hbef2803 seminar motivasi pelajar.docx

8
HBEF2803 T2A3 640802135958001 FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN MEI 2015 NAMA : HELEN AK JACK SUNGUL NO. KAD PENGENALAN : 640802135958 NOMBOR MATRIK : 640802135958001 NOMBOR\ TELEFON : 0198778560 ALAMAT EMAIL : [email protected] PUSAT : SARAWAK LEARNING CENTRE KURSUS : SMP ( Ambilan September 2013) 1

Upload: helen-sungul

Post on 04-Sep-2015

232 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

HBEF2803T2A3640802135958001

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE

HBEF2803PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUANMEI 2015

NAMA:HELEN AK JACK SUNGULNO. KAD PENGENALAN:640802135958NOMBOR MATRIK:640802135958001NOMBOR\ TELEFON:0198778560ALAMAT EMAIL:[email protected]: SARAWAK LEARNING CENTREKURSUS:SMP ( Ambilan September 2013)

TAJUK 2: SEMINAR MOTIVASI PELAJAR

PEMBENTANG: TUAN HAJI IBRAHIM B. SAKIMINKetua Penolong Pengarah, Sektor Standrad dan VerifikasiBahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Guru yang mempunyai ciri-ciri professional, beretika dan berakauntabiliti amat penting kerana ia memberi implikasi dan kesan positif kepada banyak pihak yang berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan dunia pendidikan. Maka pelbagai usaha telah digembelengkan dan dilaksanakan bagi memertabatkan profesion keguruan dan sistem pendidikan Negara. Modal insan yang cemerlang adalah hasil didikan daripada pendidik yang cemerlang dengan ciri-ciri profesionalisme guru yang cemerlang. Justeru, tugasan ini akan mengupas secara kritis berdasarkan persoalan-persoalan berikut :1. Faedah yang diperolehi oleh guru-guru dalam Program Pensiswazahan Guru.Guru merupakan orang yang dihormati oleh masyarakat . Guru adalah satu pekerjaan yang mulia berbanding dengan perkerjaan lain. Guru jugalah yang melahirkan seorang doctor, jurutera, hakim, polis dan hinggalah ke seorang perdana Menteri. Menyedari bahawa masyarakat amat memandang mulia profesion perguruan , maka Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengatur langkah-langkah dengan melaksanakan program yang menggalakkan guru bukan siswazah menyumbung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi berdasarkan sebuah artikel yang pernah diterbitkan oleh Berita Harian pada tarikh 16 Julai 2007 yang bertajuk Kementerian Galak Pendidik Tingkat Kualiti Akademik . Jesteru pada 26 October 2013 dalam seminar Perkembangan Profesional Keguruan yang disampaikan oleh Tuan Haji Ibrahim Bin Sakimin yang memegang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah, Sektor Standrad & Verifikasi Bahagian Pendidikan Guru.Memandangkan dasar pensiswazahan guru dalam Rancangan Pendidikan 2001- 2010 yang dilaksanakan oleh kementerian Pendidikan Malaysia belum mencapai matlamat sepenuhnya maka program ini diteruskan sebagai kesinambungan kearah memertabatkan profesion keguruan dengan meningkatkan kualiti, kerjaya dan kebajikan guru. Sehubungan itu, guru-guru yang mengambil peluang menyertai program pensiswazahan guru ini akan memperoleh pelbagai manfaat. Antaranya adalah :a) Pemamtapan kerjaya hasil ilmu pengetahuan yang diterima. Dengan ilmu ini , membolehkan guru-guru mempamerkan keyakinan yang tinggi dalam menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya. Keraguan yang bersarang dalam fikiran guru sebelum ini dapat dikikis. Ini terbukti apabila guru dapat memberikan jawapan yang tepat tanpa berasa was-was terhadap soalan-soalan daripada murid.

b) Peningkatan kemahiran guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru yang mahir dalam apa jua bidang akan menjadi idola kepada murid-muridnya. Sepanjang mengikuti kursus pensiswazahan seseorang guru perlu belajar dan menguasai kemahiran mata pelajaran minor selain mata pelajaran major. Jadi dalam kursus ini akan memastikan seseorang guru akan mahir lebih daripada satu mata pelajaran. Di samping itu, program ini dapat meningkatkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi guru apabila setiap tugasan perlu disiapkan dan forum yang disertai memerlukan guru mahir dalam bidang teknologi khususnya penggunaan computer. Ini bermakna, tidak dapat dielakkan guru perlu belajar dan mahir menggunakan Microsoft word, power point, excel , internet dan sebagainya.

c) Faedah untuk mempertingkatkan pendapatan. Selaras dengan Negara maju, antara ciri-ciri Negara maju adalah rakyatnya berpendapatan tinggi, oleh itu untuk kerajaan hendak tunjukkan kepada dunia bahawa kita kakitangan awam berpendapatan tinggi adalah melalui guru kerana bilangan kakitangan awam dinegara kita, yang paling ramai adalah guru , iaitu sekitar 420,00 orang guru. Apabila ramai kakitangan awam berpendapatan tinggi , maka ia akan memberikan satu gambaran bahawa penduduk Malaysia khususnya kakitangan awam berpendapatan tinggi selaras dengan ciri-ciri Negara maju. Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru , Pelbagai faedah dapat dicapai oleh seseorang guru yang telah menerima sijil pensiswazahan antaranya adalah kenaikan tangga gaji dan pangkat. Guru-guru akan mengalami perubahan tangga gaji daripada gred DGA32 ke gred DG41 selepas Berjaya menamatkan pengajian. Selain itu, laluan menerima pangkat sebagai Guru Cemerlang, Guru Besar Cemerlang, Pengetua Cemerlang dan seumpamanya adalah mudah dan cepat. Di samping itu, seseorang guru yang telah disahkan sebagai guru siswazah DG41 akan menerima faedah dari aspek kewangan iaitu kenaikan tangga gaji atau dengan kata lain peningkatan pendapatan yang agak lumayan sekali gus akan membantu mengubah cara kehidupan seseorang guru itu sendiri.

2. Sumbangan Guru kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) setelah mengikuti Program Pensiswazahan Guru

Malaysia sebagai sebuah Negara yang sedang menuju kearah Negara maju menjelang tahun 2020 memerlukan pegawai dan kakitangan yang berpendapatan tinggi . Menurut Tuan Haji Ibarhim Bin Sakimin , kedudukan gaji guru berada di tempat kedua selepas gaji doktor. Ini bermakna pendapatan tinggi guru-guru bukan setakat kepentingan dan kebajikan guru malah dapat menyumbang kepada pencapaian Negara kepada Negara maju.Demi menyahut hasrat visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Salah satu sumbangan yang perlu dilakukan oleh seseorang guru yang telah mengikuti program ini ialah mengaplikasikan segala ilmu dan mempraktikkan kemahiran di bilik darjah. Pengalaman dan pembelajaran dan ilmu yang diperoleh selama hampir tiga tahun wajar di salurkan tanpa berputus asa. Kaedah penyampaian seseorang guru hendaklah kreatif dan inovatif agar pembelajaran dan pengajaran lebih efektif dan mudah diterima oleh murid-murid.

Pada era globalisasi ini sewajarnya seseorang guru memandang jauh ke hadapan, mengikut peradaran zaman dan melakukan anjakan paradigm dengan membawa transformasi pendidikan yang positif serta sentiasa mencipta pelbagai inovasi agar mempamerkan imej dan kualiti yang cemerlang dari segi standard, kualiti dan kuantiti sehingga akan wujudnya pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia dan diperingkat antarabangsa.Guru merupakan agen pembangunan insan. Murid-murid adalah aset berharga kepada Negara . Mereka ialah pelapis generasi kini dan bakal pemimpin pada masa akan datang. Justeru itu, guru perlu membuat persediaan rapi dan sedar akan tanggung jawab dan peranan besar mereka demi kemenjadian dan kejayaan murid-murid. Hal ini membuktikan pada dunia pendidikan bahawa mereka tidak mensia-siakan ilmu yang telah dipelajari semasa mengikuti program pensiswazahan.Sememang tidak dinafikan guru perlu sedar bahawa semakin banyak ilmu di dada, maka semakin berkualitilah dan mempunyai nilai yang tinggi di mata masyarakat. Guru yang berkualiti akan sentiasa memastikan pengajarannya bermutu dan dapat menyuntik minat murid terhadap pelajaran. Penambahbaikan akan sentiasa ditingkatkan dari masa ke semasa demi kecemerlangan murid. Peningkatan kualiti dalam diri guru dengan cara melanjutkan pelajaran seperti program ini telah memberi dimensi baru kepada dunia pendidikan. Reformasi dunia pendidikan menagih guru yang sentiasa berusaha untuk menambah ilmu agar menjadi guru rujukan, guru pakar, guru cemerlang, guru gemilang dan guru terbilang. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang dianugerahkan oleh Allah kenikmatan menjadi seorang guru.

Sebagai kesimpulan, sudah sampai masanya Negara Malaysia yang sedang mengorak langkah menjadi Negara maju ini terdiri daripada sifar guru bukan siswazah kerana peluang terbuka luas dan menepati hasrat kementerian pendidikan untuk melahirkan guru siswazah. Guru-guru di luar sana yang masih belum berganjak untuk merubah diri perlu merebut peluang kemasan kerana program ini menghidangkan pelbagai faedah atau maanfaat bukan sahaja kepada diri sendiri dan keluarga malah menyumbang kepada nusa dan bangsa pada peringkat Negara dan dunia antarabangsa.

(1,104 patah perkataan)

1