hikayat hang tuah bab15

Upload: janatul-hj-rahman

Post on 10-Apr-2018

289 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Hikayat Hang Tuah Bab15

    1/9

    1

    HIKAYAT HANG TUAH

    BAB 15

    HANG TUAH KENA FITNAH

    Pengenalan

    Hang Tuah, pahlawan lelaki yang hebat, sehebat namanya. Dijadikan hulubalang Melaka yanggagah dan berani menentang musuhnya. Tetepi sayangnya di dalam bab 15 ini telahmengisahkan mengenai fitnah yang dibuat oleh segala pegawai dan pertuanan istana yang turutdibantu oleh Patih Kerma Wijaya telah menyebabkan sekali lagi Hang Tuah diperintahkan untuk dibuang ataupun dibunuh. Sebaliknya Bendahara Paduka Raja telah menyarankan Hang Tuahmelarikan diri ke Hulu Melaka. Di sana dia telah bergurukan dengan seorang keramat yangmeramal Melaka akan menjadi huru- hara dalam masa terdekat. Manakala, di istana Melaka pulaHang Jebat mula dikasihi dan disayangi raja sehinggakan dia telah digelar Paduka Raja. Bab inimenceritakan mengenai Hang Tuah menjadi mangsa fitnah dan kesannya kepada Melaka.

    Si nops is

    Hang Tuah adalah seorang yang sangat disayangi oleh Raja Melaka. Laksamana telah dijadikanhulubalang istana dan akibatnya ramailah pegawai dan pertuanan istana dengki dan cemburudengan layanan Raja terhadap laksamana. Jadi, mereka semua telah bersepakat untuk mengadakan fitnah untuk menyingkirkan Hang Tuah daripada istana. Perkara tersebut telah

    mereka kemukakan kepada Patih Kerma Wijaya yang merupakan menteri besar istana juga padamasa itu.

    Patih Kerma Wijaya telah mengemukakan fitnah yang menyatakan Hang Tuah telah berbuatcabul dan bermesraan dengan dayang-dayang istana dan dihadapkan kepada Raja Melaka.Daripada peristiwa tersebut, Hang Tuah telah dijatuhkan hukuman bunuh kerana telahmenimbulakn kemurkaan pada Raja Melaka dan beginda menitahkan Bendahara Paduka Rajauntuk melaksanakan perintah tersebut. Walaupun sudah dipujuk untuk menimbangkan semula

    perkara itu tetapi baginda raja masih tidak mahu mengubah fikirannya sehinggakan bagindamengarahkan Bentara kedua untuk mencari Hang Tuah yang sedang bersama isterinya beserta

    anaknya menjala di Kuala Melaka. Laksamana yang mengetahui niat Bentara keduamenjemputnya untuk ke istana. Di istana, Laksamana hanya berasa tenang apabila Bendaharayang memlaksanakan hukuman terhadapnya walaupun Bendahara berasa sedih melaksanakan

    perintah tersebut. Perkara itu menyebabkan Hang Jebat dan Hang Kasturi berasa sedih. Merekamemeluk dan menangisi Laksamana. Mereka juga dititahkan untuk mengambil Keris pandak yang dipakai oleh Laksamana.

  • 8/8/2019 Hikayat Hang Tuah Bab15

    2/9

    2

    Setelah tujuh hari tujuh malam lamanya, Hang Tuah telah sampai di hulu Melaka seperti yangdisarankan oleh Bendahara Paduka Raja. Di Hulu Melaka, Hang Tuah telah berguru denganseorang lelaki keramat yang bernama Sheikh Mansur. Sheikh Mansur adalah seorang yang telahmeramal akan keadaan Melaka selepas ketiadaan Hang Tuah dan dalam ramalannya menyatakandalam masa dua puluh hari Melaka akan menjadi huru hara dan Hang Tuah akan dipanggil untuk

    pulang ke istana.

    Sebaliknya di Melaka, keris pandak yang pada asalnya kepunyaan Hang Tuah telah diberikankepada Hang Jebat untuk menjadi kegunaannya. Hang Jebat mepunyai suara yang merdu keranadia telah disuruh oleh raja untuk membacakan hikayat yang menyebabkan raja jatuh kasih

    padanya. Dengan suaranya yang merdu itu, Hang Jebat mampu menidurkan Raja diribaannya.Hang Jebat cuba untuk mengambil hati Raja sehinggakan Raja tidak mahu menghadap orangselama tujuh hari. Sehinggakan suatu ketika Raja memperlawa Hang Jebat untuk santap bersamaBaginda dan Tun Teja. Raja juga bertitah untuk menggelar Hang Jebat sebagai Paduka Rajasetaraf dengan nama Bendahara Paduka Raja yang boleh menimbulkan kemarahan dan boleh

    membuat Bendahara terasa hati dengan gelaran tersebut. Hang Lekir dan Hang Lekiu berjumpadengan Bendahara. Hang Lekir menyampaikan berita mengenai Raja yang hendak mengurniakangelaran Paduka Raja pada nama Hang Jebat kepada Bendahara. Tetapi Bendahara Paduka Rajatidak berasa marah mengenai perkara tersebut malah dia bersetuju Hang Jebat menggantikantempatnya kerana dia sudah tua dan tidak dapat melaksanakan titah Raja dengan baik. HangKasturi dan Bendahara hanya mampu menangis kerana terkenangkan Laksamana Hang Tuah.

    Per ist iw a-per ist iw a pent ing.

    y Pegawai dan pertuanan istana merancang fitnah ke atas Hang Tuah dan fitnah tersebutdihadapkan oleh Patih Kerma Wijaya kepada Raja Melaka

    y Raja Melaka murka dan menitahkan Bendahara Paduka Raja untuk membunuh HangTuah.

    y Bentara Kedua menjemput Hang Tuah yang sedang menjala bersama keluarganya.y Hang Jebat meminta keris pandak daripada Hang Tuah kerana Raja menitahkan untuk

    mengambil keris tersebut.y Hang Tuah pergi ke Hulu Melaka kerana disarankan oleh Bendahara Paduka Raja.y Hang Tuah berguru dengan seorang keramat bernama Sheikh Mansur yang telah meramal

    bahawa Melaka akan menjadi huru- hara sepanjang ketiadaan Hang Tuah.y Hang Jebat mengambil hati raja sehingga dia bergelar Paduka Raja.

  • 8/8/2019 Hikayat Hang Tuah Bab15

    3/9

    3

    W atak- w atak

    a) Laksamana Hang Tuah- Sangat disayangi oleh Raja pada awalnya yang menyebabkan semua pegawai dan

    pertuanan semakin cemburu dan dengki.- Telah difitnah bermesraan bersama dengan dayangdayang istana dan telah dihukum

    bunuh oleh Raja Melaka.- Pergi ke Hulu Melaka dan berguru dengan Sheikh Mansur.

    b) Raja Melaka- Percaya dengan fitnah yang dibuat oleh Patih Kerma Wijaya, Pegawai dan pertuanan

    istana.- Memerintahkan Bendahara untuk membuang Hang Tuah.- Mula mengasihi Hang Jebat yang kemudiannya digelarnya sebagai Paduka Raja.

    c) Bendahara Paduka Raja- Menerima titah Raja Melaka untuk membuang Hang Tuah.- Tidak berasa marah terhadap Raja kerana menggelar Hang Jebat dengan gelaran

    Paduka Raja kerana dia sudah tua dan tidak dapat melaksanakan perintah Rajadengan baik.

    d) Hang Jebat- Sebagai Betara kedua dia telah diperintahkan untuk mencari Laksamana untuk

    dijatuhkan hukuman.- Telah dilantik menjadi Paduka Raja.

    e) Patih Kerma Wijaya- Menteri besar yang menghadapkan fitnah terhadap Hang Tuah kepada Raja Melaka.

    f) Tun Teja- Permaisuri kepada Raja Melaka.- Dia telah membezakan antara sikap Hang Tuah dan Hang Jebat.

    g) Sheikh Mansur - Seorang guru di Hulu Melaka.- Meramal bahawa Melaka akan menjadi huru hara sepnjang ketiadaan Hang Tuah

    yang lebih kurang dua puluh hari.

    h) Hang Kasturi- Merupakan bentara kedua yang turut sama menjemput Hang Tuah untuk pulang ke

    istana.- Berasa sedih kerana kehilangan seorang sahabat dan Laksamana Melaka yang hebat.

  • 8/8/2019 Hikayat Hang Tuah Bab15

    4/9

    4

    i) Hang Lekiu- Sahabat Hang Tuah dan merupakan hulubalang diraja.- Menghadap Bendahara memberitahu bahawa Hang Jebat akan digelar Paduka Diraja.

    j) Hang Lekir - Sahabat Hang Tuah dan merupakan hulubalang diraja.- Turut sama ada untuk memberitahu Bendahara bahawa Hang Jebat akan digelar

    Paduka Diraja.

    k) Pegawai- Pegawai yang telah bermesyuarat dan mencipta fitnah untuk menghapuskan Hang

    Tuah.

    l) Pertuanan- O rang yang turut sama berasa dengki pada Hang Tuah lalu mereka telah membuat

    fitnah.

    m) Temenggung Seri Seroja- Sangat kasih pada Hang Tuah dansalah seorang menteri besar istana Melaka.

    n) Dayang-Dayang istana- Mereka telah mengintai Hang Jebat yang membacakan Hikayat dengan suara yang

    merdu.

    Alat atau S enjata

    y Keris Pandak - kepunyaan Hang Tuah yang telah diambil oleh Hang Jebat atas titah Raja Melaka.

    y Pisau Sheikh Mansur - Dianugerahkan oleh Betara Majapahit- Berhulukan cula bersarung emas yang berpermata manikam dan intan puspa.

    Kenderaan

    y Perahu- dua buah yang digunakan oleh Bentara Kedua.

  • 8/8/2019 Hikayat Hang Tuah Bab15

    5/9

    5

    L atar Tempat

    y I stana Melaka- Bendul- tempat Raja Melaka meminta Hang Jebat untuk membaca Hikayat.

    y Hulu Melaka- Tempat Hang Tuah melarikan diri dan berguru dengan seorang yang bernama Sheikh

    Mansur.y Kuala Melaka

    - Tempat Hang Tuah mejala bersama-sama dengan isterinya dan anaknya.

    L atar Masa

    y 20 hari- Sheikh Mansur meramal bahawa Hang Tuah akan di penggil dalam masa dua puluh

    hari saja lagi dan sepanjang masa itu Melaka akan jadi huru hara.

    y 4 0 hari- Bendahara Paduka Raja telah meramal jika sekiranya Hang Jebat digelar sebagai

    Paduka Raja tidak akan dapat bertahan lama.

    Pengajaran

    HASAD DENGK I - oleh kerana Raja terlalu memanjai dan percaya kepada Hang Tuahdalam meguruskan urusan kerajaan dan dia terlalu mengasihi Hang Tuah menyebabkansemua pegawai dan pertuanan berasa dengki dan cemburu terhadap Hang Tuah. Perkaratersebut telah menimbulkan fitnah hanya untuk menghapuskan Hang Tuah daripadakerajaan Melaka. Jadi, kita hendaklah mengelakkan dari berasa cemburu yang bolehmembutakan mata hati setiap manusia yang mampu membuat semua orang memikirkankepentingan diri sendiri.

    BANTU-MEMBANTU- kita hendaklah sentiasa saling bantu-membantu dalam sesuatu perkara lebih-lebih lagi mengenai seseorang yang teraniaya. Dalam bab ini menunjukkanBendahara Paduka Raja telah membantu Hang Tuah daripada menjadi mangsa fitnah dandibunuh telah terlebih dahulu mengarahkan Hang Tuah untuk pergi ke Hulu Melaka.

  • 8/8/2019 Hikayat Hang Tuah Bab15

    6/9

    6

    Kes impulan

    Dalam bab 15 ini yang bertajuk Hang Tuah Kena Fitnah ini telah menunjukkan mengenai perasaan cemburu telah membuatkan Pegawai dan Pertuanan meminta bantuan daripada PatihKerma Wijaya untuk membuat fitnah dan menghapuskan Hang Tuah. Perkara tersebut telah

    menyebabkan Hang Tuah lari ke Hulu Melaka dan berguru dengan seorang lelaki bernama SheikhMansur. Selain itu, bab ini juga mengisahkan mengenai Hang Jebat menjadi Paduka Diraja danmula mempunyai kuasa di istana Melaka. bab ini menunjukkan kebijakksanaan Bendahara dalammembuat tipu helah terhadap sultan dan seluruh rakyat Melaka mengenai kisah Hang Tuah telahdi buang tetapi Hang Tuah hanya disuruh pergi ke Melaka.

    R ujukan

    Kassim Ahmad (1997) . Hikayat Hang Tuah : Edisi Pelajar . Cetakan Kelapan . Kuala Lumpur :

    Dewan Bahasa dan Pustaka

    Arbak O thman (1999) . Kamus Bahasa Melayu : Edisi Kedua . Cetakan Pertama . Kuala Lumpur :Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

  • 8/8/2019 Hikayat Hang Tuah Bab15

    7/9

    7

    LAMP I RAN 1

    CARTA AL I RAN

    BAB 15 HANG TUAH KENA F I TNAH

    HANG TUAH SANGAT DISAYANGI RAJA MELAKA

    MEN I MBULKAN PERASAAN CEMBURU DI KALANGAN PEGAWA I DAN PERTUANAN

    MEREKA MEMBUAT FITNAH

    PAT I H KERMA W I JAYA MENGHADAPKAN F I TNAH KEPADA RAJA

    RAJA MURKA DAN MEN I TAHKAN BENDAHARA MEMBUANG HANG TUAH

    HANG TUAH PERGI KE HULU MELAKA

    BERGURU DENGAN SHEIKH MANSUR

    HANG JEBAT D I BER I KAN GELARAN PADUKA RAJA

    BENDAHARA T I DAK MARAH HANYA TERKENANGKAN LAKSAMANA HANG TUAH

  • 8/8/2019 Hikayat Hang Tuah Bab15

    8/9

    8

    LAMP I RAN 2

    SO ALAN K O NTEKS BAB 15- HANG TUAH KENA F I TNAH

    Baca soalan-soalan dibawah ini dengan teliti dan jawab dengan betul.

    Jika selaku ini juga laku Hang Jebat ini, pandaklah umurnya. sedang laksamana itu dengansopan santun akan isi dayang istana dengan merendahkan dirinya pada segala dayang-dayangku,lagi dibunuhnya tiada dengan dosanya; ini pula Hang Jebat: lakunya seperti anak raja-rajadengan ponggahnya melihat isi istana itu

    (Hikayat Hang Tuah, Muka Surat . 355)

    i. Siapakah yang bertutur dalam petikan di atas dan siapa pula Hang Jebat? (3m)

    ii. Siapakah laksamana dan mengapakah penutur mengatakan Hang Jebat ini, pandaklahumurnya?( 4 m)

    iii. Daripada petikan di atas, secara keseluruhannya apakah yang cuba disampaikan oleh si penutur? (3m)

    (10 Markah)

  • 8/8/2019 Hikayat Hang Tuah Bab15

    9/9

    9

    LAMP I RAN 3

    SO ALAN UJ I MI NDABAB 15

    HANG TUAH KENA F I TNAH

    Jawab soalan-soalan berikut. Kemudian lengkapkan silang kata dibawah.

    MEL I NTANG

    1. Akulah yang menghadapkan fitnah kepada raja?2 . Siapakah yang mengatakan tetapi pada hati hamba baiklah Hang Jebat dijadikan Paduka

    Raja, anggurlah dijadikan Duli Yang Dipertuan Bendahara3. Siapakah Bentara kiri?4 . Siapakah saya? beta tidur diribaan Hang Jebat tatkala mendengar suaranya yang merdu

    membacakan hikayat..5. Gelaran itulah yang akan diberikan kepada Hang Jebat.

    MEMANJANG

    6.Akulah yang difitnah dan akulah dibuang!7.Keris apakah yang diambil daripadaku?8.Apakah jawatan Hang Tuah sebelum dibuang?9. Siapakah yang membezakan perwatakan Hang Tuah dengan Hang Jebat?10 .Lelaki yang meramal bahawa Melaka akan menjadi huru hara.

    SP H

    H A B E N D A H A R AA N I

    N D K

    G A H TP A T I H K E R M A W I J A Y A U

    U U A NA L N TH U S H A N G J E B A T

    B U JA R A J A M E L A K AL

    P A D U K A R A J A NG

    10 Markah