hang tuah

12
Hang Tuah @ Daeng Merupawah - Imbasan Kembali Pada tahun 1613, setelah Aceh dibawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda memusnahkan Batu Sawar (Kerajaan Johor Lama - lokasi di Kota Tinggi, Johor) Ramai penduduknya termasuk Sultan Alauddin Riayat shah 3, Raja Abdullah (adik Sultan Alauddin), Raja Raden dan pembesar negeri Johor-Pahang seperti Raja Husein (Iskandar Thani), Putri Kamaliah, dan Bendaharanya Tun Muhammad @ Tun Sri Lanang telah ditawan dan dipindahkan ke Aceh. Pada tahun 1615, Tun Muhammad telah diangkat menjadi Raja Samalanga oleh Sultan Iskandar Muda dan beliau telah memerintah dari tahun 1615 hingga 1659. Tun Muhammad @ Tun Sri Lanang telah mengarang Hikayat Sulatus al-Salatin pada tahun 1612 dan pada masa kini terdapat perbagai versi hikayat ini, ada versi Winstedt, ada versi Shellabear. Ini adalah disebabkan, versi asal Sulatus al- Salatin, Naskah Raffles Malay 18 masih tersimpan di Royal Asiatic Society, London atau Sulatus al-Salatin Cod. Or. 1704 yang tersimpan di Universiti Leiden, Belanda dan kita masih belum dapat mengambilnya kembali. Adakah Hikayat Sulatus al-Salatin ini adalah kisah dongeng atau khayalan penulis? Atau hikayat ini adalah kisah sejarah sebenar yang telah berlaku dan ditulis kembali oleh Tun Muhammad? Baiklah, persoalan diatas boleh ditangguhkan dahulu sehingga akhir tulisan aku kali ini. Apa yang aku nak disampaikan dalam tulisan pada kali ini adalah berkaitan Laksamana Hang Tuah yang banyak dikesahkan didalam Hikayat atau buku tersebut. Terdapat juga kitab atau Hikayat Hang Tuah yang lebih menjurus kepada kesah beliau didalamnya, namun terdapat beberapa percanggahan yang ketara antara kedua dua hikayat ini. Walaubagaimanapun, tulisan ini adalah hanya berdasarkan kepada hikayat karangan Tun Muhammad sahaja. Dari Hikayat Sulatus al -salatin, berikut adalah ringkasan berkaitan Hang Tuah; 1. Nama Sebenar Hang Tuah adalah Daeng Merupawah, anak kepada Raja Bajung (Bajong atau Bajo?). Hang Tuah berasal dari Bajung, sebuah daerah di Makassar. 2. Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja, dari Melaka telah datang ke Makassar dan berjumpa dengan Raja Goa atau Gowa. Semasa di Gowa, Raja Gowa telah bertanya pada Seri Bija Pikrama, apakah kegemaran Sultan Mansur Syah. Seri Bija Pikrama menyatakan bahawa Sultan Mansur gemar mengumpul anak anak muda yang memenuhi syarat syarat tertentu untuk dijadikan pahlawan. Mendengarkan hal itu, Raja Gowa telah menyuruh orang suruhanya mencari anak muda seperti yang dikehendaki dan menepati syarat syarat yang telah ditetapkan untuk dibawa dan dijadikan pahlawan Melaka. Semasa Hang Tuah dijumpai oleh pesuruh Raja Goa, Hang Tuah baru berumur 12 tahun. Walaupun baru berumur 12 tahun, beliau

Upload: ahmadibinahmad

Post on 09-Dec-2015

100 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Hang Tuah

TRANSCRIPT

Page 1: Hang Tuah

Hang Tuah @ Daeng Merupawah - Imbasan Kembali

Pada tahun 1613, setelah Aceh dibawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda memusnahkan Batu Sawar (Kerajaan Johor Lama - lokasi di Kota Tinggi, Johor) Ramai penduduknya termasuk Sultan Alauddin Riayat shah 3, Raja Abdullah (adik Sultan Alauddin), Raja Raden dan pembesar negeri Johor-Pahang seperti Raja Husein (Iskandar Thani), Putri Kamaliah, dan Bendaharanya Tun Muhammad @ Tun Sri Lanang telah ditawan dan dipindahkan ke Aceh. Pada tahun 1615, Tun Muhammad telah diangkat menjadi Raja Samalanga oleh Sultan Iskandar Muda dan beliau telah memerintah dari tahun 1615 hingga 1659.

Tun Muhammad @ Tun Sri Lanang telah mengarang Hikayat Sulatus al-Salatin pada tahun 1612 dan pada masa kini terdapat perbagai versi hikayat ini, ada versi Winstedt, ada versi Shellabear. Ini adalah disebabkan, versi asal Sulatus al-Salatin, Naskah Raffles Malay 18 masih tersimpan di Royal Asiatic Society, London atau Sulatus al-Salatin Cod. Or. 1704 yang tersimpan di Universiti Leiden, Belanda dan kita masih belum dapat mengambilnya kembali. Adakah Hikayat Sulatus al-Salatin ini adalah kisah dongeng atau khayalan penulis? Atau hikayat ini adalah kisah sejarah sebenar yang telah berlaku dan ditulis kembali oleh Tun Muhammad?

Baiklah, persoalan diatas boleh ditangguhkan dahulu sehingga akhir tulisan aku kali ini. Apa yang aku nak disampaikan dalam tulisan pada kali ini adalah berkaitan Laksamana Hang Tuah yang banyak dikesahkan didalam Hikayat atau buku tersebut. Terdapat juga kitab atau Hikayat Hang Tuah yang lebih menjurus kepada kesah beliau didalamnya, namun terdapat beberapa percanggahan yang ketara antara kedua dua hikayat ini. Walaubagaimanapun, tulisan ini adalah hanya berdasarkan kepada hikayat karangan Tun Muhammad sahaja.

Dari Hikayat Sulatus al -salatin, berikut adalah ringkasan berkaitan Hang Tuah;

1. Nama Sebenar Hang Tuah adalah Daeng Merupawah, anak kepada Raja Bajung (Bajong atau Bajo?). Hang Tuah berasal dari Bajung, sebuah daerah di Makassar.

2. Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja, dari Melaka telah datang ke Makassar dan berjumpa dengan Raja Goa atau Gowa. Semasa di Gowa, Raja Gowa telah bertanya pada Seri Bija Pikrama, apakah kegemaran Sultan Mansur Syah. Seri Bija Pikrama menyatakan bahawa Sultan Mansur gemar mengumpul anak anak muda yang memenuhi syarat syarat tertentu untuk dijadikan pahlawan. Mendengarkan hal itu, Raja Gowa telah menyuruh orang suruhanya mencari anak muda seperti yang dikehendaki dan menepati syarat syarat yang telah ditetapkan untuk dibawa dan dijadikan pahlawan Melaka. Semasa Hang Tuah dijumpai oleh pesuruh Raja Goa, Hang Tuah baru berumur 12 tahun. Walaupun baru berumur 12 tahun, beliau telah berjaya membunuh 2 orang yang mengamuk semasa di Bajung.

3. Sultan Mansur Syah, sebelum pemilihan Hang Tuah, telah ada 8 orang anak anak muda yang menepati dan memenuhi syarat syarat yang telah ditetapkan untuk dijadikan pahlawan pahlawan Melaka. Mereka adalah;a. Hang Jebatb. Hang Kasturic. Hang Lekird. Hang Lekiue. Hang Alif. Hang Iskandarg. Hang Hassanh. Hang Hussin

Ketua kepada mereka bersembilan ini adalah Tun Bija Sura (nama sebenar tidak disebut). Dicatatkan didalam Hikayat ini, Hang Tuah melebihi 8 orang yang lain didalam semua ilmu dan kepandaian. Hang Tuah telah diberikan

Page 2: Hang Tuah

oleh Sultan Melaka sebilah keris Terupa Melaka semasa sampai di Melaka dan semasa diMelaka beliau telah banyak berguru kepada hulubalang hulubalang Melaka.

5. Hang Tuah berkahwin dan mempunyai 2 orang isteri seperti berikut;

1. Isteri pertama (Nama tidak disebut) - saudara kepada Seri Bija Diraja Dato Bongkok.

Anak dari isteri pertama1. Tun Sirah (perempuan) kahwin dengan Temenggung Khoja HassanCucu dari isteri pertama1. Tun Abdullah (Lelaki)2. Tun Biajid (Lelaki)3. Tun Daerah (Perempuan) - Berkahwin dengan Sultan Mahmud SyahCicit dari isteri pertamaRaja Dewi Sultan Mahmud Syah

2. Isteri Kedua (Nama tidak disebut) - Dari keluarga Bendahara Paduka Raja

Anak anak dari isteri Kedua1. Sang Guna (Lelaki)2. Tun Emas Jiwa (Perempuan) - Berkahwin dengan Hang NadimCucu dari isteri kedua1. Tun Mat Ali Hang NadimCicit dari isteri kedua1. Tun Hamzah Tun Mat AliPiut dari isteri kedua1. Tun Ali Tun Hamzah - Tun Ali bergelar Seri Petam

6. Hang Tuah mendapat gelaran Laksamana Hang Tuah setelah pembunuhan Hang Jebat

7. Hang Tuah meninggal dunia setelah sekembalinya Hang Nadim dari perjalanan ke Benua Keling. Hang Tuah telah dimakamkan di Tanjung Keling, diMelaka. Pengganti jawatan Laksamana adalah menantunya sendiri, Temenggung Khoja Hassan.

Selain daripada perkara perkara diatas seperti hal meminang Puteri Gunung Ledang, pembunuhan Jebat dan sebagainya aku tidak tuliskan disini. Itu tuan dan puan boleh baca sendiri dalam buku dan internet. Apa yang nampak jelas adalah memang ada perbezaan yang nyata mengenai Hang Tuah didalam Hikayat Sulatus as-Salatin dan Hikayat Hang Tuah seperti asal usul Hang Tuah, kematiannya dan cerita cerita lain dan watak watak didalamnya.

Persoalanya adalah, adakah Hikayat Sulatus as-salatin yang dikarang oleh Tun Muhammad atau Tun Seri Lanang ini mengenai Laksamana Hang Tuah adalah cerita dongeng dan khayalan? Didalam buku: "Amando cortesao - the suma oriental of Tome' Pires", Pires adalah seorang Portugis yang berada di Melaka semasa Portugal menyerang Melaka pada 1511, beliau menyatakan "Kalaulah Hang Tuah masih ada di Melaka, Portugis tidak akan berani menyerang". Manakala didalam buku "A. Kobata and M. Matsuda - Ryukyu relations with Korea and south sea countries" dimana A Kobata telah merujuk kepada kepada catatan bernama "Rekidai Hoan" yang telah ditulis dan disusun pada 1697 oleh Raja kepulauan Ryukyus yang mana didalam catatan tersebut ada menyebut mengenai keberanian HangTuah yang telah masuk kepelabuhan di Kemboja semasa perang saudara sedang berlangsung diketika itu untuk mengambil air minuman dengan menggunakan perahu layar kecilnya.

Aku rasa 2 catatan diatas oleh orang luar, dari negara yang berbeza sudah cukup untuk mengesahkan kewujudan

Page 3: Hang Tuah

Hang Tuah dan lagendanya itu. Ini juga secara tidak langsung mengesahkan juga bahawa Tun Muhammad atau Tun Seri Lanang bukanlah seorang penulis cerita cerita dongeng atau khayalan.

Bugis bersamaan Balqis?

Kitab Tuhfat Al-Nafis yang dikarang Raja Ali Haji kira-kira 150 tahun lalu ada menyebut (saya salin bulat-bulat daripada versi yang dicetak Malaysia Publications Ltd di Singapura tahun 1965):

"Bermula adalah asal raja Bugis yang mengembara ka-sabelah barat daripada pehak tanah sa-belah Bugis ada-lah asal-nya sa-orang raja perempuan: nama negeri-nya Luwok, nama raja-nya itu Sat Malangkaii; ada-lah Sat Malangkaii itu pada sa-tengah kaul orang Bugis keturunan Puteri Balkis, konon, di-dalam pada itu Allah s.w.t. yang terlebeh tahu akan hakikat al-lamur kalhatha, kerana Balkis itu di-negeri Siba, pehak Yaman, anak raja Jin jadi isteri Nabi Allah Sulaiman..."

Hmm. Rasanya cukuplah disalin bahagian itu sahaja ya. Nak salin semua yang berkaitan panjang pula. Cukuplah diberitahu, walaupun dalam ayat atas, Raja Ali Haji menggunakan perkataan "konon" apabila menyebut tentang cerita sesetengah orang Bugis bahawa Sat Malangkaii, juga dikenali sebagai Siti Malangkai atau Siti Malangkek itu berketurunan Ratu Balqis, beliau tetap menambah ini sebenarnya tidak mustahil kerana anak cucu Rasulullah SAW juga banyak bertebaran di bumi sebelah sini walhal baginda hidup dan wafat di Tanah Arab. Seterusnya kitab Tuhfat Al-Nafis menyebut Siti Malangkek berkahwin dengan raja Bugis yang paling besar di Luwuk. Dari keturunan merekalah muncul raja-raja yang memerintah kerajaan-kerajaan Bugis serta para pahlawan mereka... termasuk apa yang kita kenal sebagai Daeng 5 bersaudara iaitu Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambon, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi yang banyak mencorak pemerintahan dan sosio-politik Tanah Melayu abad ke 18 Masihi.

OK. Saya tak pasti bilakah Siti Malangkek ini muncul di Tanah Bugis iaitu Pulau Sulawesi yang nama lamanya adalah Silangi. Tetapi setelah melihat satu salasilah versi kerajaan Bugis Wajo rasanya beliau muncul sekitar atau sebelum abad ke 8 Masihi. Setahu saya lagi tidak ada sumber bertulis lain dari Tanah Bugis yang menyebut asal-usul keturunan Siti Malangkek yang dikatakan dari Ratu Balqis. Yang saya tahu penulisan dari Tanah Bugis sendiri menyebut, kebanyakan pemuka atau pendiri kerajaan Bugis adalah para To Manurung, orang-orang sakti yang tidak diketahui asal-usul mereka, mungkin dari kayangan dan sebagainya. Apapun biar kita tumpukan sahaja pada teori bahawa Siti Malengkek memang berketurunan Ratu Balqis. Ada sesuatu yang ingin diluahkan dan saya pun tak pasti apa sebenarnya dan bagaimana kecuali saya harus menulis apa sahaja yang terbetik di hati tanpa perlu lagi membuat rujukan ke sana ke mari.

Suatu masa dahulu saya pernah terbaca bahawa raja-raja lama Habsyah atau Ethiopia adalah berketurunan Ratu Balqis. Ini memang boleh diterima memandangkan Habsyah itu letaknya sangat dekat dengan Yaman di mana kerajaan Saba' yang diperintah Ratu Balqis pernah berpusat. Ratu ini diketahui cuma pernah berkahwin dengan Nabi Sulaiman AS yang memerintah dari Baitul Muqaddis. Maka keturunan Ratu Balqis juga bermakna keturunan Nabi Sulaiman dan ini turut disinggung dalam kitab Tuhfat Al-Nafis.

OK. Rasanya pembaca mesti tahu bahawa Nabi Sulaiman adalah anakanda Nabi Daud dan mereka memang pemerintah kerajaan Bani Israel. Nabi Daud menjadi raja menggantikan Raja Thalut untuk memimpin Bani Israel menangani musuh mereka sehingga terdirilah kerajaan Bani Israel yang berdaulat. Nabi Sulaiman mewarisi pemerintahan kerajaan Israel Raya yang menurut sejarawan Barat meliputi sebahagian besar Asia Barat. Namun menurut pemahaman melalui pembacaan Al-Quran yang menyebut Nabi Sulaiman diberikan mukjizat sehingga mampu menundukkan jin dan syaitan, boleh bercakap dengan haiwan dan boleh menggunakan angin untuk membawanya ke mana sahaja, tidak mustahil bahawa baginda sebenarnya memerintah seluruh dunia!

Peliknya orang Yahudi sendiri tidak menghormati Nabi Sulaiman. Walhal mereka sangat menyanjung tinggi ayahandanya Nabi Daud. Lalu muncul ungkapan "Star of David" (bintang Nabi

Page 4: Hang Tuah

Daud) merujuk kepada bintang segi enam yang tertera pada bendera Israel. Malah sedikit pembacaan yang saya buat mengenai kitab-kitab agama Yahudi iaitu Torah (berasal dari kitab Taurat Nabi Musa yang diselewengkan) dan Talmud (mengandungi ulasan para pendeta mereka dalam menafsirkan Taurat mengikut zaman) menunjukkan mereka menganggap Nabi Sulaiman sebagai ahli sihir! Kemungkin besar ini berlaku kerana perebutan takhta yang membawa kepada perpecahan serta kejatuhan kerajaan Israel Raya dahulukala. Lalu kitab-kitab suci terutama Talmud yang memang merupakan komentar semasa dirobah menjadi anti Nabi Sulaiman...

Kita tahu bahawa Nabi Sulaiman ditunjuk Nabi Daud untuk mewarisi pemerintahan baginda atas kecerdasan yang pernah ditunjukkannya semasa zaman budak ataupun remaja. Tapi sedarkah pembaca bahawa Nabi Daud memiliki ramai anak, antaranya lebih tua lalu menganggap mereka lebih berwibawa daripada Nabi Sulaiman? Ada disebut Nabi Daud memiliki 99 orang isteri. Kemungkinan besar ada anak yang lain teringinkan takhta tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana satu, Nabi Daud sendiri telah menunjukkan Nabi Sulaiman sebagai pengganti dan kedua mukjizat Nabi Sulaiman menjadikan baginda sangat perkasa sehingga tidak boleh ditentang selagi hidup.

Namun cerita berubah selepas Nabi Sulaiman wafat. Kerajaan Israel Raya berpecah dua, satu yang menyokong keturunan Nabi Sulaiman, kemungkinan besar dari titisan Ratu Balqis dan satu lagi menyokong keturunan anak Nabi Daud yang lain dan inilah kerajaan yang lebih besar kerana entah kenapa, lebih banyak penyokongnya. Perpecahan ini berlaku sekitar 800-900 tahun sebelum Masihi. Kerajaan Israel yang berpecah semakin lemah lalu mula ditundukkan musuh satu demi satu. Kalau tak salah ingatan kerajaan terakhir warisan Israel Raya diruntuhkan langsung oleh kerajaan Babylon dan kaum Bani Israel dijadikan hamba.

OK. Ada pihak yang percaya bahawa Iskandar Zulkarnain yang disebut dalam Al-Quran itu adalah keturunan Nabi Sulaiman. Apakah dari titisan Ratu Balqis? Saya rasa ini tidak mustahil. Sekitar tahun 550 sebelum Masihi muncul Raja Khurush atau Cyrus the Great dari Parsi menakluki sebahagian besar dunia bertamadun. Ramai yang telah menyatakan inilah Iskandar Zulkarnain yang disebut dalam Al-Quran dan saya ingin menambah, ada kemungkinan Alexander the Great yang muncul di Macedonia sekitar 330 sebelum Masihi itu keturunan Cyrus yang terdampar di penghujung empayar kemudian naik untuk menguasai kembali jajahan takluk nenek-moyangnya.

Berbalik pada hal Bugis. Ada yang menyebut perkataan Bugis itu sendiri berasal dari Balqis. Oh, harus diingatkan bahawa Ratu Balqis memiliki darah raja jin bercampur darah raja manusia. Campurkan dengan darah Nabi Sulaiman maka boleh dikatakan keturunan mereka memiliki darah atau atau satu set genetik yang berkaliber lagi ada satu macam kuasa.

Saya pernah bertanya kepada orang tertentu apakah betul perkataan Bugis itu berasal dari Balqis. Katanya itu separuh betul. Bugis itu merujuk kepada satu bangsa dalam istana dari keturunan Balqis. Memandangkan kemungkinan besar jurai keturunan Balqis ada banyak pecahan, mungkin Bugis itu sendiri merujuk kepada satu jurai tertentu sahaja. Yang pasti bangsa Bugis di Nusantara terkenal sebagai satu bangsa perkasa yang amat berani dan pandai berperang. Ada yang menambah, disebabkan mereka berasal dari keturunan Ratu Balqis yang ada darah jin, maka orang Bugis ada gerak rasa semulajadi untuk menembus dan berinteraksi dengan alam ghaib, wallahualam.

Dahulu saya juga agak skeptikal apabila disebut tentang kelebihan bangsa Bugis. Walaupun saya juga memiliki darah Bugis, saya tidak dapat menerima dakwaan saudara-mara dari belah sana bahawa bangsa Bugis pernah berkuasa dan memerintah seluruh Nusantara. Saya terasa dakwaan ini sama sahaja seperti apabila satu pihak berdarah Siam memutar-belit sejarah sehingga mencipta empayar khayalan yang kononnya memerintah seluruh Nusantara malah hingga ke Australia. Mana mungkin satu kerajaan yang diketahui sejarah cuma berpusat di Pulau Sulawesi pernah memiliki jajahan takluk seluas itu?

Mungkin saya pernah berfikir begitu kerana terlalu mengutamakan darah keturunan belah bapa

Page 5: Hang Tuah

yang membawa ke Aceh. Namun hakikatnya nenek moyang saya di Aceh dari pertengahan abad ke 18 dikenali sebagai keluarga apa yang dipanggil sebagai Raja-raja Aceh Dinasti Bugis. Ini disebabkan mereka semua berpunca daripada seorang moyang bernama Daeng Mansur yang datang dari Tanah Bugis ke Aceh abad ke 16 Masihi. Namun apabila diteliti balik cerita berkaitan, Daeng Mansur sebenarnya adalah cucu kepada seorang raja besar Aceh yang berkahwin dengan seorang puteri Bugis.

Memikirkan ini, saya terlihat sesuatu dalam menentukan identiti Bugis. Pada mereka kita tetap dikira Bugis asal sahaja ada nenek-moyang berdarah Bugis tak kiralah belah lelaki atau perempuan. Misalnya Sultan Johor sering disebut sebagai Bugis walhal darah Bugis itu muncul daripada perkahwinan Temenggung Tun Jamal yang dipercayai berdarah Sayyid dari Aceh dengan Raja Maimunah ibni Daeng Parani. Pertalian darah dengan Ratu Balqis pula sering diwar-warkan padahal ia adalah dari pihak perempuan iaitu Siti Malengkek. Sebab itu saya diingatkan agar menyertakan sekali nama anak-anak kepada saudara perempuan bapa untuk disertakan dalam satu salasilah besar Bugis. Walhal dalam sesetengah daftar salasilah, misalnya para Sayyid dan Sharifah keturunan Nabi Muhammad SAW, zuriat dari belah perempuan sudah dikira keluar kalau suaminya bukan Sayyid kerana harus menurut nasab belah laki-laki sahaja.

Namun perlu diingatkan seperti sesetengah bangsa lain, tidak semua yang dipanggil Bugis itu boleh dikaitkan dengan bangsawan dan bangsa dirajanya apalagi Ratu Balqis. Saya bagi satu misalan... misal sahaja ya. Ada satu tempat, rakyatnya semua orang asli yang berambut kerinting berkulit sawo matang. Namun raja dan keluarga raja semuanya berkulit putih merah muka berciri Arab. Apa yang berlaku adalah satu masa dahulu, seorang pendakwah bangsa Arab telah masuk ke kawasan pendalaman lalu mengajar penduduk setempat. Disebabkan kewibawaannya, beliau diangkat menjadi raja dan begitu juga keturunannya. Lalu mereka dikenali sebagai raja orang Asli, walhal rakyatnya sahaja yang berketurunan orang Asli, rajanya keturunan Arab.

Berbalik pada rasa skeptikal saya atas dakwaan bahawa Bugis pernah memerintah seluruh Nusantara, saya tidak menerimanya kalau yang dimaksudkan Bugis itu cuma mereka-mereka yang berpusat di Sulawesi. Tapi kalau yang dimaksudkan Bugis itu merujuk kepada keturunan Ratu Balqis sebelum takrif Bugis itu disempitkan kepada penduduk Sulawesi (seperti mana makna Jawi itu luas tetapi disempitkan sesetengah pihak menjadi Jawa di Pulau Jawa), maka tidak was-was lagi bahawa Bugis pernah memerintah Nusantara malah jauh lebih luas dari itu. Apa hendak dihairankan? Sebagai anak cucu kepada Nabi Sulaiman AS yang pernah memerintah seluruh dunia dengan gabungan darah Ratu Balqis yang memerintah kerajaan Saba' yang juga berkelas dunia, apalah sangat Nusantara ini kecuali satu pecahan jajahan takluk mereka jua!

Hmm. Saya rasa itu sahajalah ya luahan berkaitan perkara ini. Kalau pembaca mendapati penulisan ini tidak keruan, anggaplah sahaja ia satu proses melepaskan beban agar nanti saya dapat menerima ilham akan datang. Sekian... :]

Dari Ratu Balqis sampai Kepada Fatin Shidqia Lubis

Raja Ali Haji, seorang pujangga besar Melayu keturunan Bugis di dalam kitabnya "Tuhfat an Nafis", menyatakan Leluhur Suku Bugis bermula dari seorang Ratu di daerah Luwuk yang bernama Ratu Siti Malangkai. Di dalam bukunya itu juga, Raja Ali Haji berpendapat Ratu Siti Malangkai, merupakan keturunan dari Nabi Sulaiman, melalui isterinya Ratu Balqis. Keberadaan keturunan Ratu Balqis di Nusantara bukanlah hal mustahil. Karena Nusantara telah ribuan tahun menjadi tempat yang terbuka bagi dunia internasional. Bukankah kita mengenal bahwasanya gunung Ophir yang disebut-sebut dalam kitab Perjanjian Lama, kemungkinan berada di daerah Pasaman - Talamau di Sumatera Barat. Atau daerah Barus yang telah menjadi sebuah pelabuhan internasional di masa Para Fir’aun masih berkuasa di Mesir. Orang Bugis di Mandailing Di dalam Legenda Masyarakat Mandailing Sumatera Utara, diceritakan kedatangan seorang bangsawan Bugis, yang bernama Daeng Malela. Daeng Malela sangat dikenal sebagai seorang yang ahli membuat senjata, yang berbahan dari besi. Kepandaiannya itu, telah membuatnya

Page 6: Hang Tuah

sangat tersohor, dan mendapat panggilan gelar Namora Pande Bosi. Kisah legenda ini berlanjut denagn cerita pernikahan Namora Pande Bosi, dengan gadis setempat yang bernama Dayang Surto Alus Bonang Nabontar. Dari pernikahan ini, Namora Pande Bosi, memperoleh putera kembar, yang bernama Langkintang dan Baitang. Dan masyarakat Mandailing percaya, Langkintang dan Baitang inilah, yang menjadi cikal bakal Marga Lubis di daerah Mandailing Tapanuli Selatan. Kelak dari Marga Lubis ini, lahir seorang seniwati berbakat Indonesia yang bernama “Fatin Shidqia Lubis”. Dari Ratu Balqis sampai Fatin Lubis Ratu Balqis menurunkan Suku Bugis Suku Bugis memunculkan Marga Lubis Marga Lubis melahirkan Fatin Shidqia Lubis

Asal keturunan Bugis Dari Nabi Sulaiman a.s.Silsilah Bugis Fasal pada menyatakan silsilah raja-raja sebelah Bugis yang masuk ke tanah barat negeri Johor yang jadi bermasuk-masukan pada kerabat pihak raja-raja Melayu, dengan sebab berlaki isteri berambil-ambilan antara kedua pihak. Maka dengarkan olehmu. Bermula adalah asal raja-raja Bugis yang mengembara ke sebelah barat daripada pihak tanah sebelah Bugis adalah asalnya seorang raja perempuan, nama negerinya Luwuk, nama raja itu Sitti Mallangkik. Adalah Sitti Mallangkik itu pada setengah kaul orang Bugis, keturunan daripada Puteri Balkis konon. Di dalam pada itu Allah subhnahu wataala yang terlebih tahu akan haqiqat’l-umur kulliha, kerana Balkis itu di negeri Saba pihak tanah Yumani, anak raja jin, jadi isteri nabi Allah Sulaiman ‘alaihi al-sallam. Maka berjauh-jauhan benarlah dengan Bugis, entahkan sahkah kaul perkataan setengah orang Bugis itu, entahkan tidak. Allah taala yang terlebih tahu. Akan tetapi Puteri Balkis itu beranak laki-laki dengan Nabi Allah Sulaiman, beberapa banyak turun-menurun kerana tiada makna yang meneguhkan kepada akal yang tiada boleh sampai anak cucu Nabi Allah Sulaiman itu ke Bugis, kerana pekerjaan itu harus lulus kepada akal seperti kebanyakkan tuan-tuan Saiyid Arab yang turun ke bawah angin ini, bertaburan segenap negeri di bawah angin ini, meninggalkan anak cucunya. Maka apabila lulus dan sah anak cucu Rasulullah salla Allahu ‘alaihi wasallam itu, sampai ke bawah angin seperti meninggali anak cucunya beberapa banyak di bawah angin ini. Demikian jualah anak cucu Nabi Allah Sulaiman ;alaihi al-sallam,jatuh ke tanah Bugis itu. Fa;l-hasil tiap-tiap pekerjaan yang tiada kita dapat akan hakikatnya janganlah kita dustakan, hendaklah kita taslimkan, kerana dalil berdiri.

Petikan Kitab Tuhfat Al - Nahfis

Salasilah Asal Bugis

Pahlawan Bugis Di Nusantara Dan Negeri PerakDaeng Selili [ Dato’ Maharajalela I ] (Bergelar Tan Lela Putera Pancung Tak Bertanya) Mufti Pertama Perak(mangkat 1766)

Siapakah dia Arung Singkang dan juga Daeng Selili Dato Maharajalela Tan Lela Putera Pancung Tak Bertanya?

Fakta-fakta yang menyokong:

Arung Singkang dan Daeng Selili lahir pada 1700 atau sedikit awal dan mangkat pada tarikh yang yang berbeza hanya setahun. Arung Singkang Mangkat 1765 dan Daeng Selili pulak mangkat 1766. Daeng Matokko’ adalah abang kepada Arung Singkang, dia membawa 150 pengikut keJohor pada 1681.

Mereka juga berasal dari keluarga DiRaja Bugis Wajo, Daeng selili berbondakan Ratu Sedinding atau mungkin Sedenreng, Bondanya adalah Datu Luwu menggantikan Ayahandanya Payung Kerajaan Luwu/Luwuk/Luak, Opu Pajung-ri Daeng Muhammad Wali ud-din telah berkahwin dengan Sultan ‘Ala ud-din Ahmad Shah Johan Badr

Page 7: Hang Tuah

Berdaulat Sultan Aceh 1727-1735 . Arung Sinkang tidak diketahui siapa bondanya, dan dicerita pada 1700 telah dibawa ke Kutai semasa kanak-kanak lagi olih bapa saudaranya, Lamohang Daeng Mangkona atau Pua Ado I . Ketika itu Pihak Belanda yang bekerjasama dengan Arung Palakka, Raja Bone telah mengalahkan Gowa/Makassar dan memaksa I-Mallombassi Daeng Mattawang Karaeng Bonto Mangngape Sultan Muhammad Bakar Hasan ud-din Makassarnya [Tumenanga-ri Balla'Pangkana], Sultan Gowa menandatangani Perjanjian Bungaya pada 18th November 1668 dibawah pengaruh Belanda. Ramai pembesar-pembesar Bugis telah berpindah kekerajaan lain kerana tidak mahu menjadi hamba Belanda.

Terdapat daerah-daerah yang dinamakan Daerah Selili Seberang dan juga Gunung Selili, kerana kebiasaannya orang Bugis akan menamakan satu-satu kawasan dengan nama Raja mereka atau pemimpin mereka contoh Mempawah ia adalah diambil dari nama Daeng Mempawah.

Daeng Selili atau Arung Singkang telah dibawa keMesir olih Sheik……. untuk mendalami Agama Islam dan belajar di Madrasah Al-Azhar. Dan Beliau telah kembali keKutai sebagai seorang pemuda yang berilmu baik didalam hal Agam Islam mahu pun dan Ilmu peperangan.

Page 8: Hang Tuah
Page 9: Hang Tuah

Daeng Selili atau Arung Singkang telah mengembangkan Islam dikalangan Istana Kutai dan Istana Pasir, kerana tentangan pada 1726 telah menawan Kutai dan Pasir. Daeng Selili atau La Maddukelleng Arung Singkang dari Wajo ini telah berkahwin dengan Puteri Sultan Kutai, Puteri Anden Ajeng Putri Sultan Sepuh Alamsyah. Termasuk kehadiran laksamana La Bannak To Assak, Daeng Parani, Daeng Mencelak, Daeng Marewa, dan Haji Sore di Wilayah Kerajaan Kutai. Telah merapatkan lagi hubungan Kerajaan Bugis dengan Kerajaan Kutai.

1737 Daeng Selili atau Arung Singkang telah menggunakan kapal perang yang dibinanya sendiri telah berlayar dengan tenteranya telah menyerang dan menaluki semula Wajo dan Bone. Arung Palakka telah melarikan diri keMakassar meminta pertolongan Belanda.

May 16 1739 Daeng Selili telah menyerang Makassar dan menawan ibu kota Makassar, Gowa. Belanda telah mendapat pertolongan Arung Palakka.

March 29 1741 Belanda telah menyerang Bone tetapi tidak berjaya.

1737-1754 La Maddukelleng (Sultan Pasir atau Sultan Peneki) Arung Singkang atau Daeng Selili telah menjadi Yang Dipertuan (Opunna) kepada Raja-Raja Wajo, Soppeng, Bone, Tallo, Tenate, Sumbawa dan Bima. Berjayalah beliau untuk menyatukan wilayah-wilayah Bugis dan mengembangkan Islam.

Arung Singkang atau Daeng Selili terus menerapkan unsur-unsur keIslaman dijajahan pemerintahannya. Ini telah menyebabkan berlaku ketidakpuasan hati dikalangan Raja-Raja Bugis dibawah naungannya. Berlakulah perselisihan faham dan pemberontakkan.

1754 beliau telah mengundurkan diri dan bersemayam diPeneki.

Beliau dikatakan bahawa mangkat pada 1765 diPeneki. Adakah ia benar?

1754 Olih kerana Arung Singkang atau Daeng Selili mempunyai seorang saudara iaitu Daeng Hanasah di Perak beliau mengambil keputusan berlayar keNegeri Perak bersama pengikut-pengikut setianya. Saudara beliau ialah Daeng Hanasah bergelar Raja Laksamana Mahkota Nakhoda Hitam.

Beliau telah memberikan idea Adat Temenggong kerana telah berlaku Perebutan Kuasa antara anak-anak Raja Perak. Beliau juga telah mengalahkan Lanun diDaerah Dinding dan telah menawan ketua lanun tersebut dan terus memeluk Islam.

Beliau telah dilantik sebagai Mufti Pertama Negeri Perak, dengan gelaran Daeng Selili Haji Besar Tan Lela Putera Pancung Tak Bertanya dan menjadi Pembesar di Daerah Pasir Salak.

Laksamana atau Maharajalela Melayu diAceh yang menjadi Sultan Aceh pada abad 18 masihi adalah Ayahanda kepada Daeng Selili dan Daeng Hanasah dan bonda mereka adalah Ratu Sedinding/Sedenreng ibni almarhum Datu Payung Luak/Luwuk/Luwu.

Atau orang Kaya Maharajalela Melayu Daeng Ahmad ibni almarhum Daeng Abdul Rahman ibni almarhum Daeng Zainal Abidin ibni almarhum Daeng Mansur, Tengku Ribee ibni almarhum Syeikh Abdullah Malik ul Amin.

Daeng Hanasah telah mengahwini Tok Epo iaitu anak saudara Dato Sagor.

1766 Daeng Selili telah wafat, kejadian aneh telah berlaku semasa jenazah beliau mahu dimasukan keliang lahat, sekelip mata jenazah beliau telah ghaib. Kemudian disepakati digantikan dengan tongkat beliau untuk kebumikan.