hala tuju pelajar selepas spm

12
HALA TUJU PELAJAR-PELAJAR ALIRAN AGAMA SELEPAS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) DAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) OLEH JAMIL BIN A. BAKAR @ ABU BAKAR 815775 MSc Counselling Universiti Utara Malaysia. [email protected]

Upload: jamil-a-bakar

Post on 19-Jan-2016

29 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Hala Tuju Pelajar lepasan Sekoah Aliran Agama

TRANSCRIPT

Page 1: Hala Tuju Pelajar Selepas Spm

HALA TUJU PELAJAR-PELAJAR ALIRAN AGAMA SELEPAS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) DAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

OLEH

JAMIL BIN A. BAKAR @ ABU BAKAR

815775

MSc Counselling

Universiti Utara Malaysia.

[email protected]

Hala Tuju Pelajar-Pelajar Aliran Sekolah Agama Selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Page 2: Hala Tuju Pelajar Selepas Spm

Jamil Bin A. Bakar @ Abu Bakar

MSc Counselling

Universiti Utara Malaysia.

Abstrak

Kertas cadangan ini adalah mengutarakan satu kajian dan panduan kepada para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dalam memilih hala tuju mereka, teruatamanya bagi menyambung pelajaran. Kebelakangan ini didapati, ramai pelajar keliru, tertanya-tanya dan tidak yakin akan hala tuju mereka.

Seringkali para remaja tertanya-tanya ke mana hala tujuan mereka

selepas SPM? Aliran apa yang perlu mereka ambil? Universiti mana yang

paling sesuai? Perlukah ke luar negara? Perlukah mencari biasiswa? Perlukah

isu ini saya fikirkan atau saya biarkan sahaja ibu bapa, kawan-kawan atau

nasib menentukan ke manakah arah tujuan hidup saya?

Ramai yang sebenarnya mengabaikan kepentingan tentang berfikir

dan memilih jurusan/aliran yang sesuai.  Ini kerana, kita mungkin tidak sedar

tentang kemungkinan yang kita akan bergelumang dalam kerjaya/ profesion

kita buat masa yang lama atau  hingga ke akhir hayat. Jadi, tidak wajar bagi

kita membiarkan orang lain menentukan masa depan kita.

Pengenalan

Page 3: Hala Tuju Pelajar Selepas Spm

Untuk nasihat dan pedoman dalam memilih aliran yang sesuai selepas

meninggalkan bangku sekolah, terdapat banyak aspek yang perlu diambil

kira.

PENDIDIKAN hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat

hidup dengan sempurna, bahagia, kuat jasmani, sempurna akhlaknya,

halus dan mulia perasaan dan budinya, cekap dalam melakukan

pekerjaan, rajin, tahu bekerjasama dengan orang lain, baik bahasanya,

tulisannya, tutur lisannya, perasaan cinta dan sayang kepada dirinya,

keluarga dan masyarakat serta mencintai tanahairnya.

PROF MUHAMMAD ATHIYAH AL-ABRASYI (1897-1981)

Setiap manusia dilahirkan dengan bakat, minat dan kemahiran tersendiri.

Tanpa ketiga-tiganya, amat mustahil kita boleh fokus dan kekal dalam

sesuatu bidang.

Apakah yang kita suka lakukan? Apakah perkara yang membuatkan

kita sanggup menghabiskan masa yang lama untuk melakukannya? Apakah

perkara yang kita sanggup lakukannya sepenuh hati walaupun tidak

dibayar? Kenalilah diri kita dengan bertanya diri sendiri apakah bakat, minat

dan kemahiran kita kerana itulah anugerah semulajadi kepada kita.

Contohnya, Imam Sibawaih suatu ketika pernah cuba mendalami Ilmu

Hadith, tetapi beliau  terpaksa menukar bidang apabila didapati mengalami

kesukaran menghafal. Akhirnya , beliau menemui bidang yang sesuai

dengan bakatnya iaitu tatabahasa Arab dan berjaya menjadi seorang Ulama

yang hebat dalam Ilmu Nahu.

Chef Wan , sebelum memasuki bidang masakan merupakan seorang

graduan dalam bidang Akauntan. Akhirnya kerana minatnya yang mendalam

terhadap dunia masakan menyebabkannya meninggalkan kerjaya sebagai

akauntan dan mempelajari bidang yang baru di California Culinary Academy.

Berkat minat dan usaha gigihnya, akhirnya beliau kini gah seantero dunia

sebagai pakar dalam bidang kulinari malahan dilantik sebagai Duta Masakan

Malaysia.

Page 4: Hala Tuju Pelajar Selepas Spm

Kisah pengasas iluvislam.com, Mohd Imran Koyube juga amat menarik

untuk dikongsikan. Dia sebelum ini pernah melanjutkan pelajaran dalam

bidang perubatan di Universiti Leicester. Pada masa yang sama, dia juga

turut memajukan portal iluvislam.com dalam usaha menyebarkan ilmu dan

dakwah ke seluruh dunia. Imran berkata, pembabitan serius memajukan

iluvislam.com  bermula penghujung 2008. Sebaik menyedari potensi 

iluvislam.com  untuk maju, dia mengambil tindakan drastik berhenti

daripada pengajiannya dalam bidang perubatan di Universiti

Leicester. Katanya, dia tidak berasa terkilan meninggalkan impian masa kecil

untuk bergelar doktor kerana  iluvislam.com.

“Saya tekad berhenti belajar daripada jurusan kedoktoran setelah

mendapati iluvislam ‘is my passion’ (keghairahan saya). Saya sedikit pun

tidak menyesal kerana saya yakin ia boleh menjadi peluang perniagaan

berjaya. Mungkin orang fikir tindakan saya meninggalkan dunia kedoktoran

tidak berasas, tetapi saya perlu lakukan sesuatu yang berbeza. Saya rasa ia

boleh dikatakan sumbangan saya kepada generasi muda dan agama,”

katanya.

Pengorbanannya berbaloi kerana dia mampu menggaji 20 pekerja dan

hampir 300 sukarelawan untuk menggerakkan  iluvislam.com. 

Perkembangan iluvislam.com  mendadak sehingga menjadi organisasi

dikenali memberi cabaran pada dirinya. Dia tetap giat memajukan syarikat

dengan terus menawarkan khidmat laman web, bahan bacaan dan

cenderahati, malah maju setapak apabila dia melancarkan stesen radio

untuk syarikatnya baru -baru ini. Berkat kecekalan dan komitmen

menyebarkan ilmu dan berdakwah, dia juga berjaya menjadi seorang

jutawan muda!

Secara amnya, minat/ bakat/kemahiran kita boleh dikategorikan kepada

beberapa jenis berdasar Teori Holland (1996):

A. Realistik (Realistic)  Berkemahiran dalam athletic dan mekanikal.

Mereka ini suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuh-tumbuhan

dan haiwan. Juga berminat bekerja di dalam situasi out door berbanding di

dalam pejabat

Page 5: Hala Tuju Pelajar Selepas Spm

B. Siasatan (Investigative)  - Amat berminat dengan pemerhatian,

mempelajari, menyelidik, menganalisa, menilai dan menyelesaikan masalah

melalui penyelidikan serta berkamahiran dalam bidang saintifik dan

matematik serta meminati kerjaya-kerjaya bercorak teknikal

C. Kesenian (Artistic) -Memiliki kebolehan kesenian, sangat kreatif dan

berinovasi. Juga mempunyai kebolehan intusi dimana suka bekerja di dalam

situasi tidak atau kurang berstruktur. Dalam ertika “bebas” kerana tidak

minat dan tidak suka bekerja di dalam keadaan yang rutin atau berulang-

ulang. Sentiasa menggunakan daya imiginasi dan daya kreativiti.

D. Sosial (Social) - Suka bekerja dan beinteraksi sesama manusia. Suka

memberitahu, menolong, melatih, memperkembang, mengubati dan

membuat kerja-kerja kebajikan untuk orang lain. Berkemahiran

menggunakan tutur kata serta mahir dalam komunikasi dan mempunyai

matlamat, terutamanya adalah membuat kebajikan.

E. Berdaya Usaha (Enterprising)- Suka dan minat bekerja dan

berinteraksi sesama manusia. Berminat dalam mempengaruhi, mengarah,

memimpin dan menguruskan orang lain juga mahir dalam memanipulasi.

Namun matlamatnya adalah bagi mencapai keuntungan organisasi dan

keuntungan ekonomi.

F. Konvensional / Kelaziman (Conventional)-Suka bekerja dengan data

dan nombor. Mereka ini mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian

serta mempunyai kebolehan dam kemahiran dalam menggunakan nombor

dan melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan mengikut

arahan.

Ingin tahu jurusan apa yang sesuai untuk anda? Kenali bidang yang sesuai

dengan anda dengan mengambil ujian online RIASEC (Holland Code).

Jangan sampai tersalah pilih. Kelak menyesal merana badan. Ianya boleh

diambil secara atas talian melalui laman sesawang berikut :

http://personality-testing.info/tests/RIASEC.php

Page 6: Hala Tuju Pelajar Selepas Spm

Mata Pelajaran yang di ambil oleh Pelajar Aliran Sekolah Agama.

Secara umumnya pelajar aliran agama mengambil 12 mata pelajaran

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah KBSM dan 10 Matapelajaran Buuth

Al Azhar seperti di bawah.

Subjek KBSM bagi Aliran Agama

1. Bahasa Melayu

2. Bahasa Inggeris

3. Matematik

4. Sejarah

5. Bahasa Arab

6. Pendidikan Syariah Islamiah

7. Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah

(Aliran Sains dan Pengajian Islam)

8. Fizik

9. Kimia

10. Biologi

11. Matematik Tambahan

(Aliran Pengajian Islam dan Sastera Iktisas)

8. Matematik Tambahan

Page 7: Hala Tuju Pelajar Selepas Spm

9. Prinsip Akaun

10. Ekonomi

11. Sains

(Aliran Pengajian Islam Tulen)

8. Perdagangan

9. Ekonomi

10.Sains

Mata Pelajaran Buuth Al Azhar

Tafsir

Fekah

Usul Fiqh

Hadis

Sirah

Bahasa Arab (penulisan, tatabahasa dan kefahaman)

Tauhid

Al Quran dan Tawjid

Jadi jumlah kebiasaan bagi setiap pelajar ialah 22 mata pelajaran sekurang-kurangnya, ini tidak termasuk matapelajaran tambahan seperti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Sivik.

Bagi Kukikulum STAM pula, pelajar mengambil subjek-subjek berikut :

1 Hifz Al-Quran dan Tajwid (Bertulis dan Lisan)

2 Fiqh (Bertulis)

Page 8: Hala Tuju Pelajar Selepas Spm

3 Tauhid (Bertulis)

4 Tafsir dan Ulumuhu( (Bertulis)

5 Hadith dan Mustolah (Bertulis dan Lisan)

6 Mantiq (Bertulis)

7 Nahu (Bertulis)

8 Sarf (Bertulis)

9 Insya’ (Bertulis)

10 Adab dan Nusus ( Bertulis)

11 Mutala’ah (Lisan)

12 Arud dan Qafiyah (Bertulis)

13Balaghah (Bertulis)

Calon wajib mendaftar dan menduduki semua mata pelajaran di atas.

Panduan Secara Umum Memilih Tempat yang dituju :

1. Kenali KELAYAKAN & analisa setiap syarat kelayakan minimum sesuatu kursus supaya kita tidak rugi memohon sesuatu yang sebenarnya tidak lepas syaratnya.

2. Kenali MINAT  ke arah apa? Komputer? Sastera? Sains? Teknikal? Perundangan? Kejuruteraan? Fesyen?

3. Pastikan tempat yang kita pilih SESUAI DENGAN DIRI kita. Ini kerana sesetengah orang tidak mahu terlalu jauh dengan keluarga. Ada juga yang tak mahu belajar di negara yang mempunyai 4 musim kerana takut tak tahan salji. Ada juga yang takut belajar di negara bukan Islam kerana faktor pemakanan, agama dan budaya.

4. SENARAIKAN kursus yang kita minat dan bincangkan dengan ibubapa,

Page 9: Hala Tuju Pelajar Selepas Spm

abang, kakak atau guru supaya dapat nasihat daripada mereka kerana mereka mungkin ada cadangan yang lebih bernas.

5. Jangan ambil kursus yang kita TIDAK MINAT kerana akan mengurangkan semangat untuk belajar nanti.

6. KENALI KEMAMPUAN kita, jika yakin dengan pilihan teruskan sebab rezeki ALLAH yang tentukan.

7. JANGAN IKUT KAWAN kerana yang bakal menghadapi implikasinya adalah diri kita sendiri. Mungkin kursus yang kawan minta tersebut adalah sesuai dan terbaik untuk dirinya tapi bukan untuk kita.

8. Selepas buat keputusan tetapi masih dilema lakukanlah SOLAT ISTIKHARAH. Buat keputusan terbaik kerana ia merupakan hala tuju hidup kita.

Kesimpulan

Para pelajar lepasan SPM daan STAM dari Sekolah Sekolah Aliran agama sebenarnya mempunyai peluang yang lebih luas kerana memiliki lebih banyak kemahiran dan pengetahuan berbanding dengan sekolah aliran biasa. Justeru itu, peluang untuk mencapai dan menceburi mana-amana bidang terbuka dengan lebih luas.

Pun begitu, ianya terpulang kepada individu masing-masing untuk meneroka peluang-peluang baru kerana sebagai “pioneer”, pera pelajar adalah lebih tinggi “sahamnya” berbanding dengan bidang-bidang yang sedia ada. Untuk itu, pelajar boleh meneroka minat, bakat dan kebolehan dengan menggunakan ujian personaliti yang bersesuaian seperti ujian RIASEC (Holland Code) yang boleh didapati secara atas talian.

Page 10: Hala Tuju Pelajar Selepas Spm

Rujukan

Abdul Latif Md. Ali (1984). Counselling in secondary education. [Kaunseling dalam pendidikan menengah]. JURNAL PERKAMA, 1, 13-19.

Amir Awang & Latiff Mirasa (1984). Guidance and counselling in Malaysian schools: A review and critique.Paper presented at Third Asian Workshop on Child and Adolescent Development, University of Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Arbuckle, D.S. (1965). Counselling: Philosophy, theory and practice. Boston: Allyn & Bacon.

Page 11: Hala Tuju Pelajar Selepas Spm

Llyod, A. (1987).Counselor education in Malaysia. Counselor Education and Supervision, 26(3), 221-227.

Super, D.E. & Sverko (1995). Life, roles, values and careers. San Francisco: Jossey-Bass.

 

Tan, T.H. (1979). Emotional problems for adolescents, Journal Panduan MAVOGA, 1, 39-45.