hak cipta terpelihara

20
HAK CIPTA TERPELIHARA (COPYRIGHT)

Upload: pei-shang

Post on 12-Jun-2015

2.257 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hak cipta terpelihara

HAK CIPTA TERPELIHARA (COPYRIGHT)

Page 2: Hak cipta terpelihara

Maksud hak cipta

• Hak cipta (lambang internasional: ©, Unicode: U+00A9) adalah hak eksklusif Pencipta atau Pemegang Hak Cipta untuk mengatur penggunaan hasil penuangan gagasan atau informasi tertentu.

• Undang-undang yang melindungi hak cipta di Malaysia ialah Akta Hak Cipta 1981.

Page 3: Hak cipta terpelihara

Lambang hak cipta

Page 4: Hak cipta terpelihara

• Sesuatu karya adalah dilindungi secara automatik sebaik sahaja ia memenuhi syarat-syarat berikut:

a) Usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli.

b) Karya tersebut telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam bentuk bahan.

c) Penciptanya adalah orang yang berkelayakand) Karya tersebut telah dibuat di Malaysia atau

penerbitan pertama karya adalah di Malaysia.

Page 5: Hak cipta terpelihara

• Tujuan- Memberi hak ekskusif kepada pemilik untuk mengawal penggunaan karya, bahan cetak, filem dan klip video bagi satu tempoh yang ditetapkan daripada pemiliknya untuk apa jua cara pun.

Page 6: Hak cipta terpelihara

JANGKAMASA PERLINDUNGAN HAKCIPTA

Page 7: Hak cipta terpelihara

• Karya Sastera, muzik dan seniBagi karya sastera, muzik atau seni (selain daripada fotograf) maka hak cipta wujud semasa hayat pencipta dan lima puluh tahun selepas kematiannya.

• Karya yang diterbitkan selepas kematian penciptaJika sesuatu karya sastera, muzik atau seni (selain daripada fotograf) tidak pernah diterbitkan sebelum kematian penciptanya, maka hakcipta akan wujud hingga lima puluh tahun dari permulaan tahun kalendar berikutan dengan tahun karya itu mula-mula diterbitkan.

Page 8: Hak cipta terpelihara

• Karya yang diterbitkan tanpa nama atau dengan nama samaranJika sesuatu karya sastera, muzik atau seni (selain daripada fotograf) diterbitkan tanpa nama atau dengan menggunakan nama samaran, maka hakcipta akan wujud sehingga lima puluh tahun dari permulaan tahun kalendar berikutan dengan tahun karya itu mula-mula diterbitkan. Melainkan jika identiti pencipta diketahui kemudiannya, maka di sini jangkamasa hakcipta akan dikira sebagai sepanjang hayat pencipta dan lima puluh tahun selepas kematiannya.

Page 9: Hak cipta terpelihara

• Karya ciptaan bersamaDalam keadaan di mana dua orang atau lebih membuat satu karya yang boleh dikira sebagai karya ciptaan bersama, maka jangkamasa hakcipta adalah masih sepanjang hayat pencipta dan lima puluh tahun selepas kematiannya. Tetapi ia akan dikira berdasarkan kepada hayat salah seorang pencipta bersama itu yang terakhir sekali meninggal dunia di antara mereka.

• Edisi diterbitkanHakcipta mengenai sesuatu edisi diterbitkan akan wujud sehingga lima puluh tahun dari permulaan tahun kalendar berikutan dengan tahun yang edisi mula-mula diterbitkan.

• Rakaman bunyiHakcipta mengenai sesuatu rakaman bunyi akan wujud sehingga lima puluh tahun dari permulaan tahun kalendar berikutan dengan tahun yang rakaman itu mula-mula diterbitkan.

Page 10: Hak cipta terpelihara

• SiaranHakcipta mengenai sesuatu siaran akan wujud sehingga lima puluh tahun dari permulaan tahun kalendar berikutan dengan tahun yang siaran itu mula-mula dibuat.

• FilemHakcipta mengenai sesuatu filem akan wujud sehingga lima puluh tahun dari permulaan tahun kalendar berikutan dengan tahun yang filem itu mula-mula diterbitkan.

• Karya kerajaan dan badan antarabangsaHakcipta mengenai karya-karya kerajaan, pertubuhan kerajaan, dan badan antarabangsa akan wujud sehingga lima puluh tahun dari permulaan tahun kalendar berikutan dengan tahun yang karya itu mula-mula diterbitkan.

Page 11: Hak cipta terpelihara

CONTOH-CONTOH MELANGGAR HAK CIPTA

Page 12: Hak cipta terpelihara

Kesalahan-kesalahanMengeluarkan semula dalam bentuk menayang,

mempamer, melakukan, mengedarkan kepada awam, melalui kabel atau menyiarkan keseluruahan atau sebahagian bentuk asli atau terbitan.

Mengimport apa-apa artikel bagi tujuan perdagangan tanpa lesen pemilik hak cipta.

Page 13: Hak cipta terpelihara

Memiliki bagi apa-apa kegunaan selain daripada untuk kegunaan persendirian dan domestik (dalam negara sendiri), apa-apa salinan langgaran.

Mengimport ke dalam Malaysia, selain daripada kegunaan persendirian dan domestiknya, sesuatu salinan langgaran.

Membuat atau ada dalam miliknya apa-apa perekaan yang digunakan atau bertujuan untuk digunakan bagi maksud membuat salinan langgaran.

Page 14: Hak cipta terpelihara

Kesalahan memintasi Teknologi Memintas atau menyebabkan dipintas apa-apa langkah

teknologi yang berkesan.Membuang atau mengubah apa-apa

maklumat pengurusan hak elektronik tanpa kebenaran.Mengedarkan, mengimport untuk pengedaran atau

penyampaian kepada orang awam, tanpa kebenaran, karya atau salinan karya yang berkenaan dengannya maklumat pengurusan hak elektronik telah dibuang atau diubah tanpa kebenaran.

Page 15: Hak cipta terpelihara

Akta Hak Cipta 1987

Tujuan akta ini di kuatkuasakan adalah untuk melindungi pendapatan yang bakal diperolehi pencipta dan penerbit sesuatu karya.

Hak-Hak Eksklusif Pencipta:1- Karya tidak boleh dikeluarkan semula2- Karya tidak boleh disampaikan kepada awam3- Karya tidak boleh digunakan dalam awam4- Karya tidak boleh diedarkan dalam salinan5- Karya tidak boleh disewa secara komersial

Page 16: Hak cipta terpelihara

Jenis-jenis karya yang dilindungi oleh Akta ini ialah:

1-Karya sastera 2-Karya muzik 3-Karya seni 4-Filem 5-Rakaman bunyi 6-Siaran

Page 17: Hak cipta terpelihara

Penguatkuasaan

• Antara ciri - ciri unik yang terdapat dalam Akta Hakcipta 1987 ialah kewujudan kuasa untuk menguatkuasakan Akta tersebut.

• Akta ini memperuntukkan bahawa seorang pegawai polis boleh, dengan waran yang dikeluarkan oleh majistret, memasuki rumah atau premis pada bila-bila masa untuk mencari serta menyita apa-apa salinan langgaran hak cipta dan menggunakan kekerasan bagi menggeledah tempat itu.

Page 18: Hak cipta terpelihara

Jenis-jenis HukumanSeseorang yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman-hukuman berikut:-

• Dalam hal kesalahan (a) hingga (f), denda tidak kurang RM2,000 dan tidak melebihi RM20,000 bagi setiap salinan langgaran, atau penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan bagi apa-apa kesalahan kali kemudian, denda tidak kurang dari RM4,000 dan tidak melebihi RM40,000 bagi setiap salinan langgaran untuk kesalahan kedua dan seterusnya.

• Hukuman penjara juga boleh dikenakan tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya iaitu denda dan hukuman penjara.

Page 19: Hak cipta terpelihara

• Dalam hal kesalahan (h) hingga (j), denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan bagi apa-apa kesalahan kali kemudian, denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Page 20: Hak cipta terpelihara

Dibentangkan oleh:

Chang Pei ShangLian Chia Min

4PISMP- SN/ PJ/ PC