hsajb.moh.gov.my€¦ · web viewmemastikan pesakit-pesakit di tempatkan semula buat sementara...

63
HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU, JOHOR PELAN TINDAKAN KECEMASAN BENCANA DALAMAN (KEBAKARAN) TANDATANGAN PENYEDIA JAWATAN TARIKH EN ABU BAKAR BIN ISMAIL PEN. PEG. PERUBATAN U44 UNIT PENYELIAAN TANDATANGAN PENYEMAK JAWATAN TARIKH DR N SANNASI NO.PENDAFTARAN PENUH : 38433 DOKTOR KESIHATAN PEKERJAAN TIMBALAN PENGARAH HOSPITAL TANDATANGAN YANG MELULUSKAN JAWATAN TARIKH DR. AMAN BIN RABU NO.PENDAFTARAN PENUH : 31491 PAKAR PERUBATAN KESIHATAN AWAM

Upload: others

Post on 03-May-2020

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR

BAHRU,JOHOR

PELAN TINDAKAN KECEMASANBENCANA DALAMAN

(KEBAKARAN)

TANDATANGAN PENYEDIA JAWATAN TARIKH

EN ABU BAKAR BIN ISMAILPEN. PEG. PERUBATAN U44

UNIT PENYELIAAN

TANDATANGANPENYEMAK JAWATAN TARIKH

DR N SANNASINO.PENDAFTARAN PENUH : 38433DOKTOR KESIHATAN PEKERJAANTIMBALAN PENGARAH HOSPITAL

TANDATANGAN YANG MELULUSKAN

JAWATAN TARIKH

DR. AMAN BIN RABUNO.PENDAFTARAN PENUH : 31491PAKAR PERUBATAN KESIHATAN

AWAMPENGARAH HOSPITAL

KATA-KATA ALUAN

Syukur Kehadrat Ilahi kerana limpah kurnianya terhasilnya Pelan Tindakan

Kecemasan Bencana Dalaman (Kebakaran) Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

Edisi Kedua(2).

Satu daripada bencana yang boleh dialami oleh hospital adalah kebakaran.

Ini adalah berdasarkan pengalaman dan laporan kebakaran yang telah berlaku sejak

kebelakangan ini di HSAJB.

Dengan terhasilnya Pelan Tindakan Kecemasan Bencana Dalaman

(Kebakaran) Edisi Kedua (2), adalah diharapkan bahawa ianya akan menjadi

rujukan kepada anggota Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk membuat

tindakan sewajarnya apabila berhadapan dengan kejadian kebakaran di hospital ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua individu yang telah bekerjasama

membantu dalam penghasilan Pelan Tindakan Kecemasan Bencana Dalaman

(Kebakaran) Edisi Kedua (2).

Sekian. Terima Kasih.

…………………………..

(DR AMAN BIN RABU)

Pengarah Hospital

Hospital Sultanah Aminah

Johor Bahru.

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

AHLI JAWATANKUASA KEBAKARAN PERINGKAT HOSPITAL HOSPITAL SULTANAH AMINAH

JOHOR BAHRU

PENASIHATPENGARAH HOSPITAL SULTANAH

AMINAHDr Aman Bin Rabu

PENGERUSITIMBALAN PENGARAH HOSPITAL

(PEMBEDAHAN)Dr N Sannasi

TIMBALAN PENGERUSI TIMBALAN PENGARAH HOSPITAL

(PENGURUSAN)Pn Sarinah binti Apisah

SETIAUSAHAPENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U44

En Abu Bakar bin Ismail

TIMBALAN SETIAUSAHAPEGAWAI KESELAMATAN KP41

Pn Nurul Farhana bt Abd Rasid

1

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

2

AHLI JAWATANKUASADr Afiizah binti Abd RahmanPegawai Perubatan UD54

Ketua Unit Keselamatan Persekitaran & Kesihatan Pekerjaan

Pn Peremalatha A/P Sundram @ SoduramPegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja) Gred U48

Ketua Unit Pemulihan (Carakerja)

Tn Hj Noridin bin SamianPenolong Pegawai Perubatan U42

Unit Penyelia HospitalPn Teh Siew Fah

Penyelia Jururawat Hospital U42Unit Kejururawatan

En Mohd Amin bin AdnanJurutera Mekanikal J44Ketua Unit Kawalselia

En Mohd Zulfadhli bin EsaJurutera Awam J44

Unit Kawalselia

Pn Noraisyah binti PairanPegawai Sains (Kimia Hayat) C44

Jabatan Patologi

Pn Sharon ChristinaPegawai Tadbir & Diplomat M44

Unit Pengurusan Aset

Tn Hj Raschidi bin Abdul KarimPenolong Pegawai Perubatan U42

Jabatan Kecemasan & Trauma

En Muhamad Supian bin BakarPegawai Penyediaan makanan C41

Jabatan Dietetik & Sajian

En Mohd Pahimi bin HanapiPenolong pegawai Perubatan U36

Jabatan Oftalmologi

En Mohd Ali bin P KassimPenolong Pegawai Perubatan U36

Jabatan Kardiotorasik (Anestesia & Perfusi)

En Zakuan bin Mohd NoorPenolong Pegawai Perubatan U32

Jabatan Anestesiologi & Rawatan Rapi

En Ahmad Bazli bin Ahmad ZikrilehPegawai Farmasi UF52

Jabatan Farmasi

Pn Thavamalar A/P MarimuthoPenyelia Jururawat U32

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

SENARAI AJK LOKASI KEBAKARAN HSA

PENASIHATPENGARAH HOSPITAL SULTANAH

AMINAHDr Aman Bin Rabu

PENGERUSITIMBALAN PENGARAH HOSPITAL

(PEMBEDAHAN)Dr N. Sannasi

TIMBALAN PENGERUSI TIMBALAN PENGARAH HOSPITAL

(PENGURUSAN)Pn Sarinah binti Apisah

SETIAUSAHAPENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U44

En Abu Bakar bin Ismail

KETUA LOKASI PENOLONG LOKASI LOKASI1 Dr Afiizah binti Abd Rahman

Pegawai Perubatan UD54Ketua Unit Keselamatan Persekitaran & Kesihatan Pekerjaan

En Najib Saidi Bangunan RafflesiaBangunan Rose

2 Pn Peremalatha A/P Sundram @ SoduramPegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja) Gred U48Ketua Unit Pemulihan (Carakerja)

Pn Siti Nor Aisyah Bangunan OCTKantin LamaBangunan Siantan-Unit Neuro Physiologi-Unit CPD-Dewan Saujana

3 En Abu Bakar bin IsmailPenolong Pegawai Perubatan U44Ketua Unit Penyelia Hospital

En Suhadi PengangkutanCRCKewanganPenyelia

4 Pn Teh Siew FahPenyelia Jururawat Hospital U42Unit Kejururawatan

KJ Noraidah Wad HematologiKJ Salawati Pusat Bersalin

Bangunan L & D-Lobi Utama L & D

3

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

-Bilik Seminar O & G-Dewan Bersalin-Bilik Saringan-ICU Perbidanan-Wad Antenatal / Bersalin Kelas Pertama-Wad Kelas pertama (Multidisplin)-Wad Di Raja

KJ Marion 2th Floor Induk-Sub Stor Jabatan Perubatan Transfusi-Makmal Transfusi Mikrobiologi-Wad Orthopedik (L)-Wad Bedah Mulut (L)-Wad ENT (L)-Wad Pembedahan (P)-Wad Urologi (P)-Brain Suite

Matron Siti Nor Diran 3rd Floor Induk-Pej Lembaga Pelawat-Pej Penyelia Jururawat-Wad gyanae-Wad Sakit Puan

KJ Norhayati 4th Floor Induk-Bilik Latihan TPC-Wad Neurosurgery(P)-Wad Neurosurgery (L)-Wad Penjagaan Paliatif-Wad Diraja Lama

KJ Rosmani 5th Floor Induk-Sekolah Dalam Hospital-CRC-Wad Bedah Kanak- Kanak-Wad Urologi (L)

4

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

S/N Faezah 6th Floor Induk-Dewan Kenanga-Unit Kualiti-Bilik Mesyuarat Kualiti-Unit Kawalan Jangkitan

KJ Rodziah -Wad Perubatan Perempuan 1-Wad Perubatan Perempuan 11-Wad Perubatan Perempuan 111

5 En Mohd Amin bin AdnanJurutera Mekanikal J44Ketua Unit Kawalselia

Hj Aswadi PSM 1 (Kuarters)

Hj Adnan PSM 2 (Kuarters)

6 En Mohd Zulfadhli bin EsaJurutera Awam J44Unit Kawalselia

KP Raja Aidil -Kedai-Jabatan Transfusi Perubatan-Jabatan Kerja Sosial Perubatan (Kebajikan)- Bilik Operasi keselamatan & CCTV-Surau Induk

7 Pn Noraisyah binti PairanPegawai Sains (Kimia Hayat) C44Jabatan Patologi

En Guban -Patologi (Teratai)-Chest Clinic-Makmal Kaji Darah-Makmal Kaji Kumam-Makmal Serologi / Tibi / Molekular-Haematologi/Dialisis

8 Pn Sharon ChristinaPegawai Tadbir & Diplomat M44Unit Pengurusan Aset

KJ Maryati Masri -Bangunan Lily-Balai Pelawat

9 En Haji Raschidi bin Abdul KarimPenolong Pegawai Perubatan U42Jabatan Kecemasan & Trauma

En Yusra -A & E-Khidmat Pelanggan-BDM-Farmasi Kecemasan-X-Ray Kecemasan

10 En Muhamad Supian bin BakarPegawai Penyediaan makanan C41Jabatan Dietetik & Sajian

En Raja Othman -Sajian & Dietetik

5

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

11 En Mohd Pahimi bin HanapiPenolong pegawai Perubatan U36Unit Penyelia Hospital

Tn Hj Nashar Isnin -Kuanter Setempat / Mesra-Stor Tabung Darah-Penempatan Kusta-Kuanters HO Lama-Pos Metro

En Nurzamzuri bin Zakaria

-Poly OT-SFUC-Klinik Mata-Bilik Endoskopi

En Sharmizee bin Samsuddin

-MOPC-Klinik Paediatrik-Klinik O & G-Klinik Pembedahan Plastik

En Atan bin Muda -Kantin Poliklinik-Klinik Ortopedik-Klinik kardio-PAC-Farmasi Poliklinik-Psysiotherapi-X-Ray Poliklinik

En Hardi bin Kamit Tingkat 3 Poliklinik-Klinik ENT-Klinik Kulit-Klinik Urologi-Klinik Neurosurgery-Klinik Pergigian

12 En Mohd Ali bin P.KassimPenolong Pegawai Perubatan U36Unit Kardiotorasik (Anestesia & Perfusi)

En Nordin bin Yunos -CSSD-CICU / CTW-Pejabat Kardiotorasik-Pejabat Anestesiologi

KJ Asmah Rahmat -Dewan Bedah

13 En Zakuan bin Mohd NoorPenolong Pegawai Perubatan U32Jab. Anestesia & Rawatan Rapi

KJ Marian -Wad ICU Barat-Tingkat 2 Induk

14 En Ahmad Bazli bin Ahmad ZikrilehPegawai Farmasi UF52Jabatan Farmasi

En Liew Min Fui -Farmasi -Stor Intergerasi

6

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

15 Pn Thavamalar A/P MarimuthoPenyelia Jururawat U32Wad Dahlia 4

En Sahrulfazli bin Nordin

Blok A-Klinik Kardiologi Kanak-kanak-Farmasi Satelit-Wad Nurseri (SCN)-Wad Neonatal ICU (NICU)

Matron Laminah Blok B-Wad Perubatan Denggi-Wad ICU Kanak-Kanak -Wad Perubatan Kanak- Kanak-Wad Perubatan Kanak- kanak

En Samsudin bin Ibrahim

Blok C-Makmal Jantung Invensif-Wad Perawatan Jantung (CCU)-Wad Pemulihan Jantung (CRW)-Wad Perubatan Dada (Perempuan)-Wad Perubatan Perempuan

KJ Rahimah Blok D-Wad Perubatan Lelaki

16 Cik Sharizan binti Muhamad SadriJuru X-ray U44Jabatan Radiologi

Pn Anita Natasya Jabatan X Ray

En Syukur Jabatan Perubatan Nuklear

17 En Anuaruddin bin MukibahPegawai Perhubungan Awam S41

Cik Suraya / KJ Ling PengurusanKejururawatanStor Alat TulisKlinik StafAudiologistPsychologist

7

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

18 En Mohd Fahmi bin MastukiPenolong Jurutera Elektronik J29Unit Kawalselia

En Sobri / Dr Asraff Bangunan ForensikRumah 1515

En Herman Asrama Jururawat

19 Encik Zuraimy bin Abd RahmanPembantu Keselamatan KP19Unit Keselamatan

En Rosli Ibrahim Rekod PerubatanAsrama HOKelab SukanStor Pelupusan

20 Encik Jusmani bin Mohd SallehPembantu Keselamatan KP19Unit Keselamatan

En Rashid bin Abdul Rahiam

SurauSister Mass

21 En Ahmad Firal bin Abdul RahmanPengurus Kanan FasilitiMedivest Sdn Bhd

En Mohd Ridhwan bin Rahman

MedivestCentral PlantSub StationSewage Treatmemt Plant

22 Pn Kanakaswary A/P LaganathanJTMP U29

Haziqah Jabatan Perubatan TransfusiUnit ICTFarmasi Induk

8

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

SENARAI AJK AUDIT KEBAKARAN HSA

PENASIHATPENGARAH HOSPITAL SULTANAH

AMINAHDr Aman Bin Rabu

PENGERUSITIMBALAN PENGARAH HOSPITAL

(PEMBEDAHAN)Dr N Sannasi

TIMBALAN PENGERUSI TIMBALAN PENGARAH HOSPITAL

(PENGURUSAN)Pn Sarinah binti Apisah

SETIAUSAHAPEGAWAI KESELAMATAN KP 41

Pn Nurul Farhana bt Abd Rasid

KETUA JURUAUDIT JURUAUDIT LOKASI1 Pn Kanakaswary A/P Laganathan

JTMP U29Haziqah Bangunan Rafflesia

Bangunan Rose

2 Dr Afiizah binti Abd RahmanPegawai Perubatan UD54Ketua Unit Keselamatan Persekitaran & Kesihatan Pekerjaan

En Najib Saidi Bangunan OCTKantin LamaBangunan Siantan-Unit Neuro Physiologi-Unit CPD-Dewan Saujana

3 En Mohd Zulfadhli bin EsaJurutera Awam J44Unit Kawalselia

KP Raja Aidil PengangkutanCRCKewanganPenyelia

4 Pn Teh Siew FahPenyelia Jururawat Hospital U42Unit Kejururawatan

KJ Salawati Wad HematologiKJ Noraidah Pusat Bersalin

Bangunan L & D-Lobi Utama L & D -Bilik Seminar O & G-Dewan Bersalin-Bilik Saringan-ICU Perbidanan-Wad Antenatal /

9

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

Bersalin Kelas Pertama-Wad Kelas pertama (Multidisplin)-Wad Di Raja

Matron Siti Nor Diran

2th Floor Induk-Sub Stor Jabatan Perubatan Transfusi-Makmal Transfusi Mikrobiologi-Wad Orthopedik (L)-Wad Bedah Mulut (L)-Wad ENT (L)-Wad Pembedahan (P)-Wad Urologi (P)-Brain Suite

KJ Marion 3rd Floor Induk-Pej Lembaga Pelawat-Pej Penyelia Jururawat-Wad Gynae-Wad Sakit Puan

KJ Rosmani 4th Floor Induk-Bilik Latihan TPC-Wad Neurosurgery(P)-Wad Neurosurgery (L)-Wad Penjagaan Paliatif-Wad Diraja Lama

KJ Norhayati 5th Floor Induk-Sekolah Dalam Hospital-CRC-Wad Bedah Kanak- Kanak-Wad Urologi (L)

KJ Rodziah 6th Floor Induk-Dewan Kenanga-Unit Kualiti-Bilik Mesyuarat Kualiti-Unit Kawalan Jangkitan

S/N Faezah / PPP Rashid

-Wad Perubatan Perempuan 1-Wad Perubatan Perempuan 1/2/3

10

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

5 En Mohd Amin bin AdnanJurutera Mekanikal J44Ketua Unit Kawalselia

Hj Adnan PSM 1 (Kuarters)

Hj Aswadi PSM 2 (Kuarters)

6 En Abu Bakar bin IsmailPenolong Pegawai Perubatan U44Ketua Unit Penyelia Hospital

En Suhadi -Kedai-Jabatan Transfusi Perubatan-Jabatan Kerja Sosial Perubatan (Kebajikan)- Bilik Operasi keselamatan & CCTV-Surau Induk

7 Pn Sharon ChristinaPegawai Tadbir & Diplomat M44Unit Pengurusan Aset

KJ Maryati Masri -Patologi (Teratai)-Chest Clinic-Makmal Kaji Darah-Makmal Kaji Kumam-Makmal Serologi / Tibi / Molekular-Haematologi

8 Pn Noraisyah binti PairanPegawai Sains (Kimia Hayat) C44Jabatan Patologi

En Guban -Bangunan Lily-Balai Pelawat

9 En Muhamad Supian bin BakarPegawai Penyediaan makanan C41Jabatan Dietetik & Sajian

En Raja Othman -A & E-Khidmat Pelanggan-BDM-Farmasi Kecemasan-X-Ray Kecemasan

10 Tn Hj Raschidi bin Abdul KarimPenolong Pegawai Perubatan U42Jabatan Kecemasan & Trauma

En Mohd Yusra bin Mohd Yusof

-Sajian & Dietetik

11 En Mohd Pahimi bin HanapiPenolong pegawai Perubatan U36Unit Penyelia Hospital

En Hardi bin Kamit -Kuanter Setempat / Mesra-Stor Tabung Darah-Penempatan Kusta-Kuanters HO Lama-Pos Metro

En Nashar Isnin -Poly OT-SFUC-Klinik Mata-Bilik Endoskopi

11

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

En Nurzamzuri / Pn Haziqah

-MOPC-Klinik Paediatrik-Klinik O & G-Klinik Pembedahan Plastik

En Sharmizee -Kantin Poliklinik-Klinik Ortopedik-Klinik kardio-PAC-farmasi Poliklinik-Psysiotherapi-X-ray Poliklinik

En Atan bin MudaTingkat 3 Poliklinik-Klinik ENT-Klinik Kulit-Klinik Urologi-Klinik Neurosurgery-Klinik Dental

12 En Mohd Ali bin P KassimPenolong Pegawai Perubatan U32Unit Kardiotorasik (Anestesia & Perfusi)

KJ Asmah Rahmat -CSSD-CICU / CTW-Pejabat Kardiotorasik-Pejabat Anestesiologi

En Nordfin -Dewan Bedah

13 En Ahmad Bazli bin Ahmad ZikrilehPegawai Farmasi UF52Jabatan Farmasi

En Liew Min Fui -Wad ICU Barat-Tingkat 2 Induk

14 En Zakuan bin Mohd NoorPenolong Pegawai Perubatan U32Jabatan Anestesiologi & Rawatan Rapi

KJ Marian -Farmasi -Stor Intergerasi

15 Pn Thavamalar A/P MarimuthoPenyelia Jururawat U32Wad Dahlia 4

Matron Laminah Blok A-Klinik Kardiologi Kanak-kanak-Farmasi Satelit-Wad Nurseri (SCN)-Wad Neonatal ICU (NICU)

En Sahrulfazli Blok B-Wad Perubatan Denggi-Wad ICU Kanak-Kanak -Wad Perubatan Kanak- kanak

12

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

KJ Rahimah Blok C-Makmal Jantung Invensif-Wad Perawatan Jantung (CCU)-Wad Pemulihan Jantung (CRW)-Wad Perubatan Dada (Perempuan)-Wad Perubatan Perempuan

En Samsudin Blok D-Wad Perubatan Lelaki

16 En Anuaruddin bin MukibahPegawai Perhubungan Awam S41

Cik Suraya / KJ Ling

Jabatan X Ray Perubatan Nuklear

17 Cik Sharizan binti Muhamad sadriJuru X-ray U44Jabatan Pengimejan & Diagnostik

Pn Anita NatasyaEn. Syukur

PengurusanKejururawatanStor Alat TulisKlinik StafAudiologistPsychologist

18 En Zuraimy bin Abd RahmanPembantu Keselamatan KP19Unit Keselamatan

En Rosli Ibrahim Bangunan ForensikAsrama JururawatRumah 1515

19 En Mohd Fahmi bin MastukiPenolong Jurutera Elektronik J29Unit Kalwalselia

En Sobri / Dr AsraffEn Herman

Rekod PerubatanAsrama HOKelab SukanStor Pelupusan

20 En Ahmad Firal bin Abdul RahmanPengurus Kanan FasilitiMedivest Sdn Bhd

En Mohd Ridhwan SurauSister Mass

21 Encik Jusmani bin Mohd SallehPembantu Keselamatan KP19Unit Keselamatan

PPP Rashid MedivestCentral PlantSub StationSewage Treatmemt Plant

22 Puan Peremalatha A/P Sundram @ SoduramPegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja) Gred U48Ketua Unit Pemulihan (Carakerja)

Puan Siti Nor Aisyah

Jabatan Perubatan TransfusiUnit ICTFarmasi Induk

13

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

AJK LATIHAN KEBAKARAN HSA

PENASIHATPENGARAH HOSPITAL SULTANAH

AMINAHDr Aman Bin Rabu

PENGERUSITIMBALAN PENGARAH HOSPITAL

(PEMBEDAHAN)Dr N Sannasi

TIMBALAN PENGERUSI TIMBALAN PENGARAH HOSPITAL

(PENGURUSAN)Pn Sarinah binti Apisah

SETIAUSAHAPEGAWAI KESELAMATAN KP 41Pn Nurul Farhana bt Abd Rashid

14

AHLI JAWATANKUASA

DR MARDYINAHEN GUBENSR MARIAN

EN LIEW MIN FUIPPP RASHID

KP RAJA AIDILEN MOHD SUPIAN BAKAR

CIK SURAYAKJ MARYATI MASRI

EN NORIDINPN PREMALATHA SUNDRAM

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

PROSES KERJA PLAN TINDAKAN KECEMASAN DAN

MEKANISMA PENGURUSAN PELAN TINDAKAN KEBAKARAN

1. Secara Am

Di waktu kebelakangan ini, banyak kes kebakaran telah berlaku di semua premis di Agensi/Kementerian/Jabatan sama ada disebabkan oleh bencana ataupun kelalaian/kelemahan manusia, di mana kadangkala telah melibatkan banyak harta benda dan nyawa musnah.

Hospital Sultanah Aminah (HSA) tidak berkecuali dalam perkara ini.

Berpandukan akta dan bagi menangani kejadian kebakaran (Pekeliling Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

2. PENGENALAN / DASAR / RUJUKAN

Pelan tindakan bencana dalaman (kebakaran) ini di sediakan berpandukan kepada:

2.1 Arahan Perkhidmatan 1986, Bab Lapan Peraturan Am;

2(a) Mencegah Kebakaran

Jabatan-jabatan hendaklah mengadakan latihan dari masa ke semasa bagi kakitangan-kakitangan mereka tentang cara-cara mencegah kebakaran seperti penggunaan pemadam api dan tindakan-tindakan menyelamatkan diri apabila berlaku kebakaran di pejabat-pejabat, terutamanya di bangunan-bangunan tinggi. Latihan-latihan ini patut di adakan sekali setahun. Jabatan Bomba akan sedia memberi nasihat dan membantu di dalam latihan-latihan ini patut diaturkan oleh jabatan-jabatan. Untuk tujuan di atas, adalah juga perlu bagi ketua-ketua jabatan menghantar pegawai mereka ke Pusat Latihan Bomba untuk menerima latihan persendirian tentang mencegah kebakaran atau bertindak semasa berlaku kebakaran di pejabat-pejabat.

15

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

2(b) Pemeriksaan Tahunan Pemadam Api

Ketua-ketua jabatan hendaklah menentukan bahawa alat-alat pemadam api mestilah di buat pemeriksaan secara berkala dengan perakuan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat sekurang-kurang (1) tahun.

2(c) Bilik Rekod Simpanan Api

Jabatan-jabatan tertentu seperti Jabatan Rekod Perubatan, Unit Pentadbiran dan Unit Hasil hendaklah mengadakan bilik simpanan rekod-rekod penting yang tahan api atau lain-lain cara penyimpanan rekod supaya apabila atau sekiranya berlaku sebarang kebakaran pada bangunan maka rekod-rekod penting tidak akan terhangus.

2.2 Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan;(27)dlm. KKM-75/T/(657) bertarikh 31hb Mac 1993

2.3 Garis panduan kawalan dan pencegahan kebakaran di jabatan-jabatan kerajaan keluaran Ibupejabat Bomba dan Penyelamat (Undang-undang kecil bangunan seragam 1984) ; dan

2.4 Surat Pekeliling Am. Sulit Bil 1 Tahun 1993 Meningkatkan Kualiti Kawalan Keselamatan Perlindungan di jabatan-jabatan kerajaan.

2.5 Perintah Tetap Ketua Pengarah Bilangan 2 2016–Penubuhan Pelaksanaan dan Kawal Selia Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK)-Tujuan:Menggariskan prosedur dan tatacara penubuhan pelaksanaan dan kawal selia OKK di premis ditetapkan.

2.6 Perintah Tetap Ketua Pengarah Bilangan 3 2016 – Penubuhan, Pelaksanaan dan Kawal Selia Pasukan Keselamatan Kebakaran (Emergency Response Team – ERT) – Tujuan : Menggariskan tatacara dan prosedur penubuhan pelaksanaan dan kawal selia pasukan keselamatan kebakaran yang dikenali sebagai Emergency Response Team (ERT) di bangunan yang dikategorikan sebagai premis ditetapkan.

16

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

3.0 POLISI KESELAMATAN KEBAKARAN

HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU

Adalah menjadi Polisi Keselamatan Kebakaran Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru ini untuk memastikan semua bangunan dan tempat kerja telah diakui selamat dari kebakaran dengan mencegah dan mengelakkan kebakaran berlaku.

Semua anggota mematuhi dengan arahan ini seperti:-

1. Memastikan ujian dan pemeriksaan secara berkala pada peralatan menentang kebakaran diperbaiki dengan segera dan direkodkan (Good Housekeeping) dengan menggunakan senarai semak seperti di Lampiran A

2. Semua pintu keluar hendaklah boleh dibuka daripada sebelah dalam tanpa menggunakan kunci atau apa-apa pengetahuan khas atau tenaga dan semua laluan untuk menyelamatkan diri (pintu dan tangga) mestilah sentiasa bebas dari halangan.

3. Mana-mana pintu keluar mekanisme (automatik) hendaklah dibuka jika berlaku kerosakan kuasa atau penghidupan penggera keselamatan berlaku. (jika ada)

4. Memastikan papan tanda “Dilarang Merokok”, “Tempat Berkumpul”, “Arah Berkumpul”, “Jalan Mati”, ”Arah Keluar”, dan “Pelan Lantai” dipamerkan di setiap Bahagian.

5. Penyimpanan (storage) bahan-bahan yang merbahaya atau mudah meletup atau cecair mudah terbakar hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan terkawal.

6. Untuk mengutamakan keselamatan kebakaran, semua pembinaan dan pengubahsuaian hendaklah menepati kehendak undang-undang pihak berkuasa tempatan.

7. Melaporkan kepada Syarikat Konsessi sekiranya berlaku kerosakan elektrik, air atau lain-lain keperluan alatan penentang kebakaran aktif atau pasif.

8. Semua Bahagian mestilah melantik seorang yang bertanggungjawab menyedarkan warga organisasi terhadap kepentingan keselamatan kebakaran.

9. Mengadakan latihan kebakaran tahunan sekali dalam setahun secara keseluruhan atau sebahagian bangunan.

10.Memastikan semua anggota mempunyai pengetahuan yang boleh bertindak semasa berlaku kebakaran.

11.Melaporkan setiap insiden kebakaran kepada Jawatankuasa Insiden HSA bagi tujuan dokumentasi.

12.Jawatankuasa Kebakaran akan menjalankan penyiasatan ke atas semua insiden kebakaran di HSA.

13.Menubuhkan Pasukan Keselamatan Kebakaran – Emergency Response Team (ERT) yang dilatih untuk bertindak semasa berlaku kebakaran sehingga pihak bomba dan penyelamat tiba.

Semua anggota adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan kebakaran dan memberi kerjasama bagi mempertahankan polisi ini.

17

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

4. OBJEKTIF

Objektif Pelan Tindakan Kecemasan – Kebakaran ini adalah bagi memastikan organisasi Hospital Sultanah Aminah dalam:

1. Keadaan selamat dari segi bahaya kebakaran pada setiap masa2. Semua anggota mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas menggunakan

peralatan penentang kebakaran dengan menerapkan budaya pencegahan kebakaran dan keselamatan di tempat kerja.

3. Setiap kakitangan atau penghuni bangunan haruslah berupaya mengesan dan memadamkan kebakaran di peringkat awal serta memberi bantuan menyelamat apabila berlaku kebakaran.

4. Pasukan keselamatan kebakaran (ERT) yang ditubuhkan dapat membantu dalam tindakan-tindakan seperti berikut:

4.1menyelamatkan nyawa dan mengelakkan kecederaan.4.2Untuk bertindak dengan pantas dan bersistematik apabila berlakunya

kebakaran.4.3Menyekat kemerebakkan api dan mengurangkan kerosakan harta benda.4.4Mengembalikan aktiviti harian seperti sediakala.4.5Mengwujudkan kesedaran Budaya Keselamatan Kebakaran.

5. AHLI JAWATANKUASA INDUK KEBAKARAN PERINGKAT HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU.

5.1 Keanggotaan terdiri daripada yang berikut:

5.1.1 Pengarah Hospital

5.1.2 Timbalan Pengarah Hospital (Pembedahan)-Pengerusi

5.1.3 Timbalan Pengarah Hospital (Pengurusan)-Timb. Pengerusi

5.1.4 Ketua Unit Keselamatan-Setiausaha

5.1.5 Ahli Jawatankuasa Kebakaran

18

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

5.2 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

5.2.1 Pengarah Hospital (Penasihat)

5.2.1 Penasihat dan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pencegahan Kebakaran Hospital peringkat Induk.

5.2.2 Bertanggungjawab terus kepada Ketua S/U Kementerian Kesihatan/Pengarah Negeri mengenai tahap keselamatan kebakaran hospital.

5.2.3 Mengetuai Jawatankuasa di dalam merangka dan menyediakan peraturan-peraturan kawalan kebakaran serta pelan tindakan menghadapi kebakaran.

5.2.4 Menyelaras pengurusan Pelan Tindakan Pencegahan Dan Kesediaan Kawalan Kebakaran Mengikut Piawaian dan bertanggungjawab untuk membentuk serta memastikan segala dasar dan mekanisma pelan tersebut dipatuhi dan dilaksanakan di setiap peringkat.

5.2.5 Merancang dan mengadakan latihan penggunaan alat-alat pemadam api, sistem penggera kebakaran, sistem pancur (kering) dan (basah), serta alat semburan bantu mula sekali setiap enam (6) bulan atau dua (2) kali setahun.

5.2.6 Merancang dan mengadakan kawad kebakaran bangunan (fire drill) sekali setahun untuk memahirkan kakitangan khusus bagi mereka yang di tempatkan di bangunan bertingkat.

5.2.7 Jika berlaku kebakaran: 5.2.7.1 Bertanggungjawab ke atas semua gerakan menyelamat

semasa kebakaran bersama Ketua Pegawai Bomba bertugas.

5.2.7.2 Mengetuai Bilik Gerakan.5.2.7.3 Memastikan pesakit mendapat rawatan berterusan.5.2.7.4 Mengarahkan pemanggilan kakitangan tambahan

apabila diperlukan.5.2.7.5 Bertindak sebagai Pegawai Perhubungan bagi pihak

Hospital dengan agensi-agensi luar, media massa dan lain-lain.

19

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

5.2.7.6 Mengeluarkan arahan pengungsian lokasi-lokasi lain yang tidak terlibat dalam kebakaran setelah mendapat nasihat dari ketua pegawai bomba bertugas

5.2.7.7 Meminta bantuan hospital lain bagi penempatan pesakit selepas arahan pengungsian dikeluarkan.

5.2.7.8 Mengarah penempatan semula pesakit ke lokasi asal selepas mendapat nasihat dari ketua pegawai bomba bertugas

5.2.2 Timbalan Pengarah Hospital (Pembedahan/Pengurusan)

5.2.2.1 Mempegerusikan Mesyuarat Pencegahan Kebakaran peringkat Hospital semasa ketiadaan pengarah.

5.2.2.2 Menyimpan pelan Kontinjensi yang mengandungi pelan Hospital HSA dengan pintu-pintu keluar masuk, pelan lokasi pili Bomba dan alat-alat pemadam api, pelan lantai setiap unit bangunan dan pelan bilik suis elektrik setiap Jabatan/unit.

5.2.2.3 Menyimpan senarai nama, alamat dan nombor telefon semua ketua jabatan dan kakitangan penting hospital.

5.3.1 Jika berlaku kebakaran

5.3.2 Mengendalikan sekretariat Bilik Gerakan.

5.3.3 Menghubungi pasukan Psychological First Aid HSA (PFA) untuk tindakan.

5.3.4 Menyelaras pentadbiran Bilik Gerakan, peralatan, jadual kakitangan bertugas sepanjang masa.

5.3.5 Menerima dan menyelarasan semua panggilan berkenaan dengan kebakaran dan memberi maklumat yang tepat kepada Bomba, Polis, JKR dan lain-lain yang berkaitan.

5.3.6 Menguruskan pengangkutan untuk kerja-kerja pemindahan pesakit/mangsa-mangsa ke hospital lain.

5.3.7 Mendapatkan bantuan yang di perlukan dari unit lain yang berhampiran.

5.3.8 Mendapatkan maklumat dan merekod semua aktiviti semasa berlaku kebakaran.

5.3.9 Melaksanakan segala arahan Pengarah Hospital.

20

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

5.4 Ketua-Ketua Jabatan

5.4.1 Melaksanakan keputusan-keputusan serta arahan-arahan Jawatankuasa Induk Pencegahan Kebakaran Hospital.

5.4.2 Menyediakan Pelan tindakan bencana dalaman (kebakaran) di peringkat Jabatan masing-masing.

5.4.3 Memastikan Pegawai lokasi - ERT memberi taklimat pelan tindakan kecemasan kebakaran di peringkat jabatan untuk memberi kemahiran kepada kakitangan di bawah tanggungjawabnya supaya mereka benar-benar pasti tentang tindakan-tindakan yang perlu mereka ambil semasa kebakaran.

5.4.4 Memastikan semua kakitangan di bawah tanggungjawabnya mematuhi kesemua pelan tindakan pencegahan dan kesediaan kawalan kebakaran (seperti para 9) yang dilaksanakan di lokasinya sepanjang masa.

5.4.5 Memastikan kakitangan melaksanakan tugasan mengikut ’action card’ semasa kejadian kebakaran.

5.5 Ketua Pakar Klinikal/Pegawai Perubatan

5.5.1 Mengwujudkan pasukan perubatan khas bencana.

5.5.2 Menstabilkan pesakit-pesakit yang tenat.

5.5.3 Memastikan pesakit mendapat rawatan secukupnya.

5.6 Ketua Farmasi

5.6.1 Memastikan bekalan ubat-ubatan mencukupi mengikut keperluan pesakit ketika bencana.

5.7 Pegawai Perubatan Y/M Jabatan Kecemasan

5.7.1 Menyelaras Pasukan Perubatan Kecemasan (Paramedik) bencana.

21

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

5.8 Ketua Pengurus Syarikat Konsessi

5.8.1 Merancang dan mengadakan latihan penggunaan alat-alat pemadam api, sistem penggera kebakaran, sistem pancur (kering) dan (basah), serta alat semburan bantu mula seperti yang tertera di dalam kontrak.

5.8.2 Mengkoordinasi kawad kebakaran bangunan (fire drill) untuk memahirkan kakitangan khusus bagi mereka yang di tempatkan di bangunan tinggi bertingkat seperti yang tertera di dalam kontrak.

5.8.3 Memastikan peralatan-peralatan pencegahan kebakaran sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan berfungsi seperti yang tertera di dalam kontrak.

5.8.4 Jika berlaku kebakaran;

5.8.5 Memastikan bahawa alat penghawa dingin dan unit pengudaraan telah di padamkan apabila berlaku kebakaran.

5.8.6 Memastikan aliran gas perubatan ke kawasan kebakaran telah diputuskan selepas mendapat arahan dari Pegawai Lokasi (ERT) .

5.8.7 Memastikan Panel Kawalan Kebakaran Utama dipantau secara berterusan semasa berlaku kebakaran.

5.8.8 Bersedia dengan kunci atau master key loji kejuruteraan dan bilik suis.

5.8.9 Bersedia membantu Bomba dengan menunjukkan pelan bangunan.

5.8.10 Bersedia mengarahkan anggota, Juruteknik , Jurutera dan Kontraktor yang berkenaan untuk membantu dalam pengendalian sistem-sistem dibawah pengendalian Syarikat Konsessi.

(Rujukan didalam pelan gangguan elektrik, air, penyaman udara & mana-mana fasiliti infrastruktur di dalam bangunan)

22

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

5.9 Ketua Unit Keselamatan

5.9.1 Memastikan laluan-laluan untuk ekses jentera Bomba dapat di lalui tanpa halangan.

5.9.2 Bersedia mengarahkan pesakit dan kakitangan menunjukkan arah laluan yang betul dan selamat.

5.9.3 Bersedia membantu dengan mengarahkan anggota di bawah seliaan mengendalikan peralatan pencegahan kebakaran.

5.9.4 Mengarahkan anggota pengawal supaya menutup pintu utama serta menghalang orang awam/media/pelawat dari memasuki kawasan hospital semasa kebakaran.

5.9.5 Menyediakan pelan lantai terkini bagi setiap lokasi di HSAJB. (Pelan Lantai di Lampiran B)

5.9.6 JAWATANKUASA KEBAKARAN HSAJB–RUJUK SENARAI TUGAS

6. PENUBUHAN JAWATANKUASA KECIL PERINGKAT JABATAN/UNIT/WAD

6.1 Setiap Lokasi di syorkan supaya :

6.1.1 Menubuhkan Jawatankuasa Kecil Pencegahan Kebakaran sendiri. (lihat carta organisasi di helaian sebelah).

6.1.2 Menyediakan peraturan-peraturan keselamatan berpandukan jawatankuasa induk untuk di laksanakan dan di patuhi oleh semua kakitangan setiap masa.

6.1.3 Menyediakan pelan tindakan menghadapi kebakaran di lokasi masing-masing.

6.1.4 Mengatur latihan untuk semua kakitangan mengenai cara-cara bertindak semasa berlaku kebakaran serta cara-cara menyelamatkan diri dan memindahkan pesakit apabila arahan Pengusian /Pengosongan/Pemindahan bangunan dikeluarkan.

6.1.5 Menyediakan jadual giliran pemeriksaan jabatan semasa dan selepas waktu pejabat.

23

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

6.1.6 Penyelenggaraan alat serta sistem kawalan kebakaran di jabatan masing-masing.

6.1.7 Carta Organisasi Jawatankuasa Kecil peringkat Jabatan /Unit /Wad

24

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

KETUA LOKASI SELAKU URUSETIA PELAKSANAAN KEBAKARAN HOSPITAL

Tanggungjawab:

1. Mengetuai pasukan sewaktu berlakunya kebakaran.

2. Menyediakan pelanlantai / laluan kecemasan di lokasi masing- masing.

3. Membuat pemantauan berkaitan dengan keselamatan kebakaran di lokasi masing-masing

4. Memastikan sistem perlindungan dan pencegahan kebakaran yang terdapat di lokasi masing-masing berfungsi dengan baik

5. Menubuhkan ahli jawatankuasa kecil di bawah seliaannya di peringkat lokasi masing-masing (Pasukan Pemadam Api, Pasukan Pengusian Bangunan dan Pemantu Aspek Keselamatan).

6. Mengenal pasti keperluan-keperluan bagi meningkatkan tahap keselamatan kebakaran di lokasi masing-masing.

7. Mengemukakan laporan audit dan cadangan-cadangan untuk meningkatkan tahap keselamatan kebakaran.

8. Bertindak menggerakkan evakuasi tanpa lengah sekiranya mendapat arahan atau sekiranya difikirkan perlu.

9. Bertanggungjawab memastikan semua bilik yang berpotensi untuk dikunjungi oleh pesakit dan waris diperiksa dan dipastikan kosong.

10. Menyediakan senarai bilangan anggota dan melicinkan ‘head count’ bagi anggota bertugas, pesakit, waris dan pelawat yang datang melawat sewaktu evakuasi.

11. Bertanggungjawab memaklumkan kepada pihak BOMBA dan melaporkan kepada pegawai keselamatan hospital situasi yang telah dilaksanakan dan memaklumkan sekiranya masih ada anggota / pesakit yang masih terperangkap di dalam bangunan.

25

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

PERANAN KETUA INSIDEN SEMASA OPERASI DI SETIAP LOKASI SEKIRANYA BERLAKU KEBAKARAN.

6.1 Jika kebakaran berlaku pada waktu pejabat, segala operasi kawalan kebakaran di lokasi akan diketuai oleh Ketua Jabatan/Unit yang terlibat.

6.2 Jika berlaku di luar waktu pejabat, Ketua Jururawat atau Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas atas panggilan (on-call), akan mengetuai operasi sehingga ketibaan Ketua Unit, Ketua Bahagian atau Pengarah Hospital.

Tanggungjawab Pegawai berkenaan di atas:

6.1.1 Memastikan pihak bomba telah dihubungi (SD-6631) Talian Terus Balai Bomba Larkin – 07-2243 444

6.1.2 Memastikan Telefonis Hospital telah dimaklumkan tentang kebakaran

6.1.3 Memastikan anggota menjalankan tanggungjawab mengikut arahan di dalam action card masing-masing

6.1.4 Memastikan bantuan segera di perolehi daripada unit-unit berhampiran.

6.1.5 Memastikan segala bahan mudah terbakar dipindahkan daripada kawasan kebakaran.

6.1.6 Memastikan arahan permindahan pesakit di laksanakan dengan segera dalam keadaan tenang, teratur dan selamat serta pastikan semua pesakit dan kakitangan berkumpul di tempat perhimpunan yang telah di tetapkan.

6.1.7 Memastikan tiada sesiapa yang berpatah balik untuk mengambil barang-barang yang tertinggal termasuk juga barang peribadi yang berharga.

6.1.8 Memastikan roll-call di buat di tempat perhimpunan untuk memastikan semua pesakit dan kakitangan selamat.

26

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

6.1.9 Memaklumkan kepada pihak Bomba sesiapa yang tidak dapat di kesan (jika ada).

6.1.10 Memastikan semua dokumen dan barangan penting di selamatkan jika sempat dan semua pintu rintangan api ditutup setelah pemindahan pesakit dari bangunan dilaksanakan.

6.1.11 Memastikan pesakit-pesakit di tempatkan semula buat sementara waktu di wad-wad lain atau wad bencana setelah mendapat persetujuan dari Pengarah dan Ketua Jururawat berkenaan.

6.1.12 Menyediakan Laporan tentang kebakaran sehingga ketibaan Ketua Unit Pentadbiran, Pegawai Keselamatan, Ketua Jabatan atau Pengarah Hospital.

6.1.13 Sila pastikan action card bencana dikemaskini dan tempoh masa yang paling selamat semasa pemindahan pesakit hendaklah antara 1 minit hingga 3 minit sekurang-kurangnya.

27

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

7. PELAN TINDAKAN PENCEGAHAN DAN KESEDIAAN KAWALAN KEBAKARAN MENGIKUT PIAWAIAN (KHAS UNTUK USER ).

7.1 Sijil Keselamatan Bangunan.

Jawatankuasa Pencegahan Kebakaran perlu memastikan bahawa keseluruhan bangunan-bangunan hospital telah diperiksa oleh pihak Bomba dan Sijil Keselamatan Bangunan diperolehi.

7.2 Pemeriksaan dan Penyelenggaraan alat dan sistem kawalan7.2.1 Alat dan sistem kawalan kebakaran berikut perlu pemeriksaan dan

penyelenggaraan berterusan dan berkala (contoh dibawah) :

Bil. Alat/ Sistem Keadaan Penyelenggaraan

1. Alat Pemadam Api Baik & Berfungsi Ikut Jadual/tarikh luput

2. Sistem Penggera Kebakaran Baik & Berfungsi Ikut Jadual

3. Sistem Sprinkler Baik & Berfungsi Ikut Jadual

4. Alat Semburan Bantu Mula ’Hose Reel’

Baik & Berfungsi Ikut Jadual

5. Pili Bomba Baik & Berfungsi Ikut Jadual

6. Lampu Pintu Keluar Baik & Berfungsi Ikut Jadual

7. Pintu Rintangan Api Baik & Berfungsi Ikut Jadual

8. Sistem Pendawaian Elektrik Baik & Berfungsi Ikut Jadual

9. Sistem Saluran Gas Baik & Berfungsi Ikut Jadual

10. Laluan Kecemasan Tidak terhalang -

11. Tanda Dilarang Merokok Dipamerkan Dengan Jelas

-

28

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

7.3 Pelan Laluan Keluar Kecemasan

7.3.1 Jawatankuasa Kecil Pencegahan Kebakaran peringkat Jabatan perlu menyediakan Pelan Laluan Keluar Kecemasan bagi setiap Unit/tingkat yang dipamerkan di tempat-tempat strategik.

7.3.2 Pelan Laluan Keluar Kecemasan perlu menunjukkan dengan jelas kedudukan pintu-pintu keluar, laluan kecemasan yang patut diikuti tanpa halangan, kedudukan pili bomba, kedudukan alat pemadam api, kedudukan alat semburan bantu mula dan kedudukan alat penggera kebakaran.

7.4 Kawasan larangan Merokok

7.4.1 Papan tanda ”Kawasan Larangan Merokok” perlu dipamerkan dengan jelas di tempat strategik diseluruh kawasan hospital dan dipastikan pematuhannya.

7.5 Peraturan Dalam Jabatan/Wad/Unit

7.5.1 Tidak menghalang atau mengunci pintu tangga atau keluar kecemasan, khusus semasa waktu pejabat dan semasa ada orang di dalam bangunan.

7.5.2 Tidak membawa bahan-bahan yang mudah terbakar, meletup dan mengeluar gas beracun sewenang-wenangnya ke dalam wad tanpa kawalan atau tanpa langkah-langkah keselamatan tertentu. Cecair mudah terbakar seperti ether, alkohol, methylated spirit dan solvents perlu di hadkan kuantitinya di wad dan disimpan di tempat yang jauh daripada punca yang boleh menyebabkan kebakaran.

7.5.3 Kebersihan bangunan serta keadaan yang teratur (good housekeeping) akan menghalang daripada berlakunya kebakaran. Kain-kain buruk, kertas–kertas, buku atau majalah lama perlu dibuang.

7.5.4 Tidak menghalang atau menggagalkan tindakan alat-alat pemadam api seperti menutup injap sistem pancur basah atau menghalang ekses kepada alat pemadam api dengan menempatkan perabot-perabot di hadapannya.

7.5.5 Peraturan Kawalan dan Keselamatan stor perlu dipatuhi.

29

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

7.5.6 Peraturan pengendalian bahan-bahan mudah terbakar perlu dipatuhi.

7.5.7 Peraturan pengendalian mesin dan jentera yang boleh mengeluarkan percikan api perlu dipatuhi.

7.5.8 Peraturan keselamatan elektrik perlu dipatuhi. Laporkan kepada Medivest alat-alat elektrik, punca kuasa elektrik atau pendawaian elektrik yang rosak atau terdedah. Gunakan alat-alat elektrik dan sistem pendawaian yang diluluskan dan jangan membebankan (overload) litar elektrik. Maklumkan kepada pihak Medivest untuk tindakan lanjut.

7.5.9 Peraturan keselamatan kebakaran perlu dipatuhi pada setiap masa terutamanya di lokasi yang berisiko tinggi seperti Dietetik & Sajian, Makmal, Dewan Bedah, ICU, CSSD, Bengkel & Stor Pelupusan Bahan Kimia Medivest, Pejabat Rekod, dan Jabatan X-Ray.

7.5.10 Pelan pengungsian bangunan untuk kakitangan dan pesakit perlu dipatuhi. Adalah menjadi tanggungjawab semua anggota bagi memastikan tempat bertugas adalah selamat pada setiap masa.

7.6 Pemeriksaan Pejabat

7.6.1 Perlu dilakukan setiap hari sebelum tamat waktu bertugas. Perkara yang perlu dipastikan adalah

7.6.1.1 Lampu –lampu dan suis elektrik sudah dipadamkan.

7.6.1.2 Bahan-bahan kimia dan bahan-bahan mudah terbakar disimpan di tempat selamat.

7.7 Latihan asas untuk kakitangan.

7.7.1 Mengetahui dengan pasti laluan keluar kecemasan serta kedudukan tangga yang selamat untuk keluar dengan cepat tanpa bantuan.

7.7.2 Mahir tentang cara-cara menghidupkan sistem penggera kebakaran.

7.7.3 Mahir tentang cara-cara memanggil Bomba atau Telefonis apabila mengesan kebakaran.

30

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

7.7.4 Mahir menggunakan alat pemadam api dan alat semburan bantu mula untuk memadamkan kebakaran yang kecil.

7.7.5 Prihatin dengan keperluan menutup pintu-pintu rintangan api pada setiap masa.

7.7.6 Mahir tentang cara-cara menguruskan pengungsian bangunan supaya dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur, tenang dan selamat mengikut laluan-laluan keluar kecemasan yang telah ditetapkan.

7.7.7 Mahir tentang cara-cara menyelamatkan pesakit-pesakit yang paling hampir dengan kawasan kebakaran.

7.7.8 Mahir tentang cara-cara mengangkat dan memindahkan pesakit apabila arahan pengungsian bangunan dikeluarkan.

7.7.9 Mengenalpasti peralatan-peralatan mudah terbakar yang perlu dialihkan daripada kawasan kebakaran.

7.7.10 Memeriksa bilik-bilik untuk memastikan tiada kakitangan atau pesakit yang terperangkap semasa berlaku kebakaran.

7.7.11 Memilih seorang kakitangan untuk menunggu ketibaan Bomba dan menunjukkan arah laluan tepat ke lokasi kebakaran dan lokasi Pili Bomba.

7.7.12 Mahir tentang cara-cara membuat panggilan baris (roll-coll) bagi menentukan kehadiran semua kakitangan dan pesakit di kawasan perhimpunan.

7.7.13 Menganggap semua ceramah, demonstrasi dan kawad kebakaran sebagai perkara mustahak dan serius.

31

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

8. PELAN TINDAKAN SEMASA MENGHADAPI KEBAKARAN:

8.1 Carta Aliran tindakan semasa menghadapi kebakaran adalah seperti berikut:-

8.1.1 Setiap anggota perlu memahami tanggungjawab masing-masing; (Rujuk kepada action card).

8.1.2 Setiap anggota tahu bagaimana panduan melepaskan diri; (Rujuk pelan lantai yang disediakan).

8.1.3 Setiap anggota mesti menyelamatkan pesakit-pesakit yang hampir kepada bahaya; (Rujukan kaedah-kaedah pemindahan pesakit).

8.1.4 Setiap anggota menyelamatkan dokumen dan rekod penting jabatan/wad/unit jika keadaan mengizinkan.

8.1.5 Setiap anggota mesti berpengetahuan dalam cara melawan kebakaran.

8.1.6 Setiap anggota mesti arif dengan maksud nada bunyi kecemasan (Buzz, loceng, wisel)

8.1.7 Setiap anggota perlu mengetahui lokasi berkumpul. (Rujuk pelan tempat berkumpul).

8.1.8 Meletakkan seorang kakitangan mengendalikan telefon dan mencatat kronologi kejadian kebakaran.

Jenis Tanda Nada Loceng/ Wisel

Nada loceng/wisel putus-putus : iaitu menandakan bersedia untuk mengosongkan bangunan dan memastikan bahawa tindakan akan di perlukan;

Nada loceng/wisel berpanjangan : iaitu menandakan tindakan mengosongkan bangunan akan bermula dan kerja-kerja menyelamat hendaklah menjalankan tugas mengikut tanggungjawab masing-masing.

32

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

8.2 Tatacara memanggil Bomba :

8.2.1 Dail Nombor 6631 untuk Bomba Larkin dan seterusnya HOTLINE HSAJB 4444;

8.2.2 Jika Panggilan dibuat menggunakan telefon bimbit Dail HOTLINE 999 atau 07-2243 444 – Talian Terus Bomba Larkin;

8.2.3 Beri nama dan alamat hospital;

8.2.4 Beritahu lokasi kebakaran;

8.2.5 Beritahu senario/jumlah penghuni dan bahan-bahan yang terbakar;

8.2.6 Beritahu nama pemanggil;

8.3 Semasa waktu melawat, pelawat perlu dinasihatkan berada bersama pesakit.

8.4 Laluan keluar pintu kecemasan perlu di pastikan tiada apa-apa halangan.

8.5 Jangan sekali-kali menggunakan lif.

8.6 Unit Penghawa Dingin perlu dipadamkan.

8.7 Suis utama elektrik tidak perlu dipadamkan sehingga mendapat arahan dari Pihak Bomba.

8.8 Seorang Pembantu Aspek Keselamatan perlu ditugaskan menunggu Bomba di pintu masuk hospital dan menunjukkan lokasi kebakaran dan Pili Bomba yang terdekat.

8.9 Hanya pihak Bomba sahaja yang berkuasa menentukan sama ada lokasi selamat untuk dimasuki semula.

33

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

9. TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (EVACUATION)

Pengungsian merujuk kepada tindakan memindahkan pesakit dan kakitangan hospital secara cepat, teratur dan selamat daripada kawasan hospital yang membahayakan.

Penilaian situasi perlu dilakukan sebelum keputusan dibuat untuk mengarahkan pengungsian bangunan. Faktor-faktor yang perlu diambilkira ialah seperti berikut:-

9.1 Lokasi kebakaran.

9.2 Keluasan kawasan kebakaran.

9.3 Jarak kebakaran dengan bahan-bahan mudah terbakar.

9.4 Keberkesanan tindakan memadam kebakaran kecil.

9.5 Jenis pesakit di wad.

9.6 Jika dalam keraguan, mengeluarkan arahan pengusian lebih selamat daripada mengambil risiko walaupun kecil.

Arahan pengungsian di keluarkan oleh Pengarah Hospital setelah dinasihatkan oleh Ketua Pegawai Bomba yang bertugas.

Keputusan memindahkan pesakit-pesakit tertentu boleh dibuat oleh Pegawai Perubatan / Ketua Jururawat / Ketua Lokasi / Insiden dalam keadaan kecemasan yang mendesak.

9.7 Pengungsian boleh dilakukan di dalam tiga peringkat.

Peringkat 1 : Memindahkan pesakit dan kakitangan ke kawasan yang selamat dari lokasi kebakaran. (Pastikan pintu rintangan api ditutup)

Peringkat 2 : Bertindak memindahkan pesakit ke tempat yang lebih selamat samaada ditingkat yang sama atau ke tingkat bawah.

Peringkat 3 : Bertindak segera dengan memindahkan pesakit dan kakitangan (pengusian penuh) daripada bangunan ke tempat berkumpul.

34

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

Pesakit yang dikenakan arahan pengungsian boleh dibahagi kepada empat kumpulan iaitu:-

Kumpulan 1 : Pesakit yang boleh berjalan (ambulatory) hanya memerlukan seorang kakitangan menunjukkan arah ke tempat selamat.

Kumpulan 2 : Pesakit separa berjalan (semi-ambulatory) yang memerlukan pertolongan sebaik mungkin daripada kakitangan untuk dipindahkan.

Kumpulan 3 : Pesakit langsung tidak boleh berjalan (non-ambulatory) yang perlu diberi pertolongan yang sewajarnya samaada diangkat atau diusung untuk dipindahkan ke tempat berkumpul.

Kumpulan 4 : Pesakit yang menggunakan sokongan peralatan perawatan (pernafasan,cardiac monitor,incubator)

Tanggungjawab utama kakitangan yang berada di kawasan kebakaran ialah memindahkan pesakit yang hampir dengan kawasan kebakaran ke kawasan yang lebih selamat. Kakitangan perlu memastikan laluan keluar kecemasan terdekat untuk memindahkan pesakit dengan cepat, teratur, tenang dan selamat.

Elakkan penggunaan lif. Gunakan tangga sebagai laluan untuk memindahkan pesakit.

9.8 Faktor-faktor yang perlu diambil kira apabila melakukan pemindahan pesakit dalam keadaan kecemasan :

Keadaan kecemasan samaada kecil atau besar.

Keadaan dan berat badan pesakit.

Kekuatan kemahiran serta latihan penyelamat.

Ketinggian katil.

Kehadiran Kekuatan Organisasi dan lain-lain kakitangan.

35

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

Pesakit ’ambulatory’ perlu dipindahkan secara kumpulan ke kawasan selamat. Kakitangan yang cekap perlu diberi tanggungjawab mengawal untuk mengurangkan panik dan memastikan setiap pesakit dan kakitangan telah dihitung. Pelawat boleh digunakan membantu pemindahan pesakit ’ambulatory’

9.9 Pesakit ’non-ambulatory’ boleh dipindahkan menggunakan ’stretcher’, selimut atau alat khas yang bernama ’evacuation sheet’. Mereka juga boleh dipindahkan menggunakan teknik-teknik berikut:-

Blanket Drag (kain selimut)

Swing carry (mengangkat secara bergolek)

Fore and aft carry (mengangkat ke arah hadapan)

Teknik mengangkat yang betul perlu dipraktikkan selalu.

Bila menggunakan selimut untuk menarik pesakit, ia perlu dipegang dan ditarik di bahagian berdekatan kepala pesakit.

Katil pesakit tenat dan pesakit yang menggunakan kuasa elektrik/motor ’traction’ boleh ditolak/ditarik ke kawasan selamat.

36

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

10. TEKNIK PEMINDAHAN PESAKIT SEMASA BERLAKU KEBAKARAN

1)

2)

2)

37

‘Blanket Drag’

Kaedah menggunakan kain selimut (mengheret)

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

3)

38

Kaedah Menurunkan Pesakit Di Tangga

Untuk pesakit yang tidak boleh berjalan (non-ambulantory)

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

4)

39

Kaedah Menurunkan Pesakit Di Tangga

Untuk pesakit yang tidak boleh berjalan/kritikal (non-abulantory)

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

5)

40

‘Fore and aft carry’

Cara membawa pesakit mengusung kehadapan

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

6)

41

‘Swing carry’

Kaedah membawa pesakit secara memusing

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

11. SISTEM PENCEGAHAN DAN PENGESANAN KEBAKARAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU.

PENCEGAHAN KEBAKARANMencegah, menghadkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa

semasa berlakunya kebakaran.

Antaranya :

Pendidikan dan latihan – Good housekeeping Practice, CME , Table Top Exercise, Latihan Kebakaran, Minggu Kebakaran dll.

42

Pemindahan pesakit kritikal/trauma yang menggunakan motor/ventilation

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

Penguatkuasaan – Audit Kebakaran yang dijalankan secara berkala, Polisi Kebakaran dll.

Kejuruteraan –Memastikan peralatan pencegah kebakaran boleh berfungsi, FIRE DOOR, PPM

Kawalan Keselamatan – Penyimpanan Bahan Mudah terbakar, klasifikasi bahan-bahan, pengudaraan dan keadaan store secara keseluruhan.

Sistem Amaran Awal:

Sistem Penggera manual

Sistem Pengesanan Kebakaran Automatik seperti Pengesan Haba dan Asap

11.1 Peralatan Melawan Kebakaran: :

Alat Melawan Kebakaran Manual :

- Alat pemadam api mudah-alih jenis Co2 dan serbuk kering (dry powder)

- Salur bantu mula (Pancur basah/kering)

- Pili Bomba

Alat Memadam Kebakaran Automatik:

- Semburan (Air) (sprinkler)

- Karbon dioksida (Co2)

PROSEDUR PELAN TINDAKAN MENGHADAPI KEBAKARAN

CARTA ALIRAN PELAN TINDAKAN SEMASA BERLAKU KEBAKARAN

Kebakaran Berlaku

Boleh dipadamkan? Ya

Tidak

43

Lawan Kebakaran:

Gunakan alat pemadam api Gunakan selimut basah untuk

menutup api yang kecil Gunakan ‘Hose Reel’ jika

sesuai Jauhkan bahan yang mudah

terbakar dari tempat

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

Buat pengumuman API...API...API...

Pecahkan ”Break Glass” di Panel Bunyikan wisel / loceng

Hubungi Balai Bomba Larkin1. Speed Dail -66312.Talian Terus-07-2243444

Maklumkan kepada Operator Hospital-4444untuk notifikasi kepada Pengarah/PenyelarasJawatankuasa Kebakaran/ketua Jabatan/UnitKeselamatan

Tindakan Pelan Kebakaran

Berkumpul di kawasan/tempat yangtelah ditetapkan

Bomba mencari dan menyelamat anggota/pesakit

44

Pastikan keselamatan anda sebelum kerja menyelamat dilakukan • Pindahkan pesakit ke tempat selamat.• Periksa semua ruang dan pastikan semua

anggota/pesakit telah keluar. • Beri rawatan kecemasan dan hubungi Jabatan

Kecemasan jika ada mangsa yang tercedera di samb. 5555 (Code Blue)• Tidak meninggalkan pesakit

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

Ketua insiden bertindak:- Membuat hitungan kepala anggota dan pesakit yang terlibat- Memaklumkan kepada pihak BOMBA jika terdapat anggota/pesakit yang hilang- Merawat anggota/pesakit yang cedera

Kebakaran dipadamkan - Siasatan dijalankan- Pindahkan pesakit ke wad penempatan semula yang telah ditetapkan- Warga wad mula bertugas semula.

Stand Down

PELAN TINDAKAN (ACTION CARD) DI JABATAN MASING-MASING

CONTOH ACTION CARD

PETUGAS 1 (Anggota pertama melihat api) Jangan cemas/ bertindak segera – laung Api... Api... Api... Kenal pasti status api sama ada kecil atau besar, punca dari mana, lokasi

dimana dan PETUGAS 2 (anggota yang paling hampir ketika itu) – Cuit bahu beliau dan laung P2..P2..P2..

Padam api dengan menggunakan alat pemadam api jika api masih kecil Sekiranya gagal buka semua laluan selamat Padamkan semua suis dan injap utama

45

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

Pastikan tiada orang luar masuk ke tempat kebakaran

PETUGAS 2 Beritahu Ketua Jabatan atau Ketua Jururawat atau Pegawai Keselamatan

Jabatan dan dail 4444 serta nyatakan lokasi, apa yang terbakar dan nama pemanggil

Kenalpasti PETUGAS 3 Tenangkan semua anggota Buat hitungkan kepala semua anggota Jika api semakin membesar, kumpulkan semua anggota di tapak D

PETUGAS 3 Bantu PETUGAS 1 padamkan api jika gagal, pindahkan pesakit/ penderma ke

tapak D Pindahkan alat-alat yang mudah terbakar jauh dari tempat berlakunya

kebakaran Bunyikan loceng kecemasan atau meniup wisel.. Halang api dari merebak, tutup pintu dan tingkap Cuba padam api, gunakan alat pemadam api yang berhampiran tidak kira sama

ada hose reel atau mana-mana peralatan pencegahan kebakaran yang ada.

CARTA ALIRAN PENGAWALAN DAN PEMADAMAN KEBAKARAN(KHAS PENGHUNI)

46

TINDAKAN SIAPA?Pegawai/ Kakitangan dan sesiapa yang berkenaan

yang terlihat api kebakaran

BOLEH DIPADAMKAN

API

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

Ya

TIDAK

CARTA ALIRAN PENGAWALAN DAN PEMADAMAN KEBAKARAN (PASUKAN PEMADAM API)

47

Gunakan alat pemadam api

Gunakan selimut basah untuk menutup api yang kecil

Jauhkan bahan yang mudah terbakar dari tempat kebakaran

Buat pengumuman “api…api…api…”

Bunyikan penggera dengan memecahkan “ Break Glass”/

“wisel”/ “loceng”

HUBUNGI TELEFONISTindakan Ketua Bahagian/ wad

menelefon melalui telefonis hospital Dial 4444

TINDAKAN TELEFONIS

- Hubungi/ maklumkan kepada pengarah hospital

- Hubungi/ maklumkan kepada Ketua Penyelarasan Kebakaran

- Hubungi/ maklumkan kepada pegawai keselamatan

- Hubungi/ maklumankan

Aktifkan Pelan tindakan bencana dalaman (kebakaran)

Jabatan/Unit/Wad

Memeriksa dengan teliti keadaan api kebakaran

Tindakan Pasukan Pemadam Api memadam api kebakaran tersebut

sekiranya tahap api kecil

API

HUBUNGI BOMBA LARKIN SPEED DAIL-6631

TALIAN TERUS -07-224 3444

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

CARTA TINDAKAN PENGUSIAN BANGUNAN (EVACUATION)

48

TINDAKAN Pasukan

Pemadam Api

Memberitahu keadaan

Gunakan alat pemadam api

Gunakan selimut basah untuk menutup api yang kecil

Gunakan pili bomba atau gelung air (hose reel) Jika nampak mangsa

kebakaran selamatkan mangsa tersebut/ bawa dengan segera

Memaklumkan kepada Ketua Lokasi

Memaklumkan kepada Pengarah/Timbalan untuk keputusan pengungsian bangunan.

Arahan Pengusian dimaklumkan oleh Pengarah Hospital

Pemindahan pesakit-pesakit dijalankan oleh petugas-petugas

yang terlibat

KEADAAN PESAKIT DAN TAHAP KEUPAYAAN

Pengungsian bangunan dimulakan selepas menerima arahan

Api Besar Api Kecil

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

Non Ambulatory

49

Pesakit yang boleh berjalan (ambulatory) hanya

memerlukan seorang petugas menunjukan arah tempat

berkumpul

Tempat Berkumpul

Pesakit yang tidak boleh berjalan (non ambulatory) boleh dipindahkan menggunakan stretcher, selimut khas, menggangkat secara bergolek (swing carry) dan mengangkat ke arah hadapan (fore and aft carry).

Memastikan pesakit yang memerlukan perawatan khas di beri keutamaan.

Tutup pintu dan keluar meninggalkan bangunan melalui tangga dan turun ke bawah.

Laporkan diri dan pesakit di tempat berkumpul yang ditetapkan dan jangan tinggalkan tempat berkumpul sehingga

diarahkan

Ambulatory

PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN

ZON BERKUMPUL SEMASA KECEMASAN DI HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU

FORENSIK

JALAN MAHMOODIAH PARKIR AWAM

ZON JPPI

KUARTERS

ASRAMA

DEWAN ROS

ZON D

WADHAEMOTOLOGI

C

B

PGMCZON I

A

ZON H

ZON G

ZON FPINTU MASUK

UTAMA

ZON E ZON B

H/O

KUARTERS

ZON A

UNIT PERUBATAN

KE JOHOR BAHRUPANDUAN ARAHAN ZON

ZON BANGUNAN POLIKLINIK PAKAR

ZON A – KLINIK-KLINIK PAKAR, PERGIGIAN ZON B – PENTADBIRAN, PEN. PENYELIA HOSPITAL, PEJ. PENYELIA JURURAWAT, KAUNTER BERSEPADU. ZON C – FARMASI, JURUPULIH PERUBATAN, STOR INTERGRASI.

ZON BANGUNAN INDUK

ZON E – SEMUA WAD, KEBAJIKAN SOSIAL, PERUBATAN TRANSFUSI ZON F – DAFTAR MASUK, HASIL, KHIDMAT PELANGGAN (TELEFONIS), KECEMASAN & TRAUMA ZON G – LABOUR & DELIVERY, WAD KELAS 1 ZON H – SAJIAN, ICT, POTERAGE, DEWAN BEDAH, CSSD, FARMASI, RADIOLOGI, PERUBATAN NUKLEAR

ZON BANGUNAN PUSAT BERSALIN BANGUNAN-BANGUNAN LAIN LUAR KAWASAN BANGUNAN BERKENAAN

ZON I – PUSAT BERSALIN (PGMC) * JALAN RAYAZON BANGUNAN ABCD

KAWASAN PARKIR ZON

D

POLIKLINIK

INDUK

ZON C

BALAI PELAWAT