hak cipta terpelihara dan langkah …cikgunajian1992.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480022/5.pdf ·...
TRANSCRIPT
HAK CIPTA TERPELIHARA DAN LANGKAH KESELAMATAN:
Definisi
Harta Intelek adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa
tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka. Perlindungan
hakcipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987.
Sesuatu karya adalah dilindungi secara automatik sebaik sahaja ia memenuhi syarat-syarat
berikut :
• usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli;
• karya tersebut telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam bentuk bahan;
• penciptanya adalah orang yang berkelayakan; dan
• karya tersebut telah dibuat di Malaysia atau penerbitan pertama karya adalah di Malaysia.
Tujuan utama:
Bagi melindungi pencipta dan ciptaannya.
Terbahagi kepada 2 kategori utama:
1. Hak ekonomi
2. Hak moral
Hak Ekonomi
Hak ekonomi ini adalah sesuatu yang bersifat kebendaan atau material.
Tujuan :
Supaya pencipta mendapat pulangan dalam bentuk kewangan atau kebendaan.
Perlindungan hakcipta yang berkesan akan menjamin pemberian royalti kepada pencipta
hasil daripd jualan ciptaannya.
Hak Moral
Hak moral menjamin pencipta mendapat pengiktirafan sebagai seorang pencipta.
Hakcipta untuk diiktiraf sebagai seorang pencipta merupakan hak moral yang tinggi
dan memberi kepuasan yang tinggi kepada pencipta.
Ia juga memberi hak mutlak terhadap hasil ciptaan asal dari mengalami apa-apa
perubahan tanpa persetujuan pencipta.
Karya-karya yang layak mendapat perlindungan Harta Intelek ialah :
1. karya sastera ;
2. karya muzik ;
3. karya seni ;
4. filem ;
5. rakaman bunyi ;
6. siaran; dan
7. karya terbitan
Karya Sastera
Karya sastera terdiri daripada:
novel, cerita, buku, risalah, manuskrip, karya syair dan penulisan lainnya;
lakonan, drama, arahan pentas, senario filem, skrip siaran, karya koreografi dan
pantomin;
treatis, sejarah, biografi, karangan dan artikel;
ensiklopedia, kamus dan karya rujukan lain;
surat, laporan dan memorandum;
syarahan, ucapan, khutbah dan karya-karya lain yang sama sifatnya;
jadual atau penyusunan yang dinyatakan dalam perkataan-perkataan, angka-angka
dan simbol-simbol sama ada dalam bentuk yang boleh dilihat atau tidak; dan
program-program komputer atau penyusunan program-program komputer tetapi tidak
termasuk teks rasmi kerajaan atau badan-badan berkanun yang bersifat
perundangan atau peraturan, ataupun keputusan-keputusan kehakiman.
Karya Muzik
Apa-apa karya muzik dan termasuklah karya yang digubah untuk iringan muzik.
Karya Seni
Lukisan cat, lukisan, ecing, litograf, ukir-kayu, ukir-pahat dan cetakan dan apa- apa
karya tiga dimensinya;
Peta, pelan, carta, rajah, ilustrasi, lakaran dan karya-karya tiga dimensi berhubung
dengan geografi, topografi, senireka atau sains;
Karya seniukir;
Karya senibina dalam bentuk bangunan atau model bangunan;
Fotografi yang tidak terkandung dalam filem;
Karya pertukangan seni, termasuklah tenunan halus bergambar, kain bertekad dan
barang-barang petukangan tangan dan seni perusahaan.
Filem
Apa-apa penetapan sesuatu siri gambaran pandangan pada bahan daripada apa-apa
perihalan, sama ada lutcahaya atau tidak, supaya boleh dengan menggunakan bahan itu
dengan atau tanpa apa-apa bantuan sesuatu perekaan:
ditunjukkan sebagai gambar bergerak atau
dirakamkan pada bahan-bahan lain, sama ada lutcahaya atau tidak supaya
dengan menggunakan bahan itu ianya boleh ditunjukkan sedemikian, dan
termasuklah bunyi yang terkandung dalam sesuatu alur bunyi yang berkaitan
dengan suatu filem.
Rakaman Bunyi
Apa-apa penetapan siri bunyi yang boleh didengar dan boleh dikeluarkan semula dengan
apa-apa cara, tetapi tidak termasuk suatu alur bunyi yang berkaitan dengan suatu filem.
Siaran
Pemancaran bunyi atau gambaran atau kedua-duanya melalui wayarless atau wayar untuk
penerimaan orang awam.
Karya-karya lain yang mendapat hakcipta
Selain daripada karya-karya yang telah ditetapkan dibawah seksyen 7(1) Akta Hakcipta
1987 terdapat karya-karya lain yang juga diberikan perlindungan hakcipta. Karya-
karya tersebut adalah seperti karya-karya berikut:
(a) Karya Terbitan : "karya-karya terbitan" berikut adalah dilindungi seperti mana karya asal;
i) terjemahan, penyesuaian, susunan dan perubahan lain karya-karya yang layak bagi
hakcipta; dan
ii) koleksi karya-karya yang layak bagi hakcipta yang oleh sebab pemilihan dan susunan
kandungannya, menjadikannya suatu hasil ciptaan intelek.
b) Harta Intelek dalam Edisi Karya Diterbitkan : Harta Intelek dalam edisi karya yang
diterbitkan adalah hakcipta yang diberikan kepada penerbit-penerbit buku dan penerbit-
penerbit lain. Setiap edisi diterbitkan bagi mana-mana satu atau lebih karya sastera, seni
atau muzik sama ada dalam hal:
i) Penerbitan pertama edisi itu berlaku dalam Malaysia; atau
ii) Penerbit edisi itu adalah orang berkelayakkan pada penerbitan pertama itu.
Undang-Undang Hak Cipta
Undang-undang ini menyediakan perlindungan monopoli secara sah kepada mereka
yang mencipta idea atau pengetahuan.
Memberi kuasa monopoli secara ekslusif kepada pencipta atau pemunya
intelektual,yang diberikan hak secara sah dari segi undang-undang terhadap ciptaan
mereka,untuk mengelakkan daripada orang lain membuat atau menggunakan
ciptaan mereka tanpa kebenaran.
Terdapat 4 undang-undang hak intelek iaitu;
Undang-undang hak cipta: kawal ketulenan kerja seseorang
Undang-undang paten: kawal penemuan baru dan berguna dan juga proses
penemuan
Undang-undang tanda perdagangan: kawal perkataan, nama, simbol, yang
digunakan oleh pengusaha yang terlibat dalam pembuatan untuk mengenalpasti
produk dan perkhidmatan mereka.
Undang-undang rahsia perdagangan: Kawal maklumat penting yang tidak diketahui
umum tetapi dirahsiakan oleh empunya.
Antara bahan-bahan yg dikawal di bawah undang-undang hakcipta:
-Bahan bercetak seperti novel,puisi,aritikel dan sebagainya.
-Muzik atau kesan audio
-Pantomin
-Gambar dan Grafik
-Audio Visual
-Rakaman suara
Tanda hak cipta mengandungi 3 elemen penting :
Simbol © atau perkataan “Copyright” atau “Hakcipta Terpelihara”
Tahun pertama penerbitan
Nama pemilik hakcipta tersebut
Langkah Keselamatan:
Jangan membuka e-mel yang diragu.
Jangan terlalu mudah memberikan maklumat seperti pengenalan diri, no kad kredit,
no telefon dan sebagainya kepada pihak-pihak yang tidak dikenali tanpa
pengetahuan orang dewasa
Menggunakan kata laluan/perisian tertentu bagi menghalang pelajar/anak daripada
laman-laman yang tidak sesuai
Tips Menjaga Keselamatan Data:
a. Jenis penyalahgunaan data;
i. Mencuri data
ii. Memanupulasi data
iii. Mengintip
b. Keselamatan Data
i. Membentuk kata laluan
ii. Mengakses mengikut tingkat keperluan
iii. Prosedur
iv. Membina pangkalan data menggunakan perisian yang stabil dan selamat.
c. Membuat salinan data;
- simpan data dalam storan sekunder yang lain
- gunakan perisian dan cara yang sesuai ketika operasi menyimpan
- pilih peranti storan yang baik; Contoh CD - Rom
- simpan di sever.
JENIS-JENIS MEDIA:
Media Bergerak (rakaman video, animasi & filem)
Media Kaku (transparensi, slaid, mikrofilem)
Orang (guru, pelajar & orang ramai)
Media pameran: yg boleh disentuh dan dipegang oleh pelajar
(Model, boneka, diorama)
Media cetak (poster, buku, suratkhabar, majalah, risalah & modul)
Media grafik (diagram, lukisan, foto, grafik, slaid, transparensi dll)
Audio (suara, bunyi-bunyian, muzik & lagu)
Media paparan (papan kapur, papan flanel, papan berita)
PENGAJARAN TERANCANG:
Kelebihan
Kemahuan sendiri (self pacing)
Latihan dan maklum balas ( Practice & feedback)
Boleh dipercayai (reliable)
Berkesan dan efektif
Kelemahan
Memerlukan usaha mereka bentuk pengajaran.
Boleh membosankan.
Kekurangan hubungan sosial