hendak seribu daya tak hendak seribu dalih

2
HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALIH. Yang dihormati puan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia. Mari dengarkan suatu cerita, Kisah Jamil yang keras kepala, Ponteng sekolah yang dia suka, Pergi melepak tak tentu hala. Kerja sekolah tak pernah dibuatnya, Pelbagai alasan yang dikemuka, Akibat dari sikapnya juga, Selalu tercicir dalam pelajarannya. Ya, kawan-kawan, begitulah sikap Jamil. Puas ibunya menasihati namun tidak diendahkan. Menasihatinya umpama menuang air ke daun keladi. Ibunya berasa kecewa dengan sikap Jamil. Pada suatu petang, ketika dia berjalan-jalan di hujung kampung, dia terlihat seorang warga tua sedang membuat bakul rotan di serambi rumah. Apabila Jamil menghampirinya, didapati warga tua itu seorang yang buta. Jamil memandang rendah terhadap keupayaan warga tua yang buta itu. “Bolehkah atuk buat kerja dengan mata buta?,” tanya Jamil “ Nak, tiada perkara yang susah di dunia ini. Jika kita tabah dan tekun berusaha, semua perkara yang susah pasti dapat diselesaikan. Lihatlah kesan-kesan luka di tangan atuk ni. Inilah bukti kesusahan yang atuk lalui untuk berjaya pada hari ini. Hasilnya, kini atuk mampu menganyam bakul dengan baik,” kata warga tua itu sambil menunjuk ke arah hasil anyamannya yang cantik dan kemas. Kamu sungguh beruntung, kerana kamu boleh melihat, pasti banyak perkara yang kamu boleh lakukan,” kata warga tua itu. Jamil hanya terdiam mendengar kata-kata tersebut.

Upload: reymrose83

Post on 10-Nov-2015

34 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

TEKS CERITA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN CINA

TRANSCRIPT

HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALIH.Yang dihormati puan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.Mari dengarkan suatu cerita,Kisah Jamil yang keras kepala,Ponteng sekolah yang dia suka,Pergi melepak tak tentu hala.

Kerja sekolah tak pernah dibuatnya,Pelbagai alasan yang dikemuka,Akibat dari sikapnya juga,Selalu tercicir dalam pelajarannya.Ya, kawan-kawan, begitulah sikap Jamil. Puas ibunya menasihati namun tidak diendahkan. Menasihatinya umpama menuang air ke daun keladi. Ibunya berasa kecewa dengan sikap Jamil.Pada suatu petang, ketika dia berjalan-jalan di hujung kampung, dia terlihat seorang warga tua sedang membuat bakul rotan di serambi rumah. Apabila Jamil menghampirinya, didapati warga tua itu seorang yang buta.Jamil memandang rendah terhadap keupayaan warga tua yang buta itu. Bolehkah atuk buat kerja dengan mata buta?, tanya Jamil Nak, tiada perkara yang susah di dunia ini. Jika kita tabah dan tekun berusaha, semua perkara yang susah pasti dapat diselesaikan.Lihatlah kesan-kesan luka di tangan atuk ni. Inilah bukti kesusahan yang atuk lalui untuk berjaya pada hari ini. Hasilnya, kini atuk mampu menganyam bakul dengan baik, kata warga tua itu sambil menunjuk ke arah hasil anyamannya yang cantik dan kemas.Kamu sungguh beruntung, kerana kamu boleh melihat, pasti banyak perkara yang kamu boleh lakukan, kata warga tua itu. Jamil hanya terdiam mendengar kata-kata tersebut. Malam itu, Jamil tidak dapat melelapkan matanya. Kata-kata warga tua itu masih terngiang-ngiang dalam mindanya. Dia amat menyesal dan berasa dirinya amat memalukan. Aku berbadan sihat dan tidak cacat anggota. Kenapakah aku bersikap malas?, bisik hati Jamil.Sejak peristiwa itu, Jamil mula berubah . Dia tidak lagi ponteng sekolah dan rajin mengulangkaji pelajaran. Dia akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini. Aku mesti mendapatkan 5A, kata Jamil penuh yakin.Pada hari peperiksaan itu, Jamil menjawab semua soalan dengan baik. Ketika keputusan diumumkan ,Jamil telah berjaya mendapat 5A. Jamil melonjak-lonjak kegembiraan. Dia bersyukur atas kejayaan yang dikecapinya. Segala usahanya tidak sia-sia.Pulang dari sekolah, Jamil terus meluru ke hujung kampung. Atuk! Atuk! Saya berjaya, teriak Jamil sambil berlari ke arah warga tua yang buta itu.Jamil menyampaikan berita baik kepada warga tua itu.Syabas, nak! Apa yang dicita-citakan mesti diusahakan sehingga berhasil. Bak kata pepatah hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, kata warga tua itu.Terima kasih tuk. Kalau bukan adanya nasihat daripada atuk, saya tidak mungkin berjaya, jelas Jamil girang.Sama-sama nak..Atuk ada pantun untuk kamu, dengarkan Bukan mudah capai kejayaan,Usaha dan ikhtiar mesti dilakukan,Kekurangan diri bukan alasan,Kesusahan,kepayahan jadikan cabaran.

Kawan-kawan, moral daripada cerita ini, kita hendaklah sentiasa tekun berusaha untuk berjaya. Kita juga perlu sentiasa bersyukur dengan kurniaan Tuhan serta tidak boleh memandang rendah terhadap kebolehan orang lain. Sekian, terima kasih.