hubungan etnik

18
WAJ 3106 Hubungan Etnik Disediakan oleh : Nur Hanisah Bt Mahzan Yummi Aisya Bt Yuganu

Upload: amir-ibrahim

Post on 03-Jul-2015

509 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hubungan etnik

WAJ 3106Hubungan Etnik

Disediakan oleh :

Nur Hanisah Bt Mahzan Yummi Aisya Bt Yuganu

Page 2: Hubungan etnik

TAJUK :

1. Perbezaan konsep integrasi dan

asimilasi dalam konteks memupuk perpaduan nasional

2. kepentingan konsep-konsep asas hubungan etnik dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia.

Page 3: Hubungan etnik

Konsep Integrasi

Integrasi

• Satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dlm sesebuah unit politik.

Page 4: Hubungan etnik

Konsep Asimilasi

Asimilasi • Satu proses percantuman dan penyatuan

antara etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.

• Contoh: Melayu di Thailand, Cina di Kelantan, Baba dan Nyonya

• Berlaku bila ada interaksi yang erat untuk tempoh yang lama.

Page 5: Hubungan etnik

Perbezaan Konsep Integrasi Dan

Asimilasi Dalam Konteks Memupuk

Perpaduan Nasional

Page 6: Hubungan etnik

INTEGRASI ASIMILASI

Proses penyatuan kumpulan yang pelbagai latar belakang ke dalam satu entiti yang diikuti norma, nilai dan kepentingan yang seragam sertamembentuk satu kebudayaan kebangsaan dan identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan.

Satu proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya yang lain. Asimilasi yang diwakili oleh formula A + B + C = A. Etnik minoriti iaitu B dan C akan mengamalkan bentuk kebudayaan A yang merupakan golongan dominan dalam sesebuah negara.

Integrasi bertujuan mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah maju dengan yang mundur.

Cara hidup sesebuah etnik minoriti diasimilasikan dengan cara hidup golongan etnik majoriti seperti pakaian,bahasa, nama, makanan dan lain-lain.

Menyatupadukan rakyat melalui program sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan dan kesihatan.

Etnik minoriti mengamalkan kebudayaan sosial asal golongan etnik majoriti.

Page 7: Hubungan etnik

Mewujudkan satu identiti baru tanpa menghilangkan identiti asal seperti budaya nenek moyang, agama dan kepercayaan.

Kesanggupan golongan minoriti untuk menghilangkan identiti mereka dan kesanggupan golongan majoriti untuk menerima golongan lain.

Contoh integrasi :Mengurangkan jurang ekonomi antara Malaysia Barat dengan Malaysia Timur dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Contoh asimilasi : masyarakat Baba dan Nyonya, Cina Kelantan, Melayu di Thailand dan Jawa.

Integrasi berlaku melalui program sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan dan kesihatan.

Proses asimilasi berkait rapat dengan saiz kumpulan minoriti dan kadar imigrasi.

Integrasi berlaku melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik.

Asimilasi berlaku melalui tingkat perbezaan di antara golongan minoriti dengan majoriti.

Page 8: Hubungan etnik

Kepentingan konsep-konsep asas

hubungan etnik dalam konteks

masyarakat majmuk Malaysia

Page 9: Hubungan etnik

1. Menjadikan Negara Malaysia Sebagai Negara Maju Menjelang Tahun 2020.

• Perpaduan rakyat Malaysia adalah cabaran pertama untuk membentuk sebuah Negara yang utuh.

• Perpaduan hanya tercapai jika rakyat kita yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama mempunyai perasaan kekitaan sebagai warga Malaysia

Page 10: Hubungan etnik

• Tanpa perpaduan kaum, kita tidak dapat membawa Negara kita ke tahap kemajuan yang optimum.

• Wawasan 2020 akan tercapai dengan adanya semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Page 11: Hubungan etnik

2. Mengekalkan Keharmonian Dan Kedamaian

• Malaysia yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya.

• Kedamaian dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat Malaysia dapat mengelakkan daripada berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham antara satu sama lain.

Page 12: Hubungan etnik

3. Memupuk sikap toleransi

• Sikap toleransi turut dilahirkan daripada kedamaian dalam kalangan rakyat Malaysia.

• Hal ini demikian, kerana rakyat Malaysia sedar bahawa sikap bertolak ansur penting bagi mengekalkan keharmonian Negara.

Page 13: Hubungan etnik

• Kaum yang berlainan menyambut perayaan seperti tahun Baru Cina dan Depavali bersama melalui amalan rumah terbuka.

Page 14: Hubungan etnik

4. Memupuk sikap adil dan saksama

• Menglibatkan semua kaum dalam aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong, rukun tetangga dan persatuan peringkat daerah sehinggalah kebangsaan demi mewujudkan hubungan yang erat sesama masyarakat berbilang kaum.

Page 15: Hubungan etnik

5. Memahami antara kaum dan tidak membangkitkan isu-isu sensitif

• Mengawal kebebasan bersuara dan penerbitan.

• Isu-isu yang mengancam perpaduan tidak dibangkitkan sama ada peringkat tempatan atau kebangsaan.

• Tidak mendiskriminasikan kaum berlainan sama ada dalam perucapan, perbuatan atau pemikiran.

Page 16: Hubungan etnik

• Parti-parti politik perlu menekankan perpaduan, iaitu tidak terus-menerus membangkitkan isu-isu yang berpotensi memecahbelahkan perpaduan

Page 17: Hubungan etnik

Kesimpulan

Secara tuntasnya, rakyat Malaysia perlu bersatu padu dalam menjayakan aspirasi

1Malaysia umpama “bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana

muafakat”.

Aspirasi 1Malaysia membawa dasar bahawa rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan untuk keharmonian dan kemakmuran Negara. Semua bangsa Malaysia akan hidup bersama

secara aman, damai dan sejahtera.

Page 18: Hubungan etnik

SEKIAN,TERIMA KASIH SEKIAN,TERIMA KASIH