himpunan cerita kanak-kanak

13
ARNAB DAN BUAYA Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Arnab Dengan Buaya. Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor daripada arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan putih melepak. Giginya pula tersusun rapi dan putih berseri. Sahabat handai dan binatang-binatang lain di dalam hutan itu selalu memuji kecantikan gigi arnab ini. Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi semakin sombong. Ia mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik di dunia ini. Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri daripadanya. Oleh kerana tiada sesiapa lagi yang suka berbual dengannya, arnab itu selalu berjalan sendirian. Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak seekor buaya sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak berani mendekati buaya itu. Hai Arnab, cantik sungguh gigi ! Kalau gigi aku juga begitu cantik, sudah pasti aku boleh menjadi raja di laut. Kata buaya itu kepada arnab. Arnab berasa sungguh gembira kerana sudah lama dia tidak mendengar pujian begitu. Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu? Tanya buaya itu lagi. Arnab berasa bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum, arnab berkata, Engkau mesti banyak makan sayur-sayuran dan jangan makan daging.Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. Bolehkah engkau tolong periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak, kata buaya lagi. Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu memeriksa gigi buaya satu demi satu. Tanpa berlengah-lengah lagi, buaya terus menutup mulutnya dan menelan arnab itu. Maka tamatlah riwayat arnab yang mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih. PENEBANG KAYU DENGAN ANAKNYA. Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan- rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Penebang Kayu Dengan Anaknya.

Upload: nurul-artika-md-redzuan

Post on 22-Nov-2015

122 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Himpunan cerita bagi pertandingan bercerita kanak-kanak sekolah rendah

TRANSCRIPT

ARNAB DAN BUAYATerima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Arnab Dengan Buaya.

Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor daripada arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan putih melepak. Giginya pula tersusun rapi dan putih berseri. Sahabat handai dan binatang-binatang lain di dalam hutan itu selalu memuji kecantikan gigi arnab ini.

Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi semakin sombong. Ia mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik di dunia ini. Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri daripadanya. Oleh kerana tiada sesiapa lagi yang suka berbual dengannya, arnab itu selalu berjalan sendirian.

Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak seekor buaya sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak berani mendekati buaya itu.

Hai Arnab, cantik sungguh gigi ! Kalau gigi aku juga begitu cantik, sudah pasti aku boleh menjadi raja di laut. Kata buaya itu kepada arnab. Arnab berasa sungguh gembira kerana sudah lama dia tidak mendengar pujian begitu.Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu? Tanya buaya itu lagi. Arnab berasa bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum, arnab berkata, Engkau mesti banyak makan sayur-sayuran dan jangan makan daging.Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. Bolehkah engkau tolong periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak, kata buaya lagi. Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu memeriksa gigi buaya satu demi satu. Tanpa berlengah-lengah lagi, buaya terus menutup mulutnya dan menelan arnab itu. Maka tamatlah riwayat arnab yang mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.PENEBANG KAYU DENGAN ANAKNYA. Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Penebang Kayu Dengan Anaknya.

Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang penebang kayu yang miskin . Penebang kayu itu mempunyai seorang bapa yang telah tua lagi uzur dan seorang anak. Pada suatu hari, penebang kayu itu bercadang untuk menghantar bapanya ke dalam hutan dan membiarkannya tinggal di situ.

Bagaimana nanti kalau jiran tetangga kita menanya tentang ayah? tanya isteri penebang kayu.

Kamu beritahulah mereka yang dia tinggal di tokong untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya, kata penebang kayu itu. Penebang kayu dan isterinya tidak sedar bahawa percakapan mereka telah didengari oleh anak mereka.

Keesokan harinya, penebang kayu pergi ke pecan untuk membeli sebuah bakul yang besar. Sebaik sahaja waktu senja, penebang kayu itu pun memasukkan bapanya ke dalam bakul tersebut.

Apa yang kamu cuba lakukan? tanya bapanya.

Ayah, kami tidak terdaya menjaga ayah kerana kami miskin dan sentiasa sibuk.Kami ingin membawa ayah ke tempat yang selamat. Di sana, ayah akan dijaga dengan baik, kata penebang kayu itu sambil memikul bakul tersebut. Orang tua itu berasa sedih dan mengerti maksud anaknya. Penebang kayu itu pun memikul ayahnya berjalan kearah hutan.

Sebelum bayang penebang kayu itu hilang daripada pandangan, anak penebang kayu itu menjerit, Ayah, jangan lupa bawa balik bakul itu semula!

Mengapa? tanya penebang kayu itu kehairanan.

Ayah, kata anak penebang kayu itu dengan lembut, Apabila ayah tua kelak, saya akan gunakan bakul itu untuk memikul ayah pula.

Kaki penebang kayu itu menggigil dan tidak boleh bergerak. Dia tunduk sambil berfikir. Selepas beberapa ketika, dia pun berkata kepada anaknya. Marilah kita pulang ke rumah.

Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.Puteri Sulung Dan Puteri Bongsu. Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Puteri Sulung Dan Puteri Bongsu. Pada suatu ketika dahulu, Raja Ambun mempunyai puteri kembar yang amat cantik. Puteri Bongsu yang begitu cantik dikatakan berdarah putih dan amat disayangi oleh raja.

Kecantikan Puteri Bongsu yang berdarah putih telah sampai kepengetahuan Raja Tinggi. Raja Tinggi pun menghantar rombongan untuk meminang Puteri Bongsu. Raja Ambun menjadi serba salah. Kalau pinangan itu ditolak, tentu akan berlaku peperangan. Tetapi, kalau pinangan itu diterima, baginda akan dukacita sepanjang hayat kerana baginda amat kasih kepada Puteri Bongsu.

Akhirnya, Raja Ambon telah menukarkan Puteri Bongsu dengan Puteri Sulung. Rancangan ini tentu berjaya, kata seorang pembesar. Raja Tinggi tidak pernah melihat Puteri Bongsu. Kita suruhlah Puteri Sulung mengaku yang dia bernama Puteri Bongsu, Akhirnya pinangan Raja Tinggi itu pun di terima.

Raja Tinggi pun berkahwin lah dengan Puteri Sulung yang disangkanya Puteri Bongsu itu. Pada suatu hari, jari Puteri Sulung telah terluka akibat terkena pisau. Luka itu berdarah dan darahnya berwarna merah. Raja Tinggi berasa terkejut kerana darah itu tidak berwarna putih.

Dinda mesti berkata benar, siapakah dinda sebenarnya? tanya Raja Tinggi sambil menghunus kerisnya. Puteri Sulung menggeletar. Adinda ialah kakak kepada Puteri Bongsu,

Raja Tinggi amat murka. Rupa-rupanya beta telah ditipu! Kita akan serang negeri Ambun, kata Raja Tinggi dengan garangnya.

Akhirnya, Raja Tinggi pun menghantar tentera untuk menundukkan negeri Ambun.Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.Ampai-ampai Dan Puteri Laut.Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Ampai-ampai Dan Puteri Laut.

Pada zaman dahulu, ada seorang hamba Raja Laut yang sangat setia kepada rajanya. Namanya Ampai-ampai. Ampai-ampai telah ditugaskan oleh raja untuk menjaga puteri baginda yang sangat cantik.

Pada suatu hari, puteri itu pergi bermain-main di tepi pantai bersama beberapa orang dayang. Pada ketika itu sebuah kapal besar yang dimiliki oleh seorang putera raja yang kacak telah berlabuh di tepi pantai itu. Putera raja terpesona melihat kecantikan puteri Raja Laut. Puteri Raja Laut pun demikian juga apabila terlihat putera raja yang gagah perkasa dan kacak itu.

Putera raja telah memujuk puteri Raja Laut supaya menaiki kapalnya yang sedang berlabuh itu. Setelah memberi isyarat kepada dayang-dayangnya, puteri itu pun naik ke kapal putera raja. Putera raja mengerahkan kelasi-kelasinya supaya menaikkan layar dan segera belayar meninggalkan pantai itu.

Pada waktu itu, Ampai-ampai baru tersedar. Dia berlari menuju ke pantai tetapi kapal itu sudah pun meninggalkan pantai. Ampai-ampai pun pulang ke istana lalu menceritakan kejadian itu kepada Raja Laut.

Raja Laut sangat murka. Baginda mengambil sebatang kayu lalu memukul tubuh Ampai-ampai sehingga remuk dan hancur tulangnya. Setelah itu Raja Laut membuangkan Ampai-ampai ke tepi laut.

Engkau jangan naik ke darat sebelum puteri beta pulang kepada beta, titah baginda.

Ampai-ampai dilanda ombak ke sana sini dan akhirnya tersangkut pada ranting-ranting kayu di tepi pantai. Itulah sebabnya Ampai-ampai tidak bertulang hingga sekarang ini dan sepanjang masa tersidai pada ranting-ranting kayu di gigi air. Kononnya, dia akan menunggu di tempat begitu sehingga Puteri Raja Laut itu lalu di situ dan pulang kepada ayahandanya. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.Perempuan Muda Yang Berani

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Perempuan Muda Yang Berani.

Pada suatu masa dahulu, negeri Tiku diperintah oleh Raja Tua. Baginda telah menyuruh rakyatnya membuat sebuah perahu yang besar. Setelah perahu itu siap, baginda pun telah mengadakan upacara untuk melancarkan perahu itu ke laut. Rakyat negeri itu telah dikerahkan untuk menolak perahu ke laut tetapi anehnya perahu itu sedikit pun tidak bergerak dari tempatnya. Raja Tua sangat hairan lalu memanggil anak angkatnya Balun yang tahu akan bermacam-macam ilmu.

Balun pun mengambil dupa dan mengasap kemenyan. Setelah jampi dibaca dan seluruh perahu diasapnya, Balun pun berkata Perahu ini tidak akan dapat diturunkan jika tidak digalang dengan tubuh manusia. Tetapi yang menjadi galangan itu mestilah anak atau saudara tuanku. Orang lain tidak boleh!

Mendengar kata-kata Balun itu, semua orang menjadi gempar. Tidak ada seorang pun anak kerabat raja yang hendak mengorbankan nyawanya untuk pelancaran perahu tersebut.

Dalam keadaan hiruk pikuk itu, seorang perempuan muda yang sedang mengandung tampil ke hadapan perahu. Dia ialah anak saudara kepada Raja Tua. Perempuan muda itu berbaring di atas tilam dan bantal yang dibentangkan di haluan perahu. Semua rakyat dan kerabat diraja menangis melihatkan perempuan muda yang begitu berani mengorbankan nyawanya demi kepentingan Raja Tua.

Apabila semua sudah sedia, Balun pun mengambil tujuh batang lidi dan rapat ke perahu itu. Setelah membaca jampi, perahu itu pun ditolak ke laut. Sekali lagi telah berlaku keanehan. Dengan mudah, perahu itu dapat ditolak ke dalam air.

Semua orang yang berkumpul bersorak kegembiraan. Raja Tua berlari-lari mendapatkan anak saudaranya dan mendapati anak saudaranya itu tidak mendapat apa-apa kecederaan. Oleh kerana keberaniannya, Raja Tua telah menurunkan semua harta pusaka kepada anak saudara perempuannya itu.Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih. Harimau Yang Tamak

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Harimau Yang Tamak.

Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan kepada penghuni rimba bahawa mereka boleh menyembahkan satu kehendak mereka kepada baginda. Binatang-binatang dalam hutan itu pun mengadap Maharaja Singa. Masing-masing membawa permintaan. Tiap-tiap permintaan itu dikabulkan oleh baginda.

Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja Singa itu, timbullah rasa tamak di hati harimau. Aku mesti minta supaya rezeki aku lebih murah daripada sekarang. Aku tidak mahu makan tiga kali sehari. Sebaliknya aku mahu makan tujuh kali sehari. Kalau aku dapat makan tujuh kali sehari, tentulah aku akan lebih kuat daripada Singa.

Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi mengadap Maharaja Singa.

Hah! Engkau datang juga, Harimau? tegur Singa. Apakah kehendak engkau? Harimau terkejut mendengar suara Singa yang bengis itu. Hatinya berdebar-debar.

Patik Patik mahu makan tujuh tujuh kata Harimau tergagap-gagap.

Tujuh apa? sergah Maharaja Singa lebih keras.

Tujuh hari sekali! jelas Harimauu terketar-ketar.

Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di hutan ini akan kabulkan permintaan engkau. Mulai hari ini, engkau akan dapat rezeki tujuh haru sekali, kata Singa.

Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah cakap. Dia hendak mengatakan tujuh kali sehari tetapi dia telah tersebutkan tujuh hari sekali. TuankuPatikPatik

Sudah! potong Maharaja Singa. Tiap-tiap binatang hanya boleh mengemukakan satu permohonan sahaja. Permohonan engkau tadi telah pun beta kabulkan.

Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh hari sekali. Itulah sebabnya perut Harimau selalu kempis dan badannya tidak bermaya. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.PETANI DAN MATA AIR AJAIB...Alkisah, seorang petani menemui sebuah mata air ajaib. Mata air itu boleh mengeluarkan kepingan wang emas yang tak terhingga banyaknya. Mata air itu boleh membuat si petani menjadi kaya raya seberapapun yang diinginkannya, sebab mata air wang emas itu hanya akan berhenti bila si petani mengucapkan perkataan cukup. Seketika si petani terpana melihat kepingan wang emas berjatuhan di depan matanya.

Diambilnya beberapa baldi untuk menampung wang percuma itu. Setelah semuanya penuh, dibawanya ke pondok kecilnyanya untuk disimpan disana. Pancuran wang terus mengalir sementara si petani terus mengisi semua karungnya, seluruh tempayannya, bahkan mengisi penuh rumahnya.

Masih kurang! Dia menggali sebuah lubang besar untuk menimbun emasnya. Belum cukup, dia membiarkan mata air itu terus mengalirkan wang emas hingga akhirnya petani itu mati tertimbus bersama ketamakannya kerana dia tak pernah boleh berkata cukup.

Perkataan yang paling sukar diucapkan oleh manusia kemungkinan adalah perkataan cukup. Bilakah kita boleh berkata cukup? Hampir semua pegawai merasakan gajinya belum boleh dikatakan sepadan dengan kerja kerasnya.

Peniaga hampir selalu merasakan keuntungan perniagaanya masih di bawah target. Isteri mengeluh suaminya kurang beri perhatian padanya. Suami berpendapat isterinya kurang mengerti kehendaknya. Anak-anak menganggap orang tuanya kurang murah hati.

Semua merasa kurang dan kurang. Bilakah kita boleh berkata cukup?

Cukup bukanlah pasal berapa jumlahnya. Cukup adalah persoalan kepuasan hati. Cukup hanya boleh diucapkan oleh orang yang boleh bersyukur. Tak perlu takut berkata cukup.

Mengucapkan perkataan cukup bukan bererti kita berhenti berusaha dan berkerja. Cukup jangan diertikan sebagai keadaan berpuas hati.

Mengucapkan perkataan cukup membuat kita melihat apa yang telah kita terima, bukan apa yang belum kita dapatkan. Jangan biarkan kerakusan manusia membuat kita sukar berperkataan cukup. Belajarlah mencukupkan diri dengan apa yang ada pada diri kita hari ini, maka kita akan menjadi manusia yang berbahagia.

Belajarlah untuk mengucapkan perkataan Cukup .

Kisah Perangkap Tikus

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam, hmmm makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar agaknya?Ternyata, yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, Ada perangkap tikus di rumah! Di rumah sekarang ada perangkap tikus!!Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, Ada perangkat tikus! Sang Ayam berkata, Tuan Tikus, Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.Sang Tikus lalu pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku.Tikus lalu menemui lembu. Ia mendapat jawapan sama. Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus?Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata, Eleh engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan aku.Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuatkan ular itu semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke klinik berhampiran. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapatkan kaki buat sup.Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.Begitulah kisahnya. Jadi pengajarannya, jika suatu hari, anda mendengar seseorang dalam kesusahan dan anda pula mengira itu bukan urusan anda, fikirkanlah sekali lagi.

Posted by izawani at 8:04 PM No comments: Pada suatu hari, anak katak puru pergi bersiar-siar di tepi sawah.Anak katak terjumpa seekor lembu. Anak katak belum pernah melihat lembu. Anak katak berasa sangat takut.

"Wah, besar sungguh haiwan ini!" kata anak katak puru di dalam hatinya.

Anak katak puru terus melarikan diri. Anak katak puru segera pulang.Anak katak puru memberitahu ibunya,

"Ibu, tadi saya terjumpa seekor haiwan yang sangat besar!"

Namun, ibunya berkata dengan perasaan sombong, "Dalam dunia ini, ibulah haiwan yang paling besar."

"Tetapi haiwan itu lebih besar daripada ibu," kata anak katak puru itu.

Ibunya segera menggembungkan badannya."Adakah haiwan itu sebesar ini?" tanya ibunya.

"Tidak! Haiwan itu lebih besar lagi," jawab anak katak puru.

Ibunya mengembungkan lagi badannya.

"Adakah haiwan itu sebesar ini?" tanya ibunya lagi.

"Tidak! Haiwan itu lebih besar lagi," ujar anak katak puru.

Ibunya terus menggembungkan lagi badannya."Adakah haiwan itu sebesar ini?" ibunya bertanya lagi.

Anak katak puru menjawab, "Tidak! Haiwan itu lebih besar lagi."

"Sekarang tengok! Adakah haiwan itu sebesar ini?" tanya ibunya lagi.Ibu katak puru itu pun cuba menggembungkan badannya supaya menjadi lebih besar lagi.

Pop!

Anak katak puru terkejut mendengar bunyi letupan itu.KATAK PURU DAN LEMBU

Ibu katak puru itu mati kerana cuba menggembungkan badannya supaya menjadi lebih besar. Akhirnya, badannya pecah.Itulah akibatnya kerana sombong dan ingin membangga-banggakan diri.

NILAI MURNI

Jangan sekali-kali bersikap sombong dan ingin membangga-banggakan diri. Perbuatan ini merupakan akhlak yang buruk. Perbuatan ini akan mendatangkan akibat buruk terhadap diri sendiri.

SKRIP CERITA TAHAP 1SI TANGGANG ANAK DERHAKAHei Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku! Ibuku tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini. Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!Para hadirin sekelian,Begitulah kesombongan dan keangkuhan Si Tanggang terhadap ibunya dalam kisah Si Tanggang Anak Derhaka yang akan saya ceritakan pada pagi yang berbahagia ini. Pada zaman dahulu kala, di sebuah kampung yang terpencil terdapat sebuah keluarga yang miskin. Di dalam keluarga tersebut tinggal Mak Umpit dan anak tunggalnya yang bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sehari-harian, bak kata pepetah kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang. Pada suatu hari, Si Tanggang berkata kepada ibunya yang sedang menyapu di halaman rumah... Ibu, kehidupan kita ini sangat miskin. Tanggang rasa eloklah Tangggang pergi merantau di negeri orang mencari kekayaan. Nanti... Tanggang akan dirikan mahligai yang indah dan akan Tanggang kalungkan intan permata pada tubuh ibu...Alangkah terkejutnya Mak Umpit apabila mendengar hasrat anak kesayangannya itu. Apa??? Kau nak tinggalkan ibu...? Ibu sudah tua Tanggang... kasihanilah ibu... jangan tinggalkan ibu, Tanggang...Segala rintihan dan rayuan Mak Umpit tidak diendahkan oleh anaknya Si Tanggang.. Keesokan harinya, keluarlah Si Tanggang meningggalkan ibunya yang tua di kampung sendirian.Setelah sekian lama berada di negeri orang, dengan berkat kerajinan Si Tanggang, beliau telah berjaya menjadi Datuk Nakhoda. Kini, Si Tanggang sudah menjadi kaya raya dan telah berkahwin dengan seorang puteri raja yang cantik jelita. Akibat daripada kemewahan dunia yang dimiliki Si Tanggang, kini ... beliau telah lupa kepada ibunya yang tua dan miskin di kampung.Pada suatu hari, isteri Si Tanggang telah ikut serta bersam Si Tanggang dan anak-anak kapal belayar berniaga. Dalam pelayaran tersebut akhirnya kapal Si Tanggang telah berlabuh di pantai berhampiran kampung kelahirannya. Berita kedatangan kapal Si Tanggang telah diketahui oleh orang-orang kampung... Ibu Si Tanggang sangat gembira dengan berita kepulangan anaknya kesayangannya itu. Tanpa berlengah lagi Mak Umpit terus pergi berjumpa Si Tanggang dengan mendayung sampan menuju ke kapal Si Tanggang untuk berjumpa anak kesayangannya itu. Oh, Tanggang anakku! Tidakkah engkau kenal lagi ibumu ini? Rindunya rasa hati ibu semenjak kepemergianmu nak...Si Tanggang terkejut dengan kedatangan perempuan tua itu. Dia berasa malu kepada isterinya untuk mengaku perempuan yang tua dan hodoh itu ibu kandungnya. Lalu Si Tanggang pun menghalau perempuan tua itu dari kapalnya.Hei Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku! Ibuku tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini. Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!Kerana terlalu ced, Mak Umpit menagis teresak-esak apabila dimaki dan dihalau oleh anak kandungnya sendiri. Lalu dia pun mendayung semula sampannya ke pantai. Setibanya Mak Umpit di pantai, dia terus menadah tangan ke langit dan berseru lepada Tuhan; Oh, Tuhanku! Kalau benar Si Tanggang itu adalah anakku yang kususui dari sususku ini dan yang ku didik dari sebesar dua tapak jari ini, tujukkanlah balasan Mu ke atas anak yang durhaka!!!Tidak semena-mena satu ribut yang Amat kyat telah Turn. Kilat dan guruh memecah langit telah datang dengan tiba-tiba. Terdengarlah suara anak kapal riuh rendah di dalam bahtera. Dalam riuh rendah itu, terdengarlah suara Si Tanggang melaung..... Ibu.... ibu.... ibu...ampunkan dosa Tanggang bu.... Tanggang ini anak ibu........ ibu ampunkan Tanggang bu..... Ampunkan Tanggang bu.... ampunkan Tanggang bu.....Bahtera Si Tanggang semakin karam, pekik dan lolong orang-orang di dalamnya semakin hilang...... akhirnya..... Tanggang, isteri dan anak-anak kapalnya menjadi batu akibat daripada penghinaan dan penderhakaan Si Tanggang terhadap ibunya....Para hadirin sekelian;Itulah balasannya kepada anak-anak yang tidak mengenang budi dan dan menderhaka kepada kedua orang tuanya yang telah bersusah payah mendidik dan membesar dari kecil hingga ke dewasa. Terang bulan di malam sepi, Cahaya memancar ke pohon kelapa, Hidup di dunia buatlah bakti, Kepada kedua ibu dan bapa.Sekian, terima kasih.