hbms1103 pengenalan pendidikan muzik ver2

Upload: ilut-johnny

Post on 01-Nov-2015

168 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

RUJUKAN TUGASAN OUM

TRANSCRIPT

  • FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE

    JANUARI 2012

    (SMP KHAS)

    HBMS1103

    PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

    NO. MATRIKULASI : 001

    NO. KAD PENGNEALAN :

    NO. TELEFON : 9798

    E-MEL :

    PUSAT PEMBELAJARAN : TAWAU LEARNING CENTRE

  • HBMS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH

    ISI KANDUNGAN

    MUKA SURAT

    1 PENGENALAN 1

    2 RUMUSAN

    2.1 Pendekatan Zoltan Kodaly

    2.2 Pendekatan Carl Orff

    2.3 Pendekatan Jaques Emily Dalcroze

    2.4 Kesimpulan

    2 3

    4 5

    6 8

    9

    3 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

    PENDIDIKAN MUZIK

    10 12

    4 REFLEKSI 13 14

    5 LAMPIRAN

    5.1 Maklumat mengenai Kaedah Orff-Schulwerk

    5.2 Maklumat mengenai Zoltan Kodaly

    5.3 Maklumat mengenai Jaques Emily Dalcroze

    5.4 Rancangan Pengajaran Harian (bahan)

    15

    6. RUJUKAN 16

  • HBMS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH

    1. Pengenalan

    Pendekatan Kodaly, Orff dan Dalcroze merupakan pendekatan yang digunakan di dalam

    pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah, mahupun di institut perguruan tinggi. Dalam

    situasi bilik darjah pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik, pendidik pendidikan muzik

    perlu memaham asas falsafah dalam membantunya menjayakan pengajaran dan pembelajaran

    dengan lebih menarik dan berkesan. Secara keseluruhan dapat dibuktikan bahawa aplikasi setiap

    pendekatan ini dapat membantu guru muzik meningkatkan kefahaman murid-murid yang diajar

    tentang konsep-konsep muzik melalui aktiviti-aktiviti muzikal.

    2. Rumusan

  • HBMS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH

    2.1 Pendekatan Zoltan Kodaly

    Falsafah yang paling penting dalam pendekatan dalam Kodaly ialah Muzik adalah untuk

    semua orang. Pedagogi Kodaly menekankan perkembangan kemahiran pengalaman muzikal

    secara menyeluruh dan berurutan. Kodaly percaya bahawa semua kanak-kanak mempunyai

    potensi untuk menjadi celik muzik. Muzik hanya perlu diberi peluang untuk

    memperkembangkan kemahiran persembahan, kemahiran pendengaran dan kemahiran muzik

    yang lain. Beliau percaya bahawa suara merupakan alat muzik yang paling utama kerana ia

    adalah alat muzik yang semulajadi. Tujuan nyanyian dijadikan fokus adalah kerana kemahiran

    nyanyian merupakan asas kemahiran bagi semua kemahiran muzik yang lain. Dalam nyanyian,

    Kodaly sentiasa memulakannya dengan lagu-lagu rakyat atau lagu-lagu tempatan yang

    menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Secara berperingkat, lagu-lagu dari budaya lain

    mula diperkenalkan sedikit demi sedikit.

    2.1.1 Kaedah Kodaly secara berurutan

    Fokus bagi kaedah berurutan ini ialah isi kandungan yang disusun dengan sistematik mengikut

    kebolehan kanak-kanak pada tahap perkembangannya. Antara unsur yang boleh dijadikan contoh

    ialah;

    i) Konsep irama

    Asas irama dalam kaedah ini ialah irama bersamaan dengan pergerakan kanak-kanak seperti

    berjalan bersamaan nilai krocet 1 kiraan, dan berlari bersamaan nilai kuaver kiraan. Selain

    itu, elemen-elemen alin yang boleh diatur atau disusun secara berurutan dalam kaedah ini

    seperti bentuk (form), harmoni, tempo, dan dinamik.

    ii) Konsep melodi

    Konsep melodi juga perlu diperkenalkan secara berurutan. Mengikut perkembangan kanak-

    kanak, mereka tidak dapat menghasilkan semiton dalam pic yang tepat dan hanya dapat

    menyanyikan 5 atau 6 ton saja. Oleh yang demikian, konsep melodi perlu diperkenalkan

    dengan 2 pic dahulu iaitu so dan me yang mempunyai jeda minor ke-3.

    2.1.2 Nyanyian

  • HBMS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH

    Alat muzik yang semulajadi yang berkesan dan dimiliki oleh semua orang ialah suara. Suara

    merupakan alat yang berkesan bagi kanak-kanak untuk melahirkan perasaan gembira, sayang,

    sedih, takut atau seronok dan salah satu cara penggunaannya yang terbaik bagi kanak-kanak

    untuk menimba pengalaman muzikal dalam bidang kegiatan nyanyian. Oleh yang demikian,

    nyanyian merupakan satu aktiviti terpenting dan asas yang terbaik dalam perkembangan dan

    kemahiran muzik.

    2.1.3 Pendengaran Dalaman

    Pendengaran dalaman (aural) memainkan peranan penting dalam kemahiran muzik seperti

    nyanyian, permainan alat dan lain-lain bidang muzik. Teknik ini juga dikenali sebagai inner

    hearing dan inner singing. Fungsi utamanya ialah bagi menguji kesemua elemen muzik kanak-

    kanak.

    2.1.4 Penghafalan

    Kebiasaannya kanak-kanak mempelajari sesuatu lagu itu dengan cara menghafal atau learning

    by heart. Cara yang menarik bagi memperkembangkan aspek itu ialah melalui teknik

    permainan. Antara contoh teknik permainannya ialah permainan isyarat tangan solfa dan

    nyanyian solfa.

    2.1.5 Improvisasi

    Aspek ini diperkenalkan sebagai satu cara untuk menentukan samada murid dapat memahami

    konsep muzik yang dipelajarinya dan seterusknya, memberi keyakinan dan memperkembangkan

    daya kreativiti murid dalam penghasilan muzik.

    2.1.6 Teknik / komponen kaedah Kodaly

    Kaedah Kodaly adalah satu kaedah yang berterusan dan sentiasa berkembang. Ia juga merupakan

    tunjang dan nadi kepada kurikulum muzik di sekolah mahu pun di institut pengajian tinggi atau

    institut pendidikan guru. Terdapat 3 jenis teknik atau komponen di dalam pengajaran dan

    pembelajaran kaedah Kodaly iaitu;

    i. Tonik Solfa

    ii. Isyarat Tangan

    iii. Symbol, Notasi dan Sebutan Irama

    2.2 Pendekatan Carl Orff

  • HBMS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH

    Pendekatan pembelajaran muzik Orff Schulwerk merangkumi segala aspek dalam ekspresi

    muzik. Dalam kaedah pendekatan pengajaran Orff, menekankan beberapa elemen penting

    terhadap kebolehan tingkah laku muzikal kanak-kanak iaitu elemen seperti eksplorasi, imitasi,

    improvisasi dan penciptaan. Pertuturan, lagu, pergerakan dan alat muzik adalah komponen

    penting untuk mengajar irama, melodi, bentuk, harmoni dan timbre.

    Pengajaran Orff bermula dengan menggunakan ritma sebagai elemen muzik yang asas,

    menari dan pengucapan. Semua ini digabungkan dan digunakan sebagai satu bahasa dalam

    pengajaran muzik kepada kanak-kanak. Pendekatan ini berdasarkan kepada kepercayaan beliau

    bahawa kaedah yang mudah untuk mengajar muzik adalah dengan memperlihatkan perhubungan

    semula jadi murid-murid terhadap ritma dan melodi, dan ianya berlangsung secara semulajadi.

    Melalui penggunaan alat-alat perkusi atau perkusi badan, pergerakan mudah, permainan,

    aktiviti nyanyian, penerokaan irama dan drama, kanak-kanak akan mempelajari dan

    mengenalpasti bakat muzik di dalam diri mereka.

    2.2.1 Elemen muzik

    Bagi meningkatkan daya kreativiti kanak-kanak melalui tindak balas semula jadi mereka

    terhadap muzik, beberapa elemen muzik penting digunakan dalam pendekatan Orff, antaranya

    ialah

    i. Eksplorasi

    Pendekatan Orff menggalakkan kanak-kanak menerokai serta melakukan eksperimen dengan

    bunyi-buni muzikal dan gerakan berdasarkan kepada kreativiti semula jadi mereka. Proses ini

    merangkumi beberapa aspek iaitu

    a) penerokaan ruang iaitu kanak-kanak digalakkan melakukan aktiviti pergerakan yang

    meliputi aspek berjalan, berlari, melompat dan sebagainya yang berdasarkan kepada nalri

    semulajadi mereka berdasarkan kepada rangsangan luar dan dalam,

    b) penerokaan bunyi iaitu berdasarkan kepada bunyi-bunyi yang biasa didengar oleh kanak-

    kanak yang berlaku dalam kehidupan seharian seperti bunyi haiwan, ketukan pintu,

    kereta, angin dan sebagainya. Bunyi-bunyi ini akan lebih teratur dengan kebolehan

    kanak-kanak memperjemahkan bunyi-bunyi tersebut dalam penciptaan beberapa bentuk

    corak irama.

  • HBMS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH

    c) dan penerokaan bentuk iaitu berlaku serentak dalam penerokaan ruang dan bunyi.

    Apabila penerokaan bentuk, ruang dan bunyi digabungkan dan disusun,kanak-kanak akan

    diajar untuk mengenal bentuk-bentuk frasa dalam gerakan.

    ii. Imitasi

    Proses imitasi ini amat penting dalam memperkembangkan potensi muzikal kanak-kanak. Ini

    adalah kerana melalui proses ini, kanak-kanak mudah mempelajari sesuatu kemahiran muzikal.

    Salah satu contoh aktivitinya ialah apabila guru menepuk satu corak irama dan murid-murid

    mengajuk atau meniru tepukan gurunya.

    iii. Improvisasi

    Komponen yang diberi penekanan dalam pendekatan pengajaran Orff ialah improvisasi. Melalui

    komponen ini, kanak-kanak diberi peluang kebebasan atau tidak ada undang-undang yang

    ditetapkan bagi menonjolkan daya kreativiti masing-masing dalam mencipta irama melodi atau

    menari mereka.

    iv. Penciptaan

    Dalam fasa terakhir pendekatan Orff ialah penciptaan. Pendekataan Orff menggalakkan kanak-

    kanak melakukan penciptaan dengan menggunakan bahasa asas. Dalam peringkat ini, cerita atau

    puisi kanak-kanak adalah sebagai bahan asas berirama, gerakan, nyanyian, dan permainan alat-

    alat Orff.

    Pendekatan Orff memang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran mata

    pelajaran muzik di Malaysia. Ini adalah kerana sekiranya pendekatan ini difahami dan digunakan

    dengan cara baik dan kreatif oleh guru-guru muzik, sesi pengajaran dan pembelajaran akan lebih

    bermakna dan berkesan.

    2.3 Pendekatan Jaques Emily Dalcroze

  • HBMS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH

    Seperti Kaedah Kodaly dan Orff, Dalroze juga berpendapat bahawa pengajaran dan

    pembelajaran muzik harus bermula dengan pengalaman muzik yang bermakna. Pembelajaran

    muzik tidak boleh dilakukan dengan pengenalan notasi formal dan penerangan guru sahaja.

    Beliau percaya bahawa kanak-kanak perlu mempunyai pengalaman muzikal yang mencukupi

    dan telah menguasai konsep-konsep muzik dalam aspek pendengaran dan persembahan, barulah

    guru mengaitkan pengetahuan dan kefahaman kanak-kanak tehadap konsep muzik dengan notasi,

    teori, analisa dan sebagainya. Proses ini dapat menjamin kanak-kanak dapat memahami konsep

    muzik secara mendalam dan berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran notasi dan teori akan

    menjadi lebih mudah dan cepat apabila kanak-kanak telah mempunyai pengalaman muzikal.

    Keupayaan untuk menunjukkan ekspresi terhadap konsep muzik melalui gerakan

    merupakan prinsip utama dalam kaedah ini. Dalcroze berpendapat bahawa badan manusia

    merupakan alat muzik semulajadi yang paling sesuai untuk menerapkan konsep-konsep asas

    muzik. Oleh itu, beliau telah menghasilkan 3 elemen yang berasaskan pergerakan dan gabungan

    daripada 3 komponen tersebut telah menghasilkan kaedah pengajaran yang kreatif ini. Falsafah

    pendidikan yang terkandung dalam kaedah ini yang melibatkan satu proses pengajaran dan

    pembelajaran yang berpusatkan murid, memberi peluang kepada murid-murid untuk

    memperoleh pengetahuan melalui pengalaman dan penemuan sejajar dengan teori pendidikan

    kini.

    Pendekatan Dalcroze berdasarkan 2 prinsip iaitu kepentingan pendengaran dan literasi muzik

    selepas kanak-kanak telah mempunyai pengalaman muzikal. Dalcroze tidak setuju dengan cara

    pengajaran pembelajaran muzik yang hanya menekankan literasi muzik di mana teori muzik di

    ajar secara atas kertas. Pada pendapat beliau muzik berkait rapat dengan muzik dan kanak-

    kanak tidak dapat mendengar bunyi muzik dengan cara pembelajaran sebegini. Beliau percaya

    bunyi muzik harus diperkenalkan dalam kelas teori supaya kanak-kanak dapat dikaitkan apa

    yang dipelajari dengan bunyi. Oleh itu, pendengaran menjadi elemen penting dalam kaedah

    Dalcroze.

    Pendekatan Dalcroze adalah pendekatan yang menggunakan kaedah muzik dengan gerakan.

    3 aspek utama dalam pendekatan Dalcroze ialah eurhythmics, nyanyian solfege dan improvisasi.

  • HBMS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH

    Ketiga-tiga aspek ini saling berkaitan dan berpusatkan aktiviti gerakan kerana Dalcroze percaya

    bahawa cara yang paling berkesan untuk mempelajari konsep asas muzik seperti irama adalah

    melalui gerakan. Komponen asas Dalcroze ialah;

    i. Euritmik (eurhythmics)

    Pergerakan yang melibatkan seluruh anggota badan dengan iringan muzik atau tanpa muzik.

    Tubuh badan menjadi alat muzik utama. Perkara asas kepada seni muzik adalah emosi manusia.

    Sesuatu idea muzik boleh diinterpretasikan melalui pergerakan badan dan sesuatu pergerakan

    badan pula boleh ditukarkan kepada sumber muzik. Ia memerlukan penglibatan diri individu

    secara total menyeluruh yang melibatkan penyatuan minda, anggota badan serta emosi diri

    secara total iaitu;

    Mendengar

    Merasai

    Berimaginasi

    Menginterpretasi bunyi

    Bertindak / respon / bergerak

    Untuk membayangkan maksudnya secara luaran

    Salah satu contoh aktiviti mudah yang boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan

    pembelajaran muzik ialah dengan menepuk tangan untuk menunjukkan ritma muzik dan

    menghentak kaki menunjukkan nilai not. Antara perkara penting yang oleh diinterpretasikan

    ialah lagu yang berasaskan lirik dan unsur / konsep muzik. Jika interprestasinya itu disusun

    secara terurus akan menghasilkan satu bentuk koreografi.

    ii. Solfege

    Dalam pendekatan Dalcroze, solfege ialah satu latihan pendengaran (aural) dan bertujuan

    untuk melatih kemahiran pendengaran secara dalaman (inner hearing) dan memperkenalkan

    konsep harmoni. Latihan pendengaran ini boleh meningkatkan kesedaran pic, perbezaan ton dan

    perbezaan kualiti ton serta pendengaran dalaman ini juga dapat meningkatkan daya ingatan.

    Bagaimanapun, latihan ini harus dilakukan secara bersistematik dan berterusan bagi

    meningkatkan keupayaan mendengar (ear-training) dan nyanyian semerta (sight-singing).Dalam

  • HBMS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH

    pengajaran dan pembelajaran, pendengaran dalaman ini dapat membantu memupuk kemahiran

    murid dalam mendengar muzik secara mental semasa membaca skor muzik. Tanpa

    menggunakan peralatan muzik, murid dapat memikirkan bunyi yang dihasilkan dengan menulis

    atau membaca notasi.

    iii. Improvisasi

    Improvisasi merupakan cantuman atau tambahan kepada aktiviti eurythmics (pergerakan

    irama) dan solfege. Dalam pendekatan Dalcroze, improvisasi merupakan satu kreativiti iaitu

    keupayaan murid menghasilkan ciptaan sendiri berdasarkan kepada kegiatan-kegiatan eurythmic

    dan solfege serta memberi peluang dan kebebasan kepada kanak-kanak untuk menunjukkan

    pemahaman terhadap konsep muzik yang telah dipelajari secara kreatif dan spontan . Kanak-

    kanak membuat improvisasi dalam gerakan, nyanyian dan permainan alat muzik. Pemahaman

    yang sebenar terhadap muzik dapat ditunjukkan dalam kemahiran seseorang memanipulasikan

    konsep muzik. Antara contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan improvisasi

    ialah, guru memainkan satu bentuk irama muzik, dan apabila murid memainkan irama itu,

    mereka telah mengubah sedikit irama tersebut tanpa mencacatkan tempo dan juga detiknya.

    Berdasarkan kepada teori Dalcroze, pergerakan dalam pendidikan muzik

    memperkukuhkan pengetahuan dalam konsep dan elemen muzik melalui proses penerokaan,

    eksperimentasi, penemuan terpimpin, penyelesaian masalah, improvisasi serta penilaian.

    Pergerakan kreatif yang mengambil kira keinginan-keinginan asas kanak-kanak merupakan

    kaedah Dalcroze. Oleh itu, muzik dengan gerakan adalah elemen penting bagi perkembangan

    mental, pembesaran kanak-kanak dan juga proses asas pembelajaran peringkat awal kanak-

    kanak.

    2.4 Kesimpulan

  • HBMS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH

    Secara umumnya, setiap pendekatan muzik sama ada Orff, Kodaly, atau Dalcroze, memang

    sesuai diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Sebagai guru, kita

    seharusnya sentiasa berusaha untuk menambah ilmu dan mempelbagaikan kaedah pengajaran

    dan pembelajaran bagi memastikan ianya berkesan dan berjalan dengan baik. Ini amat penting

    bagi memartabatkan profesion guru muzik dan seterusnya dapat melahirkan murid-murid yang

    celik muzik.

    3. Rancangan Pengajaran Harian

  • HBMS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH

    Mata pelajaran : Pendidikan Muzik

    Tahun : 3 Amanah

    Masa : 3.10 3.30 petang (20 minit)

    Aspek : Pengalaman Muzikal

    Item : 2.2 Pengalaman Muzik

    Kemahiran : 2.2.1 Menyanyi

    Irama

    Melodi

    Ekspresi

    Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran ini, murid dapat:

    1. Menyanyi lagu dengan teknik yang betul mengikut irama,

    melodi, dan ekspressi.

    Pengetahuan Sedia : Murid pernah menyanyi beberapa buah lagu dengan pic yang betul

    secara Ada berpandu.

    Elemen Strategi : Kemahiran Berfikir

    Membuat gambaran mental

    Belajar Cara Belajar

    Mengingat kembali

    Kecerdasan Pebagai

    Kinestetik

    Verbal linguistik

    Penerapan Nilai : Bekerjasama, berdisiplin, yakin

    Bahan : Belon, kerincing, bahan maujud perkusi badan, Audio media,

    lirik lagu.

    Langkah Pelaksanaan

  • HBMS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH

    Langkah Isi Pelajaran Aktviti Pengajaran dan

    Pembelajaran Catatan / Bahan

    Set Induksi

    (3 minit)

    1. Pamer beberapa keping gambar

    Tajuk : Hari Nak

    Hujan

    1. Guru bersoaljawab dengan murid berdasarkan kepada

    gambar yang dipamerkan.

    2. Murid menjawab soalan guru.

    3. Guru mengaitkan gambar tersebut dengan tajuk lagu

    yang akan dipelajari.

    BBB : Powerpoint (gambar)

    Kecerdasan pelbagai

    Langkah 1

    (3 minit)

    1. Latihan pernafasan

    2. Latihan menepuk irama

    1. Guru mengarahkan murid membuat latihan pernafasan

    dengan meniup belon.

    2. Murid mengikut arahan guru.

    3. Guru mengarahkan murid mendengar lagu.

    4. Murid mendengar lagu. 5. Guru membimbing murid

    menepuk irama lagu yang

    didengar.

    6. Murid membuat latihan menepuk irama lagu.

    BBB : lirik lagu, audio media,

    kerincing, belon,

    perkusi badan

    BCB: mengingat kembali

    Langkah 2

    (5 minit)

    1. Latihan menyanyi

    corak irama lagu

    melodi

    ekspresi o mud

    1. Guru mengarahkan murid menyanyikan lagu sambil

    membimbing murid

    menepuk corak irama lagu.

    2. Murid menyanyi lagu sambil menepuk corak

    irama lagu.

    3. Guru mengarahkan murid menyanyi melodi lagu dan

    ekspresi mengikut pic yang

    ditetapkan.

    4. Murid menyanyi dengan betul.

    BBB : lirik lagu, audio media,

    kerincing, perkusi

    badan

    KB : membuat gambaran mental

    Langkah 3

    (5 minit)

    1. Nyanyian dan gerakan

    1. Guru mengarahkan murid mereka gerakan mengikut

    lirik lagu.

    2. Murid mengikut arahan guru.

    3. Guru mengarahkan murid bergerak mengikut lirik

    lagu.

    4. Murid mengikut arahan guru.

    BBB: lirik lagu, audio media,

    kerincing, perkusi

    badan

    Penutup

    (4 minit)

    1. Persembahan kelas

    Nyanyian dan

    1. Guru mengarah murid menyanyi sambil membuat

    BBB: lirik lagu, audio media.

  • HBMS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH

    gerakan gerakan.

    2. Murid mengikut arahan guru.

    3. Guru memberi pujian dan menekan nilai-nilai murni

    yang terdapat dalam setiap

    aktiviti yang telah dilakukan

    murid.

    Kecerdasan pelbagai

    Nilai : bekerjasama,

    berdisipin, yakin

    4. Refleksi

  • HBMS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH

    Semasa saya merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini, saya telah membuat

    rumusan beberapa pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik yang bersesuai

    kepada aspek muzik yang akan saya ajarkan kepada murid-murid. Selain itu, saya juga

    mengambil kira keperluan dari segi bilik darjah, bahan-bahan dan kesediaan murid itu sendiri

    bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Aspek lain yang harus

    diambil kira ialah segi perancangan langkah pengajaran dan pembelajaran, pengawalan dan

    arahan guru dalam kelas.

    Setelah meneliti kaedah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian, saya

    telah memilih kaedah pendekatan Kodaly dan kaedah pendekatan Dalcroze. Gabungan kedua-

    dua kaedah ini amat sesuai dengan aspek muzik yang saya akan ajar kepada murid-murid iaitu

    nyanyian dan gerakan.

    Pada langkah set induksi, saya telah memuat turun beberapa gambar digital berkaitan dengan

    tajuk lagu iaitu Hari Nak Hujan dan membina persembahan powerpoint bagi melancarkan

    pengajaran dan pembelajaran. Bahan ini lebih mudah, berkesan dan menjimatkan masa. Saya

    berasa gembira dan yakin kerana pasti murid akan memberikan jawapan yang betul. Semasa set

    induksi, murid sudah menunjukkan minat dan boleh menjawab semua soalan yang saya

    kemukakan dengan betul. Malahan ada diantara murid yang sudah dapat meneka tajuk lagu,

    mungkin juga kerana sebelum ini mereka sudah pernah mendengar lagu ini dinyanyikan di media

    atau mereka mendengar saya mengajar tajuk lagu yang sama di kelas-kelas yang lain.

    Pengetahuan sedia ada murid ini telah memudahkan pembelajaran dan perubahan tingkah laku

    murid yang positif dalam bilik darjah.

    Langkah yang pertama adalah latihan pernafasan dan latihan menepuk irama. Saya

    mengarahkan murid-murid berdiri dan mengaplikasikan teknik menyanyi iaitu postur yang betul

    sebelum latihan pernafasan. Selain itu, saya juga menekankan nilai murni berdisiplin dan

    mematuhi arahan agar bilik darjah terkawal. Saya telah mengedarkan belon kepada semua murid

    dan mengarahkan mereka untuk meniup belon tersebut. Murid-murid mematuhi arahan saya dan

    melakukan aktiviti tersebut. Ada juga beberapa orang murid yang bertanya, kenapa belon itu

    ditiup. Saya menerangkan itu adalah latihan pernafasan sebelum aktiviti menyanyi. Selepas

    aktiviti itu, saya mempamerkan lirik lagu dan mengarahkan murid mendengar lagu Hari Nak

  • HBMS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH

    Hujan dengan penggunaan audio media bergambar agar murid berasa seronok. Setelah itu, saya

    membimbing mereka untuk merasai irama lagu tersebut. Langkah ini berjalan dengan lancar.

    Pada langkah ke-2 pula, saya mengarahkan murid cuba jaya menyanyikan lagu ini diiringi

    lagu minus one sambil membimbing mereka menepuk corak irama. Murid-murid mematuhi

    arahan saya. Seterusnya, saya mengarahkan mereka menyanyikan melodi lagu dan ekspresi

    mengikut pic yang ditetapkan. Ini bagi memastikan mereka menguasai melodi dan ekpresi lagu

    ini. Langkah ini Berjaya dilaksanakan dengan baik kerana murid-murid menunjukkan

    penguasaan terhadap lagu ini.

    Seterusnya langkah ke-3, saya mengarahkan murid mereka gerakan berdasarkan kepada lirik

    lagu ini. Murid-murid menunjukkan daya kreativiti masing-masing mereka gerakan yang sesuai

    dengan lirik lagu. Langkah ini juga dilaksanakan dengan jayanya kerana murid-murid

    menunjukkan sikap positif dalam aktiviti mereka pergerakan. Saya berasa gembira kerana murid-

    murid seronok melakukan aktiviti ini.

    Penutup bagi aktiviti pembelajaran dan pembelajaran ini, saya mengarahkan murid menyanyi

    sambil membuat gerakan secara kelas memandangkan masa tidak mencukupi untuk aktiviti

    persembahan. Murid-murid berasa seronok melakukan gerakan dan ada yang membuat gerakan

    sambil menari. Saya memuji kerjasama dan perhatian murid-murid dalam setiap aktiviti yang

    dilakukan sambil menekan nilai-nilai murini yang terdapat dalam setiap aktiviti tersebut.

    Kesimpulan daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan ini, kekuatan

    dalam penggunaan bahan pelbagai adalah daya tarikan kepada murid untuk menumpukan

    perhatian sepenuhnya kepada guru, selain daripada itu kekuatan dari segi kaedah pendekatan dan

    penyampaian yang sesuai menimbulkan minat murid untuk mempelajari konsep muzik dengan

    lebih mudah. Dari segi kelemahan pula, adakalanya saya tidak dapat mengawal murid-murid

    yang terlalu aktif kerana mereka berada pada tahap yang sangat seronok dan masing-masing

    ingin menonjolkan diri dalam aktiviti ini. Dan ini mengakibatkan kelas menjadi bising. Oleh

    yang demikian, kawalan kelas amat penting bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran

    berjalan dengan lancar. Secara keseluruhannya, objekttif pengajaran dan pembelajaran ini

    tercapai dengan sepenuhnya. Ini adalah kerana murid-murid menunjukkan perubahan

    tingkahlaku yang positif dari segi penguasaan kemahiran dan daya kreativiti.

  • HBMS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH

    5. Lampiran

    5.1 Maklumat mengenai Keadah Orff-Schulwerk

    5.2 Maklumat mengenai Zoltan Kodaly

    5.3 Maklumat mengenai Carl Orff

    5.4 Maklumat mengenai Jaques Emily Dalcroze

    5.5 Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Muzik (powerpoint)

  • HBMS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

    SALLYJOHNNY@NURHIDAYAHJOHNNYABDULLAH

    6. Rujukan

    1) Caroline Ling. (1989). Pembelajaran Muzik. Kuala Lumpur: Longman Malaysia

    2) Khairul Bariah Haroen, Khalijah Mohamed, Zaiton Mohamad, Zaharah Abd Manap,

    Yusri Hj. Hussain (2011). HBMS1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK : OUM

    3) Shamsir Alam Mohd Arshad, Abdul Razak Abd Rahman, Nadiah Hayati Omar, Edna

    Wellington. (2010). MZU3111 MODUL PENDEKATAN PENGAJARAN MUZIK.

    PGSR. IPG : Kementerian Pelajaran Malaysia, Cyberjaya.

    4) http://mzu3111.blogspot.com/2009/11/zoltan-kodaly.html; diakses pada 21.02.2012,

    6.13pm