hadis pilihan

Upload: anonymous-m6msjk

Post on 10-Jan-2016

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

silakan

TRANSCRIPT

PENTAZKIRAH : FAZRUL ::: 07 JULAI [ SELASA ]Daripada Anas bin Malik, daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda:

"Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan kecapi kemanisan iman: Apabila Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selain keduanya. Apabila dia mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah. Dan dia benci kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dilempar ke dalam neraka"

-Hadis Riwayat Bukhari-

PENTAZKIRAH : HAZIQ ::: 08 JULAI [ RABU ]Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Janganlah kalian saling memarahi, saling mendengki, saling membelakangi, dan jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara.Tidak halal bagi seorang muslim untuk memutus hubungan dengan saudara muslimnya lebih dari tiga hari."-Hadis Riwayat Muslim-

PENTAZKIRAH : YAAKUB ::: 09 JULAI [ KHAMIS ]Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda:

"Terdapat tujuh golongan yang akan dinaungi Allah, (salah satunya) adalah seseorang yang berzikir kepada Allah hingga menitiskan air matanya."-Hadis Riwayat Bukhari-

PENTAZKIRAH : ALFIAN ::: 13 JULAI [ ISNIN ]

Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhani beliau berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (apabila berbuka), dia mendapat seperti pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa berkurangnya pahala orang yang berpuasa sedikitpun"Abu 'Isa berkata; "Ini merupakan hadits hasan shahih."

-Hadis Riwayat Tarmizi-