pengenalan muzik klasikal

Upload: adang30

Post on 14-Jan-2016

71 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

mz klasikal

TRANSCRIPT

1.PENGENALAN MUZIK KLASIKAL

Zaman Klasikal ataupun lebih dikenali dengan Zaman Viennese bermula dari tahun 1750 hingga 1820. Pada era klasikal, idea-idea baru telah mula bercambah dan budaya barat mula berubah. Rakyat biasa mula mempersoalkan kemampuan golongan istana dan memperjuangkan hak individu. Di Amerika Utara, Koloni British melalui kesatuan Boston Tea Party mengadakan protes berkenaan cukai. Revolusi di Amerika Utaradan Perancis serta peperangan Napoleon menyebabkan keadaan politik dan ekonomi tidak stabil. Seni muzik dapat dinikmati kepada rakyat jelata. Kegiatan muzik berpusat di Vienna. Komposer-komposer berpeluang bekerja secara persendirianserta berkarya di bawah naungan golongan bangsawan. Karya-karya mereka dipengaruhi oleh muzik rakyat dan muzik popular pada masa itu. Persembahan muzik bukan sahaja terhad di istana malahan di tempat-tempat awam kawasan persendirian. Perubahan ini dipengaruhi oleh seni reka, seni bina dan seni lukis orang Greek dan Rom. Revolusi di Amerika dan Perancis serta peperangan Napoleontelah mengakibatkan kuasa politik dan ekonomi diambil alih oleh golongan rakyat jelata. Berikutan dengan itu, seni muzik juga mnjadi lebih terbuka kepada rakyat jelata. Pada masa itu kegiatan muzik berpusat di Vienna.Komposer-komposer berpeluang bekerja secara persendirian atau di bawah naungan golongan bangsawan. Karya-karya mereka dipengaruhi oleh muzik rakyat dan muzik popular. Persembahan muzik bukan sahaja terhad di istana malahan di tempat-tempat awam dan di rumah-rumah persendirian.

2.KRONOLOGI MUZIK ZAMAN KLASIK

3.CIRI-CIRI MUZIK ZAMAN KLASIKAL Muzikera klasikal adalah lebih merdu dan senang dinyanyikan

Melodinya juga berunsur simetri dan seimbang.

Muzik era klasikal kaya dengan pelbagai corak irama.

Penggunaan sinkopasi, fermatta luar jangkaan, perubahan nilai not menambahkan kepelbagaian corak irama dalam muzikera klasikal.

Muzikera klasikal mempunyai tekstur homofoni. Terdapat perubahan daripada satu tekstur ke tekstur yang lain sama ada secaraberansur-ansur atau mendadak.

Mud muzikera klasikal sentiasa berubah-ubah dan mempunyai kepelbagaian. Perubahan mud juga boleh berlaku secara beransur-ansur atau mendadak.

Muzikera klasikal tidak lagi menggunakan basso continuo seperti yang terdapat pada era baroque.

Muzik era klasikal lazimnya berbentuk sonata, rondo, tema dan variasiserta minuet dan trio.

Jenis muzik era klasikal terdiri daripada muzik instrumental dan muzik kamar. Contohnya, simfoni, concerto dan sonata. Muzik kamar era klasikal terdiri daripada string quartet, piano trio, piano sonata dan clarinet quintet.

Bentuk sonata merupakan bentuk yang penting digunakan untuk membina babak yang pertama dalam karya yang besar.

Orkestra era klasikal terdiri daripada empat seksyen iaitu seksyen alat bertali, sekyen alat tiup kayu, seksyen alat brass dan seksyen alat perkusi. Bilangan pemuzik lebih ramai berbanding orkestra era Baroque. Dalam orkestra era klasikal, alat bertali merupakan seksyen yang paling dominan kerana alat bertali lebih banyak memainkan melodi. Alat tiup kayu menghasilkan warna ton yang kontras. Alat ini kerap memainkan bahagian solo. Alat tiup kayu membantu melengkapkan harmoni. Timpani merupakan alat perkusi yang popular dalam orkestra era klasikal. Melodi pada zaman klasik lebih pendek, frasa lebih clear-cut dan kelihatan lebih jelas.

4.GENRE ATAU JENIS MUZIK ZAMAN KLASIKAL

Terdapat 2 jenis genre muzik vokal yang lazimnya digunakan dalam Muzik Zaman Klasik. Genre tersebut adalah seperti berikut;

i. .Oratorio

ii. .Opera ( Seria dan Buffa )

i.Oratorio

Oratorio merupakan suatu karya seni yang mengandungi muzik okestra, nyanyian koir, solo, duet yang dinyanyikan secara aria dan recitatif. Dalam genre ini, tiada lakonan, props mahupun kostum malahan latar balakang. Muzik dan lagu yang disampaikan adalah berunsur keagamaan. Namun begitu, oritorio pada zaman ini kurang popular dan kurang mendapat sambutan. Namun begitu, terdapat 2 oratorio yang agak popular iaitu The Creation dan The Sessone oleh Haydn.

ii.Opera

Di dalam opera, ianya adalah karya produksi muzikal yang melibatkan beberapa elemen muzikal, nyanyian koir, solo dan duet. Dalam opera juga, ianya adalah dilakonkan dan menggunakan kostum dan juga props serta latar belakang bagi mewujudkan kesan dan persepsi penonton. Dalam persembahan opera, penciptaan opera diutamakan dan dititikberatkan dan kemudian baharulah muzik instrumental dimasukkan.

Terdapat 2 jenis opera yang terkenal pada zaman klasik iaitu Opera Seria dan juga Opera Buffa. Opera Seria mempunyai plot-plot yang kompleks dan dimainkan lagu-lagu yang merdu sahaja sambil dinyanyikan oleh castrati. Opera Buffa pula merupa opera yang wujud dalam plot hasil opera Seria. Opera Buffa ini kebanyakkanya melakonkan watak-watak ataupun kisah-kisah komedi dan kisah yang disampaikan berkisar kepada rakyat dalam kelas sederhana dan rendah. 2.Genre Muzik Instrumental

Terdapat 3 genre muzik instrumental iaitu;

i. Simfoni

ii. Koncertoiii. Muzik kamar sonata dan kuartet bertali

i.Simfoni

Merupakan genre yang paling penting dalam zaman Klasik kerana ia wujud di dalam zaman ini. Pada awalnya simfoni dicipta untuk hiburan di istana sahaja. Simfoni ini pendek dan hanya dalam 4 babak sahaja. Babak 1 mengandungi sonata, iaitu eksposisi, perkembangan, rekapitulasi ( Bentuk Temari ABA) sementara babak 2,3, dan 4 mengandungi muzik yang pendek. Setiap babak mempunyai kesatuan tersendiri dan disatukan oleh motif dan lain-lain ciri yang ketara ialah Simfoni No 40 dalam G Minor- first movement (Mozart) dan Simfoni No 5 dalam C Minor - first movement (Ludwig Van Beethoven).

ii.Orkestra

Merupakan sekumpulan pemuzik yang memainkan alat bertali, perkusi, bras dan alat tiupan. Orkestra yang standard memainkan genre simfoni diperkembangkan di negara Itali dan Jerman oleh Sammastini dan Johann Stamitz dari 20 pemuzik hingga ke 60 orang pemuzik ( akhir zaman klasik ). Alat-alat yang terlibat adalah keluarga bertali, flut, klarinet, basun 2 trumpet dan hon Perancis. Alat-alat tersebut berfungsi mengiringi kumpulan orkhestra membuat persembahan, menghasilkan iringan harmoni bagi yang berrenj rendah dan memberi warna ton kepada muzik yang dimainkan oleh pemuzik yang lain.

iii.Muzik Kamar

Ianya merupakan muzik yang dimainkan untuk pemuzik. Genre yang selalunya dimainkan adalah serenades, divertimenti, sonata dan kuartet bertali. Kebiasannya ianya dimainkan untuk hiburan golongan diraja dan pihak istana dibilik-bilik kecil dan juga di bilik tidur.

a. Sonata Muzik untuk piano dan alat-alat lainPada zaman ini, muzik instrumental menjadi genre yang penting. Alat Harpiscchord mula digantikan dengan alat piano yang dicipta pada zaman ini. Dengan ini, terdapat banyak karya untuk instrumental seperti sonata dicipta khas untuk alat muzik seperti piano, flut dan violin. b.Kuartet Bertali

Ia adalah ensembel dan juga genre yang terdiri daripada dua pemain violin, satu seco dan satu viola. Komposer pada masa itu mendapati bahawa keseimbangan warna ton dan cara yang ekspresif yang dihasilkan oleh keluarga bertali sesuai untuk dimainkan sebagai kamar.

5.LATAR BELAKANG JOHANN SEBASTIAN BACH (1685 1750 )

Johann Sebastian Bach(21 Mac168528 Julai1750) adalah seorang penggubahdan pemain organJermanyang prolifik. Karyabeliau bersifat keagamaandan sekularnyauntuk alat-alat muzikkoir,orkestradansolo telah menggabungkan beberapa elemen - elemenmuzik dalam era barokdan membawamuzikera tersebut ke peringkat kematangan muktamad. Walaupun beliau tidak memperkenalkan sebarang bentuk yang baru, beliau memperkayakan gayaJermanyang lazim dengan teknik gaya gerak imbang, pengawalan penyusunan harmonik dan motivik dari skala terkecil sehingga ke terbesar, dan pemadananiramadan jalinan dari luar negeri, khususnya dariItalidanPerancis. Ramai orang menganggap Bach sebagaipenggubahBarok yang terutama, serta salah seorang penggubah yang terutama dalam sejarah. Bersama-sama dengan tokoh-tokoh sepertiGeorge Frideric Handel, beliau merupakan salah satu tokoh yang terkemuka dalam peralihan daripadamuzik era barokkemuzik era klasikal.

Dilahirkan di Eisenach, Thuringia pada 21 Mac 1685 dan meninggal di Leipzig ketika berumur enam puluh lima tahun dalam keadaan buta pada 28 Julai 1750. Bach boleh bermain berbagai alat muzik termasuk organ, harpsikord dan klavikord. Pada 1703 untuk pertama kalinya beliau dilantik sebagai pemain organ di Neuekirche. Beliau mempelajari muzik vokal dan organ Buxtehude stail Jerman utara.Beliau mengambil alih jawatan Johann Georg Ahle sebagai pemain organ di Gereja St. Balsius pada 1708. Beliau diminta memberi cadangan tentang teknik bermain organ. Namun beliau meletak jawatan beliau kerana dibangkang oleh Pietists kerana penggunaan karya muzik gereja beliau terlalu beradun dan kompleks.Gott ist mein Konig, kantata No.71 merupakan karya muzik organ dan harpiskord yang pertama yang telah dicetak. Pada 1714 beliau dilantik sebagai pemain organ istana di Weimar dan ketua konsert orkestra kamar yang ditubuhkan oleh Duke Ernst August. Dengan dipengaruhi oleh stail Itali beliau mencipta karya untuk organ seperti prelude, fugues dan toccata, disamping mencipta muzik kantata.

Pada 1717 beliau menjadiCapellmeisterdi istana Prince Leopold. Bach banyak mencipta muzik jenis keagamaan dan antara muzik instrumental yang dicipta ialah muzik kibod dan muzik kamar untuk pengajaran dan konserto. Pada 1720 beliau menggantikan Johann Kuhnau sebagai kantor di sekolah koir St Thomas disamping menjadi pengarah muzik di beberapa gereja di Leipzig.

Di Leipzig, merupakan tahun-tahun yang terakhir bagi Bach dan beliau telah mencipta muzik koral termasuk kantata, Mass, Passion,Magnificat in D major(S. 243), Christmas Oratorio. Beliau juga mencipta muzik harpsikord dan organthe Musical Offering(S. 1079) danthe Art of Fugue(S. 1080). Bach mempunyai stail penciptaan yang tersendiri. Ini adalah hasil dari mengkaji karya-karya komponis lain dan menggunakan kaedah meniru atau menggubah skor, mengasimilasikan ciri-ciri yang terbaik dari setiap komponis. Beliau telah mencipta boleh dikata semua genre muzik kecuali opera.

Beliau mencipta 200 karya organ, muzik untuk Harpsikord dan Klavikord, muzik kamar, muzik untuk orkestra, muzik vokal termasuk mass, kantata (gereja dan sekular), oratorio, motet dan lain-lain muzik.Karya-karya Bach yang dihormati kerana mempunyai sifat intelektual yang mendalam, penguasaan teknik, dan keindahan seni, telah mengilhami kesemua ahli muzik dalam tradisiEropah, daripadaMozartsehingga ke Arnold Schoenberg. Antara karya-karyanya ialah:

1.Karya Berasaskan Suara;

1.1 Cantatas

1.2 Motets

1.3 Liturgical works in Latin

1.4 Passions and oratorios

1.5 Secular cantatas

1.6 Chorales

1.7 Songs and arias

2.Karya Berasaskan Organ;

2.1 Trio sonatas for organ

2.2 Preludes and Fugues, Toccatas and Fugues, Fantasias and Fugues, and Passacaglia and Fugue for organ

2.3 Trios and miscellaneous pieces for organ

2.4 Concerti for organ

2.5 Chorale Preludes I: Orgelbchlein (Little Organ Book)

2.6 Chorale Preludes II: Schbler Chorales

2.7 Chorale Preludes III: "Leipzig" Chorale Preludes ("The Great Eighteen" chorales)

2.8 Chorale Preludes IV: "German Organ Mass", part of Clavier-bung III

2.9 Chorale Preludes V: Kirnberger chorale preludes

2.10 Miscellaneous chorale preludes

2.11 Partitas and chorale variations

6.ANALISIS KARYA JOHNN SEBASTIAN BACH

Dalam analisis salah satu karya agung yang dihasilkan oleh Johnn Sebastian Bach, saya telah memilih salah satu karya koncerto ciptaan beliau. Tajuk karya yang saya pilih adalah Concerto Grosso (Brandenburg Concerto ). Lagu ciptaan tersebut dimainkan dalam tangganada D Major.

i.Latar Belakang KaryaLagu tersebut dihasilkan oleh Johnn Sebastian Bach pada tahun 1721. Concerto Grosso bermaksud jenis karya muzik instrumental yang mengandungi alat-alat bertali yang dibahagikan kepada dua kumpulan : tutti atau ripieno ialah orkestra penuh melawan concertino dengan sekumpulan 2-3 pemain muzik. Dengan itu, ianya akan memberi kesan kontras yang lebih jelas. Concerto Grosso telah dicipta oleh J.S.Bach dan ditujukan kepada Christian Ludwig, dengan harapan untuk mendapat peluang pekerjaan di bawah institusi muzikal beliau. Motif Concerto ini adalah berulang dan terdapat banyak ulangan dalam karya ini tetapi ditambah dan diselang seli dengan motif yang baru. Walaupun diulang-ulang lagunya tetapi masih ada kelainan dalam sesetengah bahagian. Terdapat imitasi dan sekuen yang digunakan oleh Mozart dalam bar ke 5 dan seterusnya dalam simfoni ini.

ii.Tekstur / Jalinan Karya

Persembahan serentak, dua atau lebih lapisan melodi yang agak sama membentuk tekstur polifoni ( bunyi yang banyak). Dalam polifoni, beberapa lapisan melodi berganding dan berlingkar untuk mendapat perhatian. Ini akan menambah dimensi yang boleh dikaitkan dengan perpektif dalam lukisan; Setiap lapisan melodi memperkaya lapisan melodi lain. Teknik menggabungkan beberapa lapisan melodi dalam sesuatu karya secara menyeluruh dipanggilcounter-point(contrapuntal). Lazimnya muzik polifoni mengandungiimitasi. Dalam lagu Concerto Grosso tersebut, karya dihasilkan dalam polifoni. Apabila tutti bermain, tekstur menjadi agak tebal dan tekstur menjadi nipis apabila alat solo ripieno mengambil alih untuk bermain.iii.Genre

Genre muzik yang terdapat di dalam karya Concerto Grosso adalah dalam genre muzik instrumental. Ini adalah kerana terdapat sekumpulan pemuzik yang memainkan alat muzik bertali, perkusi, bras dan alat tiupan kayu. Fungsi alatan muzik tersebut adalah berfungsi sebagai nadi ataupun tulang belakang kepada persembahan sesebuah kumpulan orkestra. Alat-alat muzik yang bernj rendah akan menghasilkan iringan harmoni dan violin merupakan watak utama di dalam memainkan melodi lagu tersebut.. Concerto Grosso merupakan karya yang mempunyai nilai yang tinggi yang dicipta oleh Johnn Sebastian Bach dan mempunyai suasana yang riang, lambat, dan unik. Melodinya merdu dan menarik. Terdapat empat pergerakan tempo dalam lagu ini iaitu:

i) Pergerakan sangat cepat (Allegro )

ii) Pergerakan lambat (Andante, )

iii) Pergerakan gemalai minuet (Menuetto) dan

iv) Pergerakan cepat (Allegro)

iv.Dinamik

Pergerakan minuet bermula dengan agak keras dalam tekanan lagu ini iaitu dalam prasa (rangkai lagu) 3 bar. Oleh sebab itu saya melebelkan lagu ini minuet. Ianya amat sesuai untuk tarian gemalai klasik. Tema yang pertama bermula dengan nada muram tetapi itu hanyalah pada permulaannya sahaja. Pergerakan berikutnya cepat dengan iringan alat-alat muzik yang dimainkannya lebih rendah seperti viola. Teknik permulaannya bermula dengan iringan alat-alat muzik oleh Johnn Sebastian Bach dalam concerto grosso ( gubahan muzikal untuk satu atau lebih alat solo dan orchestra) akhirnya. Pergerakan lagu ini juga terdapat irama yang romantic /gemalai (minuet).Mempunyai corak irama yang sangat menarik seolah-olah ia dibentuk untuk menjadi melodi. Concerto ini menjadi lebih menarik melodinya kerana pergerakan tempo yang cepat dan lambat di selang selikan dengan teratur. Kedengaran Concerto ini lancar dan licin walaupun dimainkan dengan cepat. Apa yang menarik tempo yang lambat dan minuet ini dapat dimainkan dengan baik dan simfoni ini menjadi bertambah harmoni.v.Alat-Alat Muzik Yang Digunakan

Di dalam karya Concerto Grosso (Brandenburg Concerto ) ini, terdapat banyak alat muzik yang digunakan. Ianya termasuklah alat-alat tiupan, bertali dan gesekkan. Gubahan yang dibuat adalah untuk alat muzik atau pun orkestra yang memainkan karya ini mengandungi alat-alat muzik seperti 2 Oboi (oboe), 1 Clarinetti in B (clarinet), 1 Flauto (flute), 1 Fagotti, 1 Carno in Balto, 1 Carno in G, 2 Violino, 1 Violin dan 1 Violoncello Basso.Alat-alat muzik ini adalah amat penting kerana alat muzik tersebut merupakan tulang belakang kepada persembahan concerto grosso ini. Alat muzik yang berenj rendah digunakan untuk menghasilkan iringan harmoni. Violin 1 merupakan alat utama untuk memainkan melodi. Alat tiupan kayu pula digunakan untuk memberi warna ton manakala alat bras pula berfungsi adalah terhad dan hanya digunakan untuk memainkan bahagian-bahagian yang memerlukan fanfare sahaja. Alat perkusi timpani pula digunakan untuk memberi penekanan kepada suasana klimaks lagu tersebut dengan bunyi yang tonik.

v.iAlat Muzik Yang Digunakan;

a)Oboe

Oboe adalah

musik" alat muzik double reed jenis woodwind. Ia adalah keturunan dari shawm. Adalah dipercayai bahawaoboe berasal dari

Perancis" bahasa Perancis hautbois, bererti "high wood". Alat muzik ini kadang-kadang masih disebut hautboy dalam

Inggris" bahasa Inggris yang memainkan oboe disebut obois.

b)Klarinet

Alat muzik klarinet ini merupakan jenis muzik bardasarkan cara memainkanya dengan cara ditiup buluh tunggal yang dapat bergetar. Alat muzik ini biasanya diperbuat daripada kayu atau logam yang diberi lubang-lubang dan gamitan, menghasilkan suara kecil melengking (nomina). Klarinet adalah instrumen muzik dari keluarga woodwind. Namanya diambil dari penambahan akhiran "-et" yang berarti "kecil" pada kata Itali "clarino" yang berarti "trompet". Sama seperti saksofon, klarinet dimainkan dengan menggunakan satu reed. Klarinet merupakan keluarga instrumen terbesar, dengan ukuran dan pitch yang berbeda-beda. Kata klarinet umumnya merujuk pada soprano klarinet B, yang merupakan klarinet terumum. pemain klarinet disebut klarinetis.

c)Flute

d).Violin

e)Viola

f)Cello

Kesimpulan

Concerto Grosso (Brandenburg Concerto ) No 5 dalam nada D Major merupakan ciptaan Johnn Sebastian Bach yang lengkap pada tahun 1721 yang sedap dan merdu didengar juga menarik serta unik. Ianya adalah Concerto yang popular dan merupakan salah satu karya Johnn Sebastian Bach yang terkenal dalam zaman Klasikal Eropah. Tempo lagu Concerto ini adalah dalam allegro dan kadangkala diselang seli andante dan juga minuet. Concerto ini bertanda masa 6/8. Gubahan ini mengandungi hampir kesemua not dalam muzik iaitu not, minim, krocet, kuaver dan semikuaver. Gubahan yang dibuat ini adalah untuk alat muzik atau pun orkestra yang memainkan karya ini mengandungi 2 Obei, 1 Clarinet, 1 Flute, 1 Fagotti, 1 Carno in Balto, 1 Carno in G, 2 Violino, 1 Violin dan 1 Violoncello Basso. Terdapat empat pergerakan tempo dalam simfoni ini iaitu pergerakan sangat cepat ( MoltoAllegro 2/2), pergerakan lambat (Andante, 6/8), pergerakan gemalai minuet (Menuetto Trio, 3/4) dan pergerakan cepat (Allegroassai, 2/2). Ada juga pergerakan bentuk sonata. Concerto ini berbentuk ABC. Kesimpulannya Concerto ini menarik dan unik sekali.

RUJUKAN

1. Pravina Manoharan, Kamarudin Ahmad, Mohd Azam Sulong, Janet Tan Goon Hong, (2010) . HBMS3404 Teknologi dan Alat Muzik. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia.

2. Prof Madya Zaharul Lailiddin Hj Saidon, Mohd Nizam Hj Nasrifan, (2010) HBMS3103 Pengajaran Muzik IV. Kuala Lumpur : Open Universiti Malaysia.

3. Pravina Manoharan (2009) HBMS2103 Pengajaran Muzik 2. Kuala Lumpur : Open Universiti Malaysia.

4. Mohd Azam Sulong, Ghazali Abdul Ghani, Mahayuddin Abdul Rahim, Mohd Niam Haji Hasrifan . (2009) HBM2203 Pengajaran Muzik III. Kuala Lumpur : Open Universiti Malaysia.

5. HBMS1203 Pengajaran Muzik 1. Kuala Lumpur : Open Universiti Malaysia.

6. HBMS1103 Pengenalan Pendidikan Muzik . Kuala Lumpur : Open Universiti Malaysia.C. H. Lee ( 2004 ). Pendidikan Muzik KBSR Tahun 1. Seberang Prai , Penang : Rhytham.