hbml2203_pembestarian pembelajaran dan pengajaran bahasa melayu

Upload: nin-nabari

Post on 04-Apr-2018

313 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Hbml2203_pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu

    1/17

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    SEMESTER JANUARI 2011

    HBML2203

    PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN

    PENGAJARAN BAHASA MELAYU

  • 7/30/2019 Hbml2203_pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu

    2/17

    HBML2203

    ISI KANDUNGAN

    BIL PERKARA MS

    1.0 Pengenalan 2

    2.0 Definisi Konsep Pembelajaran Bestari 3

    3.0 Strategi Mediatif 3

    3.1 Strategi mediatif dalam pembelajaran bestari

    3.2 Langkah-langkah pengajaran mediatif

    4.0 Strategi Kontekstual 6

    4.1 Strategi kontekstual dalam pembelajaran bestari

    4.2 Langkah-langkah pengajaran kontekstual

    5.0 Amalan Pedagogi Bestari Di Sekolah Yang Dikaji 9

    6.0 Penambahbaikan Strategi Mediatif 10

    7.0 Penambahbaikan Strategi Kontekstual 12

    8.0 Rumusan 14

  • 7/30/2019 Hbml2203_pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu

    3/17

    HBML2203

    1.0 Pengenalan

    Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada pemilihan strategi

    yang sesuai. Pelbagai strategi pengajaran diamalkan oleh guru seperti strategi

    berpusatkan guru, strategi berpusatkan murid, dan strategi berpusatkan bahan. Dalam

    pedagogi bestari, strategi berpusatkan murid diamalkan kerana mengutamakan

    pembelajaran berasaskan aktiviti. Guru hanya sebagai fasilitator yang membimbing

    pelajar melaksanakan aktiviti sama ada secara kumpulan atau individu manakala pelajar

    memainkan peranan yang penting dan melibatkan diri secara aktif. Dalam pedagogi

    bestari, guru digalakkan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran

    untuk mengoptimumkan pembelajaran. Strategi yang dipilih untuk pengajaran dan

    pembelajaran efektif mesti memenuhi keperluan pelajar dan ia sesuai dengan iklim

    sekolah. Strategi pembelajaran bestari terbahagi kepada sembilan jenis iaitu Strategi

    Direktif, Strategi Pemerhatian, Strategi Mediatif, Strategi Generatif, Strategi Kolaboratif,

    Strategi Konteks Luar, Strategi Metakognitif, Strategi Kontekstual dan Kajian Masa

    Depan.

    Responden yang terlibat dalam kajian ringkas ini melibatkan lima orang guru

    Bahasa Melayu di salah sebuah sekolah kebangsaan di daerah Sibu (Sila Rujuk

    Lampiran). Strategi pembelajaran dan pengajaran guru yang saya pilih bagi tujuan

    pemerhatian dan dibuat penambahbaikan dalam pembelajaran bestari ini adalah

  • 7/30/2019 Hbml2203_pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu

    4/17

    HBML2203

    2.0 Definisi Konsep Pembelajaran Bestari

    Terlebih dahulu marilah kita singkap apakah yang dimaksudkan dengan konsep

    pembelajaran bestari. Pembelajaran bestari merupakan usaha untuk menggilap dan

    mengukuhkan seluruh potensi insan yang sedia ada untuk kesejahteraan masyarakat dan

    Negara (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Pembelajaran bestari merupakan sistem

    pendidikan alaf baru bagi memenuhi tuntutan negara masa kini dan masa depan.

    Pembelajaran bestari adalah bermatlamatkan kepada perkembangan individu secara

    menyeluruh dengan memberi fokus bukan sahaja kepada domain intelektual semata-mata,

    tetapi juga domain afektif. Teknologi digunakan untuk memperkembangkan peranan

    pengajaran melampaui bilik darjah, mempertingkatkan kualiti pengajaran ke arah akses

    kendiri, terarah dan mengikut kadar pembelajaran individu untuk menghasilkan individu

    yang berilmu, cekap teknologi, bersifat global dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi

    dan ampuh menghadapi cabaran.

    3.0 Strategi mediatif

    Strategi mediatif adalah satu proses mengaplikasikan pengetahuan sedia adauntuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, membuat andaian, membuat inferens

    serta hipotesis. Strategi ini memberikan peluang kepada murid untuk menentukan secara

  • 7/30/2019 Hbml2203_pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu

    5/17

    HBML2203

    3.1.1 Pengurusan pembelajaran berpusatkan pelajar iaitu

    mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik

    minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran.

    3.1.2 Partisipatif iaitu menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif

    di mana guru memberi peluang kepada pelajar belajar sama ada

    secara individu, kumpulan dan kelas.

    3.1.3 Bersifat kolaboratif di mana pelajar bekerjasama di bawah

    bimbingan guru dan pelajar menguasai serta mengamalkan

    kemahiran sosial, nilai murni dan sikap saintifik semasa

    melakukan tugasan yang diberi sama ada secara berpasangan

    atau berkumpulan.

    3.1.4 Mengintegrasikan elemen pembelajaran bestari iaitu

    melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran

    melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar

    atau dengan kata lain gaya pembelajaran dan kecerdasan

    pelbagai.

    3.1.5 Berasaskan guru di mana guru sebagai pembimbing dan yang

    menentukan rangkaian serta perisian iaitu pendekatan, strategi

    serta teknik yang pelbagai Guru memberi pelajar kebebasan

  • 7/30/2019 Hbml2203_pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu

    6/17

    HBML2203

    3.2 Langkah-langkah pengajaran mediatif

    3.2.1 Perancangan / pra pembelajaran

    Pada peringkat perancangan ataupun pra pembelajaran dalam

    pengajaran mediatif ini, perkara yang perlu dilakukan oleh guru adalah

    melihat jadual pembelajaran untuk subjek yang diajar dengan mengambil

    kira lama masa mengajar, bilangan murid yang akan diajar, memilhobjektif kurikulum yang sesuai dan menyediakan murid untuk proses

    pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya guru mencari sumber atau bahan

    pengajaran yang hendak diajar kepada murid bersesuaian dengan tajuk

    pengajaran. Apabila bahan atau sumber diperolehi, guru hendaklah

    memastikan bahan sumber tersebut dapat berfungsi dengan baik apabila

    diajar kepada murid-murid. Pastikan peralatan seperti komputer dan LCD

    untuk mengajarkan sumber tersebut juga berfungsi sepenuhnya. Semua

    perkara ini perlu diambil berat oleh seorang guru pada peringkat

    pengajaran prapembelajaran mediatif bagi memastikan atau mewujudkan

    satu pengajaran yang berkesan dan berjaya serta mencapai objektifnya.

    3.2.2 Proses pembelajaran

  • 7/30/2019 Hbml2203_pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu

    7/17

    HBML2203

    peranan penting dalam merangsang dan menimbulkan sikap ingin tahu

    murid iaitu menggalakkan murid murid memberi idea. Guru tidak perlu

    beria-ia memindahkan konsep secara terus malahan membantu murid

    menyedari kesesuaian kurikulum atau mata pelajaran dengan objektif

    pelajaran.Guru berperanan penting menstruktur pelajaran yang diajar

    untuk mencabar persepsi murid. Guru turut memainkan peranan mentafsir

    dan menilai pencapaian pembelajaran secara berterusan melalui aktiviti di

    bilik darjah dengan menggunakan kaedah dan alat penilaian bukan hanya

    dalam bentuk ujian bertulis. Di samping itu guru turut menitikberaratkan

    persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan mengamalkan 3K

    (keselamatan, kesihatan dan kebersihan) dan memberikan masa yang

    mencukupi untuk pelajar melaksanakan tugasan pembelajaran.

    Peranan murid pula mencakupi aktiviti mengumpul maklumat,

    memproses dan menilai idea berdasarkan hipotesis, membuat kesimpulan

    tentang konsep baru, menghuraikan fenomena, menerangkan sebab,

    membukti dan membuat hipotesis. Murid juga memainkan peranan aktif

    dalam proses penaakulan secara induktif dan deduktif.

    3.2.3 Pasca pembelajaran

    Pasca pembelajaran merupakan proses terakhir dalam

  • 7/30/2019 Hbml2203_pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu

    8/17

    HBML2203

    yang dipelajari dengan pengalaman seharian perseorangan, masyarakat dan dunia

    pekerjaan.

    Pengajaran ini melibatkan perkongsian pemikiran dan pengalaman guru untuk

    memberi kefahaman kepada pelajar kerana proses pengajaran dan pembelajaran itu

    sendiri melibatkan pelajar, pengajar dan bahan pengajaran. Selain daripada itu,

    pengajaran ini juga menghubungkan isi pelajaran dengan dunia sebenar, proses interaksi

    antara pelajar dengan pelajar yang lain serta menjadikan situasi pengajaran di kelas

    sebagai simulasi kepada keadaan sebenar.

    4.1 Strategi kontekstual dalam pembelajaran bestari

    Prinsip-prinsip penting dalam pembelajaran kontekstual ialah seperti guru

    menggalakkan murid untuk belajar daripada satu sama lain, guru menggunakan

    penilaian sebenar, pembelajaran kontekstual bergantung kepada ingatan spatial

    guru dapat menyepadukan mata pelajaran-mata pelajaran yang berlainan dan

    penilaian autentik melalui pengalaman praktikal. Kaedah Pengajaran secara

    kontekstual mempunyai ciri-ciri yang perlu dilaksanakan agar pengajaran lebih

    berkesan seperti berikut:

    4 1 1 Guru menghubungkaitkan pengajaran dalam konteks pengalaman

  • 7/30/2019 Hbml2203_pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu

    9/17

    HBML2203

    4.1.3 Guru menyalurkan sesuatu pengajaran kepada pelajar dan pelajar

    boleh menggunakan maklumat yang ada untuk menyelesaikan

    masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang. Semasa

    pengajaran dijalankan, para pelajar didedahkan dengan aktiviti-

    aktiviti yang membolehkan mereka mengaplikasikan aktiviti dalam

    kelas dengan aktiviti di luar.

    4.1.4 Guru mewujudkan sikap bekerjasama yang baik dalam pengajaran

    dan menjadikan proses pengajaran lebih aktif dengan

    mempelbagaikan aktiviti yang melibatkan pelajar. Kesannya,

    membolehkan individu mengenalpasti minat dan keperluan

    pembelajaran yang unik, perbezaan individu dan pelajar lebih

    memahami aspirasi kumpulan.

    4.1.5 Guru akan menyalurkan pengetahuan mereka melalui kaedah-

    kaedah yang disarankan dalam kaedah pengajaran secara

    kontekstual dengan cara timbal balik. Guru akan membimbing

    pelajar menemui pengetahuan baru melalui penerokaan, pengujian

    dan mencari jawapan dengan bantuan penggunaan media

    pengajaran yang berkesan.

    4 2 Langkah-langkah pembelajaran kontekstual:

  • 7/30/2019 Hbml2203_pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu

    10/17

    HBML2203

    5.0 Amalan Pedagogi Bestari Di Sekolah Yang Dikaji

    Berikut merupakan maklumbalas daripada soal jawab bersama guru-guru yang

    menjalankan strategi bestari dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di

    sekolah yang dikaji. Penjelasan guru meliputi aspek pelaksanaan strategi bestari yang

    biasa dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Fokus soal jawab yang

    dikumpul untuk tugasan ini adalah tertumpu kepada strategi bestari yang paling kerap

    digunakan daripada soal selidik yang dibuat iaitu Strategi Mediatif dan Strategi

    Kontekstual.

    Guru A:Pengajaran mediatif adalah satu pendekatan yang membolehkan murid belajar untuk

    menilai isu, menghargai pandangan orang lain serta menggunakan pelbagai alternatif dalam

    menyelesaikan masalah. Pelajar membina idea dan konsep mengikut kefahaman sendiri

    berlandaskan pengetahuan lepas. Pelajar diberi bimbingan untuk mempelajari bagaimanamengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah.

    Guru B: Dalam pendekatan ini (mediatif), guru adalah sebagai perantara dengan

    mengemukakan soalan dan masalah bagi merangsang murid untuk meneroka pengetahuan.

    Seterusnya, mereka dapat merumuskan serta menggunakan konsep-konsep yang ditemui dalam

    menyelesaikan masalah.

    Guru C: Dalam proses pengajaran (mediatif), guru perlu mengelakkan diri daripada membuat

  • 7/30/2019 Hbml2203_pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu

    11/17

    HBML2203

    6.0 Penambahbaikan bagi Strategi Mediatif

    Mediatif

    Guru sebagaifasilitator dan

    pengantara

    Bimbingan diberikepada pelajar

    untukmempelajari:

    Membuatkeputusan

    Bagaimana mengaplikasi

    pengetahuan untukmenyelesaikan masalah

    Mengenalpastiandaian

    Menilai kebenaranandaian, keputusan danhipotesis

    Kombinasiproses

    memberi

    sebab,bimbingan danperbincangan

    terbuka

    Contoh AktivitiBercirikanMediatif

    Penyimpanan JurnalReflektif

    MengatursusunPanduan Belajar

    Persendirian

    Amalan KaedahInkuiri

    PenggunaanPelbagai Media

    Sesi Dialog

    Sesi Penyelesaianmasalah

  • 7/30/2019 Hbml2203_pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu

    12/17

    HBML2203

    pendekatan mediatif ialah seperti penaakulan dialektual, pemerolehan konsep,

    pembentukan konsep, latihan inkuiri dan perbincangan terbuka.

    Dalam pengajaran mediatif murid diberi kuasa dalam merancang dan mengawal

    proses pembelajaran, penyelesaian masalah, perancangan dan penilaian. Guru hanya

    melibatkan diri dalam proses menolong murid secara terus bagi mengaplikasikan

    pengetahuan menyelesaikan masalah dan konflik. Melalui pendekatan ini diharapkan

    murid dapat mengenal pasti strategi menggunakan kemahiran tersebut dalam

    menyelesaikan masalah berdasarkan kefahaman mereka. Murid akan mendapat kesedaran

    tentang apa yang telah dilakukan dan apa yang sepatutnya dilakukan pada masa akan

    datang. Guru hendaklah memberi peluang kepada murid untuk mencapai arah kendiri

    secara aktif dengan menghasilkan kaedah baru dalam penyelesaian masalah. Pendekatan

    ini menggabungkan aktiviti-aktivti penaakulan, bimbingan dan perbincangan terbuka.

    Lama-kelamaan ini akan mengurangkan pergantungan murid terhadap guru dan boleh

    berfungsi sendiri.

    Selain perbincangan terbuka, pendekatan utama yang lain dalam strategi

    mediatif adalah penguasaan konsep, pembentukan konsep dan penemuan. Penggunaan

    konsep adalah proses mendefinisikan konsep melalui ciri-ciri yang ditentukan bagi

    menggambarkan dengan tepat makna konsep tersebut.

    Dalam pengajaran penguasaan konsep, guru perlu membimbing murid melalui

    empat fasa Fasa pertama guru-guru akan menjelaskan matlamat aktiviti dan kaedah

  • 7/30/2019 Hbml2203_pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu

    13/17

    HBML2203

    mengenal pasti masalah, membuat hipotesis, mengumpul data, menganalisi data dan

    membuat generalisasi.

    Dengan menggunakan naluri ingin tahu murid, strategi mediatif yang

    menggunakan pendekatan inkuiri akan membantu murid untuk menyelesaikan masalah

    yang dihadapi mereka pada masa akan datang dengan lebih yakin, memilih angkubah

    yang relevan dan memperbaiki proses daya ingatan dalam mengintergrasikan bahan ke

    dalam struktur kognitif mereka serta memudahkan proses ingat kembali.

    Oleh itu, peranan guru dalam pengajaran mediatif melalui pendekatan inkuiri

    adalah membina situasi masalah, menyediakan prosedur penemuan, respon kepada

    penemuan murid, membantu murid memberi fokus penemuan mereka dan memudahcara

    perbincangan penyelesaian masalah dikalangan murid. Murid diharapkan dapat

    mengumpul maklumat, memproses dan menilai idea sendiri sebelum membuat

    kesimpulan terhadap konsep yang baru dipelajari.

    7.0 Penambahbaikan bagi Strategi Kontekstual

    Pengajaran konstektual membantu kita mengaitkan kandungan bahan belajar

    kepada situasi dunia sebenar dan memotivasikan murid untuk membuat hubungan antara

    apa yang dipelajari dalam bilik darjah dan bagaimana ilmu digunakan dalam kehidupan

  • 7/30/2019 Hbml2203_pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu

    14/17

    HBML2203

    mengapilikasi (A -applying) ilmu atau maklumat dalam situasi lain. Dalam pengajaran

    dan pembelajaran kontekstual, murid bekerjasama (C - cooperating) untuk memberi

    maklum balas dan berkomunikasi di kalangan ahli kumpulan dan guru. Akhirnya, murid

    diharapkan supaya belajar dalam konteks memindah (T -transferring) pengetahuan sedia

    ada serta pengetahuan membina yang mereka tahu.

    Konteksual

    menggabungkan isikandungan denganpengalaman harian

    individu, masyarakat danalam pekerjaan

    pembelajaran secara konkrityang melibatkan aktiviti Hands

    Ondan MindsOn

    Ciri-ciri

    Murid dapat memprosesmaklumat atau pengetahuan

    baru dengan cara yangbermakna dalam rangka minda

    Maklumatdisampaikan dalam

    konteks yangpelbagai danbermakna kepada

    murid

    Budaya

    Sosial

    Fizikal

    Psikologi

  • 7/30/2019 Hbml2203_pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu

    15/17

    HBML2203

    8.0 Rumusan

    Secara keseluruhannya, kaeadah pengajaran bestari meliputi pelbagai kaedah

    bestari. Terdapat pelbagai isi utama yang merangkuminya. Pengajaran mediatif

    membolehkan murid belajar untuk menilai pelbagai sudut pandangan tentang isu-isu

    kontroversi, menghormati pendapat orang dan menggunakan proses penyelesaian

    masalah. Pendapat utama pengajaran mediatif adalah membantu murid membina ilmu

    serta membentuk cara baru dan celik akal untuk mendekati dan menyelesaikan masalah.

    Pengajaran kontekstual pula membantu kita menghubung kait kandungan subjek kepada

    situasi kehidupan sebenar dan memotivasikan murid untuk membuat pertalian antara apa

    yang dipelajari dalam bilik darjah dengan bagaimana ilmu itu digunakan dalam

    kehidupan sebagai ahli keluarga dan warganegara. Pengajaran dan pembelajaran

    kontekstual menekankan penyelesaian masalah dan mengenal pasti keperluan untuk

    pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam pelbegai konteks seperti rumah,

    komuniti dan tempat kerja. Strategi ini juga mengajar murid membuat pemantauan dan

    pembelajaran arah kendiri supaya mereka akan menjadi murid yang berdikari. Pengajaran

    kontekstual menentukan pengajaran dalam pelbgai konteks hidup dan menggalakkan

    mereka untuk belajar daripada satu sama lain dan bersama-sama. Penilaian autentik

    digunakan uuntuk menilai pengajaran konstektual dan strategi mengajar. Adalah

    diharapkan agar dengan kajian ringkas ini akan dapat meningkatkan lagi keupayaan guru-

  • 7/30/2019 Hbml2203_pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu

    16/17

    HBML2203

    RUJUKAN

    Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (2003). Kementerian PelajaranMalaysia: Pusat Perkembangan Kurikulum.

    Khadijah Rohani Mohd. Yusof. (2007). Psikologi pendidikan. Kuala Lumpur: Open

    University (OUM).

    Modul Latihan Guru Bestari: Kursus dalam perkhidmatan (2006). Kementerian Pelajaran

    Malaysia: Bahagian Pendidikan Guru.

    Modul pengajaran dan pembelajaran bestari Bahasa Melayu. (1999). Kementerian

    Pelajaran Malaysia: Bahagian Pendidikan Guru.

    Pembelajaran kontekstual. (2001). Kementerian Pendidikan Malaysia: Pusat

    Perkembangan Kurikulum.

    Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub. (2004). Psikologi pembelajaran &

    personaliti. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

    Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani dan Mohd. Zohir bin Ahmad (2003). Pedagogi,

    strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Kuala Lumpur: PTS Publication

    & Distributors.

    Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan. (2004). Psikologi pendidikan.

    Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

    Tuan Jah Tuan Yusof. (2010). Pembestarian pembelajaran dan pengajaran Bahasa

  • 7/30/2019 Hbml2203_pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu

    17/17

    HBML2203

    16

    Lampiran

    Borang Soal Selidik Penggunaan Strategi Bestasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

    di sebuah Sekolah Kebangsaan di daerah Sibu.

    Nota: Maklumat daripada borang ini menunjukkan kekerapan guru-guru terlibat menggunakan strategi bestari semasa menjalankan

    pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas.

    Nilai kekerapan yang digunakan adalah :

    0TIADA 1 - JARANG 2 - SELALU 3 - SENTIASA.

    Strategi

    Pemer-

    hatian

    Strategi

    Mediatif

    Strategi

    Direktif

    Strategi

    Generatif

    Strategi

    Koperatif

    danKolaboratif

    Strategi

    Meta-

    kognitif

    Strategi

    Konteks-

    tual

    Konteks

    Luar

    Kajian

    Masa

    Depan

    GURU A 1 2 2 2 2 1 3 1 1

    GURU B 1 2 1 2 2 1 3 1 1

    GURU C 1 2 2 2 3 1 3 1 1

    GURU D 2 2 2 3 3 2 2 2 2

    GURU E 1 2 2 1 2 1 2 1 1

    Catatan Pemerhatian: Secara keseluruhannya aplikasi pedagogi bestari dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu

    oleh guru-guru di sekolah ini adalah pada tahap yang memuaskan. Walau bagaimanapun, masih terdapat

    ruang yang boleh dilakukan penambahbaikan seperti prosedur pelaksanaan strategi-strategi

    pembelajaran yang digunakan dan pengintegrasiannya dalam pengajaran dan pembelajaran.