documenthp

2
OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) KAMPUNG KEDA TOK PAWANG BEDONG 2014 Nama: Nikmat Mohamad Bin Md Yusop ( A 144929) Nama Program: Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM `14) Tempat : Kampung Keda Tok Pawang, Bedong, Kedah. Tarikh : 18 Januari 2014 hingga 23 Januari 2014 Jawatan: Ahli Jawatankuasa Program Kod Program : DN00680 / 2013 Assalamualaikum wrt. Saya, Nikmat Mohamad Bin Md Yusop telah menyertai program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM `14) yang telah diadakan pada 18 Januari 2013 sehingga 23 Januari 2013 iaitu selama lima hari. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah, Universiti Kebangsaan Malaysia (PKMK UKM) dan menjadi program tahunan serta wajib bagi persatuan ini. Penyertaan OPKIM`14 ini terbuka kepada semua anak negeri dan tidak dikhususkan kepada anak negeri Kedah sahaja.Program bertujuan mendedahkan serta melibatkan para mahasiswa serta mahasisiwi universiti kepada masyarakat luar bandar untuk menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat. Sesuai dengan tema OPKIM `14 pada kali ini iaitu `Ukhuwah Dierat Kemesraan Dijalin` para mahasiswa/wi dapat mempelajari sesuatu yang baru serta menimba pelbagai pengalaman daripada keluarga angkat masing-masing. Tempoh perkenalan yang amat singkat tidak menjadi halangan apabila kasih-sayang serta ikatan yang erat terjalin antara mahasiswa/wi bersama keluarga angkat. Selama lima

Upload: nikmat-yusop

Post on 04-Aug-2015

34 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) KAMPUNG KEDA TOK PAWANGBEDONG 2014

Nama: Nikmat Mohamad Bin Md Yusop ( A 144929)

Nama Program: Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM `14)

Tempat : Kampung Keda Tok Pawang, Bedong, Kedah.

Tarikh : 18 Januari 2014 hingga 23 Januari 2014

Jawatan: Ahli Jawatankuasa Program

Kod Program : DN00680 / 2013

Assalamualaikum wrt. Saya, Nikmat Mohamad Bin Md Yusop telah menyertai

program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM `14) yang telah diadakan pada 18

Januari 2013 sehingga 23 Januari 2013 iaitu selama lima hari. Program ini

dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah, Universiti Kebangsaan

Malaysia (PKMK UKM) dan menjadi program tahunan serta wajib bagi persatuan ini.

Penyertaan OPKIM`14 ini terbuka kepada semua anak negeri dan tidak dikhususkan

kepada anak negeri Kedah sahaja.Program bertujuan mendedahkan serta

melibatkan para mahasiswa serta mahasisiwi universiti kepada masyarakat luar

bandar untuk menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat.

Sesuai dengan tema OPKIM `14 pada kali ini iaitu `Ukhuwah Dierat

Kemesraan Dijalin` para mahasiswa/wi dapat mempelajari sesuatu yang baru serta

menimba pelbagai pengalaman daripada keluarga angkat masing-masing. Tempoh

perkenalan yang amat singkat tidak menjadi halangan apabila kasih-sayang serta

ikatan yang erat terjalin antara mahasiswa/wi bersama keluarga angkat. Selama lima

hari disana, banyak program serta khidmat bakti yang telah dilakukan iaitu, gotong-

royong, sukaneka, riadah bersama keluarga serta program motivasi pelajar.

Kami juga sempat membuat kaji selidik tentang tahap pendidikan serta

ekonomi masyarakat disana. Secara keseluruhannya, latar belakang ekonomi

keluarga angkat adalah sederhana dan kebanyakannya bekerja sendiri. Salah satu

nilai yang dapat saya pelajari daripada program ini sentiasa berlapang dada dan

berusaha dalam apa jua keadaan. Walaupun kebanyakan latar belakang ekonomi

keluarga angkat pada tahap sederhana, mereka berusaha untuk bekerja demi

mencari rezeki dan tidak pernah menyerah. Kedatangan kami disambut dengan

penuh kemeriahan tanpa mereka berasa susah. Pengalaman ini akan dapat saya

aplikasikan dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran serta rintangan pada

masa hadapan lebih-lebih lagi para mahasiwa/wi yang bakal menjadi pewaris

generasi kelak. Saya berharap agar dapat menyertai lagi program OPKIM ini pada

semester hadapan. Pada pandangan saya, program ini sangat bermanfaat dan

harus disertai oleh para mahasiswa/wi UKM kerana dapat mendedahkan

mahasiswa/wi kepada kehidupan bermasyarakat.Secara tidak lansung dapat

menyediakan kita kepada kehidupan sebenar bermasyarakat.Pengalaman ini amat

berharga dan tidak dapat dibeli dimana-mana.

Sekian, terima kasih.

Disini saya sertakan laporan OPKIM`14 ( Kampung Keda Tok Pawang), Kertas

Kerja, Surat Kelulusan serta beberapa keeping gambar sepanjang program

berlansung :