fungsi pngurusan hr

22

Upload: nor-hidayah-zainal

Post on 27-Oct-2015

241 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

HRM

TRANSCRIPT

BBPB 2103

1

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan …………………………………………………………… 2 - 4

- Profil syarikat

- Visi

- Misi

- Aktiviti perniagaan

- Struktur korporat

- Struktur organisasi

2.0 Fungsi pengurusan sumber manusia ………………………………. 5 - 10

2.1 Fungsi yang dipilih ( Pembangunan Sumber Manusia)

- Definisi

- Tujuan

- Komponen

- Proses

3.0 Penilaian terhadap fungsi yang dipilih …………………………... 11 - 16

- Penilaian terhadap orientasi

- Penilaian terhadap latihan dan pembangunan

- Penilaian terhadap peningkatan kerjaya

- Penilaian terhadap penilaian prestasi

- Penilaian terhadap rancangan kerjaya

4.0 Cadangan untuk meningkatkan fungsi yang dipilih....................... 17

5.0 Kesimpulan……………………………………………………… 18 - 19

BBPB 2103

2

1.0 Pengenalan kepada syarikat yang dipilih – TENAGA NASIONAL

BERHAD

Profil Syarikat

Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah ditubuhkan pada tahun 1949 yang

dikenali dengan Lembaga Letrik Malaysia (LLN), dan Datuk Hj. Ibak Bin

Abu Hussein adalah merupakan Pengurus Besar LLN dan juga Pengarah

Urusan TNB yang pertama. Pada 1 September 1990 secara rasminya Perdana

Menteri Dato’ Seri Dr.Mahathir bin Mohamad telah mengisytiharkan TNB

sebagai waris dan pengganti LLN dan menjadi sebuah syarikat swasta yang

dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan dan Tan Sri Dato Dr Ani bin Arope telah

dilantik sebagai pengerusi. TNB merupakan sebuah syarikat utiliti elektrik

terbesar di Malaysia dan merupakan syarikat utiliti utama di Asia. TNB

mempunyai lebih daripada 33,500 pekerja yang telah berkhidmat untuk kira-

kira 8.3 juta pelanggan di seluruh Malaysia dan telah disenaraikan di Papan

Utama Bursa Malaysia dengan hampir RM87 billion aset.

Visi

“Untuk Menjadi Antara Syarikat terkemuka dalam Tenaga dan Perniagaan

Berkaitan Global”

Misi

“Kami Komited untuk Kecemerlangan dalam Produk dan Perkhidmatan

Kami”

Aktiviti Perniagaan

Teras perniagaan TNB adalah dalam penjanaan, penghantaran dan pengagihan

elektrik di seluruh Malaysia. TNB menggunakan enam stesen terma dan tiga

skim hidroelektrik utama untuk menjana elektrik yang akan dibekalkan pada

isi rumah juga industri di Semenanjung Malaysia. TNB juga mengurus serta

mengendalikan Grid Nasional yang menghubungkan stesen janakuasa kepada

rangkaian pengagihan. TNB juga terlibat dalam aktiviti pembuatan

transformer, suiz voltan tinggi dan kabel, penyediaan perkhidmatan

BBPB 2103

3

perundingan professional, seni bina, sivil, kerja dan perkhidmatan

kejuruteraan elektrik serta pembaikan dan penyelenggaraan. TNB juga

melibatkan diri dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan, pembangunan

hartanah serta perkhidmatan pengurusan. TNB juga terlibat dengan

tanggungjawab sosialnya melalui penubuhan Yayasan Tenaga Nasional

(YTN) yang ditubuhkan pada tahun 1993 dan menjalankan pelbagai program

CSR yang memberi manfaat kepada yang kurang bernasib baik.

Struktur Korporat

Berikut merupakan struktur korporat TNB.

Rajah 1 : Struktur Korporat TNB

BBPB 2103

4

Struktur Organisasi

Pengerusi besar Bahgian Sumber Manusia Tenaga Nasional Berhad adalah

Dato’ Muhammad Razif bin Abdul Rahman. Dalam tugasan ini, saya telah

menemu bual Pengurus Besar Negeri (Negeri Sembilan), Bahagian sumber

manusai iaitu Puan Jammaruazlen Binti Jamsari. Rajah Menunjukan struktur

organisasi Tenaga Nasional Berhad.

Rajah 2 : Struktur organisasi TNB

BBPB 2103

5

2.0 Fungsi Pengurusan Sumber Manusia

Sesebuah organisasi perlu mempunyai pengurusan sumber manusia untuk

membekal dan menyelaras sumber manusia dan bertanggungjawab terhadap

aktiviti menyeluruh yang boleh memberi implikasi kepada pencapaian dan

keberkesanan organisasi. Pengurusan sumber manusia diwujudkan untuk

memastikan bahawa pekerja yang diambil bekerja digunakan dengan cekap

dan berkesan serta berupaya menyumbang kepada matlamat organisasi.

Terdapat 5 fungsi pengurusan sumber manusia iaitu:

Rajah 3 : Fungsi-fungsi pengurusan sumber manusia ( sumber: Dr Siti

Zubaidah Othman et.al, 2011)

a) Penstafan

Merupakan proses perancangan sumber manusia, analisis kerja, perekrutan

dan pemilihan tenaga kerja.

b) Pembangunan Sumber Manusia

Merupakan proses yang melibatkan aktiviti orientasi, latihan,

pembangunan pekerja, penilaian prestasi dan rancangan kerjaya. Proses ini

bertujuan untuk penyediaan pekerja yang bermaklumat, berkemahiran,

serta memahami matlamat sendiri juga organisasi dalam meningkatkan

prestasi kerja yang cemerlang dan memuaskan.

BBPB 2103

6

c) Pampasan dan Faedah

Melibatkan pentadbiran gaji dan insentif juga faedah yang adil dan

konsisten dalam bentuk kewangan atau bukan yang diberikan kepada

pekerja sebagai sebahagian daripada perhubungan perniagaan.

d) Kesihatan dan Keselamatan

Merupakan proses penyediaan persekitaran kerja yang selamat dan sihat

serta bertanggungjawab mereka bentuk dan melaksanakan program-

program kesihatan juga keselamatan kepada pekerja.

e) Perhubungan Pekerjaan

Melibatkan aktiviti membentuk dasar sumber manusia, terlibat dalam

pentadbiran gaji serta menjadi pengantara organisasi dan kesatuan sekerja

dalam perhubungan perkerjaan iaitu perhubungan antara majikan juga

pekerja dalam hal-hal yang berkaitan dengan perundingan kolektif,

pengendalian displin dan aduan pekerja.

2.1 Fungsi yang dipilih – PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

Dalam tugasan ini, fungsi yang dipilih adalah pembangunan sumber manusia.

TNB lebih memfokus kepada pembangunan sumber manusia bagi pencapaian

dan prestasi pekerja dan organisasi. Berikut merupakan penjelasan mengenai

fungsi yang dipilih.

Definisi pembangunan sumber manusia

Menurut Balakrishnan (2007), pembangunan sumber manusia adalah aktiviti

yang bersistem dan terancang oleh organisasi bagi penyediaan peluang kepada

ahlinya untuk memenuhi keperluan kerja. Ia merangkumi aktiviti orientasi,

latihan dan pembangunan, pembangunan pekerja, penilaian prestasi dan

rancangan kerjaya yang merupakan salah satu usaha untuk melatih dan

membimbing sumber manusia dan memperkembangkan modal insan dalam

sesebuah organisasi. Pembangunan sumber manusia juga merupakan usaha

organisasi dalam penyediaan pekerja bagi sesuatu kerja yang khusus dan lebih

berorientasikan masa kini.

BBPB 2103

7

Tujuan pembangunan sumber manusia

Menurut Barry (1994), pembangunan sumber manusia adalah bertujuan untuk

mencapai apa juga perubahan dalam pengetahuan, kemahiran, tingkahlaku,

pengalaman atau perangai yang boleh meningkatkan keupayaan seseorang

pekerja serta memahami matlamat sendiri serta matlamat organisasi. Selain itu

ia juga bertujuan untuk membantu pekerja memberi sumbangan kepada

organisasi melalui pencapaian dan prestasi kerja yang cemerlang dan

memuaskan. Bagi TNB, tujuan pembangunan sumber manusia adalah seperti

berikut.

a) Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja dalam sesuatu bidang

tertentu

b) Penyesuaian pekerja dengan sistem dan prosedur kerja yang baru akibat

perubahan serta kemajuan teknologi

c) Membantu pekerja lama dan baru untuk sesuaikan diri dengan kehendak

sesuatu kerja

d) Penambahbaikan terhadap sesuatu kerja

e) Apabila terdapat pekerja baru

Komponen utama latihan dan pembangunan

BBPB 2103

8

Terdapat beberapa komponen utama dalam pembangunan sumber manusia

iaitu :

1) Orientasi

Dijalankan kepada pekerja baru bagi memperkenalkan, menyesuaikan dan

membudayakan pekerja baru dengan suasana pekerjaan dalam organisasi

2) Latihan dan pembangunan

Program dan usaha bagi peningkatan kemahiran dan pengetahuan pekerja

serta dapat memberi manfaat kepada pekerja dan syarikat.

3) Pembangunan pekerja

Apabila individu belajar melalui pengalaman untuk menjadi lebih baik

merupakan proses dalam pembangunan pekerja yang melibatkan konsep

psikologi, kematangan serta penambahan keyakinan diri, Truelove (1995).

4) Penilaian prestasi

Proses sistematik yang bertujuan untuk menilai kekuatan dan kelemahan

prestasi yang dihasilkan oleh pekerja.

5) Rancangan kerjaya

Membantu membangunkan kerjaya pekerja melalui program dan latihan

yang disediakan

Proses pembangunan sumber manusia

Proses pembangunan sumber manusia adalah satu proses kitaran yang bermula

dengan keperluan latihan dan berakhir dengan penilaian, Ibrahim (1996).

Rajah di bawah menunjukan proses pembangunan sumber manusia yang

diguna pakai oleh Tenaga Nasional Berhad.

BBPB 2103

9

Rajah 4 : Proses pembangunan sumber manusia ( sumber: Ibrahim ,1996 )

Berdasarkan rajah di atas, terdapat tiga fasa dalam proses ini iaitu :

a) Fasa persediaan / perancangan

Dalam fasa ini terdapat beberapa proses yang dilakukan iaitu membuat

penilaian mengenai keperluan yang diperlukan dengan menyediakan analisis

bagi setiap perkara yang dinilai serta mereka bentuk latihan tersebut. Analisis

yang dijalankan adalah:

1) Analisis keperluan pekerjaan

Bertujuan untuk mengumpulkan data yang sistematik mengenai sesuatu

kerja dan apakah yang perlu diajar kepada pekerja

2) Analisis pekerja

Bertujuan untuk mengenal pasti keperluan latihan yang khusus buat

individu supaya boleh disesuaikan dengan keperluan

Melaksanakan

Latihan

PERSEDIAAN

LATIHAN

PELAKSANAAN

LATIHAN

PENILAIAN

LATIHAN

Analisis Keperluan

Latihan

Reka Bentuk

Latihan Pemilihan Kaedah

Latihan

Pemilihan Kaedah

Keberkesanan

Latihan

Mengawal Latihan

Penilaian

Keberkesanan

Latihan

BBPB 2103

10

3) Analisis organisasi

Bertujuan untuk melihat keadaan organisasi secara menyeluruh dan

memberi penekanan kepada latihan berdasarkan matlamat organisasi

b) Fasa perlaksanaan

Dalam fasa ini, pemilihan kaedah latihan dan perlaksanaan latihan difokuskan

setelah menetapkan beberapa elemen iaitu:

1) Menetapkan objektif

2) Memilih jurulatih

3) Membina rancangan pengajaran

4) Memilih teknik dan kaedah latihan

5) Menyediakan material

6) Menjadualkan program

7) Melaksanakan latihan

Program pembangunan sumber manusia boleh dikatakan gagal sekiranya

syarikat gagal memilih kaedah latihan yang betul. Antara kaedah yang

berkesan boleh digunakan pakai dalam perlaksanaan latihan adalah seperti

berikut iaitu melalui program berasaskan kelas dan kuliah, kajian kes, filem

dan video, mentor atau jurulatih dan lain-lain lagi, Khalidah Khalid Ali et.al

(2008).

c) Fasa penilaian

Dalam fasa ini, penilaian akan dilakukan untuk menentukan keberkesanan dan

kesesuaian latihan yang dijalankan berdasarkan objektif yang telah ditetapkan

serta mengawal latihan tersebut. Kirkpatrick, D. (1976), menyatakan terdapat

empat elemen yang digunakan untuk menilai dan mengukur aspek-aspek yang

berbez daripada latihan yang diadakan iaitu:

1) Penilaian tindak balas

2) Penilaian pembelajaran

3) Penilaian tingkah laku

4) Penilaian keputusan

BBPB 2103

11

3.0 Penilaian fungsi pembangunan sumber manusia yan diamalkan oleh

syarikat Tenaga Nasional Berhad

Penilaian terhadap orientasi

TNB menyedia dan mempraktikan orientasi sebagai salah satu proses dalam

pembangunan sumber manusia yang dilakukan kepada semua pekerja baru dan

lama dalam menyesuaikan diri dalam suasana baru atau sesuatu jawatan baru

dalam organisasi tersebut. Orientasi yang dijalankan dipimpin oleh jurulatih

dan pakar yang dilantik khas dan dilakukan dalam satu tempoh masa tertentu

kerana pelbagai skop-skop pembelajaran yang telah dirancang antaranya

seperti mengetahui misi dan visi syarikat, peraturan syarikat dan sebagainya.

Hasil yang diperoleh melalui program orientasi seperti berikut :

a) prestasi kerja, pekerja dan prestasi syarikat meningkat

b) pekerja memperoleh penjelasan dan pengenalan terhadap pekerjaan yang

baru

c) Pekerja dapat mengatasi masalah tekanan kerana bimbang terhadap

pekerjaan dan suasana baru

d) Penerimaan pekerja terhadap organisasi

e) Meningkatkan komitmen dan produktiviti pekerja baru dengan

melaksanakan tugas dengan sempurna

f) Memberi keyakinan yang tinggi kepada pekerja baru

Penilaian terhadap latihan dan pembangunan

TNB telah menyediakan pelbagai program-program latihan mengikut bidang

bagi melatih pekerjanya menjadi seorang pekerja yang mahir dalam

memperingkatkan prestasi kerja masing-masing. Program latihan tersebut

dikendalikan sepenuhnya oleh TNB Integrated Learning Solution atau lebih

dikenali dengan nama ILSAS. ILSAS merupakan sebuah institut milik TNB

yang mempunyai tenaga pengajar yang mahir dan terlatih dalam menjalankan

program-program yang disediakan serta diiktiraf oleh pihak berkuasa tempatan

iaitu PSMB dan Suruhanjaya Tenaga Malaysia serta badan-badan

antarabangsa seperti Empower and Turbo Welding Institute (TWI). Kesemua

BBPB 2103

12

program latihan dan pembangunan tersebut dilaksanakan dalam pelbagai jenis

seperti latihan sambil belajar, latihan diluar tempat kerja, latihan intensif dan

latihan di institut. Antara program yang disediakan oleh ILSAS adalah seperti

berikut:

PROGRAM LATIHAN DAN PEMBANGUNAN YANG DISEDIAKAN OLEH

ILSAS

Bidang / Bahagian

Nama program

Transmission

Live Line Training

Fault Analysis

Fundamental Of SCADA

Fundamental of Telecommunications

Distribution

Cable Laying Techniques

Low Voltage Overhead Lines for Contractors

Fundamental of Cable Jointing

Substation Operation 11kV

Substation Operation 33kV (Module 1)

Substation Operation 33kV (Module 2)

Managing Reactive Power & Power System Harmonics

Diagnosing Power Quality Problem

Certification

(Technical)

Chargemen * only for Malaysian

Competent Cable Jointer

BBPB 2103

13

Management

Teambuilding

MS Office Application

Finance for non-Finance Executives & Managers

Generation

Application of Non-Destructive Testing in Power Plant

Inspection

Non-Destructive Testing (NDT) - Ultrasonic Testing

Method (Compressional Wave)

Non-Destructive Testing - Application of Magnetic Particle

Testing Method in Power Plant Inspection

Non-Destructive Testing - Application of Liquid Penetrant

Testing Method in Power Plant Inspection

Non-Destructive Testing - Application of Radiography

Testing Method in Power Plant Inspection

Welding Technology

ASME Section IX - Welding and Brazing Qualification

PID (Proportional, Integral, and Derivative) Controller

Tuning

Steam Engineers Grade 1-Certificate of Competency

Steam Engineers Grade 2-Certificate of Competency

Steam Engine Driver Grade 1-Certificate of Competency

Steam Engine Driver Grade 2-Certificate of Competency

Internal Combustion Engine (ICE) Engineers Grade 1-

Certificate of Competency

Internal Combustion Engine (ICE) Engineers Grade 2-

Certificate of Competency

Internal Combustion Engine (ICE) Drivers Grade 1-

Certificate of Competency

Internal Combustion Engine (ICE) Drivers Grade 2-

Certificate of Competency

BBPB 2103

14

Condition Monitoring & Troubleshooting In Vibration

Analysis (Towards Category II Certification Programme)

Fundamentals to Vibration Analysis

Condition Monitoring in Power Plant

Infrared Thermography (Towards Level 1 Certification)

Shaft Alignment Technology

Steam Turbine Maintenance

Air Condition Maintenance Technology

Introduction to Programmable Logic Controller (Using

Siemens PLC)

Calibration & Maintenance of Measuring Instruments

Understanding Piping and Instrumentation Drawing

Understanding Electronic Wiring/Schematic Diagram

Operation of Low Voltage Switchboard

Automatic Motor Control

Uninterruptible Power Supply (UPS) & Battery System

Overview of ANSI / ASME

One day course/seminar on Quality Inspection Plan

SNT-TC-1A Certification Program for Ultrasonic Testing

SNT-TC-1A Certification Program for Dye Penetrant

Testing

NDT – A Practical Solution in Power Plant Inspection

Generator Operation & Synchronising

LV Generator with Synchronising

HV Synchronising & Switching Operation

Mobile Genset Operation

Station Black Start Operation

BBPB 2103

15

Hasil program latihan dan pembangunan seperti berikut:

a) Prestasi pekerja meningkat

b) Pekerja menjadi lebih cekap dan mahir dalam sesuatu kerja

c) Meningkatkan kepuasan dan produktiviti pekerja

d) Pekerja sentiasa mengikut peredaran zaman (up -to -date)

e) Membantu dan mendorong pekerja dalam melakukan kerja

f) Meningkatkan prestasi pekerjaan, pekerja dan juga organisasi

g) Mempertingkatkan keyakinan dan potensi diri

h) Peluang untuk kenaikan pangkat dan gaji

i) Mengurangkan kadar pusing ganti pekerja

j) Menambah pengetahuan dan kemahiran pekerja

Penilaian terhadap pembangunan pekerja

Melalui program latihan dan pembangunan yang disediakan, TNB juga

menyediakan pembangunan pekerja dengan melatih dan menawarkan pekerja

yang mempunyai kemahiran atau pengalaman untuk mengikuti program yang

berkaitan bagi meningkatkan keyakinan dan kerjaya pekerja tersebut.

Hasil pembangunan pekerja seperti berikut:

a) Pekerja dapat meningkatkan prestasi kerja

b) Kepentingan dan keperluan pekerja diutamakan

c) Pekerja dapat bersaing dalam kerjaya dan prestasi pekerjaan mereka

d) Syarikat mampu menyediakan serta mempunyai pekerja yang lebih

cenderung pada kerja dimasa hadapan

e) Meningkatkan kualiti seorang pekerja

Penilaian terhadap penilaian prestasi

Penilaian prestasi yang dilakukan oleh TNB boleh dikategorikan kepada dua

kategori iaitu:

a) penilaian prestasi formal

dilakukan sebanyak sekali atau dua kali setahun dengan memberikan tahap

prestasi yang diperoleh

BBPB 2103

16

b) Penilaian presasi tidak formal

Maklumbalas yang dilakukan pada setiap berkaitan dengan pencapaian

pekerja

Penilaian yang dilakukan melalui pelbagai kaedah seperti senarai semakan,

graphic rating scale, behaviourally anchored rating scale (BARS), Essay

appraisal dan juga Model MBO.

Hasil yang diperoleh terhadap penilaian prestasi ini menunjukan bahawa:

a) Peningkatan prestasi kerja bertambah dari masa ke semasa

b) Pekerja sering mendapat maklum balas mengenai prestasi kerja mereka

c) Syarikat sering menyediakan langkah tertentu bagi membantu meningkatkan

prestasi kerja

d) Syarikat sering memberikan ganjaran dalam menilai prestasi kerja pekerja

Penilaian terhadap rancangan kerjaya

Rancangan kerjaya yang dilakukan oleh TNB juga mampu meningkatkan

prestasi pekerja. Syarikat akan memilih pekerja yang berkelayakan serta

mempunyai latar belakang pendidikan yang memuaskan dan menghantar mereka

mengikuti pelbagai program dan latihan yang berkaitan.

Hasil terhadap yang rancangan kerjaya menunjukan bahawa :

a) Prestasi kerja pekerja meningkat

b) Misi dan visi syarikat tercapai

c) Pekerja mempunyai laluan yang mudah untuk meningkatkan prestasi kerjaya

mereka

d) Lebih ramai pekerja yang berkualiti dan produktivi serta berdaya saing

e) Pekerja dapat kenaikan pangkat atau anugerah

Secara keseluruhannya, hasil penilaian terhadap fungsi yang dipilih iaitu

pembangunan sumber manusia memberi kesan yang positif terhadap prestasi

pekerja, kerja dan juga syarikat.

BBPB 2103

17

4.0 Cadangan untuk meningkatkan fungsi yang dipilih

Terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan fungsi pembangunan

sumber manusia yang dilakukan oleh TNB bagi meningkatkan lagi prestasi

kerja pada tahap maksimum. Antara cadangannya adalah seperti berikut:

a) Menyediakan program yang lebih praktikal dengan keadaan sebenar

berbanding program dan latihan secara teori yang hanya tertumpu didalam

kelas hanya dengan peralatan yang disediakan. Contohnya TNB perlu

menyediakan on job training atau latihan menggunakan perisian komputer

bagaimana cara untuk memanjat pencawang bagi pekerja yang bekerja

dibahagian teknikal.

b) Syarikat perlu kerap memberi anugerah pekerja terbaik dan

memaparkannya pada setiap bulan supaya pekerja lebih bersungguh-

sungguh untuk mendapatkannya. Dan sekiranya dalam setahun pekerja

tersebut mendapat lebih dari lima kali anugerah tersebut maka syarikat

perlu memberikan kenaikan gaji atau pangkat kepadanya.

c) Mengurangkan jurang antara pekerja atasan dan bawahan supaya dapat

menjalinkan komunikasi yang berkesan. Contohnya syarikat perlu

membuat aktiviti atau program yang boleh mengeratkan hubungan antara

satu sama lain seperti majlis makan malam, hari keluarga dan sebagainya.

d) Syarikat perlu mereka bentuk program dan latihan yang bersesuai serta

mudah untuk difahami contohnya dengan penyediaan modul dalam bahasa

melayu supaya pekerja yang tidak mahir dalam bahasa inggeris dapat

memahaminya dengan mudah. Syarikat juga perlu menyediakan kelas

bahasa inggeris bagi pekerja yang kurang mahir berbahasa inggeris supaya

pekerja lebih bertambah maju.

e) Memberi penajaan atau bantuan dari segi kewangan bagi pekerja yang

betul-betul berkelayakan dan berpotensi tinggi untuk melanjutkan

pelajaran di mana-mana universiti pilihan di dalam atau di luar negara

berdasarkan pencapaian prestasi pekerja yang cemerlang. Termasuklah

pekerja yang hanya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia tetapi mempunyai

kelayakan.

BBPB 2103

18

5.0 Kesimpulan

Fungsi pengurusan sumber manusia yang telah dipilih bagi syarikat Tenaga

Nasional Berhad adalah pembangunan sumber manusia. Pembangunan sumber

manusia meliputi aktiviti atau proses-proses yang merupakan usaha syarikat

untuk melatih dan membimbing pekerja dalam melahirkan modal insan dalam

sesebuah organisasi serta penyediaan pekerja kepada satu pekerjaan yang

khusus dan lebih berorientasikan masa kini. Tujuan pembangunan sumber

manusia adalah untuk mencapai apa juga perubahan dalam pengetahuan,

kemahiran, tingkahlaku, pengalaman atau perangai yang boleh meningkatkan

keupayaan seseorang pekerja serta memahami matlamat sendiri dan matlamat

organisasi. Ia juga bertujuan untuk membantu pekerja memberi sumbangan

kepada organisasi melalui pencapaian dan prestasi kerja yang cemerlang dan

memuaskan.Terdapat lima komponen utama dalam pembangunan sumber

manusia. Pertama adalah orientasi yang merupakan proses memperkenalkan

kepada pekerja baru mengenai suasana pekerjaan baru dalam syarikat tersebut

dan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta memberi keyakinan

kepada pekerja dalam menjalankan pekerjaan mereka. Komponen kedua

adalah latihan dan pembangunan yang merupakan program dan usaha bagi

peningkatan kemahiran dan pengetahuan pekerja dalam sesuatu bidang yang

khusus serta dapat memberi meningkatkan prestasi pekerja kuga prestasi

syarikat. Komponen seterusnya adalah pembangunan pekerja di mana syarikat

melatih dan menawarkan pekerja yang mempunyai kemahiran atau

pengalaman untuk mengikuti program yang berkaitan bagi meningkatkan

keyakinan dan kerjaya pekerja serta meningkatkan tahap kerjaya pekerja

tersebut. Selain itu, penilaian prestasi juga merupakan komponen bagi fungsi

pembangunan sumber manusia di mana ia bertujuan untuk menilai kekuatan

dan kelemahan prestasi yang dihasilkan oleh pekerja serta sebagai suntikan

semangat untuk pekerja lebih maju ke hadapan. Kompenan terakhir adalah

rancangan kerjaya iaitu syarikat akan membuat rancangan dengan membantu

pekerja membangunkan kerjaya mereka melalui program dan latihan yang

disediakan dan akan menghasilkan pekerja yang mahir dan memberi peluang

kepada pekerja untuk kenaikan pangkat atau gaji. Berdasarkan penilaian yang

dilakukan terhadap semua komponen dalam fungsi pembangunan sumber

BBPB 2103

19

manusia yang diamalkan oleh TNB jelas menunjukan bahawa fungsi tersebut

berperanan dan penting dalam meningkatkan prestasi pekerja, prestasi kerja

juga prestasi syarikat disamping menambah pengetahuan serta kemahiran yang

khusus. Namun terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang perlu

dilaksanakan oleh syarikat supaya prestasi pekerja lebih memuaskan dan

konsisten. Antara cadangan tersebut adalah dengan menyediakan program

yang lebih praktikal dengan keadaan sebenar berbanding program dan latihan

secara teori. Syarikat juga perlu kerap memberi anugerah pada setiap bulan

supaya pekerja lebih bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya sekaligus

meningkatkan pencapaian pekerja tersebut. Syarikat juga perlu mengurangkan

jurang antara pekerja atasan dan bawahan supaya dapat menjalinkan

komunikasi yang berkesan serta reka bentuk modul juga program yang

disediakan haruslah mudah difahami dari segi bahasa penyampaian. Cadangan

lain supaya syarikat menaja atau memberi bantuan bagi pekerja yang

berpotensi dan berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana

universiti pilihan di dalam atau di luar negara bagi tujuan peningkatan prestasi

yang lebih maksimum dan mempunyai daya saing yang tinggi.

(2990 patah perkataan)

BBPB 2103

20

RUJUKAN

Balakrishnan, L. & Srividhya, S. (2007). Human Resource Development. Mumbai:

Global Media. In Ebrary (OUM Digital Collection).

Cascio, W.F. (1995). Pengurusan Sumber Manusia : Produktiviti, Kehidupan Kerja

Berkualiti, Keuntungan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dr Siti Zubaidah Othman. (2011). Human Resource Management. Open University

Malaysia : Faculty of Business and Management.

Ibrahim Mamat. (1996). Reka Bentuk Dan Pengurusan Latihan: Konsep Dan Amalan.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khalidah Khalid Ali et al. (2008). Business Management: A Malaysian Perspective.

Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Kirkpatrick, D. (1976). Evaluation of training: Training and development handbook.

New York: McGraw Hill.

Poon,M.L. (1994). Pengurusan Sumber Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Swanson, R.A (1995). Human Resource Development: Performance is the key.

Human Resource Development Quarterly. 6 (2), 207-213.

Truelove, S. (1995). The Handbook of Training and Development (2nd

ed.).

Massachusetts : Blackwell Bussiness.

______________________. http://www.tnbilsas.com.my/

______________________. http://www.tnb.com.my/about-tnb/corporate-profile.html

BBPB 2103

21