guru

9
Anjakan Keempat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 Ketika negara sedang rancak menari bersama arus pemodenan kini, pendidikan merupakan elemen yang amat penting dalam menentukan nasib anak muda di negara kita. Oleh itu, pada Oktober 2011 Kementerian Pendidikan Malaysia menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 bertitik tolak daripada Laporan Razak (1956), kemudiannya Laporan Rahman Talib (1960), Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), penggubalan Akta Pendidikan 1996 dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) untuk memastikan pendidikan negara kita mampu bersaing pada peringkat antarabangsa. Pelan Pembangunan Pendidikan ini telah menggariskan 11 anjakan untuk melakarkan visi sistem pendidikan negara kita iaitu mempersiapkan anak muda negara bagi menghadapi keperluan pada abad ke-21 yang semakin mencabar kini. Pelan Pembangunan Pendidikan ini berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan teras pendidikan iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan merupakan anjakan keempat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Terdapat enam transformasi dalam anjakan keempat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Transformasi pertama dalam anjakan keempat tersebut adalah untuk mengetatkan syarat lantikan guru mulai 2013 supaya dalam kalangan graduan 30% teratas . Mulai tahun 2013, pengambilan pelajar untuk memenuhi profesion keguruan akan dijalankan dengan lebih ketat. Hal yang demikian kerana, pihak kerajaan ingin melahirkan para guru yang berkualiti melalui pengambilan para guru pelatih yang mempunyai kelulusan yang

Upload: adeqchantek

Post on 11-Jan-2016

12 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Anjakan keempat pelan pembangunan pendidikan

TRANSCRIPT

Page 1: Guru

Anjakan Keempat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Ketika negara sedang rancak menari bersama arus pemodenan kini, pendidikan

merupakan elemen yang amat penting dalam menentukan nasib anak muda di negara

kita. Oleh itu, pada Oktober 2011 Kementerian Pendidikan Malaysia menggubal Pelan

Pembangunan Pendidikan 2013-2025 bertitik tolak daripada Laporan Razak (1956),

kemudiannya Laporan Rahman Talib (1960), Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979),

penggubalan Akta Pendidikan 1996 dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-

2010) untuk memastikan pendidikan negara kita mampu bersaing pada peringkat

antarabangsa. Pelan Pembangunan Pendidikan ini telah menggariskan 11 anjakan

untuk melakarkan visi sistem pendidikan negara kita iaitu mempersiapkan anak muda

negara bagi menghadapi keperluan pada abad ke-21 yang semakin mencabar kini.

Pelan Pembangunan Pendidikan ini berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan teras

pendidikan iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Transformasi keguruan

sebagai profesion pilihan merupakan anjakan keempat dalam Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia.

Terdapat enam transformasi dalam anjakan keempat Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia. Transformasi pertama dalam anjakan keempat tersebut adalah

untuk mengetatkan syarat lantikan guru mulai 2013 supaya dalam kalangan graduan

30% teratas . Mulai tahun 2013, pengambilan pelajar untuk memenuhi profesion

keguruan akan dijalankan dengan lebih ketat. Hal yang demikian kerana, pihak kerajaan

ingin melahirkan para guru yang berkualiti melalui pengambilan para guru pelatih yang

mempunyai kelulusan yang terbaik. Para guru pelatih ini bukan sahaja mempunyai

kelulusan yang terbaik namun mempunyai akhlak dan nilai moral yang terpuji yang

mencerminkan watak sebagai seorang guru. Pihak kementerian akan bekerjasama

dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Institut Pendidikan Guru bagai aur dengan

tebing bagi memastikan kualitii kurikulum dan pensyarah dapat ditingkatkan. Selain itu,

pihak kementerian turut menyelaraskan latihan perguruan di institut pengajian tinggi

awam. Oleh itu, isu seperti guru yang hanya 'menulis dan bercakap' berdasarkan buku

teks dan tidak mengembangkan kreativiti pelajar tidak akan terjadi kerana standard

seorang guru dinaik taraf mulai tahun 2013. Tranformasi ini akan menggalakkan

persaingan antara guru pelatih. Hal ini menjadikan seseorang guru yang dihasilkan

mempunyai kemahiran serta ilmu yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti keguruan.

Page 2: Guru

Tranformasi ini juga berharat untuk memastikan seorang guru itu cukup bersedia untuk

mengajar kemahiran berfikir aras tinggi yang diperlukan oleh murid di Malaysia.

Profesion keguruan semakin mencabar dan seorang guru perlu mempunyai kemahiran

Teknologi dan Maklumat(TMK) untuk dijadikan medium pengajaran pada masa

depan(Toh Wah Seng,2005). Sistem perlantikan seorang guru sememangnya lebih ketat

mulai tahun 2013 ini namun hal ini amat diperlukan untuk membentuk seorang guru

pakar yang mampu meningkatkan pembangunan kognitif yang berlandaskan nilai-nilai

murni serta asas moral yang tinggi dalam kalangan para pelajar. Justeru. mereka

perlulah menunjukkan prestasi yang cemerlang untuk meningkatkan martabat profesion

perguruan.

Transformasi yang kedua adalah meningkatkan kualiti Kursus Pembangunan

Profesionalisme Berterusan (CPD) mulai tahun 2013 dengan memberi tumpuan ke atas

keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah. Dalam konteks seorang pendidik,

Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) adalah usaha bersepadu bagi

memastikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melengkapkan diri atau

dilengkapkan dengan pengetahuan profesional, kemahiran profesional dan nilai serta

amalan profesional keguruan melalui program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang

terancang berteraskan pembangunan kompetensi, pembelajaran berterusan dan laluan

kerjaya. Melalui transformasi ini, guru akan mendapat sokongan yang diperlukan untuk

berjaya dan akan mempunyai akses yang lebih tinggi dalam peluang pembangunan

profesionalisme berasaskan sekolah. Hal ini demikian kerana, guru akan mendapat

latihan Kursus Pembangunan Professionalisme Berterusan individu daripada penyelia

mereka sebaik sahaja memulakan profesion. Program ini akan menggunakan jaringan

rakan sejawat termasuk pembimbing guru, guru kanan, dan pengetua atau guru besar

untuk menyebar luas amalan terbaik. Guru-guru akan lebih mengetahui dan menghayati

sistem pendidikan negara kita dengan adanya program ini. Ini kerana, berdasarkan

kepada Modul Peserta Kursus Pembangunan Kompetensi Pegawai Perkhidmatan

Pendidikan (Guru) Gred DG412014), para guru yang mengikuti kursus ini akan dinilai

semula berkaitan dengan pemahaman serta penghayatan mereka tentang Dasar dan

Hala Tuju Pendidikan Negara. Para guru akan sentiasa memperkukuh kemahiran

mereka setelah mengajar di sekolah kerana mereka akan diberikan sokongan penuh

oleh para guru senior. Program CPD ini memberikan mereka peluang untuk terus belajar

mahupun sudah tamat kursus pembelajaran di institut pendidikan guru. Pembelajaran

Page 3: Guru

sepanjang hayat ini penting kerana pendidikan sepanjang hayat ini mampu

membolehkan ahli sesuatu profesion itu memberi sumbangan terhadap profesionnya

seterusnya kepada Negara tercinta.(Omar Abdull Kareem dan Khuan Wai Bing:

2005).Mereka bukan sahaja akan mempelajari asas pengajaran malahan mereka akan

menimba ilmu serta kemahiran lain untuk menjadi seorang guru unggul.

Selain itu, anjakan keempat turut menggariskan langkah memastikan guru

memberikan tumpuan terhadap fungsi teras pengajian mulai 2013 dengan

mengurangkan beban pentadbiran sebagai transformasi ketiga. Ini bermakna, guru akan

menikmati pengurangan beban tugas pentadbiran supaya mereka boleh menumpukan

sebahagian besar masa mereka pada fungsi pengajaran teras. Transformasi ketiga ini

merupakan anjakan paradigma untuk menaik taraf kualiti pengajaran seseorang

pendidik. Sperti yang kita semua sedia maklum, tugas guru tidaklah terhad kepada

mendidik anak murid didalam kelas sahaja sebelum ini malah para guru turut perlu

menguruskan pentadbiran sekolah seperti urusan buku teks, hal ehwal kebajikan murid,

disiplin murid, akaun persatuan dan kelas, kegiatan sukan dan kokurikulum. Lantaran

itu, masyarakat Malaysia menjadikan kerjaya guru sebagai kerjaya pilihan terakhir

kerana pada tanggapan mereka bebanan sebagai seorang guru terlampau berat. Pihak

kementerian perlu mengkaji semula bilangan peperiksaan pada peringkat sekolah

kerana terdapat sekolah yang mempunyai lebih daripada 20 peperiksaan dalaman tidak

termasuk peperiksaan awam. Pengurangan peperiksaan ini dapat mengurangkan beban

guru disamping mengelakkan sistem pendidikan negara terus berorientasikan

peperiksaan. Selain itu, sistem perkeranian perlu disusun semula bagi setiap sekolah

agar urusan pentadbiran tidak perlu dilaksanakan oleh guru. Dengan pelaksanaan serta

penyusunan semula sistem peperiksaan dan sistem perkeranian ini profesion sebagai

seorang guru semestinya menjadi buah hati masyarakat Malaysia.

Sehubungan dengan itu, anjakan keempat ini turut meningkatkan laluan guru untuk

peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang khusus menjelang 2016.

Usaha ini tidak akan mengehadkan seseorang guru itu berada di tampuk kerjaya guru di

sekolah sahaja kerana mereka boleh boleh memilih untuk meneruskan laluan kerjaya

yang menarik berdasarkan prestasi, potensi dan minat mereka. Sebagai contoh, mereka

boleh memilih untuk menjalankan tugas kepimpinan di peringkat sekolah, daerah, negeri

atau persekutuan. Selain itu, mereka mempunyai initiatif untuk menjadi pakar dalam

Page 4: Guru

bidang tertentu seperti pembangunan kurikulum, pentaksiran dan program latihan untuk

sistem yang lebih luas. Mereka juga boleh berperanan sebagai guru pakar di sekolah.

Melalui transformasi ini, mereka boleh memberi komitmen untuk memberi sumbangan

dalam pembangunan guru tanpa mengira laluan kerjaya yang dipilih. Usaha ini mampu

menarik minat masyarakat Malaysia untuk memilih kerjaya sebagai seorang guru kerana

kerjaya ini tidak menyekat keinginan seseorang untuk lebih mendalami bidang yang

diceburi seterusnya menjadi pakar dalam bidang tersebut.. Selain itu, semakin seorang

guru itu mampu berubah untuk lebih senang fleksibel dengan mana-mana perubahan,

semakin tinggi cerah lagi peluangnya untuk menjadi guru cemerlang.

Akhir sekali, membudayakan kecemerlangan berasaskan pimpinan rakan sekerja

dan proses pensijilan mulai 2025. Umum mengetahui Pelan Pembangunan Pendidikan

2013-2025 ini merangkumi tiga gelombang iaitu gelombang pertama 2013 hingga 2015

seterusnya bagi gelombang kedua (2016-2020), dan gelombang ketiga pada 2021-2025.

Transformasi yang keenam ini adalah pada gelombang ketiga kerana matlamatnya

adalah untuk membentuk suatu sistem tadbir urus kendiri yang mampu membuat

pembaharuan dan membawa pencapaian ke tahap lebih tinggi. Kementerian akan

memberikan tumpuan kepada usaha mematikan semua guru menggunakan semaksima

mungkin kebebasan yang diberikan dalam isu yang berkatan penjadualan kurikulum,

penyusunan pengajaran, pendekatan pedagogi dan pentaksiran berasakan sekolah.

Kementerian turut memudahkan aktiviti Program CPD yang dilaksanakan oleh guru bagi

membolehkan guru membimbing satu samalain, membangunkan dan menyerbarluas

amalan terbaik dan bersama sama mencapai tahap professional. Lantaran itu,

kementerian juga akan mempertimbangkan untuk mewujudkan skim pensijilan yang

dikaitkan dengan penguasaan kecekapan guru seperti yang diterangkan di atas. Dengan

semua langkah ini, Kementerian akan berkerjasama dengan wakil guru untuk

memastikan matlamat tercapai. Sehubungan dengan itu, semasa awal Gelombang

Ketiga (2021-2025) , semua sekolah, guru dan pengetua seharusnya menunjukkan

prestasi yang lebih tinggi daripada standard minimum Dengan pelaksanaan transformasi

ini para guru berpengalaman mampu memberi ilmu serta tunjuk ajar yang berkesan

kepada guru baru. Perkongsian ilmu adalah sangat penting dalam pengurusan ilmu

untuk memastikan ilmu, pengalaman dan kepakaran disebar serta diaplikasi.( Norizah

Supar:2006). Tegasnya, sistem pensijilan ini ,mampu meningkatkan keberhasilan

anjakan keempat ini.

Page 5: Guru

Konklusinya, anjakan keempat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-

2025 ini seharusnya berjaya membuat anjakan paradigma kepada kerjaya keguruan.

Hal ini demikian kerana, anjakan keempat ini merupakan langkah untuk menaik taraf

profession keguruan. Ini bermakna pendidikan negara kita akan turut meningkat seiring

dengan adanya Pelan Pembangunan Pendidikan ini. Anggapan seperti kerjaya guru

adalah kerjaya yang senang tidak akan menjadi buah mulut di alma meter kerana

adanya anjakan keempat ini. Selain itu, isu seperti kerjaya guru adalah kerjaya terakhir

tidak akan wujud lagi kerana adanya enam transformasi yang mampu mengangkat

martabat seorang guru. Oleh itu, pelan pembangunan ini memerlukan kerjasama semua

pihak untuk memastikan keberkesanannya. Pihak yang berwajib perlulah melakukan

tugas mengikut prioriti untuk membangunkan meningkatkan pencapaian Programme

International Student Assessment(PISA)agar pendidikan negara terbukti membangun di

peringkat antarabangsa.

Page 6: Guru

Rujukan

Mok S.S, (2011), Falsafah Pendidikan, Kurikulum dan Professionalismr Keguruan,

Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Noriza Supar( 2010) Faktor-faktor yang Mempengaruhi Perkongsian Ilmu kalangan

Kakitangan Akademik di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia yang Dipilih dan

Kesannya Terhadap Mutu Kerja: Tesis untuk Memenuhi Keperluan Ijazah Doktor

Falsafah. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia

Noran Fauziah Yaakub& Ahmad Mahdzan Ayob(1990). Guru dan Keguruan.

Selangor:Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

Omar Abdull Kareem& Khuan Wai Bing.(2005). Perkembangan Guru Secara Berterusan:

Perspektif Pembangunan Sumber Manusia, 131-138

Toh Wah Seng (2005). Penyelidikan Tindakan:

Perkembangan Profesionalisme Ke Arah Pengamalan Reflektif Dan

Penambahbaikan Sekolah. Prosiding Seminar Penyelidikan.

Kementerian Pendidikan Malaysia(2013). Pelan Pembangunan Malaysia

2013-2025(Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Kuala Lumpur.

Kerjaya Guru Bukan Pilihan Terakhir (1998), Utusan Online, diakses

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp