majlis pembukaan rasmi pusat perempuan dan … kesihatan/fokus kesihatan april2015.pdf · •...

12
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah berkenan berangkat bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha pada 22 April 2015. Majlis telah didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim dan seterusnya diikuti dengan sembah alu-aluan dari Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam kemudiannya dijunjung bagi menyempurnakan Perasmian Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan seterusnya bagi menandatangani Plak Perasmian Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Terbitan Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam www.moh.gov.bn • APRIL 2015 • BILANGAN 166 Simposium Nefrologi Brunei 2015 Simposium Kesihatan Mulut Dari Perspektif Islam Sempena Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2015 Forum Sempena Hari Kesihatan Sedunia 2015 Majlis Sembahyang Hajat dan Doa Selamat Sempena Hari Kesihatan Sedunia 2015 MAJLIS PEMBUKAAN RASMI PUSAT PEREMPUAN DAN KANAK-KANAK HOSPITAL RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berserta Kerabat Diraja turut dijunjung berangkat melawat kemudahan-kemudahan serta perkhidmatan- perkhidmatan di Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan seterusnya dijunjung berangkat untuk menyaksikan Pameran Khas mengenai Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak dan Pencapaian serta Perkembangan 30 tahun Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha menyediakan pelbagai kemudahan khusus seperti; Klinik-Klinik Pediatrik, Obstetrik dan Ginekologi; Wad-Wad Obstetrik dan Ginekologi termasuk ‘Day Ward’, ‘First- Stage Ward’ serta suite bersalin; Wad-Wad Pediatrik, termasuk Wad Pengasingan, Wad Umum, Wad Onkologi dan Wad Hematologi; Unit Rawatan Rapi Anak Damit (Neonatal Intensive Care Unit) - bagi memberikan penjagaan dan rawatan anak-anak damit baru lahir yang pra- matang dan memerlukan bantuan pernafasan; Berita ms.2 Ø Bersambung ke muka surat 2 Aktiviti Kesihatan ms.12 Berita ms.3 Berita ms.8

Upload: dangtruc

Post on 24-Feb-2018

277 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PEMBUKAAN RASMI PUSAT PEREMPUAN DAN … Kesihatan/Fokus Kesihatan April2015.pdf · • Wad-Wad Pediatrik, termasuk Wad Pengasingan, Wad Umum, Wad Onkologi dan Wad Hematologi;

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah berkenan berangkat bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha pada 22 April 2015.

Majlis telah didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim dan seterusnya diikuti dengan sembah alu-aluan dari Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam kemudiannya dijunjung bagi menyempurnakan Perasmian Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan seterusnya bagi menandatangani Plak Perasmian Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum

Terbitan Kementerian KesihatanNegara Brunei Darussalam

www.moh.gov.bn• APRIL 2015 • BILANGAN 166

Simposium Nefrologi Brunei 2015 Simposium Kesihatan Mulut Dari Perspektif Islam Sempena Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2015

Forum Sempena Hari Kesihatan Sedunia 2015

Majlis Sembahyang Hajat dan Doa Selamat Sempena Hari Kesihatan Sedunia 2015

MAJLIS PEMBUKAAN RASMI PUSAT PEREMPUAN DAN KANAK-KANAKHOSPITAL RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA

Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berserta Kerabat Diraja turut dijunjung berangkat melawat kemudahan-kemudahan serta perkhidmatan-perkhidmatan di Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan seterusnya dijunjung berangkat untuk menyaksikan Pameran Khas mengenai Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak dan Pencapaian serta Perkembangan 30 tahun Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha menyediakan pelbagai kemudahan khusus seperti;

• Klinik-KlinikPediatrik,ObstetrikdanGinekologi;• Wad-WadObstetrikdanGinekologitermasuk ‘Day

Ward’, ‘First- Stage Ward’ serta suite bersalin;• Wad-Wad Pediatrik, termasuk Wad Pengasingan,WadUmum,WadOnkologidanWadHematologi;

• UnitRawatanRapiAnakDamit(Neonatal Intensive Care Unit) - bagi memberikan penjagaan dan rawatan anak-anak damit baru lahir yang pra-matang dan memerlukan bantuan pernafasan;

Berita ms.2

Ø Bersambung ke muka surat 2

Aktiviti Kesihatan ms.12Berita ms.3 Berita ms.8

Page 2: MAJLIS PEMBUKAAN RASMI PUSAT PEREMPUAN DAN … Kesihatan/Fokus Kesihatan April2015.pdf · • Wad-Wad Pediatrik, termasuk Wad Pengasingan, Wad Umum, Wad Onkologi dan Wad Hematologi;

2 FOKUSKesihatan April 2015 Bilangan 166

BERITA

Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Renal telah menganjurkan Simposium Nefrologi Brunei 2015 pada 4AprillalubertempatdiHotelCentrepoint,Gadong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang HajiAdanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Md Yusof, Menteri Kesihatan.

Simposium ini dianjurkan bersempena dengan Hari Buah Pinggang Sedunia 2015 dan dihasratkan untuk memberikan pengetahuan dan maklumat terkini kepada doktor-doktor dan para jururawat untuk memberikan penjagaan yang terbaik kepada para pesakit yang selaras dengan piawaian antarabangsa.

Lebih kurang 200 orang peserta menghadiri Simposium yang telah diadakan dua hari ini yang mana para peserta diharap akan dapat memainkan peranan yang penting sebagai petugas barisan hadapan dalam usaha mempercepatkan dalam memerangi penyakit buah pinggang dan ‘non-communicable diseases’ (NCDs).

• UnitRawatanKhasAnakDamit(Special Care Baby Unit) - memberikan penjagaan dan rawatan anak-anak damit yang sakit sejak lahir;

• Unit Rawatan Rapi Pediatrik (Pediatric Intensive Care Unit) – memberi penjagaan dan rawatan bagi pesakit-pesakit pediatrik yang memerlukan penjagaan rapi;

• Unit High Dependency Pediatric – memberi perkhidmatan kepada semua pesakit pediatrik yang memerlukan kemasukan ke penjagaan intensif atau penjagaan pelepasan dari penjagaan rapi sebelum diserahkan ke penjagaan wad biasa. Selain itu memberikan perkhidmatan kepada pesakit pediatrik selepas pembedahan yang memerlukan penjagaan “high dependency”;

• Unit Akut Pediatrik – Wad ini berfungsi untukmemberi penjagaan ambulatori dan penerimaan pesakit pediatrik yang memerlukan rawatan di wad di samping bagi penjagaan pesakit yang menjalani ‘day procedure’ tertentu seperti pemeriksaan fungsi renal, ultrasound dan sebagainya;

• Bilik Bedah – Menyediakan perkhidmatan dankemudahan bagi pesakit-pesakit Obstetrik danGinekologiyangmemerlukanpembedahan;

• Farmasi;• UnitFertiliti;dan• Bilik-BilikKelasPertama.

Kemudahan-kemudahan lain seperti surau, bilik penyusuan susu ibu, tempat penurunan kecemasan pesakit, tempat permainan kanak-kanak, tempat perhentian bas, perkhidmatan shuttle bus, dan tempat letak kereta juga disediakan bagi memberikan keselesaan kepada pesakit dan pengunjung Pusat ini.

Sebelum berangkat meninggalkan Majlis, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berserta Kerabat Diraja dijunjung bagi sesi bergambar ramai bersama Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Perasmian Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

ØDari muka surat 1

SIMPOSIUM NEFROLOGI BRUNEI 2015

Para peserta juga digalakkan untuk memupuk hubungan ker ja yang rapat d a n k e r j a s a m a dengan rakan-rakan penjagaan kesihatan yang la in dalam kepakaran perubatan yang berbeza untuk mengukuhkan serta meningkatkan sistem penjagaan kesihatan negara.

Page 3: MAJLIS PEMBUKAAN RASMI PUSAT PEREMPUAN DAN … Kesihatan/Fokus Kesihatan April2015.pdf · • Wad-Wad Pediatrik, termasuk Wad Pengasingan, Wad Umum, Wad Onkologi dan Wad Hematologi;

3FOKUSKesihatanApril 2015Bilangan 166

SIMPOSIUM KESIHATAN MULUT DARI PERSPEKTIF ISLAM SEMPENA HARI KESIHATAN MULUT SEDUNIA 2015

BERITA

Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Pergigian telah menganjurkan Simposium Kesihatan Mulut dari Perspektif Islam pada 28 April 2015 bertempat diDewanAl-‘Afiah,KementerianKesihatan. Simposiumyang bertemakan ‘Senyum Sepanjang Hayat’ dipilih bersempena dengan tema Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2015 iaitu ‘Smile for Life’.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat, PehinOrangKayaJohanPahlawanDatoSeriSetiaAwangHaji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan.

Tujuan Simposium ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi ilmu pengetahuan tentang kesihatan mulut dari perspektif Islam bagi kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pergigian khususnya dan orang awam amnya.

Antara objektif Simposium ialah untuk memberikan kefahaman dan penjelasan hukum syarak mengenai dengan pencegahan dan rawatan pergigian dari perspektif Islam dan menerapkan dan menghidupkan sunnah Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassalammengenai kebersihan mulut dan pemberusan gigi.

Simposium ini juga menampilkan forum kesihatan mulut yang disampaikan oleh 3 ahli-ahli panel yang dijemput iaitu:

• Panel 1 – Yang Mulia, Ustaz Haji Ahmad Baha binMokhtar, Penolong Pensyarah di Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali dengan topik ‘Penjagaan Kesihatan Mulut dari Perspektif Islam’;

• Panel2–YangMulia,Dr.AndasUstazHaji Ismuhadibin Haji Abdullah, Penceramah Tetap Pusat Da’wah

Islamiah, Bahagian Penyebaran Dakwah, Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan topik ‘Rawatan Pergigian dari Perspektif Islam’;

• Panel3–YangMuliaDr.HajahSamsiahbintiHajiMd.Said, Konsultan Pergigian, Jabatan Perkhidmatan Pergigian, Kementerian Kesihatan dengan topik ‘Kepentingan Kesihatan Mulut dari Perspektif Sains’.

Seramai kira-kira 400 orang wakil daripada Jabatan Perkhidmatan Pergigian, Kementerian Kesihatan, Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pusat Da’wah Islamiah, Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Kolej Universiti Perguruan UgamaSeriBegawan,MajlisWanita,PersatuanJururawatBrunei Darussalam (PENJURU), penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung dan pesakit-pesakit menghadiri Simposium tersebut.

Page 4: MAJLIS PEMBUKAAN RASMI PUSAT PEREMPUAN DAN … Kesihatan/Fokus Kesihatan April2015.pdf · • Wad-Wad Pediatrik, termasuk Wad Pengasingan, Wad Umum, Wad Onkologi dan Wad Hematologi;

4 FOKUSKesihatan April 2015 Bilangan 166

IntI SarI tekS-tekS Ucapan MenterI keSIhatan aprIl 2015

Untuk mendapatkan teks ucapan yang lengkap, sila layari laman web: www.moh.gov.bn

Tema yang dipilih sempena Hari Kesihatan Sedunia pada tahun ini iaitu pada 7 April ialah “Makanan yang Selamat” (“Safe Food”). Tema ini dipilih untuk meningkatkan kesedaran orang awam betapa pentingnya memastikan pengendalian, penyediaan dan pemilihan makanan yang selamat.

Hasil dapatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan kira-kira 2 juta kematian yang berlaku setiap tahun secara global, yang kebanyakannya terjadi di kalangan kanak-kanak, diakibatkan oleh pengambilan makanan yang tidak selamat. Ini adalah disebabkan oleh makanan yang dicemari bakteria, virus, parasit atau bahan kimia yang berbahaya seperti racun perosak, yang berisiko dan memudaratkan kesihatan.

Isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan makanan di Negara Brunei Darussalam bukan saja dipertanggungjawabkan semata-mata kepada pihak Kerajaan, malahan memerlukan komitmen multisektor yang berkaitan seperti pengeluar, pengimport, penyedia dan penjual makanan, bagi memperkesankan lagi pengawalan kualiti dan keselamatan makanan yang terjamin di negara ini.

Kementerian Kesihatan, dengan kerjasama agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan, sentiasa memantau secara berterusan bagi memastikan status kebersihan dan keselamatan makanan di negara ini, ke arah menjamin dan melindungi kesihatan awam, mengikut undang-undang yang sedia ada, amalan terbaik serta piawaian antarabangsa,termasukgarispanduanPertubuhanKesihatanSedunia(WHO).Mana-manapihakyangtidakmematuhi peraturan-peraturan dari aspek kesihatan diambil tindakan sewajarnya.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan ingin menasihatkan dan menyarankan kepada orang ramai supaya berhati-hati dan peka mengenai dengan penyediaan dan pemilihan makanan, khususnya dari aspek kebersihan, keselamatan dan kualiti makanan, bagi kita bersama-sama bertanggungjawab dalam menghindarkan sebarang risiko dan kemudaratan kepada kesihatan.

PERUTUSAN YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATANNEGARA BRUNEI DARUSSALAM

SEMPENA HARI KESIHATAN SEDUNIA 2015TEMA: “MAKANAN YANG SELAMAT”

7HB APRIL 2015

Page 5: MAJLIS PEMBUKAAN RASMI PUSAT PEREMPUAN DAN … Kesihatan/Fokus Kesihatan April2015.pdf · • Wad-Wad Pediatrik, termasuk Wad Pengasingan, Wad Umum, Wad Onkologi dan Wad Hematologi;

5FOKUSKesihatanApril 2015Bilangan 166

IntI SarI tekS-tekS Ucapan MenterI keSIhatan aprIl 2015

Untuk mendapatkan teks ucapan yang lengkap, sila layari laman web: www.moh.gov.bn

“…The Symposium theme this year “Chronic Kidney Disease Epidemic, It’s Everyone Responsibility” is timely because the challenges of prevention, treating and caring of kidney disease patient call for close multidiscipline cooperation and coordination between nephrologists, healthcare physicians, general practitioners, nurses as well as other Allied Health Professionals from various specialities”.

“…As healthcare professionals, I strongly feel that all of you play an important role as the front-liners in our accelerating effort in combating kidney disease and NCDs. A simple reminder and encouragement on prevention methods from all of you to the public as well as your patients will go a long way to help them understand the benefits of adopting healthier lifestyles and avoid the risk factors”.

“Preventing kidney diseases should be everyone’s goal. By shifting more focus to primary prevention and early intervention by the primary healthcare physicians, we hope to identify diabetes and hypertension patient with high risk of developing Chronic Kidney Disease….”

“The problems of kidney diseases can be tackled by primary prevention, early detection and prompt treatment. This is the best and cost-effective approach in combating kidney disease and other NCDs…”

“Alhamdulillah, sukacita disembahkan bahawa Projek Bangunan Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha ini adalah termasuk dalam Rancangan Kemajuan Negara dibina dengan perbelanjaan berjumlah $69.2 Juta. Pusat ini mengandungi sebelas (11) tingkat dan dapat memuatkan 382 buah katil dengan menyediakan perkhidmatan pediatrik, perbidanan dan sakit puan(ObstetrikdanGinekologi)dilengkapidenganpelbagaikemudahandaninfrastrukturyangmodendan berkualiti di samping peralatan-peralatan perubatan yang moden dan canggih serta terkini yang memenuhi piawaian antarabangsa. Pelbagai disiplin profesional kesihatan dari golongan konsultan dan doktor perubatan, para jururawat dan Allied Health Professional yang berkepakaran dan berkemahiran yang ditempatkan bertugas di Pusat ini, kebanyakannya adalah dari kalangan anak-anak tempatan”.

“Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha ini adalah salah satu projekyangsangatsignifikandanmerupakansalahsatupencapaiandanmercutandakemajuandalamsektor kesihatan negara. Ini jelas membuktikan kewibawaan, kepimpinan, kebijaksanaan dan keprihatinan serta pemedulian tinggi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memperkukuhkan dan memantapkan lagi kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan kepada rakyat dan penduduk negara ini yang sekaligus mendukung sepenuhnyakearahpencapaianmatlamatWawasanBrunei2035”.

OPENING CEREMONY FOR BRUNEI NEPHROLOGY SYMPOSIUM 20154 April 2015

SEMBAH ALU-ALUAN YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN DI MAJLIS PERASMIAN PUSAT PEREMPUAN DAN KANAK-KANAK HOSPITAL RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA

Page 6: MAJLIS PEMBUKAAN RASMI PUSAT PEREMPUAN DAN … Kesihatan/Fokus Kesihatan April2015.pdf · • Wad-Wad Pediatrik, termasuk Wad Pengasingan, Wad Umum, Wad Onkologi dan Wad Hematologi;

6 FOKUSKesihatan April 2015 Bilangan 166

AKTIVITI BULAN APRIL 2015

Kunjungan Muhibbah Tuan Yang Terutama Vladlen Semivolos, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Persekutuan Russia ke Negara Brunei Darussalam Kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan pada 14 April 2015

SEPANJANG MAJLIS PEMBUKAAN RASMI PUSAT PEREMPUAN DAN KANAK-KANAK HOSPITAL RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA

22 April 2015

Page 7: MAJLIS PEMBUKAAN RASMI PUSAT PEREMPUAN DAN … Kesihatan/Fokus Kesihatan April2015.pdf · • Wad-Wad Pediatrik, termasuk Wad Pengasingan, Wad Umum, Wad Onkologi dan Wad Hematologi;

7FOKUSKesihatanApril 2015Bilangan 166

BERITAAKTIVITI BULAN APRIL 2015FORUM SEMPENA HARI KESIHATAN SEDUNIA 2015 DI

DAERAH BELAIT DAN DAERAH TUTONG

Dewan Utama, Kompleks Kemasyarakatan, Daerah Tutong23 April 2015

Dewan Persidangan, Kuala Belait21 April 2015

Page 8: MAJLIS PEMBUKAAN RASMI PUSAT PEREMPUAN DAN … Kesihatan/Fokus Kesihatan April2015.pdf · • Wad-Wad Pediatrik, termasuk Wad Pengasingan, Wad Umum, Wad Onkologi dan Wad Hematologi;

8 FOKUSKesihatan April 2015 Bilangan 166

BERITAFORUM SEMPENA HARI KESIHATAN SEDUNIA 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL BAGI “HEALTH CARE QUALITY WORKSHOP 2015”

Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Forum Sempena Hari Kesihatan Sedunia 2015 yang bertemakan ‘Makanan Yang Selamat’ pada14April lalubertempatdiDewanAl-Afiah,Kementerian Kesihatan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat PehinOrangKayaJohanPahlawanDatoSeriSetiaAwangHaji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan.

Forum Sempena Hari Kesihatan Sedunia ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran kepada orang awam akan pentingnya keselamatan makanan, serta peranan masing-masing dalam memastikan setiap orang boleh merasa yakin bahawa makanan mereka selamat untuk dimakan.

Acara juga diserikan dengan Forum yang bertemakan ‘Makanan Yang Selamat’ dan dipengerusikan (Moderator) oleh Yang Mulia Dayang Hajah Zainon binti Haji Md Taha, PemangkuPengarahPerkhidmatanSaintifik,denganahli-ahli panel forum terdiri daripada:

Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Kesihatan telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil bagi “Health Care Quality Workshop 2015”pada30April2015bertempatdiDewanAl-‘Afiah,KementerianKesihatan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil-sijil bengkel ialah Yang Mulia Datin Paduka Dr Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abd Jalil, Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan.

Bengkel ini diadakan selama dua hari bermula 29 hingga 30 April yang bertujuan untuk menambah pengetahuan dalam meningkatkan kualiti dan keselamatan pesakit bagi memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi.

Objektifbengkeladalah:

• Untuk berkongsi proses yang terlibat dalam peningkatan kualiti dan keselamatanpesakit;

• Untukmemupukbudayapeningkatankualitidalammemberikanpenjagaankesihatan;• Untukmeningkatkanpenyampaianperkhidmatandanpenjagaanpesakit;• Untukmenggalakkanperkongsianpengetahuandankerjasamaantaraahliprofesional

penjagaan kesihatan; dan• Untukmenyumbangkepadarancanganmasadepanbagiaktivitipeningkatankualiti.

Bengkel ini dihadiri oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada profesional kesihatan termasuk doktor-doktor, jururawat-jururawat, profesional kesihatan bersekutu, pentadbir kesihatan dari pelbagai Jabatan di bawah Kementerian Kesihatan dan juga pegawai perubatan dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Pusat Kesihatan Panaga.

• Panel 1 - Yang Mulia, Dayang Mahani binti HajiMuhammad, Pegawai Kesihatan Awam Kanan, dengan topiknya ‘Memastikan Keselamatan Produk Makanan yang Dicemari Bahan Terkawal’.

• Panel2-YangMulia,DayangHasmilawatybintiHajiMdTaib, Ahli Kimia Ubat Kanan dengan topiknya ‘Produk Makanan Yang Dicemari Bahan Terkawal’.

• Panel3-YangMulia,Dr.HajiZulhilmibinPOKHPDSSHaji Abdullah, Pemangku Pakar Perubatan dengan topiknya ‘ Bahaya Kesihatan Daripada Makanan’.

• Panel4-YangMulia,UstazHajiMdIdrisbinHajiAbdRashid, Pegawai Pelajaran/Ketua Guru Ugama UnitPerkhidmatan Ugama, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dengan topiknya ‘Makanan Yang Selamat dari Perspektif Islam’.

Selain itu, pameran mengenai ‘Makanan Yang Selamat’ turut diadakan di Majlis tersebut.

Page 9: MAJLIS PEMBUKAAN RASMI PUSAT PEREMPUAN DAN … Kesihatan/Fokus Kesihatan April2015.pdf · • Wad-Wad Pediatrik, termasuk Wad Pengasingan, Wad Umum, Wad Onkologi dan Wad Hematologi;

9FOKUSKesihatanApril 2015Bilangan 166

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PASAR RAYA SIHAT

MAJLIS SAMBUTAN MINGGU IMUNISASI, 2015

BERITA

Kementerian Kesihatan melalui Pusat Promosi Kesihatan telah mengadakan Program Pasar Raya Sihat dengan kerjasama dan tumpuan di Pasar Raya Giant,TasikRimba.

Majlis Pelancaran program dilancarkan oleh Tetamu Kehormat, Yang Mulia Dr Hajah Rahmah binti Haji Md Said, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional dan Teknikal), Kementerian Kesihatan bertempat di Ruang Legar, Pasar RayaGiant,TasikRimbapada11April2015.

Tujuan program ini diadakan adalah bagi memperkasa orang ramai untuk membuat pilihan makanan dan minuman sihat. Pada masa yang sama juga, ianya juga menggalakkan industri permakanan dan pasar raya tempatan untuk membekalkan dan menyediakan produk makanan/minuman alternatif atau produk makanan/minuman yang diiktiraf sebagai pilihan sihat.

Program Pasar Raya Sihat kali ini merupakan program kali kedua yang dilancarkan di negara ini. Program Pasar Raya Sihat yang pertama telah dilancarkan di GedungPasar Raya Hua Ho Cawangan Manggis pada 20 November 2014 di Mall Manggis.

Program yang berlangsung selama tiga (3) hari ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang telah disediakan oleh Pusat Promosi Kesihatan dengan kerjasama beberapa buah syarikat dan agensi yang berkepentingan. Antara aktiviti-aktiviti yang

Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kesihatan beserta dengan negara-negara lain di Rantau Pasifik Barat PertubuhanKesihatan Seduniamenyambut dan meraikan Minggu Imunisasi Tahun 2015 untuk mengingatkan dan meningkatkan kesedaran masyarakat akan kepentingan imunisasi dan vaksinasi bagi setiap peringkat masyarakat ke arah pencegahan penyakit-penyakit berjangkit. Sambutan pada tahun ini bertemakan ‘Vaksinasi Adalah Tanggungjawab Bersama. Lindungilah Masyarakat Kitani’ - ‘Vaccination is Everyone’s Job. Protect Your Community’.

Sempena menyambut dan meraikan Minggu Imunisasi Tahun 2015, Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Pelancaran Minggu Vaksinasi pada 23 April 2015 bertempat di Dewan Atrium, Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya melancarkan Majlis Sambutan Minggu Imunisasi tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Dr Haji Md Khalifah bin Pengiran Haji Ismail, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan.

diadakan adalah pemeriksaan kesihatan percuma; lawatan sambil belajar membaca label makanan dan mengenali penempatan produk makanan sihat; pameran makanan dan minuman sihat; sesi merasa minuman kurang gula dan tidak mengandungi gula serta jualan barangan yang mendorong amalan cara hidup sihat.

Dengan adanya program seperti ini, ianya diharap akan membuka peluang bagi orang ramai untuk meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kecendrungan kepada pilihan bijak dan sihat. Kementerian Kesihatan juga berharap program ini akan dapat dilaratkan kepada pasar raya – pasar raya yang lain di negara ini selaras dengan matlamat BruMAP-NCD 2013-2018 bagi melibatkan pelbagai sektor dalam langkah bersama untuk mengurangkan kadar penyakit tidak berjangkit di negara ini dan sekaligus merealisasikan Wawasan 2035 Kementerian Kesihatan, ‘Bersama KeArahWargaSihat’.

Kementerian Kesihatan juga telah mengadakan Bengkel Latihan Imunisasi selama tiga hari anjuran Jabatan Perkhidmatan Kesihatan yang bertujuan untuk memastikan tatacara pengendalian vaksin adalah sentiasa mengikut piawaian yang optimal. Selain itu, antara lain matlamat bengkel tersebut ialah:

1. Memperkenalkan cara-cara untuk memastikan “Cold Chain” tetap diamalkan di dalam pengendalian vaksin.

2. Memberikan taklimat mengenai cara-cara untuk “catch up immunization” di kalangan kanak-kanak.

Bengkel latihan tersebut diadakan khusus bagi Pegawai-Pegawai Perubatan dari Jabatan Pediatrik, para Jururawat dan Tukang Suntik dari Hospital-Hospital, Pusat-Pusat dan Klinik-Klinik Kesihatan, Bahagian Perkhidmatan Sekolah serta wakil daripada Bahagian Perubatan Kementerian Pertahanan. Selain itu, Bengkel tersebut juga ada melibatkan penyertaan dariPegawai-PegawaiSaintifikdanAhli-AhliKimiaUbatdiKementerian Kesihatan di negara ini.

Page 10: MAJLIS PEMBUKAAN RASMI PUSAT PEREMPUAN DAN … Kesihatan/Fokus Kesihatan April2015.pdf · • Wad-Wad Pediatrik, termasuk Wad Pengasingan, Wad Umum, Wad Onkologi dan Wad Hematologi;

10 FOKUSKesihatan April 2015 Bilangan 166

INFO KESIHATANHAYAT SIMPAN MAKANAN BERBUNGKUS

Apa dia hayat simpan?

Hayat simpan ialah tempoh suatu makanan berbungkus yang mana kualiti optimanya bertahan tanpa dibuka dan disimpan pada tempat yang sesuai.

Walau bagaimanapun, hayat simpan itu bukanlahjaminan bagi keselamatan produk makanan.

Adakah semua makanan memerlukan keterangan hayat simpan?

Tidak, ianya adalah bagi makanan yang mempunyai hayat simpanan kurang daripada 24 bulan.

Makanan yang cepat rosak dan berisiko tinggi seperti susu dan produk tenusu mempunyai keterangan tarikhhayatsimpanseperti‘BaikSebelum’atau‘GunaSebelum’ dan cara penyimpanan.

Kebanyakkan makanan seperti produk roti mudah cepat rosak tetapi tidak membawa risiko serta merta. Maka, ianya dilabel dengan ‘Tarikh Mansuh’ dan cara penyimpanan.

Produk seperti daging, ikan atau ayam mentah yang dibungkus di pasar raya / kedai hendaklah dilabel dengan ‘Di Bungkus Pada’ dan cara penyimpanan yang sesuai.

Produk makanan apakah yang tidak memerlukan keterangan hayat simpan?

Buah dan sayur-sayuran segar, makanan masak yang dipamerkan, makanan yang dibungkus longgar, makanan yang ditimbang, dikira atau disukat di depan pembeli.

Bagaimana keterangan hayat simpan dinyatakan pada label?

Keterangan hayat simpan dinyatakan dengan hari, bulan dan tahun. Ianya disertakan

dengan perkataan ‘Baik Sebelum’atau ‘GunaSebelum’

atau ‘Tarikh Mansuh’ atau ‘Jual Sehingga’. Sebagai contoh, ‘Baik Sebelum: 31 Dis 2005’ atau ‘Tarikh Mansuh: 05 Dis 31’.

Apa yang akan terjadi ke atas makanan apabila hayat simpan telah mansuh?

Makanan boleh kehilangan rasanya dan nilai permakanan seperti kandungan vitamin C. Teksturnya juga boleh berubah.

Apa kita buat apabila mendapati keadaan sedemikian?

Jangan dibeli dan dimakan makanan tersebut.

Bagaimana kita mendapatkan makanan yang terbaik?

P Makan sebelum tarikh mansuh;P Periksa tarikh hayat simpan sebelum membeli;

danP Ikut cara penyimpanan yang disyorkan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan MakananJabatan Perkhidmatan Kesihatan Alam Sekitar

Kementerian KesihatanJalan Berakas, Berakas BC2313

Negara Brunei Darussalam

Nombor Telefon: 2331100 – 10 Nombor Faks: 2331107

JIKA AWDA MENDAPATI TARIKH HAYAT SIMPAN MAKANAN YANG DIPAMERKAN TELAH MANSUH, SILA MAKLUMKAN KEPADA PIHAK YANG BERKENAAN.

Page 11: MAJLIS PEMBUKAAN RASMI PUSAT PEREMPUAN DAN … Kesihatan/Fokus Kesihatan April2015.pdf · • Wad-Wad Pediatrik, termasuk Wad Pengasingan, Wad Umum, Wad Onkologi dan Wad Hematologi;

11FOKUSKesihatanApril 2015Bilangan 166

DARI MEJA PENTADBIRANpegawaI-pegawaI MenghadIrI kUrSUS / perSIdangan / MeSyUarat / SeMInar

pegawaI dan kakItangan yang BarU BerkhIdMat

pegawaI dan kakItangan BerSara

Nama Kursus / Mesyuarat / Bengkel / SeminarDyg Hajah Zalinah binti Haji DamitDyg Rubaizah binti Haji MatasimDyg Amal Azidah binti Abdullah PangkatDyg Noor Ezuanee binti Haji Botty

“Penempatan Klinikal Ke Singapura bagi Jururawat-Jururawat di Jabatan Kemalangan dan Kecemasan bagi Tahun 2015”, Singapura (13 – 26 April 2015)

Dr Hajah Nurul Sa’idah binti Haji IshakDr Samsiah binti Haji Md SaidDr Hajah Norsuhana binti Haji Sulong

“The Malaysian Sterile Service Association (MSSA) Conference: 20th Annual General Meeting Conference and Exhibition”, Malaysia (19 – 22 April 2015)

Dr Ernina Nisdzarinah binti Haji Abd RaniDyg Noorizan binti Haji Idris

“Kuala Lumpur International Nicotine Addiction Conference 2015 (KLNAC 2015)”, Malaysia (22 – 24 April 2015)

Dk Dr Maizatul Aiman binti Pg Haji IsmailDr Ann Valerie F. Habana

“3rd Singapore-Anzics Intensive Care Forum 2015: Intensive Care Pearls from East and West”, Singapura (24 – 26 April 2015)

Dr Chong Chean Lin “Asia-Pacific Society of Cardiology Congress”, UAE (29 April – 2 Mei 2015)

Nama & Jawatan Tarikh BersaraDyg Masni binti Abdullah @ Masni binti JonJururawat (Kesihatan Masyarakat / Jururawat) 1 April 2015

AwgHajiAbdWahabbinHajiKassimPenguasa Jentera 3 April 2015

Yong Nget YongPegawai Jururawat (Perubatan) 5 April 2015

Pg Mohidin bin Pg Haji IbrahimPenguasa Bangunan 12 April 2015

Pg Haji Morni bin Pg Haji TengahPegawai Jururawat (Kesihatan Masyarakat) / Pegawai Jururawat (Perubatan)

13 April 2015

Awg Rosli bin Haji Abang MorshidiJurutera Perubatan Hayat Kanan 29 April 2015

Nama & Jawatan Tarikh Melapor BertugasDyg Hajah Surya binti Haji Mohd DaudPembantu Jururawat 2 April 2015

Sebastian Koh Eng ChongTukang Ubat Terlatih 6 April 2015

Awg Khairil Azhar bin Haji Si-RamleeJuruteknik Pelajaran Kesihatan 13 April 2015

Dyg Siti Mardiyah binti Haji BesarPentadbir Kanan Hospital 13 April 2015

Diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah diberikan.

Page 12: MAJLIS PEMBUKAAN RASMI PUSAT PEREMPUAN DAN … Kesihatan/Fokus Kesihatan April2015.pdf · • Wad-Wad Pediatrik, termasuk Wad Pengasingan, Wad Umum, Wad Onkologi dan Wad Hematologi;

12 FOKUSKesihatan April 2015 Bilangan 166

AKTIVITI KESIHATAN

Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Sembahyang Hajat dan Doa Selamat Sempena Hari Kesihatan Sedunia 2015 pada 6 April lalu bertempat di Surau Nuurul ‘Inayah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Tetamu kehormat ialah YangBerhormat PehinOrangKaya Johan PahlawanDato Seri SetiaAwangHaji Adanan binBegawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan.

Di antara aturcara majlis ialah Bacaan Surah Yassin dan juga Sembahyang Hajat Berjemaah. Majlis diteruskan dengan Doa Selamat Sempena Hari Kesihatan Sedunia 2015 dan Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Datin Paduka Dr Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abd Jalil, Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah beserta dengan pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Kesihatan.

Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Dermatologi, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha telah mengadakan Bengkel Skin Patch Testing dan Skin Prick Testing pada 24 April 2015, bertempatdiDewanAl-‘Afiah,KementerianKesihatan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Doktor Haji Zulaidi bin Haji Abd Latif, Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan, Kementerian Kesihatan.

Dalam meningkatkan kapabiliti untuk ujian alergi di Hospital negara ini, satu Pusat Ujian Alergi (Allergy Testing Centre) akan ditubuhkan dan ditempatkan di Jabatan Dermatologi, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Ujian yang dijalankan adalah ujian Skin Patch Testing dan Skin Prick Testing dan ujian-ujian immunologi. Fasiliti ini nanti boleh digunakan bersama dengan jabatan-jabatan lain seperti Otorhinolaryngology (ORL), Department of Respiratory Medicine (DORM) dan sebagainya.

Bengkel Skin Patch Testing dan Skin Prick Testing telah diadakanselamaduaharibertempatdiDewanAl-‘Afiah,

MAJLIS SEMBAHYANG HAJAT DAN DOA SELAMAT SEMPENA HARI KESIHATAN SEDUNIA 2015

BENGKEL SKIN PATCH TESTING DAN SKIN PRICK TESTING

Kementerian Kesihatan. Bengkel ini diadakan dalam usaha untuk memperkesankan lagi inisiatif di samping untuk melatih doktor-doktor dan para jururawat dalam melaksanakan dan mentafsirkan Skin Patch Testing dan Skin Prick Testing serta mengemaskini pengetahuan mengenai pelbagai ujian alergi yang lain.

Dua orang pakar dari National Skin Centre, Singapura telah dijemput untuk menjadi tenaga pengajar/penceramah bagi peserta-peserta bengkel tersebut iaitu, Professor GohCheeLeokdanDr.AnthonyTeikJinGoon.Manakala,peserta-peserta bengkel tersebut adalah terdiri daripada doktor-doktor dan jururawat-jururawat daripada Jabatan Dermatologi, Otorhinolaryngology (ORL), Department of Respiratory Medicine (DORM) dan Bahagian Cara Kerja. Dengan adanya tunjuk ajar dari pakar-pakar ini diharapkan perkhidmatan baru ini akan dapat diberikan secara berkualiti dan dipercayai.