ghulam al dakwah

101
Ghulam al-Dakwah (Iman dan Harakah)- Bhgn 1 Kata Pengantar Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya buku ini dapat menemui pembaca. Semoga dengan kehadirannya, akan memberi nafas dan idea baru yang diambil daripada peristiwa yang telah berlaku kepada pendakwah dan juga gerakan dakwah. Judul asal buku ini ialah Ghulamud Dakwah.. Tetapi penterjemah menamakannya Iman dan Harakah setelah mendapat persetujuan mengubahnya daripada pengarang. Gabungan peristiwa yang telah berlaku berdasarkan kisah yang diceritakan oleh Rasulullah dengan realiti dakwah han ini, dan pengajaran yang diutarakan, dikemukakan dalarn bentuk cukup menarik. Ia sudah tentu mengembalikan kepercayaan para daie bahawa sejarah yang telah berlaku adalah bekalan berharga untuk mereka meneruskan perjuangan para Rasul. Di antara perkara yang diberi penekanan ialah kepentingan tarbiah terhadap generasi baru, tribulasi, tarbiah, perancangan, penentangan golongan toghut, pelbagaikan peranan daie dan penyusunan tenaga mereka, thabat, sekitar kepimpinan, persoalan doa, dakwah umum, dakwah fardiah dan pemilihan anasir, peranan wanita dalarn dakwah, kerahsiaan dan pengisytiharan dalarn dakwah, pemisahan dan pertentangan di antara kebenaran dan kebatilan, Dharurah Syar’iyyah dan Maslahah serta garis panduannya, dan Karamah serta garis panduan syarak. Nota kaki dalam buku ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama diletak di setiap muka surat yang mengandungi kenyataan yang memerlukan penjelasan lanjut (nota kaki). Kebiasaannya, ia ditulis oleh pengarang dan penterjemah, dan menjelaskan perkara yang diperlukan segara oleh pembaca untuk memahami teks berkenaan. Bahagian kedua pula dikumpulkan di muka surat terakhir dan kebanyakkannya melibatkan takhrij hadis.

Upload: rotikosong1

Post on 15-May-2017

298 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ghulam Al Dakwah

Ghulam al-Dakwah (Iman dan Harakah)- Bhgn 1

Kata Pengantar

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya buku ini dapat menemui pembaca. Semoga dengan kehadirannya, akan memberi nafas dan idea baru yang diambil daripada peristiwa yang telah berlaku kepada pendakwah dan juga gerakan dakwah.

Judul asal buku ini ialah Ghulamud Dakwah.. Tetapi penterjemah menamakannya Iman dan Harakah setelah mendapat persetujuan mengubahnya daripada pengarang. Gabungan peristiwa yang telah berlaku berdasarkan kisah yang diceritakan oleh Rasulullah dengan realiti dakwah han ini, dan pengajaran yang diutarakan, dikemukakan dalarn bentuk cukup menarik. Ia sudah tentu mengembalikan kepercayaan para daie bahawa sejarah yang telah berlaku adalah bekalan berharga untuk mereka meneruskan perjuangan para Rasul.

Di antara perkara yang diberi penekanan ialah kepentingan tarbiah terhadap generasi baru, tribulasi, tarbiah, perancangan, penentangan golongan toghut, pelbagaikan peranan daie dan penyusunan tenaga mereka, thabat, sekitar kepimpinan, persoalan doa, dakwah umum, dakwah fardiah dan pemilihan anasir, peranan wanita dalarn dakwah, kerahsiaan dan pengisytiharan dalarn dakwah, pemisahan dan pertentangan di antara kebenaran dan kebatilan, Dharurah Syar’iyyah dan Maslahah serta garis panduannya, dan Karamah serta garis panduan syarak.

Nota kaki dalam buku ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama diletak di setiap muka surat yang mengandungi kenyataan yang memerlukan penjelasan lanjut (nota kaki). Kebiasaannya, ia ditulis oleh pengarang dan penterjemah, dan menjelaskan perkara yang diperlukan segara oleh pembaca untuk memahami teks berkenaan. Bahagian kedua pula dikumpulkan di muka surat terakhir dan kebanyakkannya melibatkan takhrij hadis.

Hadith mengenai Ahli Sihir, Rahib dan Ghulam (Dalam Kitab Sunan Tarmizi)

Mahmud bin Ghailan dan Abdun bin Hamid menceritakan kepada kami dengan cerita yang mernpunyai makna yang sama, kedua-duanya berkata; Abdur Razak menceritakan kepada kami daripada Ma’mar daripada Shabit al-Banaani daripada Abdur Rahman bin Abu Laila daripada Suhaib bahawa beliau berkata;

“Rasulullah (s.a.w) apabila bersembahyang Asar, baginda menggerakkan dua bibirnya seolah-olah baginda bercakap. Dikatakan kepada baginda; “Kamu wahai Rasulullah, apabila kamu bersembahyang Asar, karnu menggerakkan dua bibirmu seolah-olah kamu

Page 2: Ghulam Al Dakwah

bercakap. Maka baginda bersabda: “Salah seorang daripada para nabi merasa ajaib dengan umatnya lalu dia berkata; “Siapakah yang akan mengendalikan urusan mereka?! Maka Allah mewahyukan kepadanya supaya memberikan mereka pilihan sama ada membunuh diri atau dikuasai oleh musuh. Mereka pun memilih membunuh din. Maka kematian berleluasa di kalangan mereka. Pada suatu hari berlaku tujuh puluh ribu kematian.”

Suhaib berkata; “Apabila Rasulullah menyebut hadis ini, baginda akan menceritakan hadis yang lain.”Baginda (s.a.w) bersabda; Terdapat seorang raja di kalangan raja-raja yang rnempunyai seorang tukang nujum’ yang berkhidmat kepadanya, Tukang nujum [1] tersebut berkata; “Carilah untukku seorang ghulam yang mudah memahami atau dia berkata; yang cerdik dan cepat faham supaya aku dapat rnengajarnya ilmu aku mi, Sesungguhnya aku bimbang aku akan mati dan ilmu ini tiada yang mewarisinya serta tiada seorang pun di kalangan kamu yang mengetahuinya.”

Baginda bersabda lagi; “Mereka pun mencarinya berdasarkan kepada ciri-ciri yang disebutkan dan ghulam yang dijumpai diperintahkan supaya menemui tukang nujum tersebut dan sentiasa mendatanginya. Maka ghulam tersebut pun berulang-alik menemuinya. Di perjalanan, terdapat seorang rahib yang beribadat di gerejanya. Ma’mar (salah seorang perawi hadis ini) berkata; “Mereka yang berada di dalam gereja ketika itu adalah golongan muslimin.”

Baginda bersabda lagi; “Ini menjadikan ghulam sentiasa bertanyakan rahib tersebut setiap kali dia melaluinya. Keadaan tersebut berterusan sehinggalah rahib menceritakan kepadanya dan berkata; “Sesungguhnya aku menyembah Allah.”

Baginda bersabda lagi; “Ini menjadikan ghulam berhenti untuk berjumpa rahib dan lewat menemui tukang nujum. Tukang nujum pun menceritakan kepada keluarga ghulam dengan mengatakan; “Dia lewat datang menemuiku.” Ghulam menceritakan perkara ini kepada rahib lalu dia menjawab; ‘Apabila kamu ditanya oleh tukang nujum; Di mana kamu sebelum ini?. Jawablah; Bersama-sama keluargaku. Apabila keluargamu bertanya di mana kamu sebelum ini?, beritahulah mereka bahawa kamu bersama-sama dengan tukang nujum.

Baginda bersabda lagi; “Keadaan tersebut berterusan sehinggalah pada suatu hari dia melalui sekumpulan ramai manusia yang tertahan disebabkan seekor binatang. Sebahagian mereka mengatakan bahawa binatang tersebut adalah singa.” Sabda baginda; “Maka ghulam pun mengambil seketul batu lalu berdoa; “Ya Allah, sekiranya apa yang diperkatakan oleh rahib adalah benar, maka aku pinta daripada-Mu untuk membunuh binatang mi.” Dia pun melontarnya, maka binatang tersebut mati dan orang ramai tertanya-tanya; Siapakah yang membunuh binatang ini?

Page 3: Ghulam Al Dakwah

Sebahagian mereka menjawab; “Ghulam”. Maka manusia menjadi takut. Mereka berkata; “Sesungguhnya ghulam ini telah mengetahui suatu ilmu yang tidak diketahui oleh sesiapa pun.”Baginda menambah lagi; ‘Peristiwa ini diketahui oleh seorang buta, lalu beliau berkata kepada ghulam; Sekiranya kamu dapat mengembalikan penglihatanku, kamu akan mendapat sekian-sekian. Ghulam menjawab; “Aku tidak memerlukan semua itu daripada kamu, tetapi apakah pandangan kamu sekiranya penglihatanmu dikernbalikan kepadamu. Apakah kamu akan beriman kepada orang yang mengembalikannya?”. Beliau menjawab; “Ya.” Maka ghulam pun berdoa kepada Allah, lalu Allah mengembalikan penglihatannya. Dengan itu si buta beriman. Keimanan mereka diketahui oleh raja dan mereka dipanggil mengadap lalu raja berkata; “Aku akan membunuh kamu semua dengan cara yang berbeza-beza.”

Maka dibawa rahib dan si buta, lalu diletakkan gergaji di tengah-tengah kepala salah seorang daripada mereka, kemudian dia dibunuh. Seorang lagi dibunuh dengan cara yang lain. Selepas itu, arahan ditujukan kepada ghulam; “Bawa dia ke bukit sekian-sekian. Campaklah dia dari puncaknya.” Mereka pun mebawa ghulam menuju bukit tersebut. Apabila mereka sampat ke tempat tuju, mereka semua jatuh daripada bukit kecuali ghulam. Kemudian dia pulang menemui raja.

Selepas itu, raja memerintahkan supaya dia dibawa ke laut dan dicampakkan ke dalamnya. Maka dia dibawa ke laut, lalu Allah menenggelamkan mereka yang bersamanya dan menyelamatkannya. Selepas itu ghulam berkata kepada raja; “Kamu tidak akan dapat rnembunuh aku sehinggalah kamu menyalib dan memanahku. Kamu hendaklah berkata ketika memanahku; “Dengan nama Allah, Tuhan ghulam ini.”

Baginda (s.a.w) menyambung lagi; “Maka raja pun memerintahkan supaya dilakukan apa yang dicadangkan lalu ghulam disalib. Kemudian raja memanahnya sambil berkata; “Demi Allah, Tuhan ghulam ini.” Sabda baginda lagi; “Lalu ghulam meletakkan jarinya pada bahagian di antara mata dan telinganya. Selepas itu, dia pun meninggal. Dengan itu, orang ramai pun berkata; “Sesungguhnya ghulam ini mengetahui suatu ilmu yang tiada sesiapa pun yang mengajarnya. Dengan itu kami beriman dengan Tuhan ghulam ini.”

Baginda bersabda lagi; “Dikatakan kepada raja; “Apakah tuanku merasa resah gelisah ketika tiga orang tidak mengikut tuanku. Sesungguhnya alam seluruhnya telah menentang tuanku.” Baginda meneruskan cerita; “Maka parit pun digali. Kemudian dikumpulkan kayu api di dalamnya lalu dinyalakan. Selepas itu orang ramai pun dikumpulkan, lalu raja berkata; “Sesiapa yang kembali kepada agama asalnya, kami akan selamatkan dia. Sesiapa yang enggan, kami akan campakkan dia ke dalarn api ini.” Kemudian mereka pun dicampakkan ke dalam parit tersebut.

Baginda bersabda; “Allah telah berfirman “Telah dibinasakan orang-orang yang membuat parit. (Pari) api yang dipenuhi bahan bakaran. (Mereka dilaknat) ketika

Page 4: Ghulam Al Dakwah

mereka duduk di kelilingnya. Dan mereka menyaksikan apa yang mereka lakukan terhadap orang-orang yang beriman. Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin melainkan kerana mereka beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.”

Sabda baginda lagi; “Mengenai ghulam, dia telah dikebumikan.” Disebut bahawa pada zaman pemerintahan Umar bin al-Khattab, mayatnya dijumpai dan didapati jarinya masih berada pada bahagian di antara mata dan telinganya sebagaimana ketika dia dikebumikan.Abu Isa berkata; “Hadis ini adalah hadis hasan gharib.”

Huraian Imam An-Nawawi.

Imam Nawawi berkata ketika menghuraikan hadis yang terdapat dalam kitab Sahih Muslim ini; “Hadis ini membuktikan kebenaran keramat para wali. Di dalamnya juga mengandungi hukum harus berbohong ketika dalam peperangan dan seumpamanya, dan ketika ingin menyelamatkan diri daripada kebinasaan sama ada dirinya atau orang lain. laitu diri yang diharamkan daripada dibunuh.”

Biografi Perawi Hadis.

Pertama-tamanya saya (pengarang kitab) akan kemukakan biogrofi ringkas mengenai perawi hadis iaitu sahabat Rasulullah ; Suhaib al-Rumi.Beliau ialah Suhaib bin Sanan bin Malik bin Amru bin Uqail bin Amir bin Handalah bin Khuzaimah bin Kaab bin Saad bin Aslam. Dia berasal dan Yaman.Bapa atau bapa saudaranya berkhidmat kepada Kisra sebagai tukang solek. Mereka tinggal di Dajlah, Musil. Dikatakan di Furat. Rom telah menyerang negeri mereka dan menjadikan mereka sebagai tawanan. Ketika itu, Suhaib masih kecil. Beliau tinggal bersama-sama orang Rom untuk beberapa ketika. Kemudian, beliau dibeli oleh Bani Kilab dan di bawa ke Mekah. Selepas itu, beliau dibeli oleh Ibnu Jad’aan dan beliau dibebaskan. Beliau tinggal di Mekah untuk beberapa ketika. Dikatakan bahawa beliau Iari dari Rom ketika beliau telah besar dan cerdik menuju ke Mekah. Di Mekah beliau mengikat perjanjian keamanan dengan Ibnu Jad’aan. Oleh itu beliau digelar sebagai ar-Rumi.

Keislamannya.

Beliau menganut Islam selepas Rasulullah (s.a.w.) diutuskan sebagai rasul. Beliau adalah di antara golongan yang pertama menganut Islam. Al-Waaqidi berkata; “Beliau dan Ammar memeluk Islam pada hari yang sama iaitu selepas Islamnya lebih daripada tiga puluh orang lelaki. Beliau adalah di antara mustadh’afin Mekah yang diseksa di jalan Allah.”

Hijrahnya.

Page 5: Ghulam Al Dakwah

Beliau berhijrah selepas beberapa hari Rasulullah (s.a.w.) berhijrah. Beliau tiba di Madinah bersama-sama Ali bin Abu Talib pada pertengahan bulan Rabiul Awwal. Nabi (s.a.w) ketika itu berada di Qaba’.

Ibnu Jauzi dan Ibnu Kathir menceritakan kisah hijrah beliau dengan mengatakan bahawa beliau telah diekori oleh sekumpulan musyrikin untuk menghalangnya daripada berhijrah. Apabila beliau menyedarinya, beliau mengambil bekas anak panahnya dan diletakkan di hadapannya sambil berkata; “Demi Allah! Sesungguhnya kamu semua telah mengetahui bahawa aku adalah seorang pemanah yang mahir. Demi Allah! Kamu tidak akan dapat menghampiriku sehinggalah aku memerangi kamu semua dengan kesemua anak panahku ini. Kemudian aku akan perangi kamu dengan pedangku sehingga aku terbunuh. Sekiranya kamu inginkan harta, aku akan tunjukkan di manakah hartaku. Hartaku tersimpan di tempat sekian-sekian. Mereka pun meninggalkan beliau dan mengambil hartanya. Ketika beliau tiba di Madinah, baginda (s.a.w.) bersabda kepadanya; “Jual beli Abu Yahya (Shuaib) telah mendapat keuntungan” dan Allah menurunkan firman-Nya;

‘Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana rnencari keredhaan Allah semata-mata dan Allah pula amat belas kasihan terhadap hamba-hambaNva.” (al-Baqarah: 207)

Al-Hakim juga menceritakan kisah yang sama di dalam al-Mustadrak. Beliau berkata; “Sahih berdasarkan kepada syarat Imam Muslim.”

Kelebihannya.

1) Ibnu ‘Ilan telah berkata di dalam kitab Dalil Falihin ketika menyatakan biografi Suhaib; Daripada Anas secara marfu’ ; “Orang yang mula-mula menganut Islam ialah empat orang; di kalangan Arab ialah aku, di kalangan Rum ialah Suhaib, di kalangan Farsi ialah Salman dan di kalangan Habsyah ialah Bilal.”

2) Beliau menyertai semua peperangan bersama Rasulullah (s.a.w.). Ibnu Jauzi mengatakan; Suhaib berkata; Rasulullah (s.a.w.) tidak keluar berperang kecuali aku akan menyertainya. Baginda tidak mengambil bai’ah kecuali aku akan menghadirinya. Baginda tidak menghantar kumpulan tentera kecuali aku menghadirinya. Baginda tidak berperang dalam sesuatu peperangan dari awal hingga akhir kecuali akan berada di kiri atau di kanannya. Apabila apa yang mereka takuti berada di hadapan mereka, maka aku akan berada di hadapan mereka. Begitu juga jika sebaliknya. Aku tidak pernah menjadikan Rasulullah berada di antaraku dan musuh sehinggalah Rasulullah (s.a.w.) diwafatkan oleh Allah Ta’ala.

Page 6: Ghulam Al Dakwah

3) Apabila Khalifah Umar ditikam, beliau mewasiatkan supaya Suhaib menyembahyangkannya. Dan supaya Suhaib mengimami sembahyang Muslimin sehinggalah ahli Syura melantik orang lain.

4) Beliau meriwayatkan sebanyak tiga puluh buah hadis daripada Rasulullah. Imam Muslim meriwayatkan daripadanya sebanyak tiga hadis, manakala Imam Bukhari tidak meriwayatkan daripadanya.

Di antara sifat-sifatnya.

Ibnu Kathir berkata; “Warna kulit beliau adalah tersangat merah. Seorang yang tidak tinggi dan tidak rendah, bulu matanya bersambung, rambutnya lebat, lidahnya terikat dengan kepekatan lidah ajnabi. Kelebihan dan agamanya diselangi dengan gurauan, jenaka dan berlapang dada.”

Diriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) melihatnya memakan mentimun muda sedangkan salah satu matanya sakit. Baginda bersabda; “Kamu memakan mentimun muda sedangkan matamu sakit? Beliau menjawab; “Aku makan menggunakan mataku yang sihat.” Maka Rasullah (s.a.w) ketawa.

Kematiannya.

Beliau meninggal (semoga Allah rneredhainya) di Madinah pada tahun 38H. Dikatakan pada tahun 39H. Ketika itu beliau berusia sembilan puluh tiga tahun. Ibnu Kathir menyebut di dalam kitab aI-Bidayah wa al-Nihayah, bahawa beliau meninggal pada tahun 38H dan disebut perselisihan pendapat yang berlaku.

Manhaj penulisan buku ini:

1) Menyalin hadis yang diriwayatkan oleh ulama hadis berdasarkan Sahih Muslim, Sunan Tarmizi dan Musnad Imam Ahmad. Selepas itu saya merujuk huraian Imam Nawawi terhadap hadis riwayat Muslim.

2) Memastikan betul apa yang disandarkan kepada para ulama mengenal perkara yang saya anggap penting dalam menghuraikan hadis ini.

3) Hadis riwayat Muslim merupakan asas dalam menghuraikan hadis in Selepas itu saya menyebut perselisihan atau penambahan dalam meriwayatkan hadis ini yang terdapat dalam riwayat lain pada setiap petikan hadis. Saya juga menyebut kesan langsung perselisihan atau penambahan tersebut dan melakukan komentar terhadapnya.

4) Saya juga menyebut makna dan segi bahasa bagi kalimah-kalimah yang susah difahami di samping menyebut rujukannya. Begitu juga dengan hukum-hukum fiqh dan

Page 7: Ghulam Al Dakwah

pendapat ulama ketika mereka menghurai hadis mi. Semua ini disebut pada setiap petikan hadis.

5) Dalam menghurai hadis ini, setiap petikan hadis,saya bahagikannya kepada dua bahagian. Bahagian pertama mengandungi matan hadis, makna kalimah dan pengajaran dan kajian secara langsung yang jelas dapat dilihat melalul nas hadis beserta komentarnya. Bahagian kedua pula di bawah tajuk : Pengajaran Di Sudut Dakwah mengandungi pengajaran dan kajian secara tidak langsung yang terdapat di dalam nas hadis, ataupun cuba membawa sesuatu yang baru dan memperluaskan skopnya dalam membincangkan perkara-perkara yang telah disebutkan di bahagian pertama, ataupun komentar terhadap masalah-masalah penting yang ada hubungan dengan tajuk yang dlperbincangkan.

6) Di akhir perbincangan, saya iringi dengan satu tajuk kecil Setiap Orang Mempunyai Peranannya” untuk menjelaskan persoalan tugas dan pembahagiannya dalam amal Islami. Kemudian saya menyebut rujukan dan kandungan buku.

[1] Mereka yang mendakwa mengetahui rahsia atau perkara ghaib. (Mu’jam Arabi Asasi. pent.)

Page 8: Ghulam Al Dakwah

Ghulam Dakwah (Iman dan Harakah) - Bhgn 2Huraian Hadis {1}

“Di zaman sebelum kamu ada seorang raja yang mempunyai seorang ahli sihir.”

Dalam riwayat Tirmizi:

“...Raja tersebut mernpunyai seorang tukang nujum yang berkhidmat kepadanya...

1) Nabi (s.a.w) tidak menyebut masa, tempat dan nama peribadi yang terlibat dalam kisah ini. Ini supaya yang tinggal hanyalah pengertian (ma’ani) hadis dan hadis kekal dalam keumumannya; tidak dikaitkan dengan masa dan tempat. Dan supaya pengalaman dakwah yang dapat dicungkilkan daripada kisah dapat dimanfaatkan oleh semua masyarakat sehingga berlakunya kiamat.

2) Nabi (s.a.w) telah menghubungkan di antara pengalaman ini dengan realiti dakwah dan jamaah di zaman baginda melalui sabdanya “sebelum kamu”. Ini seolah-olah Rasulullah (s.a.w.) bersabda kepada para sahabat dan muslimin selepas mereka; “Ini adalah kisah saudara kamu di sisi Allah di zaman dulu. Inilah pengalaman mereka menghadapi kebatilan. Belajar dan ambillah pengajaran yang terdapat di dalamnya.”

3) Nabi (s.a.w.) menjelaskan dalam hadis di atas bahawa sistem pemerintahan di dalam masyarakat tersebut adalah sistem yang rosak. Ini disebabkan ia dibina di atas asas hawa nafsu dan kezaliman. Di sana terdapat raja yang menegakkan kerajaannya di atas asas sihir, tukang nujum dan paksaan. Kerajaan yang tertegak di atas asas-asas tersebut tidak akan berjaya selama-lamanya di dunia dan di akhirat.

Sihir menipu akal fikiran dan menukar hakikat sesuatu benda. Tukang sihir akan menggunakan ilmunya dalam menafsirkan semua perkara sesuai dengan kehendak dan hawa nafsu raja. Begitu juga dalam membawa masyarakat kepada kejahilan dan khurafat. Semua ini dilakukan supaya ketaghutan yang berlaku tidak disedari dan untuk membenarkan ketuhanan raja. Al-Quran telah menjelaskan perkara ini ketika menceritakan mengenai Firaun yang bermaksud;

“(Dengan yang demikian) Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka patuh kepadanya, kerana sesungguhnya mereka adalah kaurn yang fasik.” (Az-Zukhruf ; 44)

Manakala paksaan pula adalah kezaliman dan penguasaan terhadap jiwa dan tubuh badan. Hasilnya, orang ramai akan tunduk dan takut serta menyerahkan segalanya kepada kehendak raja, ini dilakukan melalui tekanan dan azab apabila sihir tidak lagi mampu rnenguasai akal, pemikiran dan kebebasan (paksaan dan kezaliman ini dapat dilihat dengan jelas melalui sambungan hadis ini).

Page 9: Ghulam Al Dakwah

Sesungguhnya semua sistern pemerintahan yang tidak dibina berdasarkan syariat langit dan hukum Allah, maka ia semestinya akan terbina berdasarkan hawa nafsu dan kezaliman sekalipun bentuknya adalah berbagai-bagai, sekalipun dilakukan dalam bentuk undang-undang dan teori-teori yang menipu. Perkara ini berlaku pada zaman moden ini di semua negara (Islam ataupun bukan Islam). Ia adalah seperti yang disebut oleh Haflz Ibrahim;

Kezaliman berlaku di kalangan. kita tanpa tersusun,Maka pendokongnya menyusun sehingga kezaliman menjadi tersusun.

Huraian Hadis [2]

“Apabila ahli sihir tersebut telah tua, dia berkata kepada raja ; “Usiaku telah lanjut, berilah kepadaku seorang ghulam untuk aku ajarkan kepadanya sihir". Maka diberikan kepadanya seorang ghulam untuk diajarkan ilmu sihir kepadanya.

Dalam riwayat Tirmizi;

“Carilah untukku seorang ghulam yang mudah memahami atau dia berkata; yang cerdik dan cepat faham supaya aku dapat mengajarnya ilmu aku ini. Sesungguhnya aku bimbang aku akan mati dan ilmu ini tiada yang mewarisinya serta tiada seorang pun di kalangan kamu yang mengetahuinya.

1) Hadis di atas menampakkan keprihatinan ahli sihir dan kebimbangannya daripada bilangnya ilmu sihir dan kedudukannya di dalam sistem pemerintahan. Oleh itu dia mengingatkan usianya yang lanjut kepada raja dan meminta seorang ghulam untuk dia mengajar ilmunya itu supaya risaIah sihirnya berpanjangan dan penguasaannya terhadap negara berterusan. Ia tidak akan berkubur dengan matinya ahli sihir (atau tukang nujum).

2) AhIi sihir telah meminta ghulam yang mempunyai ciri-ciri khusus iaitu mempunyai kemampuan untuk memahami, cerdik, bijak dan bersedia untuk menerima ilmu dan pengajaran. Ini kerana setiap tugas dan pekerjaan terdapat mereka yang layak untuk memikulnya. Semakin besar tugas, susah dan penting, maka ciri-ciri yang sesuai dengannya adalah lebih tinggi, mendalam dan kuat.

3) Raja telah memperkenankan permintaan ahli sihir. Dia telah memilih seorang ghulam yang sesuai dan menghantarnya kepada ahli sihir supaya dia belajar daripadanya.

Pengajaran Di Sudut Dakwah.

Page 10: Ghulam Al Dakwah

1) Ahli batil banyak berkorban dan mencurahkan tenaga mereka untuk menjayakan kebatilan mereka. Mereka juga meletakkan perancangan untuk itu. Inilah sebagaimana yang dilakukan oleh ahli sihir dalam kisah ini. Golongan sosialis berusaha menyebarkan aqidah mereka yang sesat. Mereka berkorban, dipenjara dan berjuang kerananya. Golongan kristian pula menyediakan mereka yang akan meninggalkan negara menuju ke kawasan padang sahara dan hutan belantara demi mengajak manusia kepada aqidah mereka yang batil dan menyeleweng. Negara-negara kristian membelanjakan harta dan jiwa untuk menjaga dan menyebarkan agama mereka, Manakala golongan yahudi pula, mereka bekerja siang malam, bergerak di seluruh dunia untuk menguasai dunia secara terang-terangan tanpa segan silu lagi. Di manakah muslimin dalam hal ini? Sedangkan merekalah pembawa obor-obor kebenaran yang jelas dan al-Quran yang mulia.

Apakah mereka terdiri daripada para pemerintah yang zalim dan fasik, atau kafir yang keluar daripada agama, ataupun mereka adalah pemaksiat yang bergelumang dengan dosa dan noda, dan orang-orang jahil pendokong dajal dan khurafat. Mereka adalah majoriti dan pembawa kebenaran adalah minoriti. Sebahagian mereka pula hanya bersembahyang dan berpuasa. Selepas itu, mereka tidak pedulikan apa yang berlaku. Yang lain pula hanya sibuk bercakap tanpa beramal. Golongan daie pula sedikit, tapi malangnya mereka sibuk bercakaran sesama sendiri. Sepatutnya mereka memusatkan tenaga menghadapi kebatilan yang mengepung dan memerangi mereka.

Sesungguhnya bekerja untuk agama ini, berkorban demi penegakan kalimah Allah dan berjihad demi ketundukan semuanya kepada Allah adalah kewajipan terbesar, tanpanya Islam tidak akan memiliki daulah (pelindung) dan tidak berfungsi di dalam realiti kehidupan manusia sebagaimana sepatutnya. Muslimin hendaklah memahami realiti mi. Mereka hendaklah meneliti kembali hati-hati mereka, nasib mereka, realiti kehidupan mereka dan mereka hendaklah cepat-cepat kembali kepada Allah sebagai seorang pekerja, pejuang dan hanya menjadikan Allah sebagai tujuannya dengan mengenepikan semua selainnya. Firman Allah yang bermaksud;

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan kepada kamu suatu perniagaan yang akan menyelamatkan kamu dan azab yang pedih? (laitu) kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya serta kamu berjihad pada jalan Allah dengan harta benda kamu dan diri-diri kamu. Itulah yang lebih baik kepada kamu, sekiranya kamu mengetahui. Nescaya Allah akan mengampuni dosa -dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga Adn’. Itulah keuntungan yang besar, Dan yang lain yang kamu sukai (ialah) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira itu kepada orang-orang mukmin. Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong-penolong ugama) Allah sepertimana Nabi Isa ibni Maryam berkata kepada pengikut-pengikutnya: ‘Siapakah yang menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan ugama) Allah?”, penolong-penolongnya menjawab: “Kamilah penolong-penolong (ugama) Allah”, maka berimanlah segolongan

Page 11: Ghulam Al Dakwah

dan Bani Israel dan segolongan lagi kufur. Maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman ke atas musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang". ( al-Saf ; 10-14)

2) Peranan generasi baru dan pemuda dalam membawa sebarang bentuk dakwah dan ideologi adalah terlalu besar bahkan merekalah sebagai tiang seri dan bekalannya. Oleh itu, prihatin terhadap mereka, mendidik dan menyediakan mereka untuk membawa risalah dakwah dan jihad adalah tidak boleh diabaikan. Ahli sihir (contoh ahli batil) memahami pengertian ini. Dia tidak meminta danipada raja seorang yang telah berusia atau tua tetapi yang dipinta ialah seorang ghulam. Ini disebabkan pemuda dan generasi baru mempunyai kemampuan untuk menerima, belajar, diberi tunjuk ajar dan tarbiah. Juga kerana rnereka mudah untuk mengubah tradisi dan adat serta kefahaman mereka. Begitu juga kerana kemampuan yang tinggi dan kekuatan semangat sebagai penolak untuk bergerak yang mereka miliki. Apabila seorang pemuda diajar dan ditarbiah, maka dia adalah lebib bertenaga untuk bergerak dan bekerja dengan bersungguh-sungguh serta mendapatkan formula- formula baru. Zaman kita ini telah memperlihatkan berbagai contoh yang jelas terhadap perkara ini.

3) Jepun yang telah dihancurkan dalam perang dunia kedua, tetapi mereka memberikan tumpuan kepada usaha menanam aqidah mereka yang batil ke dalam jiwa generasi baru dan pemuda, kemudiannya latihan, pembelajaran, mencipta, kerajinan dan kesungguhan serta perancangan. Natijahnya (dalam masa kurang daripada 50 tahun) ialah sebagaimana yang kita lihat pada hari ini. Begitu juga dengan Jerman yang dikalahkan dan dipecahduakan selepas peperangan, pada hari ini (khususnya selepas bersatunya Jerman) muncul sebagai salah sebuah negara yang maju dari sudut teknologi dan ekonomi. Amerika pula dianggap sebagi contoh yang jelas untuk progam-program tarbiah, pembelajaran dan penyediaan generasi baru dan pemuda sama ada dan segi tubuh badan, pengetahuan dan kejiwaan. Contoh lain lagi ialah negara-negara Timur yang maju. Di Rusia, diwujudkan perkumpulan pemuda dan generasi baru. Begitu juga dengan manhaj pembelajaran di sekolah dan universiti yang sentiasa melakukan persiapan untuk generasi akan datang.

Begitulah sebaliknya. Keruntuhan sesuatu bangsa atau masyarakat adalah berpunca daripada runtuhnya aqidah dan rosaknya pemuda mereka. Zaman kita ini juga dipenuhi dengan jenis ini yang terdiri daripada ‘perang murah’ dan tipu daya. Contohnya jelas dapat dilihat melalui apa yang berlaku di negara dunia ketiga (khususnya negara Islam). Perkara ini tidak memerlukan kepada penjelasan lanjut.

Rasulullah (s.a.w.) sendiri telah memberikan perhatiannya kepada pemuda dan generasi baru. Bagmda bersabda;

“Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang ketika berumur tujuh tahun. Pukullah kerananya ketika berumur sepuluh tahun dan pisahkanlah tempat tidur di antara mereka.

Page 12: Ghulam Al Dakwah

“Seorang lelaki menunjuk-ajarkan anaknya adalah lebih baik daripada dia bersedekah dengan segantang.”’

Bahkan Islam telah memberikan perhatian kepada anak-anak sebelum daripada itu lagi. Ia bermula semenjak detik-detik pertama bayi berada di dunia. Tarbiah, pembelajaran dan pengajaran tidak terpisah dan berterusan daripadanya sehingga dia menemui ajal.

Imarn Ibnu Qayyim aI-Jawziah berkata: “Diriwayatkan oleh Hakim... daripada Ikrimah. Ibnu Abbas menceritakan kepada kami bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud;

"Bukalah kalimah pertama kepada bayi kamu dengan “Tiada Tuhan Melainkan Allah” dan ajarkanlah mereka ketika hendak mati dengan “Tiada Tuhan Melainkan Allah”

Beliau berkata lagi: Sufian al-Thauri berkata; “Seorang lelaki boleh memaksa anaknya mempelajari hadis kerana dia bertanggungjawab terhadapnya. Sesungguhnya mempelajari hadis adalah suatu kemuliaan. Sesiapa yang inginkan dunia dengan sebabnya, dia akan mendapatinya. Sesiapa yang inginkan akhirat dengan sebabnya, dia juga akan mendapatinya".

Abdullah bin Umar berkata: "Berilah tunjuk ajar kepada anak kamu, Kamu adalah bertanggung jawab terhadapnya. Apa yang kamu tunjuk ajarkan dan apa yang kamu mengajarnya, itulah yang bertanggung jawab terhadap kebaikan dan ketaatannya kepada kamu.”

Proses tarbiah berterusan sehinggalah ibadah yang dilakukan oleh anak menjadi penyejuk mata dan hati kepada kedua ibubapanya. Inilah yang dinyatakan oleh ahli-ahli tafsir.

Ibnu Qaiyim berkata: “al-Hasan bertanyakan Kathir bin Ziyad mengenai firman Allah yang bermaksud; “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dan isteri-isteri dan zuriat-zuriat kami perkara-perkara yang menyejukkan hati melihatnya.” Beliau berkata: Wahai Abu Said, apakah yang dimaksudkan ‘menyejukkan hati melihatnya’?, apakah ia dunia atau di akhirat? Beliau menjawab: Bahkan Demi Allah! Di dunia. al-Hasan bertanya: Apakah dia? Beliau menjawab: Demi Allah! Ia adalah seseorang yang melihat isterinya, saudaranya dan sanak saudaranya berada dalam ketaatan kepada Allah. Demi Allah! Tidak ada sesuatu yang lebih disukai oleh seorang muslim lebih daripada dia melihat anaknya, orang tuanya, sanak saudaranya atau saudaranya berada dalam ketaatan kepada Allah.”

Proses tarbiah dan pembelajaran berterusan. Apabila bayi meningkat usianya menjadi seorang ghulam, maka tugas tersebut semakin besar. Memberi perhatian dalam pentarbiahan dan pembelajaran di peringkat ini adalah amat terlalu penting. Perhatikanlah hadis “Suruhlah anak-anak kamu... yang telah lepas. Mengubah cara

Page 13: Ghulam Al Dakwah

kepada memukul ketika berumur sepuluh tahun membuktikan kebenaran apa yang saya nyatakan. Kemudian perhatikan pula kepada kata-kata Ibnu Qaiyim aI-Jauziah dalam masalah ini. Beliau berkata;

“Ketika usianya meningkat sepuluh tahun, kekuatan, akal dan kemampuannya untuk melakukan ibadat bertambah. Oleh itu dia dipukul apabila meninggalkan solat sebagaimana arahan Rasulullah (s.a.w.). Pukulan ini adalah untuk memberi tunjuk ajar dan latihan, Ketika itu juga keupayaan membeza dan mengetahui mencapai tahap kekuatannya.

Oleh itu ramai di kalangan ahli fikah yang mewajibkan beriman ketika itu dan dia akan dihukum apabila meninggalkannya. Pendapat ini dipilih oleh Abu Khitab dan lainnya. Ia merupakan pendapat yang sangat kuat. Hukum ini tetap berlaku sekalipun hukum cabang (furuk) tidak ditaklifkan kepadanya. Ini kerana dia telah diberikan alat untuk mengetahui Pencipta dan mengakui ketauhidan-Nya, membenarkan rasul-Nya, mampu untuk mengetahui yang seumpamanya dan mengkaji dalil-dalilnya sebagaimana dia mampu untuk memahami pelbagai ilmu dan pekerjaan. Oleh itu kekufurannya dengan Allah dan rasul-Nya tidak boleh diterima sedangkan dalil-dalil yang membawa kepada beriman kepada Allah dan rasul-Nya jelas berada pada setiap ilmu dan pekerjaan yang dipelajarinya. Allah berfirman;

“Dan diwahyukan kepadaku al-Quran mi, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan al-Quran itu.” (al-An aam ; 19)

OIeh itu sesiapa yang sampai kepadanya seruan al-Quran dan mampu memahaminya, maka dia diberi amaran dengannya. Manakala hadis-hadis yang menyuruh menguji kanak-kanak, orang yang kurang akal dan pengsan adalah hadis-hadis yang menyuruh supaya menguji mereka yang tidak mampu menerima Islam. Mereka ini akan membuktikan kepada Allah dengan hujah-hujah mereka bahawa dakwah tidak sampai kepada mereka dan mereka tidak mampu untuk memahami Islam. Mereka yang mampu memahami selok-belok pekerjaan dan ilmu pula tidak boleh mengemukakan hujah ini kepada Allah. Hukum-hakam tidak dikenakan ke atas mereka di dunia tidak bermakna mereka juga tidak dikenakan di akhirat, ini adalah pendapat yang diriwayatkan daripada Ubai dan kawan-kawannya. Ia berada di kemuncak kekuatan".

Al-Asfahani menyebut: “al-Mansur mengutus utusannya berjumpa dengan Bani Umaiyah yang dipenjarakan untuk bertanyakan kepada mereka: Apakah yang amat memedihkan mereka di dalam penjara? Mereka menjawab: Semua perkara yang tidak dapat kami lakukan untuk mentarbiah anak-anak kami”.

Allahlah yang melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka yang berkata;

Generasi baru membesar di kalangan kami,

Page 14: Ghulam Al Dakwah

di bawah naungan kebiasaan bapanya.

Keagamaan itu bukanlah dengan sangkaan, tetapiKebiasaannya beragama adalah lebih menghampirinya.

Dan mereka yang berkata;

Tunjuk ajar berkesan kepada anak-anak ketika kecil,Apabila besar, tunjuk ajar tidak mendatangkan apa-apaRebung apabila dibetulkan, ia menjadi betul,Jangan pula kamu perbetulkan buluh sekalipun untuk mencuba.

Sauqi berkata;

Yatim bukanlah mereka yang bapanyamati dan meninggalkannya dalam keadaan hina.Yatim ialah mereka yang mempunyaiibu yang mencuaikannya atau bapa yang sibuk.

Ustaz Hasan al-Banna telah berkata; Sesungguhnya fikrah akan berjaya apabila keyakinan kepadanya kuat, keikhlasan dalam membawanya sempurna, semangat dalarn memperjuangkannya meningkat dan adanya kesediaan untuk berkorban dan bekerja demi merealisasikannya. Keempat-empat rukun ini iaitu keyakinan, keikhlasan, semangat dan beker:ja hampir-hampir menjadi ciri-ciri pemuda. Ini kerana asas keyakinan ialah akal yang cepat memahami, asas ikhlas ialah hati yang bersih, asas semangat ialah kuat kehendak dan asas bekerja ialah muda keazaman. Kesemua ini tidak dimiliki kecuali oleh pemuda.

Saya (penulis kitab) ingin mengakhiri perbincangan petikan hadis ini dengan mengatakan;

Sesungguhnya para pendakwah Islam, mereka adalah golongan yang mampu (dengan izin Allah) untuk mengembalikan sesuatu ke tempatnya dan menyelamatkan para pemuda ummah daripada dipersia-siakan serta merancang latihan yang dapat menyediakan mereka. Ini boleh berlaku dengan memberi penumpuan kepada generasi baru dan para pemuda sama ada lelaki maupun perempuan dalam pelbagai bidang. Juga dengan menyediakan manhaj tarbiah Islamiah yang ilmiah dan praktikal untuk setiap peringkat. Kemudian pemilihan mereka yang ke depan (lelaki dan perempuan) di kalangan mereka serta mereka yang mempunyai kemampuan yang tinggi dilakukan untuk diberikan program khusus dan intensif demi menyuburkan kemampuan mereka dan memperkembangkannya. Kerja ini dilakukan melalui usaha yang berterusan dan tarbiah yang tertumpu. Hanya beberapa tahun selepas itu (dengan izin Allah) akan wujud generasi muslim yang kuat dan bersungguh serta mampu untuk membina ummah Islamiah yan dicitakan, Semua ini di sisi Allah tidaklah payah.

Page 15: Ghulam Al Dakwah

Ghulam Dakwah (Iman dan Harakah)-Bahagian 3Huraian Potongan Hadis {3}

‘Di perjalanannya menuju kepada ahli sihir terdapat seorang rahib, maka ghulam bertemu dengannya dan mendengar pengajarannya.” (Riwayat Muslim)

Dalam riwayat Tarmizi:

“Di perjalanan, terdapat seorang rahib yang beribadat di gerejanya. Ma’mar (salah seorang perawi hadis ini) berkata; “Mereka yang berada di dalam gereja ketika itu adalah golongan muslimin.” Baginda bersabda lagi; “Ini menjadikan ghulam sentiasa bertanyakan rahib tersebut setiap kali dia melaluinya. Keadaan tersebut berterusan sehinggalah rahib menceritakan kepadanya dengan katanya; “Sesungguhnya aku menyembah Allah.” Baginda bersabda lagi; “Ini menjadikan ghulam berhenti untuk berjumpa dengan rahib.”

Marilah kita berhenti sejenak memikirkan petikan ini yang mengandungi banyak pengertian dan pengajaran.

1) Mereka yang memerhati petikan ini akan menimbulkan persoalan di mindanya; ‘Bagaimanakah hubungan di antara ghulam dan rahib mula terjalin? Untuk menjawabnya, di sana ada beberapa kemungkinan,

Pertama: Ghulam, ketika dalam perjalanannya, dia memerlukan sesuatu atau berhajatkan pertolongan seperti minuman, makanan, tempat berehat dan berteduh dan sebagainya. Maka dia mendapati rumah rahib atau ada orang lain yang menunjukkan kepadanya. Dengan itu rahib pun memberikan pertolongan yang diperlukan dan melayannya dengan baik serta melakukan perbincangan dengannya. Maka ghulam merasa senang hati terhadap rahib tersebut. Jiwanya mula tertarik kepada rahib itu dan dia mula menghadiri majlis rahib dan mendengar pengajarannya.

Kedua: Rahib memerhatikan ghulam yang setiap hari melalui jalan yang berhampiran dengan rumahnya. Kemungkinan dia bertanyakan orang ramai mengenai ghulam tersebut, keadaannya dan keluarganya. Dengan itu dia merancang untuk berkenalan dan mengikuti perkembangannya. Suatu ketika datanglah peluang yang dinantikan. Maka rahib menggunakan peluang tersebut untuk melayannya dengan baik, berbual dan berbincang dengannya sehinggalah ghulam merasa senang hati dengan rahib. Dengan itu ghulam pun sentiasa menemuinya dan mendengar pengajarannya.

Ketiga: Ghulam telah mendengar beberapa syubhat (kekeliruan) atau tohmahan yang disebarkan oleh orang ramai terhadap rahib yang sedang beribadat itu. Ataupun mereka memberi amaran kepadanya supaya tidak berjumpa dengan rahib disebabkan dia sentiasa melalui jalan yang berdekatan dengan rumah rahib. Oleh kerana perkara yang diceritakan adalah keterlaluan, maka ghulam dengan sengaja datang berjumpa rahib

Page 16: Ghulam Al Dakwah

untuk mengetahui hakikat yan sebenar. Maka rahib berkenalan dengannya, melayannya dengan baik, bercakap dan berbincang dengannya sehingga dia merasa senang hati dengan rahib dan tertarik kepadanya. Dengan itu dia mula menemuinya dan mendengar pergajarannya.

Pengajaran Di Sudut Dakwah.

1) Daie (pendakwah) wajib berlemah lembut dengan orang ramai. Kalau tidak dia akan bersikap kasar dan keras hati. “Kalaulah kamu. bersikap kasar lagi hercis hati, tentu mereka akan lari dari kelilingmu.” (maksud Ali Imran:159) Kalau tidak, dia akan ‘main kasar’ dengan orang ramai. Dengan itu dia sendiri yang memusnahkan benih-benih penerimaan dan sokongan inereka. Natijahnya, daie akan tersisih daripada orang ramai sedangkan merekalah sasaran dakwah para daie. Daie juga akan berada jauh daripada masyarakat yang ingin diubah dan dibawa kepada kebenaran yang jelas. Dengan itu juga, daie telah menghalang dirinya sendiri daripada mendapat ganjaran yang besar, bahkan apa yang diperolehi ialah dosa, sekiranya orang ramai bertindak menentang dakwah, atau perbuatannya itu menjadi fitnah kepada dakwah ataupun dia tidak lagi melaksanakan kewajiban berdakwah kepada Allah.

2) Daie wajib menggunakan peluang yang ada dengan baik dalam hubungannya dengan orang ramai (pada mana-mana waktu, tempat dan dalam kehidupan harian). Ini bertujuan untuk membina hubungan dengan mereka dan mengeratkan serta memperkukuhkannya dengan berlalunya hari-hari. Daie hendaklah menggunakan peluang yang ada untuk kepentingan orang ramai dan kepentingan dakwah dengan cara mengajar mereka kebaikan dan mencegah mereka daripada melakukan kemungkaran serta memindahkan mereka daripada golongan pemaksiat kepada golongan mukminin yang sentiasa berusaha melakukan ketaatan dengan izin Allah, kelebihan dan taufik-Nya.

3) Tidak sepatutnya daie merasa sempit dada ketika mendengar syubhat dan penipuan serta tohmahan yang dilontarkan kepadanya. Semua ini kadang-kadang boleh menjadikanmanusia tertarik dan memberi sokongan kepadanya apabila mereka mengetahui hakikat sebenar dan akhlaknya. Itu juga akan membawa seseorang untuk meminta penjelasan terhadap hakikat yang sebenarnya. Seterusnya, ia menjad iklan kepada kewujudan dakwah baru di dalam masyrakat. Untuk lebih jelas lagi, kami bawakan di sini beberapa peristiwa sejarah yang telah berlaku;

a) Ibnu Kathir berkata; Muhammad bin Ishak telah berkata; Ketika Islamnya Abu Bakar dan beliau menzahirkan keislamannya, beliau berdakwah kepada Allah. Abu Bakar adalah seorang yang disenangi oleh kaumnya, disayangi dan mudah bergaul. Beliau berketurunan Quraisy dan paling arif tentang kebaikan dan keburukan yang ada di dalam keturunannya. Beliau seorang peniaga, berakhlak dan dikenali ramai. Ramai pembesar kaumnya yang datang berbincang dengannya disebabkan ilmu, perniagaan dan baik layanannya, ini menjadikan beliau berdakwah di tengah-tengah kepercayaan

Page 17: Ghulam Al Dakwah

kaumnya kepadanya, menyeru mereka yang bersamanya dan datang berjumpanya kepada Islam. Melalui usahanya (apa yang aku tahu) Zubair bin Awwam, Uthman bin Affan, Talhah bin Ubaidillah, Saad bin Abi Waqqas dan Abdur Rahman bin ‘Auf telah memeluk Islam.

b) Kisah keislaman Hamzah bin Abdul Mutallib, bapa saudara Rasulullah (s.a.w). Kisah ini berlaku ketika Abu Jahal menentang Rasulullah di bukit Safa. Dia telah menyakiti, mencaci dan melakukan perkara yang dibenci dan memalukan agama yang dibawa oleh bagind (s.a.w.). Peristiwa ini diceritakan kepada Hamzah bin Abdul Mutallib. Maka beliau mendatangi Abu Jahal da memukul kepala Abu Jahal dengan busarnya dengan pukulan yang melukakan. Lalu beberapa orang Quraisy daripada Bani Makhzum datang untuk membantu Abu Jahal. Mereka berkata; Kami tidak melihat kamu wahai Hamzah, melainkan kamu telah memeluk Islam. Hamzah menjawab; Siapa yang boleh menghalangku. Sesungguhnya telah jelas kepadaku, apa yang aku saksikan bahawa dia adalah Rasulullah. Apa yang diperkatakan adalah kebenaran. Demi Allah! Aku tidak akan keluar daripada agama ini. Halanglah aku sekiranya kamu adalah orang-orang yang benar. Maka Abu Jahal pun berkata: Tinggalkan dia wahai Abu ‘Imarah. Aku, Demi Allah! Aku telah mencela anak saudaranya dengan celaan yang teruk. Apabila Hamzah memeluk Islam, maka Quraisy mengetahui bahawa Rasulullah mendapat kemuliaan dan pertahanan. Dengan itu mereka tidak lagi melakukan apa yang sebelum ini mereka lakukan terhadap baginda (s.a.w).

4) Masalah lain yang berkait dengan kemungkinan kedua. Disebabkan asal masalah ialah memilih mereka yang memiliki sifat-sifat tertentu (sebagaimana yang dilakukan oleh ahli sihir ketika dia meminta seorang ghulam yang cerdik, cepat faham dan mampu menerima untuk diajarkan kepadanya ilmu sihir), maka para daie kepada Allah hendaklah menjadikan orang-orang yang mempunyai ciri-ciri yang menonjol, kesediaan yang baik dan peribadi yang terbilang sebagai sasaran dakwah dan tarbiah mereka serta membina ummah pejuang yang dicitakan melalui golongan seumpama ini. Ghulam ini adalah salah seorang yang memilik ciri-ciri ini (ini dijelaskan dalam kisah-kisah selanjutnya). Sesungguhnya Allah telah melakukan melaluinya peristiwa yang besar yang tidak mampu dilakukan oleh puluhan manusia yang tidak memiliki ciri-ciri yang seumpama dengannya.

Mengambil sebab-sebab iaitu memilih anasir-anasir terbaik dan bersungguh-sungguh mentarbiah mereka adalah dibenarkan oleh syarak dan nas-nas syarak pula menggalakkan kita untuk melakukannya. Begitu juga dengan pendirian-pendirian para sahabat dan mereka yang selepasnya. Di antaranya ialah;

a) Kisah Jalut dan Talut yang diceritakan di dalam al-Quran. Ia menunjukkan dengan jelas kepada wujudnya perbezaan di antara manusia. Dan kemenangan tidak akan diberikan kecuali kepada mukminin yang thabat (cekal hati berada di atas kebenaran) dan berjuang sekalipun bilangan mereka adalah sedikit.

Page 18: Ghulam Al Dakwah

b) Al-Quran juga membezakan di antara beberapa golongan manusia dengan golongan yang lain. Al-Quran juga melebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain. Allah berfirman;.‘Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dan kalangan orang-orang mukmin tanpa ada keuzuran, dengan orang-orang yang berjihad pada jalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta-benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan setiap satu (dan dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang duduk (tidak turut berperang tanpa ada keuzuran) dengan pahala yang amat besar. (laitu) beberapa darjat kelebihan daripada-Nya dan keampunan serta rahmat. (An-Nisa’: 95-96)

c) Firman Allah;

“Tidak sama di antara kamu, orang yang membelanjakan hartanya dan berperang sebelum pembukaan (Mekah). Mereka lebih tinggi darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan dan berperang selepas itu. Allah berjanji kepada keduanya (balasan yang) baik. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (al-Hadid: 10)

d) Sabda Rasulullah (s.a.w);

“Manusia adalah seumpama seratus ekor unta. Kamu hampir-hampir tidak mendapati seekor pun yang dapat dibawa berjalan jauh.”

e) Sabda Rasulullah (s.a.w.) lagi;

“Manusia itu seumpama galian. Orang pilihan di kalangan mereka di zaman jahiliah adalah juga orang pilihan di kalangan mereka di zaman Islam apabila mereka memahami.”

f) Di antara bukti-bukti jelas yang menunjukkan perbezaan di kalangan manusia daripada sirah ialah apa yang berlaku di kalangan muslimin pada hari peperangan Hunain di dalam banyak tindakan yang mereka ambil. Di antara mereka ada yang bertindak berundur. Ulama’ sirah menceritakan: Orang ramai (muslimin) berundur dalam keadaan kalah. Mereka tidak lagi menghadapi tentera musuh. Rasuluilah (s.a.w.) berundur ke arah kanan seraya berkata; Ke mana wahai manusia? Berkumpullah di sekeliling aku. Aku adalah Rasulullah. Aku adalah Rasullah, Muhammad bin Abdullah).. Dalam suasana ini Abu Sufian berkata: ‘Kekalahan ini tidak dapat diselamatkan kecuali oleh laut.” Kaldah bin Hanbal yang ketika itu bersama dengan saudaranya, Safuan bin Umaiyah berteriak; “Apakah tidak ada pada hari ini pahlawan yang melakukan sesuatu yang luar biasa.” Safuan membalas: “Diam, semoga Allah mengoyak mulutmu...

Page 19: Ghulam Al Dakwah

Di dalam suasana ini, Rasulullah menyuruh al-Abbas menyeru manusia. Tetapi siapakah yang akan diseru? Apakah dia akan menyeru manusia semuanya? Rasulullah menyuruhnya; “Wahai Abbas serulah, wahai golongan Ansar, wahai mereka yang berbaiah di bawah pohon.” Mereka menyahut seruan itu dengan kata mereka: Seruanmu disahut, seruanmu disahut. Tentera yang diseru cuba menjinakkan untanya tetapi tidak berjaya. Lantas mereka mencampakkan baju besi dan mengambil pedang dan perisai kemudian menuju ke arah suara yang menyeru sehinggalah Rasulullah berjaya mengumpulkan seramai seratus orang tentera.”

Perbezaan ini juga wujud ketika membahagikan harta rampasan perang. Rasulullah memberikan bahagian yang banyak kepada mereka yang masih dijinakkan hati iaitu seratus ekor unta. Orang lain tidak diberikan sebanyak itu. Golongan Ansar pula tidak diberi apa-apa. Kemudian baginda menjelaskan rahsia tindakannya itu dengan sabdanya; “...Apakah kamu mendapati sesuatu di dalam diri kamu wahai golongan Ansar disebabkan lebihan harta dunia yang sedikit, yang dengannya kamu dapat menjinakkan hati mereka yang baru memeluk Islam. Untuk kamu pula aku serahkan apa yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu iaitu Islam. Apakah kamu tidak redha wahai golongan Ansar, orang lain kembali kepada kenderaan mereka membawa kambing dan unta, tetapi kamu kembali membawa Rasulullah (s.a.w),..”

g) Rasulullah (s.a.w.) memilih Abu Bakar dan Umar sebagai pcmbantunya. Baginda juga memilih Usamah bin Zaid sebagai ketua tentera yang terdiri daripada Abu Bakar dan Umar sekalipun usia beliau masih muda belia. Baginda memilih Dahiyyah al-Kabbi sebagai duta baginda berjumpa Kaisar raja Ruin. Baginda memberitahu Abu Dzar bahawa beliau tidak layak memegang jawatan sebagai ketua kerana kelemahannya. Begitu juga baginda (s.a.w.) memilih sebahagian sahabat untuk melaksanakan tugas tertentu tanpa memilih sahabat yang lain.

Di antara kata-kata sahabat ialah kata-kata Umar mengenai Abu Bakar; “Semoga Allah merahmati Abu Bakar. Beliau adalah orang yang lebih mengetahui mengenai rijal daripada aku.” Beliau berkata lagi; “Sekiranya Abu Ubaidah bin al-Jarrah masih hidup, nescaya aku akan melantiknya sebagai khalifah. Kalau Tuhanku bertanya, maka aku akan menjawab; Aku mendengar nabi-Mu bersabda; “Sesungguhnya dia adalah pemegang amanah umat ini.” Sekiranya Salim Maula Abu Huzaifah masih hidup, nescaya aku akan melantiknya sebagai khalifah. Kalau Tuhanku bertanya, maka aku akan menjawab; Aku mendengar nabi-Mu bersabda; “Sesungguhnya Salim terlalu amat cintakan Allah.” Seorang lelaki berkata kepadanya; “Boleh aku cadangkan kepada kamu? Abdullah bin Umar.” Beliau menjawab: “Semoga Allah membunuhmu, Demi Allah! Apakah yang akan aku jawab di hadapan Allah. Kamu ni! Bagaimana aku akan melantik seorang yang tidak mampu mentalakkan isterinya. Tetapi pilihlah mereka yang disebut oleh Rasulullah: “Mereka adalah di kalangan ahli syurga” Said bin Zaid bin Amri di kalangan mereka tetapi aku tidak menjadikannya sebagai pilihan. Pilihlah di kalangan enam orang; Ali dan Uthman; kedua-duanya adalab keturunan Abdul Manaf, Abdur Rahman bin ‘Auf dan Saad; kedua-duanya adalah bapa saudara Rasulullah sebelah ibu, al-Zubair bin al-

Page 20: Ghulam Al Dakwah

Awwam; pembantu Rasulullah dan anak kepada ibu saudara Rasuluflah sebelah ayah (sepupu), dan Talhah al-Khair bin Ubaidillah.”

Kemudian perhatilah kepada kata-kata Umar (r.a) yang berada di ambang kematian. Beliau meletakkan setiap orang pada kedudukannya dan menyifatkan setiap orang dengan sifat yang layak baginya. “Sekiranya aku meninggal, maka bermesyuaratlah paling lama tiga hari. Ketika itu Shuaib yang akan menguruskan urusan manusia. Jangan masuk pada hari keempat kecuali kamu telah melantik seorang Amir (khalifah). Abdullah bin Umar hendaklah hadir untuk diminta pendapatnya tetapi dia tidak mempunyai apa-apa hubungan dalam urusan ini. Talhah adalah orang yang bersama kamu dalam urusan ini. Sekiranya dia sampai dalam masa tiga han, maka jemputlah dia bersama kamu. Sekiranya tidak, maka selesaikanlah urusan kamu. Siapakah yang boleh memberi jaminan kepadaku bahawa Talhah akan bersetuju dengan keputusan kamu? Saad menjawab “Saya, dia tidak akan menentang Insya Allah.” Umar berkata: Aku berharap agar dia tidak menentang Insya Allah. Aku tidak menyangka yang akan dilantik kecuali salah seorang di antara dua; Ali dan Osman. Sekiranya Uthman dilantik, maka dia adalah seorang yang lembut. kiranya Alii yang dilantik, maka dia adalah seorang yang menyenangkan. Bantulah orang yang dilantik untuk inembawa mereka (orang ramai) ke jalan yang betul. Sekiranya yang dilantik ialah Saad, maka dia adalah orang yang berkeahlian. Jika tidak, maka lantiklah dia sebagai gabenor. Aku tidak pernah rnemecatnya kerana khianat atau tidak mampu. Sebaik-baik orang yang mempunyai pandangan ialah Abdur Rahman bin ‘Auf, orang yang berpandangan tepat dan diberi petunjuk oleh Allah. Dengarlah pandangannya.”

Perhatian.

Ketika kami mengatakan mengenai pemilihan anasir-anasir untuk membina ummah yang berjuang, kanti tidak bermaksud untuk mencuaikan anasir-anasir lain atau yang ciri-cirinya tidak sebagaimana yang disebutkan, atau manusia seluruhnya. Bahkan memberi perhatian kepada semua manusia adalah diwajibkan oleh syarak. Kita tidak boleh rneninggalkannya Kita mesti menyeru manusia semuanya menggunakan cara yang ada dan termampu. Kita hendaklah menyebarluaskan agama ini dan mempertingkatkan kesedaran Islam dan semua jenis kesedaran di kalangan manusia. Selepas itu, hendaklah memilih siapakah yang mempunyai kelayakan menanggung kesusahan dan kepayahan jalan dakwah yang panjang dan kewajipannya.

Sebelum kami mengakhiri komentar ini, kami suka menjelaskan di sini, bahawa kami tidak mendakwa manusia mampu memastikan hasil pemilihan di peringkat pertama yang dilakukan. Kemungkinan dia tersilap pilih (ini boleh berlaku, kita adalah manusia yang kadang-kadang betul dan kadang-kadang silap) atau kemungkinan pemilihan adalah tepat kemudiannya disebabkan oleh daie atau sebab-sebab menyebabkan mereka yang memiliki ciri-ciri yang terbaik terfitnah dan yang tetap setia bersama dakwah ialah orang lain yang kurang memiliki ciri-ciri tersebut. Semua ini adalah ketentuan Allah, tidak ada campur tangan kita di dalamnya. Perkara ini tidak boleh

Page 21: Ghulam Al Dakwah

dijadikan hujah oleh mereka yang tidak menerima pandangan kami dalam masalah kemestian melakukan pemilihan anasir dalam proses tarbiah.

5) Dakwah fardiah adalah di antara wasilah (cara) berdakwah yang terpenting. Dalam hadis ini, rahib telah menggunakan cara ini untuk menyampaikan dakwahnya kepada ghulam. Di antara ciri keistimewaan terpenting dakwah fardiah ialah;a) Ia sesuai digunakan di dalam semua keadaan; terbuka atau dipenuhi oleh tekanan,b) Ia mewujudkan hubungan yang kuat di antara daie dan mad’u.c) Ia amat penting untuk memutikkan hasil dakwah umum (ketika suasana membenarkan dilakukan dakwah umum)d) Ia amat sesuai dipandang dari sudut keamanan dakwah demi menjaga anggota-anggota dakwah.e) Ia memberikan pengalaman yang banyak kepada daie yang tidak dapat diberikan oleh dakwah umum (walaupun begitu dakwah umum juga berkelebihan dalam memberikan pengalaman lain)f) Ia membolehkan daie membuat penilaian yang detail terhadap mad’u.g) Produktivitinya adalah lebih tmggi dan segi kualiti dan kuantiti.h) Ia memberi peluang untuk menjawab syubhat (kekeliruan) yang ada pada mad’u berdasarkan prioritinya satu persatu. Ini berlainan dengan dakwah umum.

Kami mendapati ciri-ciri keistimewaan ini jelas dapat dilihat melalui hubungan di antara rahib dan ghulam.

Perhatian.

Rasanya tidak perlu disebutkan bahawa apabila kami menyebut kepentingan dan keistimewaan dakwah fardiah, maka ia tidak bermakna menolak atau menafikan kepentingan dakwah jenis lain sepenti dakwah umum. Apa yang kami maksudkan ialah menyatakan kepentingan kewujudan dakwah fardiah dengan maknanya yang menyeluruh (hubungan peribadi - tarbiah secara tertumpu - berperingkat-peringkat - kerja secara tenang dan bertenaga). Inilah yang kami anggap telah dilakukan oleb rahib terhadap ghulam kerana mereka berdua telah bertemu sebanyak dua kali sehari sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis.

Melalui pemerhatian kami, didapati bahawa hubungan yang berlaku sedikitpun tidak diketahui oleh orang lain. Menyimpan rahsia menjadi topik utama hubungan. Inilah hubungan yang sepatutnya berlaku di antara daie dan mad’u, khususnya di peringkat pertama dan secara lebih khusus lagi ketika sistem pemerintahan menentang dakwah atau tidak merasa aman dengan dakwah.

Pembinaan pertama bagi mad’u hendaklah dilakukan sebagaimana menjaga tanaman dan penjagaannya hendaklah menggunakan berbagai cara. Ini kerana, ia tidak mampu untuk menghadapi angin kencang dan suasana yang menekan. Apabila batang dan rantingnya telah kuat serta mampu untuk berhadapan dengan suasana sekeliling, maka

Page 22: Ghulam Al Dakwah

kita kurangkan pagar-pagar tambahan yang menjaganya. Kita biarkan dia melaksanakan tugasnya (sama ada secara rahsia atau pengisytiharan) sebagaimana yang akan dijelaskan dalam masalah rahsia dan pengisytiharan adalah uslub dalam bekerja.

7) Rahib tidak menceritakan agamanya kepada ghulam secara tepat dan jelas kecuali selepas beliau merasa tenang hati terhadap kuatnya hubungan ghulam dengannya dan kepercayaannya. Pengajaran ini adalah penting. Pendidik (murabbi) hendaklah tidak menceritakan kepada mad’u kecuali apa yang diperlukan. Pernah dikatakan orang; “Bukanlah setiap yang diketahui diperkatakan, bukanlah setiap yang diperkatakan telah sampai masanya, bukanlah setiap yang telah sampai masanya dihadiri oleh orang yang sepatutnya hadir.”

8) Ayat ‘Ini menjadikan ghulam berhenti untuk bcrjumpa dengan rahib” menunjukkan berlakunya pergaulan yang mesra hasil daripada pertemuan yang berterusan di antara mereka berdua.

9) Semestinya tidak disegerakan untuk mad’u melaksanakan tugas dakwah sebelum matang dan sebelum diberikan persediaan yang munasabah. Ini akan membahayakannya dan juga dakwah, dalam kebanyakan kes di antaranya;

a) Kemungkinan melahirkan perasaan malas untuk bekerja ketika gagal dalam usahanya rnenghadapi mad’u yang sememangnya mempunyai berbagai masalah.

b) Kemungkinan berlakunya kesilapan yang berulang kali. Dengan itu akan melemahkan semangatnya dan menghilangkan kepercayaannya terhadap dirinya sendiri. Maka dakwah akan kehilangannya atau kehilangan sebahagian besar tenaga dan usahanya. Ketika itu usaha untuk menyakinkan dirinya akan menemui jalan buntu.

c) Kemungkinan dia akan bermudah-mudah apabila dia cepat berjaya dalam usahanya berhadapan dengan individu yang berkeahlian dan telah mempunyai kesediaan. Maka dia rnenyangka bahawa manusia keseluruhannya adalah seperti itu, Dengan itu, selepas itu dia akan lebih cenderung kepada konsep lebih bermudah-mudah.

d) Kemungkinan dia akan berterusan melakukankan kesilapan kerana pada sangkaannya dia tidak tersilap dan taksub dengan pandangannya. Ini disebabkan dia kurang matang dan kualitinya rendah, maka dia akan bertegang leher. Kesudahan akan kembali kepada salah satu daripada dua perkara, satunya adalah memedihkan.... dan lain-lain lagi kemungkinan yang dapat disaksikan sendiri oleh mereka yang berkecimpung di dalam kerja-kerja tarbawi.

Dengan penjelasan ini, kami tidak bermaksud untuk mentarbiah sebagai teori yang dibaca dan dipelajari di sekolah. Ini amat jauh dengan apa yang kami maksudkan. Tarbiah yang sahih semestinya mewujudkan keseimbangan di ketiga-tiga aspek asasi di dalam peribadi muslim; aspek ruhi, aspek pengetahuan dan keilmuan dan aspek amali

Page 23: Ghulam Al Dakwah

dan pelaksanaan. Sebarang kecacatan yang ber1aku pada mana-mana aspek bermakna, cacatnya individu dan pembinaannya. Semestinya semasa tarbiah, kerja dan tugas hendaklah diberikan kepada mad’u secara berperingkat. Di samping itu, murabbi (pentarbiah) hendaklah mengikuti perlaksaan tugas yang diberikan dengan penuh teliti. Bahkan kadang-kadang boleh diberikan kerja yang amat rnudah dan kadang-kadang diberikan tugas yang payah dan membebankan di samping perkembangan perlaksanaan harian diikuti, dan tunjuk ajar yang berterusan diberikan dengan teliti dan terperinci, serta diwujudkan keseimbangan di antara ketiga-tiga aspek di atas.

Sesungguhnya tugas dan kerja yang diberikan kepada mad’u di peringkat ini lebih merupakan latihan tarbawi melebihi daripada usaha-usaha yang kita ingin mereka laksana dan mencapainya. Dahum kebanyakan kes, kedua-duanya ini tidak bercanggah. Oleh itu, kita janganlah cepat-cepat dalam memberikan mandat kepada mad’u dan kepercayaan sepenuhnya melakukan kerja, berijtihad dan mengeluarkan kenyataan atas nama jamaah dan dakwah hanya berdasarkan penerimaan, semangat dan keinginan perasaannya.

Rahib sepanjang peringkat tarbiah yang pertama tidak menolak ghulam ke depan dan menzahirkannya sehinggalah Allah mengizinkannya ketika ghulam mencapai tahap kematangannya. Ini berlaku melalui tanda-tanda Rabbani yang jelas (peristiwa pembunuhan binatang). Kami tidaklah mensyaratkan supaya berlaku peristiwa yang seumpama itu seratus peratus. Perkara ini ditinggalkan kepada firasat, pengalaman dan mutabaah (mengikuti perkembangan). Inilah yang akan menentukan mereka telah matang atau belum dan kerja-kerja yang sesuai untuk mereka. Dengan itu, mereka diberikan tugas dan tanggung jawab secara berperingkat-peringkat di samping mutabaah dilakukan.

Page 24: Ghulam Al Dakwah

Ghulam al-Dakwah (Iman dan Harakah)- Bhgn 4Huraian Potongan Hadis {4}

“Setiap kali ghulam mendatangi ahli sihir, dia akan melalui rahib dan bertemu dengannya. Apabila dia mendatangi ahli sihir maka dia dipukul. Lalu dia mengadu perkara tersebut kepada rahib. Rahib menjawab; Apabila kamu takut kepada ahli sihir, maka katakanlah; Keluargaku menyebabkan aku terlewat. Apabila kamu takut kepada keluargamu, maka jawablah; Ahli sihir menyebabkan aku pulang lewat. (Riwayat Muslim)

Dalam riwayat Tarmizi;

“...Apabila dia mendatangi ahli sihir, dia dipukul. Ahli sihir bertanya; ‘Apakah yang menghalangmu sehingga menyebabkan kamu terlewat.” Apabila dia pulang ke pangkuan keluarganya, mereka memukulnya. Mereka bertanya; “Apakah yang menghalangmu sehingga menyebabkan kamu pulang lewat.”

1) Mad’u hendaklah bersabar ketika menuntut ilmu, bersabar lantaran panjangnya tempoh tarbiah, bersungguh-sungguh dan sanggup bersusah payah, sentiasa mendampingi mereka yang sepatutnya didampingi sebagaimana yang dilakukan oleh ghulam terhadap rahib. Dia telah beijumpa dengan rahib sebanyak dua kali sehari yang menyebabkan kelewatannya. Abu Umamah al-Bahili meriwayatkan hadis daripada Rasulullah (s.a.w.), baginda bersabda: ‘Barangsiapa yang membesar dalam keadaan menuntut ilmu dan beribadah sehingga dewasa, dan dia tetap dalam keadaan yang sama, Allah menulis untuknya pahala tujuh puluh orang yang benar (siddiq)”.

Ibnu Abdul al-Birr berkata: Jarir bin Hazim menceritakan kepada kami bahawa Ibnu Abbas telah berkata: “Ketika Rasulullah (s.a.w.) wafat, aku masih muda. Aku berkata kepada seorang pemuda Ansar; Wahai fulan, marilah bersamaku. Kita bertanya para sahabat Rasulullah dan kita belajar daripada mereka. Mereka masih ramai.” Dia menjawab; “Pelik sungguh kamu ini wahai Ibnu Abbas, Apakah kamu berpandangan bahawa orang ramai akan mendatangi kamu sedangkan di atas muka bumi ini terdapat para sahabat Rasulullah sepertimana yang kamu lihat.” Ibnu Abbas berkata: “Aku tidak pedulikan kata-katanya itu. Aku tetap dengan pendirianku dan mengambil ilmu daripada seorang sahabat selepas seorang. Pada suatu hari, aku mendatangi seorang sahabat yang meriwayatkan hadis. Aku mendapat tahu bahawa beliau mendengarnya danpada Rasulullah. Maka aku berbantalkan serbanku di muka pintu rumahnya. Angin pula menerbangkan debu-debu ke mukaku sehinggalah beliau keluar. Apabila beliau keluar, beliau berkata; Wahai sepupu Rasulullah, kenapa kamu melakukan perkara ini? Aku menjawab; Aku mendapat tahu bahawa anda ada meriwayatkan hadis danipada Rasulullah (s.a.w.). Maka aku mahu mendengarnya daripada anda. Ibnu Abbas menceritakan lagi. Sahabat itu berkata; Mengapa kamu tidak mengutuskan seorang supaya aku datang berjumpa denganmu?. Aku menjawab; Akulah yang sepatutnya datang berjumpa denganmu. Selepas itu, pemuda Ansar berjumpaku. Ketika itu para

Page 25: Ghulam Al Dakwah

sahabat telah meninggal dan orang ramai mendatangiku. Beliau berkata; Kamu lebih bijak daripada aku.Ibnu Abdul al-Birr juga meriwayatkan dengan sanadnya daripada Malik bahawa beliau berkata; “Sesungguhnya ilmu tidak akan dapat dicapai sehinggalah penuntutnya merasai kepahitan kefakiran.” Beliau menyebut kefakiran yang dihadapi oleh Rabiah dalam usahanya menuntut ilmu sehingga ke peringkat beliau menjual kayu atap rumahnya demi menuntut ilmu. Sehingga ke peringkat beliau memakan buah kismis dan buah kurma yang dijumpainya di tempat buangan sampah di Madinah.

Penuntut ilmu juga semestinya ikhlas dan berniat baik dalam menuntut ilmu. Kalau tidak, segala usahanya tidak bermakna bagaikan debu yang berterbangan. Imam Ghazali telah berkata ketika menasihati anak muridnya; “Wahai anak-anakku, berapa banyak malam yang kamu hidupkan dengan mengkaji ilmu dan membaca buku. Kamu menghalang dirimu pada tidur. Aku tidak tahu apakah dorongan yang menyebabkan kamu bertindak dernikian? Sekiranya kerana tujuan duniawi, mencari saki bakinya, mendapatkan habuan di dunia berbangga-bangga terhadap kawan dan taulan, maka celakalah kamu, celakalah kamu. Sekiranya kamu bertujuan untuk menghidupkan syariat Nabi (s.a.w.), memperelokkan akhlak kamu, mendidik nafsu yang sentiasa menyuruh kepada kejahatan, maka beruntunglah kamu, beruntungkh kamu, Benarlah penyair yang berkata;

Mata yang berjaga kerana selain daripadamu adalah sia-sia,Tangisan mereka bukan kerana kehilanganmu tidak bermakna.

Juga, bagi sesiapa yang ingin mengenali dakwah dan jamaah, maka dia hendaklah bergaul dengan para pendokong pendakwahnya. Dia hendaklah berbincang dan meminta penjelasan daripada mereka sehingga kebenaran jelas kepadanya. Dia tidak sepatutnya berpada dengan cerita-cerita yang didengarinya daripada sebarangan orang, pembawanya pula tidak diketahui benar atau bohong atau, jahil dan sebagainya.Sesungguhnya berusaha untuk mengetahui perkara sebenar dan kebenaran dalam apa-apa masalah adalab diwajibkan oleh syarak kepada setiap individu.

2) Kita dapat perhatikan dalam petikan hadis ini bahawa beberapa kefahaman terhadap tarbiah telah tersebar luas di dalam masyarakat (sekalipun mereka berada dalam kesesatan dan kekufuran). Ahli sihir memukul ghulam kerana kelewatannya dan tidak beriltizam dengan waktu yang ditentukan. Begitu juga dengan keluarga ghulam. Di zaman kita ini juga, kita dapati terdapat beberapa peraturan dan adab-adab umum di negara kafir. Mereka telah menghayatinya, demi kebaikan masyarakat dan negara mereka. Sedangkan kita orang-orang Islam masih jauh untuk melaksanakannya. Ini menyebabkan ramai yang terfitnah termasuklah anak-anak umat Islam.

Menjadi kewajipan kepada semua muslimin (terutamanya golongan daie) mengambil berat semua aspek pentarbiahan akhlak dan tindak-tanduk. Mereka semestinya

Page 26: Ghulam Al Dakwah

menganggapnya sebagai bahagian asasi dan salah satu rukun tarbiah. Begitu juga dalam masalah pembinaan peribadi muslim.

3) Pukulan yang diterima oleh ghulam adalah sebahagian daripada ujian dan cubaan. Ia juga merupakan sebabagian daripada bentuk persediaan untuknya. Mad’u semestinya sanggup mengorbankan waktu, tenaga dan harta demi mempelajari dakwah dan tarbiah berdasarkan kefahamannya yang betul. Setiap kali usaha yang dicurahkan lebih besar, maka hasilnya adalah lebih bermakna dan tarbiah adalah lebih mendalam.

Di antara kewajipan daie dan murabbi (selepas mad’u memberi kepercayaannya kepada mereka) ialah merasakan kepada mad’u berdasarkan kepada keadaan dan tabiatnya serta dengan berperingkat bahawa nilai dakwah adalah terlalu mahal. Dia hendaklah mencurahkan tenaga untuk memahaminya dan sanggup menanggung kesusahan kerananya. Kita semestinya tidak merasa kedekut untuk membelanjakan waktu dan segala yang kita miliki apabila dakwah memerlukannya.Kita hendaklah sanggup rnenanggung kepedihan, keperitan dan keletihan dalam memperjuangkannya.

4) Daie yang bercirikan murabbi semestinya membezakan antara aduan yang berbentuk meminta keuzuran dan meninggalkan tanggungjawab dan aduan yang benar-benar ingin menjaga dakwah dan melepasi halangan yang membantutkan kerja dakwah. Kedua-dua bentuk aduan mi tidak dapat dibezakan kecuali oleh daie yang cerdik, berpengalaman dan berfirasat. Mutabaah yang bersungguh-sungguh disertai dengan pergaulan yang mesra dapat membantu daie dalam bertindak dan membuat keputusan. Tanpa semua ini, kadang-kadang mereka yang benar akan dituduh. Ini menyebabkan mereka akan ketinggalan di belakang. Ataupun keuzuran diberikan kepada mereka yang tidak mempunyai keuzuran. Maka mereka akan berterusan dalam keadaan demikian. Selepas itu mereka tidak lagi bermanfaat untuk dakwah.

5) Sekalipun tekanan dihadapi oleh ghulam hasil pukulan yang dikenakan oleh ahli sihir dan keluarganya disebabkan kelewatannya, dia masih lagi mampu rnenyembunyikan agama barunya yang benar dan hubungannya dengan rahib daripada pengetahuan ramai. Lidahnya tidak sekali-kali menuturkan perkara tersebut walaupun dengan satu perkataan, ataupun bertindak balas secara tidak disedari yang menyebabkan terbongkar sebahagian atau semua yang berlaku. Tidak syak lagi bahawa ini merupakan bukti yang menunjukkan betapa mendalamnya tarbiah yang diberikan oleh rahib kepadanya dan baiknya penerimaan ghulam serta iltizamnya.

Perbuatan sengaja menzahirkan hubungan ini sebelum tiba waktunya yang munasabah (yang dapat merealisasikan maslahah dakwah) akan menyusahkan perlaksanaan apa yang telah dirancang oleh rahib. Tidak syak lagi bahawa rabib telah menyuruh ghulam supaya menyimpan rahsia seperti yang dijelaskan oleh cara menyelesaikan masalah ghulam yang kena pukul dan arahannya supaya ghulam tidak menceritakan mengenainya ketika dia diuji dan diseksa.

Page 27: Ghulam Al Dakwah

6) Kita juga dapat perhatikan bahawa rahib tidak memberhentikan pertemuannya dengan ghulam, atau mengurangkannya kerana bimbangkan kesulitan. Sebaliknya beliau mencari jalan penyelesaian dalam bentuk lain yang tidak memberi kesan terhadap hubungan dakwah dan tarbiah yang sedia terjalin. Daie semestinya tidak merasa tertekan dan memandang remeh ketika menghadapi sebarang suasana (seksaan - kesibukan duniawi - kesibukan kerja-kerja dakwah yang lain...) terhadap pertemuan-pertemuan tarbiah ataupun mencuaikannya. Sebaliknya daie semestinya menyelesaikan masalah tersebut tanpa menggadaikan amalan dan bekalan harian, bekalan pemikiran dan bekalan harakah untuk daie dan mad’u.

Pengajaran Di Sudut Dakwah.

1) Pertemuan di antara rahib dan ghulam berlaku dua kali sehari. Kali pertama ketika dia pergi menemui ahli sihir dan kedua ketika pulang. Kita menganggap bahawa pertemuan pertama adalah untuk mengajar agama kepada ghulam dan kedua adalah untuk menjawab syubhat yang kadang-kadang mempengaruhi ghulam ketika pertemuannya dengan ahli sihir.

Pertemuaan-pertemuan ini memberi pengajaran kepada kita terhadap kepentingan tarbiah tertumpu dan intensif serta hubungan yang mesra untuk sampai kepada kualiti yang diingini. Ia juga memberi pengajaran kepada kita betapa pentingnya memahami suasana yang dihadapi oleh mad’u dan kesan terhadap mereka serta menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

2) Perkara terpenting yang dapat kita pelajari daripada petikan ini ialah bagaimanakah hubungan yang semestinya terjalin di antara mad’u dan daie. Ia merupakan hubungan dua hala.

Pertama: Hubungan mad’u dengan daie.

Mad’u sentiasa diminta supaya menceritakan berkenaan diri dan masalah peribadinya lebih-lebih lagi masalah dakwah kepada daie untuk dia mengetahui suasana-suasana yang dihadapi oleh mad’u dan mengemukakan cara penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Ini juga dapat membantu daie untuk melakukan pergaulan yang sempurna dengannya dan menyempurnakan perjalanan tarbiah bersamanya.

Untuk lebih memahami lagi masalah ini, kita hendaklah menggambarkan apakah yang akan berlaku sekiranya rahib tidak mengetahui masalah yang dihadapi oleh ghulam. Terdapat beberapa kemungkinan,

a) Ghulam akan berbohong disebabkan pukulan yang sentiasa diterimanya. Dia akan mula memutuskan hubungan yang terjalin kerana pukulan yang diterima adalah disebabkan pertemuan-pertemuan yang berlaku dengan rahib yang kadang-kadang terdapat perkara yang tidak dipersetujuinya, sedangkan dia tidak mengetahui perkara

Page 28: Ghulam Al Dakwah

yang sebenarnya. Dengan itu hubungan akan menjadi renggang dan lembab, bahkan boleh membawa kepada terputus.

b) Terdapat juga kemungkinan yang lain, iaitu ghulam tersilap dalam tindakannya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Maka, ia membawa kepada perkara yang lebih rnerbahaya. Dan berbagai lagi kemungkinan yang mungkin bermain di kepala. Kami sebenarnya tidak bermaksud berlebih-lebih dalam menggambarkan persoalan yang berlaku. Kami juga tidak bermaksud bahawa jika mad’u menyembunyikan sesuatu yang berkaitan dengan urusan peribadinya daripada pengetahuan daie, maka dia akan terfitnah dan gugur. Apa yang kami maksudkan ialah supaya kita dapat merasai kepentingan hubungan ini.

Sebahagian orang menolak hubungan sebegini di antara daie dan mad’u. Mereka bcrpendapat bahawa hubungan hanya berlaku dalam urusan dakwah sahaja. Daie tidak boleh masuk campur dalam urusan peribadi mad’u. Dengan itu, tiada di sana apa yang dinamakan sebagai kebersamaan dan meminta keizinan dalam perkara penting. Sebab kepada pendapat ini ialah perkara ini akan menjadikan ikhwah sebagai patung yang baik tetapi tidak memiliki keperibadian dan kebebasan berfikir. Yang ada hanyalah ikut buta yang ditolak. Kami menolak pendapat ini dari berbagai sudut;

i) Rasulullah (s.a.w.) yang merupakan murabbi pertama dan contoh ikutan telah memberi tunjuk ajar kepada para sahabat dan mendidik mereka di setiap aspek kehidupan; perkahwinan, talak, kefakiran, pendidikan anak-anak, zihar, buat baik kepada kedua ibubapa, kerja, ukhuwwah, akhlak yang lurus, jihad, takaful, dakwah dan sebagainya. Di antara contoh yang berlaku ialah;

Dalam perkahwinan;

Ma’qal bin Yusar berkata: Seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah lalu berkata; “Aku mencintai seorang wanita. yang berketurunan mulia dan berharta tetapi mandul. Apakah aku boleh mengahwininya? Baginda menjawab; Jangan. Kemudian dia datang lagi untuk kali keduanya dan baginda melarangnya. Apabila dia datang untuk kali ketiga, Rasulullah bersabda kepadanya; Kahwinilah perempuan yang kamu berkenan dan tidak mandul. Sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku”.

Dalam talak;

Kita dapati baginda (s.a.w) telah memberi tunjuk ajar kepada Abdullah bin Umar. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa beliau telah mentalak isterinya yang sedang dalam keadaan haid. Umar menceritakan perkara tersebut kepada Rasulullah lalu baginda bersabda; Suruhlah dia rujuk ataupun talaklah dia ketika dalam keadaan suci atau rnengandung.

Page 29: Ghulam Al Dakwah

Dalam riwayat yang lain juga daripada Ibnu Umar bahawa beliau mentalak isterinya yang sedang dalam keadaan haid. Lalu Umar menceritakan perkara tersebut kepada Rasulullah. Baginda (s.a.w.) marah dan bersabda; Dia hendaklah rujuk semula sehinggalah isterinya suci kemudian dia haid kembali dan suci. Sekiranya dia tetap ingin mentalaknya, maka dia hendaklah mentalaknya sebelum disetubuhi. Itulah tempoh waktu sepertimana yang diperintahkan oleh Allah.” Dalam lafaz yang lain disebut; Itulah tempoh waktu yang disuruh oleh Allah kepada sesiapa yang ingin mentalak isterinya.

Dalam menyelesaikan masalah kemiskinan;

Daripada al-Miqdam (r.a) daripada Nabi (s.a.w.), baginda bersabda; “Seseorang tidak memakan makanan yang lebih baik baginya, daripada dia memakan makanan hasil daripada kerjanya sendiri. Sesungguhnya Nabi Allah Daud memakan hasil daripada kerjanya sendiri”.Dalam pendidikan anak-anak;

Daripada Amri bin Shuaib daripada bapanya daripada datuknya, beliau berkata; Rasulullah (s.a.w) bersabda; Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan sembahyang ketika berumur tujuh tahun. Pukullah mereka (kerana mencuaikannya) ketika mereka berumar sepuluh tahun dan pisahlah tempat tidur di antara mereka.”

Dalam masalah zihar;

Khaulah binti Sha’labah telah mengadu kepada Rasulullah mengenai suaminya Aus bin Shomit. Khaulah berkata; Wahai Rasulullah, dia memakan hartaku, menghabiskan mudaku, perutku kendur kerananya sehinggalah apabila aku telah tua dan tidak dapat lagi beranak, dia menziharkan aku. Ya Allah, aku mengadu kepada-Mu. Aisyah berkata; Tidak lama selepas itu Jibril menurunkan ayat yang bermaksud; “Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan seorang wanita yang bersoal-jawab denganmu (wahai Muhammad) tentang suaminya.( Seorang lelaki yang mengharamkan isterinya untuk dirinya seperti dia berkata; Kamu ke atasku adalah seperti belakang ibuku. (Mu’jam Lughah Fuqaha - penterjemah).

Dalam berbuat baik kepada kedua ibubapa;

Abdullah bin Amru berkata; Seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah ingin berbaiah untuk berhijrah dan dia meninggalkan kedua ibubapanya menangisinya, Baginda (s.a.w.) bersabda kepadanya; Pulanglah kamu menemui keduanya. Gembirakanlah keduanya sebagaimana kamu telah menangiskan mereka berdua. Juga daripada Abdullah bin

Page 30: Ghulam Al Dakwah

Amru, beliau berkata; Seorang lelaki datang berjumpa Nabi (s.a.w.) untuk berjihad. Baginda bertanya; “Adakah kedua ibubapa kamu masih hidup? Dia menjawab; Ya. Lalu baginda bersabda; Pada kedua-duanya hendaklah kamu berjihad.”

Dalam galakan melakukan ibadah;

Salim bin Abdullah bin Umar meriwayatkan daripada bapanya bahawa Rasulullah (s.a.w.) bersabda; “Sebaik-baik lelaki ialah Abdullah sekiranya dia sembahyang di waktu malam. Salim berkata; Abdullah selepas itu tidak tidur malam kecuali sedikit”.

Dalam berzikir;

Daripada Abdullah bin Bisr (r.a.) bahawa seorang lelaki berkata; “Wahai Rasulullah, sesungguhnya hukum-hukum syariat telah membebankan aku. Ceritakan kepadaku sesuatu yang dapat aku menguatkan diri dengannya. Baginda menjawab; Sentiasalah membasahi lidahmu dengan zikrullah” .

Dalam berukhuwwah;

Rasulullah (s.a.w.) telah mempersaudarakan di antara muslimin. Perkara ini jelas dapat dilihat selepas hijrah iaitu di antara Muhajirin dan Ansar. Di sini hanya dinyatakan dua contoh yang paling menonjol sahaja iaitu;

Pertama: Rasulullah (s.a.w.) bersabda; “Bersaudaralah kerana Allah di antara dua orang, dua orang. Kemudian baginda memegang tangan Ali bin Abu Talib sambil berkata : Ini adalah saudaraku. Pada ketika itu, Abdul Rahman bin Auf sampai ke Madinah, lalu baginda mempersaudarakannya dengan Saad bin ar-Rabi’ al-Ansari. Maka Saad berkata kepadanya; Wahai saudaraku, aku adalah orang paling kaya di Madinah. Pilihlah setengah daripada hartaku dan ambillah. Aku mempunyai dua orang isteri, lihatlah kedua-duanya dan pilihlah siapa yang paling kamu berkenan supaya aku boleh mentalakkannya. Abdur Rahman menjawab; Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya pada keluarga dan hartamu. Tunjukkan kepadaku pasar.... sehingga akhir kisah.

Kedua: Di dalam peperangan Yarmuk, Ikramah bin Abu Jahal berkata; Sebelum ini aku telah memerangi Rasulullah (s.a.w.) di banyak tempat dan apakah pada hari ini aku akan lari daripada kamu? Kernudian dia menyeru: Siapakah yang akan berbaiah (berjanji setia) untuk mati? Maka bapa saudaranya al-Harith bin Hisyam dan Dhirar bin al-Azur bersama-sama empat ratus orang pemuka muslimin dan tentera penunggang kuda berbaiah dengannya. Mereka berperang sehingga kesemuanya mendapat luka dan Dhirar mati syahid. Ketika mereka hampir mati disebabkan luka yang ditanggung, mereka meminta supaya dibawa air minum. Lalu air minum dibawa kepada mereka.

Page 31: Ghulam Al Dakwah

Apabila dibawa kepada salah seorang daripada mereka, dia melihat kepada yang lainnya sambil berkata; Berilah kepadanya. Apabila dibawa kepada orang tersebut, dia melihat kepada yang lainnya sambil berkata; Berilah kepadanya. Mereka saling menyuruh supaya diberikan kepada yang lainnya sehinggalah semuanya mati tanpa ada yang meminumnya. Semoga Allah merahmati mereka semua.

Itulah hasil tunjuk ajar yang diberikan oleh Rasulullah (s.a.w.), persaudaraan yang dijalinkan dan seruan baginda kepada mengutamakan saudara semuslim melebihi daripada din sendiri (ithar).

Dalam berahhlak mulia;

Baginda telab menasihati seorang lelaki dengan katanya; Jangan marah. Jawapan ini adalah terlalu ringkas tetapi pada hakikatnya mengandungi pengertian yang mendalam.

Dalam bertakaful;

Rasulullah (s.a.w.) memberi tunjuk ajar dan menggalakkan supaya menanggung anak yatim, bertakaful di antara seorang dengan saudara muslimnya dan jiran dengan jirannya. Banyak hadis yang menceritakan perkara ini dan telah masyhur. Bukalah kitab-kitab hadis yang menyebutnya.

Amatlah layak bagi kita untuk mengambil contoh teladan daripada Rasulullah yang merupakan murabbi pertama dan contoh yang baik.

Page 32: Ghulam Al Dakwah

Ghulam al-Dakwah (Iman dan Harakah)- Bhgn 5ii) Kita menyakini bahawa Islam merupakan sistem yang sempurna yang mencakupi semua aspek kehidupan. Oleh itu, kita wajib menjadikan tarbiah kita sempurna sebagaimana sempurnanya Islam. Kita tidak boleh meninggalkan sebahagiannya dengan berhujahkan ia adalah masalah peribadi atau ia tidak ada kena mengena dengan kerja dakwah.

iii) Kami tidak bermaksud mesti beriltizam sepenuhnya dalam masalah yang berbentuk peribadi. Tetapi kami melihat kepada kepentingan memberitahu kepada daie dalam bentuk meminta pendapat. Selepas itu mad’u memilih apa yang difikirkan sesuai. Kecuali apabila daie melihat kepentingan yang menuntutnya memperingati madu tentang kepentingan tersebut atau memestikannya mengikut pendapat yang tertentu.

iv) Kami juga tidak bermaksud merujuk kepada daie dalam urusan harian yang biasa dilakukan ataupun masalah yang kecil. Apa yang kami maksudkan ialah dalam masalah yang memberi kesan langsung kepada mad’u dan kerja-kerja dakwahnya seperti suasana keluarga yang penting, perkahwinan, bermusafir, bersyarikat dengan orang lain dan lain- lain.

v) Tindakan merujuk kepada daie akan bertukar menjadi titik mula untuk bermesyuarat dengan saudaranya yang amat dikasihi dan dipercayai di samping dia sendiri memiliki kemampuan untuk membuat keputusannya sendiri. Ini berlaku apabila dia telah mencapai tahap kematangan yang sepatutnya.

vi) Merujuk, tidak bemakna menghalang daripada meminta pendapat daripada orang lain dalam menyelesaikan masalah yang sama. Perkara ini berbeza dan segi kepentingan dan kedudukannya berdasarkan kematangan seseorang dan jauh pandangannya serta kesan yang ditimbulkan oleh masalah yang dihadapi. Begitu juga dengan pengalaman hidup.

vii) Daie juga boleh meningkatkan kualiti tarbawi mad’u dengan perbincangan yang tenang, mendalam dan terperinci, tidak memestikan mengikut pendapatnya dan memberikan kebebasan berfikir kepadanya. Begitu juga dengan kebebasan meminta pendapat daripada orang lain, ini akan menghasilkan kebebasan dalam berfikir, jauh pandangan, membuat keputusan, mengerat dan mendalamkan ukhuwwah serta menghormatinya. Oleh itu, merujuk kepada daie tidak bermaksud wujudnya kemestian beriltizam dan hubungan berbentuk ketenteraan. Tetapi ia mengandungi pengertian meminta nasihat, kasih sayang, thiqah, ukhuwwah, syura dan kebebasan.

viii) Kebanyakkan mereka yang menolak hubungan bentuk ini dalam urusan peribadi adalah berpunca daripada penentangan terhadap pengalaman pahit disebabkan mereka yang mengekploitasikannya. Ini melahirkan gambaran buruk terhadap hubungan ini dan menyebabkan mereka tersilap. Ia juga merupakan tindakbalas yang berkait dengan penolakan mereka terhadap hubungan tarbawi yang mendalam dan menyeluruh. Di sini

Page 33: Ghulam Al Dakwah

saya bawakan petikan kata-kata Imam Hasan al-Banna yang amat memberi faedah kepada kita dalam masalah ini. Beliau berkata; ‘Kepimpinan (qiadah) dalam dakwah Ikhwan mempunyai hak sebagai seorang ayah dalam hubungan hati, ustaz dalam memanfaatkan ilmu, syeikh dalam tarbiah ruhiyyah dan pemimpin berdasarkan polisi-polisi umum dakwah. Dakwah kita mengumpulkan semua pengertian ini”.

Sesungguhnya Rasulullah menyuruh kita mengambil yang baik dan meminta pendapat dalam semua urusan sehingga dalam masalah yang berkaitan dengan kasut. Orang yang paling utama untuk meminta pandangan ialah penunjuk ajar yang bercirikan inurabbi. Rasanya cukup sekadar ini supaya kita tidak memanjangkan komentar ini lebih daripada ini.

Kedua: Hubungan daie dengan golongan sasaran (mad’u).

Daie sepatutnya hidup bersama-sama madu. Daie hendaklah merasakan bahawa mad’u adalah pintu yang besar untuk mendapatkan pahala dan dia adalah teman rapatnya dalam perjalanan menuju jihad di jalan Allah. Dengan itu daie akan mentarbiah, memberi peringatan, menolong, menyelesaikan masalah peribadi dan dakwah mad’u sekadar yang termampu dilakukan.

Daie yang bercirikan murabbi semestinya berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai tahap kesungguhan orang yang bersungguh, firasat ahli politik, penilaian seorang alim, kelembutan bapa, keberanian pejuang di medan perang, berjaga-jaga seorang fakih (orang alim yang cerdik dan pintar) dan meninggalkan perkara yang dibolehkan melakukannya agar dia tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan.

Imam Syahid Hasan al-Banna telah menyifatkan seorang mujahid dengan terperinci. Bcliau berkata; Saya menggambarkan seorang mujahid sebagai individu yang telah mempersiapkan bekalannya, telah mendapatkan kesedarannya dan apa yang tersemat di jiwa dan terbuku di hatinya menguasai dirinya. Oleh itu beliau adalah seorang yang sentiasa berfikir, tersangat mengambil berat, sentiasa bersedia, apabila dipanggil dia menjawab, apabila diseru dia menyahut. Pergi dan pulangnya, percakapan dan perbualannya, kesungguhan dan berguraunya tidak melebihi apa yang telah ditetapkan olehnya untuk dirinya sendiri. Kerjanya hanyalah menunaikan segala tanggungjawab yang dihalakan kepadanya segala kehidupan dan kehendaknya. Dia sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya. Kamu dapat membaca melalui raut wajahnya, melihat melalui kilauan kedua matanya dan mendengar daripada tutur katanya kedukaan yang membara dan kepedihan yang tersembunyi di dalam hatinya, keazaman yang benar yang melimpah dan jiwanya dan semangat yang berkobar-kobar serta matlamat yang jauh”.

Sesungguhnya kerja-kerja tarbawi bukanlah halaqah pengajian atau pengetahuan yang dicurahkan padanya berbagai maklumat. Ia juga bukan semata-mata melaksanakan

Page 34: Ghulam Al Dakwah

program dan bekerja tanpa asas kefahaman dan ilmu. Sebaliknya ia adalah usaha mewarnakan jiwa manusia berdasarkan kefahaman dan neraca yang tertentu. Ia meliputi aspek kerohanian, pengetahuan, akhlak, berharakah, kejiwaan dan lain-lain. Ia amat memerlukan kepada niat yang ikhlas dan meminta pertolongan daripada Allah, kemudian mengorbankan tenaga dan waktu, bersama-sama dengan mad’u dalam kehidupan harian, mengutamakannya, memberi tunjuk ajar dan nasihat serta berperingkat-peringkat meningkat dengannya, sehinggalah Allah mengurniakan kepada kedua-duanya dan kepada dakwah kebaikan yang banyak.

3) Pengajaran lain yang kita boleh pelajari daripada penyelesaian yang dicadangkan oleh rahib kepada ghulam demi menjaga dakwah dan para daie ialah yang berhubung dengan menolak kefasadan dan mendapatkan maslahah (manfaat). Rahib telah menyuruh ghulam berbohong kepada ahli sihir dan keluarganya untuk menyelamatkannya daripada kesakitan yang benar-benar dirasainya.

Imam Nawawi telah membuat komentar terhadap hadis ini dengan katanya; “Hadis ini mengandungi hukum harus berbohong ketika dalam peperangan dan seumpamanya dan ketika ingin menyelamatkan diri daripada binasa sama ada dirinya atau orang lain. Iaitu diri yang diharamkan danpada dibunuh”.

Daripada Ummu Kalthum binti ‘Utbah katanya: Aku tidak mendengar Rasulullah (s.a.w.) memberi kebenaran untuk berbohong kecuali dalam peperangan, menyelesaikan perbalahan yang berlaku di antara manusia, perbualan suami dengan isterinya dan perbualan isteri dengan suaminya

Suasana yang berlaku dalam hadis ini tanpa diragukan lagi adalah lebih besar maslahah dan kepentingannya daripada menyelesaikan perbalahan yang berlaku dan mencari keredhaan isteri. Kami tidak bermaksud untuk membuka pintu kepada sesiapa saja untuk berijtihad dalam menentukan dharurah dan maslahah. Perkara ini mempunyai garis panduan dan dikhususkan kepada ahlinya. Tetapi kami menyebut perkara ini memandangkan, sebahagian daripada para pekerja untuk Islam hampir-hampir tidak menerima kewujudan dhorurah dan maslahah yang diiktiraf oleh syarak. Sebahagian yang lain pula, mengambil sikap bermudah-mudah dalam masalah ini dan memperluaskan skopnya sehingga mengkategorikan banyak masalah ke dalamnya sedangkan ia bukan daripadanya. Sebenarnya dharurah dan maslahah mempunyai hukum-hukum syarak yang wajib beriltizam dengan syarat-syarat dan garis panduannya tanpa keterlaluan atau pengecuaian. Kita sebutkan di sini secara ringkas sebahagian daripada pengertian yang berkisar sekitar maslahah dan dharurah.

Maslahah: Ia bermaksud mendapatkan manfaat dan menolak kemudaratan (iaitu kefasadan). Ia mengandungi aspek positif iaitu mewujudkan manfaat dan aspek negatif iaitu menolak kefasadan. Kadang-kadang kalimah maslahah digunakan untuk aspek positif sahaja. Ketika itu dia akan diikuti dengan penggunaan kalimah menolak kefasadan sepertimana kata-kata ahli fiqh : Menolak kefasadan lebih diutamakan

Page 35: Ghulam Al Dakwah

daripada mendapatkan maslahah. (Iaitu keadaan terpaksa yang membolehkan seseorang menggunakan atau mengambil apa yang ditegah oleh syarak-Majmu’ Buhuth Fiqhiyyah oleh Dr Abdul Karlin Zaidan - penterjemah)

Al-Imam al-Izz bin Abdus Salam berkata: Maslahah ada dua bentuk. Pertamanya, hakiki iaitu kegembiraan dan kelazatan. Keduanya, majazi (bukan hakiki) iaitu sebab-sebabnya. Boleh jadi sebab-sebab yang membawa kepada maslahah adalah perkara fasad, maka disuruh melakukamnya atau diharuskan bukan disebabkan kefasadannya tetapi kerana dia membawa kepada rnaslahah. Begitu juga kefasadan mengandungi dua bentuk. Pertamanya, hakiki iaitu kesedihan dan keperitan dan keduanya majazi iaitu sebab-sebabnya. Boleh jadi sebab kepada kefasadan ialah perkara maslahah. Maka syarak melarang daripada melakukannya bukan disebabkan maslahahnya tetapi kerana dia membawa kepada kefasadan.

Perhatikan kenyataan di atas dengan teliti dan jangan lupa. Selepas itu mari bersama saya (penulis kitab) berpindah kepada pembahagian lain bagi maslahah.

Maslahah terbahagi kepada tiga.

1) Maslahah yang diambil kira.Iaitu semua maslahah dan maqasid di mana hukum syarak disyariatkan untuk menghasilkannya. Ahli Fiqh telah membahagikannya kepada tiga;

a) Ad-Dharuriah : laitu perkara yang mesti ada untuk mewujudkan maslahah agama dan dunia serta menjaga perkara dharuriah. Perkara dhoruriah tersebut ialah menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta.

b) Al-Haajiah. laitu perkara yang diperlukan untuk menghilangkan kesempitan. Kesempitan tersebut pula pada kebiasaannya membawa kepada kesusahan dan kesulitan yang membawa kepada tidak tercapainya apa yang dikehendaki. Apabila perkara tersebut tidak diambil kira, maka ia akan menyebabkan mukallaf menghadapi beberapa kesusahan dan kesempitan tetapi tidak sampai ke peringkat kerosakan yang menyeluruh.

c) Al-Tahsiniah (Al-Kamaliah). Maksudnya adat-adat yang baik. Ia terkumpul dalam bahagian akhlak yang mulia.

Setiap peringkat daripada peringkat ini dikira sebagai penyempurna kepada peringkat yang lebih penting daripadanya. Haajiah adalah penyempurna kepada dhoruriah, dan kamaliah adalah penyempurna kepada haajiah. Perkara yang menyempurnakan diambil kira dengan syarat, apabila ia diambil kira ia tidak membatalkan apa yang disempurnakannya. Ini kerana apabila batal yang asal (yang disempurnakan), maka batallah bersamanya apa yang menyempurnakannya.

Page 36: Ghulam Al Dakwah

2) Maslahah yang tidak diambil kira.

Ia meliputi semua maslahah yang dinyatakan oleh syarak sebagai maslahah yang ditolak dan terdapat nas syarak yang melarang daripada menggunakannya. Contohnya ialah maslahah yang terdapat pada jual beli ribawi. Ia ditolak dengan nas yang mengharamkan riba.

3) Masolih Mursalah.laitu maslahah yang syarak tidak mengatakan bahawa ia diambil kira atau tidak. Sebaliknya syarak mendiamkan diri. Dinamakan sebagai mursalah kerana tidak ada dalil yang menunjukkan bahawa maslahah tersebut diambil kira atau ditolak. Para ulama berselisih pendapat dalam masalah beramal dengannya. Pendapat yang betul ialah (sebagaimana yang ditegaskan oleh al-Quraafi dan Ibnu Daqid al-Eid); Tidak ada mazhab dan seorang fakih pun yang tidak beramal dengannya sama ada terdapat munasabah yang kuat atau lemah. al-Quraafi berkata: Setelah dikaji didapati semua mazhab beramal dengannya kerana mereka beramal dengan munasabah.

Di antara contoh masolih mursalah ialah tindakan Khalifah Uthman bin Affan menjadikan semua orang menggunakan satu mashaf dan mewajibkan mereka membaca dengan satu qiraat sahaja, membentuk dewan-dewan, membunuh sekumpulan manusia yang terlibat (bersyarikat) dalam pembunuhan seseorang dan lain-lain lagi.

Imam Syaatibi melihat betapa pentingnya berjaga-jaga ketika berhadapan dengan masolih rnursalah. Beliau berkata; Berusaha untuk mendatangkan maslahah adalah tindakan yang betul dengan syarat sentiasa berjaga-jaga sekadar termampu tanpa merasa sebarang kesempitan.

Dipandang dari sudut yang lain, maslahah tetap diambil kira sekalipun bertentangan dengan nas syariat dan ijmak apabila menghasilkannya adalah termasuk dalam bab dharurah. Maksudnya; Hendaklah wujud di sana dua maslahah yang bertentangan seperti maslahah perlaksanaan hukum syarak dan maslahah tidak melaksanakannya ketika pelaksanaannya membawa kepada kemudaratan. Atau ketika berlakunya pertentangan di antara dua usul daripada lima usul yang telah disebutkan dalam perbincangan mengenai dharuniah. Ketika itu, wajib mengambil yang paling kurang mendatangkan kemudaratan dan paling hanyak mendatangkan maslahah. Banyak hukum syarak yang beroperasi berdasarkan kepada apa yang disebutkan di atas seperti harus memakan bangkai ketika dharurah dan bimbangkan kebinasaan (mati) dan harus menuturkan kalimah yang membawa kepada kufur ketika dipaksa dengan syarat hati masih lagi merasa tenang dengan keimanan.

Page 37: Ghulam Al Dakwah

Imam Ghazali telah menyebut perkara ini dengan katanya; Apabila berlaku pertentangan di antara dua keburukan atau dua kemudaratan ,maka maqasid syarak ketika itu ialah menolak yang paling besar kemudaratannya dan paling besar keburukannya.

Imam Ibnu Qayyim aI-Jawzyyiah berkata: Syariat dibina di atas dasar menolak yang paling banyak kerosakannya dengan menanggung salah satu daripada keduanya yang paling sedikit kerosakannya, dan mendatangkan maslahah yang paling besar dengan rneninggalkan salah satu maslahah yang lebih kecil daripada keduanya, Bahkan maslahah duniawi dan agama dibina di atas kedua-dua asas ini. Beliau menambah lagi; Syariat tidak membatalkan maslahah yang kuat untuk mendapatkan maslahah yang lemah.Imam aI-Izz bin Abdus Salam telah membentangkan tajuk berkumpulnya maslahah dan mafsadah di dalam kitab Qawaidnya dan mengemukakan lebih daripada enam puluh contoh dalam masalah yang mentarjih (menguatkan) pengambilan maslahah daripada mafsadah. Di antara yang dinyatakan ialah; Contoh yang keempat puluh empat: Berbohong adalah mafsadah yang diharamkan kecuali apabila mendatangkan maslahah ataupun menolak mafsadah. Ketika itu kadang-kadang ia diharuskan dan kadang-kadang diwajibkan contohnya;

a) Berbohong kepada isteri dengan tujuan memperbetulkannya dan memperbaiki hubungan dengannya. Ketika itu berbohong adalah diharuskan. Ini kerana kejelekan berbohong (yang tidak mendatangkan kemudaratan dan manfaat) adalah sedikit. Apabila berbohong, mengandungi maslahah yang mengatasi kejelekkannya, maka diharuskan untuk dilakukan demi mendapatkan maslahah tersebut. Begitu juga berbohong untuk menyelesaikan perbalahan yang berlaku di kalangan manusia. Ia lebih utama diharuskan disebabkan maslahahnya lebih umum.

b) Seorang yang terpelihara darah bersembunyi di rumahnya daripada si zalim yang ingin memotong tangannya. Maka dia ditanya lalu dijawab; Saya tidak melihatnya. Berbohong di sini adalah lebih afdal daripada berkata benar disebabkan kewajipan menjaga anggota adalah lebih besar maslahahnya daripada berkata benar yang tidak mendatangkan kemudaratan dan manfaat. Apatah lagi apabila berkata benar dijangka akan mendatangkan kemudaratan. Yang lebih utama daripada masalah ini ialah apabila seorang yang terpelihara darahnya bersembunyi di rumahnya daripada mereka yang ingin membunuhnya.

c) Seorang zalim datang untuk merampas barang amanah yang ditinggalkan kepada pemegangnya. Dia wajib berbohong demi menjaga barang amanah tersebut. Dan perbuatan berbohong di sini adalah untuk memeliharanya. Sekiranya dia bercakap benar dan memberitahu si zalim tersebut, maka dia dikehendaki membayar ganti ruginya dan perbuatan berbohongnya itu dikira sebagai berbuat baik.

Page 38: Ghulam Al Dakwah

d) Seorang perempuan atau orang suruhan yang ingin dizinai bersembunyi di rumahnya. Orang yang ingin melakukan zina dengannya datang bertanya, maka dia wajib berbohong.

e) Sesorang dipaksa untuk melakukan syirik kcpada Allah (syirik adalah lebih buruk daripada berbohong) atau melakukan sebarang perkara kufur. Maka dia diharuskan untuk melafazkannya (melakukannya) demi menjaga dirinya. Ini kerana melafazkan perkataan syirik tanpa beriktiqad dengannya adalah tidak sama kefasadannya dengan hilangnya ruh (mati).

Kajian terhadap contoh-contoh di atas dan yang seumpamanya;

Berbohong adalah diharuskan dan diberi pahala berdasarkan maslahah yang terkandung di dalamnya dan berdasarkan kadar kewajipan menjaga maslahah tersebut yang terdiri daripada menjaga harta, kehormatan dan nyawa. Sekiranya dia berkata benar ketika itu, nescaya dia berdosa iaitu dosa orang yang menyebabkan berlakunya mafsadah tersebut dan kadarnya adalah berbeza-beza.

Kitab Ihya Ulumiddin menyebut; Maimun bin Mahran berkata: Pada sesetengah keadaan, berbohong adalah lebih baik daripada berkata benar. Apa pandangan kamu jika kamu melihat seorang lelaki mengejar seorang manusia dengan pedang yang terhunus untuk membunuhnya. Lalu dia bersembunyi di sebuah rumah. Lelaki tersebut datang berjumpamu lalu bertanya; Apakah kamu melihat fulan? Apakah yang akan kamu jawab? Bukankah kamu akan menjawab aku tidak melihatnya? Kamu tidak akan bercakap benar kepadanya. Pembohongan ini adalah wajib.

Kemudian Imam Ghazali berkata; Oleh itu kami berpendapat; percakapan adalah wasilah kepada sesuatu tujuan. Setiap tujuan yang boleh dicapai dengan bercakap benar dan berbohong, maka berbohong adalah diharamkan. Sekiranya ia hanya dapat dicapai melalui berbohong, maka berbohong adalah diharuskan jika tujuan yang dicapai adalah diharuskan. Jika tujuan adalah wajib, maka berbohong adalah diwajibkan. Contohnya ialah menjaga kehormatan darah adalah wajib. Di dalam masalah ini, apabila bercakap benar, akan menumpahkan darah seseorang muslim yang sedang bersembunyi daripada si zalim, maka berbohong adalah wajib. Selagi tujuan peperangan atau menyelesaikan perbalahan tidak dapat disempurnakan kecuali dengan berbohong, maka berbohong adalah diharuskan. Perlu diingatkan, bahawa berbohong hendaklah dihindarkan sekadar termampu. Ini kerana apabila seseorang mula membuka pintu berbohong untuk dirinya, ditakuti akan membawanya kepada berbohong dalam perkara yang tidak memerlukannya dan dalam perkara yang bukan dharurah. Pada asalnya berbohong adalah haram kecuali kerana dhorurah.

Kemudian Imam Ghazali membincangkan hadis Ummu Kalthum yang telah disebutkan sebelum ini. Hadis ini mengandungi keharusan berbohong dalam tiga perkara. Selepas

Page 39: Ghulam Al Dakwah

itu, beliau berkata; Untuk ketiga-tiga perkara ini terdapat pengecualian yang jelas. Termasuk dalam perkara tersebut ialah perkara lain yang mengandungi tujuan yang baik untuk dirinya atau untuk selainnya. Mengenai harta, seorang zalim ingin mengambilnya dan bertanyakannya mengenai hartanya itu, maka dia boleh berbohong. Sultan menangkapnya lalu ditanya tentang maksiat yang dilakukannya yang hanya diketahui oleh Allah, maka dia boleh berbohong. Dia boleh berkata; Aku tidak berzina, aku tidak mencuri. Rasulullah (s.a.w.) bersabda “Sesiapa yang melakukan kejahatan, dia hendaklah berlindung dengan lindungan Allah.” Ini kerana menzahirkan maksiat adalah lebih hina. Setiap orang diharuskan menjaga darah dan hartanya daripada diambil secara zalim sekalipun dengan cara berbohong. Mengenai berbohong untuk orang lain ialah seperti seseorang bertanyakannya mengenai rahsia saudaranya. Ketika itu dia dibolehkan untuk berbohong.

Beliau berkata lagi; Dinaqalkan daripada salaf bahawa menggunakan ta’ridh (laitu tidak menggunakan ayat yang jelas menunjukkan kepada makna yang dikehendaki. Atau maksud zahir ayat tidak menunjukkan makna sebenar yang dikehendaki seperti kata-kaa alangkah buruknya bakhil sebagai ta’ridh bahawa dia adalah bakhil - penterjemah) adalah dibolehkan sebagai ganti kepada berbohong. Salaf mengatakan; Mengenai ta’ridh, maka ia diharuskan sebagai ganti kepada berbohong. Ini diriwayatkan daripada Ibnu Abbas dan lainnya. Keharusan tersebut hanyalah ketika seseorang terpaksa berbohong. Sekiranya tidak ada keperluan dan dharurah, maka ta’ridh adalah tidak diharuskan. Dengan ini berbohong terang-terangan adalah lebih-lebih lagi tetapi ta’ridh adalah lebih ringan.

Saya akhiri perbincangan yang penting dan mendalam ini dengan menyebut apa yang disebutkan oleh Dr. Abdul Karim Zaidan dalam kitabnya Majmu’ Buhuth Fiqhiyyah dalam kajiannya mengenai Dharurah Dalam Syariat Islam di bawah tajuk “Harus Berbohong Dan Bersumpah Dusta Kerana Dharurah.” Beliau berkata;

Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya juga telab meriwayatkan daripada ahli fiqh di kalangan tabi’in mengenai harusnya berbohong dan bersumpah dusta demi menyelamatkan nyawa dan harta pelakunya ataupun nyawa atau harta orang lain daripada tindakan kejam si zalim dan seumpamanya. Riwayat-riwayat tersebut merupakan peninggalan fiqh lama yang telah berjaya membongkar salah satu sudut yang hujah penting daripada fiqh Islam di dalam menghadapi realiti kehidupan. Ia juga menunjukkan bagaimana fiqh Islam mengambil kira niat manusia dan kesudahan sesuatu perbuatan. Antara riwayat yang disebut di dalam tafsir al-Qurtubi ialah apa yang telah dinyatakan oleh Hasan al-Basri (r.a.) sebagai jawapan terhadap pertanyaan yang diajukan kepadanya. Hasan al-Basri telah ditanya mengenai sultan zalim yang meminta seorang lelaki bersumpah ataupun dia menunjukkan tempat persembunyian orang yang sedang dicari-carinya supaya dapat disiksa secara zalim, ataupun tempat simpanan harta supaya telah dia dapat merampasnya dengan cara yang tidak sebenar? Beliau menjawab: “Sekiranya dia bimbang terhadap keselamatan diri atau hartanya, maka bersumpahlah dan sumpahnya itu tidak akan dikenakan kafarah.”

Page 40: Ghulam Al Dakwah

Abdul Malik bin Habib, salah seorang ulama mazhab yang Maliki pula berkata: Ma’bad telah menceritakan kepadaku daripada al-Musayyib bin Syarik daripada Abu Syaibah, beliau oleh berkata: “Aku telah bertanya kepada Anas Bin Malik tentang seorang lelaki yang akan dibunuh secara zalim, adakah dia dibolehkan bersumpah untuk rnenyelamatkan dirinya?” Beliau menjawab: “Ya. Aku bersumpah tujuh puluh kali kemudian aku melanggarnya adalah lebih aku sukai daripada menunjukkan tempat persembunyian seorang muslim”.

Diceritakan juga bahawa al-Walid bin Abdul Malik telah meminta Raja’ Bin Haiwah (salab seorang ahli fiqh di kalangan tabi’in) supaya bersumpah memberitahunya siapakah yang mengatakan sesuatu yang buruk terhadap khalifah} di dalam majlisnya, Perkara tersebut benar-benar berlaku dan berita tersebut sampai kepada al-Walid melalui mata-matanya. Maka Raja’ bin Haiwah bersumpah mengatakan bahawa perkara tersebut sedikitpun tidak berlaku di dalam majlisnya. Selepas itu al-Walid menyebat mata-mata yang menyampaikan berita tersebut kepadanya dengan tujuh puluh kali sebatan. Kemudian mata-mata tersebut datang menemui Raja’ lalu berkata: ‘Wahai Raja’, dengan berkat doa engkaulah kami memohon hujan ketika kemarau dan kerana pendustaan engkaulah juga belakang tubuhku kami menerima tujuh puluh kali sebatan”. Raja menjawab: “Tujuh puluh kali sebatan yang hinggap di belakang tubuhmu itu jauh lebih baik daripada dibunuhnya seorang muslim.”

Perkara yang semestinya kami peringatkan untuk kali kedua, ketiga dan keempat bahawa berbohong yang di luar daripada apa yang diharuskan oleh syarak adalah termasuk dalam dosa besar. Al-Hafiz az-Zahabi ad-Dimasyqi dan lainnya telah mengkategorikannya sebagai dosa besar. Rasulullah (s.a.w.) juga menjelaskan bahawa seorang mukmin tidak sekali-kali berbohong tetapi dia kadang-kadang menjadi pengecut dan bakhil.

Perkara penting juga bagi kami, bahawa para pemuda yang bekerja untuk Islam mestilah memahami bahawa perkara ini mempunyai garis sempadan yang telah ditentukan oleh syarak dan kita wajib berpandukan kepadanya. Kita janganlah melampauinya yang menyebabkan kita akan kehilangan banyak kebaikan. Kita juga janganlah mencuai dan bermudah-mudah dengannya yang akan menyebabkan perjalanan kita menuju kepada keredhaan Allah akan tergendala. Kedua-dua ini adalah dimurkai Allah Taala. Wallahu A’lam.

Page 41: Ghulam Al Dakwah

Ghulam Dakwah (Iman dan Harakah)- Bhgn 6

Huraian Potongan Hadis [5]

Keadaan tersebut berterusan sehinggalah pada suatu hari dia bertembung dengan seekor binatang besar yang menghalang perjalanan orang ramai. Ketika itu, ghulam tersebut berkata; “Pada hari ini aku akan mengetahui adakah ahli sihir yang lebih afdal ataupun rahib yang lebih afdal. Maka dia mengambil seketul batu lalu berdoa; Ya Allah, sekiranya urusan rahib lebih Kamu sukai daripada urusan ahli sihir, maka bunuhlah binatang ini sehingga orang ramai dapat lalu lalang.” Dia pun melontarnya, maka binatang tersebut mati dan orang ramai dapat lalu lalang.

Dalam riwayat Imam Tirmizi;

Orang ramai tertanya-tanya; Siapakah yang membunuh binatang ini? Sebahagian mereka menjawab; ‘Ghulam.” Maka manusia menjadi takut. Mereka berkata; “Sesungguhnya ghulam ini telah mengetahui suatu ilmu yang tidak diketahui oleh sesiapa pun.”

1) Ketika hubungan antara ghulam dan rahib berjalan dengan teratur, berterusan dan mendalam, tiba-tiba berlaku peristiwa binatang yang menghalang perjalanan orang ramai.Peristiwa yang menjadi persoalan penting dan mengakibatkan perpindahan besar dalam marhalah dakwah serta peranan ghulam.

Perhatikanlah kata-kata ghulam “Pada hari ini aku akan mengetahui adakah ahli sihir yang lebih afdal ataupun rahib yang lebih afdal.” Adakah kata-kata ini memberi makna bahawa ghulam masih lagi ragu-ragu dalam keyakinannya terhadap kebenaran ajaran rahib dan kebatilan pegangan ahil sihir? Atau ia bermakna meminta peringkat ‘haqqul yakin’ demi mendapatkan ketenteraman hati yang sepenuhnya. Yang jelasnya, permintaannya adalah untuk membulatkan keyakinan sepertimana permintaan Nabi Ibrahim (a.s.) kepada Tuhannya; “Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?” Allah berfirman: “Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanKu)?” Nabi Ibrahim menjawab: “Bahkan aku (percaya,), akan tetapi untuk menenangkan hatiku,” (maksud al-Baqarah ; 260)

(Di sana terdapat tiga peringkat keyakinan; Ilmu Yaqin, Ainul Yaqin dan Haqqul Yaqin. lbnu Taimiyyah berkata; Ilmu Yaqin ialah apa yang didapati melalui pendengaran, perkhabaran, perbandingan dan pemerhatian. Ainul Yaqin pula melalui apa yang disaksi dan dilihat dengan mata kepalanya sendiri. Manakala Haqqul Yakin pula ialah yang dia

Page 42: Ghulam Al Dakwah

sendiri terlibat, merasai dan mengetahuinya melalui pengajaran yang diambil. Contoh yang pertama; Seseorang memberitahu bahawa di sana ada madu. Berita ini dibenarkan oleh pendengarnya. Atau dia melihat kesan madu dan dia mengakui kewujudannya berdalilkan kepada kesan tersebut. Contoh kedua; Mereka yang melihat madu dan menyaksikannya dengan mata kepalanya sendiri. Peringkai ini lebih tinggi daripada yang pertama berdasarkan hadis; “Orang yang diberitahu tidak sama dengan orang yang melihat sendiri ”. Contoh ketiga; Mereka yang makan madu dan merasai kemanisannya. Sememangnya dimaklumi bahawa peringkat ini lebih tinggi daripada yang sebelumnya (Majmu’ Fatawa 10/645-646)

Di antara perkara yang menguatkan apa yang kami katakan ialah;

a) Ghulam tetap meneruskan hubungannya dengan rahib sekalipun dia memahami bahaya yang akan dihadapi hasil daripada ajaran rahib yang merupakan agama baru yang bertentangan dengan agama raja. Dengan itu dia menyembunyikan hubungan tersebut. Kalaulah dia ragu atau merasa sangsi, maka dia akan memutuskan hubungan tersebut. Dia juga tidak akan sanggup menanggung bebanan pertemuan yang sentiasa diadakan dan kesusahan yang menunggunya sekiranya hubungan tersebut diketahui umum. Lebih-lebih lagi beliau adalah calon yang tidak lama lagi akan menjadi ahli sihir raja dan mempunyai harta, kedudukan dan kekuasaan.

b) Ghulam, ketika dia berdoa, dia berdoa kepada Allah dengan menyebut “Ya Allah”. Dia tidak berdoa dengan menyebut nama raja atau makhluk yang lain. Ini menunjukkan kebenaran keyakinan dan keimanannya kepada Allah.

c) Keramat yang diminta oleh ghulam adalah keramat yang tidak mampu diberikan oleh sesiapa pun atau manamana tuhan yang disembah selain Allah. Yang mampu memberikannya hanyalah Allah yang Maha Kuat dan Berkuasa. Kalaulah ghulam tidak beriman kepada Allah, nescaya dia tidak akan meminta perkara yang luar biasa seperti itu yang tidak mampu diberikan oleh sesiapa pun walau bagaimana kedudukannya sekali pun.

d) Ketika ghulam berdoa, dia berkata: “Ya Allah, sekiranya urusan rahib lebih Kamu sukai daripada urusan ahli sihir.” Dia tidak berkata “Ya Allah, sekiranya urusan ahli sihir lebih Kamu sukai daripada urusan rahib.” Di sini dia hanya meminta menambahkan keyakinan terhadap urusan rahib sahaja. Ini kerana sekiranya dia meminta menambahkan keyakinan terhadap urusan ahli sihir, maka peristiwa tersebut tidak berlaku. Dengan ini, dia tidak diberikan keyakinan terhadap urusan rahib kerana kemungkinan juga kedua-dua urusan tersebut adalah salah. Ini menunjukkan ghulam sentiasa mencari peluang menambahkan keyakinannya terhadap urusan rahib dan agamanya.

Page 43: Ghulam Al Dakwah

Pengertian ini menjelaskan kepada kita bahawa seorang muslim secara umumnya dan daie khususnya, mengalami berbagai perkembangan yang berbeza dan peringkat keimanan yang tidak sama. Ghulam pada mulanya tidak mengetahui sedikitpun mengenai agama yang benar ini. Kemudian dia belajar dan dididik oleh rahib serta melalui beberapa pemeringkatan dalam keimanannya sehinggalah herlakunya peristiwa ini yang memindahkan keimanannya kepada keyakinan sebagai tanda bermulanya marhalah dakwah yang baru khususnya bagi ghulam. Sesungguhnya Allah telah mempersiapkan ghulam untuk itu.

Para daie semestinya menjadikan ilmu, amal dan tarbiah sebagai jalan untuk dia melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dan sentiasa mencari peluang untuk mempertingkatkan diri dan ikhwah yang bersamanya. Dia juga semestinya tidak henti-henti daripada mengorbankan tenaganya, demi memperbaiki hati dan menghisab diri. Janganlah dia tertipu dengan sangkaan bahawa para daie akan sampai ke satu tahap yang tidak memerlukan kepada persiapan diri dan menjadi sempurna. Sesungguhnya iman mempunyai tingkatan dan peringkatnya. Beruntunglah mereka yang berkorban di dunia dan bersikap zuhud terhadapnya serta bertemu Allah ketika berada di tingkatan iman yang paling tinggi hasil kurniaan Allah dan rahmat-Nya.

2) Dalam peristiwa ghulam meminta perkara luar biasa daripada Allah, dia telah mengambil anak batu dan berdoa kepada Tuhannya, kemudian melontarnya. Dengan lontaran itu binatang tersebut mati. Sesungguhnya mengambil sebab yang dibenarkan adalah perkara yang amat penting semestinya tidak dilupai oleh para daie. Allah telah menjadikan undang-undang dan peraturan yang tidak berubah untuk alam ini. Allah juga telah mengarahkan mukminin supaya mengambil sebab-sebab kemudian bertawakkal sepenuhnya kepada-Nya. Inilah yang dilakukan oleh ghulam dengan mengambil sebab yang dibenarkan (melontar dengan batu) kemudian berdoa kepada Allah (dalam keadaan bertawakkal dan meminta daripada-Nya). Hasilnya, binatang besar yang menghalang perjalanan orang ramai dan menakutkan mereka mati, disebabkan batu kecil yang dilontarkan oleh ghulam yang beriman.

Allah telah menyebut peristiwa yang berlaku pada hari peperangan Badar. Firman-Nya yang bermaksud: “Dan kamu bukan yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allahlah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir)” (al-Anfal: 17) Allah juga telah memerintahkan Maryam mengambil sebab ketika dia merasai sakit hendak bersalin yang memaksanya bersandar ke pangkal sebatang pokok tamar. Allah berfirman yang bermaksud; “Dan goncanglah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.” (Maryam:25}. Sedangkan mengoncangkan pokok tamar pada kebiasaannya, lebih-lebih lagi apabila dilakukan oleh perempuan yang

Page 44: Ghulam Al Dakwah

sedang menghadapi sakit hendak bersalin tidak mungkin akan menyebabkan gugurnya buah tamar.

Dalam peristiwa hijrah, Rasulullah telah mengambil sebab-sebab dengan cara keluar di luar waktu kebiasaan, menggunakan seorang musyrik sebagai penunjuk jalan, menuju ke selatan sedangkan jalan sepatutnya menuju ke utara, bersembunyi di gua Thur, melalui jalan yang jarang dilalui orang menuju ke Madinah dan lain-lain. Semua ini mengajar kita kaum muslimin supaya tidak memandang mudah dalam masalah mengambil sebab, kernudian bertawakkal kepada Allah.

3) Prihatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan cuba menyelesaikannya adalah pengajaran lain yang dapat diambil oleh daie melalui petikan ini. “...Bunuhlah binatang ini sehingga orang ramai dapat lalu lalang.” Begitulah yang semestinya dilakukan oleh daie kepada Allah ; sangat cintakan kepada kebaikan dan sentiasa berusaha menyelesaikan masalah orang ramai. Ini kerana dia disuruh melakukan kebaikan, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kejahatan. Juga kerana perilaku seumpama ini akan membuka hati-hati manusia. Dengan itu, mereka telah mempunyai persediaan untuk menerima apa yang diseru dengan penuh kepercayaan disebabkan mereka telah mengetahui kebaikan yang terkandung di dalamnya. Allah berfirman;

“ Wahai orang-orang yang beriman, ruku’lah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadat kepada Tuhan kamu serta kerjakanlah amal-amal kebajikan supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat”. (al-Hajj : 77)

Semestinya kita tidak melupakan perkara yang penting ini. Ia berkait langsung dengan dakwah. Oleh itu kita hendaklah bergaul dengan orang ramai, bersabar terhadap apa yang mereka lakukan, cuba menyelesaikan masalah mereka, sekali pun mereka bergelumang dengan maksiat yang ditutupi dengan kejahilan. Bahkan masyarakat ghulam adalah kafir, bukan hanya bermaksiat kepada Allah. Kita hendaklah menyeru ke mereka hanya kepada dakwah Allah, berpegang teguh kepada tali-Nya yang kukuh dan kepada tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan taqwa. Ketika itu, mereka akan lebih cepat untuk menerima dakwah dan bertindak balas dengannya. Perlu diingatkan, kita sewajibnya tidak terlalu mementingkan perkara ini sehingga menyebabkan kita melupai kewajipan dakwah dan matlamatnya yang terbesar.

4) Imam Nawawi telah berkata ketika menghurai hadis ini; “Hadis ini membuktikan kewujudan dan kebenaran keramat para wali.” Manusia pada hari ini ada yang mengingkari keramat dan ada yang mempercayainya sehingga ke peringkat meyakini bahawa empunya keramat mempunyai kemampuan peribadi yang boleh mengangkatnya ke martabat para nabi. Kedua-duanya berada dalam kesilapan yang besar terhadap perkara yang penting mi. Oleh sebab itu, Imam Hasan al-Banna telah

Page 45: Ghulam Al Dakwah

menjadikannya di antara dua puluh usul yang memberikan kefahaman sebenar terhadap Islam. Beliau berkata; Mencintai orang-orang soleh, menghormati dan memuji mereka disebabkan amal soleh yang diketahui mereka lakukan, adalah perkara wajar yang mendekatkan diri kepada Allah. Para wali Allah pula ialah mereka yang disebut di dalam firman-Nya yang bermaksud; “(laitu) orang-orang yang beriman dan mereka pula sentiasa bertaqwa.” (Yunus:63). Keramat untuk mereka adalah thabit berdasarkan kepada syarat-syarat yang dinyatakan oleh syarak, dengan menyakini bahawa mereka tidak dapat mendatangkan kemanfaatan atau kemudaratan kepada diri mereka semasa hidup dan selepas mati, lebih-lebih lagi kepada orang lain.

Kadang-kadang Allah (s.w.t) memberikan keramat dan perkara-perkara luar biasa atau apa yang yang diminta kepada sebahagian daripada para daie yang soleh. Walaupun begitu, perkara ini hendaklah difahami berdasarkan kepada garis panduan yang ditetapkan oleh syarak tanpa menambah dan mengurang.

5) Orang ramai menjadikan peristiwa ajaib ini sebagai bahan perbualan dan mereka saling bercerita tentang ghulam, Penyebaran ini menjadi permulaan kepada sebelum berlakunya peristiwa seterusnya yang telah ditentukan oleh Allah. Oleh itu, para daie semestinya berusaha untuk mencairkan sebahagian mereka ke dalam masyarakat. Mereka mempergauli orang ramai, bertindak balas dengan mereka dan menghulurkan bantuan dan perkhidmatan kepada mereka. Ini dilakukan supaya orang ramai dapat melihat dan mengenali mereka dan dekat serta mengetahui bahawa mereka bukanlah orang yang tamakkan harta, pangkat dan kedudukan (sebagaimana yang difitnahkan terhadap mereka). Begitu juga supaya orang ramai mengetahui bahawa mereka bekerja hanyalah untuk mendapatkan balasan daripada Allah dan memasuki syurga-Nya dengan izin, limpah kurnia dan rahmat daripadaNya. Ketika orang ramai meyakini hakikat ini secara praktikal, maka ia menjadi pembantu kepada para daie dan sumber kekuatan mereka. Bahkan sebahagian mereka, akan berada di barisan para daie yang bekerja dan berjihad untuk meninggikan kalimah Allah. Tambahan pula, pengaruh dan sokongan yang diberikan oleh orang ramai terhadap mereka, akan mendatangkan kekuatan dan penjagaan terhadap dakwah (dengan kadar yang tertentu) serta kemampuan untuk bergerak, berdakwah dan menyerap masuk ke dalam masyarakat.

Page 46: Ghulam Al Dakwah

Ghulam Dakwah (Iman dan Harakah)- Bhgn 7

Huraian Potongan Hadis [6]

Sabda Rasulullah (s.a.w.)

“Lalu dia menceritakan peristiwa tersebut kepada rahib. Maka rahib berkata; “Wahai anakku, kamu pada hari ini adalah lebih afdal daripadaku. Sesungguhnya aku melihat bahawa urusanmu telah sampai pada satu peringkat.”

1. Sabdanya; “Lalu dia menceritakan peristiwa tersebut kepada rahib" adalah dalil kami dalam masalah yang telah disebutkan sebelum ini iaitu bentuk hubungan di antara daie dan mad’u dan kesyumulannya.

Ghulam telah berjumpa rahib untuk memberitahunya apa yang berlaku dan apa yang diperkatakan oleh orang ramai. Apakah yang dapat kita gambarkan sekiranya ghulam tidak menceritakan peristiwa tersebut secara terperinci kepada rahib? Apakah peristiwa seterusnya akan berlaku sebagaimana yang telah berlaku? Rahib dapat menyelami hakikat peristiwa yang berlaku dan dapat menggambarkan apa yang akan berlaku. Dengan itu, dia meletakkan ghulam pada marhalah yang baru, memahamkan kepadanya apa yang berlaku dan mengarahkannya supaya menyimpan rahsia. Apakah rahib akan bertindak demikian kalaulah bukan disebabkan ghulam berkata benar dan berterus terang dengannya?

Sekali lagi kami tegaskan, bahawa kami tidak bermaksud keterlaluan dalam bentuk hubungan. Apa yang kami maksudkan ialah, menjelaskan kepentingan ukhuwwah yang mendalam thiqah, mengambil berat, berkata benar dan berterus-terang antara murabbi dan muridnya. Ini memberikan kepada murabbi peluang untuk mengikuti perkembangan dan memberikan tunjuk ajar yang sesuai dengan keadaan mad’u dan kemampuannya.

2) “Maka rahib berkata; “Wahai anakku,...” Perkataan “Wahai anakku” mempunyai pengertian kasih sayang dan hubungan hati yang mengikat di antara rahib dan muridnya, sekalipun dia sedang memperkatakan perkara yang penting serius. Ini kerana ukhuwwah dan kasih sayang tidak bertentangan dengan kesungguhan, keputusan muktamad, berharakah dan pengurusan.

Sesungguhnya kasih sayang kerana Allah dan merendah diri kepada mukminin adalah milik mereka yang merasa kebesaran kurniaan Allah kepada hamba-hambaNya selepas beriman kepadaNya. Kita tidak sepatutnya lupa terhadap kewajipan berkasib sayang

Page 47: Ghulam Al Dakwah

kerana Allah dan rukun ukhuwwah dalam berhadapan dengan peristiwa yang berlaku, kerja yang dan tindakan yang diambil. Kedua-duanya adalah senjatak mukmin yang ampuh selepas iman dalam pertempuran dengan syaitan manusia dan jin. Para murabbi hendaklah menanam perasaan kasih sayang dan hubungan hati ini ke dalam hati saudara-saudaranya yang lain. Pentarbiahan mereka juga hendaklah dibina di atas asas ini. Allah telah berfirman yang bermaksud; “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara,” (al-Hujurat: 10).

Firman Allah lagi; “Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu murtad dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintaiNya, mereka pula bersikap lemah-lembut (merendah diri) terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas terhadap orang-orang kafir.” (al-Maidah: 54)

Rasulullah (s.a.w.) juga bersabda,

“Dan senyumanmu kepada saudaramu adalah sedekah.”

Sabdanya lagi yang bermaksud ; “Orang-orang yang berkasih sayang kerana kebesaran-Ku, bagi mereka mimbar-mimbar daripada cahaya. Mereka didengki (iaitu ghibtah,) oleh para nabi dan syuhada’.”

3) “Kamu pada hari ini adalah lebih afdal daripadaku. Sesungguhnya aku melihat bahawa urusanmu telah sampai pada satu peringkat.” Kata-kata ini tidak dituturkan kecuali oleh mereka yang benar-benar ikhlas, faham dan mampu menilai sesuatu dengan tepat. Ini kerana sukakan kemasyhuran, ghurur (tertipu dengari diri sendiri) dan cintakan pangkat kedudukan adalah di antara penyakit hati yang paling merbahaya yang sentiasa menyerang manusia. “Sesungguhnya dakwah memyembunyikan perasaan cinta yang tersembunyi untuk bertamayyuz (berbeza dengan orang lain) di dalam jiwa mereka yang memperjuangkannya. Memperjuangkan dakwah adalah salah satu daripada tamayyuz tersebut.” Bahkan juga bertamayyuz dengan saudara-saudaranya yang lain dalam banyak keadaan. Hadis yang menceritakan tentang tiga orang (iaitu yang menderma, berjihad dan alim) tetapi niat mereka bercampur dengan benda lain dan hati mereka inginkan kepada dunia dalam bentuknya yang berbagai sudah cukup untuk menjelaskan kepentingan perkara ini.

Sulaiman bin Yasar berkata: Orang ramai telah bertebaran dari sisi Abu Hurairah. Maka Naatil (Imam Nawawi berkata : Naatil bin Qais al-Khazami as-Syami daripada penduduk Palestin, seorang tabien dan bapanya seorang sahabat. Beliau adalah pembesar kaumnya) berkata kepadanya : “Wahai Syeikh, penduduk Syam telah meriwayatkan kepada kami hadis yang anda dengar daripada Rasulullah (s.a.w.) Beliau menjawab: “Ya,

Page 48: Ghulam Al Dakwah

saya mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda ; “Manusia pertama yang akan dihukum pada han kiamat lelaki yang mati syahid. Dia dibawa dan diperkenalkan nikmat yang akan diperolehinya, maka dia mengenalinya. Allah berfirman kepadanya : “Apakah yang kamu lakukan untuk mendapatkannya? Dia menjawab: Aku telah berjihad kerana-Mu sehingga aku mati syahid. Allah berfirman : “Kamu berbohong. Sebaliknya kamu berjihad untuk dikatakan sebagai seorang yang berani. Sesungguhnya kamu telah mendapati apa yang kamu ingini. Kemudian diperintahkan supaya diheret di atas mukanya sehingga dicampakkan ke dalam neraka. Dan lelaki yang mempelajari ilmu dan mengajarnya serta membaca al-Quran. Dia dibawa dan diperkenalkan nikmat yang akan diperolehinya, maka dia mengenalinya. Allah berfirman kepadanya : “Apakah yang kamu lakukan untuk mendapatkannya? Dia menjawab: “Aku telah mempelajari ilmu dan mengajarnya serta membaca al-Quran kerana-Mu. Allah berfirman : “Kamu berbohong. Sebaliknya kamu mempelajari ilmu untuk dikatakan sebagai seorang yang alim dan kamu membaca al-Quran supaya dikatakan sebagai seorang qari. Sesungguhnya kamu telah mendapati apa yang kamu ingini. Kemudian diperintahkan supaya diheret di atas mukanya sehingga dicampakkan ke dalam neraka. Dan lelaki yang dimurahkan rezeki dan dikurniakan berbagai-bagai kekayaan. Dia dibawa dan diperkenalkan nikmat yang akan diperolehinya, maka dia mengenalinya. Allah berfirman kepadanya : “Apakah yang kamu lakukan untuk mendapatkannya? Dia menjawab: “Aku tidak tinggalkan satu perkara pun yang Kamu suka supaya dibelanjakan padanya kecuali aku belanjakan hartaku padanya kerana-Mu. Allah berfirman : “Kamu berbohong. Sebaliknya kamu melakukan semua itu supaya kamu dikatakan sebagai seorang pemurah.Sesungguhnya kamu telah mendapati apa yang kamu ingini. Kemudian diperintahkan supaya diheret di atas mukanya hingga dicampakkan ke dalam neraka”.

Ketika Rasulullah (s.a.w.) mengambil bai’ah daripada para sahabatnya (bai’ah Aqabah kedua), selepas diterangkan tanggungjawab mereka terhadap bai’ah tersebut, mereka bertanya : “Apakah yang kami akan perolehi apabila kami melaksanakan semua itu? Rasulullah tidak menambah sedikitpun selain daripada berkata “Syurga.” Baginda tidak berkata ; Kepimpinan, pangkat, kedudukan dan harta. Baginda juga tidak mengatakan kemenangan yang pasti untuk mereka. Sebaliknya baginda menghubungkan mereka dengan ganjaran yang sebenar sehingga menyebabkan jiwa-jiwa mereka tidak terpaut dengan perkara-perkara duniawi.

Imam Hasan al-Banna telah mengambil pendekatan yang dibawa oleh sunnah Rasulullah (s.a.w.) dengan katanya dalam salah satu risalahnya : “...Tidak ada balasan daripada kami untuk kamu kecuali ganjaran daripada Allah sekiranya kamu ikhlas kepada-Nya dan syurga sekiranya Dia mengetahui kamu layak mendiaminya. Adapun kami, kami tidak mempunyai apa-apa kedudukan dan harta. Keadaan kami hanyalah berkorban apa yang

Page 49: Ghulam Al Dakwah

ada pada kami, membelanjakan apa yang kami miliki dan harapan kami hanyalah keredhaan Allah”.

Al-Syahid Syed Qutb pernah berkata : “...Hati-hati ini sewajibnya memiliki kekuatan, kemantapan dan tajarrud sehingga ke peringkat tidak mengingini sedikitpun apa yang ada di dunia ini (dalam waktu yang sama dia membelanjakan semua benda dan sanggup menanggung sebarang kesusahan) dan hanya melihat kepada akhirat serta hanya mengharapkan keredhaan Allah. Tidak mengharapkan balasan yang segera di dunia, sekalipun balasan tersebut berupa kemenangan untuk dakwah dan Islam serta keagungan muslimin. Bahkan, sekali pun balasan itu berupa musnahnya golongan yang zalim..”

Oleh sebab itu Islam melarang daripada melantik mereka yang meminta secara terus- terang untuk menjadi pemimpin atau mengharapkannya (tanpa mengiklankannya) seperti yang dinyatakan oleh hadis Rasulullah (s.a.w) ;

“Sesungguhnya kami tidak melantik untuk urusan (kepimpinan) mereka yang memintanya atau sentiasa mencari peluang untuk mendapatkannya.”

Kemungkinan apa yang dimaksudkan oleh rahib daripada kata-katanya “kamu pada hari ini adalah lebih afdal daripadaku” ialah dari segi kemampuan tubuh badan kerana ghulam berada di umur remaja dan dari segi lebih mampu untuk menyampaikan dakwah kerana perkara luar biasa yang dapat menarik perhatian orang ramai berlaku padanya.

Dengan ini, kita mengatakan bahawa orang yang dididik kadang-kadang mampu melakukan kerja-kerja dakwah yang tidak mampu dilakukan oleh pendidiknya (murabbinya).

Pengajaran Di Sudut Dakwah.

Page 50: Ghulam Al Dakwah

1) Sebagai menambah penjelasan terhadap betapa bahayanya penyakit-penyakit hati kepada manusia khususnya golongan daie, kami bawakan di sini di antara kata-kata para salaf mengenainya.

Sufian al-Thauri berkata: “Berjaga-jagalah kamu daripada suka menjadi ketua. Seseorang akan menjadikan suka menjadi ketua lebih dicintainya daripada emas dan perak. Ia adalah pintu yang kabur tidak dapat dilihat melainkan oleh pakar-pakar yang berkemampuan. Maka perhatilah betul-betul dirimu dan beramallah berdasarkan niat.”

Fudhail berkata: “Seseorang tidak suka menjadi ketua melainkan dia suka menyebut kekurangan dan keaiban orang lain untuk menjadikan dia sahaja yang sempurna dan dia benci orang lain menyebutkan kepadanya kebaikan seseorang. Sesiapa yang terlalu inginkan kepada menjadi ketua, maka kebaikannya telah mengucapkan selamat tinggal kepadanya.”

Yusuf bin Asbath berkata : “Zuhud terhadap menjadi ketua adalah lebih susah daripada zuhud terhadap dunia.”

Di antara penyakit yang hampir sama dengan penyakit suka menjadi ketua ialah :

a) Ujub. Sebahagian daripada kita pada hari ini hatinya dimasuki karat-karat ghurur (tertipu dengan diri sendiri) dan amalannya yang sedikit membanggakannya. Dengan itu dia tidak cuba menambah dan berpada dengannya. Merasa berpuas hati tanpa ada perasaan untuk mendapat lebih. Seorang zuhud Abdul Aziz bin Abu Rawaad berkata: “Apabila disebut keadaan para salaf, maka terdedahlah keburukan kita semua.”

b) Sukakan pujian manusia berbentuk percakapan dan amalan. Fudhail berkata: “Di antara tanda-tanda munafik ialah seseorang suka dipuji disebabkan perkara yang tidak ada padanya, dan membenci dikeji disebabkan perkara yang ada padanya serta memarahi sesiapa yang menunjukkan keaibannya kepada dirinya.” Khalid bin Safuan berkata: “Ramai orang yang tertipu dengan penutupan Allah terhadap keaibannya dan terfitnah dengan pujian yang baik. Oleh itu, janganlah kejahilan orang lain terhadap dirimu rnenguasai pengetahuan kamu terhadap dirimu sendiri.”

c) Memuji diri sendiri, Allah berfirman;

Page 51: Ghulam Al Dakwah

“Maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu sendiri.” (al-Najm: 32)

d) Mencela din sendiri di hadapan orang lain. al-Hasan al-Basri berkata : “Sesiapa yang mencela diri sendiri di hadapan orang ramai, bermakna dia telah memuji diri sendiri. Itu adalah di antara petanda riya".

e) Menyebut keaiban kawannya. Fudhail berkata : “Di antara alamat munafik ialah seseorang merasa gembira apabila dia mendengar keaiban salah seorang kawannya.”

Pada diri Umar bin Abdul Aziz terdapat ikutan yang baik untuk kita kerana beliau telah menjauhi penyakit ini. Beliau telah berkata dalam ucapannya yang pertama selepas perlantikannya sebagai khalifah ; “Ketahuilah, saya bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu. Tetapi saya hanyalah salah seorang lelaki di kalangan kamu, selain daripada Allah telah menjadikan saya orang yang paling banyak menanggung bebanan.”

Ya. Ketika hilangnya keistimewaan yang dibuat-buat (bentuk kebendaan atau bukan), tabiat berpura-pura (sama ada berlaku pada amir seperti ghurur dan meyakini hanya ialah satu-satunya di zamannya serta seorang yang unggul ataupun di kalangan orang sekelilingnya seperti mengampu, suka memuji, keterlaluan dalam perkataan dan perbuatan, dan mempunyai udang di sebalik batu dalam mengemukakan sesuatu pandangan dan lain-lain), tawadhu’ menguasai din dan ukhuwwah menguasai suasana, ketika itu makna imarah dan menjadi ketua tidak wujud melainkan bebanannya yang berat.

Neraca dalam menjadikan seseorang sebagai ketua dalam amal Islami tidak terletak pada umur yang tua atau penglibatan yang awal (sekalipun kita tidak menafikan peranan pengalaman dakwah dan kehidupan). Tetapi, ia terletak pada syarat yang mesti dipenuhi. Sebahagiannya adalah tetap, tidak menerima perubahan iaitu memiliki tahap minimum dalam kefahaman, keilmuan, berharakah, pengalaman, akhlak dan iltizam. Sebahagiannya pula, tidak tetap berdasarkan kepada jenis kerja yang ingin dilakukan. Ciri-ciri seorang ketua tentera tidak sama dengan ciri-ciri orang guru atau murabbi. Ia juga berbeza dengan ciri-ciri sebagai seorang ahli politik.

Page 52: Ghulam Al Dakwah

Ramai di kalangan para sahabat yang lewat memeluk Islam tetapi mereka dilantik untuk sesuatu jawatan oleh Rasulullah dan khalifah selepasnya. Sedangkan mereka yang mendahului mereka dalam membawa dakwah dan yang usianya lebih tua daripada mereka tidak dilantik. Mereka adalah seperti Khalid bin al-Walid, Amru bin al-As, Usamah bin Zaid dan Muthanna bin Harithah.

3) Kewujudan keadaan seperti ini (suka menjadi ketua atau perasaan hasad) di dalam jiwa sebahagian daripada para daie menyebabkan dakwah, kehilangan peluang mengambil faedah daripada mereka yang memiliki kesediaan dan potensi, kemampuan dan pengalaman. Sebabnya, hanyalah wujudnya perasaan bahawa kedudukan dan kelebihan yang sedang dinikmati akan diambil-alih oleh mereka yang memiliki ciri-ciri tersebut (Mereka tidak mengetahui bahawa kedudukan dan kelebihan di sisi Allah adalah lebih baik dan kekal daripada pangkat dan gelaran, ungkapan-ungkapan pujian dan pandangan mereka yang membesarkannya). Dengan itu mereka mula (sama ada disedari atau tidak mencela, memperbodoh, mengeliru dan memperbesarkan kesalahan yang kecil atau rnenafsirkan sesuatu perkara jauh daripada hakikatnya yang sebenar. Bahkan dalam sesetengah keadaan mereka sanggup menyebar khabar angin, berbohong dan mengada-ngadakan sesuatu di samping menimbulkan masalah dan merosakkan individu tertentu. Kadang-kadang sampai ke peringkat mencabar. Dengan itu melahirkan tindak-tanduk yang kurang sihat daripada sebahagian daie. Di antara para daie pula, ada yang akan berpatah balik dan mendiamkan diri dan yang lain pula merasa malas untuk meneruskan kerja. Dengan itu juga, akan meniupkan suasana hilang kepercayaan, berkecai ukhuwwah, perpecahan saf dan boleh jadi membawa kepada perbalahan dan fitnah yang sukar untuk diselesaikan. Pelakunya akan menanggung dosa tindakannya itu, dan dosa mereka yang mengikutinya selepas itu. Inilah sebagaimana yang dikatakan ; “Boleh jadi pengikut dimaafkan tetapi ketua terpaksa menanggung dosanya.”

4) Perlu disebutkan secara ringkas di sini (sekalipun tidak ada hubungan dengan hadis ini) bahawa penyakit ghurur yang dihidapi oleh sebahagian pemuda yang dididik di madrasah dakwah (atau di luarnya), kemudian selepas melalui jangka masa tertentu, mereka berbangga diri di hadapan saudara-saudara (para daie) dan guru-guru mereka adalah perkara yang merbahaya dan ditolak. Mereka yang mempunyai kelebihan dan pengalaman serta mereka yang dikurniakan oleh Allah kelebihan yang menyebabkan dakwah sampai kepada mereka (para pemuda) dalam keadaan yang jelas wajib dihormati, dan diberikan kepercayaan (thiqah) kepada mereka. Para pemuda tidak sepatutnya, menuduh sebahagian mereka dengan pengecut dan sebahagian lain sebagai kurang ilmu serta yang lain dengan lemah, berpandangan hanya disebabkan pimpinan tidak mengambil pandangan golongan yang bersemangat dan menolak pendapat

Page 53: Ghulam Al Dakwah

mereka. Dengan itu, tindakan tersebut akan menggugatkan ukhuwwah dan thiqah, kemudian taat dan selepas itu rukun baiah yang lainnya sebagai tambahan kepada kesibukan pimpinan dan para daie dengan kata-mengata, menolak syubhat (keraguan) yang ditimbulkan dan perbincangan yang panjang. Ini menyebabkan waktu terbuang, perjalanan dakwah terhenti, keazaman menjadi lemah, berpecahnya tenaga dan yang mendapat faedahnya ialah musuh-musuh Islam. Para pemuda yang seumpama inilah yang akan dipertanggungjawabkan di atas apa yang berlaku di hadapan Allah. Kalaulah mereka beriltizam dengan kaedah memberi nasihat kerana Allah dan adab-adabnya, dan beriltizam dengan keputusan yang diambil (walaupun bertentangan dengan pendapat mereka) selagi bukan dalam perkara maksiat, nescaya mereka dapat mengelakkan perkara tersebut daripada menimpa mereka dan saudara-saudara mereka.

5) Kadang-kadang para daie dan murabbi tidak mampu untuk mewujudkan hubungan sebagaimana yang dilakukan oleh rahib. Tetapi mereka mestilah melakukan pembentukan tindak tanduk, ibadat, pemikiran, pengetahuan, berharakah dan lain-lain yang berterusan terhadap saudaranya yang lain. Usaha ini berterusan sehingga para daie berpuas hati terhadap saudaranya, ketika itu dia hendaklah menambah bebanan dan tanggungjawab dakwah secara berperingkat, memberi tunjuk ajar dan membuka ruang kepadanya untuk berfikir, berijtihad dan bertindak. Di samping itu, mutabaah dilakukan sehingga dia rnencapai tahap kematangannya.

Sesungguhnya dakwah yang mampu mentarbiah rijal, seumpama rahib dan ghulam adalah layak untuk dijadikan sebagai benih subur bagi ummah dan mampu untuk memiliki langkah-langkah yang berkesan. Perjalanannya menuju kemenangan pula adalah pendek dengan izin Allah.

6) Kita dapat perhatikan melalui baki hadis yang akan kita bincangkan, bahawa ghulam tidak melakukan sesuatu yang menjadikannya ghurur, takabbur atau sebarang kecacatan dalam tindak lakunya, Bahkan, perkara sebaliknya yang berlaku. Ini membuktikan kejayaan besar dalam tarbiah yang dilakukan oleh rahib. Ia juga menjadi kejayaan kepada jamaah yang menjadikan orang seumpama rahib sebagai pemimpin dan ghulam sebagai pendokong (jundi) dan pendakwah (daie).

7) Kadang-kadang kebaikan dan ketaqwaan murid mengatasi syeikhnya. Kadang-kadang martabatnya di sisi Allah mengatasi martabat syeikhnya. Kadang-kadang jundi (pendokong) lebih terkedepan daripada pemimpinnya. Tetapi semua ini tidak

Page 54: Ghulam Al Dakwah

sepatutnya menimbulkan di dalam diri mereka perasaan ujub, ghurur dan berbangga terhadap orang lain dan mereka yang mempunyai kedudukan di sisi para daie. “Sesungguhnya manusia memiliki tenaga dan kemampuan yang berbeza dan Islam menjadikan untuk mereka medan amal yang luas. Di situ, mereka berlumba-lumba dan mereka yang memiliki kemampuan, amanah dan bertenaga akan menonjol ke depan.”

Rahib telah mengambil sebab-sebab, bergaul dengan ghulam dan mengajarnya. Dia sentiasa mentarbiah dan melatihnya sehingga dia dapat melihat melalui peristiwa itu (pembunuhan binatang) perkara yang tidak dapat difahami oleh ghulam sendiri. Daie yang sentiasa berhubung dengan Allah, meminta pertolongan dan bertajarrud kepada-Nya, Allah akan memberikan kepadanya keluasan firasat dan kecerdikan. Apabila rahib melihat tanda-tanda tersebut, maka dia menceritakan kepada ghulam tentang hakikat sebenar dan bebanannya yang terdiri daripada ujian di jalan Allah supaya ghulam tidak tertipu. Kedudukan keimanan dan penonjolannya menuntut jihad yang lebih besar, ujian yang lebih dahsyat dan menanggung bebanan yang berat. Sesungguhnya rahib memahami bahawa manusia berada di berbagai peringkat dan darjat, dan kelebihan hanya milik Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Maka, dia meletakkan ghulam yang telah matang pada tempatnya yang sesuai dan dibekalkan dengan tunjuk ajar. Dia juga memahami bahawa, dia akan mendapat ganjaran sebagaimana yang diperolehi oleh ghulam tanpa dikurangkan sedikitpun.Ini sudah mencukupi.

*Hakikat firasat mengikut Ibn Qayyim al-Jauziah ialah lintasan yang berlaku di dalam hati yang menafikan perkara yang bertentangan dengannyn. Ia menerkam ke dalam hati seperti terkaman singa terhadap mangsanya. Ia dapat diperolehi melalui nur yang dicampakkan ke dalam hati hamba-Nya. Dengan Nur tersebut dia mampu untuk membezakan di antara kebenaran dan kebatilan, kebenaran dan penipuan. Firasat ini berlaku berdasarkan kepada kekuatan iman. Sesiapa yang paling kuat imannya, maka dialah yang paling mampu berfirasat. Abu Said aI-Kharaz berkata : “Sesiapa yang melihat dengan nur firasat, maka dia melihat dengan nur kebenaran. Pcngetahuannya akan sentiasa bersama kebenaran tanpa berlaku lupa atau laai. Bahkan, lidahnya akan sentiasa meletakkan hukum yang benar. Amru bin Nujaid berkata : “Syah al-Karmaani ialah seorang yang kuat firasatnya dan tidak tersilap. Beliau berkata : “Sesiapa yang menjaga pandangannya daripada perkara haram, memelihara dirinya daripada syahwat, sentiasa memuraqabah batinnya dan zahirnya pula sentiasa mengikuti sunnah serta memakan makanan yang halal, maka firasatnyn tidak akan tersilap. Semua itu adalah firasat iman. (Madarijus Salikin (2/483-484) dengan melakukan perubahan). al-Mujam al-Arabi al-Asasi mentakrifkan firasat sebagai kemampuan untuk mengetahui hakikat sesuatu perkara walaupun zahirnya bercelaru. (pent.)

Page 55: Ghulam Al Dakwah

Khas buat pendokong agama Allah

Huraian Potongan Hadis [7]

“Kamu akan diuji.”

Ibnu ‘Illan berkata: Kemungkinan perkara ini disebut melalui jalan kasyaf, maka dia menjadi keramat, atau melalu firasat atau kebiasaan dan pengalaman, kerana mereka yang menyanggahi manhaj orang ramai akan diuji dan diseksa.

1) Kesimpulannya, para daie mestilah memahami dengan baik tabiat jalan dakwah supaya dia tidak tercengang atau merasa ragu-ragu, apabila berhadapan dengan cubaan dan ujian. “Ini kerana ujian adalah sunnah Allah yang pasti akan berlaku. Ia merupakan petanda cintanya Allah kepada orang yang diuji. Allah, apabila Dia mencintai seseorang, Dia akan mengujinya. Seseorang akan diuji berdasarkan kepada kekuatan agamanya. Sekiranya ketahanan agamanya kuat, maka kuatlah ujian yang dikenakan kepadanya.

Sesungguhnya mereka yang menyeru kepada Allah, menyuruh melakukan kebaikan, rnencegah kemungkaran, berusaha memperbaiki masyarakat dan mengembalikan mereka kepada Allah, semestinya akan terdedah kepada ujian dan cubaan. Luqman telah berkata kepada anaknya ; “Wahai anakku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu, adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki mengambil berat melakukannya.(Luqman : 17).

Allah juga telah merijelaskan hakikat ini dalam banyak ayat. Di antaranya; “Alif, Laam, Mim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang telah terdahulu daripada mereka (dengan ujian yang demikian) nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui tentang orang-orang yang berdusta.” (al-Ankabut : 1-3).

Page 56: Ghulam Al Dakwah

Firman Allah yang bermaksud : “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, sedangkan belum datang kepada kamu (ujian) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka ditimpa kepapaan dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan ancaman musuh), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman yang bersamanya berkata: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)” (al-Baqarah : 214)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : “Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan memasuki Syurga padahal belum nyata kepada Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?” (Ali-Imraan : 142)

Firman-Nya lagi yang bermaksud ; “Dan Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan (kepada musuh) dan kelaparan serta kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, (al-Baqarah : 155)

Firman-Nya lagi yang bermaksud; “Kamu benar-benar akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan kamu benar-benar akan mendengar dan orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu dan orang-orang yang musyrik, banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa, maka sesungguhnya yang demikian itu, adalah dan perkara-perkara yang patut diambil berat (melakukannya). (Ali-Imraan: 186)

Rasulullah (s.a.w.) bersabda yang bermaksud : “Orang-orang sebelum kamu telah ditangkap, digalikan lubang dan diletakkan mereka di dalamnya. Kemudian dibawa gergaji, lalu diletakkan di atas kepalanya. Maka, terbelah dua badannya. Daging dan tulang mereka disikat dengan sikat besi. Perkara tersebut tidak menghalang mereka daripada agama mereka. Demi Allah! Allah akan menyempurnakan urusan agama ini sehingga mereka yang datang dari San’aa menuju ke Hadramaut tidak takut kecuali kepada Allah dan bimbangkan kambingnya daripada serigala. Tetapi kamu ingin cepat.”

Baginda bersabda lagi ; “Manusia yang paling teruk menerima ujian ialah para nabi, kemudian orang yang seumpamanya dan seumpamanya". Mereka yang memerhati

Page 57: Ghulam Al Dakwah

seerah para nabi, akan memahami bahawa ujian, cubaan dan seksaan adalah sebahagian daripada jalan dakwah. Dengannya Allah memilih hamba-hamba-Nya yang benar-benar mukmin dan dengannya juga Allah mengangkat mereka beberapa darjat. Rahib tidak berpada dengan hanya memahami hakikat tersebut, tetapi dia telah mengingatkan hakikat tersebut kepada ghulam pada waktunya yang sesuai, sehingga ghulam benar-benar memahami apakah yang akan dihadapi pada marhalah yang mendatang. Sesungguhnya menyampaikan kebenaran akan memarahkan golongan batil. Ini kerana sememangnya kebenaran akan membongkarkan keburukan kebatilan dan akan berakhir dengan usaha menghapuskan kebatilan dengan menggunakan apa cara sekalipun yang dibenarkan oleh syarak. Oleh itu pertentangan, seksaan dan ugutan akan bermula. Juga sehingga rahib mampu meletakkan ghulam untuk berhadapan dengan tanggung jawab marhalah tersebut. Dengan itu, ghulam tidak tertipu dengan kata-kata yang didengar daripada gurunya “Kamu pada han ini lebih afdal daripada aku.’ Tetapi dia mengajar ghulam bahawa kelebihan tersebut mesti dibayar dengan harga yang mahal iaitu ujian dan cubaan. Kewajipannya ialah bersabar dan beramal untuk dakwahnya sehingga ke titisan darah yang terakhir walau sebesar mana sekalipun bebanan yang terpaksa ditanggung, demi melaksanakan kewajipan yang besar ini.

Sesungguhnya, para daie mesti pandai memilih waktu dan cara penyampaian yang sesuai untuk mengajarkan perkara ini kepada para mad’u. Segera menyebut hakikat ini bukan pada waktunya, kadang-kadang menyebabkan mad’u takut dan malas untuk meneruskan hubungan. Lewat menyebutnya, kadang-kadang menyebabkan dia tersentak dan ragu-ragu apabila berhadapan dengan cubaan dan ujian secara tiba-tiba.

2) Ujian secara kasarnya terbahagi kepada dua. Ujian berbentuk fardi (individu) dan ujian berbentuk jamaie.

Ujian berbentuk fardi (berlaku bukan ketika berhadapan dengan kebatilan) mempunyai berbagai bentuk di antaranya ialah kehilangan orang yang dikasihi, hilangnya sebahagian daripada anggota badan, sakit berat, kehilangan harta dan lain-lain. Di antara contoh yang berlaku ialah ujian yang dihadapi oleh nabi Ayub (a.s.), nabi Ibrahiin (a.s.) dan nabi Ismail (a.s.) serta nabi Muhammad (s.a.w). Di antara hikmat ujian berbentuk fardi, ialah menghapuskan dosa, mengangkat martabat dan darjat, balasan di dunia, mengikhlaskan diri kepada Allah, menzahirkan hakikat manusia dan mengambil contoh teladan daripada orang yang sabar.

Page 58: Ghulam Al Dakwah

Ujian berbentuk jamaie pula (berlaku ketika berhadapan dengan kebatilan) mempunyai berbagai bentuk. Di antaranya :

a) Serangan media massa : Menghina dan memperlekehkan, menuduh berbohong, gila, bodoh, sesat, melakukan kerosakan, sihir, nujum dan tali barut musuh.

b) Diugut dengan seksaan: Ugut akan dipukul, rejam, penjara, buang daerah atau negeri, dibunuh dan dikenakan kesempitan rezeki.

c) Menipu dengan harta, pangkat dan kuasa.

d) Diazab tubuh badan: Seksa dengan api, mencekik, mencampakkan najis kepada para daie, pukul dan sebat, mengupas daging daripada tulang, menggergaji, selam ke dalam air, meludah ke muka dan mengikat dengan tali.

e) Ujian dalam penjara.

f) Dibuang daerah dan negeri

g) Dirampas harta.

l) Dibunuh.

Masih banyak lagi selain daripada ini. Golongan toghut, tidak akan jemu untuk mencipta cara baru dalam usaha memfitnah dan menyeksa para daie kepada Allah. Dan Allahlah sebaik-baik pemelihara mereka. Benarlah Allah yang telah berfirman;

“Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka jahanam dan bagi mereka azab neraka yang membakar.” (al-Buruj: 10)

Page 59: Ghulam Al Dakwah

Ghulam Dakwah (Iman dan Harakah)- Bhgn 8Huraian Hadis [8]

“Sekiranya kamu diuji, janganlah kamu menceritakan tentang aku”.

Kalimah kamu diuji disebut tanpa menyebut siapakah yang akan menguji. Dan juga disebut sebelumnya kalimah yang menunjukkan syak ‘sekiranya’ sedangkan sebelum ini disebut dengan menggunakan kalimah yang menunjukkan pasti berlaku ‘kamu akan diuji’. Ini disebabkan apa yang disebutkan sebelum ini, adalah berdasarkan kepada keyakinannya bahawa, perkara tersebut akan berlaku dan apa yang disebut di sini adalah berdasarkan kepada realiti dan apa yang jelas di alam nyata. Ini kerana firasat juga kadang-kadang tersilap, pengalaman berbeza-beza dan apa yang berlaku tidak menepati kajian yang dilakukan. Ataupun disebabkan rahib bertujuan untuk tidak membebankan ghulam. Oleh itu, dia tidak mengungkapkan untuk kedua-dua ayat tersebut menggunakan kalimah yang menunjukkan bahawa ujian pasti berlaku dengan yakinnya supaya ghulam tidak bersusah hati sebelum tibanya waktu diuji.

1) Penjagaan terhadap para daie (di mana mereka adalah adalah modal dakwah dan pelopornya) daripada dihapuskan sehingga akar umbi oleh ahli batil dengan mengambil semua sebab-sebab yang diharuskan dan termampu, merupakan kewajipan yang diwajibkan oleh syarak dan akal. Sesungguhnya mendedahkan diri kepada kesusahan dengan cara mengisytiharkan tokoh-tokoh dakwah tanpa keperluan sebenar atau tidak berdasarkan kepada langkah-langkah yang dikaji dengan teliti adalah perkara yang akan dipersoalkan kepada para pengasas dan pemimpin di hadapan Allah Taala. Mereka tidak diberikan hak untuk memandang remeh atau bertindak tanpa memikirkan akibatnya dalam masalah ini. Sekiranya mereka telah mengambil sebab-sebab, merancang dan berusaha, kemudian Allah menentukan apa yang mereka tidak ingini, maka itu hanyalah semata-mata ketentuan daripada Allah yang dikehendakiNya untuk hamba-hambaNya. “Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya”. (Yusuf ; 21), “Dan Allahlah yang menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati syahid’ (Aali Imraan ; 140). Ia merupakan kebaikan dengan penuh yakin untuk mereka dan untuk agama Allah Taala.

Menjaga rahsia dan berhati-hati adalah di antara sebab-sebab terpenting untuk menjaga dakwah dan pendokongnya Di sana terdapat banyak dalil yang menunjukkan keharusannya dan menjadi wajib ketika keadaan memerlukannya.

Daripada Al-Quran

Page 60: Ghulam Al Dakwah

a) “Dan kalaulah tidak kerana orang-orang mukmin lelaki dan perempuan yang kamu tidak mengetahui mereka...” (Al-Fath ; 25)

b) Allah Taala berfirman ketika menceritakan tentang pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka (pemudi Kahfi) yang bermaksud : “.....sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak ini ke bandar dan biarlah dia memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya dan hendaklah berlemah-lembut (di bandar) serta janganlah seorangpun (di bandar itu) menyedari keadaan kamu. Sesungguhnya, sekiranya mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dengan membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan kamu kepada agama mereka (secara paksa) dan jika berlaku demikian, kamu sekali-kali tidak akan berjaya selama-lamanya.” (Al-Kahfi ; 19-20)

c) “ Wahai orang-orang yang beriman, bersedia siagalah kamu.” (An-Nisa’; 71)

d) “ Dan berkatalah pula seorang lelaki yang beriman dan kalangan orang-orang Firaun yang menyembunyikan imannya.” (Ghafir ; 28)

Daripada Sirah.

a) Nabi (s.a.w) telah menjawab persoalan seorang tua yang ditemuinya ketika dia bertanya: Kamu semua dari mana? Baginda menjawab: Kami dariipada air?Sirah menjelaskan bahawa apabila Rasulullah ingin keluar berjihad, baginda akan menzahirkan perkara yang sebaliknya.

*Sirah Ibnu Hisham (4/379). Di dalamnya disebut : Rasulullah mengarahkan para sahabatnya upaya menyiapkan persediaan untuk memerangi Rum. Arahan ini dikeluarkan ketika manusia menghadapi kesukaran, cuaca pula terlalu terik, negara kekeringan dan buah-buahan sedang masak ranum... Rasulullah, apabila ingin keluar untuk berperang, baginda hanya menyebutnya secara simbolik sahaja. Baginda akan memberitahu tempat yang bukan menjadi tempat tujunyn kecuali dalam peperangan Tabuk, baginda menceritakannya kepada orang ramai.

c) Tiga tahun pertama, dakwah dilingkungi dengan suasana kerahsiaan yang ketat. Kemudian dilonggarkan sedikit demi sedikit berdasarkan suasana dan keadaan. Tetapi kerahsiaan tidak pernah dihapuskan sama sekali di mana-mana marhalah dakwah sekalipun. Ayat surah Al-Fath telah kami kemukakan. Maka perhatikanlah.

Page 61: Ghulam Al Dakwah

d) Dalam pemilihan yang dilakukan oleh Rasulullah terhadap rumah al-Arqam bin Abi Arqam mengandungi pengertian kerahsiaan dan berhati-hati. Al-Arqam adalah daripada kabilah Bani Makhzum. Mereka adalah musuh kepada Bani Quraisy. Adalah tidak logik, sekiranya baginda (s.a.w) mengadakan perjumpaan di rumah musuhnya. Al-Arqam ketika itu berusia 16 tahun dan keislamannya ketika itu tidak diketahui ramai.

e) Menyembunyikan keIslaman Nu’aim bin Mas’ud dan besarnya faedah yang diperolehi daripada tindakan tersebut. Akibatnya, beliau mampu mengubah perjalanan peperangan dengan memperlagakan tentera bersekutu (ahzab) dengan Bani Quraizah. Rasulullah telah mengarahkan beliau supaya mengambil peluang daripada keadaan yang ada dengan sabdanya : “ Kamu adalah seorang lelaki. Lakukan sesuatu sekadar termampu supaya mereka berpecah belah. Sesungguhnya peperangan adalah tipu daya”.

f) An-Najasyi menyembunyikan keIslamannya. Dengan itu, dia mampu untuk mengekalkan takhta pemerintahannya dan dapat melindungi muslimin yang berhijrah ke Habsyah.

* Di antara bukti keIslamannya ialah pujian Rasulullali, menyifatkannya sebagai seorang yang soleh dan mempunyai hubungan ukhuwwah dengannya, dan baginda menyembahyangkan jenazahnya. Di dalam sahih Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah katanya : “Rasulullah memberitahu kepada kami berita kematian Raja Habsyah pada hari kematiannya sambil bersabda : “ Mintalah keampunan untuk saudaramu. Juga disebut daripada Jabir, baginda bersabda: “ Pada hari ini seorang lelaki soleh di Habsyah telah meninggal. Marilah kita bersembahyang ke atas jenazahnya. Maka kami membuat beberapa saf dan baginda mengimamkannya. (lihat al-Lu’lu’ Wa al-Marjan (1/193 dan selepasnya)

g) Rasulullah menghantar sejumlah muslimin ke Habsyah. Ini bertujuan untuk memelihara mereka daripada penyeksaan dan fitnah terhadap agama mereka yang dihadapi di Mekah. Juga supaya mereka mampu berperanan sebagai pelapis kepada risalah Islam. Mereka tidak pulang ke pangkuan Rasulullah kecuali selepas pembukaan Khaibar sekalipun mereka jauh daripada Rasulullah dan wahyu, dan baginda memerlukan mereka demi penerusan dakwah dan jihad.

Penghantaran mereka adalah bersesuaian dengan konsep kerahsiaan dan berhati-hati di dalam usaha menjaga golongan daie daripada diseksa. Tindakan ini tidak termasuk dalam bentuk menyembunyikan nama-nama anggota.

* Di dalam sahih Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa (r.a.) katanya : Berita hijrah Rasulullah sampai kepada kami ketika kami berada di Yaman. Saya dan saudara-saudara saya pun keluar berhijrah kepadanya. Saya adalah yang termuda. Rombongan kami mengandungi 53 atau 52 orang lelaki daripada kaum saya. Kami menaiki sampan. Kami dibawa ke Habsyah. Di sana kami berjumpa dengan Jaafar bin Abu Talib. Kami tinggal

Page 62: Ghulam Al Dakwah

bcrsamanya sehinggalah kami sama-sama bertolak. Kami berjumpa Rasulullah ketika berlakunya pembukaan Khaibar. Beberapa orang telah berkata kepada kami (rombongan yang menaiki sampan) : Kami telah mendahului kamu dalam berhijrah, Asma’ binti Umais (salah seorang yang datang bersama kami) datang berjumpa Hafsah isteri Rasulullah (s.a.w) kerana menziarahinya. Beliau adalah salah seorang yang berhijrah ke bumi Najasyi. Ketika itu, Umar masuk berjumpa Hafsah dan beliau bertanya ketika melihat Asma : Siapa ini? Asma’ menjawab: Asma’ binti ‘Umais. Umar berkata : Orang yang tinggal di Habsyah, yang datang dari laut ? Asma’ menjawab : Ya. Umar berkata: Kami telah mendahului kamu dalam berhijrah. Dengan itu, kami lebih berhak terhadap Rasulullah daripada kamu. Asma naik marah seraya berkata: Tidak, Demi Allah! Kamu telah bersama Rasulullah, yang memberi makan kepada orang yang lapar dan mengajar mereka yang jahil di kalangan kamu sedangkan kami ketika itu berada di bumi perantauan Habsyah. Semua itu kami lakukan kerana Allah dan kerana rasulNya. Demi Allah! Aku tidak akan makan dan tidak akan minum sehinggalah aku menceritakan apa yang kamu katakan kepada Rasulullah. Dan kami sebelum ini disakiti dan ditakuti. Aku akan menyebutnya kepada Rasulullah dan akan bertanyakannya, Demi Allah! Aku (tidak akan berbohong, menyeleweng aau menambah sedikit pun. Apabila Rasulullah datang, Asma’ berkata: Wahai Nabi Allah, Umar telah berkata demikian demikian. Nabi bertanya: Apa yang kamu katakan kepadanya? Asma’ menjawab : Aku katakan demikian deinikian. Baginda bersabda: Tidak ada yang lebih berhak terhadapku daripada kamu. Bagi Umar dan sahabat-sahabatnya satu hijrah, tetapi bagi kamu rombongan sampan dua hijrah. Asma berkata : Aku mendapati Abu Musa dan ahli rombongan sampan menghantar utusan bertanyakan aku tentang hadis ini. Tidak ada di dunia ini yang paling menggembirakan mereka dan mereka merasa bangga dengannya melainkan apa yang dinyatakan oleh Rasulullah unuk mereka ini. (al-Lu’lu’ Wa al-Marjan (3/171-172)

h) Rasulullah menghantar secara rahsia sebahagian sahabatnya untuk mengajar mereka yang memeluk Islam dan membacakan kepada mereka al-Quran. Contohnya ialah seperti yang dilakukan oleh Khabab bin Art. Ibnu Hisyam menceritakan: Khabab sentiasa berulang-alik menemui Fatimah binti al-Khattab kerana membacakan kepadanya al-Quran. Ibnu Hisyam juga menyebut: Ibnu Ishak berkata : Keislaman Umar (seperti yang diceritakan kepadaku) adalah disebabkan saudara perempuannya Fatimah binti al-Khattab. Fatimah berkahwin dengan Sa’id bin Zaid bin Amru, Fatimah memeluk Islam. Begitu juga dengan suaminya. Kedua-duanya menyembunyikan keIslaman mereka daripada Umar. Nu’aim bin Abdullah daripada Bani ‘Adi juga telah memeluk Islam. Beliau juga menyembunyikan keIslamannya daripada kaumnya.

Seluruh peristiwa hijrah menunjukkan sistem dan kerahsiaan amat dititikberatkan; pemilihan waktu yang sesuai untuk keluar, di peringkat awalnya Abu Bakar sendiri tidak diberitahu, kemudian baginda memberitahunya pada waktu yang tidak pernah baginda pergi berjumpa dengannya, pemilihan penunjuk jalan, peranan yang dimainkan oleh Asma’ dan Abdullah (kedua-duanya adalah anak Abu Bakar), tidak melalui jalan yang biasa dilalui oleh orang ramai untuk ke Madinah, jawapan Abu Bakar kepada orang yang

Page 63: Ghulam Al Dakwah

bertanyakannya mengenai Rasulullah yang bersamanya “Penunjuk yang menunjukkan kepadaku jalan... dan lain-1ain.

Di antara dalil lain ialah apa yang disebut oleh Kaedah Usul dan dinamakan oleh ulama sebagai ‘Muqaddimah Wajib iaitu ‘apa yang rnenyebabkan sesuatu kewajipan tidak sempurna melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib’. Kita mengatakan: Mendirikan daulah Islamiah kemudiannya khalifah Islamiah dan berhukum dengan syariat Allah sebagai ganti kepada hukum-hakam yang dicipta oleh manusia adalah wajib. Ini kerana ad-deen tidak akan tertegak kecuali dengan terlaksananya perkara tersebut. Untuk mencapai perkara tersebut, semestinya memerlukan kepada usaha yang bersungguh-sungguh, perjuangan yang berterusan dan jauh daripada sebarang pemerhatian musuh. Ini kerana tipu daya dan perancangan jahat yang dilakukan terhadap Islam adalah bersifat internasional. Serangan terhadap Islam pula berlaku di mana-mana dan secara terbuka. Realiti yang berlaku membuktikan semua itu. Begitu juga dengan kenyataan yang sentiasa dikeluarkan yang mengatakan kemestian menghapuskan setiap benih amal Islami dan memadamkan kebangkitan Islam, atau apa yang mereka namakannya sebagai golongan Usuliah atau fundamentalis. Dengan ini, tercapailah apa yang kami nyatakan sebelum ini, iaitu menegakkan ad-deen adalah wajib. Ia tidak akan sempurna melainkan dengan berhati-hati dan menjaga kerahsiaan. Oleh itu, berhati-hati dan menjaga kerahsiaan adalah wajib. Apa yang menyebabkan sesuatu kewajipan tidak sempurna melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib.

2) Negara-negara di dunia pada hari ini, kuasa besar khususnya seperti Amerika, Perancis dan lain-lain menggunakan cara kerja secara rahsia di kebanyakan aspek (pengintipan, maklumat, mata-mata gelap, kajian sulit, perbelanjaan sulit, hubungan sulit, perjanjian sulit, tali barut sulit...). Ia dilakukan, demi menjaga kekuatan mereka dan memperlihatkan kehebatan mereka kepada musuh. Semua ini dilakukan oleh kuasa-kuasa besar yang telah mantap dan memiliki kekuasaan. Maka, bagaimana pula dengan kita golongan lemah yang terdiri daripada muslimin. Apakah muslimin ingin membuka dada dan memperlihatkan segalanya kepada musuh, kepada golongan toghut dan kufur!?.

3) Para daie semestinya “tidak bercakap atau menceritakan sesuatu, atau membuka rahsia yang membawa kepada menyakitkan saudara mukminnya yang lain, sekali pun dia terpaksa menghadapi kekasaran, kesusahan dan penyeksaan dalam usahanya menyembunyikan rahsia muslimin. Dia tidak sepatutnya membasikan kesabarannya sebelum dia menceritakan sesuatu atau membuka rahsia yang membawa kepada menyakitkan muslimin dan terbukanyn rahsia-rahsia mereka. Semoga kisah Hatib bin Abi Baltaah memberikan pengajaran. Ini kerana sebahagian sahabat menganggap tindakannya itu sebagai suatu jenayah yang layak dibunuh pelakunya kerana ia merupakan suatu pengkhianatan terhadap muslimin disebabkan dia membuka rahsia Rasulullah (s.a.w). Tiada yang dapat menyelamatkannya melainkan penyertaannya di dalam peperangan Badar sepertimana yang disebut di dalam hadis: “Apakah kamu tidak

Page 64: Ghulam Al Dakwah

tahu semoga Allah melihat kepada ahli Badar dan berfirman: “Buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya Aku telah mengampunkan dosa kamu semua”.

4) Tunjuk ajar yang diberikan oleh rahib kepada ghulam supaya tidak menceritakan tentang dirinya apabila dia diuji adalah perancangan dan strategi dakwah dan perjalanannya. Ia bukanlah disebabkan oleh tindakan pengecut atau penakut. Ini kerana rahib sanggup berhadapan dengan mata gergaji sehingga rahib tersebut mati. Dia Iangsung tidak meninggalkan agamanya. Apakah orang yang seumpama ini boleh didakwa sebagai seorang yang pengecut atau ia adalah masalah perancangan, strategi dan persiapan?!!.

5) Kemudian, selepas mengambil sebab-sebab, kadang-kadang Allah menentukan sesuatu di luar apa yang dirancangkan. Ghulam, ketika diseksa, dia tidak mampu menanggung penyeksaan tersebut, maka dia menceritakan tentang rahib sepertimana kisah seterusnya. Begitu juga dengan kisah Suraqah bin Malik yang berjaya mengekori Nabi (s.a.w) dan Abu Bakar di perjalanan mereka menuju ke Madinah, sekali pun baginda telah mengambil pelbagai sebab. Ahli Kahfi juga begitu. Selepas mereka mengambil langkah berhati-hati dan utusan mereka pula telah benar-benar berlemah-lembut semasa di bandar, Allah telah menzahirkan hakikat mereka untuk Dia melaksanakan apa yang telah ditetapkanNya. Semua ini, tidak sepatutnya menjadikan kita mengabaikan pengambilan sebab atau menyalahkan diri sendiri kerana sesungguhnya segala urusan adalah di Tangan Allah. “Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya.”

6) Kita wajib membezakan di antara menjaga para daie kerana peribadi mereka dengan menjaga mereka kerana mereka adalah pembawa obor-obor dakwah, Menjaga mereka bermakna menjaga dakwah, penerusan, kesuburan dan kemajuannya menuju kepada matlamatnya. Ketidakfahaman terhadap perkara ini adalah suatu yang merbahaya. Hukum asal dalam masalah ini ialah firman Allah:

“Sesungguhnya Allah telah membeli dan orang-orang yang beriman, jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...” (‘At-Taubah: 111)

Kita tidak sepatutnya mengutamakan keselamatan diri sendiri. Perkara ini memerlukan kepada muhasabah yang berterusan dan pemerhatian yang serius. Hati amat cepat berubah danipada air yang mendidih. Kita meminta kepada Allah keikhlasan, sifat benar dan tetap berada di atas kebenaran.

Pengajaran Di Sudut Dakwah.

Page 65: Ghulam Al Dakwah

1) Masalah kerahsiaan dan pengisytiharan (sirriyyah dan ‘alaniah) adalah masalah nisbi’ (iaitu masalah yang berkait dengan perkara lain ; Al-Mujam al-Arabi al-Asasi) dalam perjalanan dakwah pada marhalah-marhalahnya yang berbeza. Ia bukanlah masalah yang mutlak iaitu hanya kerahsiaan semata-mata atau pengisytiharan semata-mata.

Di marhalah membina asas, kerahsiaan adalah dilebihkan. Kadang-kadang ia memerlukan kerahsiaan mutlak sebagai mana yang berlaku pada tiga tahun pertama dakwah Rasulullah. Selepas itu, berlakunya pengisytiharan di beberapa sudut dan sudut-sudut yang lain masih kekal tidak diketahui umum sehingga selepas tertegaknya daulah Islamiah. Ini adalah sebagaimana yang berlaku kepada mereka yang berhijrah ke Habsyah sehinggalah berlakunya pembuka Khaibar. Di antara kerahsiaan dan pengisytiharan pula, terdapat marhalah-marhalah, pemeringkatan dan keperluan- keperluan dakwah. Tidak perlu disebutkan di sini, bahan perbincangan kita hanyalah dalam lingkungan amal jamaie yang tersusun.

Sesungguhnya kerahsiaan dan pengisytiharan, sabar dan nafas panjang, jihad dan penentangan dan sebagainya mempunyai hubungan yang intim dengan marhalah yang dilalui oleh dakwah. Peringkat awal Dakwah Islamiah ya disula Saiyidah Sumaiyah binti Khaiyat (r.a) secara keji melalui kemaluannya sehingga dia berjumpa Tuhan sebagai seorang syahid dan muslimin sedikitpun tidak bangkit menentang untuk membelanya dan membela muslimin lain yang ditindas, dakwah itu jugalah yang mengharungi peperangan akibat perbuatan seorang yahudi penjenayah membuka aurat seorang wanita muslimah.

Sesungguhnya marhalah dan suasana sekelihing, dan kemampuan dakwah untuk menghadapi serangan dan menutup mulut musuh-musuh Allah adalah perkara yang menentukan pendetailan kerja dan peranan yang berbeza. Kita tidak sepatutnya cenderung kepada kerahsiaan kerana takut menghadapi serangan musuh atau cenderung kepada pengisytiharan disebabkan semangat yang melulu dan tanpa berfikir panjang. Dakwah sepatutnya berpindah dari satu tahap ke satu tahap secara berperingkat-peringkat tanpa dikuasai oleh perasaan ingin cepat sampai dan gopoh. Begitu juga tanpa menghilangkan peluang atau takut ditindas.

2) Salah faham dan jawapannya.

Sebahagian daie berhujah bahawa Imam Syahid Hasan al-Banna memulakan dakwahnya dengan mengambil bentuk pengisytiharan. Sebahagian lain pula berpandangan bahawa dakwah Imam Syahid bermula dengan pengisytiharan sepenuhnya, dan di peringkat

Page 66: Ghulam Al Dakwah

awal lagi telah mengharungi medan politik Penglibatan dalam peperangan di Palestin sebagaimana yang telah berlaku, telah menyebabkan musuh-musuh Islam merasai betapa bahayanya jamaah Ikhwan terhadap mereka. Dengan itu, berlakunya pukulan hebat di Mesir dan lainnya. Kerahsiaanlah yang lebih baik ketika itu.

Sebenarnya, peranan yang dimainkan oleh Imam Syahid di permulaan dakwahnya ialah memperbaharui Islam dan iman orang ramai, dan menyebarkan kefahaman Islam yang sahih sehingga memungkinkan beliau mengumpulkan mereka yang berminat dan bersedia untuk bekerja untuk agama ini. Ini dilakukan supaya mereka menjadi benih ummah yang akan berperanan mengembalikan kehidupan Islam yang terkandung di dalamnya Khilafah Islamiah. Dengan ini, (pada pandangan kami) adalah lebih sesuai Imam Syahid memulakan dakwahnya secara pengisytiharan. Ini disebabkan beberapa faktor :-

a) Jamaah pada asasnya memerlukan kepada cepat tersebar dan sampai kepada manusia dalam bilangan yang ramai. Kemudian berlakunya pemilihan terhadap mereka yang sesuai untuk bekerja dengan jamaah. Suasana ketika itu membantu untuk terlaksananya perkara tersebut.

b) Jamaah ketika itu masih tidak mempunyai musuh dan tidak diketahui oleh penentang Islam. Imam Syahid telah mengeksploitasikan keadaan ini. Oleh sebab itu, beliau telah berkata: “Sesungguhnya dakwah kamu masih lagi tidak diketahui oleh ramai manusia. Pada hari mereka mengetahuinya dan memahami intipatinya, ketika itu kamu akan menerima tentangan hebat dan permusuhan yang sejati daripada mereka..” Ketika itu orang ramai berkumpul di sekitar jamaah. Kemudian bermulalah marhalah pemilihan, tarbiah dan pembentukan. Nizam Khas dan Nizam Wahdah juga diwujudkan ketika itu. Anggotanya terdiri daripada mereka yang memiliki ciri-ciri tentera dakwah yang tinggi dan tarbiah jihad yang mantap. Sekalipun beberapa orang anggota Nizam ini dan juga sebahagian pemimpinnya melakukan kesilapan, perkara tersebut tidak boleh menafikan kebaikan-kebaikan yang ada. Perkara ini hendaklah dikaji secara berfakta. Tetapi Allah dengan hikmahNya menghendaki supaya Imam Syahid tidak menyempurnakan langkah-langkahnya selepas beliau menjelaskan jalan sebenar yang patut dilalui dan meletakkan asas-asasnya. Allah telah memanggilnya sebagai seorang syahid di jalanNya. Walaupun begitu, beliau telah mendidik generasi para daie yang mampu membawa risalah, berjihad memperjuangkannya dan sentiasa berada dalam keadaan demikian sehinggalah ke hari yang Allah memberikan kekuasaan dunia kepada agamaNya dan ketundukan seluruhnya kepada Allah serta yang tinggi hanyalah kalimah Allah Taala.

Terlalu rahsia kadang-kadang diperlukan pada peringkat awal di negara yang menindas golongan daie atau pada masa musuh-musuh Islam telah mengetahui fikrah dakwah, matlamatnya dan cara kerja yang dilakukan. Adapun, ketika mereka tidak mengetahui

Page 67: Ghulam Al Dakwah

hakikat dakwah, matlamatnya dan tidak ada penindasan, maka tidak mengapa untuk memulakan dakwah dengan menggunakan konsep pengisytiharan yang dihitung dan terancang. Dan dalam masa yang sama, tidak melupakan cara kerahsiaan.

Langkah-langkah yang diambil oleh Imam Syahid semenjak permulaan dakwah sehingga beliau syahid, kami menganggapnya sebagai langkah yang logik dan tabie sama ada langkah permulaan yang berbentuk pengisytiharan ataupun pendirian-pendirian politik dan perang Palestin. Ini kerana, pendirian-pendirian tersebut dan apa yang berlaku di bumi Palestin adalah bukti betulnya kefahaman dan jalan yang dilalui serta kebenaran tunjuk ajar dan amal. Tanpa sumber yang besar dan ukiran sejarah ini, kemungkinan dakwah tidak dapat ditegakkan di kebanyakan negara dan tidak dapat mencapai apa yang telah dicapai pada hari ini. Walau bagaimanapun, masalah ini adalah masalah nisbi seperti yang telah kita nyatakan. Oleh itu, seseorang tidak boleh menjadikan konsep pengisytiharan yang diambil oleh Imam Syahid di permulaan dakwahnya sebagai hujah. Dan seseorang juga tidak boleh menolaknya dan menolak pendirian-pendirian yang jelas yang telah diambil.

3) Seperkara lagi ialah yang berhubung dengan mereka yang menyeru kepada pengisytiharan mutlak.

Perkara ini adalah bersalahan dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w) di dalam perjalanan membawa dakwahnya. Mereka yang menyeru kepada pengisytiharan semua benda dan tenggelam di dalam kerja-kerja politik dengan memandang remeh terhadap penbinaan saf, tarbiah dan pembentukan, mereka sebenarnya lupa bahawa hadaf dakwah ialah melakukan perubahan, bukannya memperbaiki bahagian-bahagian tertentu ataupun menempel pada sistem-sistem pemerintahan yang berhukum dengan hukum selain daripada apa yang diturunkan oleh Allah. Mereka lupa bahawa tipu daya yang dilakukan terhadap mereka yang berbentuk antarabangsa adalah terlalu besar dan sejarah yang berlaku semenjak hari-hari pertama dakwah Rasulullah sehingga ke hari ini menjelaskan semua itu dengan jelasnya. Mereka lupa, bahawa musuh-musuh kita tidak akan membenarkan kita mencapai apa yang kita ingini melalui cara politik dan demokrasi yang mereka laungkan (Apa yang berlaku di Algeria ketika muslimin telah hampir untuk mencapai tampuk pemerintahan negara di depan mata). Sebenarnya, tali pengendalian permainan politik berada di tangan mereka dan kadar yang dibenarkan kepada kita adalah terhad. Kadar yang dibenarkan hanyalah membolehkan kita mencari pengaruh dan menimba pengalaman. Ia hanyalah sebahagian daripada kerja dakwah dan kerja penumpuan kepada pembinaan anggota ummah dan kekuatan di setiap bidang dan takhassus. Semua ini dilakukan sebagai persediaan kepada jihad.

Page 68: Ghulam Al Dakwah

Sebahagian yang lain pula berpandangan, bahawa naungan undang-undang (seperti parti politik yang diiktiraf, persatuan-persatuan rasmi... dan setiap badan yang diterima dari segi undang-undang) adalah bentuk yang boleh diterima untuk para daie bekerja. Sebarang bentuk kerja yang tidak menggunakan bentuk ini adalah silap dan ditolak, dan termasuk dalam kategori gerakan bawah tanah. Mereka yang melakukannya dianggap sebagai seolah-olah terlibat dengan penyelewengan fikrah dan aqidah “sekalipun suasana yang berlaku menuntut tindakan tersebut diambil seperti tekanan yang kuat dan menjaga para daie supaya tidak terdedah kepada tindakan musuh yang sentiasa memerhati golongan yang bekerja untuk Islam siang dan malam di segenap tempat”. Kesan yang akan berlaku ialah, lahirnya kongkongan dalam menentukan cara bekerja dan jenis-jenisnya di kalangan para daie. Sesungguhnya naungan undang-undang dan politik tidak lebih daripada wasilah yang boleh kita gunakan untuk memudahkan kita bertemu dengan orang ramai. Adapun pengiktirafan sebenar, ía telah diberikan kepada dakwah dan para daie sekalipun mereka tidak dibenarkan wujud dalam bentuk yang diiktiraf oleh undang-undang dan politik.

Sesungguhnya pengiktirafan, adalah untuk dakwah dan para daienya sekalipun berbagai tohmahan yang dilemparkan kepada mereka. Kita bukanlah golongan yang bertindakbalas berdasarkan kepada tohmahan orang lain. Tetapi kita adalah golongan pembawa dakwah yang mengenali hadaf, marhalah dan langkah-langkahnya serta mengambil wasilah-wasilah yang sesuai pada setiap marhalah yang membolehkannya maju menuju ke marhalah seterusnya. Pengiktirafan dari segi undang-undang tidak mampu untuk menjaga dakwah dan para daie apabila musuh membuat keputusan untuk memberi pukulan kepada mereka (walaupun ada sebahagian yang menyangka sebaliknya). Apa yang berlaku di Mesir di dalam sejarah modennya, begitu juga Syria, Iraq, Tunis, Libya dan lainnya masih tidakjauh meninggalkan kita.

Memahami perkara ini, sentiasa memerhatinya dan saling nasihat-menasihati rnengenainya adalah perkara penting dan asasi. lni kerana berlebihan dalam penglibatan politik dengan mencuaikan tarbiah, persediaan dan mengingati kefarduan jihad akan memberikan kesan kepada hala arah perjalanan dakwah dan perancangannya. Dengan ini, akan mengurangkan persiapan jihad yang sebenar yang mengandungi rukun yang berbeza-beza, berlakunya perlaksanaan yang memakan masa yang lama terhadap gerak kerja dan program-program yang diatur, tidak memahami marhalah-marhalah yang berbeza dan peranan yang sepatutnya dimainkan di marhalah tersebut dan lemahnya roh jihad dan pengorbanan.

4) Kerahsiaan mempunyai beberapa peringkat. Begitu juga dengan pengisytiharan. Di antara kerahsiaan mutlak dengan pengisytiharan mutlak terdapat berbagai-bagai peringkat sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Syeikh Munir Ghadban di dalam kitabnya “Manhaj Haraki” ketika beliau membincangkan mengenai kerahsiaan dakwah

Page 69: Ghulam Al Dakwah

dan tanzim sebagai salah satu daripada marhalah. Apa yang disebutkan itu adalah sebagai contoh. Kami ulangi di sini bahawa, penggunaan kerahsiaan berdasarkan peringkat-peringkatnya dan pengisytiharan berdasarkan peringkat-peningkatnya adalah ditentukan oleh perancangan dakwah untuk marhalah yang sedang dilalui dan hadaf jangka pendek dan panjang dakwah serta strategi yang diatur. Dengan ini, ia adalah masalah nisbi yang ditentukan oleh apa yang telah kami sebutkan.

5) Dakwah Allah adalah pemilik pertama kepada harta dan jiwa kita. “Sesungguhnya Allah telah membeli dan orang-orang yang beriman, jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga untuk mereka, (kerana) mereka berjuang pada jalan Allah, maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta al-Quran dan siapakah lagi yang lebih tepat janjinya (selain) dan Allah. Oleh itu, maka bergembiralah dengan jual-beli yang kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar,” (At-Taubah :111)

Maslahah (kepentingan) dakwah adalah lebih utama daripada maslahah dan pandangan peribadi mereka (sama ada maslahah dakwah terletak pada menyembunyikan rahsia atau membukanya). Dan kerahsiaan atau pengisytiharan adalah perkara nisbi yang ditentukan oleh suasana dan marhalah. Ia ditetapkan oleh mereka yang berilmu dan berpengalaman serta pemimpin seperti rahib. Beliau telah membuat keputusan supaya dia dan mereka yang bersamanya tetap dengan cara sebelumnya iaitu berhati-hati dan menjaga rahsia Sementara ghulam pula, bergerak cergas mengiklankan dakwah dan berperanan di dalam masyarakat tanpa menceritakan tentang rahib apabila dia diuji. Itulah perancangan yang rapi dan bersungguh-sungguh untuk mencapai maslahah dakwah dan matlamatnya sama ada dengan cara kerahsiaan atau pengisytiharan. Rasulullah adalah ikutan terbaik bagi kita. Begitu juga dengan marhalah yang dilalui oleh baginda dalam membawa dakwah dan kepelbagaian peranan dan marhalah. Tidak perlu dijelaskan di sini bahawa, kita tidak bermaksud dengan kerahsiaan dan pengisytiharan ialah menyembunyikan Islam dan beriltizam dengannya, sekalipun ia berlaku di negara yang memerangi semua perkara yang dihubungkan dengan Islam dan syiar-syiarnya, sehinggakan dalam menamakan seseorang dengan nama Islam sebagai tambahan kepada serangan yang dilakukan terhadap ad-deen yang syumul yang sepatutnya memiliki negara dan khalifah Islamiah.