hari orientasi 2014

9
Pendahuluan Majlis Hari Orientasi/Suaikenal bagi murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut telah berjalan dengan lancarnya. Majlis bermula tepat jam 8.00 pagi dan telah berakhir tepat jam 12.00 tgh. Sepanjang hari tersebut, murid-murid telah diperkenal dengan pihak pentadbir sekolah serta guru- guru. Murid-murid juga telah diberikan taklimat ringkas oleh Guru Besar dan juga Guru Disiplin. Selain daripada itu, murid- murid berada di dalam kelas bersama dengan guru-guru yang telah ditugaskan untuk mengendalikan ujian bertulis bagi murid-murid Tahun 1. Ujian ini telah dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Tujuan ujian ini dijalankan untuk menilai tahap kecekapan murid- murid ini bagi menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Objektif sekolah mengadakan Hari Orientasi supaya murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan alam persekolahan, murid- murid berasa seronok berjumpa dengan kawan baru dan cuba menyesuaikan diri dengan suasana baru, memotivasikan murid-murid supaya seronok datang ke sekolah, mengurangkan perasaan takut di kalangan murid-murid, dan murid murid didedahkan dengan peraturan sekolah. Matlamat program ini adalah untuk memperkembang intelek dan emosi murid secara positif serta memberikan kesedarandalamn untuk murid belajar dengan bersungguh-sungguh. Selain itu, ia juga dapat menyedarkan murid-murid tentang perbezaan peraturan prasekolah dan peraturan sekolah di Tahun 1. Para ibubapa yang telah hadir juga sempat diberikan taklimat ringkas oleh Guru Besar dan Guru Penolong Kanan 1. Sepanjang majlis ini berlangsung, para ibu bapa yang hadir sangat berpuas hati dengan situasi sekolah. Aturcara murid

Upload: syarida-nordin

Post on 17-Dec-2015

28 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

orientasi

TRANSCRIPT

PendahuluanMajlis Hari Orientasi/Suaikenal bagi murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut telah berjalan dengan lancarnya. Majlis bermula tepat jam 8.00 pagi dan telah berakhir tepat jam 12.00 tgh.

Sepanjang hari tersebut, murid-murid telah diperkenal dengan pihak pentadbir sekolah serta guru- guru. Murid-murid juga telah diberikan taklimat ringkas oleh Guru Besar dan juga Guru Disiplin. Selain daripada itu, murid-murid berada di dalam kelas bersama dengan guru-guru yang telah ditugaskan untuk mengendalikan ujian bertulis bagi murid-murid Tahun 1. Ujian ini telah dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Tujuan ujian ini dijalankan untuk menilai tahap kecekapan murid-murid ini bagi menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Objektif sekolah mengadakan Hari Orientasi supaya murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan alam persekolahan, murid- murid berasa seronok berjumpa dengan kawan baru dan cuba menyesuaikan diri dengan suasana baru, memotivasikan murid-murid supaya seronok datang ke sekolah, mengurangkan perasaan takut di kalangan murid-murid, dan muridmurid didedahkan dengan peraturan sekolah. Matlamat program ini adalah untuk memperkembang intelek dan emosi murid secara positif serta memberikan kesedarandalamn untuk murid belajar dengan bersungguh-sungguh. Selain itu, ia juga dapat menyedarkan murid-murid tentang perbezaan peraturan prasekolah dan peraturan sekolah di Tahun 1.

Para ibubapa yang telah hadir juga sempat diberikan taklimat ringkas oleh Guru Besar dan Guru Penolong Kanan 1. Sepanjang majlis ini berlangsung, para ibu bapa yang hadir sangat berpuas hati dengan situasi sekolah.

Aturcara murid

Murid- murid beratur di kantin sekolah mengikut kelas masing- masing.

Penerangan ringkas tentang peraturan sekolah.

Lawatan sekitar kawasan sekolah.

Murid masuk ke kelas masing- masing.

Menjalani ujian Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Aturcara ibu bapa

Taklimat ringkas oleh Guru Besar di kantin sekolah.

Kutipan bayaran persekolahan.

Penyerahan dokumen.

MINIT MESYUARAT HARI ORIENTASI MURID TAHUN 1

SK PERMATANG DAMAR LAUT

SESI 2014Tarikh

: 30 Disember 2013 (Sabtu)Masa

: 8.00 pagi

Tempat

: Kantin Terbuka, SKPDL

Kehadiran: Seperti dalam lampiran

1.UCAPAN ALU- ALUAN PENGERUSI

Mesyuarat menerima maklum perkara berikut:

a) En. Azizan bin Omar, Guru Besar mengalu- alukan kehadiran murid- murid Tahun 1 dan ibu bapa dengan ucapan selamta datang ke SKPDL.

b) Memperkenalkan:

Guru Besar, PK1 dan PK HEM.

Menyatakan bahawa pihak sekolah masih menantikan lapor diri PK Kokurikulum ke SKPDL.

Tindakan: Untuk Makluman sahaja

2.PERKARA BERBANGKIT

Perkara: Objektif Murid Tahun 1

2.1Merujuk perkara di atas, objektif Hari Orientasi Murid Tahun 1:

Mendedahkan murid- murid dengan persekitaran dan budaya sekolah

Membantu murid- murid menyesuaikan diri di dalam kelas

Membina keyakinan diri kepada murid- murid supaya mereka dapat berdikari.

Murid dan ibubapa diberi pendedahan tentang peraturan dan budaya sekolah.

Mengeratkan hubungan antara warga sekolah dan ibubapa.

Perkara: Jumlah Murid Tahun 1 sesi 20142.2merujuk perkara di atas, seramai 95 orang murid telah mendaftar. Terdiri daripada 3

Kelas iaitu Tahun 1 Ibnu Sina, Tahun 1 Ibnu Khaldun, Tahun 1 Ibnu Batutta. Sehubungan dengan itu, bagi kelas perdana turut terdiri kepada pra perdana,

Pra Integrasi Pendidikan Khas dan Integrasi Pendidikan Khas. Sesi pembelajaran bagi SKPDL adalah sesi pagi sahaja.

Perkara: Tujuan Ujian dijalankan

2.3merujuk perkara di atas, murid diberi ujian dan dimasukkan ke dalam kelas secara rawak. Ini adalah bertujuan untuk melengkapkan penentuan kelas dan LINUS. Program NKRA daripada KTM dimulakan Tahun1 sepenuhnya.

Perkara: Keselamatan

2.4merujuk perkara di atas, waktu persekolahan bermula 7.30-7.40 pagi. Pada 7.45 pagi sesi pembelajaran akan bermula. Manakala waktu persekolahan akan tamat pada 1.30 petang dan akan disambung dengan kelas tasmik selama 1 jam mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh guru J-Qaf.

Perkara: Taklimat Pengurusan Pentadbiran olen Pn. Fadzileah binti Mat, PK 1

2.5Merujuk perkara di atas, PK 1 menyentuh berkenaan:

2.5.1Sejarah pendidikan negara dari tahun 1950- 2012

2.5.2Program NKRA

2.5.3Keselamatan murid semasa datang ke sekolah dan pulang dari sekolah.

- menekankan ketika cuaca hujan, muird- murid disediakan dengan laluan berbumbung.

2.5.4Penerangan tantang jadual J-Qaf

Perkara: Taklimat Hal Ehwal Murid oleh En. Thoupek Othman, PK HEM

2.6Merujuk perkara di atas, PK HEM memaklumkan:

2.6.1 maklumat murid Tahun 1 akan direkodkan ke dalam sistem, berharap waris

dapat memberikan maklumat murid dengan lengkap seperti alamat, nombor telefon dan nombor kad pengenalan ibu dan bapa terkini serta nama penuh masing- masing.

2.6.2Dari segi kesihatan, sekiranya anak- anak mengalami demam, cirit- birit, muntah atau lain- lain masalah kesihatan, waris perlu peka dengan kesihatan anak- anak mereka. Di samping itu, waris perlu memerhati dan mengajar anak supaya pandai menguruskan diri dalam membuang air/ besar dan disiplin anak- anak mereka supaya mereka tidak mengalami kejutan daripada persekitaran sebenar.

2.6.3PIBG berharap sumbangan ibu bapa dari segi tenaga terutama semasa kerja gotong- royong dijalankan di sekolah. Di samping itu juga, sumbangan derma amat dialu- alukan oleh pihak sekolah bagi menampung dan menyediakan P & P berjalan dengan lebih berkesan dan cekap.

2.6.4Bersama- sama mengembeling tenaga dan usaha bagi menaikkan pencapaian murid- murid untuk lebih maju di masa yang akan datang dan seterusnya.

Perkara: Taklimat LINUS/PBS oleh Cik Suhaili binti Nordin

2.7Merujuk perkara di atas, menerangkan tentang:2.7.1matlamat numerasi bagi semua murid dapat membaca, menulis dan memahami ayat mudah dan dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.

2.7.2melibatkan 3 ujian saringan dalam jangkamasa yang telah ditetapkan.

2.7.3melibatkan 12 konstruk dan setiap murid harus melepasi konstruk- konstruk

yang telah ditetapkan.

2.7.4merujuk perkara di atas, Murid Tahun 1 sesi 2013 tidak perlu membeli buku

PKSR disebabkan akan digantikan dengan sistem portfolio. Kepada waris yang sudah membeli buku, boleh mengembalikan semula kepada kedai dan dapatkan semula wang tersebut. Fail untuk portfolio murid Tahun 1adalah sebanyak RM9 dan perlu diserahkan kepada guru kelas. Fail ini akan diisikan maklumat murid, maklumat kemajuan murid dan sijil. Ia akan dibawa ke tahun berikutnya sehingga Tahun 6 bagi tujuan pentaksiran.

Perkara: Taklimat KSSR/PBS oleh Pn. Shafizah binti Ibrahim

2.8Merujuk perkara di atas, menerangkan tentang:

2.8.1tujuan KSSR diperkenalkan sabagai satu usaha menyusun semula dan menambahbaik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan n ilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke- 21.

2.8.2sistem KSSR ini juga melibatkan penilaian berterusan melalui pentaksiran yang dijalankan oleh guru, Pentaksiran akan lebih berbentuk formatif, dilaksanakan secara berterusan bagi mengesan perkembangan dan pencapaian murid dan dinilai oleh setiap guru mata pelajaran.

2.8.3sistem penilaian hasil kerja murid diperkenalkan iaitu sistem band, di mana terdapat band 1 sehingga band 6. Murid akan dinilai melalui band yang telah ditetapkan.

Perkara: Taklimat Kesihatan oleh Pn. Suzana binti Marzuki

2.9Merujuk perkara di atas, menerangkan tentang:

2.9.1maklumat yang perlu diisi pada buku kesihatan terutama nama murid, nama waris, nombor kad pengenalan dan nombor telefon terkini untuk dihubungi.

2.9.2alahan murid

2.9.3borang persetujuan waris untuk dijalankan pembedahan/ rawatan yang

lengkap dengan tandatangan.

3.USUL- USUL DAN HAL- HAL LAIN

3.1Guru Besar berharap semua ibubapa dapat memberi kerjasama dalam mendidik anak- anak mereka.

3.2menggalakkan ibu bapa sentiasa berbincang mengenai apa jua masalah sebelum ia menjadi besar. Pintu bili Guru Besar dan Penolong Kanan sentiasa terbuaka untuk perbincangan.

3.3ucapan terima kasih kepada semua waris kerana datang dan membantu dalam urusan anak- anak mereka.

Tindakan: Untuk Makluman semua yang terlibatHari Orientasi Murid Tahun 1 ditangguhkan pada jam 10.00 pagi.

Disediakan oleh,

(SYARIDAH BINTI NORDIN)

BIL

KANDUNGAN1. PENDAHULUAN

2. OBJEKTIF

3. ATURCARA MURID

4. ATURCARA IBU BAPA

5. PAMPLET HARI ORIENTASI MURIDTAHUN 1 2013

GURU-GURU TAHUN 1

ATURCARA MAJLIS

JAWATANKUASA HARI ORIENTASI

6. MINIT MESYUARAT HARI ORIENTASI TAHUN 1 2013

7. BORANG MAKLUMAT MURID8. SENARAI NAMA MURID TAHUN 1 2013

9. UJIAN DIAGNOSTIK

BAHASA MALAYSIA

BAHASA INGGERIS

MATEMATIK

10. FOTO HARI ORIENTASI TAHUN 1 2013

HARI ORIENTASI

MURID TAHUN SATU

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG DAMAR LAUT

SESI 2013