handout biogeo 5.docx

Upload: nurul-syakilla-nabila

Post on 07-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BIOGEOGRAFI (AG20803)NAMA PENSYARAH: PN. FADILAH BINTI SARBINAMA TUTOR : EN. NAMA PELAJAR : MOHAMAD IQBAL BIN MOHD KAMAL @ ISMAIL(BA12110193) SITI AIDANAJWA BINTI SALAHUDIN (BA12160575) NUR SHAFIEZA SHAZWANIE BINTI SAMSUDIN (BA12110369)TUTORIAL : ISNIN (3-4pm)SOALAN : EKOSISTEM

PENGENALAN Ekosistem adalah hasil kesatuan unsur-unsur hidup (biotik) dan bukan hidup (abiotik) yang saling bergantung antara satu sama lain. Menurut Dephut (1997), ekosistem mengandungi keanekaragaman jenis dalam suatu komuniti dengan lingkungannya yang berfungsi sebagai suatu kesatuan interaksi kehidupan dalam alam. Fokus pebincangan dalam jurnal ialah berkaitan dengan komponen utama dalam ekosistem seperti Biome,kitaran tenaga dalam ekosistem, Niche ekologi(Relung ekologi), Evolusi dan Pemilihan semulajadi di dalam Ekosistem dan Perubahan semulajadi ekosistem.BIOME UTAMA DARATAN DAN LAUTANBumi dibahagikan kepada zon iklim yang berbeza. Keadaan seumpama ini akan menghasilkan biomes yang luas dimana tumbuhan dan juga haiwan akan menyesuaikan diri dengan corak iklim yang berbeza. a) Biome DaratanBiome daratan dapat dikenalpasti dengan jenis dan ciri tumbuhan yang mempengaruhi hidupan di kawasan tersebut. Ekosistem ini merupakan ekosistem yang berada di daratan. Namun begitu, ianya dibezakan dengan beberapa bioma:-

i. Biome GurunCiri-ciri bioma gurun adalah gersang dan curah hujan adalah rendah. Suhu dikawasan ini sangat tinggi pada waktu siang dan rendah pada waktu malam. Haiwan yang hidup di gurun antaranya ialah kala jengking dan ular. Tumbuhan yang terdapat di gurun kebiasannya berkarakter tidak berdaun, berakar panjang dan mampu menyimpan air dalam jangka yamg lama seperti pokok kaktus. ii. Biome Padang rumputBioma padang rumput mempunyai taburan hujan yang tidak teratur sehingga tidak mampu membentuk hutan. Tumbuhan utama di kawasan ini ialah rumput. Manakala haiwan yang dapat hidup di kawasan ini ialah bison, singa dan kangaroo. b) Biome Akuatik Lautan meliputi tiga per empat permukaan bumi. Biome akuatik terbahagi kepada dua ekosistem iaitu ekosistem air masin dan ekosistem air tawar.

i. Ekosistem air tawarTumbuhan yang banyak ditemui di air tawar ialah alga dan teratai. Ekosistem air tawar terbahagi kepada dua, iaitu ekosistem air tawar berair tenang (danau) dan air mengalir (sungai). Organisma air tawar dibezakan seperti berikut:- Plankton- terdiri daripada fitoplankton dan zooplankton yang kebiasaannya melayang-layang mengikut gerak aliran air. Nekton- haiwan yang aktif berenang dalam air (ikan). Neuston- organisma yang terapung atau berenang di permukaan air (serangga air). Perifiton- tumbuhan atau haiwan yang melekat pada tumbuhan atau benda lain (siput). Bentos- haiwan dan tumbuhan yang hidup di dasar (cacing dan remis).

ii. Ekosistem air masinEkosistem air masin dibezakan dengan laut, pantai, estuari (muara sungai) dan terumbu karang. Laut- sebahagian permukaan bumi adalah laut. Perbezaan suhu di bahagian atas dan bawah laut adalah tinggi. Bahagian atas laut merupakan lapisan air yang panas dan air yang sejuk ialah di bahagian bawah laut yang dikenali sebagai termoklin. Pantai- ekosistem pantai merupakan ekosistem yang berada di antara ekosistem darat dan laut. Ekosistem pantai ini dipengaruhi oleh pasang surut laut. Organisma yang hidup di kawasan ini ialah remis yang menjadi makanan kepada burung pantai. Estuari (muara)- merupakan tempat bersatunya sungai dengan laut. Nutrient sungai yang dibawa melalui proses erosi oleh sungai dari daratan dapat memperkaya estuari. Estuari menjadi habitat kepada cacing, kerang, dan ikan. Terumbu karang- ekosistem ini merupakan kumpulan batu serta organisma lain yang ada di dalam laut kawasan topis. Ekosistem ini masih boleh menerima cahaya matahari yang membantu proses fotosintesis.

KITARAN TENAGA DALAM EKOSISTEM Sebuah ekosistem dapat berfungsi dengan adanya kitaran tenaga. Matahari merupakan sumber tenaga utama kehidupan. Sebagai contoh, dalam rantaian makanan. Dengan adanya tenaga matahari, tumbuhan dapat membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis. Kitaran Biogeokimia dalam EkosistemKitaran biogeokimia adalah satu laluan dimana unsur-unsur kimia atau molekul bergerak melalui komponen biotik dan abiotik. Kitaran biogeokimia berlaku secara berterusan dan berkesinambungan dalam edaran yang lengkap dan sempurna. Kitaran biogeokimia yang paling penting dalam mempengaruhi ekosistem ialah kitaran air, kitaran karbon, kitaran nitrogen dan kitaran fosforus. Kitaran Air / Kitaran Hidrologi Kitaran air adalah pergerakan air secara berterusan di permukaan bumi dan dibawah permukaan bumi. Air boleh bertukar bentuk daripada cecair, wap air dan pepejal di pelbagai tempat. Melalui proses-proses fizikal seperti sejatan, pemeluwapan/ kondensasi, pemejalwapan dan kerpasan.

Kitaran Karbon Merupakan kitaran yang paling penting bagi hidupan di bumi. Karbon boleh didapati dalam jumlah yang banyak didalam udara dalam bentuk karbon dioksida. Apabila tumbuhan berfotosintesis ia akan menggunakan karbon dioksida daripada udara dan akan membina molekul gula, kanji, protein serta makanan lain. Contohnya haiwan Herbivor seperti rusa menggunakan tumbuhan untuk membina, memperbaiki dan menggandakan bilangan sel-selnya. Ini akan memindahkan karbon dari tumbuhan kepada haiwan. Tumbuhan dan haiwan yang mati akan menyebabkan karbon didalam badan mereka dikitarkan kembali kedalam tanah. Pemecahan oleh fungi dan bakteria akan membebaskan atom karbon ke dalam tanah dan kembali ke udara sebagai karbon dioksida. Kitaran Nitrogen Kitaran yang bermula dengan nitrat yang berada di tanah yang akan diserap oleh tumbuhan. Tumbuhan akan menyerap nitrogen dan kemudiannya akan dimakan oleh haiwan. Nitrogen hanya akan bertindak balas dengan oksigen apabila suhu dan tekanan adalah tinggi. Contohnya semasa kilat asid nitrik, nitrogen oksida dan nitrogen dioksida terbentuk. Nitrogen dioksida boleh bertindak balas dengan air hujan untuk membentuk asid nitrik. Tumbuhan kekacang seperti kacang soya dan kacang tanah yang membentuk bintil-bintil di akarnya dimana bakteria pengikat nitrogen ini akan mengikatkan nitrogen di udara dan menukarnya kepada ammonia. Nitrogen dan hidrogen akan bertindak balas dalam keadaan tekanan dan suhu yang tinggi untuk membentuk ammonia. Bakteria nitrogen dan alga menukar ammonia (NH4) dalam tanah dan permukaan air ke dalam nitrit (NO2) dan nitrat (NO3) yang seterusnya akan diambil oleh tumbuh-tumbuhan. Nitrogen yang berlebihan menggalakkan pertumbuhan alga yang kemudiannya mengurangkan oksigen dalam air apabila alga mati dan mereput. Kitaran Fosforus Kitaran bahan kimia atau unsur kimia yang terdapat didalam sesebuah ekosistem. Kitaran ini akan berlaku secara berterusan dan berkesinambungan dalam edaran yang lengkap dan sempurna. Contohnya kitaran oksigen, nitrogen, fosforus, hidrologi dan sebagainya. Bahan-bahan yang ada di dalam sesebuah ekosistem akan berkitar bersama-sama dengan kitaran makanan. Kitaran yang berlaku akan berubah dari bentuk dan posisi dan akhirnya akan kembali ke tempat asal. Fosforus yang berada didalam tanah kebanyakkannya tidak boleh digunakan secara langsung oleh organisma seperti kalsium dan fosfat besi.Populasi Dinamik Merupakan kajian bagaimana saiz populasi spesies yang tinggal bersama dalam kumpulan akan berubah mengikut masa dan ruang. Terdapat satu konsep penting dalam penduduk ekologi iaitu teori pilihan r dan pilihan k. Pilihan r adalah merujuk kepada organisma yang dapat menyesuaikan diri dengan baik disamping persekitarannya yang tidak stabil. Contoh seperti bakteria manakala haiwan pula seperti tikus. Ciri-ciri yang terdapat untuk pilihan r ialah saiznya yang kecil, tahap kematangan awal, pembiakan adalah cepat, tahap kesuburan tinggi, jangka hayat pendek dan keupayaan untuk menghasilkan keturunan secara meluas adalah rendah. Manakala pilihan K pula organisma yang dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang tidak stabil. Contoh haiwan adalah seperti gajah. Bagi pilihan K pula mempunyai saiz badan yang besar, jangka hayat yang panjang dan pengeluaran anak yang sedikit. Hal ini kerana mereka memerlukan penjagaan ibu bapa sehingga mereka matang dan boleh berdikari sendiri.

Niche ekologi(Relung Ekologi) Niche ekologi(relung ekologi) adalah status atau peranan suatu spesies hidup di dalam ekosistem.contohnya status burung helang dan peranannya dalam ekosistem. Niche Ekologi(relung ekologi) juga diertikan sebagai peranan dan fungsi spesies dalam komuniti yang hidup bersama-sama dalam ekosistem. Niche Ekologi(Relung ekologi) tergantung pada jenis spesies dan bertindak balas dengan ekosistem Niche Ekologi(Relung ekologi) bukanlah ruang fizikal, tetapi suatu mencukupi semua faktor-faktor fizikal,kimia,fisiologi dan biotik yang diperlukan mahluk untuk hidup. Dalam ekologi tidak pernah ada dua jenis menempati relung ekologi yang sama. sesuatu sepsies dapat menempati relung ekologi yang mempunyai perbezaan dari segi daerah dan bergantung pada sumber makanan yang sedia ada dan terdapat pesaing-pesaingnya. contohnya yang terdapat dalam jadual 1.Jadual 1. Hubungan antara individu spesies yang berbeza.Jenis interaksiKesan interaksiContohnya

PersainganKedua-dua spesies dicederakan(kadar pertumbuhan penduduk adalahdikurangkan).Pokok-pokok oak dan pokok maplebersaing untuk cahaya dalam hutan,burung-burung mencari makan dalampaya

pemangsaan ParasitismeFaedah satu spesies, satudirosakkan.Pemangsaan: serigala danrabbitParasitism: lambak dan serigala

hidup bersamaKedua-dua spesies mendapat manfaat.Hubungan mungkin tidakpenting untuk sama ada.Manusia dan haiwan peliharaan rumah, seranggapendebungaan bunga

Dalam ekologi, commensalism adalah kelas hubungan antara dua organisma di mana satu manfaat organisma tetapi yang lain adalah neutral (tiada salahnya atau faedah). Terdapat tiga jenis persatuan: 1.hidup bersama (di mana kedua-dua organisma mendapat kebaikan), 2.persaingan (di mana kedua-dua organisma dicederakan), dan cara hidup parasit (satu manfaat organisma dan3. impak negatif atau keburukan.Faedah satu spesies, seseorang tidakterjejas.Ulat menguraikan reput yangbangkai

Amensalism(Hubungan simbiotik antara organisma di mana satu spesies adalah menganiaya atau menghalang dan spesies lain tidak terjejas.)Satu spesies membahayakan lain(biasanya dengan membebaskan toksikbahan), tetapi tidak terjejassendiri.Allelopathy (tumbuh-tumbuhan yangmenghasilkan bahan merbahayakepada tumbuhan lain): rai dan gandummenyekat rumpai apabila digunakan sebagaitanaman penutup, sisa brokolimenyekat pertumbuhan lainsayur-sayuran di kilang yang samakeluarga

Setiap spesies yang terdapat dalam ekosistem mempunyai kedudukan atau status yang khusus dalam sesuatu ekosistem yang saling berinteraksi dan memerlukan antara satu sama lain. Sebagai contoh, Afrika Ikan Eagle menduduki relung ekologi yang hampir sama dengan Bald Amerika Eagle .Dalam fenomena ini, ia adalah sukar untuk mengukur semua pembolehubah yang spesies yang diperlukan untuk terus hidup.Evolusi dan Pemilihan semulajadi di dalam Ekosistem Interaksi sesuatu spesies sangat penting dalam dalam menentukan evolusi dan pemilihan semujadi yang terdapat dalam sesuatu ekosistem. Sebagai contohnya melihat kepada spesies yang berinteraksi antara satu sama lain,hubungan spesies dengan pesaing ,pemangsa dan mangsa yang menyumbang kepada pemilihan semulajadi yang dapat mempengaruhi evolusi atau dalam kesinambungan sesuatu spesies(generasi spesies yang baru) Untuk menggambarkan konsep ini,melihat kepada bagaimana evolusi telah mempengaruhi pemangsa dalam sesuatu spesies. Ciri-ciri yang membantu pemangsa untuk mencari, menangkap, dan membunuh mangsa akan meningkatkan peluang mereka untuk yang masih hidup dan membiak. Tambahan pula, mangsa akan mendapat keuntungan daripada pemangsa kerana telah mengurangkan persaingan antara spesiesnya dalam pencarian makanan.contohnya spesies tikus bersaing untuk mendapatkan makanan di kawasan padi, sekirangnya pemangsa memakan spesies tikus tersebut ia akan mengurankan persaingan antara spesies untuk mendapatkan makanan.

Pemilihan semulajadi yang dilakukan oleh pelbagai spesies ini dapat dilihat melalui pelbagai ciri dan perilaku sesuatu spesies dalam ekosistem iaitu: 1 -Peniruan yang dilakukan sama ada pemangsa atau mangsa itu sendiri. Peniruan yang dilakukan oleh mangsa dan pemangsa sangat bergantung kepada persekitaran fizikal semulajadi yang terdapat dalam ekosistem tersebut. Persekitaran fizikal yan semulajadi digunakan oleh mangsa untuk mendapatkan makanan,manakala mangsa pula ,menggunakan persekitaran tersebut untuk bersembunyi daripada pemangsa.sebagai contonya penyamaran spesies ular sebagai pemangsa untuk mendapatkan makanan di dalam ekosistem.2- Strategi yang ditugaskan mencari makanan Optimum membolehkan pemangsa untuk mendapatkan jumlah maksimum tenaga bersih seunit masa yang dihabiskan mencari makanan Berapa banyak tenaga pemangsa diperlukan untuk mendapatkan mangsa.3- Mengelakkan / melarikan diri melalui ciri-ciri yang terdapat pada mangsa yang membantu mangsa tidak dapat kesan oleh pemangsa. Ciri-ciri semulajadi yang terdpat pada mangsa membantu dalam mengelakan diri daripada di makan..contonya spesies landak yang mempunyai duri di belakang berfungsi sebagai perisai yang membantu darpada menjadi mangsa kepada pemangsa di dalam ekosistemPilihan semula jadi berasaskan kepada ciri-ciri yang membuat pemangsa dan mangsa mungkin akan hidup boleh menjana pemangsa dan mangsa dengan peningkatan dalam pertahanan mangsa mencetuskan tindak balas dan penambahbaikan dalam serangan pemangsa.Sekiranya pemangsa gagal unutuk mendaptkan mangsa, kesannya spesies mangsa dapat berevolusi dengan baik.

Perubahan semulajadi ekosistem Perubahan semulajadi ekosistem berlaku akibat gangguan yang dialami dalam sesuatu ekosistem contonya peningkatan suhu yang kesannya sesetengah spesies meninggalkan habitat dalam ekosistem menyebabkan ekosistem tersebut mengalami perubahan. Sama seperti hubungan antara spesies individu yang dinamik, begitu juga keseluruhan ekosistem. Proses di mana satu komuniti semulajadi berubah menjadi yang lain atas skala masa tahun untuk abad dipanggil berturut-turut.contonhya dapat dilihat melalui corak pengangtian hutan. Keseimbangan alam bukan bukan bermaksud bahawa ekosistem tidak berubah. Ekosistem sangat dinamik, dan tidak teratur. Komuniti tumbuhan dan haiwan yang terdapat dalam beberapa ekosistem secara tersusun selalu berubah karana adanya perubahan dalam persekitaran fizikal dalam ekosistem.KesimpulanEkosistem merupakan komponan yang penting melibatkan benda hidup dengan persekitaran sesuatu kawasan.oleh itu,langkah unutk memulihara dan memelihara alam sekitar perlu diambil bagi menjamin kesinambungan hidup pelbagai spesies yang terdapat dalam ekosistem.

Rujukan Cotgreave, P. and Forseth, l. 2002. Introductory Ecology. Blackwell Science. Chapter 2 Global Patterns of Biodiversity and Productivity: Biomes. Cornelia Dean. In An Antartic Desert, Sign of Life. New York Times. February 3, 1998. http://onrizal.files.wordpress.com/2009/08/2-ekologi-hutan-ekosistem2.pdf. Diakses pada 14/12/2013http://iadekstensi2010.files.wordpress.com/2012/01/viii-ix-makhluk-hidup-dalam-lingkungan-alami.pdf . Diakses pada 14/12/2013http://staff.uny.ac.id/sites/default/files/pendidikan/Dr.%20Tien%20Aminatun,%20S.Si.,M.Si./EVOLUSI%20DAN%20PERUBAHAN%20EKOSISTEM.pdf .Diakses pada 14/12/2013