hadith soheh.docx

13
Hadis Sohih, Hasan, Dhoif, Hikmah Pengertian Hadis Sahih menurut Ibnu Al- Salah : 1. hadis yang sanad di mana sanadnya bersambung daripada riwayat perawi yang adil lagi dhabit hingga kepada kesudahannya, tanpa ada kejanggalan syaz dan kecacatan ‘illah. (An-Nawawi) 2. hadis yang bersambung sanadnya daripada riwayat perawi yang adil lagi dhabit tanpa sebarang kecacatan dan kejanggalan. (Ibnu kathir) 3. hadis yang bersanad yang bersambung sanadnya daripada riwayat perawi yang adil lagi dhabit daripada perawi yang adil lagi dhabit sehingga berkesudahan kepada rasulullah saw atau kesudanhannya daripada sahabat atau selainnya, tanpa terdapat syaz, atau tertolak, atau kecacatan ketara. Syarat umum hadis sohih bersambung sanad hadis, periwayatnya bersifat adil, periwayatnya adalah dhabit, Hadisnya tidak syaz dan hadisnya tidak mempunyai illah. Syarat hadis sahih menurut imam as-suyuti, Lima syarat wajib dalam kategori hadis sahih : 1. bersambung sanad hadis. Iaitu tidak terputus-putus pada mana-mana tabaqat @ peringkat hingga sampai kepada rasulullah s.a.w. Menurut pendapat imam al-Bukhari, seseorang yang hendak meriwayatkan hadis daripada rasulullah s.a.w mestilah pernah hidup sezaman dengan baginda dan berjumpa dengan baginda walaupun sekali. 2. periwayatnya hendaklah adil. 3. periwayatnya hendaklah dhabit (kuat ingatan). 4. hadisnya tidak syaz. (hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang thiqah tidak bertentangan dengan perawi yang lebih thiqah daripadanya/tidak janggal).

Upload: wan-muhd-nizar

Post on 15-Dec-2015

73 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HADITH SOHEH.docx

Hadis Sohih, Hasan, Dhoif, Hikmah

Pengertian Hadis Sahih menurut Ibnu Al- Salah :

1. hadis yang sanad di mana sanadnya bersambung daripada riwayat perawi yang adil lagi dhabit hingga kepada kesudahannya, tanpa ada kejanggalan syaz dan kecacatan ‘illah. (An-Nawawi)

2. hadis yang bersambung sanadnya daripada riwayat perawi yang adil lagi dhabit tanpa sebarang kecacatan dan kejanggalan. (Ibnu kathir)

3. hadis yang bersanad yang bersambung sanadnya daripada riwayat perawi yang adil lagi dhabit daripada perawi yang adil lagi dhabit sehingga berkesudahan kepada rasulullah saw atau kesudanhannya daripada sahabat atau selainnya, tanpa terdapat syaz, atau tertolak, atau kecacatan ketara.

Syarat umum hadis sohih bersambung sanad hadis, periwayatnya bersifat adil, periwayatnya adalah dhabit, Hadisnya tidak syaz dan hadisnya tidak mempunyai illah.

Syarat hadis sahih menurut imam as-suyuti,

Lima syarat wajib dalam kategori hadis sahih :

1. bersambung sanad hadis. Iaitu tidak terputus-putus pada mana-mana tabaqat @ peringkat hingga sampai kepada rasulullah s.a.w. Menurut pendapat imam al-Bukhari, seseorang yang hendak meriwayatkan hadis daripada rasulullah s.a.w mestilah pernah hidup sezaman dengan baginda dan berjumpa dengan baginda walaupun sekali.

2. periwayatnya hendaklah adil. 3. periwayatnya hendaklah dhabit (kuat ingatan). 4. hadisnya tidak syaz. (hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang thiqah

tidak bertentangan dengan perawi yang lebih thiqah daripadanya/tidak janggal). 5. hadisnya tidak mempunyai ‘illah (tiada kecacatan). Jikalau sesuatu hadis didapati

tidak memenuhi syarat-syarat yang disebutkan, maka martabat hadis mungkin akan menurun kepada hasan bahkan dhaif.

Pembahagian Hadith Sahih:

1. Sahih Lizatihi (sempurna) 2. Sahih Lighairihi (kurang sempurna) bahagian hadis sahih (hadis maqbul)

Page 2: HADITH SOHEH.docx

Sahih Lizatihi : hadis yang sahih dengan sendirinya tanpa diperkuat dengan keterangan lain. memenuhi syarat-syarat hadis sahih seperti yang disebutkan. contoh hadis : "tangan di atas (memberi) lebih baik dari tangan di bawah (menerima)." (h.r bukhari dan muslim).

Sahih Lighairihi : hadis yang tidak mencapai tahap tertinggi dalam sesetengah syaratnya. Hadis yang sahihnya kerana diperkuat dengan keterangan lain. contohnya : hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang adil tetapi kurang mantap ingatannya. Dengan kekurangan tersebut, ianya turun menjadi Hasan Lizhatihi. Apabila terdapat riwayat yang lain menyokongnya dan memberi kekuatan kepada hadis tersebut, ia meningkat menjadi Sahih Lighairihi. Oleh itu, hadis Sahih Lighairihi pada asalnya adalah hadis Hasan Lizhatihi yang memberikan tahap kekuatannya dengan terdapat riwayat dan jalan yang lain.

Huraian : seperti yang disebut oleh Ibnu Salah adalah hadis yang diriwayatkan oleh Muhammad Bin Amr daripada Abu Salamah daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "kalau tidak kerana akan menyusahkan ke atas umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka supaya bersugi (siwak) setiap kali hendak solat. " (h.r hasan). Contoh hadis sahih lighairihi

Tingkatan Hadis Sahih

Tingkatan atau martabat Hadis Shahih itu bergantung tinggi dan rendahnya kepada ke-dhabit-an dan keadilan para perawinya.

Para muhadissin membahagikan tingkatan sanad menjadi tiga iaitu:

Pertama : Ashah Al-Asanid iaitu rangkaian sanad yang paling tinggi darjatnya. Seperti periwayatan sanad dari imam malik bin anas dari nafi’ mawla (mawla = budak yang telah dimerdekakan) dari ibnu umar.

Kedua : Ahsan Al-Asanid, iaitu rangkaian sanad hadis yang yang tingkatannya dibawah tingkat pertama diatas. Seperti periwayatan sanad dari hammad bin salamah dari tsabit dari anas.

Ketiga : Ad’af Al-Asanid, iaitu rangkaian sanad hadis yang tingkatannya lebih rendah dari tingkatan kedua. Seperti periwayatan suhail bin abu shalih dari ayahnya dari abu hurairah.

Page 3: HADITH SOHEH.docx

Kedudukan Hadis Sahih mengikut karangan yang masyhur tertib keutamaan adalah 7 tingkat iaitu:

1. Kitab/hadis yg telah disepakati kesahihannya oleh syaikhan iaitu Imam Bukhari dan Imam Muslim (muttafaqun 'alaihi).

2. Kitab/hadis yg hanya diriwayatkan oleh Imam Bukhari. 3. Kitab/hadis yg hanya diriwayatkan oleh Imam Muslim. 4. Kitab/hadis yg menepati syarat Imam Bukhari dan Imam Muslim walaupun

mereka berdua tidak meriwayatkan di dlm sahih masing-masing. 5. Kitab/hadis yg mengandungi hadis sahih yang menepati syarat Imam Bukhari

sahaja tetapi tidak dimasukkan ke dlm kitab sahihnya. 6. Kitab/hadis yg mengandungi hadis sahih yang menepati syarat Imam Muslim

sahaja tetapi tidak dimasukkan ke dlm kitab sahihnya.7. Hadis yg bertaraf sahih menurut pandangan ulama selain drpd keduanya tetapi

tidak menepati syarat salah seorang drpd mereka (cth : Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dll.)

Hukum Beramal Dengan Hadis Sahih

Para ulama bersepakat mengatakan Hadis Sahih adalah WAJIB beramal dengannya secara mutlak. Ia juga merupakan salah satu daripada hujah syarak dan diterima pakai dalam menjelaskan dan menentukan hukum syarak mengenai halal dan haram serta untuk mentafsirkan al-Quran.

Huraian hukum beramal

1- Hadis tersebut adalah sahih dan wajib membuat hukum dengannya apabila terdapat di dlm kedua-dua kitab sahih bukhari dan muslim, sebagaimana pendapat yg dipilih oleh Ibnu Solah serta menetapkan kesahihannya.

2- Wajib beramal dgn setiap hadis sekalipun tidak dikeluarkan oleh bukhari dan muslim, sebagaimana pendapat ibnu hajar di dlm huraian kitab An- Nakhbah.

3- Hendaklah diterima kesahihannya sekalipun tiada yg beramal dengannya, sebagaimana pendapat al-qasimi di dlm kitab kaedah-kaedah meriwayatkan hadis, iaitu Qawaid At-Tahdis.

4- Tidak terhalang utk beramal selepas menerima hadis yg sahih jika diketahui tidak terdapat hukum yg membatalkan atau tiada perselisihan jumhur ulama atau tiada pertembungan, bahkan hendaklah beramal dengannya sehinggalah terdapat suatu ayat al-qur'an atau hadis yg melarang, maka hendaklah diperhatikan padanya terlebih dahulu.

Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam kitab shahih- nya jilid 4 halaman 18 : kitab Al- Jihad Wa As-Siyar, Bab Ma Ya’udzu Min Al-Jubni : . Contoh hadis sahih

Page 4: HADITH SOHEH.docx

Maksud hadis : Telah menceritakan kepada kami Musaddad, telah menceritakan kepada kami Mu’tamir, ia berkata; aku mendengar ayahku berkata; aku mendengar Anas Bin Malik r.a berkata, Rasulullah saw berdo’a ; ya allah,aku memohon kepada-mu perlindungan dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut dan dari kepikunan, dan aku memohon kepada-mu perlindungan dari fitnah (ujian) di masa hidup dan mati, dan memohon kepada-mu perlindungan dari azab di neraka.

Hadis tersebut di atas telah memenuhi persyaratan sebagai hadis sahih, kerana :

1. Ada sanad nya hingga kepada rasulullah saw. 2. Ada persambungan sanad dari awal sanad hingga akhirnya. Anas bin Malik

adalah seorang sahabat, telah mendengarkan hadis dari nabi saw. Sulaiman bin Tharkhan (ayah Mu’tamir), telah menyatakan menerima hadis dengan cara mendengar dari anas. Mu’tamir, menyatakan menerima hadis dengan mendengar dari ayahnya. Demikian juga guru al-Bukhari yang bernama Musaddad, ia menyatakan telah mendengar dari Mu’tamir, dan Bukhari -rahimahullah- juga menyatakan telah mendengar hadis ini dari gurunya. Huraian terjemahan

3. Menepati syarat keadilan dan ke dhabitan dalam para periwayat di dalam sanad mulai dari sahabat, iaitu Anas bin Malik r.a hingga kepada orang yang mengeluarkan hadis, iaitu imam bukhari. Anas bin Malik ra, beliau termasuk salah seorang sahabat nabi saw, dan semua shahabat dinilai adil. Sulaiman bin Tharkhan (ayah mu’tamir), dia siqah abid (terpercaya lagi ahli ibadah). Mu’tamir, (siqah) Musaddad bin Masruhad (siqah). Al-Bukhari – penulis kitab as-shahih-, namanya adalah Muhammad bin Isma’il al-Bukhari, dia dinilai sebagai Jabal Al-Hifdzi (gunung hafalan), dan Amirul Mu’minin Fil Hadis. • hadis ini tidak syadz(bertentangan dengan riwayat lain yang lebih kuat. • hadis ini tidak ada illah-nya.

Page 5: HADITH SOHEH.docx

Hadis Hasan

Pengertian • Ibn Al-Salah –

pertama : Hadis yang tidak sunyi sanadnya dari perkara-perkara yang terlindung di mana tidak tercapai keahlian periwayatan hadis, asal sahaja perawinya tidak termasuk dalam kalangan yang banyak kesalahan yang diriwayatkannya, tidak berdusta, atau sebab-sebab lain yang menyebabkan beliau fasiq, di samping ia diriwayatkan melalui jalan lain.

kedua : Hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang terkenal lagi amanah namun tidak sampai ke peringkat perawi hadis sahih kerana kekurangan dari segi hafazan dan ketelitian.(Ibn Al-Jawzi)

Hadis yang terdapat sedikit kelemahan serta andaian sesuai diamalkan”. (Ibn Al-Hajar) • “ jika kurang dari segi ingatannya ia adalah hadis hasan li zatih…

Kesimpulannya: Hadis Hasan ialah hadis yang bersambung sanadnya dan diriwayatkan oleh perawi yang adil tetapi kurang mantap ingatannya daripada riwayat perawi yang sama keadaannya hingga kesudahan sanad tanpa ada syaz dan terhindar daripada ‘illah.

Kedudukan Hadis Hasan Dan Hukum Beramal Dengannya

Menurut pendapat ulama, kedudukan dan hukum beramal dengan hadis sahih adalah sebagaimana berikut : –

Menurut pendapat majoriti ahli hadis, wajib beramal dengan hadis hasan. Berhujah dengan hadis hasan lizatih dan hasan lighayrih sama dengan hadis sahih tetapi darjat perawinya tidak mencapai darjat perawi hadis sahih.

Menurut pendapat minoriti ahli hadis, seperti ibn hibban, al-hakim, dan ibn khuzaimah, kedudukan hadis hasan adalah setaraf dengan hadis sahih. Walaubagaimanapun, mereka juga tetap meletakkan darjat hadis sahih lebih tinggi dan mestilah diutamakan terlebih dahulu apabila berlaku pertentangan di antara keduanya.

Syarat-syarat hadis hasan

perawinya bersifat adil. perawinya bersifat dhabit(walaupun tidak mencapai taraf dhabit hadis sahih) sanadnya bersambung dari awal hingga akhir riwayat. tidak berlaku sebarang syaz atau kejanggalan. • tidak ada sebarang ‘illah

padanya, iaitu tidak cacat.

Page 6: HADITH SOHEH.docx

Pembahagian hadis hasan • hasan lizatih. – hadis yang mempunyai salsilah sanad bersambung yang diwakili oleh para perawinya yang adil tetapi kurang sedikit kedhabitannya dari dhabit hadis sahih, namun tidak janggal dan tidak ada kecacatan.

Hasan Li Ghairih. – hadis yang tidak diketahui dengan jelas keadaan perawinya dari sudut sifat dan kelayakan perawi, sama ada perawi itu kuat atau lemah. – walau bagaimanapun, perawi hadis Hasan Lighairih bukanlah seorang yang pelupa, juga tidak banyak melakukan kesalahan dalam periwayatan hadis, juga tidak ada kecacatan, tidak dituduh melakukan pemalsuan atau pembohongan pada hadis serta bukan seorang yang fasik.

Merupakan hadis dha’if, tetapi diangkat taraf kepada hasan lighairih kerana disokong oleh hadis lain atau riwayat lain yang sama pada lafaz dan maknanya.

Hadis Hasan Lizatih : maksudnya : Imam Al-Tirmizi meriyatkan melalui jalan sanad Muhammad Bin ‘Amru, daripada Abu Salamah daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w telah bersabda : sekiranya tidak kerana bimbang menjadi bebanan terhadap umatku, nescaya aku akan memerintahkan mereka agar bersugi setiap kali hendak menunaikan solat.

Dalam rangkaian sanad ini, perawi yang bernama Muhammad Bin ‘Amru kurang sempurna penjagaan hadisnya sebagai perawi dhabit, dimana hafalannya kurang baik.

Hasan Li Ghairih: hadis ini asalnya hadis dai’f tetapi ia turut diriwayatkan oleh Al-Dar Qutni dan Al-Hakim yang menyokong hadis ini bertaraf Hasan Lighairih.

Hadis mardud (hadis dhaif) martabat hadis dan hukum beramal (oleh : Fatihah Ab Rahman)

Pengertian • dari segi bahasa: – bermaksud lemah, lawan kepada kuat. • dari segi istilah ahli hadis : – menurut Ibnu Al-Salah : setiap hadis yang tidak menepati syarat-syarat Hadis Sahih dan juga syarat Hadis Hasan. – ia adalah hadis yang gugur satu atau lebih syarat-syarat maqbul.

Sebab Hadis Dhaif lemah (sudut hujah) tidak cukup syarat-syarat sahih terdapat kecacatan atau illat periwayatannya kurang dhabit sanad tidak bersambung terdapat kegagalan atau syaz

Jenis-jenis hadis dhaif 2 sebab utama (1) sanad gugur. (2) tuduhan terhadap perawi.

Hukum beramal 1) pendapat yang dipelopori oleh Ibn Al-Arabi (Mazhab Maliki), Al-Bukhari, Muslim Dan Ibn Hazm (Bermazhab Syafie) : “ Tidak harus beramal dengan hadis dhaif secara muthlak, sama ada hadis itu berkaitan dengan perundangan atau hukum dan sama ada berkaitan fadhail al-a’mal.

Page 7: HADITH SOHEH.docx

2) pendapat Imam Ahmad : “ jika berkaitan dengan galakan dan ancaman, kami tidak terlalu ketat mengenai sanadnya. Imam ahmad akan meriwayatkan hadia tersebut dengan menyebut semua perwainya ( jika tiada yang thiqah untuk hujah). “ untuk beramal dengan perkara berkaitan kelebihan amalan soleh sahaja ( spt kelebihan bacaan aq & kelebihan zikir)

3) pendapat Imam Al-Nawawi Dan Ibn Hajar Al-Asqalani: “hadis dhaif boleh dijadikan hujah dalam perkara berhubung dengan fadhail ‘amal, kisah-kisah, galakan dan ancaman serta seumpamanya. “ tidak boleh dijadikan hujah syarak kerana tidak boleh digunakan sebagai dalil dalam perkara : akidah, hukum dasar.”

Syarat beramal • menurut pendapat Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani : 1) hadis ini asalnya boleh beramal spt tilawah al-Quran dan berdoa. 2) hadis ini tidak mensabitkan hukum syarak / menjelaskan sifat-sifat Allah. ( tidak berkaitan akidah&hukum hakam)

Syarat beramal 3) ia bukan hadis palsu (mawdu’). 4) hendaklah berhati-hati dari sudut pegangan ketika beramal dengannya.

Hikmah mengetahui jenis-jenis hadis disediakan oleh : morfarahin bt hamdan

Mengelakkan pendustaan (sekalipun tanpa sengaja) dalam hadis • antara kepentingan mempelajari hadis ialah untuk mengelakkan berlakunya pendustaan kepada nabi s.a.w. Pendustaan kepada nabi s.a.w. Merupakan dosa yang sangat besar, bahkan melebihi dosa berzina lagi. Dalam satu hadis yang mutawatir, yang diriwayatkan oleh berpuluh- puluh orang sahabat, nabi s.a.w. Bersabda: ertinya: “sesiapa yang sengaja berdusta ke atasku (mereke-reka sabdaan yang aku tidak sabdakan), maka tempahlah tempatnya di dalam neraka”.

Hadis adalah sebaik-baik ilmu • ilmu hadis merupakan ilmu yang paling penting dan paling mulia. Dan orang-orang yang berkecimpung secara mendalam dalam ilmu ini merupakan orang-orang pilihan allah. Perkara ini diakui oleh para ulamak.

• menilai hukum sesuatu hadis. Jika hadis itu sahih, maka wajib diamalkan, dan jika tidak, maka tidak wajib diamalkan. • mengetahu sejauh mana tahap kesahihan dan kedhaifan sesuatu hadis. Ini kerana, ada juga hadis dhoif yang boleh menjadi “hasan lighairih”, lalu ia juga mesti diamalkan. Dan juga hadis dhoif boleh diamalkan untuk kelebihan amalan, jika ia tidak terlalu dhoif.

• mencari pendapat yang lebih tepat tentang hukum sesuatu hadis, jika berlaku khilaf di kalangan ilamak tentang status hukumnya. • mengelakkan daripada kesilapan dalam aqidah atau amalan, bila mengamlkan hadis yang tidak diketahui kesahihannya. • tidak mahu secara tidak sengaja menyebarkan hadis yang sudah tidak boleh disebarkan seperti hadis palsu atau yang terlalu dhoif

Page 8: HADITH SOHEH.docx

Contoh Hadis Hasan Li Dzatihi

�ن� �مان عن� م�حم�د� ب ي ل �ن� س� �دة� ب ا عب ن �ب� حد�ث ي �ر �وك ب ا ا ن حد�ثول� س� : قال ر مة عن� ابي هريرة قال ل �ي س ب

عم�ر�وعن� أ�ي م�ت

� ق� على أ ش� ن� أ أ و�ال : ل �م ل �ه� وس ي �ه� عل �ه� صل�ى الل الل ة� .)الترمذي) �ل6 صال �د ك ن واك� ع� �الس6 �ه�م� ب ت مر� أل

Terjemah:(Kata Tirmidzi): “Telah menceritakan kepada kami, Abu Kuraib, telah menceritakan kepada kami Abdah bin Sulaiman, dari Muhammad bin Amr, dari Abi Salamah, dari Abi Hurairah ia berkata: telah bersabda Rasulullah saw, “Jika aku tidak memberatkan umatku, niscaya aku perintahkan mereka untuk bersiwak pada saat setiap hendak shalat.”

Jika diteliti sanad hadis ini, dari Tirmidzi sampai kepada Nabi saw semua bersambung, yakni setiap rawi mendengar atau mendapat khabar langsung dari gurunya. Rawi pertama sampai terakhir semua adil dan dhabith, kecuali Muhammad bin Amr, seorang yang adil tetapi kedhabithannya kurang, kerana lemah hafalannya.

Hadis tersebut tidak ada kejanggalan (syadz) dan cacat (‘illat). Oleh kerana ada Muhammad bin Amr tersebut, hadis tersebut dinamakan Hasan Li Dzatihi. 

Page 9: HADITH SOHEH.docx

Contoh Hadis Hasan li Ghairihi

�ي ب �ن� أ ز�يد ب �م< عن� ي ي ا ه�ش ن �ع� حد�ث �ي �ن� من ح�مد� اب ا ا ن حد�ث

�ن� اء� ب ر �ب �لى عن� ال ي �ي ل ب �ن� أ ح�من� ب �د� الر� اد� عن� عب ز�ي

D �م حقEا ل �ه� وس ي �ه� عل �ه� صل�ى الل ول� الل س� عاز�ب� قال قال ر�ج�م�عة� و�م ال �وا ي ل س� غ�ت ن� ي �م�ين أ ل �م�س� الترمذي() على ال

Terjemah: Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Mani’, telah menceritakan kepada kami Husyaim, dari Yazid bin Abi Ziyad, dari Abdurrahman bin Abu Laila, dari al-Bara’ bin `Azib, ia berkata, telah bersabda Rasulullah saw: “Sesungguhnya satu kewajiban atas orang-orang Islam mandi pada hari Jum’at.” (Tirmidzi):

Sanad hadis tersebut adalah; Tirmizdi, Ahmad bin Mani’, Husyaim, Yazid bin Abi Ziyad, Abdurrahman bin Abi Laila, Bara’ bin `Azib, Rasulullah saw.

Rawi-rawi yang ada dalam sanad ini, semua orang kepercayaan, kecuali Husyaim terkenal sebagai mudallis (rawi yang menyamarkan). Oleh itu, maka sanadnya dianggap tidak terlalu lemah, kerana dia juga merupakan orang kepercayaan. Tetapi hadis ini juga dikuatkan dengan sanad lain, riwayat Tirmidzi juga, yakni; Tirmidzi, Ali bin Hasan al-Kufi, Abu Yahya Ismail bin Ibrahim at-Taimi, Yazid bin Abi Ziyad, Abdurrahman bin Abi Laila, Bara’ bin Azib, Rasulullah saw. 

Rawi-rawi dalam sanad ini semua juga merupakan orang kepercayaan, kecuali Abu Yahya, seorang yang dianggap lemah, tetapi boleh diterima hadis yang ia riwayatkan. Oleh kerana sanad yang pertama tersebut dibantu oleh sanad kedua, maka hadis tersebut dinamakan hadis Hasan Li Ghairihi.