hbef3503 aktiviti 1

13
0 HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF SEPTEMBER 2013 AKTIVITI 1 : K AJIAN DOKUMEN TENTANG PENDIDIKAN INKLUSIF NAME : Chen Yuk Lan @ Chen Ynuk Ming  MATRIC NUMBER : 690611125816001 IC NUMBER : 690611125816 TELEPHONE NUMBER : 0138810090 E-MAIL ADDRESS : [email protected] LEARNING CENTRE : Tawau Learning Centre 

Upload: cikguishmael

Post on 13-Apr-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HBEF3503 AKTIVITI 1

7/27/2019 HBEF3503 AKTIVITI 1

http://slidepdf.com/reader/full/hbef3503-aktiviti-1 1/13

0

HBEF3503

PENDIDIKAN INKLUSIF

SEPTEMBER 2013

AKTIVITI 1 : KAJIAN DOKUMEN TENTANG PENDIDIKAN INKLUSIF

NAME : Chen Yuk Lan @ Chen Ynuk Ming 

MATRIC NUMBER : 690611125816001 

IC NUMBER : 690611125816 

TELEPHONE NUMBER : 0138810090 

E-MAIL ADDRESS : [email protected] 

LEARNING CENTRE : Tawau Learning Centre 

Page 2: HBEF3503 AKTIVITI 1

7/27/2019 HBEF3503 AKTIVITI 1

http://slidepdf.com/reader/full/hbef3503-aktiviti-1 2/13

1

PENGENALAN

Salah satu reformasi pendidikan yang diberi perhatian khas ialah bidang Pendidikan Inklusif.

Konsep pendidikan inklusif bukanlah satu konsep yang baru dalam dunia pendidikan, malah

amalan pendidikan ini telah pun dilaksanakan di negara ini sejak tahun 1970-an iaitu denganmenempatkan kelas Pendidikan Khas murid berkeperluan khas di sekolah biasa.

Di Amerika Syarikat, program inklusif telah diwartakan dalam Public Law 94-142:

Education for All Handicapped Act pada tahun 1975 di mana pelajar-pelajar berkeperluan

khas wajib menerima pendidikan bersama rakan sedarjah mereka yang normal hingga ke

tahap yang maksimum sekiranya perlu. (Lewis & Doorlag, 1991). Pendidikan inklusif di

Malaysia diketengahkan hasil kajian semua atau pengkonsepan semula pendidikan khas pada

akhir tahun 1980-an oleh UNESCO dan University of London (UNESCO, 1988).

Menurut buku Perancangan Strategik Pendidikan Khas Wawasan 2020 (Kementerian

Pendidikan 1995), program inklusif telah pun dimasukkan dalam sasaran kerja utama

kementerian pendidikan. Menjelang tahun 2000 salah satu sasaran kkementerian ialah untuk

mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan khas di sekolah biasa. Langkah

sedemikian menunjukkan dengan jelas bahawa program inklusif akan menjadi sebahagian

daripada proses pendidikan yang penting pada masa akan datang. Murid berkeperluan khas

dapat menikmati segala peluang dan pembelajaran sebagaimana yang dirasai, dialami dan

dinikmati oleh rakan sebaya mereka yang normal iaiatu tanpa kecacatan dalam bilik darjah di

sekolah biasa. Kanak-kanak ini boleh berada di kelas biasa sepanjang masa atau sebahagian

sahaja bersama rakan sebaya mereka yang normal dan didampingi oleh seorang pembantu

guru yang terlatih khas dan seorang guru keas.

Bahagian seterusnya akan membincangkan kategori-kategori pelajar-pelajar yang

 berkeperluan khas, cara mengenalpasti pelajar berkeperluan khas dan teknologi sertainfrastruktur pelajar berkeperluan khas.

Page 3: HBEF3503 AKTIVITI 1

7/27/2019 HBEF3503 AKTIVITI 1

http://slidepdf.com/reader/full/hbef3503-aktiviti-1 3/13

2

A. KATEGORI INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS

Setiap pelajar yang dilahirkan ke dunia ini inginkan dirinya sempurna dari segi fizikal, metal

dan emosi. Mereka ingin menikmati keindahan alam semula jadi, ingin meneroka dunia ini

dengan bebas tanpa sekatan dan gangguan, ingin membesar dengan baik dan sempurna sertadapat bergaul mesra dengan keluarga, rakan sebaya dan masyarakat.

Pelajar-pelajar istimewa ialah pelajar yang mempunyai keperluan khas yang luar

 biasa. Pelajar ini mempunyai tingkahlaku yang tersendiri mengkut jenis keluarbiasaan atau

kecacacatan yang dialami. Pertumbuhan dan perkembangan golongan pelajar ini tidak

semuanya mengikut normal pertumbuhan dan perkembangan biasa. Keupayaan maksimum

mereka jauh kurang atau lebih berbanding dengan pelajar-pelajar biasa.

Golongan pelajar istimewa ini biasanya mempunyai konsep kendiri yang rendah.

Mereka kerapkali menghadapi tekanan jiwa iaitu selalu berasa kecewa disebabkan oleh

kekurangan yang ada pada diri mereka. Mereka berasa bersalah terhadap keluarga kerana

membebankan keluarga dan menghadapi masalah untuk bergaul mesra dengan rakan sebaya

dan masyarakat. Pelajar-pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar istimewa atau pelajar

 berkeperluan khas adalah seperti berikut:

1. Pelajar cacat pendengaran

Seseorang yang rosak atau cacat pendengaran kerapkali dikatakan sebagai pekak.

Penglabelan itu sebenarnya salah kerana semua orang cacat pendengaran itu tidak boleh

mendengar tetapi pendengarannya tidak jelas dan memerlukan alat bantuan mendengar.

Seseorang yang cacat pendengaran selalunya disalah anggap sebagai seorang normal

kerana kecacatan mereka tidak ketara tidak seperti mana seorang yang lumpuh, buta atau

spastik. Seorang yang buta dan pekak menyatakan jika diberi peluang memilih di antara butadan pekak, mereka lebih rela memilih sebagai seorang yang buta.

Jika seseorang itu dilahirkan tanpa kecacatan pedengaran, dia akan mampu untuk

 bertutur. Sebaliknya jika dia dilahirkan dengan cacat pendegaran, tentu perkembangan

 pertuturannya dan bahasanya akan terganggu atau lambat. Keadaan semakin parah jika

sekiranya kanak-kanak tersebut langsung tidak mendengar dan sudah pastinya dia tidak akan

dapat bercakap (bisu). Ini kerana sejak dari kelahiran, salah satu cara untuk kanak-kanak

 belajar mengenal alam sekeliling ialah melalui pendegaran.

Page 4: HBEF3503 AKTIVITI 1

7/27/2019 HBEF3503 AKTIVITI 1

http://slidepdf.com/reader/full/hbef3503-aktiviti-1 4/13

3

Apabila umur semakin meningkat, kanak-kanak akan mulai belajar bercakap dan

membentuk bahasanya sendiri. Kebanyakan yang cacat pendengaran bertutur bukanlah

disebabkan oleh alat suara mereka rosak tetapi disebabkan mereka tidak dapat menyebutnya

kerana tidak pernah mendengar.

2. Pelajar cacat penglihatan

Seseorang akan dianggap buta sekiranya penglihatannya 20/200 atau lebih kurang

mengikut ujian Snellen. Manakala seseorang itu menjadi separuh cacat jika berkebolehan

melihat di anatara 20/200 hingga 20/70. (Cruickshank dan Johnson, 1975). Di Malaysia, bagi

tujuan menentukan tempat persekolahan atau menerima bantuan daripada Kebajikan

Masyarakat, Skala Snellen diambil kira untuk kategorikan seseorang itu buta atau separuh

 buta. Terdapat beberapa kategori keacacatan penglihatan mengikut peringkatnya iaitu:

i.  Astigmatisme (rabun) iaitu pancaran tidak dapat difokuskan dengan tepat pada

retina.

ii.  Starbismus (juling) iaitu tiada kordinasi di antara otot-otot dengan mata

menyebabkan mata tidak lurus, tetapi bertemu di atas, terpesong, keluar atau

tegak ke atas atau ke bawah. Oleh itu tidak dapat memfokuskan pada satu

objek yang sama. Juling boleh dikesan apabila bayi berumur enam bulan.iii.  Amblipia (mata malas) iaitu disebabkan oleh juling. Salah satu mata tidak

dapat berfungsi dengan betul. Oleh itu, penglihatan menjadi kabur dan

menimbulkan kekeliruan.

iv.  Glaukoma iaitu tekanan biji mata yang memusnahkan urat saraf mata dan

seterusnya menjejaskan penglihatan

v.  Diplopia iaitu nampak dua

vi.  Albinisme iaitu sensitif kepada cahaya. Penyakit ini disebabkan oleh

keturunan.

vii.  Miopia (rabun jauh) iaitu nampak objek dekat sahaja.

viii.  Hyperopia (rabun dekat) iaitu nampak objek jauh sahaja.

3. Pelajar Bermasalah Pembelajaran

Masalah pembelajaran merpuakan satu masalah serius yang dihadapi oleh pihak

sekolah. Tidak dapat dinafikan pelajar-pelajar mempunyai perbezaan di anatara satu sama

lain. Pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran boleh didefinisikan sebagai pelajar yang gagal

Page 5: HBEF3503 AKTIVITI 1

7/27/2019 HBEF3503 AKTIVITI 1

http://slidepdf.com/reader/full/hbef3503-aktiviti-1 5/13

4

menghadapi kerja-kerja normal sekolah dalam kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan

mereka tidak dapat dianggap sebagai disebabkan oleh kecacatan.

Mereka juga diberi label pelajar yang pencapaiannya rendah yang memberi erti

 bahawa pelajar ini memperlihatkan taraf pencapaian purata yang rendah berbanding dengan

rakan-rakan sebayanya di peringkat persekolahan. Pelajar bermasalah pembelajaran berbeza-

 beza sifatnya. Mereka termasuklah pelajar yang lambat untuk menguasai kemahiran

komunikasi perkembangan persepsi pendengaran dan penglihatan yang lambat, menghadapi

kesukaran membaca, mengeja, menulis dan mengira. Mengikut definisi Jawatankuasa

Penasihat Kebangsaan bagi Kanak-Kanak Cacat yang digunakan dalam Kongres (1975).

Kanak-kanak yang berada dalam golongan kanak-kanak bermasalah pembelajaran

ialah kebanyakan daripada mereka yang mengalami satu atau lebih masalah psikologi asas

yang membabitkan proses memahami atau menggunakan bahasa, bercakap atau menulis,

yakni nyata seseorang itu tidak sempurna dari segi kemampuan untuk mendengar, berfikir,

 bercakap, membaca, menulis, mengeja atau mengira. Sseperti mana kecelaruan yang meliputi

keadaan yang disebabkan kecederaan pada otak iaitu pengamatan dan penanggapan yang

kurang, tidak boleh membaca, dan kehilangan kebolehan untuk bercakap. Sesetengah

kumpulan tidak termasuk dalam kanak-kanak bermasalah pembelajaran, iatu mereka yang

 penglihatannya rendah, pendengaran atau daya pergerakan yang lembap yang disebabkan

oleh perkembangan mental yang lemah atau gangguan emosi, atau berkaitan dengan

 persekitaran, budaya serta keadaan ekonomi yang tidak stabil.

4. Pelajar Bermasalah Tingkah Laku

Cacat emosi ialah tingkah laku yang mengganggu pertumbuhan perkembangan

normal kanak-kanak (Twiford, 1979). Biasanya tingkah laku yang tidak normal itu dapat

dilihat dari segi intelek, pencapaian akademik, penyesuaian emosi dan perlakuan sosial.

Menurut Herbert (1974), cacat emosi ialah manifestasi yang berbagai-bagai seperti penarikan

diri, pergantungan diri kepada orang lain, kekuatan, masalah kencing malam, mencuri,

agresif, malas dan kurang pencapaian akademik. Terdapat empat jenis masalah pelakuan di

kalangan pelajar:

i. Penarikan diri

Penarikan diri ialah tingkah laku pelajar dalam bentuk mengelakkan diri dan

menjauhkan diri daripada berinteraksi dengan orang lain. Contohnya ialah perasaan

cemas, takut dan fobia.

Page 6: HBEF3503 AKTIVITI 1

7/27/2019 HBEF3503 AKTIVITI 1

http://slidepdf.com/reader/full/hbef3503-aktiviti-1 6/13

5

ii. Neurotik

Pelajar yang mengalami masalah neurotik mempunyai sekurang-kurangnya satu ciri

yang sama dengan pelajar yang menderita dari gangguan psikoanalitik seperti berasa

 bersalah, fobia dan konflik yang menghasilkan perasaan cemas yang membawa

 pembentukan neurotik berasal dari konflik pelajar yang t idak selesa. Contoh pelajar

yang mengalami masalah ini ialah pelajar yang cemas dan takut kematian.

iii. Autisma

Autisma ialah masalah yang mengganggu pelajar dan berlaku pada dua hingga empat

orang pelajar di antara sepuluh ribu orang kanak-kanak. Seramai tiga orang pelajar

lelaki bagi setiap pelajar perempuan mengalami masalah ini (Twiford, 1979). Masalah

ini dapat dikesan semasa dua tahun pertama dalam kehidupan pelajar itu.

iv. Skizofrenia

Skizofernia bermakna personaliti berbelah bagi atau pemikiran berbelah bagi. Ini

dikatakan sebagai satu masalah pada pemikiran. Ingatan pelajar itu akan hilang dan

tidak teratur. Kesan yang ketara dari masalah ini ialah penarikan diri dari hubungan

sosial. Pelajar ini selalu pemalu, takut-takut dan sensitif. Nada emosinya mendatar

atau tidak seimbang dengan keadaan sebenar. Mimik muka, perwatakan yang luar

 biasa dan pergerakan mata yang berulang dapat diperhatikan pada pelajar ini.

Beberapa kenyataan menunjukkan skizofernia berkemungkinan berkaitan dengan

faktor baka dan keturunan (David 1974). Punca masalah ini juga hasil daripada

disiplin yang tidak tegas, keadaan kemiskinan dan kesan dari keadaan sekeliling.

Kebanyakan pelajar skizofernia susah hendak dipulihkan. Kalau ada yang dapat

dipulihkan, ia melalui penjagaan yang ketat dalam jangka masa panjang di hospital

atau institusi pemulihan.

Page 7: HBEF3503 AKTIVITI 1

7/27/2019 HBEF3503 AKTIVITI 1

http://slidepdf.com/reader/full/hbef3503-aktiviti-1 7/13

6

B. CARA UNTUK MENGENALPASTI INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS

Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai menghadapi masalah pembelajaran dinilai

mengikut kebolehan fungsi kemahiran berikut:

1.  Kebolehan kognitif

2.  Kebolehan menggunakan bahasa dan pertuturan

3.  Penguasaan kemahiran matematik

4.  Penguasaan kemahiran membaca

5.  Penguasaan kemahiran berinteraksi yang sesuai

6.  Kemahiran mengikut umurnya

7.  Darjah kebolehan penglihatan

8.  Darjah keupayaan pendengaran

Jika dilihat secara kasar, pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran mempunyai

tingkahlaku yang berlainan daripada pelajar normal. Terdapat beberapa ciri-ciri pelajar

 bermasalah pembelajaran iaitu:

1.  Kelakuan yang terlampau aktif

2.  Tidak mempunyai gerak balas

3.  Tidak ada motivasi atau daya penggerak dalam diri

4.  Tidak ada koordinasi-penyelaras motor, mata dan tangan

5.  Terlampau berhati-hati atau teliti

6.  Tidak boleh menumpukan perhatian

7.  Gangguan dalam ingatan

8.  Terlampau menumpukan perhatian

9.  Gangguan dalam pendengaran dan penglihatan

10. Tidak boleh bertindak balas dengan alam sekeliling

11. Lemah dalam menguasai kemahiran 3M

Setelah diteliti ciri-ciri ini kita mendapati kanak-kanak yang menghadapi masalah

 pembelajaran mempunyai masalah tingkah laku, masalah neorologikal, fizikal, psikologikal

dan masalah persekitaran.

Page 8: HBEF3503 AKTIVITI 1

7/27/2019 HBEF3503 AKTIVITI 1

http://slidepdf.com/reader/full/hbef3503-aktiviti-1 8/13

7

C. AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN INDIVIDU KHAS

Strategi pengajaran yang berkesan adalah penting dalam menghadapi realiti kebolehan pelajar

yang berbeza-beza. Ini memerlukan para guru merancang strategi atau kaedah pengajaran

yang baik supaya dapat memenuhi kehendak semua pelajar yang mempunyai tahap

kebolehan yang berbeza.

Strategi merangkumi campuran yang sesuai dari segi kaedah dan media untuk

mencapai objektif pengajaran yang ditetapkan. aktiviti yang menarik akan tentu menarik

minat pelajar terhadap pengajaran. Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran individu

khas adalah seperti berikut:

1. SimulasiSimulasi adalah suatu pengajaran yang sangat berkesan. Penggunaan kaedah simulasi

membolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan,

konsep, kemahiran dan sikap. Simulasi juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan

memudahkan kreativiti.

Dalam kaedah simulasi, fasilitator menyusun sktiviti untuk para pelajar. Pada akhir

 pengalamannya, pelajar menganalisis dan mempelajari daripada apa yang telah

 berlaku. Pengalaman yang ditimba oleh pelajar dengan menjadi seorang juruterbang

dalam kaedah simulasi adalah suatu contoh simulasi. Simulasi adalah suatu keadaan

yang mewakili peristiwa yang sebenar dalam keadaan yang sengaja diwujudkan

sebagai tujuan menyelesaikan masalah. Kadang kala ia merupakan suatu situasi yang

dibentuk ke arah selamat dan efisen.

Sumulasi umumnya adalah pokok kepada kaedah yang lain iaitu main peranan,

lakonan dan sosio-drama. Simulasi demonstrasikan idea yang berkesan dan akibat

dengan lebih efektif daripada kaedah pengajaran yang lain.

2. Permainan

Kebanyakan permainan melibatkan main peranan dan aktiviti yang menggunakan

 papan (bard aktiviti) permainan boleh membantu pelejar menyelesaikan masalah atau

membuat keputusan.

Page 9: HBEF3503 AKTIVITI 1

7/27/2019 HBEF3503 AKTIVITI 1

http://slidepdf.com/reader/full/hbef3503-aktiviti-1 9/13

8

Berikut aalah langkah bagi melaksanakan permainan berpandu kepada prinsip

 bermain:

Langkah 1

(Perancangan)

Alatan permainan

Peraturan permainan

Masa

Aktiviti

Langkah 2

(Permulaan)

Penerangan tujuan bermain

Penerangan cara bermain

Langkah 3

(Permainan)

Pelajar melaksanakan permainan

Guru mengawas, memerhati, membimbing

Langkah 4

(Perbincangan dan

Penilaian)

Guru berbincang bersama pelajar

Guru membuat penilaian

Langkah 5(Penutup)

Guru membuat rumusanPelajar mencatat rumusan

Penyimpanan alatan

3. Sumbangsaran

Sumbangsaran dilakukan secara perseorangan ataupun dalam kumpulan. Ia adalah

suatu teknik yang baik untuk mengetahui apa yang telah diketahui oleh seseorang

individu, dengan memikirkan idea yang terlintas dalam minda, melihat pertalian,

hubungan isu-isu yang berkaitan dan yang tidak berkaitan. Tiada penilaian diberikan

dan ia mencungkil fikiran lateral. Bagaima sumbangang dilakukan?

Secara individu

Ambil sechelai kertas, tentukan masa selama lima minit, tulis tajuk/isu/perkara yang

disumbangkansarankan. Kemudian tulis dengan secepat mungkin, apa sahaja terlintas

dalam minda-fakta, raja tarikh dan isu-isu berkaitan.

Jangan berhenti, jangan khuatir tentang nilai jawapan- betul atau salah, tepat atau

kurang tepat. Tulis sehingga anda tidak boleh memikirkan idea-idea lagi atau

sehingga masa yang ditentukan.

Secara kumpulan

Seperti dalam contoh di atas, idea-idea yang disebut oleh ahli kumpulan dan guru

menulisnya pada papan. Semua jawapan dituliskan. Tiada seorangpun dibenarkan

untuk memberi komen atau cadangan. Proses ini adalah berbentuk non-judgemental.

Page 10: HBEF3503 AKTIVITI 1

7/27/2019 HBEF3503 AKTIVITI 1

http://slidepdf.com/reader/full/hbef3503-aktiviti-1 10/13

9

Pemetaan

Pemetaan umumnya merupakan sutau teknik yang saling berhubung dengan

sumbangsaran. Idea-idea yang dinyatakan dalam sumbangsaran boleh dikategorikan,

disusun mengikut cluster sehingga jadi peta minda.

Pemetaan bermaksud melukis skop dan sejauh mana, tinjauan sesuatu tajuk/topik. Ia

 boleh dilakukan secara spidergram atau lineargram atau timeline atau dengan

sebarang cara yang sesuai kepada tajuk dan diri seseorang. Pemetaan ini

membolehkan anda merancang tugas, mengulang kaji dan menstrukturkan

 pembelajaran anda.

4. Perbincangan

Perbincangan merupakan aktiviti di mana individu dapat berinteraksi di antara satu

sama lain serta berkongsi maklumat tentang sesuatu topik atau masalah dengan tujuan

mencai suatu penyelesaian. Perbincangan adalah berfaedah bagi pelajar kerana ia

menguji kefahaman pelajar tentang sesuatu tajuk serta memberi peluang kepada

 pelajar mengemukakan idea-idea dan dapat bertukar pendapat. Ia juga boleh

memupuk semangat kerjasama hormat-menghormati, dan pemikiran rasional.

Perbincangan boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas sesuatu topik diajar

 bergantung kepada tujuan, keadaan dan topik yang hendak dibincangkan.

5. Kaedah Inkuiri-Penemuan

Kaedah inkuiri-penemuan adalah sesuatu kaedah yang menggunakan kaedah inkuiri

dan kaedah penemuan. Secara ringkas kaedah inkuiri ialah untuk mendapatkan

sesuatu kesimpulan daripada masalah yang dikemukakan melalui aktiviti soal selidik.

Manakala kaedah penemuan adalah proses mengetahui sesuatu prinsip, fenomena atau

ciri sesuatu perkara yang sedia wujud, tetapi belum dikenali.

Page 11: HBEF3503 AKTIVITI 1

7/27/2019 HBEF3503 AKTIVITI 1

http://slidepdf.com/reader/full/hbef3503-aktiviti-1 11/13

10

D. KEPERLUAN FIZIKAL ATAU INFRASTRUKTUR KHAS

Teknologi Komputer dan Multimedia untuk Pelajar Bermasalah Pembelajaran dan

Tingkah Laku

Penggunaan mikrokomputer semakin meningkat di sekolah-sekolah. Pelajar istimewa boleh juga menggunakan komputer untuk memperoleh maklumat dan kemahiran. Dalam sesetengah

kes rintangan yang dihadapi oleh pelajar istimewa dapat diatasi.

Guru khas digalak menggunakan pengajaran dengan bantuan komputer. Melalui

 pengajaran bantuan komputer pelajar dapat berinteraksi secara langsung dengan penggunaan

komputer dan perisian. Menjelang 1990-an, penekanan mengintegrasikan komputer dengan

lain-lain teknologi seperti disc, CD-Rom, video berbentuk multimedia semakin berkesan

dalam mencapai matlamat pengajaran guru.

Pengajaran berbantukan komputer ialah satu kaedah pengajaran di mana objektif

sesuatu pembelajaran dapat dicapai dengan bantuan komputer atau sistem multimedia.

Penggunaan alat-alat elektronik dapat digunakan untuk meningkatkan kaedah pengajaran

tradisional. Penggunaan komputer di sekolah-sekolah dapat dikategorikan kepada empat

fungsi iaitu:

1.  Tutorial

Penggunaan perisian software bertutorial dapat memberi sokongan yang mencukupi

untuk pelajar yang mula-mula belajar sesuatu kemahiran. Maklumat yang diperolehi

adalah secara langsung.

2.  Latih tubi

Latih tubi membantu pelajar memperoleh kemahiran baru serta meningkatkan

kecekapannya dalam penggunaan komputer. Dengan memaksimumkan faedah

daripada penggunaan latih tubih melalui komputer, penglibatan guru dalam

mengendalikan komputer bersama-sama dengan pelajar membawa faedah jangka panjang.

3.  Mainan pendidikan

Mainan pendidikan boleh didapati dalam semua bidang mata pelajaran. Mainan

 pendidikan biasanya memerlukan koordinasi jari dan mata. Penggunaan komputer

dalam pendidikan ini mendororng pelajar-pelajar melatih dan meningkatkan

kemahiran asasnya.

4.  Simulasi dan penyelesaian masalah

Page 12: HBEF3503 AKTIVITI 1

7/27/2019 HBEF3503 AKTIVITI 1

http://slidepdf.com/reader/full/hbef3503-aktiviti-1 12/13

11

Kaedah simulasi melalui penggunaan perisian komputer dapat memberi suatu

 pengalaman kepada pelajar untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Contohnya, dalam senario medan perang, memandu kereta di kota raya dan

sebagainya. Simulasi adalah sesuai untuk menggantikan pengalaman hidup sebenar

yang mustahil dapat dilakukan dalam situasi apabila objektif pembelajaran terlalu

kompleks dan pelajar tidak mungkin dapat membentuk kemahiran yang diperlukan

dalam persekitaran yang sebenar.

E. RUMUSAN

Pendidikan inklusif merupakan program yang mengintegrasikan pelajar berkeperluan khas ke

dalam sistem persekolahan biasa. Pelajar-pelajar berkeperluan khas akan menikmati banyak

 peluang dan pembelajaran sebagaimana yang dirasai, difahami dan dinikmati oleh rakan-

rakan sebayanya yang normal di dalam bilik darjah di sekolah biasa. Pendidikan inklusif

wajar diberi perhatian oleh semua pihak untuk merealisasikan wawasan 2020, memberi

layanan yang khusus agar pelajar-pelajar istimewa dapat diberikan hak yang sama demi

menyahut seruan Pendidikan untuk semua dan mewujudkan masyarakat penyayang.

Page 13: HBEF3503 AKTIVITI 1

7/27/2019 HBEF3503 AKTIVITI 1

http://slidepdf.com/reader/full/hbef3503-aktiviti-1 13/13

12

BIBLIOGRAFI

Ang Huat Bin (1999): Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan

Inklusif. Utusan Publication, Kuala Lumpur

Lewis, R. & Doorlag, D.H. (1991). Teaching Special Students in the Mainstream. New York:

Merill.

UNESCO, 1988, Review of the Present Situation in Special Education., Paris: UNESCO