hp keusahawanan

6
Saya Rashidah binti Jamaluddin memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Khidmat Sosial bagi Operasi Khidmat Masyarakat Johor Darul Ta’Zim pada 17-21 Januari 2014 yang lalu di Batu Pahat,Johor. Sebelum program berlangsung Ketua Pengarah berbincang cara mengumpul dana. Pada hujung November 2013 kami seramai 40 orang berpecah kepada beberapa kumpulan untuk membuat “street marketing” iaitu Saudara Ezreen selaku Ketua Pengarah Batu Pahat memimpin kumpulan ke Kuala Lumpur. Manakala Saudara Khairul Anuar selaku TKP Batu Pahat memimpin kumpulan ke Seremban. Kami membuat “street Marketing” di sekitar jalan Tunku Abdul Rahman(TAR) dari kedai ke kedai serta masyarakat sekeliling dan kami juga telah pergi ke beberapa syarikat besar seperti SOGO. Kali kedua kami membuat burger sendiri dan menjual di jalan Tunku Abdul Rahman(TAR). Kami mendapat “sponsor” barang keperluan membuat burger dan membuat burger bersama di gerai Pusanika. Hasilnya kesemua burger yang dibuat berjaya di jual. Seterusnya saya sendiri telah membuat kutipan dana di kawasan rumah saya di Ipoh, Perak dan hasil kutipan telah mendapat sebanyak RM300.00. Kesemua jumlah yang didapati hampir RM1000.00.

Upload: syeda-yuuras

Post on 28-Jul-2015

39 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hp keusahawanan

Saya Rashidah binti Jamaluddin memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Khidmat Sosial bagi Operasi Khidmat Masyarakat Johor Darul Ta’Zim pada 17-21 Januari 2014 yang lalu di Batu Pahat,Johor.

Sebelum program berlangsung Ketua Pengarah berbincang cara mengumpul dana. Pada hujung November 2013 kami seramai 40 orang berpecah kepada beberapa kumpulan untuk membuat “street marketing” iaitu Saudara Ezreen selaku Ketua Pengarah Batu Pahat memimpin kumpulan ke Kuala Lumpur. Manakala Saudara Khairul Anuar selaku TKP Batu Pahat memimpin kumpulan ke Seremban. Kami membuat “street Marketing” di sekitar jalan Tunku Abdul Rahman(TAR) dari kedai ke kedai serta masyarakat sekeliling dan kami juga telah pergi ke beberapa syarikat besar seperti SOGO.

Kali kedua kami membuat burger sendiri dan menjual di jalan Tunku Abdul Rahman(TAR). Kami mendapat “sponsor” barang keperluan membuat burger dan membuat burger bersama di gerai Pusanika. Hasilnya kesemua burger yang dibuat berjaya di jual. Seterusnya saya sendiri telah membuat kutipan dana di kawasan rumah saya di Ipoh, Perak dan hasil kutipan telah mendapat sebanyak RM300.00. Kesemua jumlah yang didapati hampir RM1000.00.

Page 2: Hp keusahawanan

Dari segi pengurusan, Kami telah berjumpa dengan semua jawatankuasa OPKIM dari pelbagai penjuru. Pada perjumpaan seterusnya kami dikehendaki membentang perjalanan program. Pengurusan program berjalan lancar hanya sedikit masalah tetapi dapat diselesaikan dengan baik oleh Ketua Pengarah Program Batu Pahat.

Saya selaku ketua menguruskan gotong royong di Kampung Parit Warijo, Bengkel Pembuatan kek, rawatan rumah ke rumah bersama klinik kesihatan dan rewang untuk Majlis Maulud Nabi di Surau Kampung Parit Warijo. Gotong royong terbahagi kepada 3 tempat iaitu balai raya, surau dan masjid. Saya telah membahagikan ajk kepada 3 kumpulan dengan seorang ketua kumpulan. Bagi rewang saya memastikan pergerakan kerja dan peralatan mencukupi. Rawatan rumah ke rumah pula dikendalikan oleh timbalan saya ini kerana program diadakan sama masa dengan bengkel pembuatan kek. Bengkel Pembuatan kek saya telah memastikan wakil yang akan buat kek hadir pada masanya.

Page 3: Hp keusahawanan
Page 4: Hp keusahawanan

Kewujudan usahasama dengan pihak lain seperti JKKK kampung sebagai organisasi tempatan. Kerjasama dari pihak agensi-agensi kerajaan pusat dan negeri seperti Jabatan Kesihatan, ketua ADUN dan lain-lain bagi bersama-sama mengisi program tersebut. Kami juga mengadakan usahasama dengan syarikat-syarikat luar dan memastikan kemampuan kumpulan kami dalam mendapatkan sumber kewangan ataupun barangan. Kami perlu memastikan pengurusan pendapatan dapat diatur dengan lancar serta merancang perbelanjaan setiap kawasan program dengan berhemah. Strategi pemasaran dalam menarik minat syarikat untuk bekerjasama dengan AJK kami membuktikan pengurusan dan

Page 5: Hp keusahawanan

keusahawanan kami berjaya. Kemahiran pengurusan dan perancangan program berjaya dilakukan bagi memastikan kelangsungan program berterusan. Majlis-majlis yang dianggap penting yang dihadiri oleh pimpinan universiti dan pimpinan kerajaan Malaysia menjadi bukti kemahiran pengurusan berada di tahap yang baik. Ia juga dapat dilihat dari kelangsungan majlis seperti Majlis Perasmian, Majlis Penutupan, Majlis Kebudayaan yang melibatkan tetamu khas berlatar belakangkan pemimpin masyarakat. Keusahawanan yang ditonjolkan ialah kami berjaya mendapatkan dana, sumbangan dari syarikat-syarikat utama bagi menangung kos perbelanjaan kami. Kemahiran kami dalam menyakinkan penaja-penaja terhadap keberkesanan program ini menarik minat mereka. Kecekapan kami dalam mengurus dana agar ia tidak membazir dan penggunaan yang berhemah.