harta_intelek (1).pdf

19
Sistem Perlindungan Harta Intelek di Malaysia The Intellectual Property Protection System in Malaysia

Upload: siti-rohaidah-mohammad-som

Post on 22-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Sistem PerlindunganHarta Intelek di MalaysiaThe Intellectual Property Protection System in Malaysia

Siri Penerbitan “Panduan Harta Intelek”

1. Sistem Perlindungan Harta Intelek di Malaysia2. Soalan-soalan Lazim Harta intelek3. Sistem Paten di Malaysia4. Sistem Cap Dagangan di Malaysia5. Sistem Reka Bentuk Perindustrian di Malaysia6. SistemPetunjukGeografidiMalaysia7. Sistem Hakcipta di Malaysia

Penafian

Buku panduan ini mengandungi maklumat asas mengenai tajuk yang berkaitan tetapi tidak bermaksud sebagai ganti kepada dokumen atau khidmat nasihat perundangan profesional.

Rujukan kepada produk dan perkhidmatan, nama syarikat, pertubuhan dan laman web tidak bermaksud sebarang sokongan atau pengiktirafan oleh MyIPO.

Hakcipta MyIPO (2008)

Tidak dibenar mengeluar ulang mana-mana bahagian penerbitan ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua samada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

©MyIPO April 2008

Panduan Harta Intelek - 1Sistem Perlindungan Harta Intelek di Malaysia

Buku panduan ini bertujuan meningkatkan pengetahuan pembaca mengenai harta intelek. Penyediaan dokumen ini turut mengambil kira maklum balas yang diterima oleh MyIPO.

4

Sistem Perlindungan Harta Intelek Malaysia

Pembangunan harta intelek biasanya dikaitkan dengan perlindungan hak harta intelek kerana ia dikatakan menjadi pendorong utama kepada perekacipta dan pencipta untuk menghasilkan harta intelek baru dari semasa ke semasa, menggalakkan pengkomersialan, pemindahan teknologi dan juga menggalakkan perdagangan antarabangsa.

Sistem perlindungan harta intelek memberi hak eksklusif kepada pemiliknya untuk mengawal dan mengeksploitasi harta intelek mereka. Ini termasuklah hak untuk membuat, mengguna, mengedar, menjual dan mengimport. Mereka juga boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang melanggar hak mereka.

Walau bagaimanapun masih ramai masyarakat yang tidak tahu harta intelek dan masih ramai juga yang tidak menyedari kewujudan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi perlindungan hak-hak harta intelek di Malaysia. Dalam kajian terbaru yang dibuat, jelas menunjukkan peratusan kesedaran awam mengenai harta intelek sangatlah rendah. Harta intelek cuma dikenali oleh institusi atau organisasi yang mempunyai kepentingan dalam bidang ini sahaja.

Harta intelek merupakan salah satu komponen penting dalam pembangunan ekonomi negara di mana penghasilan harta intelek yang berterusan dari semasa ke semasa akan meningkatkan aktiviti pelaburan dan perdagangan. Harta intelek yang dilindungi di bawah undang-undang di Malaysia ialah Paten, Cap Dagangan, Hakcipta, Reka Bentuk Perindustrian,

5

Petunjuk Geografi dan Reka Bentuk Susun Atur LitarBersepadu. Varieti Tumbuhan adalah juga komponen harta intelek dan ianya ditadbirkan oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani.

6

Paten

Perlindungan paten di Malaysia diperuntukkan di bawah Akta Paten 1983 dan Peraturan-peraturan Paten 1986. Pemohon tempatan boleh memfailkan permohonan paten dengan sendirinya. Manakala, pemohon luar negara hendaklah memfailkannya melalui agen paten berdaftar yang dilantik.

Seperti perundangan di negara-negara lain, suatu rekacipta boleh dipatenkan jika ianya adalah baru, melibatkan langkah-langkah merekacipta dan boleh digunakan dalam industri. Sesuatu permohonan paten adalah dibuka untuk pemeriksaan awam selepas tempoh 18 bulan dari tarikh prioriti atau tarikh pemfailan permohonan.

Selaras dengan peruntukan Perjanjian Trade Related Aspects of Intellectual Property Rights 1994 (TRIPS), Akta Paten 1983 memberi perlindungan paten selama 20 tahun dari tarikh pemfailan. Manakala tempoh perlindungan perakuan perbaharuan utiliti adalah 10 tahun dari tarikh pemfailan dan boleh dilanjutkan kepada lima tahun dan seterusnya lima tahun lagi bergantung kepada penggunaannya. Pemunya paten berhak untuk mengeksploitasi rekaciptanya, menyerahhak atau memeterai kontrak lesen.

Selaras dengan Perjanjian TRIPS, Akta Paten 1983 membenarkan lesen wajib dan pengimportan produk yang dipaten yang telah dipasarkan di negara luar (parallel import). Kerajaan berhak melarang pemberian paten atas alasan moral atau public order. Akta Paten 1983 telah dipinda pada tahun 2003 untuk memasukkan peruntukan membenarkan pengimportan di bawah skop lesen wajib.

7

Malaysia telah menjadi ahli kepada PCT pada 16 Mei 2006 dan berkuatkuasa pada 16 Ogos 2006 MyIPO bertindak sebagai Pejabat Penerima bagi pemfailan antarabangsa permohonan paten di mana permohonan tersebut boleh difailkan di MyIPO.

8

Cap Dagangan

Perlindungan cap dagangan diperuntukan di bawah Akta Cap Dagangan 1976 dan Peraturan-peraturan Cap Dagangan 1997.

Akta ini memberi perlindungan kepada cap-cap dagangan dan cap-cap perkhidmatan di Malaysia. Setelah sesuatu cap dagangan didaftarkan, tiada sesiapa selain daripada pemiliknya atau pengguna yang dibenarkan boleh menggunakannya. Tindakan pelanggaran boleh dimulakan ke atas mereka. Tempoh sah perlindungannya ialah 10 tahun dan boleh diperbaharui bagi satu tempoh selama 10 tahun seterusnya. Pemilik cap dagangan atau perkhidmatan berhak mengeksploit, menyerahhak atau melesenkan penggunaannya.

Seperti yang diperuntukkan di bawah Perjanjian TRIPS, Malaysia melarang penggunaan cap-cap terkenal oleh pihak-pihak yang tidak diberi kuasa dan peruntukan langkah-langkah sempadan juga melarang cap-cap lancung (cap-cap tiruan) dari diimport ke Malaysia.Perlindungan cap dagangan diperuntukan di bawah Akta Cap Dagangan 1976 dan Peraturan-peraturan Cap Dagangan 1997.

Malaysia telah menjadi ahli kepada Perjanjian Nice dan Vienna pada 28 Jun 2007 yang mula berkuatkuasa pada 28 September 2007. Perjanjian Nice adalah merujukkepadapentadbiranKlasifikasiAntarabangsaBarangan dan Perkhidmatan bagi tujuan pendaftaran cap dagangan dan perkhidmatan manakala PerjanjianViennamerujuk kepadaapa-apa klasifikasi

9

cap yang mengandungi elemen bergambar. Kedua-dua Perjanjian adalah penting untuk memudahkan prosedur pendaftaran cap dagangan.

Dalam memfailkan permohonan, seseorang pemohon tempatan boleh memfailkan permohonannya sendiri manakala pemfailan dari luar negara hendaklah difailkan melalui agen cap dagangan berdaftar.

10

Reka Bentuk Perindustrian

Perlindungan reka bentuk perindustrian di Malaysia diperuntukan di bawah Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 dan Peraturan-peraturan Reka Bentuk Perindustrian 1999. Akta ini memberikan hak perlindungan kepada reka bentuk perindustrian berdaftar sebagai harta persendirian yang boleh dibuat melalui penyerahhak.

Pendaftaran boleh dibuat sekiranya reka bentuk perindustrian tersebut adalah baru dan tidak termasuk kaedah atau prinsip pembinaan atau reka bentuk berkenaan tidaklah ditentukan semata-mata oleh fungsi. Reka bentuk berkenaan tidak boleh bergantung kepada rupa suatu barang lain yang mana menjadikannya suatu bahagian yang perlu dalam barang tersebut.

Pemohon tempatan boleh memfailkan permohonan secara individu atau melalui agen reka bentuk perindustrian berdaftar. Manakala, pemfailan permohonan luar negara hanya boleh difailkan melalui agen berdaftar. Suatu reka bentuk perindustrian berdaftar diberi perlindungan selama 5 tahun dari tarikh pemfailan. Perlindungan boleh dilanjutkan selama dua tempoh dimana setiap tempoh perlindungan adalah selama 5 tahun, menjadikan tempoh maksima perlindungan 15 tahun.

11

Hakcipta

Akta Hakcipta 1987 memperuntukkan perlindungan untuk karya-karya berhakcipta. Akta ini menggariskan karya-karya yang layak diberi perlindungan hakcipta (termasuklah program komputer), skop perlindungan, dan cara mana ianya diberikan perlindungan. Tiada sistem pendaftaran untuk karya-karya berhakcipta.

Tempoh perlindungan hakcipta untuk karya sastera, muzik dan seni adalah selama hayat pencipta dan 50 tahun selepas kematiannya. Bagi karya-karya rakaman bunyi, siaran dan filem, perlindungannyaadalah selama 50 tahun selepas karya-karya tersebut mulanya diterbitkan atau dizahirkan.

Akta ini juga memberi perlindungan kepada hak-hak pelaku dalam sesuatu persembahan yang dibuat secara langsung selama 50 tahun bermula dari tahun kalendar berikutnya setelah ianya mula dipersembahkan.

Pada tahun 2003, Akta Hakcipta 1987 telah dipinda untuk memperkemaskan peruntukan-peruntukan penguatkuasaannya dimana pegawai-pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) diberi kuasa-kuasa menangkap (termasuklah penangkapan tanpa waran). Sepasukan khas pegawai-pegawai KPDNHEP telah dilantik untuk menguatkuasakan Akta ini dan diberikan kuasa untuk memasuki mana-mana premis yang disyaki memiliki salinan-salinan langgaran dan kuasa untuk memeriksa dan merampas salinan-salinan langgaran dan apa-apa kelengkapan yang berkaitan dengannya.

12

Akta Petunjuk Geografi 2000 memperuntukkanperlindungan ke atas barangan yang memberi indikasi dari mana barangan itu berasal, di mana kualiti, reputasi atau lain-lain ciri barangan tersebut dikaitkan dengan tempat asal barangan tersebut dikeluarkan. Petunjuk geografimelindungibarangansepertiwaindanspirit,barangan keluaran semulajadi atau pertanian atau apa-apa keluaran kraftangan untuk industri. Petunjuk geografi yang bertentangan dengan ketenteramawam atau prinsip moral tidak boleh dilindungi di bawah akta ini.

Untuk mendaftar permohonan petunjuk geografi,pemohon hendaklah seorang yang menjalankan aktiviti sebagai pengeluar dalam kawasan geografi tersebut termasuk suatu kumpulan atau kumpulan-kumpulan orang sedemikian, suatu pihak berkuasa yang berwibawa atau suatu organisasi atau persatuan perdagangan.

Pemohon tempatan boleh memfaikan permohonan petunjukgeografidengansendiri.Manakala,pemohonluar negara hendaklah memfailkannya melalui agen petunjukgeografiyangberdaftaryangdilantik.Tempohperlindungan petunjuk geografi adalah selama 10tahun dan boleh diperbaharui setiap 10 tahun.

Petunjuk Geografi

13

Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu

Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000 memberi perlindungan kepada reka bentuk susun atur yang berdasarkan prinsip asli dan hasil rekacipta pencipta. Tiada sistem pendaftaran untuk perlindungan reka bentuk susun atur.

Tempoh perlindungan reka bentuk susun atur adalah selama 10 tahun dari tarikh mula ianya dieksploitasi secara perdagangan atau 15 tahun dari tarikh ianya dicipta sekiranya tidak dieksplotasi secara komersil. Akta ini juga membenarkan tindakan diambil oleh pemilik sekiranya hak-hak tersebut yang diperuntukkan di bawah akta telah dilanggar. Hak-hak tersebut juga boleh dipindahkan samada sebahagian atau sepenuhnya melalui penyerahak, perlesenan, wasiat atau atas kuatkuasa undang-undang.

Akta ini telah dilaksanakan selaras dengan Perjanjian TRIPS untuk memberi jaminan kepada pelabur-pelabur dalam industri elektronik di Malaysia dan juga untuk memastikan pertumbuhan teknologi tersebut dalam negara.

14

Perjanjian Antarabangsa, Konvensyen dan Triti

Penyertaan Malaysia dalam aktiviti-aktiviti berkaitan harta intelek di peringkat serantau dan antarabangsa sangatlah penting bagi memastikan Malaysia setanding dengan perkembangan semasa harta intelek dunia. Antara perjanjian, konvensyen dan triti yang Malaysia telah sertai adalah seperti berikut: i) Konvensyen Paris 1883

Konvensyen Paris 1883 telah diwujudkan bagi memperuntukkan standard perlindungan bagi harta industri yang merangkumi paten, cap dagangan dan reka bentuk perindustrian. Malaysia telah menjadi ahli kepada konvensyen ini pada 1 Januari 1989;

ii) Konvensyen Berne 1886 Konvensyen Berne memperuntukkan standard perlindungan bagi hakcipta yang merangkumi karya-karya seni seperti novel, cerpen, puisi, persembahan, nyanyian, opera, lukisan, ukiran dan karya-karya senibina. Malaysia telah menjadi ahli pada 1 Oktober 1990;

iii) Konvensyen Penubuhan - World Intellectual Property Organization (WIPO)1967. WIPO merupakan salah satu daripada 16 agensi khusus Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. WIPO adalah pertubuhan antarabangsa khusus untuk mempromosi penciptaan, penggunaan dan perlindungan hasil karya-karya dari minda manusia. Ia dapat membantu serta menentukan agar hak-hak perekacipta dan pemilik harta intelek

15

diberikan perlindungan di seluruh dunia dan pencipta adalah diberi pengiktirafan serta ganjaran diatas keaslian karya-karya mereka. Malaysia telah menjadi ahli kepada WIPO pada 1 Januari 1989.

iv) Perjanjian TRIPS (Trade Related Aspects of Intellectual Property Rights) 1994 Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) adalah satu-satunya organisasi antarabangsa yang mengawal selia peraturan perdagangan negara-negara di dunia. Matlamat utamanya adalah untuk membantu pengeluar barangan dan perkhidmatan serta pengeksport dan pengimport menjalankan perdagangan mereka secara teratur. Malaysia merupakan salah sebuah 146 negara pengasas WTO pada 1 Januari 1995. Sebagai ahli WTO, Malaysia juga telah menandatangani Perjanjian TRIPS.

Tujuan Perjanjian TRIPS adalah untuk memastikan agar standard perlindungan yang memadai wujud di kesemua negara yang menganggotainya. Perjanjian TRIPS meluaskan skop perlindungan konvensyen antarabangsa yang terdahulu dengan meletakkan standard minimum perlindungan hak harta intelek di dalam semua bidang harta intelek yang perlu dipatuhi oleh kesemua negara anggota WTO.

Bidang utama yang terdapat dalam Perjanjian ini adalah Paten dan perlindungan

16

varieti tumbuhan; Hakcipta dan hak-hak yang berkaitan termasuk perlindungan program komputer; Maklumat rahsia termasuk rahsia perniagaan dan data ujian; Cap Dagangan termasuk cap perkhidmatan; Petunjuk Geografi termasuk “appellations of origin”;Reka Bentuk Perindustrian dan Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu.

Satu lagi peruntukan utama Perjanjian TRIPS adalah berkenaan prosedur dan remedi di bawah perundangan domestik bagi memastikan keberkesanan penguatkuasaan harta intelek. Peruntukan-peruntukan ini memperuntukan bahawa prosedur tindakan sivil dan pentadbiran serta remedi dan prosedur berkenaan jenayah serta penalti hendaklah diwujudkan di dalam perundangan atau institusi pentadbiran domestik selaras dengan prinsip am yang tertentu. Kewajipan untuk memastikan implementasi Perjanjian TRIPS dalam sesuatu tempoh peralihan yang tertentu, adalah terpakai kepada kesemua ahli.

Sebagai negara membangun, Malaysia telah diberikan tempoh 5 tahun untuk menepati peruntukan Perjanjian TRIPS iaitu sehingga 1 Januari 2000. Malaysia telah mewujudkan perundangan harta intelek yang menepati peruntukan Perjanjian TRIPS pada akhir tahun 2001.

v) Triti Kerjasama Paten (Patent Cooperation Treaty 1970 (PCT))Malaysia telah menganggotai PCT pada 16

17

Mei 2006 bagi memanfaatkan pemfailan paten melalui satu sistem permohonan paten antarabangsa. PCT yang telah berkuatkuasa di Malaysia mulai 16 Ogos 2006 merupakan suatu triti yang membolehkan permohonan bagi perlindungan paten di lebih daripada sebuah negara dibuat melalui satu permohonan/saluran sahaja.

vi) Perjanjian Nice (Nice Agreement Concerning the International Classification of Goods and Services for the Purposes of the Registration of Marks 1957) Perjanjian Nice adalah perjanjian antarabangsa yang berkaitan dengan Klasifikasi Barangan dan PerkhidmatanAntarabangsa (International Classification ofGoods and Services). Ia merupakan prosedur penyeragaman (harmonization) sistem klasifikasi barangan dan perkhidmatan bagitujuan pendaftaran cap dagangan. Malaysia telah menyertai Perjanjian ini pada 28 Jun 2007 dan ianya berkuatkuasa pada 28 September 2007.

vii) Perjanjian Vienna (Vienna Agreement Establishing an International Classification of the Figurative Elements of Marks 1973) Perjanjian Vienna adalah perjanjian berkaitan denganKlasifikasiAntarabangsabagielemenbergambar sesuatu cap dagangan. Malaysia telah menyertai Perjanjian ini pada 28 Jun 2007 yang berkuatkuasa 28 September 2007.

Di bawah Perjanjian, Triti dan Konvensyen tersebut, negara-negara ahli dikehendaki mematuhi standard yang ditetapkan dan memberi perlindungan sama rata kepada pemilik harta intelek tempatan dan pemilik harta intelek di negara-negara yang menjadi ahli.

32