hr assignment- pengurursan dan kesihatan pekerja di malaysia

4
Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (Bidang Tumpuan) Pengurusan Koperasi PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (BSMH2013) Tugasan Isu Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam Industri Pembinaan di Malaysia DISEDIAKAN UNTUK Puan Ayudiana Awang DISEDIAKAN OLEH

Upload: zirash

Post on 28-Jan-2016

57 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Pengurursan Dan Kesihatan Pekerja Di Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: HR Assignment- Pengurursan Dan Kesihatan Pekerja Di Malaysia

Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (Bidang Tumpuan) Pengurusan Koperasi

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (BSMH2013)

TugasanIsu Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam

Industri Pembinaan di Malaysia

DISEDIAKAN UNTUK

Puan Ayudiana Awang

DISEDIAKAN OLEH

FATIN HAZIRAH BINTI AYOB(229582)

Page 2: HR Assignment- Pengurursan Dan Kesihatan Pekerja Di Malaysia

Pengenalan

Isu mengenai keselamatan dan kesihatan telah menjadi agenda utama di setiap tempat kerja. Persekitaran di tempat kerja haruslah selamat dan tidak mendatangkan sebarang risiko kepada para pekerja. Kajian ada membuktikan bahawa industri pembinaan adalah sektor pekerjaan yang mengalami kemalangan di tempat kerja tertinggi di Malaysia. Kemalangan di kawasan industri pembinaan disebabkan oleh kecuaian dalam perlaksanaan pekerjaan, pengabaian program kesedaran keselamatan, pekerja yang kekurangan disiplin dan pelbagai sebab lain. Perkara ini haruslah diatasi agar kemalangan di tempat kerja dapat dikurangan.

Punca Kemalangan Dalam Industri Pembinaan

Kemalangan yang berlaku di tapak pembinaan banyak dipengaruhi oleh faktor pengurusan yang lemah. Pihak majikan selalunya tidak mementingkan tentang aspek keselamatan pekerja serta kemudahan yang mereka sediakan kepada pekerja. Antara kelemahan yang sering dilakukan pihak majikan ialah mengabaikan ketelitian terhadap perancangan kerja-kerja pembinaan, perancangan keselamatan yang kurang berkesan, serta kegagalan menyediakan sistem keselamatan asas di tempat kerja. Terdapat pihak majikan yang tidak menyediakan peralatan keselamatan yang mencukupi. Hal ini menyebabkan terdapat pekerja yang tidak memakai peralatan keselamatan sewaktu mereka bekerja. Terdapat juga pihak pengurusan yang tidak memberikan taklimat dan latihan yang cukup kepada pekerja. Malah ada pekerja yang dipaksa berkerja melebihi tempoh yang sepatutnya menyebabkan mereka keletihan.

Selain pihak majikan, pekerja itu sendiri juga banyak menjadi punca berlakunya kemalangan. Kekurangan disiplin merupakan faktor utama yang dilakukan pekerja. Sikap pekerja yang mengendahkan arahan yang telah diberikan oleh pihak majikan mereka. Mereka selalunya mengendahkan arahan majikan jika berlaku salah faham terhadap arahan itu. Tahap kesedaran pekerja yang rendah tentang bahaya di tempat kerja juga menyebabkan kemalangan berlaku. Sesetengah pekerja tidak menjalankan kerja mereka dengan serius dengan bergurau senda antara satu sama lain di tempat kerja.

Faktor yang terakhir yang menyumbang kepada kemalangan di tapak pembinaan adalah keadaan tapak binaan itu sendiri. Masalah keadaan tapak binaan yang tidak sempurna menyumbang enam peratus dalam wujudnya kemalangan. Keadaan yang tidak sempurna ini adalah apabila kawasan pembinaan berselerak, ruang kerja yang terhad dan keadaan topografi tapak yang tidak rata, tidak mempunyai arahan seperti siran amaran kecemasan dan papan tanda amaran, serta keadaan tapak binaan yang terdedah kepada pencemaran radioaktif, bunyi,udara, dan air.

Page 3: HR Assignment- Pengurursan Dan Kesihatan Pekerja Di Malaysia

Langkah-langkah Mengatasi Kemalangan Dalam Industri Pembinaan

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ( OSHA ) telah mewajibkan semua syarikat pembinaan menyediakan program keselamatan. Program keselamatan ini berbeza bagi setiap syarikat kerana ia bergantung kepada polisi syarikat tersebut. Pelbagai kajian membuktikan bahawa program keselamatan yang dilaksanakan telah berjaya mengurangkan jumlah kecederaan pekerja. Beberapa perkara telah digariskan sebagai kandungan program keselamatan. Antaranya ialah pengarah keselamatan perlu menggaji seorang wakil dalam bidang keselamatan, memberi latihan kepada para pekerja, pekerja baru perlu menjalani satu program orentasi formal berkaitan dengan keselamatan bekerja, serta memberikan anugerah keselamatan kepada pekerja dan penyelia tapak.

Bagi memastikan pihak kontraktor mematuhi segala akta yang telah dikuatkuasakan, pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ( DOSH ) akan memeriksa tahap keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan dari semasa ke semasa. Pihak DOSH akan menyediakan satu borang penilaian yang dikenali sebagaiborang semakan keselamatan. Borang ini digunakan untuk menilai tahap keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan. Penggunaan borang ini juga membantu kontraktor memperbaiki segala kelemahan mereka. Jika terdapat kontraktor yang tidak mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, tindakan akan dikenakan kepada mereka.

Syarikat pembinaan terbukti mampu mengurangkan kemalangan di tapak pembinaan jika mereka sering mengadakan mesyuarat atau perjumpaan khusus berkaitan keselamatan di tapak pembinaan diantara penyelia tapak dan staf atau pekerja yang terbabit dalam pembinaan tersebut. Mesyuarat yang diadakan bertujuan untuk membincangkan tahap keselamatan di tapak pembinaan, punca kemalangan, langkah mengatasi serta perkara-perkara lain yang berkaitan. Mesyuarat diantara penyelia tapak dan pekerja selalunya dijalankan di tapak pembinaan sebelum memulakan kerja. Kebiasaannya mereka akan membincangkan tentang tugas yang akan dilakukan pada hari tersebut, risiko yang akan dihadapi serta langkah yang akan dilakukan untuk mengatasi risiko tersebut.

Selain itu, latihan keselamatan juga dikenalpasti mampu mengurangkan kadar kemalangan. Latihan keselamatan bertujuan untuk melatih pekerja tentang cara bekerja yang betul dan selamat selain memberi kesedaran dan motivasi dalam aspek keselamatan. Terdapat dua jenis latihan keselamatan. Jenis yang pertama adalah latihan keselamatan untuk penyelia tapak tidak kira kepada yang baru bekerja atau dinaikkan pangkat, manakala jenis yang kedua adalah latihan keselamatan untuk pekerja baru. Latihan kepada penyelia mampu meningkatkan tahap keselamatan di tempat kerja serta menambahkan kesetiaan penyelia terhadap syarikat. Kursus latihan keselamatan untuk penyelia ini mampu mengajar mereka bagaimana untuk memantau pekerja dalam mengesan tindakan mereka yang tidak selamat. Kursus ini juga bertujuan untuk melahirkan rasa bertanggungjawab dalam diri penyelia dalam memperbetulkan tindakan yang tidak selamat dan mengelak sebarang situasi yang bahaya sewaktu bekerja. Beberapa topik lain juga seharusnya dimasukkan ke dalam kursus latihan keselamaan ini. Topik-topik tersebut termasuklah perancangan kerja, menghadapi situasi cemas, serta menghadapi pekerja yang menyalahgunakan dadah dan alkohol.

Page 4: HR Assignment- Pengurursan Dan Kesihatan Pekerja Di Malaysia

Kesimpulan

Kemalangan yang sering berlaku di tapak pembinaan telah mengakibatkan kehilangan ramai tenaga pekerja dan ini telah menyebabkan kerugian harta benda berjuta-juta ringgit setiap tahun. Kemalangan di tapak pembinaan sering dikaitkan dengan kecuaian pekerja sewaktu bekerja, pengabaian dalam aspek keselamatan, tiada disiplin serta pengabaian program kesedaran dan latihan. Usaha untuk menjamin keselamatan di tapak pembinaan perlulah dijalankan secara berterusan. Adalah tanggungjawab majikan dalam menyediakan pelbagai latihan mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja kepada pekerja-pekerjanya dan pegawai pengurusannya. Latihan keselamatan bertujuan untuk melatih pekerja tentang cara bekerja yang betul dan selamat selain memberi kesedaran dan motivasi dalam aspek keselamatan. Selain itu, majikan perlu mengadakan mesyuarat atau perjumpaan khusus berkaitan keselamatan di tapak pembinaan secara konsisten.

Keselamatan dan kesihatan pekerja adalah penting dan perlu dijaga. Hal ini kerana ia melibatkan nyawa seseorang. Tanpa pengawasan dari pihak atasan kemungkinan akan nenyebabkan nyawa seorang insan yang sedang mencari rezeki tergadai begitu sahaja. Oleh itu, keselamatan dan kesihatan pekerja perlulah diberi keutamaan pihak majikan.