hakmilik terpelihara tadika khalifah budiman...hakmilik terpelihara tadika khalifah budiman tip 7:...
TRANSCRIPT
-
Hakmilik Terpelihara Tadika Khalifah Budiman
-
Hakmilik Terpelihara Tadika Khalifah Budiman
Bismillahirrahanirrahim..
Assalamualaikum wrt wbt ibu bapa sekalian, kami dari Tadika Khalifah Budiman
sentiasa mendoakan kesejahteraan ibubapa semua.
Ebook kali ini merupakan kesan dari beberapa pertanyaan ringkas daripada
ibubapa yang sering kami dapat dan saya mengambil inisiatif ini untuk
kongsikan beberapa cara yang kami praktikkan dalam menjadi ibubapa yang
hebat dan menghasilkan anak yang soleh.
Semoga ebook ini membantu ibubapa semua.
Norliza Abdul Karim
(Pengasas Little Caliphs Tadika Khalifah Budiman)
-
Hakmilik Terpelihara Tadika Khalifah Budiman
12 perkara tak semua ibu bapa boleh
buat bagi mendisiplinkan anak
Grandma Jeddah seorang penulis muslimommy.com yang mempunyai
pengalaman yang luas dengan kanak-‐kanak. Di sini kita ada kongsikan tip-‐tip
yang sangat berguna dan efektif darinya untuk mendisiplinkan anak kita insha
Allah.
Tip 1: Gunakan perkataan yang memberi galakan.
Cari situasi dan aktiviti anak yang membolehkan kita komen anak. Apabila kita
perasan anak semakin rapat dengan adiknya atau menyiapkan kerja rumah
tanpa diberitahu, beritahu mereka betapa sukanya kita.
Tip 2: Mesti adil dalam mendisiplinkan anak
Ketidakadilan atau terlampau kasar dalam membetulkan kesalahan anak
kadangkala menyebabkan anak kita simpan dalam hati dan boleh jadi
melepaskan kemarahannya pada adiknya.
Kalau ada kita berlaku tidak adil dan kasar, minta maaf pada anak. Ibu bapa juga
tahu meminta maaf!. Ini akan mengajar anak yang mereka juga boleh mengaku
dan betulkan kesalahan mereka sendiri.
Tip 3: Periksa tahap stres kita
Perasan tak tahap stres kita? Apabila dalam keadaan stress kita akan kurang
bersabar.
Kita akan mudah melepaskan marah pada anak dalam perkara yang tidak biasa
kita marah pada mereka. Dalam situasi ini, mengaku sahaja diri berada dalam
keadaan tegang dan kurangkan stres dengan rehat di bilik buat seketika waktu.
-
Hakmilik Terpelihara Tadika Khalifah Budiman
Tenangkan diri dengan membaca buku yang menarik atau mendengar bacaan al
Quran.
Tip 4: Periksa tahap stres anak kita
Seorang anak yang sedang stres akan lebih susah untuk mendapat kerjasama.
Fokus kita adalah ambil tahu apa yang membuatkan si anak sedih dan apa yang
kita boleh bantu anak.
Dalam waktu ini juga, dengan bersebab sedemikian, cuba jangan ambil hati
dengan tingkah lakunya.
Tip 5: Perhatikan jika ada berlaku perubahan pada rutin anak
Ada tak rutin anak yang berubah seperti waktu pergi balik sekolah, berpindah
rumah, tetamu yang datang duduk terlalu lama.
Gangguan sebegini dalam rutin harian anak akan menyebabkan anak
mengabaikan arahan, kurang fokus, atau resah.
Fahami mereka dalam keadaan ini dan fokus untuk berikan bantuan positif
berbanding berikan hukuman.
Tip 6: Kenalpasti jika anak mahu lakukan sesuka hati mereka
Dalam sesetengah waktu anak mahu juga untuk mengawal diri mereka sendiri.
Boleh kenal pasti dengan tidakan mereka.
Jika anak tidak mahu mandi, cuba berikan mereka dua pilihan seperti, "adik nak
mandi sekarang atau 10 minit lagi?"
Berikan anak untuk membuat pilihan dan keputusan selagi boleh.
-
Hakmilik Terpelihara Tadika Khalifah Budiman
Tip 7: Pastikan jika anak memerlukan perhatian
Sesetengah anak akan cuba mencari perhatian dengan cara apa pun. Walaupun
dengan perbuatan yang kita tidak suka. Cuba luangkan masa bersama anak kita
jika kita perasan yang kita sudah abaikan mereka dalam satu jangka masa.
Dengarkan apa yang mereka nak sampaikan dan berikan tumpuan yang
sepenuhnya apabila mereka bercakap dengan kita akan memulakan sesuatu
perkara yang baik.
Tip 8: Peka tanda anak kita lapar
Anak yang kelaparan biasa berada dalam keadaan marah. Pastikan anak makan
makanan yang sihat secara berkala.
Tip 9: Peka jika anak mengantuk atau lapar
Pastikan anak mendapat rehat dan tidur yang cukup. Anak yang mengadu dan
merungut boleh jadi disebabkan oleh kekurangan tidur.
Tip 10: Perhatikan apa yang anak harapkan
Mungkin anak ada sembunyikan kekurangan yang menyebabkan mereka susah
untuk memberi kerjasama. Ambil peluang belajar tentang keperluan khusus
seperti ADHD(penyakit hiperaktif), ketidakupayaan pembelajaran, autisme dan
sebagainya.
Tip 11: Elak dari berlawan mulut dengan anak
Memberikan peluang pada anak untuk meluahkan perasaan adalah satu hal yang
positif. Jika kita perasan kita sentiasa berdebat dengan anak dalam sesuatu
perkara, katakan apa yang perlu sahaja dan hiraukan komen selebihnya.
-
Hakmilik Terpelihara Tadika Khalifah Budiman
Jika anak menjawab dengan kata-‐kata yang tidak sepatutnya, uruskannya
kemudian.
Tip 12: Ambil tahu perasaan anak
Beritahu anak yang kita faham perasaan mereka, walaupun mereka berlaku
nakal. Apabila mereka balik dari sekolah dengan perkara yang tidak baik berlaku
dengan sebab perbuatannya dan guru menelefon kita tentang kenakalan anak,
dengar dahulu cerita anak dan tekanan yang dialami sebelum menghukuminya.
Fahami anak dan beritahunya kita fahami perasaannya.
Kemudian lakukan tindakan lanjut dengan memberikan pendapat untuk dia
mengatasi perkara tersebut di masa hadapan dengan baik dan berikan denda
jika perlu.
-
Hakmilik Terpelihara Tadika Khalifah Budiman
6 Cara Untuk Memotivasikan Anak Anda
Menyakinkan anak-‐anak anda untuk melakukan apa yang mereka tidak mahu
lakukan sangat mencabar. Dan menjadikan mereka berhenti melakukan perkara
yang anda tidak mahu boleh menjadi lebih sukar.
Di sini ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memotivasikan anak-‐anak
anda.
1) Mempertimbangkan Memberi Ganjaran
Memberi anak-‐anak ganjaran kadang-‐kadang boleh menjadi berguna buat
sementara waktu untuk memastikan mereka lebih yakin dan semangat untuk
belajar sesuatu.
Kadang kala ganjaran yang terlalu melampau juga menyebabkan mereka
sentiasa mengharapkan sesuatu.
Penyelidik di Universiti Stanford mendapati bahawa apabila kanak-‐kanak yang
seronok melukis dan telah dibayar untuk berbuat demikian, mereka berhenti
menggunakan mereka apabila mereka tidak lagi dibayar.
Dalam erti kata lain, sesuatu perkara yang dilakukan itu bukan untuk dipelajari
tetapi hanya untuk ganjaran. Jadi, sama ada ibu bapa atau orang lain harus
memikirkan perkara ini terlebih dahulu sebelum memberikan ganjaran kepada
anak-‐anak.
2) Sentiasa Ada Perbualan Yang Bermakna
Sesuatu perbualan yang baik dan bermakna boleh memotivasikan diri anak-‐
anak. Secara semula jadi sifat kanak-‐kanak adalah suka ingin tahu sesuatu. Dan
-
Hakmilik Terpelihara Tadika Khalifah Budiman
penting untuk ibu bapa menyerapkan dalam diri anak mereka sesuatu yang
berguna daripada perbualan mereka.
Selain Perbualan, arahan yang berguna seperti menyuruh mereka membuat
sesuatu kerja yang bermanfaat boleh mendorong mereka kepada sifat yang baik
seperti kerjasama dan sebagainya.
3) Terima Ketidaksempurnaan Mereka
Kebanyakkan kanak-‐kanak mempunyai kelemahan apabila melakukan sesuatu
kerja yang disuruh. Sesuatu kerja tersebut kadangkala ada yang tidak sempurna
dan sebagainya.
Sebagai ibu bapa mereka harus mengambil ketidaksempurnaan tersebut sebagai
sesuatu yang baik dan bukan keburukan.
Tingkatkan semangat anak anda apabila mereka melakukan sesuatu kesilapan.
Jangan sesekali melenting dan marah kepada mereka. Terima mereka seadanya.
Ini penting untuk meningkatkan kreativiti mereka suatu masa nanti.
4) Pertimbangkan Keupayaan Mereka
Sebagai ibu bapa mereka harus tahu keupayaan anak mereka dan keluarkan
keupayaan mereka dengan lebih serius. Bukannya menyuruh mereka buat apa
yang kita boleh buat sedangkan mereka tidak mampu untuk buat.
Sebagai contoh, jika minat anak anda tahu bermain piano, beri sokongan kepada
mereka dan bantu mereka merealisasikan impian mereka.
5) Memberi Penghargaan
Penghargaan di sini bukanlah wajib sebagai ibu bapa untuk memberikan hadiah.
Sebagai contoh, apabila anak anda berjaya bangun awal pagi untuk ke sekolah,
beri keujian kepada mereka.
-
Hakmilik Terpelihara Tadika Khalifah Budiman
Secara tidak langsung ia akan memberi motivasi untuk mereka untuk sentiasa
kekal konsisten membuat perkara yang sama.
6) Menjadi Contoh
Penting untuk ibu bapa menjadi contoh terbaik untuk anak mereka, gunakan
kata-‐kata yang baik untuk mengajar sesuatu kepada anak anda. Kanak-‐kanak
banyak belajar daripada apa yang mereka lihat dan dengar.
Jika banyak perkara baik yang mereka dengar dan lihat, maka secara tidak
langsung akan mendorong perlakuan yang baik dalam diri mereka.
-
Hakmilik Terpelihara Tadika Khalifah Budiman
Guna 8 cara ini untuk bantu anak
menjadi dewasa
Macam mana kita nak uruskan anak yang bangun pagi masih dalam keadaan
berbaju dan berseluar tidur sambil menunjukkan muka yang masam sedangkan
loceng sekolah akan berbunyi dalam masa 15 minit lagi?
Biasanya kita sebagai ibu bapa dengan cepat akan menukarkan pakaian anak
walaupun kita tahu yang anak kita mampu menukarkan pakaian mereka sendiri
tanpa pertolongan,
sebaliknya, secara automatik kita tetap melakukannya kerana nak cepat
menyelesaikan urusan anak.
Hal seperti ini seakan biasa didengarkan? Menurut seorang ahli psikologi
Wiliams Jeanne, ibu bapa biasa mengejar masa apabila menguruskan anak
kerana mereka merasakan ini adalah tanggungjawab mereka terhadap anak-‐
anak seharian.
Ibu bapa hanya menganggap ini adalah satu perkara biasa dan hampir kesemua
ibu bapa melakukannya. Namun, malang sekali perkara yang menjadi tabiat kita
dalam sehari-‐hari ini menjadi kebiasaan dan tanpa sedar ianya memberi kesan
kepada anak kita yang mungkin akan menjadi seorang yang tidak yakin dengan
diri mereka sendiri.
Perkara ini menjurus kepada sikap anak-‐anak yang tidak pandai berdikari,
kurang yakin diri, tidak ada skil dalam menyelesaikan masalah serta tidak
pandai melakukan sesuatu kerja dengan baik.
beberapa tip untuk menjadikan anak kita seorang yang lebih berdikari.
1. Beri pengiktirafan
Ajak anak untuk bekerjasama dalam membantu kita berubah. Apabila kita selalu
melakukan semua perkara untuk anak-‐anak, katakan kepada mereka, "minta
maaf, ibu ayah melayan kamu macam anak kecil sedangkan kamu dah makin
-
Hakmilik Terpelihara Tadika Khalifah Budiman
besar".
Tolong jangan gunakan perkataan seperti kamu bukan "baby" lagi kerana
perkataan ini amat sensitif pada kalangan anak yang berumur sedemikian.
2. Kenalpasti peluang
Buat senarai perkara yang anak kita boleh melakukannya secara sendirian. Salah
satunya, bolehlah dimulakan dengan menyuruh mereka memberus gigi mereka
sendiri tanpa pertolongan.
Tanya juga anak kita perkara apa yang mereka mampu buat. Ini pastinya dapat
meningkatkan keinginan anak kita untuk mencuba sesuatu.
3. Tumpukan keutamaan
Lakukan satu demi satu perkara dengan anak. Jangan sampai terlalu banyak
sehinggakan membuat dia penat dan malas.
4. Luangkan masa
Jika anak mengambil masa 10 minit untuk menyisir rambut, bangunkan dia 10
minit lebih awal dan sediakan sikatnya.
Apabila dia dimudahkan kita akan dapat kerjasama anak kita dengan mudah dan
kita akan mempengaruhi anak untuk sentiasa tenang apabila tidak kelam-‐kabut
mengejar waktu.
5. Kompromi dalam perundingan
Bantu anak merasakan keseronokan dalam melakukan perkara yang
dilakukannya.
Sebagai contoh, semasa kita memakaikan baju untuk anak galakkan mereka
menguruskan bahagian seluar mereka sendiri sambil memberikan gambaran-‐
gambaran menarik atau cerita supaya dia berasa seronok ketika memakai baju.
6. Lupakan kesempurnaan
-
Hakmilik Terpelihara Tadika Khalifah Budiman
Terima saja perkara yang anak kita tidak mahu buat. Jika susu tumpah,
tunjukkan bagaimana nak bersihkannya tanpa mengkritik anak dan katakan
padanya ia perkara biasa yang berlaku pada semua orang.
7. Puji sesuatu
Daripada kita tunjukkan kesalahan anak memakai kasut di kaki yang salah. Puji
anak "Bagusnya anak mamy pakai kasut sendiri, Pandainya". Anak akan perasan
sendiri ketidakselesaan dalam memakai kasut di kaki yang salah.
Beri komen positif seperti "mamy rasa esok mungkin anak mamy dapat pakai
kasut di kaki yang betul".
8. Ambil kisah keadaan anak
Jika anak sakit, penat atau stres ubah sahaja perkara yang mereka boleh lakukan.
Ini bukan masa untuk berikan mereka tanggungjawab yang baru.
Biarkan mereka kuasai perkara yang selalu mereka lakukan dahulu dan kita
sebagai ibu bapa jangan rasa kecewa jika mereka mahu kita juga yang buat untuk
mereka. Ini adalah perkara biasa.
Buat sementara berkongsi beban akan membantu mereka untuk kembali
bersemangat lebih cepat berbanding jik akita marah dan mengkritik mereka.
Jangan terburu-‐buru dalam menyelesaikan perkara kecil. Berikan galakkan pada
anak-‐anak dalam menyelesaikan sesuatu masalah dengan bertanya pada mereka
sesuatu perkara yang mudah.
Jika dia buntu atau tidak ada idea untuk menjawab berikan dia masa sebelum
kita berikan cadangan. Cuba biasakan diri untuk bertenang.
Anak kita akan biasa sepahkan rumah, tumpahkan susu dan sebagainya namun,
jika dapat mendengar anak kita berkata "saya yang lakukan semua ini" itu adalah
satu petanda yang baik.
-
Hakmilik Terpelihara Tadika Khalifah Budiman
Cara dekati anak untuk cinta solat
Topik kebiasan ketika berkumpul dengan kaum ibu-‐ibu ialah topik anak-‐anak
mereka. Dan soalan biasa kita dengar, bagaimana nak jadikan anak mereka rajin
solat dan melahirkan rasa cinta pada solat tanpa perlu disuruh banyak kali.
Perkara ini tidak mudah, ia memerlukan usaha dan masa. Ibu bapa perlu
menunjukkan kasih sayang, sabar dalam mendidik anak solat, ini akan
membuatkan mereka berasa rindu saat di didik walaupun sudah dewasa.
Di sini kita nak bincangkan beberapa cara yang dianjurkan untuk mengajar anak
cinta solat dan membuatkannnya istiqamah sampai tua insha Allah.
1. Jadi contoh dalam melaksanakan solat
Anak-‐anak kita melihat apa yang kita lakukan seharian dan bagaimana kita
mengambil berat terhadap solat. Jadikan contoh yang solat itu seperti
sebahagian dari hidup kita.
Inilah pengenalan pertama kepada anak kita,setelah itu berikan pendedahan-‐
pendedahan dengan mengajar anak, menghantar ke kafa, institusi anak islam
dan sebagainya.
Apabila kita tunjukkan contoh secara "live" depan mata mereka hari-‐hari, maka
ini bantu tanam dalam fikiran mereka gambaran-‐gambaran yang mereka lihat
ketika kita solat.
2. Ajar mereka tentang Allah
Anak-‐anak perlu didedahkan dengan aqidah, mereka wajib tahu mengenai
penciptanya Allah SWT.
-
Hakmilik Terpelihara Tadika Khalifah Budiman
Mereka perlu merasakan kehadiran Pencipta, Kekuasaan dan Kekuatan-‐Nya di
samping merasakan diri mereka lemah dengan rendah hati dalam menjadi
seorang hamba Allah.
Ini dapat menjelaskan tujuan mereka lahir ke dunia ini iaitu untuk menyembah
dan taat kepada-‐Nya.
3.Ajar mereka Sirah Nabi
Mengajar anak tentang sirah melahirkan rasa sayang pada nabi kita Muhammad
SAW sambil menimbulkan rasa ingin mencontohi beliau. Mereka mesti diajar
untuk melihat nabi Muhammad sebagai seorang yang utama yang mereka perlu
ikuti, sambil belajar sunnah-‐sunnah nabi, hasilnya mereka dapat solat dengan
rasa "best".
4. Jadikan solat sebagai satu keutamaan
Apabila anak sudah sampai umur yang diwajibkan solat, jadikan ianya sebagai
sesuatu yang besar dalam diri anak. Mulakan sebulan sebelum genap umurnya
wajib solat dengan berikan kata-‐kata seperti "lagi sebulan lagi kamu dah jadi
budak besar,
jadi bolehlah solat dengan abang-‐abang masjid" Solat mesti dijadikan perkara
yang utama dan keghairan mahu melaksankannya perlu di lekatkan dalam diri
anak supaya mereka ternanti-‐nanti bila waktu solat nak masuk.
5. Terangkan kenapa perlu solat
Anak-‐anak suka bertanya kenapa itu ini. Sama seperti perbuatan solat, mereka
akan tanya kenapa perlu solat.
Luangkan masa bersama mereka untuk menerangkan cerita tentang asal usul
solat seperti peristiwa isra' dan mi'raj,
-
Hakmilik Terpelihara Tadika Khalifah Budiman
bagaimana Allah menghadiahkan solat pada manusia dan pastikan kita tahu
cerita yang sahih untuk beri anak maklumat yang betul.
6. Ajar mereka solat sejak kecil
Tidak adil jika kita menyuruh anak solat tanpa ada latihan sejak kecil. Ini akan
menyebabkan perbalahan antara ibu bapa dan anak kerana mereka tak pernah
dilatih untuk solat.
Inilah sebabnya kita disuruh untuk mula solat pada umur 7 tahun, ianya satu
proses yang perlu dihadam oleh anak sejak kecil.Jika anak sudah dewasa dan kita
baru mula sedar pentingnya solat, kita hanya usahakan apa yang kita mampu
untuk menjadikan solat sebagai tabiat mereka.
Namun, perkara ini sememangnya bukan mudah kerana mereka sudah dewasa,
dan di waktu inilah kita berdoa pada Allah yang mampu menjadikan segalanya
dengan mudah.
7. Mulakan dari "basic"
Ajar anak sedikit demi sedikit dan tidak sekaligus kerana boleh jadi harapan kita
akan runtuh akibat dari anak merasakan solat terlalu berat. Mulakan mengajar
anak untuk solat satu waktu sehari, bila sudah biasakan diri tambah dua waktu,
tiga dan seterusnya. Sehingga konsisten anak dapat lakukan 5 waktu seharian.
Walaupun mengambil masa yang lama, insha Allah dapat memberi kesan dalam
jangka masa yang panjang pada anak.
8. Jadikan solat sebagai tabiat seharian.
Kebiasaan akan menjadi sebahagian dari kita. Tidak kira sibuk mana, kita mesti
cari waktu untuk melakukan perkara kebiasaan kita setiap hari. Fokus untuk
jadikan solat sebagai tabiat anak sehingga menjadi sebahagian dari
-
Hakmilik Terpelihara Tadika Khalifah Budiman
hidup mereka.
Mereka akan berasa tidak senang duduk jika tidak solat lagi apabila sudah masuk
waktu.
9. Jadikan solat sebagai perkara yang istimewa
Tanya anak apa yang membuatkan mereka ghairah untuk solat. Kita boleh
berikan anak hadiah hari jadi yang berkaitan dengan solat seperti sejadah,
kopiah, telekung, dan sebagainya.
10. Laksanakan solat bersama anak
Kita tahu perkara ini susah kerana lebih suka solat di bilik kerana lebih tenang
dan khusyuk. Tetapi kita perlu ubah cara itu dengan memperlihatkan solat kita
pada anak. Bila anak sudah selalu lihat kita solat maka akan timbul rasa nak solat
juga.
11. Adakan satu bilik solat
Meletakkan pelbagai bahan bacaan seperti Quran, hadith dan sirah di dalam bilik
solat adalah satu perkara yang penting menurut pengalaman Grandma Jeddah
yang mempunyai ramai anak dan cucu.
Kita boleh ajak anak duduk bersama dalam bilik solat dan luangkan masa di situ.
Anak-‐anak akan lihat dan tahun bilik solat yang sentiasa kemas, bersih, terdapat
makanan, permainan, dapat mendorong mereka suka untuk masuk bilik solat.
Mereka boleh belajar Quran, solat dan sebagainya. Bilik saiz sederhana sudah
mencukupi, tidak perlu terlalu besar.
12. Set alarm azan sebagai peringatan waktu solat
-
Hakmilik Terpelihara Tadika Khalifah Budiman
Bagi rumah yang dekat dengan surau/masjid lebih mudah kerana azan sebenar
akan kedengaran apabila masuk waktu.
Bagi rumah yang jauh dari masjid ia boleh membantu memperingati anak
masuknya waktu solat apabila terdengar alarm kita di samping Mereka akan
terbiasa dengan waktu-‐waktu solat.
13. Jadikan masjid sebagai rumah kedua bagi mereka
Jika ada anak lelaki maka sangatlah dituntut untuk mengajak anak pergi solat di
masjid. Kaum bapa perlu hadir solat ke masjid bersama anak sekurangya satu
kali sehari sebagai permulaan.
Jika susah, boleh cuba biasakan mengajak anak untuk pergi solat jumaat pada
setiap minggu. Apabila nak pulang ke rumah singgahlah ke kedai untuk belanja
anak aiskrim atau makanan kesukaannya.
Menghadirkan diri ke masjid selalu akan membina hubungan yang rapat antara
anak dengan masjid. Mereka akan merasakan keberkatan dalam menunaikan
solat berjemaah
14. Doa untuk anak
Perkara paling penting ialah berdoa untuk anak selepas kita berusaha pelbagai
cara. Doa akan dapat membantu melembutkan hati anak yang malas untuk solat,
Allah pasti mendengar doa kita.
Perkara terpenting apabila sudah menjadi ibu bapa ialah dengan sentiasa
bersabar dan ingat semua bagaimana tingkah laku kita ketika kecil sama seperti
anak kita. Anak-‐anak sentiasa mahukan cara yang mudah sepanjang masa.
Ianya adalah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk mengingatkan anak
tentang tujuan hidup dan mengajar agama islam kepada mereka. Akhir sekali,
-
Hakmilik Terpelihara Tadika Khalifah Budiman
teruskan berdoa dan serahkan segalanya pada Allah.
Hidayah adalah milik Allah maka terserah kepada Allah untuk memberi hidayah
atau tidak. Moga-‐moga anak kita berada di jalan yang lurus. Amiin.
Kami masih buka untuk pendaftaran sesi 2018
Kami dari Tadika Khalifah Budiman menggunakan silabus Little Caliphs
ada 6 tadika di bawah naungan kami
Tadika kami berada di kawasan berikut.:
------
KAWASAN SELANGOR
-----
-
Hakmilik Terpelihara Tadika Khalifah Budiman
� Little Caliphs Bandar Putera à (011- 21819281)
�Little Caliphs Kota Kemuning à (011- 21819281)
------
Kawasan Kuala Lumpur
------
� Little Caliphs Melati utama à 016-‐415 0024
� Little Caliphs Diamonds Square à 013-‐671 7189
� Litte Caliphs Banjaria Taman Samudra à 011-‐3913 3709
� Little Caliphs Genting Klang à 013-‐671 7189