hasil pembelajaran -...

16
X PENGENALAN Sejak zaman dahulu lagi, masyarakat Melayu yang beragama Islam kaya dengan adat istiadat. Salah satu adat yang masih terpelihara sehingga kini ialah adat perkahwinan. Dengan upacara ini, mereka sah dalam ikatan perkongsian hidup sebagai suami isteri menurut lunas akidah, syariah dan akhlak yang terkandung dalam al- Quran dan Hadis. Adat perkahwinan diadakan apabila lelaki dan perempuan akan disatukan dalam ikatan untuk membentuk sebuah keluarga atau rumah tangga yang sah dari segi hukum agama. T T o o p p i i k k 6 6 X Adat Istiadat Kemuncak: Perkahwinan Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menunjukkan susur-galur adat istiadat pra-perkahwinan dalam pra-perkahwinan masyarakat Melayu; dan 2. Membincangkan adat istiadat perkahwinan dalam kalangan masyarakat Melayu. HASIL PEMBELAJARAN

Upload: leminh

Post on 11-Mar-2019

258 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Sejak zaman dahulu lagi, masyarakat Melayu yang beragama Islam kaya dengan adat istiadat. Salah satu adat yang masih terpelihara sehingga kini ialah adat perkahwinan.

Dengan upacara ini, mereka sah dalam ikatan perkongsian hidup sebagai suami isteri menurut lunas akidah, syariah dan akhlak yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis.

Adat perkahwinan diadakan apabila lelaki dan perempuan akan disatukan dalam ikatan untuk membentuk sebuah keluarga atau rumah tangga yang sah dari segi hukum agama.

TTooppiikk

66 Adat Istiadat Kemuncak: Perkahwinan

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menunjukkan susur-galur adat istiadat pra-perkahwinan dalam pra-perkahwinan masyarakat Melayu; dan

2. Membincangkan adat istiadat perkahwinan dalam kalangan masyarakat Melayu.

HASIL PEMBELAJARAN

TOPIK 6 ADAT ISTIADAT KEMUNCAK: PERKAHWINAN

66

ADAT ISTIADAT PRA-PERKAHWINAN

Dalam masyarakat Melayu yang masih tebal dengan adat istiadat, mereka amat mengambil berat dan memberi tumpuan yang serius terhadap majlis perkahwinan. Enam proses perlu dilakukan sebelum berlangsungnya sesuatu upacara perkahwinan seperti dipaparkan dalam Rajah 6.1.

Rajah 6.1: Enam adat pra-perkahwinan (a) Merisik (Cincin Tanya) Merisik merupakan satu proses dan usaha oleh keluarga lelaki terhadap

keluarga perempuan dalam usaha mempertemukan jodoh antara teruna dan dara.

Pertemuan ini lazimnya diadakan di rumah keluarga perempuan. Adat merisik ini diadakan dengan tujuan:

(i) Mendapat restu daripada ibu bapa sebelum membuat keputusan

yang lebih besar seperti perkahwinan;

(ii) Menjaga imej keluarga perempuan dan keluarga lelaki;

Merisik melibatkan pertemuan secara rasmi antara wakil keluarga lelaki dengan keluarga perempuan.

6.1

TOPIK 6 ADAT ISTIADAT KEMUNCAK: PERKAHWINAN

67

(iii) Menentukan kedudukan perempuan sama ada sudah dipinang orang lain ataupun belum; dan

(iv) Mengkaji atau mendalami keadaan hidup keluarga perempuan, perlakuan dan ingin melihat fizikal perempuan.

Terdapat juga beberapa kepercayaan yang dapat dikaitkan dengan adat merisik. Antaranya adalah:

(i) Menentukan keserasian bakal pasangan; dan

(ii) Menjalinkan hubungan kekeluargaan. (b) Bertunang Hasil daripada kerja merisik, akan berlaku pula proses meminang.

Biasanya, keluarga lelaki akan berkunjung ke rumah keluarga perempuan setelah tarikh dipersetujui bersama. Ibu bapa perempuan akan mengambil langkah berikut sebelum memberi keputusan kepada keluarga lelaki:

(i) Menilai ciri-ciri yang terdapat pada diri si lelaki dan keluarganya. Ini

termasuklah:

• Rupa;

• Umur;

• Latar belakang keluarga dan keturunan;

• Tingkah laku;

• Pendidikan; dan

• Latar belakang agama; (ii) Ibu akan menyampaikan maklumat kepada anak perempuan tentang

ciri-ciri tadi. Ini bertujuan untuk mendapat persetujuan anak perempuan; dan

(iii) Setelah mendapat persetujuan anak perempuannya, ibu perempuan akan berjumpa semua ahli keluarganya yang lain. Tujuannya untuk mendapat persetujuan bersama.

TOPIK 6 ADAT ISTIADAT KEMUNCAK: PERKAHWINAN

68

Tiba waktu selepas berunding sesama keluarga, wakil keluarga perempuan akan berkunjung ke rumah keluarga lelaki untuk menyatakan persetujuan. Dalam masa yang sama, kedua-dua pihak membuat persediaan untuk upacara majlis peminangan.

Dalam proses ini, mereka akan mengambil kira perkara berikut:

(i) Hari dan masa majlis peminangan;

(ii) Jumlah hantaran belanja;

(iii) Hadiah persalinan pakaian: Serba satu, serba dua atau dalam bentuk wang sahaja; dan

(iv) Hari perkahwinan. Rombongan keluarga lelaki akan berkunjung ke rumah keluarga

perempuan untuk berbincang dan seterusnya mencapai persetujuan tentang perkara yang disenaraikan tadi. Beberapa perkara diambil kira dalam pertemuan ini. Antaranya adalah:

(i) Jumlah hantaran belanja: Berlaku tawar-menawar antara kedua-dua

belah pihak. Namun, pada akhirnya, mereka akan mencapai persetujuan bersama;

(ii) Sumbangan pada hari peminangan: Gubahan sirih meminang, wang hantaran belanja, kuih-muih atau barang-barang lain yang bernilai. Namun, sumbangan pada hari peminangan tidak sebesar sumbangan pada hari perkahwinan nanti; dan

(iii) Ketua kampung, ketua syarak atau orang yang berpengetahuan dengan adat istiadat dilantik sebagai jurucakap majlis peminangan.

Tiba waktu yang dijanjikan, kedua-dua keluarga membuat persiapan.

Keluarga lelaki akan berkunjung ke rumah keluarga perempuan dengan tujuan untuk meminang. Sewaktu adat istiadat meminang dilaksanakan beberapa perkara berikut diambil kira oleh kedua-dua keluarga. Antaranya adalah:

(i) Dua kanak-kanak yang dipakai seperti pakaian diraja zaman dahulu

ditugas membawa sebentuk cincin emas dan sirih meminang. Kedua-duanya diletakkan di dalam ceper;

TOPIK 6 ADAT ISTIADAT KEMUNCAK: PERKAHWINAN

69

(ii) Seorang jurucakap ditugaskan menjalankan adat meminang dan perbincangan;

(iii) Beberapa orang ditugaskan membawa sebahagian wang hantaran, hadiah persalinan, tepak sirih tembaga, bunga rampai, sepohon bunga telur, kuih-muih dan buah-buahan; dan

(iv) Pegawai adat seperti tok sidang, imam dan khatib memainkan peranan.

Pada peringkat ini, lazim akan berlaku proses komunikasi dalam bentuk

pantun. Majlis berlaku dalam suasana penuh sopan santun. Ini untuk menggambarkan budi pekerti kedua-dua belah pihak. Antara contoh pantun dipaparkan dalam Rajah 6.2.

Rajah 6.2: Contoh pantun pihak lelaki dan perempuan

TOPIK 6 ADAT ISTIADAT KEMUNCAK: PERKAHWINAN

70

Acara berbalas pantun berselang-seli dengan melafazkan kata-kata perbilangan. Contoh yang biasa digunakan ditunjukkan dalam Rajah 6.3.

Rajah 6.3: Contoh kata-kata perbilangan

Semasa proses perundingan antara kedua belah pihak, suasana berlangsung dalam keadaan gembira. Setelah beberapa perkara dipersetujui bersama demi kebaikan dalam usaha menjodohkan lelaki dan perempuan, sekiranya pihak keluarga perempuan mengatakan persetujuan dengan segala perundingan, maka pihak lelaki melafazkan perbilangan yang dipaparkan dalam Rajah 6.4.

Rajah 6.4: Perbilangan oleh pihak lelaki

Sebagai tanda pertunangan itu, sebentuk cincin yang dipanggil cincin tanda (lihat Rajah 6.5) diberikan kepada si perempuan. Pihak keluarga si perempuan menggunakan kata-kata perbilangan berikut (lihat Rajah 6.6).

TOPIK 6 ADAT ISTIADAT KEMUNCAK: PERKAHWINAN

71

Rajah 6.5: Sebentuk cincin sebagai tanda pertunangan

Rajah 6.6: Perbilangan oleh pihak perempuan

(c) Peranan Telangkai atau Perantara Dari segi adat, pihak keluarga pengantin perempuan akan melantik

seorang wakil keluarga atau perantara. Biasanya perantara ialah seorang yang arif berkaitan dengan adat peminangan. Dia terdiri daripada ketua kampung, imam dan orang yang bijak pandai dari segi komunikasi. Dia

TOPIK 6 ADAT ISTIADAT KEMUNCAK: PERKAHWINAN

72

akan berurusan dengan wakil daripada pihak pengantin lelaki sehinggalah majlis peminangan selesai dan diterima oleh kedua-dua pihak keluarga.

(d) Hantaran atau Hantar Belanja Adat ini dilakukan sebelum upacara akad nikah berlangsung. Tok sidang

atau ketua kampung akan menyelesaikan upacara penerimaan hantaran belanja (penuh atau separuh) dan hadiah-hadiah iringan lain daripada pengantin lelaki. Antara hadiah yang dibawa adalah:

(i) Sebentuk cincin atau intan atau rantai emas;

(ii) Sepersalinan pakaian (songket atau sutera);

(iii) Selendang;

(iv) Sepasang kasut;

(v) Beg tangan;

(vi) Buah-buahan; dan

(vii) Sirih junjung. Tok sidang akan menentukan majlis ini berjalan dengan lancar dan penuh

tertib. Tok sidang akan mengesahkan penerimaan belanja hadiah yang disediakan. Kemudian, tok sidang akan menyerahkan tanggungjawab pernikahan dua pengantin kepada imam.

(e) Adat Berkampung atau Bergotong-royong Menjelang majlis perkahwinan, dalam adat istiadat orang Melayu, pihak

keluarga pengantin perempuan akan mengadakan adat berkampung.

Adik-beradik lelaki amat penting untuk hadir pada hari tersebut. Besar

atau kecil majlis perkahwinan, keluarga perempuan perlu mendapat kerjasama ahli masyarakat, baik tua atau muda, lelaki atau perempuan untuk sama-sama menjayakan majlis perkahwinan. Ini semata-mata untuk menjamin majlis berjalan lancar dan meriah.

Adat berkampung adalah satu majlis yang dilakukan oleh tuan rumah untuk mengumpulkan semua saudara-mara, terutamanya adik-beradik lelaki.

TOPIK 6 ADAT ISTIADAT KEMUNCAK: PERKAHWINAN

73

Mengikut sesetengah adat, semasa majlis berkampung, tepak sirih perlulah dibawa bersama. Pihak tuan rumah mungkin meminta jirannya memanggil saudara-mara yang diperlukan hadir sama ada yang dekat ataupun jauh. Tuan rumah menyediakan barang keperluan untuk majlis perkahwinan. Seorang ketua adat akan menentukan tarikh agar dapat menyediakan segala keperluan.

Setelah ditetapkan tarikh perkahwinan, satu perjumpaan diadakan di

rumah kedua-dua pengantin. Biasanya, perjumpaan ini akan dihadiri oleh ketua kampung, imam dan masyarakat yang penting kedudukannya. Perjumpaan ini juga dikenali sebagai „meletak kerja‰.

Orang kampung diagihkan tugas yang telah ditetapkan dan lazim

dilakukan dalam majlis perkahwinan. Antaranya adalah:

(i) Mendirikan penanggah atau balai;

(ii) Masak memasak;

(iii) Menyajikan makanan;

(iv) Melayan tetamu;

(v) Menyembelih dan melapah daging;

(vi) Mengangkat dulang lauk dan kuih;

(vii) Membasuh pinggan mangkuk;

(viii) Menghias rumah; dan

(ix) Menyediakan kuih-muih. Kerjasama masyarakat yang bertanggungjawab menentukan bahan

keperluan mencukupi supaya majlis perkahwinan berjalan lancar. Antara barang keperluan yang perlu ada adalah:

(i) Bahan masakan seperti beras, gula, minyak masak, tepung, kelapa

dan rempah;

(ii) Pinggan mangkuk, kuali, periuk dan kawah;

(iii) Telur ayam atau itik;

(iv) Pelamin;

TOPIK 6 ADAT ISTIADAT KEMUNCAK: PERKAHWINAN

74

(v) Bekas air; dan

(vi) Kertas bunga. Bagi menyediakan kerja, masyarakat akan bermesyuarat untuk

menentukan tarikh mendirikan balai, menyediakan bahan-bahan asas memasak, tempat memasak, khemah, menghias rumah, menghias pelamin dan menyediakan perkakasan memasak.

Untuk meringankan beban keluarga pengantin kerana majlis perkahwinan

memakan belanja yang besar, saudara-mara atau masyarakat yang terdekat akan menyumbang apa sahaja jenis atau jenis barangan kepada tuan rumah. Budi yang disumbangkan akan dibalas oleh tuan rumah untuk majlis perkahwinan yang lain pula.

(f) Berhias: Kikir Gigi atau Potong Rambut Adat ini akan dilakukan sebelum upacara akad nikah berlangsung. Tujuan

adat ini dilakukan adalah untuk meningkatkan lagi seri pengantin perempuan itu. Dalam adat ini, rambut di bahagian dahi dan juga bulu kening pengantin perempuan akan dipepat oleh mak andam (tukang solek).

Selain itu, gigi pengantin akan diasah dan digilap supaya menjadi rata

serta berkilat. Selepas berandam, pengantin perempuan akan dimandikan dengan air sintok limau bagi membuang nasib malang yang terdapat pada pengantin tersebut. Manakala sebelum tidur pula, pengantin perempuan akan dipakaikan inai pada setiap jari tangan dan juga kaki sebagai menampakkan lagi keserian pengantin tersebut.

Jelaskan keistimewaan adat bertunang dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional. Berikan contoh-contoh yang sesuai.

SEMAK KENDIRI 6.1

Pada pendapat anda, mengapakah sikap bergotong-royong untuk mengadakan majlis perkahwinan baik di kampung mahupun bandar tidak lagi wujud?

AKTIVITI 6.1

TOPIK 6 ADAT ISTIADAT KEMUNCAK: PERKAHWINAN

75

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN

Adat perkahwinan yang diadakan oleh sesebuah keluarga merupakan satu majlis yang disambut meriah. Persediaan mengadakan majlis perkahwinan memerlukan masa yang lama dari segi merancang, penyediaan dan perbelanjaan yang besar. Persediaan ini berlaku selepas disahkan pertunangan kedua-dua pengantin (lihat Rajah 6.7).

Rajah 6.7: Lima persediaan perkahwinan

(a) Persandingan atau Raja Sehari Pada hari persandingan, sekumpulan pemain kompang atau rebana akan

menyambut kedatangan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. Kedatangan pengantin lelaki akan disambut oleh pengantin perempuan sambil beriringan berpimpin tangan untuk masuk ke rumah pengantin.

6.2

TOPIK 6 ADAT ISTIADAT KEMUNCAK: PERKAHWINAN

76

Selain itu, pengantin lelaki akan ditahan oleh pemuda di hadapan pintu

sebelum masuk ke rumah. Jika pengantin lelaki tersebut ingin masuk, dia terpaksa membayar sejumlah wang kecil setiap orang sama juga seperti di hadapan pelamin yang ditahan oleh pemudi.

Manakala ibu pengantin juga akan turut sama seperti mereka tetapi

bayaran yang perlu diberi lebih besar daripada mereka. Selepas itu, barulah pengantin lelaki dibenarkan duduk bersebelahan dengan pengantin perempuan di atas pelamin yang dihiasi dengan indah.

Sewaktu orang yang hendak melaksanakan upacara ini datang, kedua-dua

pengantin mengangkat sembah tanda hormat. Rajah 6.8 memaparkan adat persandingan cara lama.

Rajah 6.8: Adat persandingan cara lama

Sumber: www.kujie2.com

Di atas pelamin, upacara nasi ayap-ayapan dimulakan. Upacara ini adalah upacara meletakkan nasi ke tangan pengantin perempuan yang kemudian menyuapkannya ke pengantin lelaki dan sebaliknya.

Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain (1985)

Sebelum masuk ke rumah, pengantin akan dihiburkan zapin ataupun silat yang ditarikan oleh pemuda-pemudi kampung tersebut.

Khairuddin Md Hassan (1996)

TOPIK 6 ADAT ISTIADAT KEMUNCAK: PERKAHWINAN

77

(b) Bunga Telur atau Pulut Kuning Bunga telur merupakan satu alatan yang penting dalam persandingan

orang Melayu. Telur yang terdapat pada bunga telur mewakili kesuburan. Oleh itu, ia dianggap sebagai mendoakan agar pasangan tersebut subur dan mendapat zuriat dalam masa terdekat.

Bunga telur (lihat Rajah 6.9) adalah sebagai buah tangan yang diberikan

kepada para hadirin. Bunga telur atau pahar ini biasanya diberikan hanya pada sanak saudara terdekat yang dijemput merenjis air mawar dan menabur bunga rampai ke atas kedua mempelai.

Rajah 6.9: Bunga telur

Sumber: http://koleksihevea.blogspot.com (c) Memberi Kembali atau Balas-membalas Dari segi adat, pihak pengantin akan membawa barang hantaran untuk

dihadiahkan kepada pengantin perempuan. Kebiasaannya, rombongan pengantin lelaki akan membawa:

(i) Telekung;

(ii) Al-Quran;

(iii) Barang kemas;

Pada umumnya, bunga telur merujuk kepada kuntum bunga yang diikat telur dan dipacak pada sekeliling pulut kuning.

TOPIK 6 ADAT ISTIADAT KEMUNCAK: PERKAHWINAN

78

(iv) Kuih;

(v) Sejadah; dan

(vi) Aksesori lain. Biasanya, hantaran adalah sebanyak lima hingga tujuh dulang. Pihak

pengantin perempuan akan membalasnya dengan hantaran seperti:

(i) Songkok;

(ii) Persalinan;

(iii) Kuih;

(iv) Buah-buahan;

(v) Sirih junjung; dan

(vi) Aksesori lelaki. Biasanya, kalau pihak lelaki membawa lima dulang, pihak perempuan

akan membalas dengan tujuh dulang. (d) Silat Pengantin Silat pengantin, sebagai contoh, silat pulut yang dipersembahkan di

hadapan pengantin. Persembahannya bertujuan memeriahkan suasana majlis persandingan. Permainannya secara bersilaturahim, lemah-lembut, bersopan santun dan sebagai seni persembahan silat yang beradat di dalam majlis perkahwinan. Falsafah atau makna tersirat dalam silat pengantin ini mempunyai maksud yang mendalam dan ia tiada kaitan langsung dengan ilmu tempur atau bela diri. Ia dicipta sebegitu oleh bijak pandai nenek moyang kita dahulu yang tinggi akal budinya.

(e) Mak Andam atau Juruhias Mak Andam akan ditempah oleh pihak pengantin perempuan. Mak andam

diberi kepercayaan untuk menjalankan tugas menghias pengantin agar pengantin kelihatan berseri. Mak andam akan menyediakan pelbagai jenis bentuk pakaian. Mak andam juga berperanan untuk menjaga imej pengantin sehingga majlis selesai.

TOPIK 6 ADAT ISTIADAT KEMUNCAK: PERKAHWINAN

79

ADAT MENYALANG ATAU MENZIARAHI KELUARGA

Keluarga lelaki akan mengadakan majlis kenduri. Tetamu dijemput supaya lebih meriah. Selepas segala majlis kenduri selesai, selang beberapa hari, kedua-dua pengantin akan berkunjung ke rumah saudara-mara suami dan isteri. Semasa di rumah saudara-mara, kedua-duanya berbual serta bermesra dan menunjukkan sifat sopan-santun. Ini bertujuan untuk menghubungkan ikatan saudara-mara supaya berkekalan. Keluarga saudara-mara ini akan memberi hadiah sebagai tanda kenangan.

Setelah melakukan adat pengantin perempuan berkunjung ke rumah pengantin lelaki, kunjungan ini juga dibuat secara beradat. Adat ini dipanggil menyalang.

6.3

1. Berikan penjelasan dengan contoh-contoh yang sesuai, mengapakah adat persandingan cara tradisional tidak lagi diamalkan dalam era moden sekarang?

2. Berdasarkan imej bunga telur di Rajah 6.7, beri penerangan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyiapkan imej tersebut.

AKTIVITI 6.2

Mengapakah pada zaman sekarang, kadangkala berlaku krisis dan hubungan kurang baik antara pengantin dengan keluarga mertua?

AKTIVITI 6.3

TOPIK 6 ADAT ISTIADAT KEMUNCAK: PERKAHWINAN

80

• Adat istiadat perkahwinan dalam kalangan orang Melayu amat unik.

Keunikan ini terpulang kepada tempat dan adat masyarakat itu berada. • Didapati hampir seluruh masyarakat akan terlibat untuk menjayakan majlis

pertunangan mahupun perkahwinan.

• Masyarakat bergotong-royong menyediakan segala keperluan kenduri-kendara. Di samping bekerjasama, amalan begini dapat menjimatkan kos perbelanjaan.

Adat berkampung

Bertunang

Bunga telur

Hantaran

Ketua syarak

Merisik

Pulut kuning

Khairuddin Md Hassan. (1996). „Adat Istiadat Perkahwinan Masyarakat Adat Naning Melaka‰. dlm. Zainal Abidin Borhan, Zainal Kling, Norazit Selat, & Mohd Ramli Raman. Adat Istiadat Melayu Melaka. Universiti Malaya: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, Kerajaan Negeri Melaka dan Akademi Pengajian Melayu.

Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain. (1985). Konsep Melayu: Agama, budaya

dan bahasa. Petaling Jaya: Agensi Penerbitan Nusantara.