hubungan etnik

19
Kumpulan etnik yang mendominasi pasukan badminton Malaysia. Elsa Chew Shakir Shidan Khairul Azreen Vivian Hoo Yoferonika Paulus

Upload: namaku-ica

Post on 27-Jun-2015

320 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

Kumpulan etnik yang mendominasi pasukan badminton Malaysia.

TRANSCRIPT

  • 1. Kumpulan etnik yang mendominasi pasukan badminton Malaysia. Elsa Chew Shakir Shidan Khairul Azreen Vivian Hoo Yoferonika Paulus

2. Isi kandungan Pembahagian tugas Latar belakang Objektif kajian Kaedah penyelidikan Hasil penemuan Perbincangan Rumusan Cadangan Lampiran Video 3. Pembahagian tugas NamaTugasVivian HooMengumpul dataElsa ChewMenyiapkan slides untuk pembentanganKhairul AzreenMengambil gambarShakir ShidanMenyiapkan grafYoferonika PaulusMemantau tugas ahli kumpulan 4. Latar belakangSukan badminton atau sukan raket dimainkan dalam dua acara iaitu perseorangan dan beregu. Sukan ini berasal dari negara India tetapi diperkenalkan di England oleh askar-askar Inggeris yang bertugas di India. Di Malaysia pada suatu ketika, sukan ini telah dikuasai oleh kumpulan etnik Melayu iaitu keluarga Sidek. 5. Objektif kajian1.Mengkaji etnik manakah yang terlibat dalam sukan badminton. 2. Membuat perbandingan kumpulan etnik yang terlibat dalam sukan badminton. 3. Mengkaji bilangan etnik di Malaysia yang terlibat dalam sukan badminton. 6. Kaedah penyelidikan 1.Kaedah kuantitatif - mengumpul data dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) 2. Pemerhatian -membuat pemerhatian di tempat mereka melakukan latihan di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. 7. Hasil penemuanHasil daripada pemantauan kami, didapati kumpulan etnik Cina lebih mendominasi sukan badminton iaitu sebanyak 83.6% berbanding kumpulan etnik Melayu iaitu hanya 10.9% yang terlibat dalam sukan badminton. Hanya 5.5% kumpulan etnik India yang mewakili pasukan badminton di peringkat antarabangsa. 8. Peratusan penglibatan etnik India, 5.50%Cina, 83.60 %Melayu, 10. 90% 9. PerbincanganSejak keluarga Sidek bersara dari sukan badminton, didapati bahawa kaum Cina telah mendominasi sukan ini. Pada pendapat kami, antara faktor yang menyebabkan kenaikan peratus penglibatan kaum Cina dalam sukan ini adalah disebabkan kemunculan wira olimpik negara yang berbangsa Cina iaitu Lee Chong Wei. 10. Kaum India lebih mendominasi sukan lain seperti Silambam, Kabadi dan Karate-Do dan kurang minat dalam melibatkan diri dalam sukan badminton. Manakala kumpulan etnik Melayu pula lebih berminat melibatkan diri dalam sukan lain seperti Sepak Takraw, Bola Sepak dan lain-lain. Selain itu juga, kebanyakkan atlet bersetuju bahawa pengaruh ibu bapa juga memainkan peranan dalam penglibatan diri mereka dalam sukan ini. Atlet- atlet berpendapat bahawa sukan ini memerlukan kos yang tinggi dan kebanyakkan etnik Cina yang mampu menanggung kos keperluan sukan badminton. 11. Rumusan Secara ringkasnya telah didapati bahawa kumpulan etnik Cina lebih mendominasi sukan badminton berbanding kumpulan etnik lain. Selain itu, role model seperti Lee Chong Wei juga memainkan peranan penting untuk menarik minat kaum Cina supaya terlibat secara aktif dalam sukan ini. 12. Cadangan 1.2. 3. 4.Mengalakkan etnik lain melibatkan diri dalam sukan ini melalui penganjuran sukan badminton yang melibatkan semua kaum di peringkat sekolah lagi. Menetapkan kuota kumpulan etnik untuk mewakili atau melibatkan diri dalam pertandingan yang dianjurkan. Menubuhkan persatuan badminton di bawah persatuan kaum masing-masing. Memilih jurulatih yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk melatih atlet kaum masing-masing. 13. Lampiran 14. Senarai Nama Atlet Badminton BAM 15. Senarai Nama Atlet Badminton BAM 16. Senarai Nama Atlet Badminton BAM 17. Video 18. Sekian, terima kasih