hbsc2103 chemistry 1 smp(sept 2012) 820531136163001

21
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SMP / SEPTEMBER 2012 HBSC2103 CHEMISTRY 1 NAMA : YUNUS BIN ELI NO. KAD PENGNEALAN : 820531-13-6163 NO. MATRIKULASI : 820531136163001 NAMA TUTOR : EN. WONG BUK ING THOMAS NO. TELEFON : 0198166500 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SIBU, SARAWAK.

Upload: sammin-yhesam

Post on 18-Dec-2014

89 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kimia 1 OUM

TRANSCRIPT

Page 1: HBSC2103 CHEMISTRY 1 SMP(SEPT 2012) 820531136163001

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SMP / SEPTEMBER 2012

HBSC2103

CHEMISTRY 1

NAMA : YUNUS BIN ELI

NO. KAD PENGNEALAN : 820531-13-6163

NO. MATRIKULASI : 820531136163001

NAMA TUTOR : EN. WONG BUK ING

THOMAS

NO. TELEFON : 0198166500

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SIBU, SARAWAK.

Page 2: HBSC2103 CHEMISTRY 1 SMP(SEPT 2012) 820531136163001

ISI KANDUNGAN HALAMAN

1.0. PENDAHULUAN 1

2.0. KEPELBAGAIAN DAN KEGUNAAN GARAM 2

3.0. KENDUNGAN EMPAT BAHAN GARAM YANG DIUJI

3.1. Plumbum nitrat , 3.2. Plumbum karbonat 3

3.3. Kalium nitrat , 3.4. Kalium karbonat 4

3.5. Kaedah penyediaan garam plumbum karbonat

3.5.1. Laporan penyediaan garam plumbum karbonat 5 – 9

4.0. ANALISIS KUALITATIF GARAM

4.1. Analsis warna dan sifat fizik garam 10

4.2. Keterlarutan garam dalam air 11

4.3. Ujian gas keatas garam 12

4.4. Ujian haba keatas garam karbonat dan nitrat 13 – 14

4.5. Ujian anion 15 – 16

4.6. Ujian kation 17

5.0. KESIMPULAN 18

6.0. RUJUKAN 19

Page 3: HBSC2103 CHEMISTRY 1 SMP(SEPT 2012) 820531136163001

HBSC2103 YUNUS BIN ELI YUNUS BIN ELI

CHEMISTRY 1 820531136163001 820531136163001

1

1.0. PENDAHULUAN

Kewujudan garam di dalam kelompok masyarakat setempat telah lama disedari dan

digunakan dengan pelbagai kaedah atau cara. Pada satu ketika dahulu, garam dianggap satu

bahan yang amat berharga dan sukar untuk diperolehi. Oleh kerana ia sukar untuk didapati, maka

tidak hairan jika terdapat keluarga yang dianggap kaya jika dapat memiliki garam di rumah

mereka. Tetapi tidak semua masyarakat tahu akan kandungan di dalam garam. Pada hakikatnya,

garam terbentuk daripada tindak balas peneutralan apabila asid bertindak balas dengan bes.

Garam terdiri daripada satu bahagian bes dan satu bahagian asid. Oleh yang demikian, para ahli

kimia telah mentakrifkan garam sebagai “sebarang bahan berion yang terbentuk apabila ion

hydrogen, H+ dari asid digantikan dengan ion logam atau ion ammorium , NH4+. Garam yang

tidak mengandungi ion biasa kita gunakan di rumah adalah garam yang tidak mengandungi ion

hidroksida (OH−) atau ion hidrogen (H+ ). Manakala garam yang mengandungi ion hidroksida

ialah garam bersifat bes dan garam bersifat asid pula mengandungi ion hidrogen.

Page 4: HBSC2103 CHEMISTRY 1 SMP(SEPT 2012) 820531136163001

HBSC2103 YUNUS BIN ELI YUNUS BIN ELI

CHEMISTRY 1 820531136163001 820531136163001

2

2.0. KEPELBAGAIAN DAN KEGUNAAN GARAM.

Garam dibentuk apabila ion hidrogen daripada molekul asid digantikan dengan logam

seperti formula ini Zn(p) + HC1(ak) ZnC1(ak) + H2(g). Dalam erti kata yang lain, garam

terbentuk apabila asid bertindak balas dengan bes. Ia wujud dalam bentuk sebatian ionik. Suatu

garam terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian positif yang berasal daripada bes seperti ion

logam atau ion ammonium dan bahagian negatif berasal daripada asid. Jadual di bawah

menjelaskan tentang pengelasan jenis-jenis garam.

Garam Formula Ion positif Ion negatif

natrium klorida NaC1 Na2 C1_

kuprum (II) sulfat CuSO4 Cu2+ SO42−

natrium karbonat Na2CO3 2Na+ CO32−

ammonium klorida NH4C1 NH4+ C1_

magnesium nitrat Mg(NO3)2 Mg2+ 2NO3−

kalium etanoat CH3COOK K+ CH3COO_

Kepelbagai garam yang telah dinyatakan di dalam jadual di atas mempunyai pelbagai fungsi dan

kegunaan di dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh garam natrium klorida yang merupakan

garam dapur. Ia boleh dicampurkan dalam makanan untuk memberikan rasa masin di dalam

masakan. Garam ini amat berguna di dalam badan sebagai agen saraf dan untuk pengecutan otot-

otot. Selain itu, ia juga dapat membantu penghadaman protien dan menyeimbangkan air dalam

sel-sel badan manusia. Selain daripada kepelbagaian dan kegunaan garam kepada hidupan

seharian, garam juga boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu garam terlarut dan garam tak

terlarut. Sesetengah sebatian garam adalah garam terlarut dan sesetangah sebatian lagi adalah

garam tak terlarut.

Page 5: HBSC2103 CHEMISTRY 1 SMP(SEPT 2012) 820531136163001

HBSC2103 YUNUS BIN ELI YUNUS BIN ELI

CHEMISTRY 1 820531136163001 820531136163001

3

3.0. KANDUNGAN EMPAT BAHAN GARAM YANG DIUJI.

3.1. Plumbum nitrat

Plumbum nitrat merupakan sebatian organik dengan formula kimia Pb𝑁𝑂32+. Ia

berbentuk sebagai Kristal yang tidak berwarna atau serbuk putih dan tidak seperti kebanyakan

plumbum (II) garam yang larut dalam air. Pengunaan utama plumbum nitrat adalah sebagai

bahan mentah dalam pengeluaran pigmen untuk cat plumbum. Kegunaan yang lainya

termasuklah penstabilan haba dalam nilon dan polyester, dan dalam lapisan kertas

photothermographic. Semenjak sekitar tahun 2000, plumbum (II) nitrat telah mula digunakan

dalam cyanidation emas yakni satu proses sianida dimana teknik pelogaman dilakukan untuk

mengeluarkan emas dari bijih. Plumbum (II) nitrat adalah toksik atau ejen pengoksidaan dan

dikategorikan sebagai karsinogenik kepada manusia. Oleh yang demikian, ia harus dikendalikan

dan disimpan dengan langkah-langkah keselamatan untuk mencegah daripada disedut, dimakan

dan disentuh oleh kulit.

3.2. Plumbum Karbonat

Seperti plumbum nitrat, plumbum karbonat juga digunakan untuk menghasilkan cat.

Tetapi pada kebanyakan cat yang berasaskan plumbum tidak lagi digunakan dikebanyakkan

tempat kerana bau kandungan cat tersebut boleh mendatangkan pelbagai infeksi. Jika merujuk

kepada penulisan Antoine Lavoisier (1743 – 1794 ) yang telah membezakan unsur logam dan

bukan logam, plumbum adalah di dalam kumpulan yang ketiga. Jika merujuk kepada jadual

berkala moden pula, plumbum adalah tergolong di dalam kumpulan peralihan. Unsur-unsur

peralihan merupakan unsur yang mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi.

Page 6: HBSC2103 CHEMISTRY 1 SMP(SEPT 2012) 820531136163001

HBSC2103 YUNUS BIN ELI YUNUS BIN ELI

CHEMISTRY 1 820531136163001 820531136163001

4

3.3. Kalium Nitrat

Kalium nitrat merupakan sebatian yang boleh didapati daripada sumber alam semula jadi

mineral nitrogren. Sebatian ini tergolong di dalam sebatian nitrat dengan rumus kimianya ialah

𝐾𝑁𝑂3,. Kalium nitrat adalah komponen serbuk hitam yang teroksida (disuplai oksigen). Ia boleh

di dapati dari dinding gua atau mengalirkan bahan organik yang busuk. Campuran kalium nitrat

dengan sebataian kimia yang lain seperti larutan asid sulfat cair akan menghasilkan asid sendawa

dan kalium sulfat secara berasingan. Oleh yang demikian sebatian ini boleh digunakan di dalam

penghasilan baja ini kerana ammonia dari urea dan bahan nitrogen yang lain akan melalui proses

pengoksidaan bakteria untuk menghasilkan nitrik. Selain itu, garam kalium nitrat digunakan

sebagai belerang, bahan letupan, bahan pembakar roket dan di dalam penghasilan mercun.

Campuran garam kalium nitrat dengan gula juga boleh menghasilkan asap yang berjelaga.

Manakala dalam proses pengawetan makanan asin, kalium nitrat bertindak balas dengan

komposisi daging yang akan menyebabkan daging menjadi masin.

3.4. Kalium Karbonat

Bahan kimia kalium adalah satu unsur kimia yang terdapat di dalam jadual berkala. Ia

diwakili oleh symbol K dan mempunyai nombor atom 19. Perkataan kalium adalah berasal dari

bahasa latin, manakala dalam bahasa arab adalah alqali yang bermaksud memanggang iaitu abu

tumbuh-tumbuhan yang dibakar. Kalium adalah sejenis logam alkali putih keperakan lembut

yang wujud secara semulajadi yang terikat dengan lain-lain unsur di dalam air laut atau

dikebanyakan mineral. Ia juga sangat reaktif di dalam air. Apabila kalium bersatu dengan unsur

kimia yang lain seperti karbonat ia akan dapat digunakan untuk menghasilakn sesuatu. Sebagai

contoh, kalium karbonat, K2CO3 digunakan di dalam penghasilan kaca dan sabun.

Page 7: HBSC2103 CHEMISTRY 1 SMP(SEPT 2012) 820531136163001

HBSC2103 YUNUS BIN ELI YUNUS BIN ELI

CHEMISTRY 1 820531136163001 820531136163001

5

3.5. Kaedah penyediaan garam plumbum karbonat

Penghasilan garam plumbum karbonat dapat dilakukan dengan tindakbalas yang berlaku

dengan pemedakan ganda dua atau double precipitation reaction. Oleh kerana garam yang akan

terhasil adalah garam yang tidak terlarut pada suhu bilik, maka garam tersebut perlu dilarutkan

terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam eksperimen. Oleh yang demikian, garam tersebut

perlu dilarutkan pada suhu yang lebih rendah iaitu lebih kurang 20𝑜𝑐 (darjah celsius). Kaedah

yang digunakan iaitu dengan mencampurkan dua larutan garam berbeza yang mempunyai kation

(ion+) dan anion (ion-) yang diperlukan. Untuk ini, ion plumbum (kation ) dan ion karbonat

(anion) adalah menjadi pilihan. Bagi memberikan penjelasan yang lebih terpenci tentang

penghasilan garam plumbum karbonat, maka satu laporan eksperimen akan dilakukan dan

laporan adalah seperti dibawah.

3.5.1. Laporan penyediaan garam plumbum karbonat

Tujuan :

Menyediakan garam tak terlarut plumbum (II) karbonat, PbCo2melalui tindak

balas penghuraian ganda dua.

Bahan

Plumbum (II) nitrat, Pb(NO3)2 + Kalium iodine, Kl

Barium nitrat, BaSO4 + Natrium sulfat, Na2SO4

Kuprum(II) klorida (CuCl)2 + Natrium karbonat, Na2CO3

Radas

Bikar 250 𝑐𝑚3, rod kaca, corong turas, kertas turas.

Page 8: HBSC2103 CHEMISTRY 1 SMP(SEPT 2012) 820531136163001

HBSC2103 YUNUS BIN ELI YUNUS BIN ELI

CHEMISTRY 1 820531136163001 820531136163001

6

Prosedur

1. Campuran dua larutan garam tak terlarut iaitu 50cm3 Plumbum (II) nitrat, Pb(NO3)2 +

Kalium iodine, Kl, 50cm3Barium nitrat, BaSO4 + Natrium sulfat, Na2SO4 dan

50cm3 Kuprum(II) klorida (CuCl)2 + Natrium karbonat, Na2CO3 di dalam tiga bikar

berasingan.

2. ketiga-tiga campuran mengandungi kation dan anion di dalam ketiga-tiga bikar di kacau.

3. Hablur garam yang terbentuk itu dituras dan dibilas dengan sedikit air suling.

4. Hablur garam dikeringkan dengan menggunakan kertas turas.

Plumbum (II) nitrat, Pb(NO3)2

+

Kalium iodida, Kl

Kuprum(II) klorida (CuCl)2

+

Natrium karbonat, Na2CO3

Barium nitrat, BaNO4

+

Natrium sulfat, Na2SO4

kuning biru putih

Mendakan plumbum(II)

Iodida PbI2+ditapis

Mendakan barium sulfat ,

BaSO4, ditapis

Mendakan kuprum(II)

karbonat (CuCO3)2,

ditapis

Page 9: HBSC2103 CHEMISTRY 1 SMP(SEPT 2012) 820531136163001

HBSC2103 YUNUS BIN ELI YUNUS BIN ELI

CHEMISTRY 1 820531136163001 820531136163001

7

Pemerhatian

Bikar yang pertama didapati mendakan kuning yang terbentuk itu ialah garam

plumbum(II) iodida PbI2+.

Bikar yang kedua didapati mendakan putih yang terbentuk itu ialah garam barium

sulfat , BaSO4

Bikar yang ketiga yakni bikar yang terakhir didapati mendakan hijau terbentuk

itu ialah garam kuprum(II) karbonat (CuCO3)2,.

Gambar diperolehi menerusi laman web:

http://www.pahaikan.com/forum.php#nabble-td4489366

Pada 16.11.2012 (01:00am)

Page 10: HBSC2103 CHEMISTRY 1 SMP(SEPT 2012) 820531136163001

HBSC2103 YUNUS BIN ELI YUNUS BIN ELI

CHEMISTRY 1 820531136163001 820531136163001

8

Analisis

Tindak balas penghuraian ganda dua berlaku pada larutan yang telah diuji diwakili oleh

persamaan kimia dan persamaan ion. Butiran adalah seperti di dalam jadual di bawah.

Bahan - bahan Persamaan kimia Persamaan ion.

Plumbum (II) nitrat, Pb(NO3)2

+

Kalium iodida, Kl

Pb(NO3 )2 (ak) +K2SO4 (ak)

BaSO4(p) + 2KNO3(ak)

𝑃𝑏2 + (ak) + 21-(ak)

PbI2(p)

Barium nitrat, BaNO4

+

Natrium sulfat, Na2SO4

Ba(NO3)2 (ak) + K2SO4 (ak)

BaSO4 (p) + 2KNO3 (ak)

Ba2 + (ak) + SO42− (ak)

BaSO4 (p)

Kuprum(II) klorida (CuCl)2

+

Natrium karbonat, Na2CO3

(CuCl)2(ak) + Na2CO3(ak)

BaSO4 (p) + 2KNO3 (ak)

CuCO3(p) CuO(p) +

CO2(g)

Kesimpulan

Garam tak terlarut plumbum karbonat PbCo2 boleh disediakan melalui tindak balas

penghuraian ganda dua dengan larutan plumbum nitrat dengan ammonium karbonat.

Dalam masa yang sama gabungan dua larutan kation dan anion dapat memberikan

perbezaan yang ketara diantara garam. Pada ujian penghuraian ganda dua yang lain

rumusan ujian dapat diperhatikan pada gambar rajah di bawah.

Page 11: HBSC2103 CHEMISTRY 1 SMP(SEPT 2012) 820531136163001

HBSC2103 YUNUS BIN ELI YUNUS BIN ELI

CHEMISTRY 1 820531136163001 820531136163001

9

Dicampurkan

Persamaan tindak balas

𝑃𝑏(𝑁𝑂3)2 (ak) + 𝑁𝑎2𝐶𝑂2(ak) 𝑃𝑏𝐶𝑂3(p) + 2𝑁𝑎𝑁𝑂3 (ak)

𝑃𝑏2+ + 2𝑁𝑂3− +2𝑁𝑎+ + 𝐶𝑂3

2− 𝑃𝑏𝐶𝑂3(p) + 2𝑁𝑎+ + 2𝑁𝑂3−

Ion-ion yang tidak diperlukan atau tidak membentuk mendakan akan disingkirkan. Oleh yang

demikian, persamaan ion bagi tindak balas penghuraian ganda dua adalah seperti berikut.

Ion plumbum(II) daripada

larutan plumbum(II) nitrat,

𝑃𝑏(𝑁𝑂3)2.

Ion karbonat daripada

larutan natrium karbonat,

𝑁𝑎2𝐶𝑂3.

𝑃𝑏𝐶𝑂3

Plumbum (II) karbonat

𝑷𝒃𝟐+ (ak) + 𝑪𝑶𝟑𝟐− 𝑷𝒃𝑪𝑶𝟑(p)

Page 12: HBSC2103 CHEMISTRY 1 SMP(SEPT 2012) 820531136163001

HBSC2103 YUNUS BIN ELI YUNUS BIN ELI

CHEMISTRY 1 820531136163001 820531136163001

10

4.0. ANALISIS KUALITATIF GARAM

Analisis ini merupakan satu cara kimia untuk mengenalpasti kation dan anion dengan

menjalankan satu siri ujian kimia ke atas sampel garam. Di antara teknik-teknik yang digunakan

untuk mengenalpasti kation dan anion dalam garam adalah analisis warna dan sifat fizik garam,

analisis keterlarutan garam dalam air, analisis gas yang terbebas, analisis kesan tindakan haba ke

atas garam dan analisis menggunakan bahan kimia lain iaitu ujian pengesahan anion dan kation.

4.1. Analisis warna dan sifat fizik garam

Analisis ini merupakan ujian awal yang boleh dilakukan untuk mengenalpasti kation dan

anion yang mungkin hadir. Walau bagaimanapun, identiti kation dan anion yang hardir perlu

disahkan melalui ujian kimia. Merujuk kepada sifat fizik garam pula, ia bolah didapati dalam

keadaan pepejal, cecair, atau dalam larutan akueus. Warna pepejal dan larutan sesuatu garam

serta keterlarutan dalam air membolehkan inferens dibuat tentang jenis kation dan anion yang

mungkin hadir dalam garam tersebut. Jadual di bawah adalah rumusan tentang keadaan warna

dan sifat fizik bagi beberapa sebatian garam.

Warna Inferans

Putih atau tiada

warna

Garam-garam bagi natrium, kalium, barium, plumbum, magnesium, kalsium,

zink dan aluminimum mungkin hadir

Kuning atau

perang

Ferum(II) klorida atau plumbum(II) oksida mungkin hadir.

Page 13: HBSC2103 CHEMISTRY 1 SMP(SEPT 2012) 820531136163001

HBSC2103 YUNUS BIN ELI YUNUS BIN ELI

CHEMISTRY 1 820531136163001 820531136163001

11

4.2. Keterlarutan garam dalam air.

Garam mempunyai beberapa sebatian berlainan yang akan menyebabkan beberapa jenis

garam akan larut dan tidak larut dalam air. Keterlarutan sesuatu garam dapat diuji menggunakan

air suling yang disejukkan dan jika garam tersebut tidak terlarut maka ia adalah tergolong di

dalam kumpulan garam tak terlarut. Oleh yang demikian, air panas digunakan bagi menentukan

kelarutan garam tersebut. Beberapa contoh garam yang larut dalam air adalah natrium klorida

,NACl, dan kalium nitrat, 𝐾𝑁𝑂3. Manakala garam yang tidak terlarut di dalam air adalah

plumbum(II) sulfat, 𝑃𝑏𝑆𝑂4 , dan argentum klorida, AgCl. Keterlarutan dua jenis sebatian garam

dalam air sepeti garam nitrat,𝑁𝑂3−,dan karbonat, 𝐶𝑂3

2−, dapat dirumuskan di dalam jadual di

bawah.

Sebatian garam Keterlarutan dalam air.

Nitrat, 𝑁𝑂3− Semua garam nitrat larut dalam air.

Karbonat, 𝐶𝑂32− Semua garam karbonat tidak larut dalam air melainkan

i. natrium karbonat, 𝑁𝑎𝐶𝑂3.

ii. kalium karbonat, 𝐾2𝐶𝑂3.

iii. ammonium karbonat, 𝑁𝐻4𝑂𝐻.

Berdasarkan pengelasan pada jadual diatas, di dapati semua garam nitrat, 𝑁𝑂3− larut di dalam air

walaupun ia bergabung dengan sebatian kimia yang lain. Manakala garam karbonat, 𝐶𝑂32− tidak

mudah larut dalam air kecuali apabila ia bergabung dengan sebatian kimia natrium, Na, kalium,

𝐾2 dan ammonium,𝑁𝐻4+. Oleh yang demikian, bagi menghuraikan sebatian garam

karbonat, 𝐶𝑂32− yang tidak mudah larut dalam air, tindak balas penghuraian ganda dua digunakan

yang akan menukarkan ion untuk menghasilkan garam yang tidak larut dalam air (mendakan).

Page 14: HBSC2103 CHEMISTRY 1 SMP(SEPT 2012) 820531136163001

HBSC2103 YUNUS BIN ELI YUNUS BIN ELI

CHEMISTRY 1 820531136163001 820531136163001

12

4.3. Ujian gas ke atas garam

Apabila suatu garam dipanas di dalam tabung uji melalui satu eksperimen, sesuaut garam

itu mungkin akan terhurai untuk membebaskan gas-gas tertentu. Jenis-jenis gas yang dibebaskan

mungkin dapat ditentukan dengan beberapa kreateria-kreateria tertentu seperti warnanya, ujian

dengan kertas litmus biru lembap, kertas litmus merah lembap, ujian dengan air kapur, ujian

dengan kayu uji berbara dan diuji dengan larutan kalium manganant (VII) berasid. Ujian-ujian

gas ini hanya boleh dilakukan melalui bahan kimia yang mempunyai unsur-unsur yang aktif

selepas dihuraikan. Seperti oksigen, 𝑂2, hidrogen, 𝐻2,karbon dioksida, 𝐶𝑂2, ammonia, 𝑁𝐻3 ,dan

hydrogen klorida, HCI. Tetapi bagi garam-garam plumbum(II),𝑃𝑏2 ujian gas adalah dikecualikan

dan melalui gas karbon dioksida, 𝐶𝑂2, nitrogen dioksida, 𝑁𝑂2, dan oksigen, 𝑂2. garam-garam

kalium karbonat,𝐾2𝐶𝑂3 dan kalium nitrat,𝐾𝑁𝑂3 mungkin akan dikenalpasti. Jadual di bawah

memberikan penjelasan tentang ujian gas tersebut.

Gas yang terbebas Inferens tentang jenis garam Contoh tindak balas kimia

Oksigen, 𝑂2 Garam nitrat, 𝑁𝑂3−, seperti garam

kalium nitrat, 𝐾𝑁𝑂3, dan natrium nitrat,

𝑁𝑎𝑁𝑂3

2𝐾𝑁𝑂3(p) 2𝐾𝑁𝑂2(p) + 𝑂2(g).

2𝑁𝑎𝑁𝑂3(p) 2𝑁𝑎𝑁𝑂2(p) + 𝑂2(g)

Karbon dioksida,

𝐶𝑂2

Garam karbonat, 𝐶𝑂32−(selain daripada

kalium karbonat, 𝐾2𝐶𝑂3, dan natrium

karbonat, 𝑁𝑎2𝐶𝑂3).

𝐶𝑢𝐶𝑂3(p) CuO(p) + 𝐶𝑂2(g)

𝑍𝑛𝐶𝑂3(p) ZnO(p) + 𝐶𝑂2(g)

Page 15: HBSC2103 CHEMISTRY 1 SMP(SEPT 2012) 820531136163001

HBSC2103 YUNUS BIN ELI YUNUS BIN ELI

CHEMISTRY 1 820531136163001 820531136163001

13

4.4.. Ujian haba ke atas garam Karbonat dan nitrat.

Sesetengah garam akan terhurai apabila dipanaskan, manakala terdapat sesetengah garam

akan mengalami perubahan warna dan pembebasan gas apabila ia dipanaskan. Bagi mendapatkan

hasil tentang ujian haba ke atas garam, ia harus diuji dengan kadar pemanasan yang tinggi.

Tetapi bagi sesetengah garam, takat kepanasannya adalah berbeza. Oleh yang demikian, dua

jenis garam akan di huraikan dengan kaedah pemanasan iaitu garam karbonat dan garam nitrat.

Semua garam karbonat, 𝐶𝑂32− , kecuali natrium karbonat, 𝑁𝑎2𝐶𝑂3 , dan kalium karbonat ,

𝐾2𝐶𝑂3 , akan terhurai apabila dipanaskan untuk membebaskan gas karbon dioksida , 𝐶𝑂2,.

Terdapat dua jenis garam sahaja yang diperhatikan disini iaitu garam kalium karbonat 𝐾2𝐶𝑂3,dan

Plumbum(II) karbonat, 𝑃𝑏𝐶𝑂3,. Huraian secara ringkas tentang kesan haba ke atas kedua-dua

garam tersebut adalah seperti jadual di bawah.

Garam karbonat Warna

karbonat

Tindakan haba Persamaan kimia Perubahan

warna

1. Kalium Karbonat

𝐾2𝐶𝑂3.

Puith Tidak terurai

oleh haba.

tiada Tiada

2. plumbum (II)

karbonat

𝑃𝑏𝐶𝑂3.

Putih Terurai oleh haba

membentuk

oksida logam

dan

membebaskan

gas karbon

dioksida 𝐶𝑂2

𝑃𝑏𝐶𝑂3(𝑝) PbO(p)

Plumbum (II) oksida

+ 𝐶𝑂2(𝑔)

Baki: perang

apabila

panas dan

kuning

apabila

sejuk.

Page 16: HBSC2103 CHEMISTRY 1 SMP(SEPT 2012) 820531136163001

HBSC2103 YUNUS BIN ELI YUNUS BIN ELI

CHEMISTRY 1 820531136163001 820531136163001

14

Seterusnya, semua garam nitrat,𝑁𝑂3−, akan terurai apabila dipanaskan. Namun begitu,

penghuraian garam nitrat, 𝑁𝑂3−, kumpulan 1 membentuk garam nitrat, 𝑁𝑂2

−, dan akan

membebaskan hanya gas oksigen, 𝑂2. Seperti garam karbonat yang telah dihuraikan tadi, hanya

garam kalium nitrat, 𝐾𝑁𝑂3, dan plumbum(II) nitrat, 𝑃𝑏(𝑁𝑂3)2 ,sahaja yang dibincangkan dan

diuji dengan haba. Jadual di bawah menunjukan rumusan ujian haba yang dilakukan.

Garam nitrat Warna

garam

Tindakan haba Persamaan kimia Perubahan

warna

1. Kalium nitrat, 𝐾𝑁𝑂3 Putih Terurai oleh haba

membentuk

garam nitrit,

𝑁𝑂2−, dan

oksigen, 𝑂2.

2𝐾𝑁𝑂3 𝑝

kalium nitrit

2𝐾𝑁𝑂2 𝑝 + 𝑂2 𝑔

Tiada

perubahan

warna(putih)

2. Plumbum(II) nitrat,

𝑃𝑏(𝑁𝑂3)2 ,

Putih terurai oleh haba

membentuk

oksida logam,

dan

membebaskan

nitrogendioksida,

𝑁𝑂2 , serta

oksigen, 𝑂2.

2𝑃𝑏(𝑁𝑂3)2(𝑝)

Plumbum(II) oksida

2PbO(p) +

4𝑁𝑂2 𝑔 + 𝑂2 𝑔 .

Baki: perang

apabila panas

dan kuning

apabila sejuk.

Page 17: HBSC2103 CHEMISTRY 1 SMP(SEPT 2012) 820531136163001

HBSC2103 YUNUS BIN ELI YUNUS BIN ELI

CHEMISTRY 1 820531136163001 820531136163001

15

4.5. Ujian bagi anion

Anion merupakan sejenis ion yang mempunyai cas negatif. Cas-cas ion negatif ini dapat

dikenalpasti melalui tindak balas dengan bahan-bahan seperti tindak balas dengan asid dan

tindak balas dengan bahan kimia lain. Selain itu, ujian bagi pengesahan anion juga dapat

ditentukan dengan menggunakan larutan akueus. Bagi menentukan sesuatu ion negatif, ujian

pengesahan harus dilakukan. Ujian pengesahan ini melibatkan empat anion yang berlainan iaitu

ion karbonat, ion sulfat, ion klorida dan ion nitrat. Walaubagaimanapun, hanya dua anion sahaja

yang akan dibuat ujian pengesahan bagi menentukan garam jenis karbonat CO3+2− dan nitrat

NO −3+. Sebelum ujian dijalankan, larutan akueus yang mempunyai sesuatu anion tersebut perlu

disediakan. Dan garam-garam tersebut perlu dilarutkan di dalam air terlebih dahulu untuk

menghasilkan larutan akueus. Jadual di bawah menunjukan rumusan tentang ujian pengesahan

ainon tersebut.

Aktiviti Pemerhatian Inferens

1. Ujian ion karbonat CO3+2−

Kira-kira 2 cm3 larutan natrium

karbonat Na2SO4′ dimasukan ke dalam

tabung uji.

Sedikit asid hidroklorik cair, HCI,

ditambahkan.

Gas yang terhasil dilakukan melalui air

kapur.

Pembuakan

berlaku

Gas yang

terbebas

mengeruhkan

air kapur.

Gas karbon

dioksida

terbebas

CO32− (ak) + 2H+ (ak)

CO2 (g) + H2O(ce)

Maka, ion

karbonat ,

CO32−

disahkan hadir.

Page 18: HBSC2103 CHEMISTRY 1 SMP(SEPT 2012) 820531136163001

HBSC2103 YUNUS BIN ELI YUNUS BIN ELI

CHEMISTRY 1 820531136163001 820531136163001

16

2. Ujian ion nitrat, NO3− (ujian cincin perang)

Kira-kira 2 cm3 larutan natrium nitrat

NaNO3′ dimasukan ke dalam sebuah

tabung uji.

Kira-kira 2 cm3 asid sulfurik cair,

H2SO4 diikuti kira-kira 2 cm3 laruitan

ferum (II) sulfat, FeSO4 dituang

perlahan-lahan.

Sedikit asid sulfurik pekat,

H2SO4dituang perlahan-lahan kedalam

larutan (tabung uji dicondongkan dan

jangan goncang larutan).

Cincin (gelang )

perang

terbentuk

Ion nitrat NO3−,

disahkan hadir.

Asid sulfurik cair

+

Larutan ferum(II)

sulfat

+

Asid sulfurik pekat

Page 19: HBSC2103 CHEMISTRY 1 SMP(SEPT 2012) 820531136163001

HBSC2103 YUNUS BIN ELI YUNUS BIN ELI

CHEMISTRY 1 820531136163001 820531136163001

17

4.6. Ujian Kation

Ujian kation juga merupakan ujian yang boleh dilakukan ke atas garam. Jika anion adalah

ion negatif, manakala kation pula adalah ion positif. Dua larutan yang digunakan di dalam

menguji kehadiran kation adalah natrium hidroksida NaOH dan ammonium hidroksida NH4OH.

Kedua-daua larutan ini mesti ditambah sedikit demi sedikit kedalam larutan akueus kation

sehingga mendakan terbentuk dan kemudiannya ditambah secara berlebihan untuk menentukan

keterlarutan mendakan yang terbentuk dalam reagen yang berlebihan. Ujian pengesahan kation

plumbum(II) dengan larutan hidroksida dan ammonia akueus boleh dirujuk pada jadual di

bawah.

Kation Larutan natrium hidroksida Ammonia akueus

Plumbum(II)

𝑃𝑏2+

Mendakan putih terbentuk

Larutan dalam berlebihan.

Mendakan putih

terbentuk

Tidak larut dalam

berlebihan.

Ion plumbum, 𝑃𝑏2+, tidak dapat dibezakan menggunakan larutan natrium hidroksida dan

ammonia akueus disebabkan ia memberikan pemerhatian yang sama dengan sebataian yang lain.

Oleh itu, kehadiran ion plumbum hanya dapat disahkan dengan larutan akueus ion klorida atau

ion iodide kerana ia bertindak balas dengan kalium iodide dengan membentuk mendakan kuning

yang hanya larut dalam air panas dan mendakan itu terbentuk apabila sejuk.

Page 20: HBSC2103 CHEMISTRY 1 SMP(SEPT 2012) 820531136163001

HBSC2103 YUNUS BIN ELI YUNUS BIN ELI

CHEMISTRY 1 820531136163001 820531136163001

18

5.0. KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, kehadiran garam-garam seperti yang telah dibincangkan di dalam

tugasan ini dapat dikenalpastikan melalui beberapa ujian yang hanya boleh dilakukan di dalam

makmal. Keadaan garam plumbum dan kalium tidak boleh dikenalpasti jika tidak digabungkan

dengan sebatian kimia yang lain. Oleh yang demikian, pengesahan kehadiran garam-garam dan

bagi mengenali sesuatu garam adalah perlu serta ia boleh dilakukan dengan menganalisis

kualitatif garam melalui pelbagai kaedah yang telah dicandangkan. Setiap sebatian kimia yang

terlibat adalah mempunyai kaitan di antara satu sama lain. Ikatan-ikatan inilah yang menjadikan

sebatian kimia tersebut amat berguna perkembangan pelbagai teknologi kepada peradaban

dunia. Kegunaannya bukan hanya terhad kepada sesautu kegunaan sahaja, malahan

kepengunaannya telah diperluaskan hasil daripada kajian dan penerokaan oleh ahli kimia dunia.

Sesungguhnya, ciptaan Tuhan ini harus dihargai dan dimanfaatkan sebaik yang mungkin.

Jumlah perkataan : 2,930 patah perkataan

Page 21: HBSC2103 CHEMISTRY 1 SMP(SEPT 2012) 820531136163001

HBSC2103 YUNUS BIN ELI YUNUS BIN ELI

CHEMISTRY 1 820531136163001 820531136163001

19

6.0. RUJUKAN

Toh Kim Kau, Masteri Studi Sasbadi SPM Kimia Tingkatan 4, 5, (cetakan 2004) , Sasbadi Sdn.

Bhd, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Yeap Tok Kheng, Esensi Kimia Tingkatan 4, Edisi Pertama 2012, Pearson Malaysia Sdn. Bhd,

Petaling Jaya, Selangor Darul ehsan.

Yamin Yasin, Xpress A+ SPM 4, 5 Chemistry, Sasbadi Sdn. Bhd. Cetakan 2012, Sasbadi Sdn.

Bhd, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Unsur-unsur kimia, sumber diperolehi secara online menerusi laman web:

http://www.slideshare.net/muhammadiyahsatu/116-unsur-kimia

Pada : 13 / 11 / 2012 (10:20pm)

Forum penghuraian ganda dua, sumber diperolehi menerusi laman web:

http://www.pahaikan.com/forum.php#nabble-td4489366

Pada : 16 / 11 / 2012 ( 11:00pm)

Nota kalium, sumber diperolehi secara online menerusi laman web:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kalium

Pada : 16 / 11 / 2012 (11:25pm)

Nota tindak balas penghuraian ganda dua, sumber diperolehi secara online menerusi laman web:

http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=SPM&s=KIM&b=FEB&m=3&r=m&i=NOTA

Pada: 17 / 11 / 2012 ( 02:30pm)