© hak cipta terpelihara kementerian pendidikan...

30

Upload: trankhanh

Post on 19-Mar-2019

253 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

© Hak Cipta Terpelihara

Bahagian Pendidikan Islam

Kementerian Pendidikan Malaysia

Terbitan Tahun 2018

FNSS V.2018

FNSS KPM / 1

PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TAHUN 2018M/1439H A. PENDAHULUAN Kesenian seumpama nasyid telah wujud sejak zaman Rasulullah s.a.w dan sebelumnya. Pada awal perkembangannya di Malaysia, ia lebih dikenali melalui irama padang pasir. Muzik Nasyid telah menerima kepelbagaian lagu baru yang dikenali sebagai lagu kontemporari. Muzik ini menjadi alternatif kepada muzik tradisional yang mampu menarik minat pendengar untuk memahami dan menghayati Islam.

Nasyid mampu membawa mesej-mesej tertentu untuk dihayati oleh pendengar dan penonton. Hasrat ini bertepatan dengan usaha kerajaan supaya masyarakat Islam mengetahui dan mengambil iktibar dari sejarah yang berlaku di dalam perkembangan Islam. Disamping itu, ia juga bertujuan memupuk minat murid kepada seni lagu yang mengandungi unsur dakwah yang mengajak pendengar kepada melakukan kebaikan.

Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju menganjurkan Festival Nasyid Sekolah-sekolah pada Tahun 2018. Sehubungan dengan itu, Bahagian Pendidikan Islam, KPM telah menyusun dan menyelaras Peraturan Nasyid yang diharap dapat digunapakai pada semua peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.

B. PERATURAN NASYID

1. PENYERTAAN

1.1. Penyertaan kumpulan 1.1.1. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Sekolah Rendah

berumur 7 tahun hingga 12 tahun dan Sekolah Menengah berumur 13 tahun hingga 17 tahun dari sekolah berikut: 1.1.1.1. Sekolah / Kolej di bawah kelolaan Kementerian

Pendidikan Malaysia 1.1.1.2. Sekolah Agama Negeri / Majlis Agama Islam /

Yayasan Negeri 1.1.1.3. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) 1.1.1.4. Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Jabatan

Pendidikan Negeri

1.1.2. Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu kumpulan nasyid yang terdiri daripada TUJUH (7) orang ahli termasuk pemain muzik.

FNSS V.2018

FNSS KPM / 2

1.1.3. Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada murid di sekolah yang sama.

1.1.4. Anggota kumpulan yang bertanding hendaklah terdiri daripada

satu kumpulan jantina sahaja. 1.1.5. Sekolah yang menjadi johan negeri akan mewakili negeri

berkenaan ke peringkat kebangsaan.

1.1.6. Semua peserta hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga.

1.2. Penyertaan Ciptaan Lagu dan Lirik Nasyid 1.2.1. Penyertaan ciptaan lagu dan lirik adalah terbuka kepada semua

warga Kementerian Pendidikan Malaysia yang masih berkhidmat. Borang Akuan (Borang FNSS/1) hendaklah disahkan oleh Ketua Jabatan sebagai bukti perkhidmatan.

1.2.2. Pertandingan penciptaan lagu dan lirik nasyid adalah

penyertaan secara individu.

1.2.3. Setiap penyertaan lagu dan lirik akan menjadi Hak Cipta Terpelihara penganjur iaitu Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia (BPI KPM).

1.2.4. Sebarang terbitan, rakaman, persembahan, cetakan dan

pengedaran tanpa kebenaran daripada pihak BPI KPM adalah SATU KESALAHAN.

2. BORANG PENYERTAAN 2.1. Setiap kumpulan hendaklah menghantar borang penyertaan

sebagaimana Borang FNSS/2.

2.2. Borang penyertaan yang lengkap dan disahkan oleh Guru Besar/Pengetua/Ketua Jabatan hendaklah diserahkan kepada pihak urus setia pada masa yang ditetapkan oleh pihak penganjur sama ada di peringkat daerah/negeri/kebangsaan.

2.3. Semua dokumen yang perlu diserahkan kepada urus setia pendaftaran

adalah seperti berikut:

2.3.1. Borang FNSS/1 : Borang Akuan Penggubah Lagu / Pencipta Lirik

2.3.2. Borang FNSS/2 : Borang Penyertaan 2.3.3. Borang FNSS/3 : Borang Akuan Peralatan / Perkusi 2.3.4. Teks lirik sebanyak 4 SALINAN (Kumpulan adalah DILARANG

menulis sebarang bentuk tulisan/gambar/logo yang menggambarkan identiti kumpulan)

FNSS V.2018

FNSS KPM / 3

3. TEMA

”Al-Quran Asas Kesatuan Ummah dan Kesejahteraan Negara”

4. SUARA

4.1 Penghakiman suara adalah daripada aspek kualiti ton, ketepatan pic, nada, frasa, sebutan, dinamik, keseimbangan dan harmoni.

4.2 Penilaian suara bermula apabila peserta menyanyikan lagu pertama dan berakhir penilaian dengan tamatnya lagu kedua.

4.3 Penasyid solo yang mendominasi persembahan boleh menjejaskan

pemarkahan.

4.4 Penasyid solo terbaik dinilai daripada keupayaannya menyampaikan kedua-dua buah lagu.

4.5 Mana-mana pasukan yang menampilkan lebih daripada seorang

penasyid solo TIDAK LAYAK dinilai untuk Penasyid Solo Terbaik.

5. LAGU

5.1 Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan DUA buah lagu.

5.2 Lagu pertama dan lagu kedua hendaklah ciptaan baru*. 5.2.1 Lagu hendaklah ciptaan asal, bebas daripada ciplak. Lagu juga

belum pernah dirakamkan, dicetak atau disiarkan untuk sebarang siaran. Walaubagaimanapun, lagu saduran/ciplak dibenarkan tetapi tidak melebihi EMPAT Bar Melodi, tetapi jika Rentak (Rythm) menyamai lagu lain adalah dibenarkan.

5.2.2 Lagu yang dibawa oleh kumpulan yang telah mendapat tempat pertama, kedua, ketiga dan telah memenangi anugerah lagu terbaik peringkat kebangsaan tidak boleh dinyanyikan lagi oleh mana-mana pasukan pada tahun-tahun seterusnya.

5.3 Lagu Pertama hendaklah berbentuk Nasyid Tradisional yang mengandungi unsur-unsur lagu Masri dan Hijazi seperti Bayati, Soba, Nahawan, Hijaz, Rast, Sikah, Jiharkah atau unsur-unsur lagu Hijazi seperti Husaini, Mayyah, Banjakah, Rakbi dan Dukkah dan lain-lain irama arab. Alunan Qasidah boleh mempengaruhi pemarkahan.

5.4 Lagu Kedua hendaklah berbentuk Nasyid Kontemporari yang

mengekalkan ciri-ciri nasyid (perlu dinyatakan dalam teks lirik)

FNSS V.2018

FNSS KPM / 4

5.4.1 Nasyid Kontemporari yang berentak hardrock, heavy metal, rap, hip-hop dan yang seumpamanya adalah DILARANG sama sekali.

5.5 Mana-mana pasukan yang melanggar syarat-syarat di atas, boleh

menjejaskan markah atau dibatalkan penyertaannya. *NOTA: Gubahan lagu baharu adalah diwajibkan di peringkat kebangsaan.

6. LIRIK

6.1 Lirik kedua-dua buah lagu hendaklah ciptaan baharu dan asli.

6.2 Lirik kedua-dua buah lagu boleh menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris atau gabungan ketiga-tiga bahasa tersebut.

6.3 Lirik Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris hendaklah disertakan

terjemahannya secara bertulis. Lirik yang tidak disertakan terjemahan akan menjejaskan markah.

6.4 Lirik lagu pertama hendaklah menepati Tema Festival Nasyid

Sekolah-sekolah (FNSS) yang telah ditetapkan serta mengandungi nilai-nilai Islam yang unggul seperti keimanan kepada Tuhan, kepatuhan kepada ibubapa, nasihat, perpaduan, cintakan tanah air, masyarakat penyayang dan nilai-nilai murni yang lain.

6.5 Lirik lagu kedua hendaklah berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KSSR dan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM/KSSM. Tajuk-tajuk pilihan bagi tahun 2018 adalah sebagaimana yang dilampirkan bersama dokumen ini (rujuk Lampiran):

6.5.1 Kategori Sekolah Rendah hendaklah berdasarkan Sukatan

Pelajaran Pendidikan Islam / Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR Tahun 1 hingga Tahun 6.

6.5.2 Kategori Sekolah Menengah hendaklah berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 serta Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5.

6.6 Kedua-dua lirik lagu tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif dan negatif.

6.7 Tema tidak semestinya menjadi tajuk lagu.

6.8 Penggunaan zikir dan selawat adalah dibenarkan. *NOTA: Ciptaan lirik baharu adalah diwajibkan di peringkat kebangsaan.

FNSS V.2018

FNSS KPM / 5

7. PERSEMBAHAN

7.1 Semua aktiviti kumpulan di pentas bermula daripada naik hinggalah turun dari pentas (berdasarkan ketetapan yang ditentukan oleh juri) adalah dinilai sebagai persembahan.

7.2 Hanya pergerakan kecil yang bersesuaian dengan lagu yang disampaikan dan tidak keterlaluan dibenarkan.

7.3 Setiap persembahan hanya boleh diiringi dengan alat perkusi seperti berikut; kompang, riq, bongo, conga, darbuka, turkish tomolo, shaker, tamborine, djembe, cabasa, cajon drum (box drum), maracas, rebana dan chime sahaja. Borang Akuan Peralatan (Borang FNSS/3) hendaklah dikemukakan kepada urusetia pendaftaran.

7.4 Iringan muzik hendaklah dipersembahkan secara langsung (live).

7.5 Susunan muzik (music arrangement) yang kreatif dan menarik boleh

mempengaruhi pemarkahan. 7.6 Susunan muzik (music arrangement) dan cara nyanyian berunsurkan

hardrock, heavy metal, rap, hip-hop dan yang seumpamanya adalah dilarang sama sekali.

7.7 Setiap kumpulan dilarang sama sekali memperkenalkan atau

mempamerkan nama atau identiti kumpulan/negeri dalam bentuk tulisan atau percakapan kepada jemaah hakim sebelum dan semasa pertandingan.

7.8 Penggunaan ayat al-Quran di dalam Melodi Lagu adalah dilarang

kerana menghormati keagungan Al-Quran.

7.9 Mana-mana pasukan yang melanggar syarat-syarat di atas, boleh menjejaskan markah dan boleh dibatalkan penyertaannya.

8. PAKAIAN

Pakaian peserta mestilah menutup aurat dan bersopan berdasarkan kriteria seperti berikut:

8.1 Peserta Lelaki:

8.1.1 Memakai pakaian kebangsaan (bersamping dan bersongkok hitam) yang lengkap dan berkasut. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.

8.2 Peserta Perempuan:

8.2.1 Berbaju kurung dan bertudung yang sempurna dan berkasut. Sandal atau selipar tidak dibenarkan sama sekali. Hiasan dan solekan hendaklah sederhana dan tidak keterlaluan. Pakaian,

FNSS V.2018

FNSS KPM / 6

hiasan dan solekan boleh mempengaruhi pemarkahan. Semua larangan yang terdapat dalam peraturan berpakaian sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah dirujuk dan dipatuhi.

9. MASA

9.1 Setiap kumpulan diberi masa 12 minit sahaja untuk mempersembahkan kedua-dua buah lagu.

9.2 Masa dikira apabila peserta mula menaiki pentas.

9.3 Markah akan dipotong jika persembahan kurang dari 10 minit atau melebihi masa 12 minit yang telah ditetapkan.

10. PEMARKAHAN

10.1 Penghakiman dibahagikan kepada empat bahagian iaitu : 10.1.1 Suara - 40 markah 10.1.2 Lagu - 25 markah 10.1.3 Lirik - 20 markah 10.1.4 Persembahan - 15 markah

11. PENENTUAN KEPUTUSAN

11.1 Kumpulan Nasyid Terbaik

11.1.1 Kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan diumumkan sebagai Johan.

11.1.2 Kumpulan yang mendapat markah kedua tertinggi akan diumumkan sebagai Naib Johan dan begitulah seterusnya.

11.1.3 Sekiranya terdapat persamaan dari segi markah, penilaian akan dirujuk mengikut keutamaan berikut: Pertama : Suara Kedua : Lagu Ketiga : Lirik Keempat : Persembahan

11.1.4 Sekiranya masih sama, penilaian akan dirujuk kepada elemen keberkesanan persembahan.

11.1.5 Sekiranya masih sama, Jemaah Hakim akan bermuzakarah untuk membuat keputusan.

11.1.6 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

FNSS V.2018

FNSS KPM / 7

11.2 Lagu Terbaik Dan Lirik Terbaik

11.2.1 Setiap lagu dan lirik yang dipersembahkan akan dinilai untuk

dipilih Lagu Terbaik dan Lirik Terbaik.

11.2.2 Lagu Terbaik tidak semestinya akan dipilih sebagai Lirik Terbaik dan sebaliknya.

11.2.3 Lagu dan Lirik yang mendapat markah tertinggi akan

diumumkan sebagai pemenang.

11.2.4 Sekiranya terdapat persamaan, hakim akan bermuzakarah untuk membuat keputusan.

12. HADIAH PERTANDINGAN (RENDAH DAN MENENGAH)

12.1 Hadiah yang disediakan di Peringkat Kebangsaan adalah seperti berikut: 12.1.1 Hadiah Utama

12.1.1.1 Johan (Piala Pusingan, Piala Iringan dan Sijil Penghargaan)

12.1.1.2 Naib Johan (Piala Iringan dan Sijil Penghargaan) 12.1.1.3 Ketiga (Piala Iringan dan Sijil Penghargaan) 12.1.1.4 Hadiah Saguhati (Cenderamata dan Sijil Penyertaan)

12.1.2 Penggubah Lagu Terbaik (Tradisional) 12.1.2.1 Piala Iringan dan Sijil Penghargaan

12.1.3 Penggubah Lagu Terbaik (Kontemporari)

12.1.3.1 Piala Iringan dan Sijil Penghargaan

12.1.4 Pencipta Lirik Terbaik (Tradisional) 12.1.4.1 Piala Iringan dan Sijil Penghargaan

12.1.5 Pencipta Lirik Terbaik (Kontemporari)

12.1.5.1 Piala Iringan dan sijil Penghargaan

12.1.6 Persembahan Terbaik 12.1.6.1 Piala Iringan dan Sijil Penghargaan

12.1.7 Penasyid Solo Terbaik

12.1.7.1 Piala Iringan dan Sijil Penghargaan

12.2 Hadiah di Peringkat Sekolah/Daerah/Negeri adalah tertakhluk kepada keputusan Jawatankuasa Pelaksana Sekolah/Peringkat Daerah/Negeri masing-masing.

FNSS V.2018

FNSS KPM / 8

13. BANTAHAN PERTANDINGAN 13.1 Sebarang bentuk bantahan hendaklah dikemukakan secara bertulis

kepada Pengerusi Jemaah Hakim menggunakan Borang Bantahan Rasmi (Borang FNSS/4) yang disediakan.

13.2 Sebarang bantahan hendaklah disertakan dengan bukti dan saksi.

13.3 Sebarang bantahan hendaklah diterima oleh Pengerusi Jemaah

Hakim sebelum keputusan diumumkan. Bantahan yang diterima selepas keputusan diumumkan tidak akan dilayan.

13.4 Semua bantahan akan dibincangkan di dalam mesyuarat Jemaah Hakim dan keputusan selepas mesyuarat adalah MUKTAMAD.

C. PENGHAKIMAN DAN PEMARKAHAN

1. Penghakiman Suara (40 markah)

1.1. 40 markah diperuntukkan bagi setiap lagu (Borang FNSS/6.1).

1.2. Setiap lagu dinilai daripada aspek berikut:

1.2.1 Ketepatan pic, nada dan frasa - 10 markah 1.2.2 Keseimbangan/harmoni - 10 markah 1.2.3 Dinamik - 8 markah 1.2.4 Kualiti ton - 6 markah 1.2.5 Kejelasan sebutan - 6 markah

2. Penghakiman Lagu (25 markah)

2.1. 25 markah diperuntukkan bagi setiap lagu (Borang FNSS/6.2).

2.2. Setiap lagu dinilai daripada aspek berikut:

2.2.1 Keaslian melodi lagu - 8 markah

2.2.2 Irama masri/kontemporari - 7 markah

2.2.3 Kesesuaian rentak dan muzik iringan - 4 markah

2.2.4 Kreativiti / Alunan qasidah - 3 markah

2.2.5 Penjiwaan lagu - 3 markah

3 Penghakiman Lirik (20 markah)

3.1. 20 markah diperuntukan bagi setiap lirik (Borang FNSS/6.3).

3.2. Setiap lagu dinilai daripada aspek berikut: 3.2.1. Kejelasan mesej - 8 markah

3.2.2. Kesinambungan isi - 6 markah

3.2.3. Bahasa - 4 markah

3.2.4. Keberkesanan lirik - 2 markah

FNSS V.2018

FNSS KPM / 9

4 Penghakiman Persembahan (15 markah):

4.1. 15 markah diperuntukkan bagi keseluruhan persembahan (Borang FNSS/6.4).

4.2. Setiap persembahan dinilai daripada aspek berikut: 4.2.1 Gaya dan penampilan - 8 markah 4.2.2 Etika - 2 markah 4.2.3 Ekspresi - 2 markah 4.2.4 Keberkesanan persembahan - 3 markah

D. JEMAAH HAKIM 1. Jemaah hakim terdiri daripada:

1.1 Pengerusi Jemaah Hakim

1.2 Timbalan Pengerusi Jemaah Hakim

1.3 Ketua Jemaah Hakim

1.4 Ketua Hakim Rendah

1.5 Ketua Hakim Menengah

1.6 Hakim Suara

1.7 Hakim Lagu

1.8 Hakim Lirik

1.9 Hakim Persembahan

1.10 Hakim Masa

1.11 Urusetia Kehakiman

FNSS V.2018

FNSS KPM / 10

TEMA FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH (FNSS) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERINGKAT KEBANGSAAN

TAHUN TEMA

2004 Akhlak Mulia Wawasan Negara

2005 Penghayatan Islam Hadhari Membentuk Jatidiri

2006 Pelajar Mulia Negara Maju

2007 Insan Cemerlang Ummah Terbilang

2008 Minda Hadhari Insan Bestari

2009 Akidah Pembentuk Jatidiri Cemerlang

2010 Tiada pertandingan

2011 Akidah Kukuh Sahsiah Terpuji

2012 Al-Quran Menjana Transformasi Ummah

2013 Al-Quran Penjana Wasatiyyah Ummah

2014 Al-Quran Menjana Transformasi Ummah Wasatiyyah

2015 Al-Quran Nadi Transformasi Ummah

2016 Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

2017 Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

2018 Al-Quran Asas Kesatuan Ummah dan Kesejahteraan Negara

Disediakan oleh :

Unit Budaya dan Syiar Islam

Pengurusan Dakwah Dan Syiar Islam

Bahagian Pendidikan Islam

Kementerian Pendidikan Malaysia

Rujukan : Mohd Hamidi bin Zakaria

Tel : 03 8321 7262

Faks : 03 8321 7293

Email : [email protected]

KATEGORI SEKOLAH RENDAH

BIDANG KOD TAJUK STANDARD KANDUNGAN

AQIDAH RQ-01 Meyakini dan mengamalkan rukun Iman dalam kehidupan harian

RQ-02 Meyakini dan mengamalkan rukun Islam dalam kehidupan harian

RQ-03 Memahami dan meyakini konsep beriman kepada Kitab Allah

RQ-04 Memahami dan meyakini konsep beriman kepada Hari Kiamat

RQ-05 Memahami dan meyakini konsep beriman kepada Qada’ dan Qadar

RQ-06 Memahami dan meyakini sifat Allah bersifat Baqa’

RQ-07 Memahami dan meyakini sifat Allah bersifat Kalam

RQ-08 Memahami dan meyakini sifat Allah bersifat Basor

RQ-09 Memahami dan meyakini konsep asas nama Allah As-Syakur

RQ-10 Memahami dan meyakini konsep asas nama Allah As-Sobur

RQ-11 Memahami dan meyakini konsep asas nama Allah Al-Hadi

RQ-12 Meyakini dan membuktikan konsep asas Allah bersifat Wadaniyah

RQ-13 Meyakini dan membuktikan konsep asas Allah bersifat Kudrat

RQ-14 Meyakini dan membuktikan konsep asas Allah bersifat Iradah

RQ-15 Memahami dan meyakini konsep asas perkara sam’iyyat

IBADAH / RF-01 Memahami dan mengamalkan jenis-jenis ibadah

FEKAH RF-02 Memahami dan mengamalkan jenis-jenis hukum

RF-03 Memahami dan mengamalkan syarat wajib solat

RF-04 Memahami dan mengamalkan perkara yang membatalkan solat

RF-05 Memahami dan mengamalkan konsep asas mandi wajib dengan sempurna

RF-06 Memahami dan mengamalkan konsep asas rukun solat dengan sempurna

RF-07 Memahami dan mengamalkan konsep asas tuntutan menuntut aurat

RF-08 Memahami dan mengamalkan konsep asas wudhu’ dengan sempurna

RF-09 Memahami dan mengamalkan konsep asas istinjak

RF-10 Memahami dan mengamalkan konsep asas tayammum

RF-11 Memahami dan mengamalkan konsep asas solat berjemaah

RF-12 Memahami dan mengamalkan konsep asas solat jenazah

SIRAH RS-01 Mengambil iktibar dan meneladani keunggulan sifat amanah Nabi Muhammad SAW

RS-02Mengambil iktibar dan meneladani keperibadian Nabi Muhammad dalam kehidupan

sahabat

RS-03 Memahami dan mengambil iktibar daripada dakwah Rasulullah

RS-04 Memahami dan mengambil iktibar daripada hijrah ke Habsyah

RS-05 Memahami dan mengambil iktibar daripada penerimaan pembesar Mekah terhadap Islam

RS-06Memahami, mengambil iktibar dan mencontohi tindakan Rasulullah SAW dalam peristiwa

penentangan terhadap dakwah Rasulullah

TAJUK-TAJUK PILIHAN FNSS TAHUN 2018

(LAGU KEDUA)

RS-07Memahami, mengambil iktibar dan mencontohi tindakan Rasulullah SAW dalam peristiwa

Isra’ dan Mikraj

RS-08Memahami, mengambil iktibar dan mencontohi tindakan Rasulullah SAW dalam peristiwa

perjanjian Aqabah

RS-09 Memahami dan mengambil iktibar daripada peristiwa pembukaan Kota Mekah

RS-10 Memahami dan mengambil iktibar daripada peristiwa hujjatul wada’

RS-11 Memahami dan mengambil iktibar daripada peristiwa kewafatan Nabi Muhammad

ADAB RA-01 Memahami dan mengamalkan konsep asas adab terhadap Allah melalui doa

RA-02 Memahami dan mengamalkan konsep asas adab mengasihi Rasulullah

RA-03 Memahami dan mengamalkan adab berjiran

RA-04 Memahami dan mengamalkan adab di masjid dan di surau

RA-05 Memahami dan mengamalkan adab berjual beli

RA-06 Memahami dan mengamalkan adab terhadap alam sekitar

KATEGORI SEKOLAH MENENGAH

BIDANG KOD TAJUK SUKATAN / STANDARD KANDUNGAN

AQIDAH MQ-01 Islam agama fitrah

MQ-02 Akidah Islam

MQ-03 Beriman kepada Allah

MQ-04 Beriman kepada Malaikat

MQ-05 Beriman kepada Kitab

MQ-06 Beriman kepada Rasul

MQ-07 Beriman kepada nama-nama Allah (Al-Khaliq dan Al-Musawwir)

MQ-08 Beriman kepada nama-nama Allah (Al-Qawiy dan Al-Qadir)

MQ-09 Perkara-perkara yang membatalkan iman

MQ-10 Dosa-dosa besar yang merosakkan iman dan kesannya

MQ-11 Taubat (Konsep, dalil dan hikmah)

FEKAH / MF-01 Konsep ibadah dan jenis-jenis hukum dalam Islam

IBADAH MF-02 Konsep bersuci (toharah)

MF-03 Jenis najis dan cara menyucikannya

MF-04 Solat fardhu

MF-05 Solat berjemaah

MF-06 Rukhsah

MF-07 Ibadah haji dan umrah

MF-08 Konsep zakat harta dan dalil wajib

MF-09 Sembelihan, korban dan akikah serta hikmahnya

MF-10 Masalah dan cara-cara penyelesaian kekeluargaan

SIRAH MS-01 Riwayat hidup Nabi Muhammad SAW

MS-02 Masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW

MS-03 Keunggulan perjuangan tokoh khulafa’ Al-Rasyidin (Saidina Abu Bakar As-Siddiq)

MS-04 Keunggulan perjuangan tokoh khulafa’ Al-Rasyidin (Saidina Umar Al-Khattab)

MS-05 Kepimpinan Rasulullah di Madinah

MS-06 Keunggulan perjuangan tokoh-tokoh wanita Islam (Saidatina Aisyah R.A)

MS-07 Keunggulan perjuangan tokoh-tokoh wanita Islam (Saidatina Sumayyah R.A)

MS-08 Keunggulan perjuangan tokoh-tokoh wanita Islam (Saidatina Fatimah R.A)

MS-09 Keistimewaan tindakan & strategi Rasulullah SAW semasa pembukaan kota Mekah

MS-10 Perkembangan Islam pada zaman Abasiyyah

ADAB MA-01 Akhlak Islamiyyah

MA-02 Sifat amanah

MA-03 Mahabbah

MA-04 Adab kepada ibu bapa dan keluarga

TAJUK-TAJUK PILIHAN FNSS TAHUN 2018

(LAGU KEDUA)

MA-05 Adab menjaga diri dan maruah

MA-06 Adab menerima dan melayan tetamu

MA-07 Adab bercakap dalam majlis

MA-08 Adab menjaga orang sakit

MA-09 Adab menjaga maruah diri

MA-10 Adab memberi dan menerima sedekah / hadiah

Borang FNSS/1

FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TAHUN 2018 / 1439H

B O R A N G A K U A N

A. Maklumat Diri

1. Nama : ..................................................................................................................

2. No. Sijil Lahir/No. Kad Pengenalan : ..................................................................

3. Alamat Sekolah/Majikan : .................................................................................

.................................................................................

.................................................................................

4. Tajuk Lagu / Lirik : ..........................................................................................

5. Saya akui bahawa maklumat yang diberikan di atas adalah benar.

Tandatangan

......................................................................

(Nama: )

B. Pengesahan Ketua Jabatan

Saya akui bahawa maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar dan

beliau masih berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tandatangan Ketua Jabatan Cop Jabatan

............................................................

( )

Borang FNSS/2

BORANG PENYERTAAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TAHUN 2018 / 1439H KATEGORI: Tandakan ( √ ) pada ruangan yang berkenaan.

Rendah

Menengah

Sila isikan semua maklumat dengan HURUF BESAR.

A – MAKLUMAT KUMPULAN

1- Nama Kumpulan

2- Nama Ketua Kumpulan

3- Nama Penasyid Solo

4- Nama Sekolah

5- Alamat Sekolah

6- No. Tel. Sekolah

7- No. Faks Sekolah

B – MAKLUMAT LAGU/LIRIK

1- TAJUK LAGU PERTAMA

Penggubah Lagu

Penulis Lirik

2- TAJUK LAGU KEDUA

Penggubah Lagu

Penulis Lirik

Kod Tajuk Pilihan Sukatan*

*CONTOH MQ-04 : Beriman kepada Malaikat (Rujuk Kod pada lampiran dalam Buku Peraturan FNSS v.2018)

Borang FNSS/2

C – MAKLUMAT AHLI KUMPULAN

Bil Nama Ahli Tahun /

Tingkatan Sijil Lahir / No Kp

1-

2-

3-

4-

5-

6-

7-

D- PENGESAHAN (Sila tandakan √ pada ruangan berkenaan)

Saya mengaku bahawa segala keterangan yang diberikan adalah benar.

Saya mengaku bahawa lagu pertama dan kedua adalah ciptaan asal yang bebas daripada sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak/gubahan daripada pencipta lain.

Saya juga bersetuju bahawa lagu yang dipertandingkan, rakaman audio-video dan sebarang bentuk persembahan dalam Festival Nasyid Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia adalah menjadi hak milik penganjur.

Nama Guru Besar / Pengetua Tarikh Tanda tangan Guru

Besar/Pengetua

E- UNTUK KEGUNAAN PENGANJUR / URUS SETIA

Tarikh permohonan terima No. Giliran

Waktu permohonan terima Permohonan diterima / ditolak Alasan jika ditolak

Nama Urus setia Tarikh Tanda tangan

Cop rasmi sekolah Cop Jawatan

Borang FNSS/3

FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TAHUN 2018M/1439H

B O R A N G A K U A N P E R A L A T A N

Kategori * : Sekolah Rendah / Sekolah Menengah

Nama Kumpulan : .....................................................................................................

No. Giliran : .....................................................................................................

Kami akur dengan peraturan :

7. Persembahan :

7.3 Setiap persembahan hanya boleh diiringi dengan alat perkusi muzik tradisional

nasyid seperti kompang, riq, bongo, conga, darbuka, turkish tomolo, shaker,

tamborine, djembe, cabasa, cajom drum (box drum), maracas, rebana dan

chime sahaja.

Sehubungan dengan itu, kami senaraikan peralatan yang digunakan oleh kumpulan

kami pada pertandingan ini sebagaimana berikut di bawah iaitu :-

Bil Alatan

1

2

3

4

5

6

7

8

9

Tandatangan Pengurus Pasukan Disaksikan oleh Ketua Hakim

............................................................ ............................................................

( ) ( )

*potong yang tidak berkenaan

Borang FNSS/4

FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TAHUN 2018M/1439H

B O R A N G B A N T A H A N R A S M I

Tarikh : ................................ Acara* : Sekolah Rendah / Sekolah Menengah

Nama Pembantah : .........................................................................................................

No. Kad Pengenalan : ................................................. No. H/P: .....................................

Tempat Bertugas : .........................................................................................................

Kontinjen :..........................................................................................................

Jawatan Dalam Kontinjen : ..............................................................................................

Aduan / Bantahan :

...............................................................................................................................................

...............................................................................................................................................

...............................................................................................................................................

...............................................................................................................................................

...............................................................................................................................................

...............................................................................................................................................

...............................................................................................................................................

...............................................................................................................................................

...............................................................................................................................................

...............................................................................................................................................

.........................................................................................................................

Tandatangan Pembantah Tandatangan Ketua Kontinjen

............................................................ .....................................................

( ) ( )

*potong yang tidak berkenaan

Borang FNSS/5

FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TAHUN 2018M/1439H

B O R A N G C A T A T A N P E N J A G A M A S A

Kategori : Sekolah Rendah / Sekolah Menengah

Giliran

Kumpulan Nama Kumpulan Catatan Masa

1

min saat

2

min saat

3

min saat

4

min saat

5

min saat

6

min saat

7

min saat

8

min saat

9

min saat

10

min saat

11

min saat

12

min saat

13

min saat

14

min saat

15

min saat

16

min saat

Tandatangan Penjaga Masa Tandatangan Ketua Hakim

................................................................. ...........................................................

( ) ( )

Tarikh : ............................................ Tarikh : .............................................

GILIRAN :

KATEGORI : Tarikh :

Solo : Solo :

10 markah 10 markah

8 markah 8 markah

6 markah 6 markah

6 markah 6 markah

Markah Penuh lagu 1 Markah Penuh lagu 2

Markah Diperolehi Markah Diperolehi

Tandatangan Hakim : ………….………………………. Tandatangan Ketua Hakim:…………………………………………….

( Nama : ) ( Nama : )

FNSS/6.1FNSS V.2018

Kejelasan sebutan

PERKARA DIHAKIMI MARKAH

40 40

Kualiti ton

Dinamik

10 markah

Kualiti ton

Kejelasan sebutan

10 markah

Dinamik

LAGU PERTAMA

Bintang

BAHAGIAN SUARA ( 40 MARKAH )

RENDAH MENENGAH

BORANG PENGHAKIMAN

FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TAHUN 2018M/1439H

Bintang

LAGU KEDUA

CATATAN/KOMEN CATATAN/KOMEN

Ketepatan pic, nada,

tempo dan frasa

Keseimbangan / harmoni

Ketepatan pic, nada, tempo

dan frasa

Keseimbangan / harmoni

PERKARA DIHAKIMI MARKAH

GILIRAN :

MENENGAH : RENDAH : Tarikh :

Solo : Solo :

Penjiwaan Lagu Penjiwaan Lagu

3 markah 3 markah

Markah Penuh lagu 1 Markah Penuh lagu 2

Markah Diperolehi Markah Diperolehi

Tandatangan Hakim : ………...……………………..………. Tandatangan Ketua Hakim:……………..……………….…….

( Nama : ) ( Nama : )

BAHAGIAN LAGU ( 25 MARKAH )

TAHUN 2018M/1439H

Solo

%

CATATAN/KOMEN

FNSS V.2018 FNSS/6.2

BORANG PENGHAKIMAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

25

3 markah

Keaslian Lagu ( Melodi)

Bintang Bintang

25

Kesesuaian Rentak dan Muzik

Iringan

Kreativiti

Solo PERKARA DIHAKIMI

Irama berunsur kontemporari

Kesesuaian Rentak dan Muzik

Iringan

4 markah

Keaslian Lagu ( Melodi)

8 markah

%

MARKAHCATATAN/KOMEN

LAGU PERTAMA LAGU KEDUA

3 markah

8 markah

7 markah

4 markah

MARKAH

Alunan Qasidah

7 markah

PERKARA DIHAKIMI

Irama Masri / unsur-unsur

irama Padang Pasir

GILIRAN :

MENENGAH : RENDAH : Tarikh :

Markah Penuh Lagu 1 Markah Penuh Lagu 2

Markah Diperolehi Markah Diperolehi

Tandatangan Hakim : ………………………………………………. Tandatangan Ketua Hakim:…………………………………………….

( Nama : ) ( Nama : )

FNSS V.2018 FNSS/6.3

LAGU KEDUA

20 20

LAGU PERTAMA

BORANG PENGHAKIMAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TAHUN 2018M/1439H

BAHAGIAN LIRIK ( 20 MARKAH )

PERKARA DIHAKIMI MARKAH CATATAN/KOMEN PERKARA DIHAKIMI MARKAH CATATAN/KOMEN

8 markah

Kesinambungan isi

Kejelasan mesej

2 markah

8 markah

Kesinambungan isi

Bahasa

4 markah

2 markah

6 markah

Bahasa

4 markah

Keberkesanan lirik

Kejelasan mesej

Keberkesanan lirik

6 markah

GILIRAN :

KATEGORI : Tarikh :

Bintang Bintang

Solo : Solo :

Markah Penuh lagu 1 Markah Penuh lagu 2

Markah Diperolehi Markah Diperolehi

Tandatangan Hakim : ………...……………………..………. Tandatangan Ketua Hakim:……………..……………….…….

( Nama : ) ( Nama : )

FNSS V.2018 FNSS/6.4

CATATAN/KOMEN

15 15

Etika

2 markah 2 markah

Ekspresi

MARKAH

2 markah 2 markah

Keberkesanan persembahan Keberkesanan persembahan

3 markah 3 markah

Etika

Ekspresi

Gaya dan penampilan Gaya dan penampilan

8 markah 8 markah

PERKARA DIHAKIMI MARKAH PERKARA DIHAKIMICATATAN/KOMEN

BORANG PENGHAKIMAN

FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TAHUN 2018M/1439H

BAHAGIAN PERSEMBAHAN ( 15 MARKAH )

LAGU PERTAMA LAGU KEDUA

RENDAH MENENGAH

Kategori Sekolah : REN / MEN Tarikh :

Hk 1 Hk 2 Hk 1 Hk 2 Hk 1 Hk 2 Hk 1 Hk 2 Hk 1 Hk 2 Hk 1 Hk 2 Hk 1 Hk 2 Hk 1 Hk 2

TANDATANGAN : DISEMAK OLEH :

PENYELARAS KEPUTUSAN 1 PENGERUSI JEMAAH HAKIM

……………………………………. …………………………………….

( Nama : ) ( Nama : )

PENYELARAS KEPUTUSAN 2

…………………………………….

( Nama : )

FNSS V.2018

Persem-

bahan

L2(15m)

JU

ML

AH Lirik

Tema

Terbaik

Lirik SP

Terbaik% RankL 2 (40m) L 1 (25m) L 2 (25m)

Suara

L 1 (40m)

GIL

IRA

N

NAMA KUMPULAN

Lagu Persem-

bahan

L1(15m)

FNSS/6.5

NEGERI

Lirik

L 1 (20m) L 2 (20m)Lagu

Terbaik

BORANG PENGHAKIMAN YANG DISATUKAN

FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TAHUN 2018M/1439H