hawa & rahab - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. sambil kita melihat wanita yang...

40
1 HAWA & RAHAB: Belajar Membuat Pilihan Yang Lebih Baik erempuan di dalam Alkitab memberitahu banyak tentang diri kita. Walaupun zaman sudah berubah, sifat manusia tidak berubah. Dua perempuan yang berbeza seperti Hawa dan Rahab masih boleh membantu kita melihat bagaimana keputusan yang kita buat pada hari ini dapat membentuk kehidupan kita esok. Di lembaran seterusnya, penulis, guru Alkitab dan profesor Alice Mathews menunjukkan kepada kita bahawa perempuan seperti Hawa dan Rahab sangat penting kerana mereka memberitahu tentang Tuhan kita. Dia juga menunjukkan kebenaran yang kekal bahawa dalam hikmat dan anugerah Tuhan, tiada sesiapa di antara kita yang hidup di atas kuasa keputusan atau di luar jangkauan Tuhan kita. Martin R. De Haan II Penterjemah: Edmund Kumar Editor: Stemmah Sariau, Lydia Ng Buku Asli: EVE & RAHAB-Learning To Make Better Choices Kesenian Kulit: Michelangelo (1475-1564), siling Sistine Chapel Petikan Alkitab daripada Alkitab Berita Baik, © 1996 Bible Society of Malaysia. Hak Cipta Terpelihara. © 2007, 2010 RBC Ministries, Grand Rapids, Michigan Dicetak di Malaysia KANDUNGAN Pilihan ............... 2 HAWA: Bagaimana melihat akibat jangka panjang dalam keputusan yang kecil ............. 3 RAHAB: Bagaimana memilih bagi Tuhan dalam budaya anda . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 23 P P

Upload: others

Post on 07-Oct-2019

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

1

HAWA & RAHAB:Belajar Membuat Pilihan Yang Lebih Baik

erempuan di dalam Alkitab memberitahu banyak tentang diri kita.

Walaupun zaman sudah berubah, sifat manusia tidak berubah. Dua perempuan yang berbeza seperti Hawa dan Rahab masih boleh membantu kita melihat bagaimana keputusan yang kita buat pada hari ini dapat membentuk kehidupan kita esok. Di lembaran seterusnya, penulis, guru Alkitab dan profesor Alice Mathews menunjukkan kepada kita bahawa perempuan seperti Hawa dan Rahab sangat penting kerana mereka memberitahu tentang Tuhan kita. Dia juga menunjukkan kebenaran yang kekal bahawa dalam hikmat dan anugerah Tuhan, tiada sesiapa di antara kita yang hidup di atas kuasa keputusan atau di luar jangkauan Tuhan kita. Martin R. De Haan II

Penterjemah: Edmund Kumar Editor: Stemmah Sariau, Lydia NgBuku Asli: EVE & RAHAB-Learning To Make Better Choices Kesenian Kulit: Michelangelo (1475-1564), siling Sistine Chapel Petikan Alkitab daripada Alkitab Berita Baik, © 1996 Bible Society of Malaysia. Hak Cipta Terpelihara. © 2007, 2010 RBC Ministries, Grand Rapids, Michigan Dicetak di Malaysia

KANDUNGAN

Pilihan . . . . . . . . . . . . . . . 2

HAWA: Bagaimana melihat akibat jangka panjang dalam keputusan yang kecil . . . . . . . . . . . . . 3

RAHAB: Bagaimana memilih bagi Tuhan dalam budaya anda . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 23

PP

Page 2: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

2

PILIHAN

ejak permulaan masa, kaum wanita telah bergelut dengan

pilihan yang sukar. Mereka telah melawan halangan yang mengongkong mereka. Kadangkala mereka tunduk atau memberontak terhadap pihak berkuasa yang memerintah mereka. Mereka menjalani hidup dengan mengimbangkan antara pemahaman tentang kehendak Tuhan bagi diri mereka, dan tuntutan yang diletakkan oleh orang lain ke atas mereka. Ada orang di kalangan mereka hidup dalam keadaan tertekan secara diam-diam. Yang lain pula menemui kekuatan dan penghiburan dalam perhubungan mereka dengan Tuhan yang hidup. Ada di kalangan mereka membuat keputusan yang bijak. Ada pula membuat keputusan yang membawa kebinasaan. Hawa

mengambil sebiji buah sahaja—dan sejak itu hal ini mengakibatkan kejatuhan yang membinasakan ke atas dirinya dan semua adik perempuannya. Rahab memilih untuk menyembunyikan pengintip Israel dan menjadi nenek moyang Mesias. Pilihan. Hidup penuh dengannya. Kita perlu memilih. Oleh itu, bagaimana kita membuat pilihan dengan baik? Kita boleh merujuk kepada Firman Tuhan, iaitu Alkitab, untuk membantu kita membuat keputusan yang bijak. Kita boleh belajar daripada ajaran dan teladan. Di lembaran yang seterusnya, kita akan melihat dua orang wanita dalam Alkitab yang bergelut dengan masalah yang ada kalanya berbeza daripada masalah kita, dan ada kalanya masalah itu akan mengejutkan anda kerana ia mirip dengan apa yang

SS

Page 3: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

3

kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang kita cari. Untuk membuat pilihan yang bijak, kita mesti mengenal Firman Tuhan dan menerapkannya dengan tepat. Semasa kita melakukan itu, kita boleh menjadi orang yang bernilai, dan orang bijak yang dapat digunakan oleh Tuhan.

HAWA: Bagaimana Melihat Akibat Jangka Panjang Dalam Keputusan Yang Kecil

pakah keputusan anda yang paling susah dan perlu

dibuat? Kedai makan

menjadi salah satu tempat yang agak sukar bagi saya untuk membuat keputusan. Saya benci berbaris, kerana saya tidak pasti apa yang dipamerkan 10 kaki ke depan di dalam rak makanan yang mungkin saya terlepas, jika saya memutuskan untuk mengambil sahaja makanan di depan saya. Saya berusaha untuk tidak makan di kedai makan. Kerisauan saya terhadap soal pilihan makanan ini mungkin tidak masuk akal. Makanannya tidak seberapa mahal—atau tidak seberapa sedap. Oleh itu siapa peduli jika saya dapat membuat keputusan yang lebih baik? Esok masih ada! Mungkin anda mengalami kesukaran yang lebih besar untuk membuat keputusan mengenai kasut baru atau hidangan bagi jamuan malam Sabtu. Apa pun sebabnya kita tidak suka membuat keputusan,

AA

Page 4: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

4

namun kenyataannya kita harus membuat keputusan dan terus membuatnya. Dalam suatu kajian beberapa tahun yang lalu di Universiti Minnesota, Dr. Erich Klinger mendapati bahawa kita semua membuat 300 hingga 1,700 keputusan setiap hari dalam hidup kita. Kita membuat keputusan sama ada kita mahu bangun pada waktu pagi, bila kita bangun—awal, lewat atau tidak berapa awal atau lewat. Kemudian kita membuat keputusan tentang cara untuk bangun—di sisi kiri atau kanan katil. Selepas itu, kita betul-betul mula membuat keputusan—apa yang harus dipakai, apa yang dipakai dahulu, sama ada memberus gigi dahulu atau menyikat rambut dahulu, apa yang dimakan untuk sarapan, sama ada kita mencuci piring atau tidak, dan sebagainya.

Kebanyakan keputusan itu bukan keputusan besar yang menggegarkan dunia. Bagaimanapun, biasanya keputusan itu akan menentukan baik buruk pada permulaan hari kita. Fikirkan keputusan terpenting yang anda pernah buat dalam hidup anda. Apakah itu? Bagi sesetengah orang, memilih pasangan hidup mungkin menjadi keputusan yang terpenting dalam senarai itu. Apa pun yang anda mahu katakan atau tidak katakan tentang perkahwinan anda, mungkin anda tidak banyak membuat keputusan lain yang sama penting sehingga mengubah arah tuju hidup anda. Apa lagi keputusan yang sudah anda buat kelihatan penting pada waktu itu? Mungkin anda sudah berasa terseksa ketika mengambil keputusan itu. Janji temu

Page 5: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

5

pertama anda dengan lelaki idaman: Apakah yang harus anda pakai? Haruskah anda mencari baju baru? Haruskah anda menghabiskan bajet untuk 6 bulan akan datang kerana membeli baju yang “sesuai” sempena janji temu penting itu? Mungkin anda sedang menghias semula ruang tamu dan tidak dapat membuat keputusan sama ada memesan kerusi panjang berwarna putih atau yang berwarna ungu muda. Sama ada 6 bulan atau 6 tahun kemudian, mungkin anda tidak dapat ingat lagi sesetengah keputusan itu, kerana akhirnya semua itu menjadi tidak seberapa penting lagi. Mungkin anda bergelut sama ada harus kahwin atau berkahwin semula selepas perkahwinan yang gagal dan perceraian yang melukai hati anda. Atau mungkin anda sudah

berkahwin dan tidak pasti sama ada mahukan anak. Inilah keputusan-keputusan yang penting. Kemudian selepas 6 bulan atau 6 tahun, kepentingan sesuatu keputusan akan mengejutkan kita apabila kita mengimbas kembali dan melihat kesan keputusan itu. Anda mungkin membeli rumah yang anda diami sekarang ini dengan tujuan yang salah, tetapi selepas anda berpindah ke situ, anda mendapati bahawa kawasan kejiranan yang baru itu telah mengubah kehidupan anda. Mungkin jiran anda sekarang adalah kawan karib anda. Mungkin dia telah membawa anda untuk mengikuti kumpulan penyelidikan Alkitab di mana anda diperkenalkan kepada Yesus Kristus. Kini anda seorang yang sudah berubah.

Page 6: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

6

Ataupun mungkin anda terlibat dalam hubungan sulit dengan suami jiran yang telah mengubah keindahan perkahwinan anda, perhubungan anda dengan jiran dan kejujuran dalam diri anda. Kadangkala keputusan yang dibuat sambil lewa menjadi keputusan yang paling dramatik dan mengubah kehidupan. Keputusan. Kita membuat keputusan. Lalu keputusan itu berpusing dan mengubah kita. Ada kalanya keputusan itu menghancurkan kita. Izinkan saya memberitahu anda tentang seorang wanita yang berhadapan dengan keputusan. Kebanyakan kita tidak akan mengkategorikan keputusan yang dibuatnya sebagai jenis yang mengubah hidup. Keputusan biasa itu hanya melibatkan sebiji buah. Buah itu kelihatan sedap dimakan, dan mempunyai

haruman yang berkhasiat. Ada pula yang berkata bahawa buah itu akan menjadikannya bijak.

Apakah yang istimewa? Lain kali apabila anda berdiri di kedai runcit di bahagian buah-buahan segar untuk memilih sesisir pisang atau sebiji strawberi, ingatlah wanita ini dan keputusan yang telah dibuatnya berkenaan sebiji buah.

Keputusan. Kita membuat keputusan. Lalu keputusan itu berpusing dan mengubah kita.

Ada kalanya keputusan itu

menghancurkan kita.

Page 7: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

7

Nama wanita ini ialah Hawa. Sebenarnya, kita tidak tahu hal ini sehingga akhir cerita ini. Dalam kitab Kejadian, kitab pertama dalam Alkitab, dia disebut sebagai “perempuan itu.” Dia satu-satunya perempuan. Dia tidak perlu dipanggil dengan nama lain untuk dikenalpasti di kalangan orang ramai. Dia adalah kepala kaum wanita. Kita boleh belajar banyak daripada keputusan yang dibuatnya. Banyak yang bermula dengan Hawa! Dia dipanggil “ibu bagi segala yang hidup.” Dia juga “ibu bagi segala yang mati.” Lihatlah dia dalam Kejadian 1:26-28.

Kemudian Allah berfirman, “Sekarang Kita akan mencipta manusia yang akan menjadi seperti Kita dan menyerupai Kita. Mereka akan menguasai semua ikan, burung, serta binatang

lain: binatang jinak, dan binatang liar yang besar mahupun yang kecil.” Demikianlah Allah menciptakan manusia dan menjadikan mereka seperti diri-Nya sendiri. Dia menciptakan mereka lelaki dan perempuan. Kemudian Dia memberkati mereka dan berfirman, “Hendaklah kamu mempunyai anak cucu yang banyak, supaya keturunan kamu menduduki seluruh muka bumi dan menguasainya. Hendaklah kamu menguasai semua ikan, burung, dan binatang liar.

Sebagai kemuncak pujian ciptaan ini, Tuhan memahkotai semua yang telah dilakukan-Nya dengan penciptaan Manusia—lelaki dan perempuan. Perhatikan bahawa lelaki dan perempuan pertama diciptakan menurut rupa Tuhan.

Page 8: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

8

Berdasarkan gambaran tersebut, keserupaan ini memberikan kuasa kepada Hawa dan Adam ke atas ciptaan Tuhan. Ini tidak bererti bahawa lelaki dan perempuan itu lebih kuat daripada singa, harimau dan badak air yang ada di sekeliling mereka. Maksudnya, mereka berada di antara Tuhan dan dunia yang telah diciptakan-Nya sebagai wakil Tuhan. Mereka menggambarkan Tuhan di dunia. Oleh itu, mereka bertanggungjawab untuk menjaga segala sesuatu yang diletakkan oleh Tuhan di bawah mereka. Di samping memerintah ciptaan Tuhan, Adam dan Hawa juga diberitahu untuk beranak cucu dan bertambah. Apabila Tuhan melihat semua yang dijadikan-Nya, Dia sangat berpuas hati. Setakat ini semua berjalan dengan lancar.

Kita sudah melihat ciptaan Tuhan dari jarak jauh. Sekarang apabila kita beralih kepada Kejadian 2, Tuhan membawa kita untuk mengimbas secara perlahan apa yang berlaku dalam Kejadian 1:27. Kita mendapati bahawa Tuhan menciptakan lelaki dan perempuan dengan sangat berbeza dan perbezaan ini adalah penting. Baca Kejadian 2:7.

Kemudian Tuhan Allah mengambil sedikit tanah dan membentuk manusia, lalu menghembuskan nafas yang memberi hidup ke dalam lubang hidungnya; maka hiduplah manusia itu.

Adam diciptakan daripada debu tanah, seperti makna namanya—Adamah dalam bahasa Ibrani. Jika Tuhan menciptakannya pada hari ini, Dia mungkin memanggil Adam “Debu.”

Page 9: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

9

Jika anda membaca ayat seterusnya dalam Kejadian 2, anda akan mendapati bahawa Adam memiliki kehidupan yang indah di Eden. Dalam ayat 8 kita melihat dia diletakkan di taman reka ciptaan Tuhan—pastinya itu sesuatu yang sangat menakjubkan. Dalam ayat 9 kita belajar bahawa Adam memiliki bekalan makanan yang tidak terhad, berkhasiat dan juga sedap. Dalam ayat seterusnya kita membaca tentang sungai yang indah untuk memancing atau berenang, dan gunung yang mengandungi emas tulen dan batu permata. Dalam ayat 15 kita melihat bahawa Tuhan memberi dia sesuatu untuk dilakukan agar dia terus aktif dan sihat. Jika demikian, apakah masalahnya? Baca ayat 18:

Kemudian Tuhan Allah berfirman, “Tidak baik manusia hidup

seorang diri. Aku akan menjadikan seorang teman yang sesuai untuk menolong dia.”

Masalah Adam adalah selagi dia berseorangan, ceritanya tidak sempurna. Dia memerlukan seorang lagi seperti dirinya untuk menggambarkan dirinya. Tuhan menciptakan Adam mengikut imej-Nya. Adam boleh pergi memancing dengan seekor badak,

tetapi dia tidak dapat membincangkan jadual hari esok dengan badak itu. Adam dapat bermain dengan seekor anjing, tetapi mereka tidak dapat menikmati matahari terbenam bersama-sama. Adam diciptakan mengikut

Hawa bukan rancangan susulan.

Dia sangat diperlukan.

Page 10: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

10

imej Tuhan dan haiwan tidak. Tuhan Tritunggal telah menciptakan keperluan dalam diri Adam untuk bersekutu dengan makhluk yang turut memiliki imej yang sama. Semua yang bersifat feminin dalam keperibadian Tuhan juga perlu digambarkan oleh manusia. Hawa bukan rancangan susulan. Dia sangat diiperlukan. Dalam ayat 18, ketiadaan Hawa dalam kehidupan Adam adalah “tidak baik.” Dengan pendirian itu, anda mungkin berfikir bahawa Tuhan akan terus mula menciptakan perempuan. Tidak juga. Sila baca Kejadian 2:19-20.

Oleh itu Allah mengambil sedikit tanah dan membentuk semua jenis binatang dan burung. Kemudian Allah membawa semuanya kepada manusia itu untuk mengetahui nama yang

akan diberikannya kepada binatang dan burung itu. Demikianlah caranya tiap-tiap binatang dan burung mendapat nama. Manusia itu memberi nama kepada semua binatang dan burung, tetapi tiada satu pun antaranya dapat menjadi teman yang sesuai untuk menolong dia.

Tuhan mengetahui bahawa haiwan itu hanya suatu gambaran. Dengan membawa haiwan-haiwan itu kepada Adam, Dia sedang memberikan suatu pelajaran untuk dipelajari oleh Adam. Dia mahu Adam belajar bahawa setakat ini belum ada yang sepadan dengan dia di bumi. Adam perlu mengenal keistimewaannya sebagai seorang manusia. Tuhan sedang menyiapkan Adam untuk saat penting ini apabila Hawa akan dibawa kepadanya. Adam perlu faham bahawa dia dan Hawa akan bersama-sama

Page 11: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

11

dalam kitaran ciptaan yang tidak dapat diisi oleh benda lain di bumi. Oleh sebab mereka diciptakan mengikut imej Tuhan, hanya mereka yang dapat menikmati persekutuan bersama-sama Pencipta mereka. Sesudah Adam dipersiapkan untuk hal ini, Tuhan membuat tindakan seterusnya. Baca Kejadian 2:21-22.

Kemudian Tuhan Allah menyebabkan manusia itu tidur dengan nyenyak. Sementara dia terlena, Tuhan mengeluarkan satu daripada tulang rusuk manusia itu, lalu menutupnya semula dengan daging.Daripada tulang rusuk itu, Allah membentuk seorang perempuan, lalu membawanya kepada lelaki itu.

Nancy Tischler memperhatikan bahawa “lelaki tertidur sepanjang

masa perempuan diciptakan, oleh itu lelaki tidak memahami perempuan sejak itu.” Pernahkah anda berfikir sebabnya Tuhan mengubah kaedah penciptaan apabila Dia sudah memiliki kaedah yang pasti? Setakat ini Tuhan telah menciptakan semua organisma daripada tanah, iaitu pokok dalam ayat 9; lelaki dalam ayat 7; semua haiwan dan burung dalam ayat 19. Mungkin anda akan berfikir bahawa oleh sebab Tuhan sudah ada satu kaedah yang baik, Dia akan terus menggunakan cara itu. Tidak. Tuhan memperkenalkan kaedah baru yang akan membuang semua keraguan bahawa lelaki dan perempuan memiliki identiti yang sama. Adam tidak dapat berkata kepada Hawa, “Hawa, anda diperbuat daripada bahan yang sama seperti saya, tetapi

Page 12: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

12

demikian juga binatang. Mungkin anda lebih serupa dengan mereka daripada saya.” Tidak, Adam dan Hawa memiliki inti pati yang sama. Mereka berdua diciptakan menurut rupa Tuhan. Mereka berdua memiliki kuasa dan tanggungjawab bersama untuk memenuhi bumi dengan keturunan. Dalam Kejadian 2:23 kita membaca kesedaran yang ghairah dalam Adam:

Kemudian lelaki itu berkata, “Inilah dia, orang yang sama dengan aku—tulang daripada tulangku, dan daging daripada dagingku. Aku namakan dia perempuan, kerana dia diambil daripada lelaki.”

Adam tahu siapa Hawa. Hawa adalah “rahim/manusia”, sebahagian daripada dirinya. Tetapi siapakah perempuan yang bernama Hawa ini? Dia

seorang perempuan yang sempurna dalam dunia yang sempurna dan ada hubungan yang sempurna dengan Pencipta, dan juga suaminya. Kita melihat sifat perempuan yang sejati dalam Hawa. Dia bebas sebagai manusia, dan bebas untuk menjadi apa yang diingini oleh semua perempuan. Hawa menunjukkan tujuan manusia dilahirkan. Hawa juga menunjukkan tujuan hidup yang dipilih oleh manusia. Teruskan cerita ini dalam Kejadian 3. Di sana kita akan menemui seekor ular yang mendekati Hawa untuk memulakan perbualan yang berakhir dengan kehancuran. Tetapi sebelum kita mendengar perbualan mereka, kita perlu mengambil satu lagi maklumat daripada Kejadian 2:16-17.

Allah berfirman kepada manusia itu, “Engkau boleh makan buah-

Page 13: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

13

buahan daripada semua pokok di taman ini,kecuali buah daripada pokok yang memberi pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat. Engkau tidak boleh makan buah pokok itu; jika engkau memakannya, engkau pasti mati pada hari itu juga.”

Di tengah-tengah kekayaan taman Eden ada sepohon pokok. Tuhan melarang Adam dan Hawa daripada memakan buahnya. Adakah Tuhan sedang bermain suatu permainan dengan mereka? Adakah Dia menggoda atau mencubai mereka di luar kemampuan mereka untuk bertahan? Untuk memahami pokok itu, kita perlu memahami satu lagi sebab manusia diciptakan supaya menyerupai Tuhan. Menurut dasar alam semesta, bintang-bintang berkeliling mengikut kitaran

yang telah ditetapkan. Musim bunga dan musim menuai ditetapkan dalam kitaran semula jadi. Seluruh ciptaan diatur untuk bertindak seperti apa yang ditentukan oleh Tuhan. Burung terbang. Ikan berenang. Rusa berlari. Tetapi di tengah-tengah seluruh penciptaan, seorang lelaki dan seorang perempuan diciptakan dengan suatu perbezaan. Mereka dapat memilih, untuk mengasihi Tuhan dan mentaati Dia. Atau mereka dapat memilih untuk berpaling daripada Tuhan dan mengikut jalan mereka sendiri. Mereka sahaja unsur dalam alam semesta yang tidak diatur. Tuhan mengesahkan kuasa memilih dan mengesahkan rupa-Nya dalam diri kita dengan memberi kita kuasa untuk memilih. Pokok itu ada di sana supaya Hawa dan Adam dapat memilih

Page 14: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

14

dengan bebas, sama ada mereka mahu berhubungan dengan Tuhan atau tidak. Seluruh kasih kita terikat oleh pilihan. Tanpa kuasa untuk memilih, maka tiada ertinya berkata bahawa kita mengasihi. Kita boleh menuntut ketaatan. Kita tidak dapat menuntut kasih. Pokok itu memberikan Hawa dan Adam peluang untuk mengasihi Tuhan dengan lebih bererti lagi. Kehadiran pokok itu sendiri adalah peringatan nyata kepada lelaki dan perempuan itu bahawa mereka adalah makhluk ciptaan yang bergantung kepada Pencipta mereka. Dengan itu, mari kita kembali kepada perbualan dalam Kejadian 3:1-7.

Ular ialah binatang yang paling licik antara semua binatang yang dijadikan oleh Tuhan Allah. Ular itu bertanya kepada perempuan itu, “Benarkah Allah melarang kamu

makan buah daripada sebarang pokok di taman ini?” “Kami boleh makan buah daripada setiap pokok di taman ini,” jawab perempuan itu,“kecuali buah pokok yang ada di tengah-tengah taman. Allah melarang kami makan buah pokok itu ataupun menyentuhnya; jika kami berbuat demikian, kami akan mati.” Ular itu menjawab, “Itu tidak benar; kamu tidak akan mati. Allah berfirman demikian kerana Dia tahu bahawa jika kamu makan buah itu, fikiran kamu akan terbuka; kamu akan menjadi seperti Allah dan mengetahui apa yang baik dan apa yang jahat.” Perempuan itu nampak bahawa pokok itu cantik dan buahnya enak dimakan. Dia berfikir betapa baiknya jika dia menjadi bijaksana. Oleh itu dia

14

Page 15: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

15

mendengar pembohongan iblis. Dia memilih untuk percaya bahawa Tuhan telah berdusta kerana Dia tidak mahu makhluk-Nya menjadi seperti Dia. Setelah Adam mengambil buah itu daripada tangan Hawa dan memakannya, ini menunjukkan sifat pertentangan dalam

kita sebagai makhluk yang diciptakan oleh Tuhan menurut rupa-Nya: Kita bebas untuk

Peradoks sebagai makhluk yang

diciptakan dengan menyerupai

Tuhan adalah kita bebas untuk mengutamakan kehendak kita

daripada kehendak Tuhan.

memetik buah pokok itu dan memakannya. Dia juga memberi buah pokok itu kepada suaminya, dan suaminya pun makan buah itu. Sebaik sahaja mereka makan buah itu, fikiran mereka terbuka dan mereka sedar bahawa mereka bertelanjang. Oleh itu mereka merangkaikan daun ara, lalu menutupi tubuh mereka dengan rangkaian daun itu.

Pilihan. Apakah pilihan yang dibuat oleh Hawa? Itu hanya keputusan tentang sebiji buah. Atau bukan? Di sebalik keputusan yang kecil ada keputusan yang besar. Bagi Hawa, sebenarnya keputusan itu menyatakan kesangsiannya terhadap kebaikan Tuhan. Ini sama seperti mengatakan bahawa Tuhan telah menyalahgambarkan diri-Nya dan Dia sebenarnya tidak mahu perkara yang terbaik bagi mereka. Hawa memilih untuk

Page 16: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

16

mengutamakan kehendak kita daripada kehendak Tuhan. Kita bebas untuk tidak menghiraukan Pencipta kita. Orang di sekeliling kita, mungkin di antara keluarga atau kawan kita, ada orang telah membuat keputusan bahawa mereka dapat hidup tanpa Tuhan dan tidak menghiraukan Firman dan kehendak-Nya. Akibat pilihan yang dibuat oleh perempuan dan lelaki pertama itu adalah tiga kesudahan yang anda dan saya tanggung pada hari ini. Yang pertama sudah kita lihat dalam Kejadian 3.7. Mata mereka terbuka dan mereka sedar bahawa mereka telanjang. Simbolnya adalah jelas: mereka sedar apa yang telah dilakukan. Mereka rasa bersalah kerana tidak mentaati Tuhan. Dalam ayat seterusnya kita melihat bahawa mereka kini mengelak untuk

menghadapi Dia dengan menyembunyikan diri.

Pada petang itu, mereka mendengar Tuhan Allah berjalan di taman, lalu mereka bersembunyi di antara pokok-pokok supaya tidak dapat dilihat-Nya.Tetapi Tuhan Allah memanggil lelaki itu, “Di manakah engkau?” Lelaki itu menjawab, “Aku mendengar Engkau di taman; aku takut, lalu aku bersembunyi kerana aku bertelanjang.” “Siapa yang memberitahukan bahawa engkau bertelanjang?” tanya Allah. “Adakah engkau makan buah yang terlarang itu? Aku sudah melarang engkau makan buah itu.” Lelaki itu menjawab, “Perempuan yang Engkau jadikan temanku memberi buah itu kepadaku, lalu aku memakannya.” Tuhan Allah bertanya kepada

Page 17: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

17

perempuan itu, “Mengapa engkau melakukan hal itu?” Perempuan itu menjawab, “Ular menipu aku sehingga aku makan buah itu” (Kejadian 3:8-13).

Persekutuan dengan Tuhan telah rosak. Adam dan Hawa menyembunyikan diri. Perpisahan pertama yang dialami oleh Adam dan Hawa adalah perpisahan daripada Tuhan, Pencipta mereka. Bukan sahaja perhubungan dengan Tuhan terputus. Perhatikan jawapan Adam kepada pertanyaan Tuhan: Dia mengalihkan kesalahan itu kepada Hawa. Apabila Tuhan menyoal Hawa pula, dia mengalihkan kesalahan itu kepada ular. Tuduhan menggantikan kepercayaan dan kasih. Manusia sekarang terbahagi. Pengasingan menanti pada akar semua

perhubungan. Ahli psikologi dan doktor sakit jiwa sibuk menyembuh masyarakat yang bergelut dengan tuduhan, rasa bersalah, tuduh-menuduh dan pemisahan daripada satu sama lain. Kita hidup di dunia yang penuh dengan masalah yang diakibatkan oleh pengasingan antara manusia. Kes-kes perceraian membuktikan hal itu kepada kita. Organisasi yang menolong mangsa penderaan dan pendera menjadi saksi kepada hal ini. Kaum wanita menghadapi masalah besar di dalam dan di luar perkahwinan, di dalam dan di luar tempat kerja, kerana tuduhan dan rasa bersalah telah menggantikan kasih dan kepercayaan. Ketidaktaatan kepada Tuhan memutuskan perhubungan kita dengan Tuhan, lelaki dan perempuan, ibu bapa dan

Page 18: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

18

anak-anak, di antara orang yang terikat dalam semua jenis perhubungan. Ketiga, ia merosakkan keharmonian dalam perhubungan yang dicipta oleh Tuhan di antara alam dengan lelaki dan perempuan pertama. Perempuan akan menunaikan tanggungjawabnya untuk melahirkan anak, tetapi sekarang dia akan mengalami kesakitan. Lelaki akan terus bekerja sebagai petani, tetapi dia akan bertanding dengan tanah yang dikutuk, tanah yang akan menghasilkan semak dan duri. Perhubungan kita dengan Tuhan, sesama, dan dunia yang diciptakan di sekeliling kita, semuanya dirosakkan oleh roh yang mahu berdikari. Perhatikan bahawa baik perempuan mahupun lelaki tidak dikutuk. Ular dan tanah itu dikutuk. Bagi perempuan dan lelaki,

mereka akan menghadapi akibat semula jadi dalam kehidupan di dunia yang rosak dan alam yang tidak ramah. Perhatikan juga nubuat Tuhan mengenai Hawa dan Adam yang membuatkan kedudukan asal mereka berubah. Hawa, yang dahulunya sama rata dengan Adam di taman Eden, akan diperintah oleh suaminya. Adam, yang dijadikan daripada tanah dan diberi kuasa atas tanah. Sekarang dia akan bekerja keras dan berpeluh-peluh untuk mengusahakan tanah ini supaya menghasilkan makanan bagi keluarganya. Akhirnya, dia sendiri akan kembali ke tanah, “kerana engkau dibentuk daripada tanah” (Kejadian 3:19). Apabila kita mengikut jejak lelaki dan perempuan yang keluar dari taman itu, kita hanya bertemu dengan Hawa dua kali

Page 19: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

19

lagi. Dalam bab 4 kita membaca bahawa dia melahirkan Kain, kemudian Habel, dan dalam ayat 25 dia melahirkan seorang anak lelaki bernama Set. Semua anaknya yang lain tidak bernama, dan kematiannya berlalu tanpa disebut. Tahun demi tahun yang melelahkan berlalu bagi perempuan ini. Dia melahirkan dua anak lelaki yang saling bermusuhan dan berakhir dalam pembunuhan dan pembuangan.

Ya, Hawa mendapat apa yang telah dijanjikan kepadanya: pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat. Dia mengetahui erti bekerja keras, kesakitan, kehilangan dan kematian. Ramai perempuan telah hidup dalam kehidupan yang penuh tragedi. Tetapi tidak ada perempuan mengetahui kesengsaraan yang dilalui oleh Hawa sewaktu dia mengalami pengasingan dari Eden, daripada Tuhan, suaminya, dan alam yang kaya. Setelah mengetahui dan mengalami kebaikan, maka kejahatan pasti menjadi lebih nyata. Hawa masih mencerminkan imej Tuhan. Ia merupakan imej yang rosak, tetapi ia masih menggambarkan imej Tuhan. Hawa dipisahkan daripada persekutuan dengan Tuhan yang telah menciptakannya untuk memiliki perhubungan

Perhubungan kita dengan Tuhan,

sesama, dan dunia yang diciptakan

di sekeliling kita, semuanya

dihancurkan oleh roh yang mahu

berdikari.

Page 20: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

20

bersama. Hawa mengetahui kekosongan dan kesengsaraan tersebut, apabila mengingat bahawa dia tidak dapat mencapai semua tujuan penciptaan dirinya! Di tengah-tengah tragedi yang sedih ini, wujudlah sinar harapan yang kecil bagi Hawa dan kita, harapan yang telah mengubah kehidupan kita pada hari ini. Dalam kutukan atas ular, Tuhan juga berfirman: “Engkau

dan perempuan itu akan saling membenci; keturunannya dan keturunanmu akan sentiasa bermusuhan. Keturunannya akan meremukkan kepalamu dan engkau akan mematuk tumit mereka” (Kejadian 3:15). Walaupun Tuhan menjatuhkan hukuman dan bernubuat tentang dosa Adam dan Hawa, Tuhan juga mahu membina semula hubungan dengan mereka yang mencerminkan imej-Nya. Dia memberi amaran kepada Iblis bahawa kemenangannya bukan untuk selamanya. Pada hari yang akan datang, seorang yang dilahirkan daripada benih perempuan akan meremukkan kepala ular. Ini kenyataan yang aneh kerana “benih” atau air mani selalunya berasal daripada lelaki. Inilah janji pertama mengenai seorang Penyelamat yang akan

Tidak ada perempuan mengetahui

kesengsaraan yang dilalui oleh Hawa,

sewaktu dia mengalami

pengasingan dari Eden.

Page 21: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

21

datang. Berita buruk itu mengandungi berita baik. Tuhan belum berputus asa dengan ciptaan-Nya. Drama itu belum berakhir. Tirai belum diturunkan ke atas babak terakhir. Jika anda ingat kembali kepada sekolah menengah atau kelas Inggeris, anda mungkin pernah membaca drama Shakespeare dan penulis-penulis yang lain. Sesetengah drama dipanggil komedi. Yang lain pula dinamakan tragedi. Bagi kebanyakan kita, komedi itu adalah lakonan yang melucukan dengan jenaka-jenaka. Itu bukannya satu-satu cara untuk membezakan komedi dan tragedi. Kedua-dua tragedi dan komedi mengikut jalan cerita yang sama. Dalam babak pertama, penulis menceritakan seorang perempuan sedang memanjat pokok. Dalam babak kedua, seekor beruang berdiri di

bawah pokok itu sambil mengaum. Dalam babak ketiga, kita akan tahu sama ada drama itu sebuah tragedi atau komedi. Perbezaannya terletak pada penghujungnya. Dalam tragedi, ceritanya berlangsung tanpa harapan. Sekiranya ia bermula, keputusan yang salah mengakibatkan pengakhiran yang salah. Sebaliknya, komedi juga mempunyai keputusan yang salah yang dibuat oleh watak-wataknya. Namun krisis dan kesakitan berubah dan akhirnya segala berakhir dengan baik. Tuhan tidak menulis tragedi. Cerita Hawa adalah menyedihkan—bukan sahaja bagi dirinya tetapi bagi seluruh manusia. Bagi anda. Bagi saya. Sebaik sahaja dia membuat keputusan untuk makan buah yang menarik itu, dia tidak dapat mengubah

Page 22: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

22

pengakhiran itu bagi dirinya sendiri, dan juga Adam, Kain, Habel, dan Set, mahupun siapa jua keturunannya. Tetapi Penulis dapat masuk ke dalam cerita dan mengubah pengakhirannya. Tuhan dapat mengambil semua keputusan yang salah, kesakitan dan dukacita dan menggunakannya untuk menjadikan suatu pengakhiran yang gembira. Dia memberikan tanda pertama itu dalam Kejadian 3:15. Dia berjanji bahawa keturunan Hawa akan mengalahkan iblis dan kuasanya. Anda dan saya tidak menjalani kehidupan seperti Hawa yang menanti-nantikan penepatan janji Tuhan. Anda dan saya hidup dengan janji yang telah ditepati dalam hidup kita. Yesus Kristus telah datang, dan melalui Dia, anda dan saya dapat

memiliki perhubungan dengan Tuhan. Rasul Paulus mengetahui bahawa kenyataan itu akan membawa perubahan dalam kehidupan orang Yunani pada abad pertama di Korintus. Dia menulis kepada mereka, “Sebagaimana semua orang mati kerana tergolong satu dengan Adam, begitu juga semua orang akan dihidupkan semula kerana tergolong satu dengan Kristus” (1 Korintus 15:22). Saya dan anda dapat dihidupkan dalam Kristus. Dengan itu, kita dapat mengalami perhubungan dengan Pencipta kita, perhubungan yang telah dibuang oleh Hawa dan Adam untuk cuba menjadi seperti Tuhan. Kita boleh memilih supaya Tuhan menulis pengakhiran yang gembira dalam drama kehidupan kita. Kita boleh memilih supaya Tuhan membina suatu

Page 23: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

23

perhubungan yang tidak terputus akibat sifat kendiri dan keputusan buruk kita. Kemudian kita dapat melihat Dia memulihkan perhubungan manusia yang membebani kita.

Kita boleh memilih. Jika anda belum membuat keputusan itu, sekaranglah waktu yang baik untuk memilih supaya membina satu perhubungan dengan Tuhan melalui percaya kepada Yesus Kristus.

RAHAB: Bagaimana memilih bagi Tuhan dalam budaya anda

ayangkan bahawa anda sedang memandu ke pasar

raya dan anda sampai ke suatu persimpangan dengan lampu isyarat. Apabila anda berada sejauh seratus kaki dari persimpangan jalan itu, lampu itu menjadi kuning. Apakah keputusan yang akan anda buat dalam saat seterusnya? Adakah anda akan menekan minyak dengan lebih kuat dan jalan terus, mungkin sewaktu lampu kuning ataupun sewaktu lampu menjadi merah? Atau adakah anda akan menekan brek dan tidak mengambil risiko? Keputusan yang anda buat pada saat itu akan bergantung kepada

Kita boleh memilih supaya Tuhan menulis pengakhiran yang gembira dalam drama

kehidupan kita.

BB

Page 24: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

24

Sekali anda membuat keputusan itu, anda mungkin memiliki lebih banyak keputusan yang perlu dibuat di depan. Bayangkan anda sudah habis mengambil barangan anda di pasar dan sekarang berada di kaunter membayar. Juruwang memberi anda baki wang $10 sedangkan $5 yang seharusnya anda terima. Apakah keputusan yang akan anda buat dalam saat seterusnya? Adakah anda akan memberitahu dia tentang kesilapan itu, atau menyimpan $10 itu tanpa mengatakan apa-apa? Sekali lagi, keputusan anda pada detik itu akan bergantung kepada beberapa faktor. Mungkin anda teringat beberapa kali anda telah membeli barangan yang rosak di kedai itu: sawi sudah buruk, tembikai kecil tawar, atau epal sudah empuk. Atau apabila

beberapa faktor. Pertama, adakah anda mengejar masa atau anda tiada urusan penting sepanjang pagi untuk pergi membeli-belah di pasar? Satu lagi adalah perasaan anda dalam soal mematuhi undang-undang pada setiap waktu. Ada di antara kita yang tegas dalam hal ini. Bagi orang lain, melanggar undang-undang sekali-kala adalah cabaran yang menyegarkan. Faktor ketiga adalah perasaan anda apabila disaman, kerana anda harus menjelaskan hal itu kepada keluarga anda atau bercakap kepada polis. Tetapi sememangnya keputusan anda akan dipengaruhi oleh keperibadian anda. Jika anda Jenis A yang tidak dapat tahan menunggu lampu merah, kemungkinan besar anda akan menekan minyak dan lalu sahaja persimpangan jalan itu.

Page 25: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

25

anda membeli keju di sana dan anda terpaksa membuangkannya kerana ia sudah masam. Pada saat itu, anda mungkin membuat keputusan bahawa anda hanya mengambil balik wang yang dibelanjakan kerana kedai itu telah menipu anda dengan barangan yang buruk. Apa yang anda percaya tentang kedai itu, kejujuran dan keadilan akan menentukan apa yang anda lakukan apabila anda perlu membuat keputusan cepat tentang baki yang salah di kaunter membayar. Ini bukan masalah yang baru. Orang ramai telah membuat pilihan seperti ini selama beribu-ribu tahun. Sejak Hawa membuat keputusan tentang sebiji buah di taman Eden, orang ramai perlu membuat keputusan yang cepat dalam hidup. Keputusan-keputusan itu biasanya dibuat

berdasarkan kepercayaan kita tentang diri kita sendiri, masyarakat, dan alam semesta. Adakah Tuhan wujud? Jika ya, bagaimanakah Dia memberi pengaruh ke atas keputusan yang saya pilih? Apakah yang saya percaya tentang Dia akan mempengaruhi keputusan yang saya buat setiap hari? Apabila kita membaca Yosua 2, kita melihat seorang perempuan yang membuat keputusan genting dalam sesaat telah mengubah hidupnya dari peringkat bawah ke peringkat atas. Namanya Rahab. Dia mengamalkan pekerjaan tertua di dunia —pelacuran. Dia sudah membuat keputusan yang besar tentang nilai tubuh dan jiwanya. Dalam petikan ini kita bertemu dengan dia sewaktu dia berhadapan dengan satu lagi keputusan. Untuk memahami keputusan itu, kita perlu

Page 26: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

26

mengimbas 40 tahun dahulu dan meletakkan dasar cerita untuk keputusan pantas yang dibuat oleh Rahab. Umat Tuhan, 12 suku Israel di-jadikan hamba di Mesir. Di bawah pimpinan sebuah keluarga yang luar biasa— Musa, Harun dan Miriam— Tuhan membebaskan umat-Nya. Oleh sebab ketidakpercayaan, mereka tidak mahu memasuki Tanah Perjanjian, oleh itu mereka mengembara di padang gurun di Semenanjung Sinai selama 40 tahun. Pada waktu itu satu generasi telah meninggal. Lalu pandangan kita terbuka kepada 12 suku yang sekarang berkhemah di pantai Timur sungai Yordan, dalam persiapan untuk menakluki tanah Kanaan di bawah pimpinan ketua yang baru, iaitu Yosua. Kota pertama yang harus ditakluk oleh orang

Israel ialah kota Yerikho, Kota Pokok Palma. Kota itu menguasai suatu lembah yang hijau dan subur. Tuhan telah menjanjikan umat-Nya satu tanah yang diairi dengan susu dan madu, dan kota yang pertama di tengah-tengah perjalanan mereka adalah kota yang menepati gambaran itu. Lembah itu subur dan diairi dengan baik, berlimpah-limpah dengan tanaman dan buah-buah yang lazat. Kota itu sendiri merupakan kota yang terkuat di antara semua kota yang terlindung di Kanaan. Nampaknya tiada orang boleh menembusi tembok tanah liat Kanaan yang kira-kira 20 kaki tinggi. Ahli kaji purba memberitahu kita bahawa sebenarnya ada dua tembok dengan ruangan sebesar bilik di tengah-tengah kedua-dua tembok itu. Jika musuh dapat

Page 27: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

27

memanjat tembok pertama, mereka akan terperangkap di tempat kosong itu, dan mudah dikesan oleh pihak pertahanan Yerikho. Kota Yerikho terlindung dengan baik. Rumah-rumah didirikan di antara ruangan dua tembok ini di sekeliling kota. Kayu yang keras menyokong rumah-rumah ini dengan menjambatani pasangan tembok itu. Rahab tinggal di salah sebuah rumah di tembok tersebut. Cerita kita bermula dalam Yosua 2:1.

Kemudian Yosua mengirim dua orang pengintip dari perkhemahan di Sitim ke Kanaan. Mereka diperintah supaya menjelajah tanah Kanaan untuk menyelidikinya dengan sembunyi-sembunyi, terutama sekali kota Yerikho. Apabila mereka sampai di kota

itu, mereka menginap di rumah seorang perempuan pelacur yang bernama Rahab.

Itulah permulaannya: Persiapan perang orang Israel, pengintip dan soal kesetiaan dan semangat kenegaraan. Pengintip telah datang ke Yerikho. Di manakah mereka boleh tinggal? Bagaimanakah mereka dapat mengumpul maklumat yang ingin diketahui oleh mereka? Tempat apakah yang lebih sesuai daripada rumah pelacuran? Pedagang yang melawat biasanya meminta petunjuk di tempat-tempat seperti itu. Kita tidak harus terkejut bahawa dua pengintip dari Israel itu akhirnya masuk ke dalam rumah Rahab di atas tembok. Tetapi adakah dua pengintip itu dapat mengelakkan syak wasangka? Sila baca Yosua 2:2-7.

Page 28: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

28

Raja Yerikho diberitahu bahawa beberapa orang Israel telah datang pada malam itu untuk mengintip negerinya.Maka raja itu menyuruh orang memberitahu Rahab, “Orang di rumahmu itu datang untuk mengintip seluruh negeri ini! Bawalah mereka ke luar!” Rahab menjawab, “Memang ada beberapa orang datang ke rumah saya, tetapi saya tidak tahu dari mana mereka datang. Mereka pergi pada waktu senja, sebelum pintu gerbang kota ditutup. Saya tidak tanya ke mana mereka pergi tetapi jika mereka dikejar dengan segera, mereka akan dapat ditangkap.” (Padahal Rahab telah menyembunyikan dua orang pengintip itu di atas bumbung rumah yang rata, di bawah timbunan batang rami,

yang diletakkannya di sana.) Sebaik sahaja para utusan raja itu keluar dari kota, pintu gerbang ditutup. Mereka mencari pengintip-pengintip itu sampai ke tempat penyeberangan Sungai Yordan.

Dengan jelas para pengintip itu telah menimbulkan syak wasangka di kalangan orang Yerikho dan raja pun telah mendengar tentang mereka. Dia mengutus satu rombongan ke rumah Rahab dan minta supaya dua pengintip itu diserahkan kepada pasukan polis Yerikho. Rahab diperhadapkan dengan keputusan pada saat itu. Adakah dia akan melakukan hal yang patriotik demi negaranya dan menyerahkan para pengintip kepada raja? Atau adakah dia akan berbohong dan menjadi pengkhianat kerana dia memilih untuk

Page 29: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

29

melindungi musuh-musuh bangsanya? Itulah keputusan yang besar untuk dilakukan oleh sesiapapun. Dan Rahab tidak memiliki beberapa jam atau beberapa hari untuk memikirkan hal itu, atau membincangkannya dengan orang yang dipercayainya. Dia perlu membuat keputusan dengan cepat. Anda tahu daripada petikan tentang keputusan apa yang dibuatnya. Para pengintip, buat seketika, dilindungi di bawah timbunan batang rami di atas bumbung rumahnya. Askar-askar yang datang ke pintunya mempercayai ceritanya dan terus mencari pengintip tersebut di tempat-tempat penyeberangan Sungai Yordan. Fikirkan keputusan Rahab. Apakah yang meyakinkan dia bahawa adalah lebih baik jika dia mengkhianati bangsanya

dan mempertaruhkan nyawanya untuk nyawa dua orang lelaki asing ini, bahkan tidak diketahui sama ada mereka akan berjumpa lagi atau tidak. Seperti kebanyakan keputusan yang perlu kita buat segera, keputusan Rahab menyatakan siapa dirinya dan apa yang dipercayainya tentang dirinya, dunianya, dan Tuhan. Kepercayaan Rahab memberi dia keberanian untuk melawan bangsa dan kerajaannya sendiri apabila dia diperhadapkan dengan keputusan genting. Bayangkan anda dan saya kini pergi ke atas bumbung di tembok Yerikho. Dengarlah apa yang dikatakan oleh Rahab kepada para pengintip itu selepas askar-askar meninggalkan mereka untuk pencarian yang sia-sia. Duduklah bersama saya di bawah bintang sementara Rahab berbual

Page 30: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

30

dengan dua orang lelaki Israel. Rasakan tiupan angin sepoi pada musim bunga. Hidulah wangian bunga dalam angin malam. Lihatlah air sungai yang kelihatan berkelip-kelip dalam terang bulan di timur dan gunung-gunung di barat. Bacalah kata-kata Rahab kepada dua pemuda itu dalam Yosua 2:8-13.

Sebelum pengintip-pengintip itu tidur pada malam itu, Rahab naik ke bumbung rumah dan berkata kepada mereka, “Aku tahu bahawa Tuhan telah memberikan tanah ini kepada kamu. Semua orang di negeri ini takut kepada kamu. Kami telah mendengar bahawa Tuhan telah mengeringkan Laut Gelagah di hadapan kamu ketika kamu meninggalkan Mesir. Kami juga mendengar bahawa kamu telah membunuh Raja Sihon

dan Raja Og, dua orang raja bangsa Amori di sebelah timur Sungai Yordan. Kami ketakutan sebaik saja kami mendengar hal itu. Kami sudah hilang keberanian kerana kamu. Tuhan, Allah kamu sesungguhnya Allah yang berkuasa di langit dan di bumi. Sekarang bersumpahlah demi Tuhan bahawa kamu akan memperlakukan keluargaku dengan baik sebagaimana aku telah memperlakukan kamu. Berilah aku suatu tanda jaminan supaya aku dapat mempercayai kamu. Berjanjilah kepadaku bahawa kamu akan menyelamatkan ibu bapaku dan saudara-saudaraku lelaki dan perempuan, serta semua keluarga mereka. Janganlah biarkan kami dibunuh!”

Page 31: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

31

Kepercayaan apakah yang mendorong Rahab membuat keputusan untuk menyembunyikan pengintip-pengintip itu dan mengkhianati kotanya? Rahab memilih untuk mempertaruhkan nyawa dan masa depannya untuk Tuhan orang Israel. Dia memberitahu pengintip itu bahawa dia yakin Tuhan mereka adalah “Allah yang berkuasa di langit dan di bumi.” Inilah satu-satunya cara supaya kita dapat mencabar budaya sendiri atau melawan arus masyarakat di sekeliling kita. Kita mendapat keberanian untuk melakukan itu hanya apabila kita yakin bahawa “Allah [kita] adalah Allah yang berkuasa di langit dan di bumi.” Adakah saya benar-benar percaya bahawa Tuhan berdaulat bukan sahaja di syurga tetapi juga di bumi? Adakah

saya yakin bahawa saya selalu dalam penjagaan Tuhan (Mazmur 31:16) dan bahawa Tuhan benar-benar memegang seluruh dunia dalam tangan-Nya? Bolehkah saya pasti bahawa tangan Tuhan adalah tangan yang baik dan Dia akan menyebabkan keadilan untuk berjaya dan kebaikan untuk menang pada akhirnya? Penyajak orang Amerika James Russell Lowell menulis:

Kebenaran selalu dipancung,

Kesalahan selalu disanjung—

Namun hukuman mengubah masa depan,Di sebalik perkara yang

tersembunyi,Tuhan berkuasa dalam bayangan,

Menjaga milik-Nya sendiri. “Kebenaran selalu dipancung. Kesalahan selalu disanjung.” Ada kalanya keadaan

Page 32: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

32

nampaknya seperti itu, bukan? Kita melihat dunia di sekeliling kita dan kita melihat ketidakadilan. Kita melihat orang baik kalah dan orang jahat menang. Kita melihat rakan baik terpaksa bergelut dengan perkahwinan yang hancur, bukan kerana dia seorang isteri yang tidak baik, tetapi kerana suaminya telah dipikat oleh godaan perempuan lain. Kita melihat suami yang jujur kehilangan pekerjaannya. Pada waktu yang sama rakan sekerja yang tidak jujur dinaikkan pangkat. Nampaknya Tuhan tidak berdaulat di bumi. Tidak banyak perkara untuk meyakinkan kita bahawa Tuhan juga berdaulat di atas syurga. Adakah Tuhan benar-benar “berkuasa dalam bayangan,menjaga milik-Nya sendiri?” Sama ada kita percaya bahawa Lowell itu betul atau salah, ini bergantung

kepada hal-hal lain yang kita ketahui tentang Tuhan. Rahab cukup tahu tentang Tuhan untuk percaya bahawa Dia akan menggunakan kuasa-Nya yang besar untuk memberkati orang-orang kepunyaan-Nya. Rahab rela mempertaruhkan nyawanya atas hal itu. Dia tahu betapa tebalnya tembok Yerikho. Dia hidup di atasnya. Dia tahu betapa garang dan ganasnya askar-askar Yerikho. Sebagai seorang pelacur, dia pasti sudah mendengar cukup ramai askar Yerikho membanggakan diri dengan kekuatan dan kemampuan mereka apabila mereka melawat dia. Dia tahu kota Yerikho tidak dapat ditawan oleh sebarang musuh. Walau bagaimanapun, dia percaya bahawa Tuhan yang disembah Israel akan berjaya, dan orang Israel di pihak Tuhan. Dia sangat percaya hal itu sehingga dia

Page 33: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

33

sanggup mempertaruhkan nyawanya atas kenyataan itu. Dengan berani Rahab melawan budayanya kerana dia memiliki iman yang kuat kepada Tuhan Israel. Kita mempelajari sesuatu yang penting tentang iman Rahab apabila kita pergi ke Perjanjian Baru. Hal yang mengejutkan adalah kita mendapati bahawa pelacur ini diagungkan sebagai teladan iman yang cemerlang. Lihat dalam Ibrani 11:31.

Kerana beriman, Rahab, wanita pelacur itu, tidak turut terbunuh bersama-sama orang yang melawan Allah, kerana dia menyambut pengintip-pengintip Israel dengan ramah.

Di Golongan Perwira-Perwira iman, kita menemui hanya dua perempuan—Sara, isteri Abraham, dan pelacur Rahab. Ini amat mengagumkan! Tetapi penulis surat Ibrani ini

bukan satu-satunya orang yang menggunakan iman Rahab sebagai contoh. Lihat juga dalam Yakobus 2:25-26.

Demikian juga halnya dengan Rahab, wanita pelacur itu. Allah berkenan kepada Rahab kerana perbuatannya. Rahab menyambut pengintip-pengintip Israel dan menolong mereka melarikan diri melalui jalan lain. Oleh itu, sebagaimana tubuh tanpa roh adalah tubuh yang mati, demikian juga iman tanpa perbuatan adalah iman yang sia-sia!

Iman Rahab bukan sahaja merujuk kepada kenyataannya yang teguh tentang Tuhan Israel bahawa, “Allah kamu sesungguhnya Allah yang berkuasa di langit dan di bumi.” Ini juga menuntut tindakan tegas daripada umat Tuhan. Seseorang pernah berkata “iman

Page 34: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

34

adalah tindakan, bukan hanya satu pernyataan.” Apakah yang membuktikan iman Rahab? Penulis surat Ibrani berkata bahawa sewaktu dia menerima pengintip tersebut, itu membuktikan imannya. Yakobus juga menunjuk kepada hal yang sama: “Rahab menyambut pengintip-pengintip Israel dan menolong mereka

melarikan diri melalui jalan lain”—jauh daripada tentera Yerikho. Iman Rahab menghasilkan perbuatan. Keputusannya untuk bertindak adalah hasil daripada iman.

Dan apakah hasilnya? Dengan mempertaruhkan nyawanya kepada kenyataan dan karya Tuhan yang disembah Israel, adakah Rahab memilih dengan baik? Jika anda membesar dalam sekolah minggu, anda tahu cerita ini lebih baik daripada apa yang dapat saya ceritakan. Selepas menipu askar Yerikho untuk mengejar dengan sia-sia, dia mengadakan perbualan mesra dengan dua pengintip itu di atas bumbung rumahnya di bawah langit malam yang berbintang. Dia mengakui imannya kepada Tuhan yang disembah Israel. Dia melakukan satu hal lagi. Sebagai tukaran kerana menyelamatkan pengintip itu, Rahab meminta agar nyawa ibu bapa, semua saudara lelaki dan perempuannya diselamatkan apabila Tuhan memberikan Yerikho kepada orang Israel.

Iman Rahab menghasilkan perbuatan.

Keputusannya untuk bertindak

adalah hasil daripada imannya.

Page 35: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

35

“Biarlah Allah membunuh kami jika kami tidak memenuhi janji kami,” jamin dua pengintip itu. Atas dua syarat: Rahab tidak boleh memberitahu misi mereka kepada pihak berkuasa di Yerikho, dan dia mesti mengikat tali merah pada tingkap di tembok. Hanya mereka yang berada di dalam rumah itu pada waktu serangan akan terselamat. Semua orang lain akan dimusnahkan. Mereka semua bersetuju kepada syarat-syarat itu. Rahab menurunkan mereka dari tembok dengan tali yang kuat dan menyuruh mereka untuk bersembunyi di kawasan pergunungan sehingga pasukan pencari telah kembali ke Yerikho. Dia mengikat tali merah pada tingkapnya. Lalu dia menunggu. Dalam Yosua fasal 3, 4 dan 5, kita membaca cerita tentang satu bangsa

besar yang menyeberangi sungai yang deras dan berkhemah tidak jauh dari Yerikho. Sementara itu, Rahab menunggu. Cerita ini disambung dalam Yosua 6:1-2.

Pintu-pintu gerbang kota Yerikho dikawal dan ditutup supaya umat Israel tidak dapat masuk. Tiada seorang pun dapat masuk ataupun keluar dari kota itu. Tuhan berfirman kepada Yosua, “Aku menyerahkan Yerikho dengan rajanya dan semua askarnya yang perkasa kepadamu.

Dengan itu Tuhan memberi Yosua satu rancangan perang yang aneh sekali. Dia disuruh untuk menyediakan suatu perarakan. Di hadapan perarakan itu adalah beberapa orang askar diikuti oleh tujuh orang imam yang membawa trompet. Kemudian lebih ramai orang imam

Page 36: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

36

yang membawa Tabut Perjanjian, disusuli oleh beberapa orang askar lagi di belakang. Tujuh orang imam itu dikehendaki meniup trompet mereka sepanjang masa mereka mengelilingi kota itu, tetapi orang Israel yang berdiri di tepi jalan perarakan itu dikehendaki berdiam diri. Sesudah perarakan itu, semua orang kembali ke perkhemahan orang Israel untuk bermalam. Mereka mengulangi arahan yang minta mereka berkumpul dan berarak pada hari pertama sehingga hari keenam. Apakah pemikiran anda jika anda seorang warga kota Yerikho yang berdiri di atas tembok itu dan memperhatikan hal ini setiap hari? Hari demi hari? Mungkinkah anda mula berfikir apakah jenis Tuhan yang memberi arahan seperti itu kepada umat-Nya? Atau mungkinkah anda

mula merasa khuatir apabila memerhatikan perarakan itu, dan setiap saat memikirkan apa yang akan berlaku nanti? Pada hari ketujuh perarakan itu berkumpul seperti biasa. Orang Israel memperhatikan askar yang bersenjata, orang imam dengan trompet, dan kaum imam yang membawa Tabut Perjanjian berbaris seperti biasa. Semua orang diam. Sememangnya mereka disuruh berdiam. Tetapi saya rasa tanpa perintah daripada Yosua pun mereka akan terus berdiam juga. Inilah ujian yang besar bagi mereka. Adakah Tuhan akan menolong mereka, atau mereka akan kelihatan seperti orang bodoh sepanjang minggu? Selepas mengelilingi kota Yerikho sebanyak tujuh kali, tiba-tiba Yosua memberikan isyarat. Trompet berbunyi. Orang Israel bersorak. Dan seperti yang dinyanyikan,

Page 37: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

37

“Tembok-tembok jatuh berkecai.” Tembok-tembok yang besar, iaitu kira-kira 20 kaki tebal runtuh ke dalam kota itu. Askar Israel yang bersenjata dapat naik ke kota itu melalui runtuhan tembok dan melawan tentera Yerikho. Seluruh kota Yerikho dimusnahkan. Atau hampir musnah semuanya. Yang tinggal adalah sebuah rumah di sebahagian tembok itu. Dari tingkap rumah itu tergantung seutas tali merah. Orang berhimpit-himpit di tingkap rumah itu, melihat semua yang berlaku dengan kekaguman. Yosua memanggil dua orang pengintip itu dan memberikan mereka tugas yang baik: pergi ke rumah Rahab dan bawa keluar semua orang di sana dan memastikan mereka selamat. Dalam Yosua 6:23 kita membaca:

Oleh itu mereka pergi membawa Rahab keluar bersama-sama

ibu bapa, saudara-saudara, dan semua anggota keluarganya. Mereka menyelamatkan semua orang itu, kaum keluarga Rahab mahupun hamba-hambanya, lalu membawa mereka ke tempat yang selamat, berhampiran dengan perkhemahan Israel.

Selamat! Rahab telah mempertaruhkan nyawanya kepada Tuhan yang disembah Israel. Tuhan menunaikan janji-Nya kepadanya dan kepada semua orang yang ada bersama-sama dia di rumah di atas tembok Yerikho itu. Cerita itu tidak setakat ini sahaja. Dalam Yosua 6:25, penulis memberitahu kita bahawa Rahab tinggal di kalangan orang Israel sehingga pada hari buku Yosua ditulis. Dia menjadi satu dengan umat Tuhan. Kenyataan bahawa dia pernah seorang pelacur tidak lagi penting. Dia

Page 38: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

38

telah menjadi sebahagian masyarakat Tuhan kerana imannya. Salah satu perkara ajaib yang kita lihat ketika Yesus berjumpa dengan wanita dalam keempat-empat kitab Berita Baik, adalah Dia selalu tunduk untuk mengangkat “perempuan yang jatuh.” Ingatlah perempuan dengan botol pualam berisi minyak wangi dalam Lukas 7, dan perempuan yang didapati berzina dalam Yohanes 8. Berulang kali, kita melihat Yesus menjangkau kaum perempuan yang telah melanggar peraturan dan cara hidup mereka dipandang rendah oleh orang yang “dihormati.” Rahab memperingati kita bahawa menjadi ahli keluarga Tuhan tidak bergantung kepada kebaikan kita. Semuanya bergantung pada anugerah Tuhan. Melalui seorang pelacur, kita belajar bahawa kita

diselamatkan oleh anugerah, bukan dengan berbuat baik. Tetapi cerita kita belum selesai. Bukalah Matius 1, senarai nenek moyang yang membosankan dan lihat pada ayat 5: “Boas (ibunya Rahab).” Rahab ialah ibu kepada Boas? Itu bererti Rahab adalah nenek moyang Daud, raja agung Israel. Lebih istimewa lagi, dia adalah nenek moyang dalam salasilah Yesus, Tuhan kemuliaan, Tuhan-Manusia, Penyelamat dunia ini. Rahab, si pelacur itu. Mungkin anda terfikir bahawa adalah lebih baik jika Tuhan lebih berhati-hati dalam soal salasilah Anak-Nya. Bagi umat yang amat mementingkan salasilah, tidak haruskah Tuhan mempedulikan keinginan mereka dan memilih salasilah yang lebih murni bagi Mesias? Nampaknya Tuhan mahu kita mempelajari sesuatu

Page 39: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

39

yang lain sambil kita melihat pada Rahab. Rahab merupakan tanda bagi semua kemungkinan dalam diri kita. Tuhan melihat Rahab menunjukkan imannya dengan perbuatan. Tidak kira siapa dia dahulu. Tuhan melihat keputusan yang dibuat oleh Rahab. Sama juga dengan kita semua. Masa lampau kita tidak penting. Masa depan kita yang penting bagi Tuhan. Iman boleh berkembang dalam apa-apa keadaan. Bunga mawar boleh bertumbuh dalam timbunan najis. Apa yang ada di belakang kita tidak sepenting dengan apa yang ada di depan kita. Keputusan yang kita buat pada masa dahulu membawa kita ke mana kita berada pada hari ini. Keputusan yang kita buat pada hari ini, esok, minggu depan atau tahun depan akan menentukan tujuan hidup kita.

Sesetengah keputusan harus dilakukan dengan segera. Keputusan kita akan ditentukan oleh siapa kita dan apa yang kita percaya tentang diri kita, dunia kita dan Tuhan. Keputusan-keputusan itu akan menentukan tindakan yang kita ambil. Rahab mendengar tentang Tuhan orang Israel. Dia bertindak balas kepada apa yang didengarnya dengan iman. Dia membuat keputusan dalam seketika untuk mengikut Tuhan dengan menyelamatkan dua orang pengintip itu. Imannya menyelamatkan dia dan seluruh keluarganya di tengah-tengah kemusnahan. Ia mendapatkan tempat

Rahab merupakan tanda bagi semua

kemungkinan dalam diri kita.

Page 40: HAWA & RAHAB - d29kealra6wu8j.cloudfront.net file3 kita hadapi. Sambil kita melihat wanita yang gagal atau berjaya, kita dapat menemui prinsip yang akan menjelaskan lagi jawapan yang

40

baginya dalam masyarakat Israel dan perkahwinan kepada Salmon, yang menurut tradisi adalah salah satu daripada dua orang pengintip itu. Dia juga mendapat tempat dalam salasilah sebagai nenek moyang raja teragung Israel, dan sebagai nenek moyang Penyelamat kita, Yesus Kristus. Siapa dia sebelum ini tidak lagi penting. Siapa dirinya selepas dia menyatakan iman dengan perbuatan adalah yang penting. Apakah sumber yang anda sandarkan apabila anda perlu membuat keputusan penting dalam sesaat hidup anda? Adakah keputusan anda berdasarkan iman anda kepada Tuhan yang mengasihi, berbelas kasihan dan melindungi anda? Adakah perbuatan anda menunjukkan iman semasa anda mengembara bersama-sama Tuhan dan

umat-Nya? Contohilah Rahab. Lihatlah pada pelacur ini yang menjadi contoh iman yang sungguh-sungguh bagi Israel dan kita pada hari ini.

Buku ini dipetik daripada buku A Woman God Can Lead oleh Alice Mathews, diterbitkan oleh Discovery House Publishers © 1998. Alice sering melibatkan diri dalam program radio seharian RBC, Discover The Word.