harga rumah urun - · pdf fileperdana, 47800, pj selangor tel : 03 – 76104766 ... 2.5...

29
HARGA RUMAH URUN DI SEKITAR KAWASAN SELANGOR ANALISIS | BERITA | STRATEGI | HARTANAH HOT 03 NOV 2017 Edisi : #13 CERITA-NAH! Hartanah 101 ‘Loan’ rumah mana paling sesuai untuk dimohon? Isu-isu menarik: Fokus Kawasan Segambut: Kawasan akses cemerlang pilihan ekspatriat. Tanya Peguam Cara tuntut harta sepencarian akibat penceraian atau kematian. [email protected] | 03-76104766 | www.hartabumi.com @hartabumi.com EKSKLUSIF! BAJET 2018

Upload: vuongdien

Post on 02-Feb-2018

242 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

HARGA RUMAH

URUND I SEK I TAR KAWASAN SELANGOR

ANALISIS | BERITA | STRATEGI | HARTANAH HOT 03 NOV 2017Edisi : #13

CERITA-NAH!

Hartanah 101

‘Loan’ rumah mana palingsesuai untuk dimohon?

Isu-isu menarik:

Fokus KawasanSegambut: Kawasan aksescemerlang pilihan ekspatriat.

Tanya PeguamCara tuntut harta sepencarian akibatpenceraian atau kematian.

[email protected] | 03-76104766 | www.hartabumi.com @hartabumi.com

EKSKLUSIF!BA J E T 2 0 1 8

03 NOVEMBER 2017HB 01

Ketua EditorRADZI TAJUDDIN

EditorNADZRI SAZALI

PenulisYASMIN RIDZUAN

KreatifAMIRUL NIDZAM

HASIENAH ROSLAN

Maklum [email protected]

Maklum balasJika anda ada sebarang komen atau cadangan, sila email kami :

[email protected] sedia mendengar pandangan anda

Penerbit:

REKAYASA BUMI SDN BHD (11167537-X)D-12-05, Empire DamansaraJalan PJU 8/8, Damansara Perdana, 47800, PJ SelangorTel : 03 – 76104766

Hak cipta terpelihara. Semua artikel yang diterbitkan tetap menjadi hak milik REKAYASA BUMI SDN BHD (11167537-X)

Buletin hartabumi.com di-terbitkan setiap hujung bulan dan diedarkan secara atas talian di portal:

www.hartabumi.com/buletin Tanya PeguamMenjawab isu tuntutan harta sepencarian akibatpenceraian.

8

Harga rumah di sekitar Selangor turunIsu Muka Depan18-20

Mengupas isu penurunan harga rumah di lima kawasan utama di Selangor

Lima produk IKEA bawah RM100 yang boleh beri impak besar dalam rumah anda.

Dekorasi Hot26

SegambutFokus Kawasan21-24

Sebuah kawasan matang dengan akses cemerlangyang menjadi pilihan penduduk tempatan dan ekspatriat.

The Veo & Puteri DaffinaHartanah Hot13-16

Sebuah projek di tengah bandar yang mencerminkan gaya hidup moden dan sebuahprojek rumah mampu milik berkonsepkan tasikyang terletak di pinggir Lembah Klang. Kedua-duanya mempunyai keistimewaan tersendiri.

‘Term loan’, ‘semi flexi loan’, ‘flexi loan’ --yang mana paling sesuai untuk dimohon?

Hartanah 10110-11

Jenis ‘loan’ rumah’

Ketahui potensi sebenarHARTANAH BUMIPUTERA.

www.hartabumi.comLayari:

Dalam usaha menggalakkan bumiputera untuk melabur untuk pemilikan aset hartan-ah komersial di bandar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) telah menambah saiz dana AHB sebanyak 500 juta unit yang menjadikan keseluruhan dana mencecah 4 bilion unit.

Selain itu, beliau turut mengumumkan 50 unit tambahan percuma kepada 200,000 Akaun Remaja baharu.

AHB adalah unit amanah patuh syariah pertama di Malaysia dan diuruskan oleh Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) yang dilancarkan pada 29 November 2010 dengan dana permulaan 1 bilion unit. Sambutan menggalakkan daripada orang ramai menjadikan dana tersebut ditambah sebanyak empat kali.

Sumber: Berita Harian

Kadar sewa pejabat di kawasan utama Kuala Lumpur dijangka meningkat sebanyak 2.5 peratus dalam tempoh tiga tahun akan datang dan mengatasi Beijing dan Shanghai, menurut laporan Global Cities: The 2018 Report.

Ketua Penyelidikan Knight Frank Bagi Asia Pasifik, Nicholas Holt berkata pertumbuhan pasaran pejabat di kawasan utama Kuala Lumpur itu disebabkan oleh faktor seperti aliran teknologi, persekitaran tempat tinggal, kaedah pengangkutan serta kesaling-hubungan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Knight Frank Malaysia, Sarkunan Subramaniam berkata Kuala Lumpur adalah antara peneraju pasaran utama pembangunan pelbagai guna yang menggalakkan faktor 'tempat tinggal, bekerja dan bermain'.

Sumber: Berita Harian

Menteri Kewangan Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata Malaysia akan mengalami risiko gelembung hartanah sekiranya dua isu tidak dibendung.

Isu pertama yang dimaksudkan ialah lebihan penawaran hartanah yang semakin mening-kat dan di luar kawalan. Hartanah ini berciri-kan 'high-end' dan dijual pada harga lebih dari RM250,000. Lapan puluh tiga peratus (83%) daripada hartanah berkenaan tidak terjual kerana diluar kemampuan pembeli.

Isu kedua ialah tentang kenaikan harga rumah yang melebihi dan tidak selari dengan kadar kenaikan gaji. Hal ini menyumbang kepada ketidak-mampuan pembeli dan lebihan penawaran rumah.

Sekiranya kedua-dua isu ini tidak dibendung, Malaysia akan dilanda gelembung hartanah yang akan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi.

Sumber: EdgeProp

BERITA HARTANAH MINGGU INI

500 JUTA UNIT TAMBAHAN AHB

KADAR SEWAPEJABAT DI KL DIJANGKATERUS MENINGKAT

MALAYSIA DALAM RISIKO GELEMBUNG HARTANAH

BERITA HARTANAH HB 0303 NOVEMBER 2017

EKSKLUSIF BAJET 2018 HB 0403 NOVEMBER 2017

PENJAWAT AWAM

Perumahan KeluargaAngkatan Tentera

Rumah PPA1M-PDRM

HARGASesuai dengan tangga gaji anggota

BLUEPRINTdisediakan oleh Kerajaan

Tambahan 40 ribu unit

Tambahan

10,000 unit

SEKTOR HARTANAH

HB 0503 NOVEMBER 2017

PENJAWAT AWAM

Rumah PPA1M

Tambahan 25 ribu unit

PERUMAHAN

MyBeautiful New Homes

(MyBNHome)

Rumah Generasi Ke-2 FELDA

RM164 juta

Golongan B40Kerjasama SPNB

Tambahan

600 unit

Tambahan

5,000 unit

HB 0603 NOVEMBER 2017

PERUMAHAN

Rumah PPR Rumah Mesra Rakyat

Tambahan

3,000 unit

Tambahan

17,300 unit

PERUMAHAN

Rumah PR1MA

Bawah RM150 ribu

RM1.5 bilionMyDeposit

Bantuan Bayaran Deposit

Tambahan

2,000 unit

Tambahan

210 ribu unit

HB 0703 NOVEMBER 2017

PERUMAHAN

Skim ‘Step-up Financing’

Untuk Pemaju Perumahan Swasta

Pengecualian Duti Setem

- surat cara pindah milik- perjanjian pinjaman

TEMPOH1 Januari 2018 - 31 Disember 2020

Bagi Pembeli Rumah Terbengkalai

PERUMAHAN

Pengecualian CukaiPendapatan Sewa

50%

PENDAPATAN SEWASehingga RM2,000 sebulan

Individu rakyat Malaysia yangbermastautin di Malaysia

Penyelenggaraan &Pembaikan Rumah

TPIM

RM200 juta

TERMASUKTabung Penyelenggaraan 1Malaysia

CUKAI50%

Tak ada orang yang nak berkahwin untuk bercerai. Tetapi disebabkan keadaan, suami isteri terpaksa menamatkan perkah-winan. Juga termasuk individu yang kematian suami/isteri dan pasangan yang ingin berpoligami. Golongan ini keban-yakannya masih tak tahu tentang hak harta sepencarian.

Kita fahamkan dulu maksud harta sepen-carian. Menurut undang-undang, harta sepencarian terdiri daripada:

Harta sepencarian boleh dituntut di Mahkamah Syariah negeri-negeri.

Dalam menentukan pembahagian, mahkamah lazimnya akan mengambil kira sumbangan pihak-pihak dalam pemilikan harta itu. Sekiranya sumbangan bersifat sama rata, mahkamah akan membahagi-kan secara sama rata.

Sumbangan terdiri daripada dua bentuk:

Semua aset yang diperoleh selepas pasangan berkahwin.

Aset yang diperoleh sebelum berkah-win tetapi dihidupkan atau dipanjang-kan selepas pasangan berkahwin.

Sumbangan perlu didatangi BUKTI kerana mahkamah tidak akan melayan permintaan kosong. Pada akhirnya, mahkamah akan membuat keputusan berdasarkan bukti dan alasan-alasan yang logik sambil merujuk kes-kes yang terdahulu.

Mengikut ragam dan kes masing-masing, proses tuntutan boleh menjadi sangat rumit. Sebab itulah individu dinasihatkan untuk mengambil khidmat Peguam Syarie kerana mereka lebih arif menangani isu ini.

Hartabumi selitkan sebuah kes tuntutan harta sepencarian supaya lebih mudah untuk faham dan untuk anda nilai sendiri betapa rumitnya proses ini.

Soalan-soalan lazim berkenaan kes ini dijawab sendiri oleh Peguam Syarie, Ahmad Tarmizi Jusoh.

Setelah 11 tahun perkahwinan, si isteri telah keluar dari rumah tanpa izin suami atas dua sebab iaitu diserang secara fizikal dan setelah mengetahui kecurangan suami yang telah diakui oleh beliau sendiri.

Rumah yang isteri tinggalkan itu masih didiami oleh suami sehingga sekarang.

Isteri telah menuntut cerai taklik dan sekarang masih di dalam proses perbic-araan mahkamah.

Rumah tersebut dibeli oleh isteri semasa tahun ke-3 perkahwinan di bawah nama isteri seorang dan melalui potongan gaji isteri seorang.

Sewaktu perkahwinan, suami pernah menyumbang sebanyak 2 kali pengeluaran KWSP beliau untuk membiaya sedikit pinjaman rumah tersebut.

CARA TUNTUTHARTA SEPENCARIAN

1. Sumbangan langsung berupa kewangan.

2. Sumbangan tidak langsung berupa perhatian dalam rumahtangga seperti menjaga kebajikan, keharmonian, dan keperluan keluarga.

1. Adakah rumah tersebut dikira sebagai hak sepencarian atau hak isteri seorang memandangkan isteri yang membeli rumah tersebut setelah mereka berkahwin?

Rumah tersebut dikira sebagai harta sepen-carian kerana ia dibeli sewaktu tempoh perkahwinan.

TANYA PEGUAM HB 0803 NOVEMBER 2017

Tidak kira sama ada harta itu diletakkan nama seorang saja (sama ada atas nama suami atau isteri). Pokoknya, ia dibeli selepas kahwin. Selagi suami terlibat dalam proses membeli harta tersebut, beliau akan dapat bahagian.

2. Berapa banyakkah bahagian suami akan dapat?

Mahkamah yang akan menentukan bahagi-annya. Bahagiannya berbeza mengikut fakta kes dan pembuktian di Mahkamah. Jika suami nak tuntut bahagian, beliau kena buktikan sumbangannya dengan menunjuk-kan penyata pengeluaran wang dari EPF tersebut.

Bukti ini cukup penting. Jika tak ada bukti, besar kemungkinan Mahkamah akan tolak. Melainkan suami seorang suri rumah, nak tuntut sumbangan tak langsung seperti menjaga anak di rumah dan sebagainya lebih susah daripada tuntuan tak langsung yang dibuat isteri.

3. Bagaimana jika suami ada bukti sumban-gan terhadap pembelian harta tersebut?

Mahkamah akan membenarkan suami menuntut wang yang dikeluarkan dan mungkin akan membenarkan suami untuk memperoleh peratusan untung dari rumah tersebut berdasarkan ratio sumbangannya.

Katakan harga rumah RM120,000. Suami keluar wang KWSP RM30,000. Rationya mungkin 25:75. Ini bergantung kepada hujah peguam suami di Mahkamah.

5. Bagaimana jika perintah mahkamah menga-takan suami berhak dapat 30% daripada nilai harta?

Kena buat penilaian harta. Jika nilai rumah yang dibeli sekarang berharga RM150,000, bermakna 30% dari RM150,000 = RM45,000 dan harus dibayar secara tunai. Jika tiada wang tunai, rumah berkenaan perlu ‘refinance’ sebagai jalan penyele-saian.

Ini sekiranya hutang rumah sudah habis bayar.Jika belum habis bayar, katakan nilai semasa rumah RM150,000, tolak RM100,000 (hutang dengan bank), maka bakinya RM50,000. 30% daripada RM50,000 ialah rumah RM15,000. Maka bahagian suami ialah RM15,000.

Apa-apa pun, mahkamah akan memutuskan sesuatu kes berdasarkan bukti dan alasan-alasan yang logik sambil merujuk kes-kes yang terdahulu. Jadi bukti serta sokongan hujah daripada Peguam Syarie amatlah penting dalam proses tuntutan harta sepencarian.

4. Bagaimana jika suami terlupa atau tak nak tuntut?

Isteri tiada masalah untuk mengambil tindakan seterusnya untuk rumah tersebut memandan-gkan rumah tersebut memang dibeli atas nama isteri. Tiada dokumen yang memerlukan tandatangan suami sekiranya rumah ingin dijual atau sebagainya.

HB 09

Ahmad Tarmizi JusohPeguam Sivil & Syariah

03 NOVEMBER 2017

HB 10HARTANAH 101

Dilema ‘first home buyer’ yang tak pernah ada pengalaman beli rumah ialah tak tahu nak pilih jenis pinjaman yang mana. Ya, jangan tak tahu, pinjaman rumah ini datang dengan bermacam jenis pakej daripada bank.

1) Term LoanSecara mudahnya, ‘Term Loan’ ialah pinjaman yang menjalani bayaran berjadual yang tetap dan konsisten. Jumlah bayaran bulanan anda adalah sama sepanjang tempoh pinjaman.

‘Term loan’ tidak membenarkan sebarang pembayaran awal atau ‘advance payment’. Jika anda berbuat demikian, pembayaran lebihan tersebut akan dibawa ke bulan hadapan dan tidak akan mempengaruhi caj faedah yang dikenakan ke atas pinjaman anda.

2) Semi-Flexi Loan‘Semi-flexi loan’ membolehkan peminjam membuat ‘advance payment’ untuk mengu-rangkan faedah yang dikenakan ke atas pinjaman. Dengan ‘semi-flexi loan’ anda boleh terus melakukan ‘advance payment’ tanpa perlu sebarang permohonan ataupun rundingan dengan pihak bank.

Sebarang ‘advance payment’ yang anda buat, secara automatik bank akan tolak daripada prinsipal (principal) pinjaman yang akan menjadikan faedah pinjaman anda lebih rendah.

Satu kelebihan semi-flexi: bayaran pendahuluan yang telah dibuat boleh dibawa keluar semula dengan sedikit caj pengeluaran. Biasanya bank akan caj sebanyak RM50 setiap pengeluaran. Tetapi perlu ingat, setiap pengeluaran akan dikenakan faedah.

3) Flexi Loan‘Flexi loan’ sama seperti ‘semi-flexi loan’. Bezan-ya, ‘flexi loan’ tidak dikenakan caj pengeluaran. Dalam kata lain, peminjam bebas mengeluarkan wang pendahuluan yang telah dibuat tanpa melalui apa-apa prosedur bank mahupun dikenakan caj.

Tapi faedah ke atas pengeluaran masih dikena-kan sepertimana pinjaman ‘semi-flexi’.

Biasanya bank akan buka akaun pinjaman yang dihubungkan terus dengan akaun semasa anda dan anda akan dibekalkan dengan buku cek bagi tujuan pengeluaran.

Berbanding ‘semi-flexi’ yang mengenakan caj bagi setiap pengeluaran, pinjaman ‘flexi’ mengenakan caj bulanan yang lebih rendah dan memberi kebebasan kepada peminjam untuk mengeluarkan wang seberapa banyak kali yang anda mahukan. Kebiasaannya, bank akan mengenakan caj RM10/bulan untuk fasiliti ini.

Jadi nak mohon Term, Semi-Flexi atau Flexi Loan?

Nasihat kami, ambillah sama ada pinjaman ‘semi-flexi’ atau ‘flexi’. Kelebi-han pinjaman jenis ini mampu mengu-rangkan jumlah faedah dan sedikit sebanyak membantu kewangan anda.

Setiap kali ada lebihan wang, bayar lebih agar anda mampu jimat lebih. Tapi jika ditanya antara dua jenis pinjaman ini, soalan ini perlu dijawab oleh anda sendiri sebagai peminjam.

Ia bergantung kepada kekerapan anda mengeluarkan semula wang yang anda telah masukkan. Apa yang lebih penting ialah kadar faedah yang ditawarkan kepada anda.

Persoalannya, yang mana paling sesuai untuk dimohon?

JENIS

‘LOAN’ RUMAH03 NOVEMBER 2017

HB 11

JENIS ‘LOAN’ RUMAHTerm

BayaranBulanan

FleksibelTetap

Tiada Boleh

PenguranganFaedah

PengeluaranWang

Kos Akaun

Semi-Flexi Flexi

Fleksibel

Tiada 5 Hari Segera

Tiada RM50/pengeluaran RM10/bulan

Boleh

03 NOVEMBER 2017

HB 13 HARTANAH HOT

Nama: The Veo

Alamat: Desa Melawati, Selangor

Pemaju: Sime Darby Property

Jenis: KondominiumPegangan Tanah: Freehold

Keluasan: 745kps-3,255kps

Bilik Tidur: 1-3Bilik Air: 1-3

Harga PasaranRM609,888Diskaun: 5% Bumiputera

KemudahanSekuriti 24 jamKolam renangGimnasiumSaunaRuang BBQDek yogaDewan serbagunaTaman permainanTaman landskapDobi layan diri

THE VEO @ KL EAST

03 NOVEMBER 2017

HB 14

Pusat pengajian yang terletak kurang dari 20 minit memandu pula terdiri daripada Malaysia Institute of Art (MIA), Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC), Kolej Antarabangsa Geomatika, Kolej Consist, Universiti Teknologi Malay-sia (UTM), Universiti Antarabangsa Malaysia (UIA), Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur (ISKL), dan Sekolah Antarabangsa Fairview.

The Veo bukan hanya boleh dibangga-kan dengan kemudahan sahaja. Projek ini sendiri telah memenangi dua anuger-ah di South East Asia Property Awards 2014 untuk ‘Best Mid-Range Condo Development in Central Malaysia’ dan ‘Best Residential Interior Design’.

Antara yang istimewa tentang The Veo ialah setiap unit didatangi kelengkapan dapur termasuk ketuhar, peti ais, serta mesin basuh dan pengering. Segala kawasan fasiliti pula disokong oleh internet berkelajuan tinggi.

Projek istimewa yang berlokasi strategik serta menawarkan pemandangan bandar yang menakjubkan ini menjanjik-an potensi pulangan pelaburan yang cukup tinggi.

Kepada yang ingin melabur atau mencari kediaman, The Veo dapat menjadi pelengkap hartanah anda.

Sime Darby Property telah melancarkan projek pertamanya di timur Kuala Lumpur yang dipanggil KL East. Pembangunan bercampur ini bertempat di kawasan Empangan Klang Gates yang dipenuhi aset geologi yang menja-dikan projek ini kaya dengan kehijauan.

Di sini terletaknya The Veo yang tenang dan terpinggir, namun mengambil masa 15 minit saja untuk ke pusat bandar. Lokasinya di Melawati, sebuah kawasan elit yang strategik dan bertaraf tinggi. Satu perkataan untuk simpulkan The Veo- lengkap. Disebabkan ini, ia menjadi rebutan ramai dan 85% unit telahpun ditempah.

The Veo berdekatan lebuhraya utama iaitu Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Lebuhra-ya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), dan Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE). Selain itu, stesen LRT Gombak terletak dalam jarak 10 minit berjalan. Laluan basikal dan laluan pejalan kaki turut disediakan.

Melalui AKLEH, pemandu disambungkan terus ke besmen KLCC dan ia hanya mengambil masa 15 minit. Kepada yang tak gemar memandu, LRT Gombak juga menurunkan penumpang di stesen KLCC.

Dekat dengan KLCC bermakna dekat dengan pusat bandar. Kalau sudah dekat dengan pusat bandar, bermakna semua kemudahan boleh didapati dengan pilihan yang banyak.

Sebagai contoh, pusat membeli-belah dan pasaraya berdekatan terdiri daripada Melawati Mall, Wangsa Walk Mall, Great Eastern Mall, AEON Big Wangsa Maju, AEON AU2, AEON Alpha Angle, Setapak Central, dan Giant Taman Permata. Tak cukup dengan itu, Quarza Mall juga bakal dibuka.

Lima hospital utama yang boleh didapati ialah Damai Service Hospital, Hospital Angkatan Tentera Tunku Mizan, Columbia Asia Hospital, Hospital Ampang Puteri, dan Hospital Gleneagles.

THE VEO @ KL EAST:P E L E N G K A P H A R TA N A H

03 NOVEMBER 2017

HB 15

Nama: Puteri Daffina 2

Alamat: Puteri Daffina 2, Kota Puteri, 48000 Rawang, Selangor

Pemaju: PKNS Property

Jenis: TeresPegangan Tanah: Freehold

Keluasan: 2,038kps-2,340kps

Bilik Tidur: 4Bilik Air: 3

Harga Pasaran RM472,440Diskaun: 5% Bumiputera

KemudahanSekuriti 24jamLanskap tasik Akses melalui lebuhraya LATAR, NKVE, Guthrie, Shah Alam-Baru Arang

PUTERI DAFFINA 2 PKNS

03 NOVEMBER 2017

HB 16

Projek ini khas untuk mereka yang tidak gemar dengan kelantangan kota, namun mengidamkan kesederhanaan yang lengkap dengan kemudahan. Selain itu ia dilihat sesuai untuk mereka yang masih dalam proses membina empayar dan ingin bermula secara kecil-kecilan.

Puteri Daffina 2 memberi jalan kepada anda untuk menetap di kawasan pinggiran tanpa perlu keluar dari Lembah Klang. Bertempat di Kota Puteri, Rawang, kawasan ini berjirankan kawasan membangun seperti Puncak Alam, Bukit Beruntung, dan Bandar Baru Kundang.

Dengan pemilikan tanah bebas berkonsep-kan tasik, rumah teres 4 bilik tidur dan 3 bilik air ini sememangnya tawaran durian runtuh.

Unitnya pula terhad kepada 92 buah bagi menjanjikan privasi dan kepadatan sederhana supaya anda boleh betul-betul nikmati hidup dengan nyaman.

Berbanding projek yang lain, RM470,000 hanya boleh dapat keluasan 1,200 kaki perse-gi sahaja tetapi projek ini menawarkan minima 2,000 kaki persegi (tambahan 800 kaki perse-gi, ibarat anda dapat satu apartment lain). Sudahlah luas, bersebelahan pula dengan tasik, nanti bolehlah bawa keluarga pergi berkelah tepi tasik sambil relaks memancing, sebelah rumah sahaja.

Kami dah pun merasa sendiri jarak perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur sehingga Kota Puteri Rawang yang hanya mengambil masa 30 minit sahaja.

Jarak perjalanan dihubungkan melalui Lebuhraya DUKE, PLUS, LATAR, Guthrie malah melalui LDP juga boleh diakses. Lebih hebat, ada tambahan projek lebuhraya baru DASH dimana laluannya nanti terletak besebelahan saja dengan Bandar Kota Puteri.

Memang tak masuk akal rumah dua tingkat dengan spesifikasi 4 bilik tidur dan 3 bilik air boleh didapati pada harga bawah RM500,000. Mana lagi di Lembah Klang yang tawarkan rumah ‘landed’ dengan harga macam ini. Bukan tak ada tapi susah sangat nak jumpa.

PUTERI DAFFINA 2 PKNS:TERES DUA TINGKAT BAWAH RM500,000

03 NOVEMBER 2017

ISU MUKA DEPANHB 18

Rumah-rumah ini merangkumi unit teres dan berkembar dua tingkat. Apa yang lebih menarik, perumahan ini terletak di kawasan matang yang lengkap dengan akses dan kemudahan, namun berlaku penurunan harga sehingga melebihi 5%.

Pakar-pakar serta perunding hartanah telahpun memberikan hujah dan penjela-san. Secara ringkasnya, mereka berpendapat bahawa pemilik-pemilik rumah ini bertindak realistik dengan menawarkan harga yang fleksibel.

Dengan adanya pemasaran dan pelancaran projek baru yang jauh lebih mempesona dengan pakej lebih menarik, pemilik rumah perlu bersifat realistik dalam penjualan semula rumah lama.

Jika harga yang diletakkan agak tinggi, pembeli pasti akan berfikir “lebih baik beli rumah baru, harganya pun sudah dekat-dekat,” akibatnya rumah lama tidak terjual.

Namun bukan bermaksud pemilik menjual pada bawah harga pasaran.

Pemilk-pemilik ini mampu menawarkan harga fleksibel kerana kebanyakan mereka telah melunaskan pinjaman perumahan atau mempunyai tunggakan minimum dan mereka menjual rumah lama sebagai jalan untuk memperoleh tunai secara ‘lump sum’.

SS3, Seksyen 22 & Seksyen 20

Penurunan peratusan harga rumah paling tinggi setakat ini dicatat di kawasan SS3 sebanyak 10.7%. Sebuah rumah berkembar dua tingkat dijual pada RM2.1 juta berbanding RM2.38 juta pada tahun 2015.

Seksyen 22 yang hanya kira-kira 2 kilometer dari kawasan ini juga mengalami penurunan tahun demi tahun sebanyak 9.5%. Sebuah rumah berkembar 2 tingkat dijual pada harga RM2.73 juta berbanding RM3.01 juta tahun sebelumnya.

Seksyen 20 atau dikenali sebagai Taman Paramount pula mengalami penurunan harga sebanyak 7.4% pada tahun 2016. Transaksi NAPIC merekodkan sebuah rumah berkembar dua tingkat dijual pada harga RM880,000 pada tahun 2016 berbanding RM950,000 pada tahun 2015.

Ketiga-tiga kawasan di Petaling Jaya ini berusia lebih kurang 30 tahun. Kawasan-kawa-san ini berjirankan Sea Park, Kampung Tunku, Kawasan Zon Bebas Cukai Sungai Way, dan banyak lagi kawasan pembangunan matang.

Jarang nak dengar harga rumah turun, lagi-lagi di kawasan Lembah Klang yang infrastuktur dan kemudahannya semakin bertambah. Tapi itulah yang berlaku di kawasan sekitar Selangor, menurut Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (NAPIC).

Lima kawasan yang mencatatkan penurun-an paling banyak ialah di SS3 Petaling Jaya sebanyak -10.7%; Taman Bukit Teratai, Ampang sebanyak -9.5%; Seksyen 22 Petaling Jaya sebanyak -9.5%; Taman Kajang Perdana, Kajang sebanyak -8.6%; dan Seksyen 20 Petaling Jaya sebanyak -7.4%.

Biar betul?

HARGA RUMAH

URUND I S E K I TA R KAWA SA N SELA NGOR

03 NOVEMBER 2017

HB 19

Penduduk di kawasan-kawasan ini selalunya berkunjung ke sekitar Petaling Jaya seperti Bandar Sunway, Bandar Utama, Mutiara Damansara dan juga di sekitar Kuala Lumpur seperti Jalan Klang Lama, Sri Petaling, dan Bangsar. Kesemua kawasan ‘hot spot’ ini dapat diakses dengan mudah melalui Lebuhraya Damansara-Puchong dan Lebuhraya Persekutuan.

Taman Bukit Teratai & Taman Kajang Perdana

Dari Petaling Jaya kini beralih pula ke Ampang dan Kajang. Di Ampang, Taman Bukit Teratai yang berjirankan banyak taman perumahan ini cuma 2 kilometer dari Hospital Ampang dan 14 kilometer saja dari pusat bandar.

Penurunan harga di kawasan perumahan ini ialah sebanyak 9.5% pada tahun 2016. Pada tahun 2015, sebuah teres dua tingkat dijual pada harga RM500,000. Namun transaksi terkini merekodkan penjualan jenis rumah yang sama sebanyak RM450,000.

Di Taman Kajang Perdana pula terdapat 8.6% penurunan pada tahun 2016. Sebuah rumah teres dua tingkat telah dijual pada harga RM400,000 berbanding RM475,000 pada tahun 2015.

Taman Kajang Perdana terbahagi kepada dua bahagian yang berlaku disebabkan Pintasan Kajang-Semenyih. Kawasan ini berjirankan Taman TTDI Grove dan Taman Villa Heights dan jaraknya dengan bandar Kajang hanyalah 7 kilometer. Selain itu, University of Nottingham terletak pada jarak 13 kilometer dari kawasan ini.

Namun begitu, kawasan ini berdepan dengan isu kawalan keselamatan yang membawa kepada kegagalan menarik minat pembeli.

Selain itu, pelancaran projek baru yang menawarkan rekabentuk moden dan konsep bandar terancang lebih menarik minat pembeli dan menyebabkan penjualan rumah lama tidak laris. Mana tidaknya, dengan harga RM1 juta untuk rumah lama yang perlu diselengga-ra, pembeli juga dapat memiliki sebuah unit baru di bandar teran-cang yang didatangi fasiliti menarik, lanskap yang cantik, serta kese-lamatan yang terjaga.

Perunding hartanah juga berkata walaupun masih terdapat permintaan di kawasan SS3, Seksyen 22, dan Seksyen 20, transaksi sudah makin berkurang kerana kebanyakan pembeli tidak lagi membeli untuk tujuan melabur, sebaliknya untuk didiami. Akibatnya, potensi pembelian rumah di kawasan ini sering terhalang disebabkan kondisi rumah lama serta kos ubahsuai dan selenggara.

Faktor Mampu Milik &Keselamatan

Perunding hartanah menyatakan kelima-lima kawasan yang mempunyai kedudukan dan reputasi kukuh di samping akses dan kemudahan lengkap ini sebenarnya mengalami lonjakan harga yang tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh kebanyakan pembeli.

Lokasi kawasan perumahan lama memang strategik dan boleh dikategorikan sebagai lokasi terbaik.

Pada zaman sekarang, pembeli sangat mengambil kira faktorkeselamatan mereka mengutamakan komuniti ‘gated-and-guarded’.

SS3

2.38 Juta

Petaling JayaJenis Hartanah

Semi-D 2 Tingkat

Harga(Julai 2017)(RM)

2.38 Juta2.15 Juta

Harga Transaksi (RM)2015 2016

Penurunan Tahunan (10%)

10.7

499,000

Taman BukitTeratai,AmpangJenis Hartanah

Teres 2 Tingkat

Harga(Julai 2017)(RM)

500k450k

Harga Transaksi (RM)2015 2016

Penurunan Tahunan (10%)

9.5

03 NOVEMBER 2017

HB 20

Lokasi Hangat

Projek baru mungkin nampak lebih gah dan menarik daripada kawasan rumah lama. Namun satu ciri yang tidak dapat ditandingi ialah lokasi hebat yang dimiliki kawasan perumahan lama. Menurut perunding hartan-ah, kawasan perumahan lama di sekitar Petaling Jaya masih mendapat permintaan pembeli kerana ianya menarik dan strategik dari segi lokasi, akses, dan jarak ke pusat perniagaan utama di Lembah Klang.

Sebagai contoh, kawasan perumahan dan pembangunan komersial yang makin padat di bandar Kajang telah diperluas di kawasan sekitar seperti Taman Kajang Perdana dan TTDI Grove. Dengan adanya Pintasan Kajang-Semenyih sebagai jalan utama di Taman Kajang Perdana, kawasan berusia hampir 10 tahun ini menjadi pilihan pembeli rumah yang mementingkan akses mudah.

Cuma kekurangannya ialah ketiadaan komuniti ‘gated-and-guarded’ seperti yang diinginkan ramai pembeli rumah sekarang. Akibatnya pelabur akan berfikir dua kali untuk melabur di kawasan ini.

Permintaan di Taman Bukit Teratai juga sentiasa mendapat sambutan kerana lokasi kawasan ini menawarkan akses terus ke kawasan-kawasan penting seperti Dato’ Keramat, Taman Desa, Cheras, dan pusat bandar Kuala Lumpur.

Walaupun berusia hampir 20 tahun, pembeli tidak hairan kerana mereka sanggup ubah suai rumah menjadi serba baru. Kenapa tak beli rumah baru terus? Inilah yang dimaksudkan dengan ciri kawasan lama yang tidak dapat ditandin-gi projek baru- ciri lokasi terbaik.

Berbaloi atau Tidak?

Ya, rumah lama yang bercirikan lokasi dan kemudahan yang strategik berbaloi untuk dibeli. Tambahan lagi, kebanyakan kawasan ini dikelilingi pengangkutan awam seperti MRT dan LRT yang juga baru-baru ini telah dinaik-taraf dan disambung laluannya.

Selain itu, sekolah, hospital, pusat membeli-be-lah, tempat beribadat, dan kemudahan sebagainya tidak susah didapati berbanding kawasan projek baru yang kebanyakannya dibina di kawasan yang baru nak dibangunkan. Lagipun hartanah ‘landed’ di kawasan matang dan strategik akan menjadi semakin terhad pada masa akan datang kerana tanah lot yang semakin berkurangan. Jadi kepada pembeli yang bercita-cita untuk menetap di kediaman ‘landed’, jangan was-was untuk membeli rumah di kawasan-kawasan lama ini. Ianya berbaloi.

480,000

Taman KajangPerdana,Kajang

Jenis HartanahTeres 2 Tingkat

Harga(Julai 2017)(RM)

475k400k

Harga Transaksi (RM)2015 2016

Penurunan Tahunan (10%)

8.6

2.35 Juta

Seksyen 22,Petaling jaya

Jenis HartanahBanglo 2 Tingkat

Harga(Julai 2017)(RM)

3.01 Juta2.75 Juta

Harga Transaksi (RM)2015 2016

Penurunan Tahunan (10%)

9.5

850,000

Seksyen 20,Petaling Jaya

Jenis HartanahTeres 2 Tingkat

Harga(Julai 2017)(RM)

950k880k

Harga Transaksi (RM)2015 2016

Penurunan Tahunan (10%)

7.4

Sumber: EdgeProp

03 NOVEMBER 2017

Kampung Segambut Dalam bermula sebagai kawasan kampung dan peruma-han kos rendah. Namun lebih kurang 10 tahun lalu, kampung-kampung ini telah dirobohkan untuk memberi jalan kepada pembinaan kondominium. Di sinilah bermulanya kegemilangan Segambut.

Hari ini, Segambut dipenuhi penduduk pelbagai kaum dan menjadi lokasi pilihan golongan ekspatriat kerana kawasan ini melengkapi citarasa meraka. Segambut berjirankan Mont Kiara, sebuah kawasan ‘hot spot’ di kalangan ekspatriat. Selain itu, kawasan ini juga berjirankan Bandar Manjalara, Dutamas, dan Kampung Sungai Penchala.

Sarkunan Subramaniam selaku ketua pengarah Knight Frank Malaysia mege-sahkan bahawa hubungan ke jalan utama dan lebuhraya yang terdapat di Segambut menjadi pemangkin kepada kebangkitan kawasan tersebut.

Jalan-jalan utama yang dimaksudkan termasuklah Jalan Tuanku Abdul Halim (Jalan Duta), Jalan Sultan Azlan Shah (Jalan Ipoh), dan Jalan Kuching.

Selain itu, kehadiran Lebuhraya DUKE, PLUS, dan NKVE juga seakan membawa tuah kepada Segambut kerana telah menarik lebih ramai pembeli hartanah.

Untuk pengangkutan awam, terdapat stesen KTM Segambut yang mempunyai transit ke laluan LRT dan Monorel.

Senang cerita, kalau nak ke KL Sentral, memang tak susah. Kalau tiada masalah ke KL Sentral, bermakna tiada masalah jua untuk ke tempat-tempat lain.

Selain itu, projek MRT3 yang bakal dibina akan memperluas dan mempelbagai akses pengangkutan awam di Segambut. Jadi benarlah kawasan ini menawarkan akses cemerlang sehingga menjadi rebutan pembeli hartanah.

Antara sebab utama Segambut sangat popular di kalangan golongan ekspatriat ialah kerana lokasinya yang berdekatan sekolah antarabangsa seperti Mont Kiara International School.

Perunding hartanah, Sharon Ealiana yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman bekerja dengan pelbagai pemaju ternama telah menyenaraikan sebuah hartanah di Segambut sebagai pembangunan yang berpotensi untuk pergi jauh.

FOKUS KAWASAN : SEGAMBUT

Akses Cemerlang

Pilihan Ekspatriat

FOKUS KAWASANHB 2103 NOVEMBER 2017

03 NOVEMBER 2017HB 22

Segambut telah mengalami transforma-si positif sepanjang sepuluh tahun, semuanya hasil daripada projek yang didirikan. Dari segi demografik, kawasan ini mengumpulkan pertumbuhan penduduk yang memberangsangkan dengan peningkatan nilai hartanah serta kadar sewa yang bakal menarik minat pelabur.

Kondominium Verdana sangat mudah menarik minat pembeli yang inginkan gaya kondominium gaya hidup moden. Ia dibina berhadapan The French International School dan sangat dekat dengan pusat komersial Solaris Dutamas.

Projek yang berkonsepkan akses mudah dan kemudahan komprehensif berjaya menawan hati pelabur dan pembeli terutamanya dari golongan ekspatriat.

Sejak projek ini siap pada 2014, terdapat peningkatan kadar sewa dari RM3,000/bu-lan ke RM6,000/bulan.

Syarat utama sebuah taman industri dibina adalah berdekatan akses pengangkutan yang bagus dan dibina berdekatan kawasan kediaman sesebuah bandar. Maka tidak hairanlah taman industri dibina di kawasan Segambut.

Harga untuk sebuah lot kilang di sini juga boleh tahan. Untuk bangunan pegangan bebas bersaiz 30,229/kps, harganya boleh mencecah sehingga RM20 juta. Dengan adanya taman industri ini, lebih ramai yang ingin mencari hartanah untuk mendiami dan bekerja di kawasan ini.

Taman Industri Segambut Kesimpulan

Profil Segambut

Pusat membeli-belah

Pusat Ibadat

Pusat Komuniti

Kolej

Sekolah

Kelab

Hartamas Shopping Centre,Plaza Mont Kiara, One Mont Kiara, Publika

Dewan Komuniti Segambut Bahagia

SRI College, Young Aces Technical College

Segambut Secondary School, Time International School, SJK(C) Khai Chee,SJK(T) Segambut, Mont Kiara International School

Kuala Lumpur Golf & Country Club, Bukit Kiara Equestrian Club

Revival City Church, River of Life Sanctuary, International Church @Mont Kiara, Masjid Al-Firdaus Segambut Luar, Masjid Al-Qurtubi,Masjid Al-Ubudiah, Kuil Sri Maha Mariamman,Segambut Chinese Temple

HB 23

Nilai Transaksi Hartanah Perumahan ‘Landed’ Di Segambut

Skim

Rumah Teres 1 Tingkat (2016)

Rumah Teres 2 Tingkat (2016)

Rumah Teres 3 Tingkat (2016)

Rumah Townhouse 2 Tingkat (2016)

Rumah Semi-D 3 Tingkat (2015)

Rumah Semi-D 2 Tingkat (2015)

Rumah Semi-D 2 Tingkat (2015)

Taman Sri Segambut 1,470 - 1,475 819 RM505,000 - RM580,000 RM617 - RM708

Segambut Garden 1,402 - 1,604 1,420 - 2,018 RM300,000 - RM1,200,000 RM211 - RM595

Taman Segambut Maju 797 960 - 971 RM565,000 - RM600,000 RM589 - RM618

Taman Sri Segambut 1,475 - 1,464 1,718 - 1,528 RM700,000 - RM820,000 RM403 - RM537

Taman SPPK Segambut 1,399 1,107 RM600,000 RM542

Taman SPPK Segambut876 RM250,000 - RM288,000 RM285 - RM319

-903 RM250,000 RM277

Villa Saujanis - 2,304 RM300,000 RM147

Taman Segambut Muda 700 763 RM400,000 RM524

Taman Segambut Aman 883 1,036 RM480,000 RM464

Taman Sri Segambut 1,464 - 1,475 1,759 - 2,605 RM1,225,000-RM1,300,000 RM499 - 697

Taman Seri Bukit Segambut 2,303 2,659 RM1,460,000 RM549

Taman Segambut Indah 883 1,296 RM600,000 RM463

Anjung Tiara 3,003 3,350 RM1,980,000 RM591

Laman Residence 3,800 4,018 RM2,847,800 RM709

Taman Cuepacs Segambut 3,040 1,995 RM945,000 RM474

Laman Bayu 4,514 3,050 RM2,680,000 RM879

Keluasan Kawasan Keluasan BinaanKaki persegi Per Unit kps

Harga Transaksi

Sumber : NAPIC

03 NOVEMBER 2017

HB 24

Villa Crystal @ South Desa Park Jln 6/38A ( Bersebelahan Nilam Apartment) Kondominium

Anjali @ North Kiara Jln 3/61 ( Bertentangan Kondo Royalle) Kondominium

United Point Residence Jln 1/38C ( Bertentangan Plaza Sri Sinar) Suite Apartment

Suria @ North Kiara Jln 30/38A Suite Servis & Retail

Era @ Duta North Jln Segambut Servis Apartment & Retail

Flexus Signiture Suites Jln Kuching Suite Servis & Retail

Riana Dutamas off Jln Segambut SOVO & Retail

Sanjung Residence @ North Kiara off Persiaran Prima Pelangi Kondominium

Legend Heights @ Sri Segambut Jln Udang Siar Servis Apartment & Retail

Royal Garden off Jalan Putramas Servis Apartment & Retail

Prima Harmoni 2 off Persiaran Prima Pelangi Kondominium

Nama Pembangunan Lokasi Jenis Hartanah

Sumber : NAPIC

Pembangunan Sedang Dijalankan & Akan Datang Di Segambut

03 NOVEMBER 2017

SENARAI HARTANAHHB 25

ANJALI NORTH KIARAHarga Asal Bermula RM 989,100 - 2,600,000Diskaun Bumiputera 1%Jenis Kediaman KondominiumSaiz Binaan 1,306 kps - 3,832 kps

SENARAI HARTANAHSEGAMBUT

UNITED POINT RESIDENCEHarga Asal Bermula RM 532,760 - 632,760Diskaun Bumiputera 1%Jenis Kediaman Kondominium Saiz Binaan 667 kps - 1,206 kps

COURT 28Harga Asal Bermula Dari RM 492,100Diskaun Bumiputera 5%Jenis Kediaman Servis ApartmentSaiz Binaan 703 kps - 934 kps

MET1 RESIDENCEHarga Asal Bermula Dari RM 590,100Diskaun Bumiputera 7%Jenis Kediaman Service Apartment Saiz Binaan 677 kps - 1,613 kps

LAKEVILLE RESIDENCEHarga Asal Bermula Dari RM 494,000Diskaun Bumiputera 7%Jenis Kediaman Servis Apartment Saiz Binaan Dari 977 kps

EAST PARCHarga Asal Bermula RM 403,400 - 1,175,200Diskaun Bumiputera 10%Jenis Kediaman Servis ApartmentSaiz Binaan 600 kps - 2,101 kps

SILA KLIK SINI

untuk melihat senarai penuh hartanah ini

(Hanya diDesktop)https://goo.gl/rS6EDM

03 NOVEMBER 2017

DEKORASI HOT

Semua dah tahu IKEA. Sama ada makanan atau perabot, kedua-keduanya memang padu. Tengok katalognya saja sudah mampu buat kita terbayang-bayang cara nak ubahsuai rumah. Konsepnya kemas dan tersusun, produknya pula pelbagai. Dari mainan kanak-kanak, perabot, sehinggal mentol lampu. Tak dinafikan harganya juga boleh tahan. Tetapi tak ramai yang tahu, sebenarnya ada beberapa barang IKEA yang harganya bawah RM100 tapi mampu buat ruang dalaman rumah anda nampak seperti ‘showroom’ IKEA.

HB 26

Nakkan kelainan atau kurang puas hati dengan lampu siling ketika membaca? Lampu LERSTA ada ciri-ciri IKEA yang ‘stylish’, secara tak langsung boleh menaik-kan mood dalam suasana ruang rumah.

Boleh dijadikan ‘side table’ di tepi katil, tempat rehatkan kaki di ruang tamu, meja papan dam aji di ruang keluarga atau di mana sahaja mengikut citarasa anda. Cubalah!

Rak serba guna ini antara benda wajib beli di IKEA. Fungsinya ikut citarasa anda. Untuk pamerkan gambar keluarga, tumbuhan hiasan, buku-buku ataupun piala. Kalau nak senaraikan semua memang banyak produk istimewa IKEA bawah RM100. Anda pasti akan rambang mata. Nanti terlebih berbelanja atau tak terbuat pula. Kalau beli sampai 20 produk nanti, jumlah pun naik beratus-ratus juga. Jadi kami senaraikan lima yang terbaik saja.

Nota kaki:Untuk perabot yang memerlukan pemasan-gan, anda boleh minta kakitangan IKEA pasangkan jika tiada kepakaran. Caj akan dikenakan.

1. Lampu Membaca/Lantai LERSTA (RM 69)

2. Karpet GORLOSE (RM 99) 4. Rak dinding EKBY (RM 23)

5. Rak LERBERG (RM 69)3. Bangku BOSNAS (RM 69.90)

Lantai nampak kosong? Dapatkan karpet hitam putih klasik ini untuk ruang tamu. Sekeping karpet bersaiz 133cmx195cm. Kalau rasa tak cukup boleh beli 3-4 helai untuk ruang yang besar. Efek kontras hitam putih tu yang kita mahukan. Ringkas dan bergaya.

Kalau rasa ada ruang yang kelihatan kosong, EKBY boleh jadi pilihan terbaik. Anda boleh susun rak ini secara bertingkat untuk memenuhi ruang dinding. Lagi 'best', anda boleh 'spray paint' untuk menambah karakter ruang anda.

5 BARANG IKEAMENCANTIKKAN

B a w a h R M 1 0 0 Y a n g M a m p u

Ruang Dalaman Rumah Anda.

03 NOVEMBER 2017

Kredit:

Penjawat Awam,Guru Hartanah, Penulis

Amir Syahir

7 PANDUANUntuk Lulus Pembiayaan Perumahan Dengan

CEPAT & MUDAHKhas buat golongan muda.

Sekarang ini pihak bank semakin susah nak luluskan pinjaman perumahan. Mereka akan membuat tapisan sangat terperinci untuk pastikan yang benar-benar layak dan berkemampuan sahaja akan dapat pinjaman perumahan.

Guru hartanah, Amir Syahir menitikberatkan tujuh perkara untuk lulus pinjaman rumah dengan cepat dan mudah.

1. Mempunyai Kerjaya Stabil Dan Pendapatan Yang Bagus

Anda wajib bekerja dan yang paling penting berpendapatan tetap. Pegawai bank tak yakin dengan jenis yang kerja berpindah-ran-dah. Yang baru kerja pula, sekarang ni bank nak 6 bulan penyata gaji.

2. Mempunyai Debt Service Ratio (DSR) Yang Rendah

Hutang kepada pendapatan seeloknya bawah 70%. Lagi rendah lagi bagus. Belajar kira DSR:

3. Mempunyai Rekod CCRIS Yang Bersih

Laporan CCRIS sangat penting untuk membuktikan anda berdisiplin membayar hutang bank. Ia juga menunjukkan sama ada anda menguruskan kewangan dengan baik atau tidak. Jika banyak tunggakan, sila baiki dulu pembayaran tersebut.

4. Mempunyai Tabiat Menyimpan Wang

Seeloknya kena ada simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji untuk bayar ansuran setiap bulan. Contoh, jika nak beli rumah yang bulanan RM600, seelok-eloknya ada 6 bulan simpanan iaitu bersamaan RM3600. Lagi banyak duit simpanan, lagi bagus.

5. Selidik Jenis & Lokasi Hartan-ah

Sebelum memohon pinjaman perumahan, pergilah melawat dulu rumah tersebut. Tengok keadaan rumah dan selidik status hartanah. Pihak bank mungkin tidak bermi-nat untuk memberi pinjaman untuk hartan-ah yang terpencil atau hartanah bernilai rendah. Bagi hartanah yang belum mendapat status Strata, hanya beberapa bank saja yang boleh beri pembiayaan. Antaranya Bank Rakyat, BSN, Bank Islam, dan Public Bank.

6. Tiada Hutang Negatif Yang Banyak

Anak muda seharusnya mempunyai kewan-gan yang sihat. Bukannya terbeban dengan hutang pinjaman peribadi, bayar ansuran kereta Ford Fiesta misalnya. Padahal gaji RM2,000 saja. Ukur baju di badan sendiri.

7. Baki Bulanan Dalam Akaun

Hari ini gaji masuk, esoknya dah tinggal RM200. Macam mana nak bayar ansuran rumah RM600 sebulan? Jadi, bank akan lihat kemampuan kewangan anda. Hapuskan hutang lapuk. Rendahkan komitmen dan tambahkan pendapatan dulu.

Rekod CCRIS sangat penting untuk dijaga. Jika dah ada duit pendahuluan untuk beli rumah tapi laporan CCRIS bermasalah pun tak guna. Baiki laporan CCRIS dulu.

Kini pinjaman PTPTN pun sudah direkod dalam laporan CCRIS. Jangan terkejut jika anda semak laporan dan terdapat angka besar dalam kotak laporan. Boleh rosakkan ‘scoring’ kredit nanti.

Jika ada hutang PTPTN tertunggak, cepat-cepat jumpa pegawai PTPTN untuk berbincang dengan mereka. Buat pertukaran ujrah dan rundingan untuk dapatkan diskaun.

Berubahlah anak muda. Ada duit lebihan, simpan. Bukannya beli kemewahan semata-mata nak menunjuk ke kawan-ka-wan ataupun kenalan Facebook saja!

“Macam mana nak jadi anak emas pihak bank? Hari ini

hantar permohonan pembiayaan perumahan, tiga hari kemudian

terus dapat keputusanmenggembirakan.”

Jumlah komitmen sedia ada + ansuran bulanan rumah mahu beli

Pendapatan bersihx100

STRATEGI HARTANAH3 NOVEMBER 2017HB 27

Dapatkan di

www.buletin.hartabumi.com

ANDA SUKA BACACERITA-NAH?

Mahu dapatkan edisi lepas?