hubungan etnik

Upload: adibah-ismail

Post on 19-Jul-2015

389 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

WAJ 3106

HUBUNGAN ETNIK

Disediakan oleh : Nor Adibah Bt Ismail Nur Syuhada Bt Zukafle Saliapizah Binti Kadri

SOALANMenggalurkan proses perbentukan perlembagaan

KONSEP PERLEMBAGAAN Perkara yang menyentuh isu bahasa, agama, bumiputera dan kewarganegaraan dalam Perlembagaan Malaysia menjadi faktor penting untuk mewujudkan hubungan etnik yang erat dan utuh di kalangan rakyat Malaysia.

Perkara-perkara yang dianggap menguntungkan orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia diimbangi dengan peruntukan lain yang juga memberi kelebihan kepada kaum bukan bumiputera.

Bagi sebuah negara yang berdaulat, perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya.

Dalam konteks Perlembagaan Islam, negara Islam pertama iaitu Madinah di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w telah membentuk Sahifah Madinah bagi melicinkan pentadbiran negara Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum.

DEFINISI PERLEMBAGAANSatu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggung jawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain, dan juga antara autoriti dengan rakyat awam.

Perlembagaan adalah sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara.

Satu dasar atau formula yang menyatakan tugasan kuasa-kuasa awam di dalam sesebuah negara dibahagikan dan digunakan.

Berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat

JENIS PERLEMBAGAANPerlembagaan Bertulis Perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu kanun atau dokumen. Sukar dipinda kecuali wujud peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkannya. Contoh negara yang mengamalkan : Malaysia

Perlembagaan Tidak Bertulis Semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti adat resam dan tradisi, undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah Contoh negara yang mengamalkan : United Kingdom, New Zealand & Israel

CIRI-CIRI PERLEMBAGAANCiri sesebuah negara Sifat Perlembagaan

Hak Asasi

Hak dan Tanggungjawab

Kuasa

Kewarganegaraan

KEPERLUAN PERLEMBAGAAN Menjamin kestabilan politik dan sistem pemerintahan,

Mewujudkan rangka sistem politik yang sistematik Mengatur sistem ekonomi dan pengagihan kekayaan negara dengan adil dan saksama Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan Negara

Melindungi kepentingan semua etnik di dalam negara

PERANAN PERLEMBAGAAN

9

KETERTINGGIAN PERLEMBAGAANDi Malaysia, tidak ada institusi yang boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia.

Malah ketiga-tiga badan kerajaan (Perundangan, Kehakiman, Eksekutif) & YDPA juga tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Contoh: kuasa perundangan dan kehakiman (mahkamah) dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan.

Undang-undang persekutuan atau negeri mengenai sesuatu perkara boleh diisytiharkan TIDAK SAH oleh mahkamah jika undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana, perlembagaan memperuntukkan dengan nyata dalam Perkara 4(1): Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang utama persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan yang berlawanan dengan perlembagaan adalah terbatal setakat mana yang berlawanan.

PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIAKesan Penjajahan

Perjuangan Kebangsaan

Rundingan London Merdeka

Suruhanjaya Reid Memorandum

Malayan UnionPenentangan

Pilihanraya

Unsur TradisiIdentiti Negara

Perikatan

CLC Rundingan Kaum

MMKP

3 Perkara 3, 152, 153

Sistem Ahli

Kontrak Sosial Persetujuan

Persekutuan Tanah Melayu 9 Ciri

Perlembagaan IslamPerbandingan

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA Sepanjang penjajahan, orang Melayu sentiasa bangkit menentang Selain perjuangan berdarah yang bermula sejak penjajahan Portugis di Melaka, Perjuangan Belanda, Inggeris & Jepun, perjuangan juga digerakkan melalui semangat kebangsaan. kebangsaan

Menjelang abad ke 20, muncul pertubuhan-pertubuhan seperti Kesatuan Melayu Singapura, Kesatuan Melayu Perak, Kesatuan Melayu Muda dll yang menjadi medium Pertubuhan menentang penjajah.

Media Massa

Media massa seperti akhbar & majalah juga berperanan sebagai medium penyebaran semangat perjuangan seperti Utusan Melayu, Majlis, Al-Imam, Saudara dan Warta Sarawak.

Tokoh

Muncul tokoh-tokoh intelektual Melayu seperti Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Pak Sako dll menyedarkan orang Melayu supaya bangun menuntut kemerdekaan.

MALAYAN UNIONSelepas Jepun menyerah kalah Pentadbiran Ketenteraan British (BMA) mengambilalih pentadbiran Tanah Melayu Parlimen British meluluskan Malayan Union pada 10 Oktober 1945 Sir Harold Mac Michael dilantik wakil British untuk mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu

Malayan Union ditentang hebat oleh orang Melayu.

Malayan Union tetap diisytiharkan pada 1 April 1946 dan Sir Edward Gent sebagai gabenor pertama.

Orang Melayu memulaukan majlis pengisytiharan itu, akhirnya British mengalah dan menggantikan Malayan Union kepada Persekutuan Tanah Melayu.

British sedar tanpa sokongan orang Melayu Malayan Union akan gagal.

TUJUAN PENUBUHAN MALAYAN UNIONMengurangkan dan mengawal kuasa politik orang Melayu Menjimatkan perbelanjaan pentadbiran British Menjamin terus penguasaan British

Memastikan sumbangan golongan migran Mengukuhkan pertahanan British Mewujudkan pentadbiran yang cekap dan seragam Menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri Membentuk satu bangsa Malayan Union

Gabenor dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan

Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan di bawah seorang Gabenor British

Kedaulatan RajaRaja Melayu dihapuskan

Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British

CIRI CIRI MALAYAN UNION

Hak kerakyatan yang sama bagi semua berasaskan Jus Soli

SEBAB PENENTANGAN MALAYAN UNIONKuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri.

Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal sebagai tanah jajahan Inggeris.

Hak kerakyatan liberal berdasarkan prinsip Jus Soli.

Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan. Cara Sir Harold Mc Michael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan.

PENENTANGAN MALAYAN UNIONSecara individu Melalui akhbarDato Onn & Raja-Raja Melayu

Warta Negara dan akhbar Melayu

Secara kolektifDemonstrasi aman dan kesatuankesatuan Melayu

Melalui berkabung

Dihadapan Ahli Parlimen British

17

KERJASAMA KE ARAH KEMERDEKAAN Jawatankuasa Kerja 4 wakil raja-raja Melayu, 2 wakil UMNO dan 6 pegawai British Bertanggung jawab merangka perlembagaan baharu yang boleh diterima oleh orang Melayu

Julai 1946

Disember 1947

Jawatankuasa Perundingan Dianggotai orang Eropah, Cina dan India Bertujuan mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

Februari 1948

Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan Perjanjian yang mempunyai beberapa ciri penting ke arah pemerintahan sendiri Membawa kepada penubuhan CLC

PENUBUHAN CLCJawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) Badan multi-etnik yang ditubuhkan dengan tujuan mewujudkan kesefahaman dan kerjasama yang lebih baik dalam kalangan pelbagai etnik di Tanah Melayu

Anggota CLC: Penasihat CLC Sir Malcolm MacDonald Pengerusi CLC Dato E.E.C Thuraisingam Wakil-Wakil: Melayu Cina India Ceylon Serani Eropah

KONTRAK SOSIAL 1948Persetujuan yang dicapai di antara Melayu, Cina dan India semasa mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu 1948 di bawah naungan Inggeris

Berkait rapat dengan bantahan Melayu terhadap Perlembagaan Malayan Union 1946

Peruntukan dalam Kontrak Sosial 1948 menjamin ketuanan Melayu dalam proses politik negara

Ia mengambil kira kedudukan bukan Melayu iaitu Cina dan India dalam negara yang bakal merdeka dari Inggeris

Merupakan hasil proses tawar menawar antara Melayu dan bukan Melayu

Kontrak Sosial 1948 menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 194820

PERKARA DALAM KONTRAK SOSIAL 1948MELAYU ISLAM Islam ialah agama Persekutuan RAJA-RAJA MELAYU Kedudukan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu tidak boleh dipersoalkan KEISTIMEWAAN MELAYU Hak istimewa Melayu bagi mengutuhkan dominasi Melayu di Persekutuan Tanah Melayu BAHASA MELAYU Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan BUKAN MELAYU HAK KEWARGANEGARAAN Hak kerakyatan berdasarkan prinsip Jus Soli

CIRI CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948Negeri 9 negeri termasuk Pulau Pinang dan Melaka. Singapura kekal Tanah jajahan yang berasingan

Sultan Pengenalan konsep Raja Berperlembagaan Sultan diberi semula kuasa memerintah tetapi dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan Majlis Undangan Negeri

Kewarganegaraan Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu: Seseorang pemohon mestilah: Lahir di Tanah Melayu dan telah bermastautin 8 tahun dari 12 tahun sebelum permohonan atau Menetap dan bermastautin di Tanah Melayu tidak kurang 15 tahun dari 20 tahun sebelum permohonan. Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik

Bumiputera Orang Melayu diberi hak keistimewaan sebagai kaum bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri

SURUHANJAYA REIDPerlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan 1956. Keahliannya dari pakar perlembagaan negara Komanwel: Lord William Reid (British) Sir Ivor Jennings (British) Sir William Mckell (Australia) B.Malik (India) Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

Suruhanjaya ini ditugas merangka perlembagaan baharu untuk Persekutuan Tanah Melayu berpandukan syarat berikut: Membentuk negara persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat Mengekalkan hak dan kedudukan raja-raja Melayu sebagai pemerintah berpelembagaan. Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu serta hak sah kaum lain Mewujudkan sistem kewarganegaraan yang seragam Menubuh sebuh negara berasaskan prinsip demokrasi

SURUHANJAYA REIDSuruhanjaya ini telah mengadakan tinjauan dan pertemuan untuk meminta cadangan dan pandangan parti-parti politik, orang ramai, individu-individu dan Raja-raja Melayu

Antara perkara yang dipersetujui: Pembentukan sebuah negara persekutuan dengan pembahagian kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Kerakyatan Jus Soli kepada yang lahir di Tanah Melayu Mengekalkan kedudukan istimewa orang Melayu tanpa menjejaskan hak kaum lain Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil boleh dikembangkan dan diamalkan Agama Islam menjadi agama Persekutuan, tetapi agama lain bebas diamalkan

Jadi, Perlembagaan Malaysia sekarang telah mendapat persetujuan dan pandangan semua rakyat. Inilah yang dikatakan KONTRAK SOSIAL 24

KONTRAK SOSIAL & PERLEMBAGAANKONTRAK SOSIAL DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Iaitu semua kaum Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkara yang sangat penting kepada kestabilan negara

Perlembagaan Malaya ini diisytiharkan pada 31 Ogos 1957 Diperbaharui apabila Singapura, Sabah & Sarawak bergabung membentuk Malaysia pada 16 September 1963

Orang Melayu Diperuntukkan dalam perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu

Bukan Melayu Diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip Jus Soli Pengecualian tentang perlunya mengetahui bahasa Melayu bagi bukan Melayu

PENGENALAN Unsur tradisi telah wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan diwujudkan pada tahung 1957 Adalah satu kontrak sosial semasa penggubalan perlembagaan yang meliputi: bahasa, agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera (Sabah dan Sarawak) dan pemerintahan beraja

UNSUR-UNSUR TRADISI Bahasa Kebangsaan Agama persekutuan Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak Pemerintahan beraja

KEPENTINGAN UNSUR-UNSUR TRADISI Mewujudkan identiti Malaysia Memupuk persefahaman ke arah perpaduan Satu kontrak sosial yang telah dipersetujui Telah wujud beratus tahun sebelum perlembagaan digubal

PERANAN UNSUR TRADISI Menstabilkan sistem politik negara Prasyarat dan permuafakatan yang diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu Hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama persekutuan dan bahasa Melayu diterima sebagai bahasa Kebangsaaan sebagai prasyarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu

(i) BAHASA MELAYU Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu (untuk maksud rasmi) Disentuh dalam Perlembagaan melalui Perkara 152 Tetap melindungi bahasa-bahasa lain Memperuntukkan tiada siapa boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain maksud rasmi) atau mengajar atau belajar bahasa lain

(ii) AGAMA ISLAM Agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan Termaktub dalam Perkara 3 (1) Perkara 3 memperuntukkan suatu fasal imbangan; agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan Setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya

Setiap agama mempunyai hak untuk; Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri Menubuhkan dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang

(iii) KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK Termaktub dalam Perkara 153 Hak istimewa meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas yang lain

Siapa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak?Melayu; Lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu Menganuti agama Islam Mengamalkan adat istiadat Melayu

Bumiputera Sabah dan Sarawak; Di Sarawak terdiri daripada mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bidayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan campuran daripada kaum tersebut, dan Di Sabah anak atau cucu kepada seorang daripada suatu kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah

(iv) PEMERINTAHAN BERAJA Telah wujud dalam sistem sosial di setiap negeri Melayu Raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik Institusi beraja terus dikekalkan selepas merdeka di bawah konsep raja berperlembagaan selaras dengan sistem demokrasi Raja Berperlembagaan raja bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan yang telah ditetapkan

KEPENTINGAN PIAGAM MADINAHRasulullah SAW memperkenalkan PM bagi menyelesaikan persoalan semasa ketika itu lebih-lebih untuk mentadbir negara yang mempunyai rakyat pelbagai etnik, agama, kepercayaan dan budaya

Kepentingan Piagam Madinah: Digubal setelah terbentuk negara Islam Madinah Model perpaduan masyarakat majmuk Pengisytiharan hak asasi manusia Menjelaskan persoalan negara Islam, perundangan, siasah, hak asasi, kebebasan, ekonomi dan yang berkaitan kehidupan masyarakat majmuk Merupakan kerangka pembentukan negara Islam pertama pada tahun 622M yang didokong oleh warganegara Madinah yang terdiri golongan Quraisy(Muhajirin) dan golongan Yathrib(Ansar, Khazraj dan Yahudi) serta golongan yang mengikut dan berjuang bersama-sama mereka

Pembentukan Ummah (Fasal 1) Melindungi Negara (Fasal 39-41) Hak Asasi Manusia (Fasal 2-10)

Pemimpin Negara (Fasal42-44)

Kandungan Piagam MadinahTugas Warganegara (Fasal 36-38) Golongan Minoriti (Fasal 24-35)

Persatuan Segenap Warganegara (Fasal 16-23)

Sumber Utama Masyarakat

Wahyu Allah merupakan sumber utama undang-undang negara Masyarakat berbilang agama dan keturunan dianggap sebuah masyarakat yang mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang sama terhadap negara Islam Madinah. Setiap anggota sahifah mestilah menjalinkan hubungan yang erat tanpa mengira agama dan keturunan.

Kepimpinan Hak Beragama

Nabi Muhammad s.a.w. adalah pemimpin masyarakat dan ketua negara Kaum Yahudi diberikan kebebasan mengamalkan ibadat mengikut agama mereka selama mereka mematuhi undang-undang Islam dan peraturan yang diterima umum. Orang Islam dan bukan Islam dapat hidup secara aman damai dan bebas menjalankan aktiviti masing-masing. Fungsi sahifah ialah menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman Memberi jaminan keselamatan terhadap orang bukan Islam yang menganggotai dan mematuhi peraturan sahifah.39

Fungsi Sahifah Keselamatan

ELEMEN PERSAMAAN PIAGAM MADINAH DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Kebebasan Beragama Bekerja dan mencari keuntungan Menjawat jawatan dalam Kerajaan Jaminan hak Asasi

Hak mendapat Perlindungan Perlindungan dari pencerobohan luar Perlindungan dari kezaliman dalaman Perlindungan terhadap darah dan jasad

Jaminan Ketika lemah, dewasa dan ketiadaan harta

SEKIAN TERIMA KASIH