hubungan etnik

5
http://societyresponsibility.weebly.com/ https://prezi.com/k9j7ctg-kbfe/peranan-masyarakat-dalam-konteks- hubungan-etnik/ http://notactu553.blogspot.com/2012/11/tajuk-07.html Peranan Masyarakat dalam Konteks hubungan etnik Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dimainkan oleh masyarakat untuk memastikan keharmonian etnik sentiasa terjaga. Antara aktiviti itu adalah seperti berikut: rukun Tetangga Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 berikutan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Perlu mengenai Rukun Tetangga 1975. Pada mulanya Rukun Tetangga bertujuan untuk membolehkan rakyat mengawal keselamatan di kawasan kediaman masing-masing dengan mewajibkan masyarakat setempat berumur 18 hingga 55 tahun menjalankan tugas rondaan pada waktu malam. Mulai 1 Januari 1983, kerajaan telah membuat pindaan terhadap Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) 1975 dengan memberi penekanan kepada konsep kejiranan untuk memupuk serta mengukuhkan lagi semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Pada tahun 2000, peraturan Rukun Tetangga telah dipinda sekali lagi dengan memberi ruang yang lebih luas untuk pembangunan masyarakat secara menyeluruh ke arah mewujudkan perpaduan nasional. Visi dan misi Rukun Tetangga adalah untuk membantu memupuk persefahaman dan bertolak ansur ke arah pembangunan bangsa Malaysia yang bersatu padu serta mempunyai identiti sendiri dengan motonya “Bersatu Terus Maju” dalam konteks pencapaian Wawasan 2020. Objektifnya ialah memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar pembangunan negara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Dengan kata lain, Skim Rukun Tetangga diperkenalkan sebagai langkah untuk membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka dengan penekanan terhadap konsep kejiranan serta falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Peranannya diperluaskan lagi kepada pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan dalam masyarakat akan berterusan dan berkekalan. Dari aspek sosial, ahli Rukun Tetangga melakukan amalan kunjung- mengunjung semasa musim perayaan. Dari segi pendidikan, mereka mengadakan sistem pendidikan tidak formal seperti kolokium jiran

Upload: chiung-huei-yee

Post on 07-Sep-2015

18 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

he

TRANSCRIPT

http://societyresponsibility.weebly.com/https://prezi.com/k9j7ctg-kbfe/peranan-masyarakat-dalam-konteks-hubungan-etnik/http://notactu553.blogspot.com/2012/11/tajuk-07.htmlPeranan Masyarakat dalam Konteks hubungan etnik Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dimainkan oleh masyarakat untuk memastikan keharmonian etnik sentiasa terjaga. Antara aktiviti itu adalah seperti berikut: rukun Tetangga Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 berikutan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Perlu mengenai Rukun Tetangga 1975. Pada mulanya Rukun Tetangga bertujuan untuk membolehkan rakyat mengawal keselamatan di kawasan kediaman masing-masing dengan mewajibkan masyarakat setempat berumur 18 hingga 55 tahun menjalankan tugas rondaan pada waktu malam. Mulai 1 Januari 1983, kerajaan telah membuat pindaan terhadap Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) 1975 dengan memberi penekanan kepada konsep kejiranan untuk memupuk serta mengukuhkan lagi semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Pada tahun 2000, peraturan Rukun Tetangga telah dipinda sekali lagi dengan memberi ruang yang lebih luas untuk pembangunan masyarakat secara menyeluruh ke arah mewujudkan perpaduan nasional. Visi dan misi Rukun Tetangga adalah untuk membantu memupuk persefahaman dan bertolak ansur ke arah pembangunan bangsa Malaysia yang bersatu padu serta mempunyai identiti sendiri dengan motonya Bersatu Terus Maju dalam konteks pencapaian Wawasan 2020. Objektifnya ialah memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar pembangunan negara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Dengan kata lain, Skim Rukun Tetangga diperkenalkan sebagai langkah untuk membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka dengan penekanan terhadap konsep kejiranan serta falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Peranannya diperluaskan lagi kepada pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan dalam masyarakat akan berterusan dan berkekalan. Dari aspek sosial, ahli Rukun Tetangga melakukan amalan kunjung- mengunjung semasa musim perayaan. Dari segi pendidikan, mereka mengadakan sistem pendidikan tidak formal seperti kolokium jiran wanita, kursus motivasi, kursus kepemimpinan, tuisyen dan ceramah dalam pelbagai bidang. Selain itu, mereka juga mengadakan aktiviti sukan seperti sukaneka, larian amal, permainan bola sepak, bola baling, bola jaring, sukan air, sukan tradisional dan sukan rakyat. Mereka juga mengadakan aktiviti rekreasi seperti tai chi, ekspedisi mendaki bukit, kembara mendaki gunung dan khemah kerja. Ceramah kesihatan berkaitan anti-dadah, AIDS, kanser, kempen kebersihan, dan menjaga harta awam juga dianjurkan oleh Jawatankuasa Rukun Tetangga. Ceramah dan forum berkaitan dengan keagamaan juga diadakan. Aktiviti melawat ke rumah warga tua, memberikan sumbangan kepada orang miskin, membuat kerja amal, membantu mangsa banjir, ribut dan bencana alam juga dilaksanakan. Jawatankuasa Rukun Tetangga juga mengadakan kelas seni tari, kraf tangan, permainan tradisional, kelas gamelan, kompang, tarian tradisional, tarian singa, pertunjukan pentas dan lain-lain. Dalam aspek ekonomi pula mereka mengadakan projek tanaman secara hidroponik, ternak ikan air tawar dan membuat air lada manakala dalam aspek keselamatan, mereka mengadakan rondaan sukarela, mengesan dan melaporkan isu hubungan etnik dan menjadi perantara dalam penyelesaian konflik. Aktiviti tersebut bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan di peringkat akar umbi antara pemimpin dengan rakyat dan antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya. rumah Terbuka Rumah terbuka diadakan sempena sambutan musim perayaan sesuatu kaum di Malaysia. Masyarakat pelbagai etnik saling berkunjung ke rumah jiran tetangga mereka. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, etnik Cina, India, Kadazan Dusun, Iban dan pelbagai lagi akan berkunjung ke rumah etnik Melayu dan begitulah sebaliknya apabila tiba perayaan etnik lain. Etnik Cina, misalnya, akan berusaha menyediakan makanan yang halal kepada etnik Melayu apabila menjemput etnik Melayu datang ke rumah mereka sewaktu perayaan Tahun Baru Cina. Demikian juga semasa perayaan Krismas atau Deepavali. Hal ini menunjukkan etnik Cina, India, Iban, dan Kadazan Dusun begitu mengambil berat dan memahami budaya etnik Melayu dan etnik Melayu pula tidak akan menyajikan daging lembu kepada etnik India apabila mereka datang ke rumah semasa Hari Raya Aidilfitri. Pertimbangan ini memperlihatkan keharmonian hubungan etnik sentiasa terjalin kukuh dalam kalangan rakyat dan memahami keharmonian budaya masing-masing. Amalan ini membuktikan kesepaduan sosial dalam masyarakat berada pada tahap yang tinggi walaupun mereka berlainan agama, etnik dan budaya. Penerimaan Budaya Pada masa ini, masyarakat bukan Melayu seperti Cina dan India termasuk juga etnik bumiputera di Sabah dan Sarawak telah menerima budaya etnik Melayu dari segi pakaian dan makanan. Contohnya, orang bukan Melayu seperti Cina, India, dan Kadazan Dusun telah memakai baju kurung dan baju Melayu. Malah, trend berpakaian dan menikmati juadah makanan Melayu sudah menjadi lumrah bagi etnik bukan Melayu. Bagi orang Melayu pula, mereka mula menerima masakan Cina dan India serta pemberian duit raya telah menggunakan sampul atau angpau yang terkenal dalam golongan orang Cina. Program di institusi Pengajian Tinggi (iPT) Di IPT bahagian hal ehwal pelajar melalui persatuan dan kelab telah menggalakkan aktiviti dan program yang menjurus kepada perpaduan etnik dalam kalangan mahasiswa. Sebagai contoh, aktiviti Pesta Tanglung bukan sahaja melibatkan mahasiswa Cina dan India, tetapi turut disertai mahasiswa Melayu. Dalam aspek kepemimpinan pelajar, ternyata tidak didominasi oleh sesuatu etnik sahaja, malah dianggotai oleh pelbagai etnik seperti dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Kandungan kursus di semua IPT menitikberatkan aspek pendidikan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai etnik. Nilai rohani dan budaya diberikan keutamaan dalam subjek Kenegaraan, Tamadun Islam dan Asia khususnya menerusi kursus Hubungan Etnik untuk menguatkan peribadi dan sahsiah pelajar. 188 Hubungan Etnik Kelab Perpaduan atau Kelab Rukun Negara telah diwujudkan di IPT sebagai usaha menyemai kesedaran terhadap kepentingan perpaduan etnik dengan menggalakkan mahasiswa menganggotai kelab berkenaan. Pelajar juga digalakkan mempergiatkan dan mempertingkatkan aktiviti kokurikulum seperti dalam program sukan, kelab, persatuan, pameran dan ceramah. Aktiviti kokurikulum sedemikian merupakan bidang pembelajaran yang menekankan pemupukan dan perkembangan diri individu melalui psikomotor, kognitif dan afektif. Di luar sistem akademik pula, para mahasiswa dilibatkan dalam aktiviti pelbagai etnik seperti menyertai program keluarga angkat, persatuan dan badan beruniform. Para pelajar juga perlu ditugaskan dalam projek perkhidmatan masyarakat seperti operasi khidmat masyarakat dan mahasiswa balik kampung. Hal ini akan memberi pengalaman yang sangat berharga dalam memahami kehidupan rakyat Malaysia yang pelbagai sifatnya. Aktiviti berpersatuan dan khidmat masyarakat mempunyai peranan penting dalam menggalakkan penyertaan dan pengalaman bersama antara etnik. Lantaran itu, pihak kerajaan dan sektor swasta perlu menyokong sepenuhnya aktiviti berkenaan. Para pensyarah juga perlu diterapkan dan didedahkan dengan sikap perpaduan antara kaum yang positif. Mereka perlu mendapat pendedahan tentang kursus seperti Hubungan Etnik untuk menerapkan nilai-nilai yang penting dalam kalangan pelajar bagi memupuk keharmonian etnik. Para pensyarah dan mahasiswa berperanan sebagai agen penyebar perpaduan dan keharmonian. Mereka merupakan agen integrasi dan perpaduan yang memainkan peranan penting dalam menggalakkan lebih banyak interaksi melalui tugasan dan projek akademik. Peranan ngO dalam Konteks hubungan etnik Terdapat pertubuhan induk di peringkat kebangsaan yang menaungi pertubuhan berasaskan etnik seperti Pertubuhan Belia Malaysia dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Malaysia. Pertubuhan NGO pula dapat memainkan peranan untuk mempercepatkan proses hubungan etnik di Malaysia. Dari aspek kepemimpinan pula pemimpin persatuan di peringkat negara atau persatuan, barisan kepemimpinannya disertai oleh pemimpin daripada pelbagai etnik. Sebagai contoh, kepemimpinan Majlis Belia Malaysia disertai oleh semua golongan etnik. Walaupun terdapat pembahagian pertubuhan mengikut etnik seperti Pergerakan Belia 4B, Persatuan Belia Tamil, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Dewan Perniagaan Cina dan Dewan Perniagaan India Malaysia, namun persatuan berkenaan dapat digunakan oleh NGO untuk mengadakan pelbagai dialog dan seminar dalam usaha memahami permasalahan dan jalan penyelesaiannya. Melalui dialog dan seminar tersebut, secara tidak langsung akan dapat memupuk hubungan antara etnik. Sains dan teknologi juga memainkan peranan untuk meningkatkan hubungan etnik kerana pembangunan ekonomi di Malaysia berasaskan sains dan teknologi termasuk sektor perindustrian dan pembangunan bioteknologi. Dalam konteks ini, kerajaan telah menetapkan bilangan pelajar dalam bidang sains dan teknologi dan sains sosial adalah berdasarkan nisbah 60:40. Hal ini menunjukkan bilangan saintis yang akan dilahirkan adalah terdiri daripada pelbagai etnik. Justeru, pihak kerajaan dan sektor swasta memainkan peranan dalam usaha menyumbang dana bagi meningkatkan penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan inovasi dan seterusnya memacu pertubuhan ekonomi negara. Dana dan geran daripada pihak swasta dan penubuhan institusi tertentu seperti Koridor Raya Multimedia (MSC), Akademi Sains Negara dan pelbagai lagi merupakan penjana kepada pembangunan ekonomi negara. Justeru, sains dan teknologi memainkan peranan dalam pembangunan ekonomi negara. Apabila pembangunan ekonomi negara berkembang pesat, kestabilan politik dapat diwujudkan dan kesannya dapat menarik lebih ramai pelabur dari dalam dan luar negara untuk memacu pertumbuhan ekonomi. Keadaan ini akan memberi banyak peluang pekerjaan tanpa mengira golongan etnik. Hasilnya taraf hidup rakyat akan meningkat, jurang ekonomi antara etnik dapat dirapatkan dan akhirnya akan wujud keharmonian rakyat di Malaysia. Sejajar dengan hasrat dan matlamat kerajaan untuk memupuk perpaduan dalam masyarakat, Multinational Corporation (MNC) turut memainkan peranan ke arah kesejahteraan masyarakat dengan cara menaja aktiviti yang memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik. Antara syarikat tersebut ialah YTL Corporation, Lion Group, Maxis dan Berjaya Group. Syarikat berkenaan sering menganjurkan aktiviti kemasyarakatan melibatkan pelbagai etnik melalui penajaan dalam bidang pendidikan, penjagaan alam sekitar, kebajikan, 190 Hubungan Etnik hari keluarga atau dikenali sebagai Corporate Social Responsibility (CSR). Antara matlamat utama syarikat MNC ini adalah untuk memberi peluang kepada golongan sasar terutamanya masyarakat luar bandar yang rendah tahap kehidupan mereka supaya dapat menikmati bantuan menerusi program CSR ini. Tanggungjawab sosial yang diberikan dapat membantu kerajaan memperbaiki kualiti kehidupan dalam kalangan masyarakat yang memerlukan tanpa mengira batas etnik di seluruh pelosok negara. Di samping itu, generasi muda terutamanya para pelajar pelbagai etnik ialah golongan penting kepada syarikat MNC kerana program dan aktiviti anjuran CSR melibatkan pemberian dana bantuan berbentuk biasiswa kepada mereka yang cemerlang untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Golongan warga emas juga turut didekati oleh pihak MNC dengan menyalurkan sumbangan untuk meringankan sedikit tanggungan oleh pihak tertentu dan sebagai mengingati jasa dan bakti mereka kepada masyarakat dan negara.