hubungan etnik 100%

7
Baru-baru ini saya telah meluangkan masa hujung minggu saya bersama rakan berlainan bangsa dan tidur semalaman di rumah beliau. Ia telah memberi satu pengalaman berlainan kepada diri saya kerana sebelum ini saya tidak pernah bermalam di rumah rakan apatah lagi rakan yang berlainan bangsa. Selain daripada pengalaman baru yang saya timba dan pelajari, saya juga dapat berkenalan dengan ahli keluarga rakan saya iaitu kedua ibu-bapa, abang dan adiknya. Pengalaman tidur di rumah rakan India memberi saya 1001 pengalaman kepada diri saya. Kehidupan saya yang dipenuhi oleh adat dan budaya Melayu tidak memberi saya gambaran sebenar bagaimana keadaan keluarga kaum-kaum yang lain di Malaysia. Tugasan yang diberikan oleh pensyarah mata pelajaran Hubungan Etnik iaitu Stay Over Experience memberi saya peluang untuk lebih tahu dan kenal bagaimana kehidupan masyarakat India. Saya akan kongsikan beberapa pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang waktu saya berada di rumah rakan saya. Pengalaman saya tidur di rumah rakan India saya selama 2 hari 1 malam adalah berbeza dengan kehidupan seharian saya. Daripada pemerhatian saya, ketika waktu pagi, mereka sekeluarga akan pergi ke kuil yang berdekatan untuk membuat upacara penyembahan sembahyang terhadap tuhan mereka. Apabila mereka semua tiba di rumah, terdapat pelbagai topik yang dibincangkan, seperti apakah perancangan mereka semua pada hari itu, bertanya tentang khabar masing-masing, berkongsi pendapat tentang pelbagai isu semasa dan lain-lain. Berdasarkan hasil perbualan bersama rakan saya, kaum India amat menitikberatkan adat tegur-menegur antara satu sama yang lain. Seperti kaum atau etnik yang ada di Malaysia, mereka juga mempunyai budaya kunjung-mengunjungi ke rumah saudara mara mahupun rakan. Pada masa yang sama, mereka juga bersedia untuk menerima kunjungan orang lain.

Upload: rozano

Post on 06-Nov-2015

89 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Hubungan etnik

TRANSCRIPT

Baru-baru ini saya telah meluangkan masa hujung minggu saya bersama rakan berlainan bangsa dan tidur semalaman di rumah beliau. Ia telah memberi satu pengalaman berlainan kepada diri saya kerana sebelum ini saya tidak pernah bermalam di rumah rakan apatah lagi rakan yang berlainan bangsa. Selain daripada pengalaman baru yang saya timba dan pelajari, saya juga dapat berkenalan dengan ahli keluarga rakan saya iaitu kedua ibu-bapa, abang dan adiknya.Pengalaman tidur di rumah rakan India memberi saya 1001 pengalaman kepada diri saya. Kehidupan saya yang dipenuhi oleh adat dan budaya Melayu tidak memberi saya gambaran sebenar bagaimana keadaan keluarga kaum-kaum yang lain di Malaysia. Tugasan yang diberikan oleh pensyarah mata pelajaran Hubungan Etnik iaitu Stay Over Experience memberi saya peluang untuk lebih tahu dan kenal bagaimana kehidupan masyarakat India. Saya akan kongsikan beberapa pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang waktu saya berada di rumah rakan saya. Pengalaman saya tidur di rumah rakan India saya selama 2 hari 1 malam adalah berbeza dengan kehidupan seharian saya. Daripada pemerhatian saya, ketika waktu pagi, mereka sekeluarga akan pergi ke kuil yang berdekatan untuk membuat upacara penyembahan sembahyang terhadap tuhan mereka. Apabila mereka semua tiba di rumah, terdapat pelbagai topik yang dibincangkan, seperti apakah perancangan mereka semua pada hari itu, bertanya tentang khabar masing-masing, berkongsi pendapat tentang pelbagai isu semasa dan lain-lain. Berdasarkan hasil perbualan bersama rakan saya, kaum India amat menitikberatkan adat tegur-menegur antara satu sama yang lain. Seperti kaum atau etnik yang ada di Malaysia, mereka juga mempunyai budaya kunjung-mengunjungi ke rumah saudara mara mahupun rakan. Pada masa yang sama, mereka juga bersedia untuk menerima kunjungan orang lain. Di dalam masyarakat India, sekiranya mereka ingin berkunjung ke rumah tetamu, mereka akan membawa buah tangan atau saguhati sebagai tanda terima kasih kepada tuan rumah. Selain itu mereka akan mempunyai satu adat tetap iaitu mereka akan masuk rumah tetamu dengan kaki kanan terlebih dahulu. Keluaga merupakan salah satu aspek sangat penting dalam masyarakat India. Walaupun bapa mempunyai tanggungjawab dan peranan penting untuk mencari pendapatan bagi menampung perbelanjaan seisi keluaga, tetapi ibu dianggap insititusi yang paling mulia dan dihormati malah dianggap sebagai tuhan. Anak perempuan juga diberi penekanan berbanding anak lelaki oleh kerana mempunyai gelaran diri yang sama seperti ibu iaitu amma. Penjagaan anak perempuan terutamanya yang masih dara dan belum berkahwin juga diberi keutamaan dalam tradisi masyarakat India.

Simbol seorang suami dalam masyarakat India pula adalah tuhan bagi isterinya dan mesti dihormati tidak mengira apa jua keadaan dan situasi. Oleh sebab itu, dalam proses perkahwinan masyarakat India, ia mesti ditentukan oleh seorang ketua agama yang dihormati. Ketua agama tersebut akan membuat tilikan masa bertuah dan ramalan tentang keserasian pasangan yang akan berkahwin. Pemilihan masa perkahwinan juga amat penting untuk mengelakkan sebarang malapetaka atau perkara buruk yang akan terjadi ketika perkahwinan itu berlangsung. Selain itu, kelahiran seorang bayi juga penting dalam masyarakat India. Semua saudara mara akan dimaklumkan tentang kelahiran bayi dan ahli keluarga tidak dibenarkan membuat sebarang upacara agama selama 16 hari. Pada hari ke 16 selepas kelahiran bayi, mereka akan membuat upacara menamakan anak. Rumah akan dihias cantik dan bersih manakala jiran-jiran serta saudara mara akan dijemput bersama untuk meraikan upacara tersebut. Hasil daripada pengalaman tidur di rumah rakan India juga membantu saya untuk memahami sedikit sebanyak tentang kesepaduan sosial. Selain itu, saya juga meluangkan masa untuk membaca buku-buku sejarah penubuhan Malaysia yang mengadungi intipati rumus mengenai kesepaduan sosial antara kaum di Malaysia. Selain itu, saya juga menambah pengetahuan saya melalui pembacaan surat khabar seperti Utusan Malaysia, The Star, The New Strait Times dan The Sun untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai situasi rakyat berbilang kaum di Malaysia. Dan akhir sekali, saya membuat kajian melalui pencarian internet, majalah serta pembacaan wawancara pemimpin-pemimpin negara mengenai isu kesepaduan sosial yang kita lalui sekarang. Kefahaman tentang kesepaduan sosial bergantung kepada individu itu sendiri yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan berbeza. Oleh itu, saya ingin menyampaikan pendapat saya sendiri apa yang saya faham tentang kesepaduan sosial dan teori manakah yang sesuai untuk diaplikasikan dengan persekitaran landskap di negara tercinta kita iaitu Malaysia. Sedikit sebanyak, matapelajaran Hubungan Etnik memberi ruang kepada saya untuk lebih ingin tahu tentang bagaimana rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup aman dan harmoni yang telah dikecapi sejak kemerdekaan negara 1957.

Hasi daripada penjajahan pihak British merupakan langkah awal yang membentuk kepelbagaian kaum yang ada pada hari ini. Pihak British membawa masuk kaum Cina dan India daripada negara mereka masing-masing bertujuan untuk memenuhi keperluan ekonomi semasa ketika itu. Sejak itu, kaum Cina dan India telah diterima menjadi penduduk tetap yang mempunyai satu tujuan yang sama iaitu bekerjasama di bawah satu struktur ekonomi dan seterusnya berjaya mencapai kemerdekaan di bawah satu gabunan parti politik iaitu parti perikatan yang mewakili parti kaum masing-masing. Pada pendapat saya, sejarah penubuhan Malaysa membentuk kesepaduan sosial yang wujud pada hari ini. Kesepaduan sosial ialah satu subjek utama yang meliputi apa jua pertembungan sosial di antara kaum, adat dan agama yang berlainan. Ia juga membawa maksud suatu keadaan yang harmoni, aman, stabil, makmur di dalam sesebuah masyarakat, terutama masyarakat pelbagai kaum, khususnya di Malaysia. Terdapat wujudnya kesepakatan sosial yang khusus yang mempunyai pelbagai faktor yang memberi kesan positif dan negatif dalam masyarakat itu sendiri. Antaranya ialah, kualiti taraf kehidupan, kemudahan asas yang memberi jaminan kestabilan kualiti hidup, terdapat wujudnya usaha-usaha untuk memperkasakan penglibatan seluruh masyarakat untuk mencapai perpaduan yang kuat di antara kaum dan interaksi positif yang boleh membawa kesan baik untuk melahirkan masyarakat yang berbilang kaum dan maju. Kalau kita imbas kembali, sejak negara kita mencapai kemerdekaan, kita masih lagi tidak mencapai satu kepaduan yang kukuh dan didamkan sejak sekian lama tetapi Malaysia pada hakikatnya, secara sedar atau tidak sedar, telah menjalin hubungan kerjasama antara kaum dalam bentuk perkongsian aktiviti budaya dan meminjam nilai-nilai dan ciri budaya masing-masing untuk lebih daripada 60 tahun. Dalam waktu jangka ini juga, terdapat perubahan kualiti hidup yang lebih baik hasil daripada pembangunan ekonomi yang stabil semenjak negara kita mencapai kemerdekaan. Kegiatan ekonomi seharian juga mencerminkan kesepaduan sosial pada hari ini. Sebagai contoh, jika kita lihat dari aspek perniagaan, pembekal mungkin terdiri daripada kaum Cina, Melayu dan India. Pekerja pula mungkin terdiri daripada kaum Iban, India, Cina dan Kazadan juga. Pertembungan pelbagai kaum juga memain peranan penting terhadap tahap kesepaduan sosial yang kita kecapi pada hari ini.

Teori paling sesuai diaplikasikan dalam konteks masyarakat pelbagai etnik di Malaysia ialah kelahiran satu sistem yang sistematik dan menyeluruh yang menjurus ke arah perpaduan kukuh di antara etnik atau kaum di Malaysia. Bagi pandangan saya, saya bersetuju dan memuji usaha murni Perdana Menteri kita iaitu Dato Seri Najib Tun Razak dalam inovasi dan visi beliau di dalam kempen 1Malaysia, tetapi ia tidak mencerminkan keadaan atau jurang sebenar yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia. Ia sekadar satu kempen untuk menyatakan bahawa negara kita berbilang kaum di bawah satu bumbung tetapi tidak menyatakan langkah-langkah konkrit dalam usaha untuk merapatkan jurang perbezaan dan perpaduan di antara kaum.Sekiranya kempen 1Malaysia berjaya, isu-isu bersikap perkauman atau perbezaan agama dan adat seperti isu kalimah Allah tidak akan timbul sama sekali. Isu ini telah berlarutan selama beberapa tahun dan ia mendapat perhatian daripada semua pihak. Terdapat juga isu pemilihan Bahasa Melayu dalam bidang pendidikan dan pengekalan sekolah-sekolah jenis kebangsaan juga dibangkitkan dan dibincang secara khusus. Justeru, pada pendapat saya, kerajaan pada hari ini harus mengeluarkan pelan jangka pendek dan panjang yang dapat diaplikasikan dalam satu sistem yang berkesan yang bertujuan menyelesaikan masalah dan mengelakkan isu-isu perkauman dan perbezaan adat serta agama berulang di masa hadapan.Selain itu, kerajaan juga harus memantau dan mengambil tindakan terhadap golongan ekstremis yang cuba memecahbelahkan kesepaduan sosial yang ada di Malaysia. Saya berpendapat bahawa perlu ada suara moderate atau bersederhana seperti mana yang diamalkan dalam negara-negara maju dalam usaha menyelesaikan apa jua masalah atau isu berkaitan perbezaan agama, adat mahupun kaum. Tindakan ekstremis seperti isu ugutan ingin membakar kitab Bible hanya mengeruhkan keadaan dan tidak membawa kesan positif ke arah kebaikan bersama. Cara terbaik ialah bawa berbincang secara aman dan sentiasa bersikap sederhana dan terbuka supaya satu persetujuan bersama dapat dikecapi dengan sempurna.Masyarakat yang matang dan bersatu teguh akan melahirkan suasana yang positif kepada seluruh masyarakat Malaysia. Saya secara peribadi mengidamkan suasana di mana tidak ada pertengkaran atau perdebatan isu berkenaan perbezaan adat, agama dan budaya di Malaysia. Saya pasti setiap rakyat Malaysia juga berkongsi pendapat yang sama. Oleh itu, kerajaan seharusnya memainkan peranan penting dan tidak lupa mengaplikasikan check and balance atau feedback daripada rakyat di dalam pelbagai polisi yang dirangka supaya ia akan bertambah baik dari semasa ke semasa dan sebarang kekurangan dapat ditangani dengan baik.Namun dalam tempoh jangka masa 60 tahun, walaupun Malaysia tidak mencapai perpaduan yang diimpikan,Malaysia tetap menjadi pujian seantero dunia, malah dijadikan contoh atau model di peringkat global dalam kesemua aspek meliputi kestabilan ekonomi,politik dan kepelbagaian kaum masyarakat di negara ini. Sejak tahun 2000, Malaysia telah menjadi tuan rumah untuk pelbagai organisasi penting dunia seperti pertubuhan negara-negara Islam (OIC), pertubuhan negara-negara berkecuali (NAM), pertubuhan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan lain-lain. Ini menjadi bukti bahawa walaupun perpaduan masih lagi belum dicapai, pencapaian negara kita dalam aspek kesepaduan sosial dalam pelbagai bidang diikitiraf di seluruh dunia. Malah kunjungan presiden Amerika Syarikat Barack Obama baru-baru ini juga menyentuh isu kesepaduan sosial dan mengiktiraf pencapaian yang kita telah kecapi serta betapa pentingnya aspek ini dikekalkan untuk generasi masyarakat yang akan datang.