemudiannya diserahkan kepadaProtestan.Irishbangkitmenentangpenaklukantersebutdanberlakunyapembunuhanberamai-ramai.Askar-askarBritishmerampastanahdanmembunuhpengamal agama Katolik dan mengagihkannya kepada bangsa lain. Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati bagi pengamal Katolik. Penekanan berterusan sehingga ke generasi seterusnyamenyebabkanpengamalKatoliktidakdibenarkanmenjaditenteraatauperkhidmatan awam atau profesion perundangan ataupun parlimen serta dinafikan hakuntuk mengundi. PengamalKatolik tidakdibenarkanmemiliki tanah,namun hanyadiberi pajakan selama tidak melibihi 31tahun. Selain itu, perkahwinan antara Katolik danprotestan adalah dilarang sama sekali. Kesemua kekangan ini, berlangsung selama seratus tahun.NegaraSouthernIrelandataupundikenalisebagaiTheRepublicofIreland,yang mejoritinyamempunyaipengamalKatolikmencapaikemerdekaanpadatahun1921.NorthenIrelandpulakekaldikuasaiolehpihakBritishyagmejoritinyamerupakanpenganut Protestan. Protestan berkuasa dalam menguasai tanah, kilang dan politik diNorthenIreland,manakalapengamalKatolikhanya berpeluang untukterlibat dalampendidikan dan jawatan yang bergaji tinggi. Pada tahun1960, Civil Rights movement yangdibawaolehKatolikmewujudkanpeluangpendidikandanpenghapusan diskriminasi.Walaubagaimanapun,tindakaninidisalahertikanolehProtestansebagai gerakanmenyatukanNorthernIrelanddenganIreland.Berlakupeperanganantara Protestan dan Katolik pada tahun1970 di mana tentera British telah kembali ke NorthernIreland.

(ii) Konflik Hindu- Islam, India( Disember 1992)

Gambar 27 : Peristiwa Pencerobohan Masjid Badri di Ayodhya, India

Telah berlaku satu peristiwa yang telah membawa keypads konflik agama di India. Pencerobohan Masjid Badri di Ayodhya pada 6 Disember 1992. Peristiwa ini merupakan peristiwa berdarah diantara kaum Muslim dan Hindu yang mendapat perhatian dan kecaman samada dalam atau luar negara. Masjid babri telah dibina pada abad ke-16, ia telah menjadi pertikaian di antara penganut Islam dan Hindu. Dikatakan Masjid ini telah dibina di atas tempa kelahiran Rama. Dalam manuskrip Hindu Brahma Purana menyatkan bahawa Ayodhya merupakan salah satu daripada 6 bandar suci bagi agama Hindu. Oleh sebab ini, masjid yang didirikan ditapak itu harus dihancurkan untuk dibangunkan sebuah kuil bagi Rama. Pada 6 Disember 1992, beribu-ribu penganut Hindu yang ekstrimis dan agresif telah merobohkan Masjid Babri walaupun tidak dibenarkan Mahkamah Agung India. Mereka telah dihasut oleh pemimpin politik terutama daripada Parti Bhartiya Janata (BJP) yang mahu berkuasa di India. Kaum Muslimin (umat Islam) terpaksa mempertahankan masjid tua itu daripada dirobohkan. Peristiwa ini menyaksikan kaum Hindu yang bersenjata dengan ghairah merobohkan Masjid Babri sambil berteriak Kematian bagi Muslim. Dalam peristiwa berdarah tersebut, seramai 1,700 orang kebanyakannya penduduk Islam telah terkorban dan seramai 5000 orang telah tercedera kerana mempertahankan Masjid tersebut. Rentetan daripada peristiwa tersebut telah menyebabkan banyak lagi peristiwa yang berlanjutan kerana tindak balas dan ketidak puasan hati pihak-pihak yang terlibat.

Konflik Disebabkan Persamaan Agama

Gambar 28 : Perbezaan Fahaman Antara Ahli Sunnah Dengan Syiah

konflik antara Ahlussunnah Waljamaah dengan Syiah. Banyakorang yangmenyangkabahawa perbezaan antara AhlussunnahWaljamaah dengan Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (Jafariyah) dianggap sekadar dalam masalahkhilafiyahFuruiyah, seperti perbezaan antaraNUdengan Muhammadiyah,antara Madzhab Safii dengan Madzhab Maliki. Hal ini kerana dengan adanya masalah Sunni dengan Syiah, mereka berpendapat agar perbezaan pendapat tersebut tidak perludibesar-besarkan. Rukun Iman mereka berbeza dengan rukun Iman kita,begitu juga dengan rukunIslamnyajugaberbeza.Selainitu,kitab-kitabserta

Hadisnyajugaberbeza,bah kanterdapatjuga sumbermengatakansebahagian besarulama-ulama Syiah menyatakan,bahawa Al-Qur'an mereka juga berbeza dengan Al-Qur'an kita (Ahlussunnah). Terdapatjuga dariulama merekayang pura-pura (taqiyah) mengatakan bahawa Al-Qur'an nya sama, maka dalam menafsirkan ayat-ayat tersebut sangat berbeza dan berlainan. Amat tepatlahapabilaulama-ulama Ahlu-Sunnah Waljamaah mengatakan bahawa "Syiahadalah satu agama tersendiri Mencari Titik Pertemuan

Gambar 29 : Persepaduan Pelajar

Gambar ini diambil di dalam kelas di sebuah universiti. Seperti yang dapat dilihat, gambar tersebut menggambarkan suasana pembelajaran di dalam kelas. Di Malaysia, pelbagai etnik dan agama menimba ilmu di bawah satu bumbung tanpa ada rasa dengki antara satu sama lain. Hal ini menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan tidak mempunyai sebarang masalah dalam segi perkauman. Hubungan yang pelbagai sebenarnya memberi banyak faedah, antaranya dapat mengenali tentang sesuatu agama, mempunyai pelbagai pendapat dan pelbagai lagi. Dalam menimba ilmu, tidak seharusnya kita memilih dengan siapa kita mahu belajar sebaliknya belajarlah dengan orang yang berilmu samada ia berbeza agama, bangsa dan budaya selagi tidak bercanggah dengan agama.

Gambar 30 : Hubungan Antara Pelajar Berbilang KaumGambar ini diambil di salah sebuah pusat membeli belah. Gambar ini menggambarkan titik permulaan di mana perbezaan bangsa dan budaya keluar bersama. Mereka ini mempunyai latar belakang yang berbeza iaitu kaum cina dan melayu. Ini jarang sekali dijumpai apabila perbezaan kaum berjalan menjalinkan hubungan persahabatan dan bergurau senda antara satu sama lain. Ada juga segelintir masyarakat yang mempunyai sahabat karib yang berbeza latar belakang. Hal seperti ini perlu dicontohi oleh semua lapisan masyarakat supaya negara terus kekal aman dan harmoni. Walaupun mempunyai perbezaan agama, namun ia tidak sesekali melunturkan nilai persahabatan.

KESIMPULAN

Jika dikaitkan dengan mana-mana nama dunia, negara Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa, etnik, dan agama. Dimana empat agama besar dunia iaitu Islam, Budhha, Kristian, dan Hindu ditambah dengan agama-agama lain yang turut mencorakkan kehidupan beragama. Dimana kita dapat lihat bahawa di Malaysia diperuntukan oleh perlembagaan untuk kebebasan beragama untuk menikmati pengamalan agama masing-masing, jesturu itu dapat mencipta suasana sosial yang harmoni dengan menghormati agama orang lain. Kita dapat gambarkan suasana yang meriah apabila setiap dari agama di Malaysia ini mempunyai hari perayaan yang berbeza, disini sahaja kita dapat lihat keharmonian di antara semua agama bersatu dan menghormati setiap perayaan masing-masing sekaligus meraihkannya bersama.

Jalinan hubungan antara agama yang positif perlu dipupuk agar keharmonian social menjadi lebih segar. Kepelbagaian fahaman, amalan dan budaya agama di Malaysia merupakan suatu model yang sukar dibandingkan dengan negara luar. Malaysia amat unik dengan pelbagai anutan agama ini membuatkan potensi mengukuhkan hubungan antara etnik dengan pembinaan hubungan harmoni antara agama amat besar.

Masyarakat Malaysia mempunyai ruang yang luas dan terbuka untuk meraikan hubungan etnik dengan pengukuhan hubungan antara penganut pelbagai agama. Dengan menghormati agama orang lain dan tidak bercanggah selagi itu Malaysia dapat hidup dalam keadaan harmoni dan damai.

http://www.nriinternet.com/EUROPE/ITALY/2004/111604Gurdwara.htm

http://www.islamgrid.gov.my/articles/seniislam/pengenalan.php

http://azharjin.blogspot.com/2009/04/pengertian-dan-maksud-islam.html

Shamsul Amri Baharudin. 2012. Modul Hubungan Etnik. Edisi Kedua. Penerbit Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia. Halaman 155

Shamsul Amri Baharudin. 2012. Modul Hubungan Etnik. Edisi Kedua. Penerbit Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia. Halaman 156

Shamsul Amri Baharudin. 2012. Modul Hubungan Etnik. Edisi Kedua. Penerbit Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia. Halaman 157

Shamsul Amri Baharudin. 2012. Modul Hubungan Etnik. Edisi Kedua. Penerbit Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia. Halaman 158

http://www.parisada.org/index.php?option=com_content&task=view&id=484&Itemid=82

Shamsul Amri Baharudin. 2012. Modul Hubungan Etnik. Edisi Kedua. Penerbit Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia. Halaman 159

http://pismppra2.blogspot.com/2010/07/pandangan-menurut-agama-kristian.html

Shamsul Amri Baharudin. 2012. Modul Hubungan Etnik. Edisi Kedua. Penerbit Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia. Halaman 162-164