hubungan etnik 1.doc

Upload: anbarasi-varatharajoo

Post on 01-Nov-2015

20 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Laporan Kajian LapanganAbstrakKajian ini dilakukan di Lubok Legong Baling, Kedah yang merupakan pertempatan masyarakat Orang Asli yang paling ramai di Kedah. Puak Kensiu adalah satu puak Orang Asli yang unik kerana tidak terdapat di tempat lain selain dari Baling. Kajian ini telah dijalankan secara menyeluruh dengan 59 keluarga yang terdapat di sini. Sepanjang pertempatan masyarakat Orang Asli ini di Malaysia, mereka telah mengalami perubahan dalam pola pendidikan. Mereka juga telah mengalami proses asimilasi akibat pergaulan mereka dengan masyarakat yang beretnik lain seperti Melayu, Cina dan India. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji proses integrasi yang berlaku di antara masyarakat Orang Asli di Lubok Legong Baling dengan masyarakat yang beretnik lain seperti Melayu, Cina dan India di sekolah menerusi jenis aliran sekolah yang menjadi pilihan utama masyarakat Orang Asli di Baling serta bagaimana taraf pendidikan masyarakat Orang Asli.Pengenalan

Secara umumnya, kajian kuantitatif yang dijalankan di Baling, Kedah ini boleh diertikan sebagai satu kaedah yang sistematik bagi mengkaji proses integrasi yang berlaku di antara masyarakat Orang Asli di Baling Kedah dengan masyarakat yang beretnik lain seperti Melayu, Cina dan India di sekolah menerusi jenis aliran sekolah yang menjadi pilihan utama serta taraf pendidikan masyarakat Orang Asli di Lubok Legong Baling Kedah. Integrasi antara masyarakat Orang Asli dengan etnik lain dapat dipamerkan sebagai satu elemen yang sangat penting dalam kehidupan seharian mereka.

Kehidupan mereka yang telah berubah dari keadaan asal membantu mereka untuk meningkatkan lagi taraf hidup mereka melalui pendidikan anak-anak yang semakin disedari kepentingannya. Dengan bantuan pihak Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) mereka dapat hidup sepertimana masyarakat lain. Sebuah perkampungan mereka sendiri diwujudkan dengan terdapatnya kemudahan surau, balairaya dan tadika. Pihak tertentu juga perlu mendedahkan maklumat berkenaan masyarakat tersebut kepada orang ramai kerana jika dilihat mereka ini masih terpinggir dalam bermasyarakat. Penyataan Masalah Semasa KajianSepanjang kajian ini, kami telah berhadapan dengan beberapa rintangan yang menyukarkan dan melambatkan proses pengkajian. Antaranya ialah masalah keengganan segelintir keluarga untuk bekerjasama sepanjang proses kajian ini. Hal ini menunjukkan kekurangan informasi mengenai tujuan lawatan kami dan kepentingan kajian ini menyebabkan segelintir daripada kalangan keluarga tidak mempamerkan kesudian untuk bekerjasama dengan kami untuk meneruskan kajian lapangan kami. Dengan ini, kami mendapati bahawa terdapat banyak rumah yang kosong sepanjang lawatan kami. Selain itu, jalan yang sempit juga telah menyebabkan kesukaran bagi kami disebabkan beberapa kenderaan yang dilalui semasa berjalan. Objektif KajianObjektif kajian adalah seperti berikut:

i) Mengenal pasti asimilasi dalam adat resam dan budaya masyarakat suku Kensui.ii) Mengenal pasti tahap pengintegrasian yang berlaku dalam kalangan masyarakat Orang Asli dengan masyarakat etnik lain seperti Melayu, Cina dan India iii) Mengenal pasti taraf pendidikan masyarakat Orang Asli di Baling, Kedah.Kepentingan KajianHasil dapatan kajian ini diharapkan dapat memberikan banyak manfaat kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Kajian ini juga diharap dapat mengenal pasti punca yang mempengaruhi tahap pendidikan yang dicapai oleh masyarakat Orang Asli. Salah satu puncanya ialah kurang kesedaran mengenai kepentingan ilmu pengetahuan dalam kalangan masyarakat Orang Asli di mana dapatan kajian menunjukkan sebanyak 59.3 peratus masyarakat Orang Asli berpendidikan sehingga sekolah rendah dan 42.4 peratus keluarga memungut hasi hutan sebagai pekerjaan mereka. Kaedah soal selidik pula telah dilaksanakan dengan penyediaan sebanyak 50 soalan yang dikategorikan mengikut subtopik yang tersendiri. Antara kategorinya ialah mengenai adat istiadat perkahwinan. Selain itu, terdapat juga soalan yang menumpukan taraf sosio ekonomi masyarakat Orang Asli, kesanggupan untuk bergaul, pendapat mengenai politik, makanan, jenis aliran sekolah yang dipilih, taraf pendidikan, tahap kesedaran terhadap ilmu pengetahuan, bahasa yang digunakan dalam pertuturan seharian, dan seterusnya hubungan antara etnik Kensiu dengan etnik-etnik yang lain yang terdapat di kampung- kampung tersebut.

Perpaduan Matlamat 1 Malaysia pula merupakan ceritera perjuangan Dato Sri Mohd Najib selaku Perdana Menteri Malaysia yang keenam. Sehingga kini isu perpaduan masih lagi releven dan tidak boleh dipandang sebelah mata kerana impaknya begitu mendalam pada kemajuan negara dalam semua aspek (Jabatan Penerangan Malaysia, 2008). Proses menyatupadukan masyarakat majoriti di Malaysia dikira lebih senang berbanding masyarakat minoriti kerana mereka lebih suka hidup berkelompok dan bergaul dalam kelompok sendiri.

Menerusi kajian ini, masyarakat Orang Asli minoriti yang hidup di Baling, Kedah dapat dikenal pasti. Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh manakah proses asimilasi dan integrasi bangsa Kensiu dan bangsa Melayu, Cina dan India telah berlaku. Asimilasi ini dikaji dari segi bahasa, pakaian dan majlis-majlis rasmi agama. Namun, bagi tujuan kajian lapangan kami, kami telah memilih beberapa soalan untuk dijadikan sampel kajian yang berkaitan dan relevan dengan tajuk kajian yang telah dipilih. Soalan-soalan yang telah dipilih adalah soalan no.44, soalan no.46, dan soalan no.47. Tujuan pemilihan ketiga-tiga soalan ini adalah untuk mendapatkan maklumat yang tepat dengan objektif kajian yang telah dinyatakan. Soalan-soalan ini juga berkait rapat dengan fokus utama kajian kami iaitu dalam bidang pendidikan.Soalan no.46: Saya berpendapat masyarakat kensiu perlu meningkatkan ilmu pengetahuan untuk bersaing dengan etnik- etnik lain.FrequencyPercentValid PercentCumulative Percent

ValidSangat Tidak Setuju35.15.15.1

Kurang Setuju11.71.76.8

Setuju2440.740.747.5

Sangat Setuju3152.552.5100.0

Total 59100.0100.0

Jadual 1: Hasil dapatan soal selidik bagi soalan no.46

Soalan no.47: Saya berpendapat masyarakat kensiu kurang kesedaran untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bersaing dengan etnik- etnik yang lain.

FrequencyPercentValid PercentCumulative Percent

ValidSangat Tidak SetujuTidak Setuju6

510.2

8.510.2

8.510.2

18.6

Kurang Setuju1016.916.935.6

Setuju2237.337.372.9

Sangat Setuju1627.127.1100.0

Total 59100.0100.0

Jadual 2: Hasil dapatan soal selidik bagi soalan no.47 Seterusnya kaedah temu bual pula telah dilaksanakan dengan menemu bual beberapa orang masyarakat Orang Asli di kampung tersebut. Melalui temu bual kami telah mendalami lagi cara hidup dan pengalaman orang-orang kampung tersebut untuk berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan etnik-etnik lain yang terdapat di kawasan Lubok Legong Baling. Temu bual ini telah dirakam oleh pensyarah kursus Hubungan Etnik iaitu Encik Abdul Jaleel bin Abdul Hakeem yang turut terlibat dalam kajian lapangan ini. Di samping itu, melalui sesi temu bual ini kami telah berpeluang memperoleh lebih maklumat mengenai pandangan peribadi masyarakat Orang Asli mengenai isu-isu yang dikaji. Selain itu, kami juga telah berpeluang mempertingkatkan kemahiran interpersonal secara komunikasi berkesan dengan masyarakat tersebut. Dengan ini, hubungan yang erat antara masyarakat Orang Asli dengan kami turut terjalin. Hal ini juga telah memudahkan kami untuk memperoleh maklumat mengenai jenis sekolah yang menjadi pilihan utama dalam kalangan masyarakat Orang Asli seterusnya memudahkan kami untuk mendapatkan data mengenai taraf pendidikan masyarakat Orang Asli di Baling Kedah. Justeru, kaedah kajian ini telah amat membantu kami dalam perlaksanaan kajian lapangan kami.

Hasrat 1 Malaysia yang dibawakan oleh Dato Seri Najib Razak menyatakan konsep Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang ditunjangi oleh dua prinsip utama iaitu sikap saling menghormati antara satu sama lain dan keyakinan antara satu sama lain. Jikalau nilai-nilai moral seperti saling hormat-menghormati ingin diterapkan dalam diri setiap rakyat Malaysia, proses asimilasi kaum haruslah berlaku terlebih dahulu. Oleh itu, perpaduan boleh dicapai menerusi dua cara utama iaitu melalui integrasi dan asimilasi.Konsep asimilasi

Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik yang mempunyai berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Konsep ini berhubungan dengan penyerapan sehala individu atau kelompok ke dalam kelompok yang lain. Menurut seorang pakar sosiologi, Vander Zanden menyatakan, asimilasi ialah satu proses dalam mana-mana kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.

Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh berbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Contohnya, orang Melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Konsep ini diwakili dengan formula A+B+C = A, di mana A mewakili golongan dominan sementara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti.

Pada dasarnya, proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik yang berbeza budaya bagi suatu tempoh yang agak lama. Kejayaan dan keberkesanan asimilasi pada umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti. Kun Maryati dan Junju Suryawat (2001) menyatakan bahawa asimilasi adalah suatu proses sosial yang berupa usaha-usaha untuk mengurangi perbezaan antara individu atau kelompok demi kehidupan yang lebih harmoni. Asimilasi timbul apabila kelompok-kelompok manusia yang berbeza budaya saling bergaul dan menyesuaikan diri supaya tidak ada jurang perbezaan yang ketara antara dua kelompok. Dalam kajian kami mengenai masyarakat orang asli suku Kensiu di Lubok Baling Kedah terdapat pelbagai isu yang boleh dikaitkan dengan konsep asimilasi ini.Asimilasi suku kaum kensiu dalam budaya dan adat resam

Seperti yang kita ketahui rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum tetapi masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang dominan di segi bilangan penduduk berbanding kaum Cina dan India. Oleh sebab masyarakat orang asli suku Kensiu semakin terdedah dengan kaum-kaum lain khususnya orang Melayu mereka banyak terpengaruh dengan gaya kehidupan masyarakat Melayu. Keadaan ini dinamakan sebagai asimilasi adat resam dan budaya iaitu satu amalan kumpulan minoriti akan terpengaruh dengan amalan kumpulan majoriti. Dalam proses asimilasi, kumpulan minoriti akan meninggalkan adat resam dan budaya mereka dan menerima pakai amalan kumpulan majoriti. Kebiasaannya, ia merupakan proses sehala dan jarang ditemui kumpulan majoriti meninggalkan adat resam dan budaya mereka dan menerima adat resam dan budaya kumpulan minoriti.

Secara umumnya, kebudayaan merupakan sesuatu yang dinamik, yang sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Sebagai contoh masyarakat Baba Nyonya yang telah mengalami asimilasi hasil daripada penyerapan budaya masyarakat setempat. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Oleh hal demikian, unsur-unsur kebudayaan masyarakat yang lain seperti budaya Cina, India Arab, barat dan lain-lain yang sesuai wajar diberi perhatian dan diterima dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.Hal ini dapat dilihat menerusi soal selidik yang dijalankan di kalangan mereka sendiri. Iaitu, 74.6 peratus menyatakan bahawa mereka setuju dan sangat setuju dengan amalan pegangan kuat kepada adat resam. Golongan tua sentiasa mendidik generasi muda tentang kepentingan adat resam nenek moyang, tetapi asimilasi masih wujud dan ia boleh diperhatikan melalui pernyataan dimana golongan muda tidak berpegang kuat pada adat resam suku Kensiu. Buktinya 27 daripada 59 orang menyatakan mereka kurang setuju iaitu sebanyak 45.8 peratus. Kewujudan asimilasi disebabkan oleh persamaan adat resam kaum Kensiu dengan adat resam masyarakat Melayu. Boleh juga dikatakan pengaruh terhadap masyarakat Melayu di kawasan mereka. Generasi kini berpeluang ke sekolah dan mereka dapat bergaul dengan masyarakat setempat yang lain dan mula terikut dengan amalan mereka. Lama kelamaan amalan adat resam dan budaya mereka akan hilang dan pupus.

Asimilasi suku kaum kensiu dalam perkahwinan Dalam masyarakat Orang Asli suku Kensiu, proses asimilasi yang ketara dapat dilihat menerusi adat perkahwinan. Perkahwinan orang asli kini sama saja dengan orang Melayu iaitu adat meminang, merisik dan bersanding. Sebelum majlis orang kampung bekerjasama memasak. Ini dapat dilihat dalam majlis perkahwinan orang Melayu. Apabila sesuatu masyarakat semakin berminat untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat lain yang lebih dominan, banyak amalan tradisi turut terhakis. Ini kerana mereka mengikut amalan dan tradisi kaum lain.

Daripada kajian yang dilakukan dengan orang asli suku Kensiu di Baling Kedah. Saya dapati mereka tidak keberatan untuk berkahwin dengan kaum Melayu, India ataupun Cina. Meraka juga tidak keberatan untuk berkahwin dengan Orang Asli selain daripada kaum Asli Kensiu iaitu seramai 28 daripada 59 Orang 47.5 Peratus menyatakan hal demikian. Selain itu, mereka juga tidak berapa kisah jika anak-anak ataupun adik-beradik mereka berkahwin dengan orang lain selain daripada kaum mereka sendiri. Ketidak kukuhan dalam hal perkahwinan mewujudkan asimilasi di kalangan orang asli suku kaum kensiu ini. Saya difahamkan konsep kehidupan mereka mengutamakan kesamaratan dan kesepadanan ini dicerminkan dalam seluruh aspek kehidupan masyarakat tersebut. Kebanyakan masyarakat Kensiu di perkampungan ini, mempunyai hubungan rapat sesama mereka. Hanya terdapat dua orang sahaja yang berkahwin dengan wanita Melayu dari kampung Baru dan seorang lagi dengan warga Indonesia. Masyarakat Kensiu yang beragama Islam berkahwin mengikut syariat dan undang-undang keluarga Islam.Pernikahan mereka dijalankan oleh pegawai agama dari Jabatan Agama Islam Negeri Kedah. Manakala bagi yang mengikut fahaman animisme, perkahwinan adalah mengikut kepercayaan mereka. Tiada sebarang upacara diadakan dalam perkahwinan mereka. Apabila tiba masanya di kalangan anak muda yang muda yang mahu berkahwin, mereka cuma perlu mendapatkan persetujuan daripada bakal gadis yang akan dikahwininya, tanpa perlu mendapatkan persetujuan daripada kedua orang tua si gadis. Apabila si gadis bersetuju untuk berkahwin, maka pihak lelaki akan menghantar barangan berupa kain, tembakau dan pisau kepada bapa si gadis sebagai tanda perkahwinan antara mereka akan berlaku. Selepas itu, mereka tinggal sebagai tanda mereka telah berkahwin. Dalam sistem kekeluargaan masyarakat Kensiu, hubungan kekeluargaan adalah bilateral iaitu berdasarkan keturunan kedua ibubapa berdasarkan generasi lelaki. Ini juga sama seperti kaum lain, seperti Cina dan India. Maka dengan ini jelas dilihat proses asimilasi berlaku dalam adat perkahwinan mereka.

Asimilasi suku kaum kensiu dalam kepercayaanMasyarakat Kensiu mempunyai kepercayaan mereka tersendiri. Kepercayaan ini menganjurkan lambang seperti Tok Batin, Karei dan Menoi sebagai makhluk berkuasa tinggi. Lambang kuasa ini bersifat kekal dan seiring juga dirujuk kewujudan kuasa yang luar biasa ataupun semangat roh yang dipanggil orang hidup atau manusia yang hidup untuk selama-lamanya. Lambang kuasa dan kurang kuasa berada di perantaraan antara manusia dengan orang hidup dinamakan Cenoi. Di antara lambang kuasa ini, Cenoi Tapn sering menjadi rujukan masyarakat ini dan disama ertikan sebagai Tuhan atau Sultan. Cenoi Tapn bersifat seperti mawas (tawo). Bahagian atas tubuhnya muda manakala bahagian bawahnya tua. Cenoi Tapn dikatakan mengawal kehidupan masyarakat orang Kensiu dan menjemalkan kemarahannya melalui kilat dan petir (Kaei). Sistem ini dipelihara dan dikawal oleh autoriti yang dinamakan Halak yang berperanan sebagai perantara manusia Kensiu dengan lambang kuasa unggul dalam kepercayaan mereka.Di samping itu, Halak juga berperanan sebagai pengamal perubatan tradisional. Kedua-dua sistem ini, keagamaan dan perubatan terdiri daripada upacara yang dinamakan panoh, yang melibatkan nyanyian dan tarian. Satu lagi ritual yang diadakan untuk tujuan sama dinamakan sawan, yang juga menggabungkan nyanyian dan tarian. Pengabdian serta ketaatan kepada kedua-dua sistem turut dicerminkan melalui sikap menghormati, pantang larang, nilai dan norma masyarakat. Masyarakat Kensiu juga mempunyai orang penting yang dianggap pakar dalam hal kepercayaan yang dipanggil Halak atau tok pawang. Mereka mampu memasuki dunia semangat roh ini dengan mengkhayalkan diri, selepas mereka tidak sedarkan diri dalam keadaan yang khayal. Tok Pawang ini dipercayai dapat berhubung dengan Chinoi dan adakalanya menjadi pengantara pertolongan semangat ini dalam pertanian mereka. Walaupun mereka mempunyai kepercayaan seperti ini, daripada soal selidik yang dijalankan dari 59 orang 64.4 peratus masyarakat suku kensiu masih mengikut atau percaya dengan kepercayaan mereka. Selebihnya iaitu, 35.6 peratus tidak berapa mengikuti atau mempercayai kepercayaan kaum mereka. Ini boleh dikatakan kerana mereka berfikiran terbuka dan berpandangan jauh dengan tidak berapa peduli dengan hal seperti ini. Oleh itu, ketidak percayaan ini juga boleh dikaitkan dengan proses asimilasi dimana kumpulan majoriti meninggalkan atau tidak menghiraukan kepercayaan mereka dan menerima kepercayaan kumpulan minoriti.Asimilasi suku kaum kensiu dalam mengikuti pantang larangDalam hubungan kekeluargaan masyarakat Kensiu, terdapat pantang larang yang masih diamalkan hingga kini di mana menantu perempuan tidak boleh bersua muka begitu juga sebaliknya. Menantu lelaki juga tidak dibenarkan berinteraksi dengan ibu mentua dan bersua muka. Manakala saudara lelaki dan perempuan yang belum berkahwin tidak dibenarkan berinteraksi dan bersua muka dengan kakak atau abang ipar. Mereka bukan sahaja tidak boleh berinteraksi malahan untuk menyebut nama pun tidak dibenarkan. Mereka menggunakan orang ketiga bagi mewakili diri mereka jika mahu berinteraksi dengan bapa mentua dan ipar-duai. Satu konsep kehidupan tradisi yang masih dikekalkan dalam amalan untuk mengelakkan solidariti adalah melalui hubungan elakan. Dalam hubungan ini seseorang ahli kumpulan cuba mengelakkan daripada bersua muka atau terserempak dengan ipar, mentua atau menantu, terutamanya berlainan jantina. Selain itu, masyarakat suku Kensiu ini juga mempunyai pantang larang pada hari perayaan dan pantang selepas bersalin,

Menurut kajian dari soal selidik yang dijalankan keatas masyarakat suku Kensiu didapati 61 peratus setuju dengan kernyataan bahawa suku kensiu masih berpegang teguh dengan pantang larang mereka. Hal ini dapat dibuktikan semasa kunjungan kami ke suatu rumah yang terdiri daripada suami isteri, anak dan mak mertua. Suami tidak diberi bersemuka dengan mak mertua. Pada mulanya amalan ini didapati pelik tetapi, oleh sebab itu adalah amalan mereka, maka kami mula menghormati pantang larang tersebut. Selain, pantang larang tersebut terdapat juga pantang larang lain yang dipercayai hasil daripada asimilasi. Contohnya, pantang larang selepas bersalin dan pantang larang semasa perayaan. Kedua, contoh ini kemungkinan diasimilasi daripada pantang larang kaum Melayu dan Cina. Konsep IntegrasiIntegrasi adalah satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok masyarakat yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi di dalam satu unit politik. Bagi negara kita, proses ini merupakan satu matlamat utama yang diusahakan agar berjaya. Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanan dalam tempoh yang lama dengan rakyat berbilang bangsa dan kepercayaan adalah satu contoh terbaik kejayaan proses integrasi. Bagi memastikan kejayaan ini, kami mengkaji proses intergrasi yang berlaku dikalangan masyarakat Orang Asli dengan masyarakat setempat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Kerajaan lebih banyak mengusahakan pembentukan perpaduan kaum melalui proses integrasi kerana setiap etnik akan dapat berkongsi satu identiti nasional selaras dengan hasrat 1 Malaysia.Pergaulan dan komunikasi dengan suku kaum lain

Daripada hasil kajian kami melalui soal selidik, didapati ramai ibu bapa orang asli bersetuju dan menggalakan anak-anak mereka bergaul dan berkawan dengan anak-anak dari kalangan kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India. Meskipun masih wujud perasaan rendah diri dalam kalangan sesetengah masyarakat Orang Asli, ia semakin dapat dihakis terutama dalam kalangan generasi muda. Ia disebabkan ramai dari kalangan mereka bersekolah dan biasa bergaul dan berkawan dengan pelajar berbilang kaum di sekolah. Apabila mengkaji corak pergaulan dan integrasi di kalangan golongan pelajar didapati mereka lebih selesa dan gembira bergaul dengan pelajar-pelajar kaum lain manakala perpaduan sebenar dapat dipergiatkan dan diteruskan. Perkara ini adalah sesuatu yang amat baik kerana golongan pelajar inilah merupakan bakal pemimpin negara dan akan memasuki golongan kelas menengah pada masa hadapan. Sekiranya tahap hubungan dan integrasi diantara masyarakat orang asli dengan masyarakat setempat baik, maka wujud satu masyarakat Malaysia yang harmoni dan berperibadi tinggi.

Komunikasi adalah sesuatu yang penting kerana ia boleh mengeratkan perhubungan. Dalam kajian kami, kami menanya beberapa soalan berkaitan dengan pergaulan dan komunikasi mereka di antara Orang Asli Kensiu dengan masyarakat yang lain terutamanya masyarakat Melayu. Kebanyakkan mereka iaitu 81.2 % berkata mereka tidak menghadapi masalah dalam pergaulan dan berkomunikasi dengan masyarakat Melayu kerana mereka juga mahir menggunakan Bahasa Melayu. Walaupun majoriti daripada Orang Asli ini tidak berpendidikan, namun mereka dapat berkomunikasi dalam bahasa rasmi negara kita iaitu Bahasa Melayu. Selain itu, kajian juga menunjukkan mereka tidak menghadapi sebarang masalah untuk bergaul dan berkomunikasi dengan suku kaum yang lain seperti Cina dan India kerana mereka juga turut menggunakan Bahasa Melayu untuk berkomunikasi. Lama kelamaan mereka dapat menguasai Bahasa Melayu kerana mereka sentiasa berkomunikasi dengan masyarakat lain untuk urusan ekonomi dan sebagainya. Walaupun, mereka sentiasa cuba bergaul dan berkomunikasi dengan suku kaum lain, malangnya ada juga beberapa orang tua berkata bahawa masih ada yang pandang rendah terhadap mereka dan mengutuk bahawa mereka tidak bertamadun lagi. Kadangkala, perkara seperti ini menyebabkan masyarakat Kensiu ini berasa rendah diri dan tidak berani untuk bergaul dengan masyarakat yang lain. Semakin lama keadaan ini juga akan berubah disebabkan persekitaran penempatan.

Melalui kajian ini, kami didapati bahawa kampung Orang Asli kensiu ini terletak berhampiran dengan perkampungan Melayu dan mereka juga dapat berjumpa dengan dengan Orang Cina dan India di sekitar penempatan mereka. Apabila kami menanya soalan tentang keinginan dan keselesaan mereka ke majlis yang penuh dengan masyarakat yang lain seperti melayu, cina dan india, maka mereka berkata bahawa mereka selesa dengan masyarakat lain dan mereka teringin untuk menghadiri majlis-majlis seperti ini untuk mengeratkan lagi hubungan mereka. Sebagai bukti mereka berkata akan mengunjungi ke rumah kaum melayu semasa Hari Raya Aidilfitri untuk menyambut bersama-sama. Mereka juga berkunjung ke rumah-rumah kaum Cina dan kaum India untuk menyambut Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali untuk menyambut bersama-sama. Mereka menggangap bahawa diri mereka tidak lagi dipandang rendah oleh golongan etnik yang lain. Mereka juga gembira kerana golongan orang asli ini tidak diabaikan lagi, mereka juga rakyat Malaysia seperti rakyat yang lain. Ia dapat meningkatkan lagi semangat integrasi di kalangan etnik dalam Negara kita.

Seterusnya, kami juga mengemukakan soalan tentang kegemaran mereka terhadap makanan masakan etnik Melayu, Cina dan India. Berdasarkan kajian kami, majoriti sangat setuju dengan kenyataan tersebut iaitu mereka gemar makan masakan etnik Melayu, Cina dan India. Bukan sahaja mereka berkata mereka gemar makan masakan etnik lain, namun mereka juga menyebut nama-nama makanan etnik-etnik lain. Makanan etnik Melayu merupakan makanan yang gemar dan selalu dimakan oleh mereka berbanding dengan masakan etnik-etnik yang lain. Ia kerana mereka tinggal berdekatan dengan kampung orang Melayu. Selain itu, mereka juga sudah biasa makan masakan etnik-etnik yang lain terutamanya golongan generasi muda kerana kebanyakkan mereka bersekolah dan mempunyai kawan-kawan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Disebabkan sekolah menengah mereka terletak di kawasan Bandar, ia memberi peluang keemasan bagi anak-anak muda asli untuk makan masakan pelbagai etnik dan juga dapat mengenali cara hidup etnik-etnik lain di kawasan Bandar. Dengan ini, Orang Asli Kensiu ini juga turut menghormati kepercayaan dan adat resam masyarakat Melayu, masyarakat Cina dan masyarakat India. Inilah perubahan minda dan sikap yang cukup positif yang kita ingini. PendidikanSelain itu, apabila bersoal tentang pendidikan, pemikiran di kebanyakan masyarakat orang asli berfikir bahawa tiada faedah untuk menghantar anak- anak mereka ke sekolah. Terdapat lebih kurang 30 peratus kanak-kanak Orang Asli yang tidak pernah menamatkan persekolahan di peringkat sekolah menengah. Berdasarkan kajian yang dibuat masalah keciciran pendidikan timbul dalam kalangan Orang Asli ini berpunca daripada satu atau gandingan beberapa faktor di antaranya kerana ikatan kekeluargaan yang cukup akrab yang mana anak-anak enggan tinggal berjauhan dari keluarga. Mengenai masalah keciciran pelajar dalam kalangan Orang Asli, bagi menanganinya, Kementerian Pelajaran telah mewujudkan sekolah khas untuk Orang Asli di kawasan- kawasan tertentu selain menyediakan kelas pemulihan untuk mengenal pasti murid-murid yang lemah dan Kelas Intervensi Awal membaca dan menulis untuk membantu mereka meneruskan persekolahan. Justeru itu, terdapat juga beberapa orang ibu bapa bersemangat untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah supaya anak-anak mereka dapat memperolehi ilmu seperti anak-anak yang lain. Melalui kajian kami, 93.2 peratus berpendapat masyarakat Kensiu perlu meningkatkan ilmu pengetahuan untuk bersaing dengan etnik-etnik lain. Mereka juga berpendapat bahawa ramai daripada anak-anak mereka perlu melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama. Walaupun mereka ini mula menyedari hakikat kepentingan pendidikan, namun kesedaran sahaja belum mencukupi untuk mengubah peratus keciciran ini kerana masih terdapat banyak faktor lain lagi yang turut menghalang kejayaan mereka. Seterusnya, apabila mengemukan soalan tentang keminatan mereka untuk memberikan pendidikan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil untuk anak-anak mereka. Responsnya sangat baik iaitu 76.3 peratus minat untuk memberikan pendidik Bahasa Cina dan Bahasa Tamil kepada anak-anak mereka. Ia menunjukkan mereka juga dapat menerima amalan, bahasa, makanan, perayaan pelbagai etnik dalam kehidupan mereka. Masyarakat Kensiu ini berpendapat bahawa anak-anak mereka dapat memajukan dirinya dengan menguasai segala kemahiran yang diperolehi oleh anak-anak etnik-etnik lain. Oleh itu, mereka setuju dan menggalakan anak-anak mereka untuk menguasai bahasa ibunda etnik-etnik lain seperti Cina dan India. Justeru itu, masyarakat Kensiu juga sangat berminat anak-anak mereka untuk menguasai Bahasa Inggeris bagi memajukan diri anak-anak mereka seperti etnik-etnik yang lain. Ia juga dapat meningkatkan semangat integrasi di kalangan muda untuk menuju ke tahap kejayaan.Penutup

Kesimpulanya, kajian ini telah dijalankan secara menyeluruh bagi mengkaji cara hidup masyarakat suku kaum kensiu Orang Asli di Baling, Kedah. Namun begitu, kami telah menspesifikasikan skop kajian kami dengan mengkaji proses integrasi masyarakat Orang Asli di Baling Kedah dengan masyarakat etnik lain di kawasan tersebut seperti Melayu, Cina dan India. Dalam proses kajian ini, kami telah menggunakan pelbagai jenis kaedah seperti kaedah temu bual, kaedah soal selidik, kaedah pemerhatian serta kajian melalui kaedah laman sesawang. Pada masa yang sama, kami juga telah mendapat lebih pengetahuan mengenai cara hidup masyarakat Orang Asli serta proses asimilasi yang telah berlaku di dalam cara hidup masyarakat ini. Kajian ini juga telah memberi peluang kepada kami untuk berbanding beza serta menerapi nilai-nilai baik yang terdapat di dalam kehidupan masyarakat Orang Asli ini. Seterusnya, kajian ini telah memberi peluang kepada kami untuk menggunakan teknik-teknik kajian yang berlainan di samping mengasah lagi kebolehan kami dalam kemahiran berkomunikasi dengan pihak lain. Oleh itu, kajian ini telah memberikan banyak manfaat di samping mencapai objektif utama kajian kami.

Tuntasnya, sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam masyarakat majmuk, kita haruspeka dan fahamkeperluan dan kehendak rakyat kumpulan majoriti di sekeliling kita. Kepelbagaian etnik seperti Malaysiamemerlukantolakansur,fahammemahami, hormat-menghormati, setia-kawan, tolong menolong sama ada negara diwaktu senang ataupun susah. Manakala, asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar. Namun, jika diteliti, kerajaan lebih banyak mengusahakan pembentukan perpaduan kaum malalui proses integrasi kerana setiap etnik akan dapat berkongsi satu identiti nasional. Ini selaras dengan hasrat 1 Malaysia. Lantaran itu, kerajaan telah banyak berusaha sehingga ke hari ini untuk membentuk perpaduan kaum di Malaysia meliputi segala aspek ekonomi, politik dan sosial bagi memastikan Malaysia mampu maju seiring dengan negara lain di dunia dan kita sebagai rakyat haruslah menyokong setiap langkah kerajaaan. Manusia berbuat kebaikan untuk menikmati kehidupan di dunia dan akhriat yang bermakna dan berkat bukannya dengan menindas manusia yang lebih rendah tamadunnya daripada kita. Orang Asli juga mempunyai perasaan seperti mana yang kita miliki, jadi kita tidak boleh meminggirkan mereka terus dalam kemunduran dan berada dalam kehinaan oleh orang luar yang menganggap mereka sebagai manusia yang ketinggalan zaman dan kotor. Lampiran

Rujukan

RUJUKAN

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/552-2013-05/15649-22-mei-gagasan-1malaysia-masih-berkesan.html

Kadir, R. A. (2000). Kaunseling Pelbagai Budaya. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

http://adatbudayapermata.blogspot.com/http://www.memorikedah.com/page_pengenalan.php?p=2&idstopic=17&idskandungan=62&id=329&mtopik=1

10