guru tidak menggunakan pelbagai kaedah mengajar kemahiran membaca

5
Guru Tidak Menggunakan Pelbagai Kaedah Mengajar Kemahiran Membaca Bahasa Melayu di Sekolah Rendah” Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas? Sokong jawapan anda dengan memberi contoh-contoh yang sesuai. Menurut Kamus Dewan edisi Empat, ‘baca’ ditakrifkan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Dalam pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, terdapat enam teknik pengajaran kemahiran membaca yang dicadangkan iaitu :- i. Teknik Survey, Question, Read, Review, Recite (SQ3R) ii. Read, Review, Recite (3R); Know, What, Learn, How ( KWLH) iii. Lingkaran soalan, iv. Tatacerita v. Bimbingan menjangka, vi. Teater pembaca. Secara ringkas, teknik SQ3R digunakan oleh guru untuk membimbing murid-murid meningkatkan kemahiran belajar. Iaitu murid membaca secara kendiri untuk memperkukuhkan kemahiran berfikir. Seterusnya teknik KLWH bertujuan menggalakkan murid-murid mencari pelbagai maklumat tambahan daripada pelbagai sumber. Ia dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis. Teknik ketiga iaitu teknik Lingkaran Soalan digunakan

Upload: eliza72

Post on 25-Jul-2015

189 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Guru  tidak   menggunakan pelbagai kaedah  mengajar  kemahiran membaca

“ Guru Tidak Menggunakan Pelbagai Kaedah Mengajar Kemahiran MembacaBahasa Melayu di Sekolah Rendah”

Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas? Sokong jawapan anda dengan memberi contoh-contoh yang sesuai.

Menurut Kamus Dewan edisi Empat, ‘baca’ ditakrifkan sebagai memerhatikan isi

sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya.

Dalam pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, terdapat enam teknik pengajaran

kemahiran membaca yang dicadangkan iaitu :-

i. Teknik Survey, Question, Read, Review, Recite (SQ3R)

ii. Read, Review, Recite (3R); Know, What, Learn, How ( KWLH)

iii. Lingkaran soalan,

iv. Tatacerita

v. Bimbingan menjangka,

vi. Teater pembaca.

Secara ringkas, teknik SQ3R digunakan oleh guru untuk membimbing murid-murid

meningkatkan kemahiran belajar. Iaitu murid membaca secara kendiri untuk

memperkukuhkan kemahiran berfikir. Seterusnya teknik KLWH bertujuan menggalakkan

murid-murid mencari pelbagai maklumat tambahan daripada pelbagai sumber. Ia

dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis. Teknik ketiga iaitu teknik Lingkaran Soalan

digunakan oleh guru ketika pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pendekatan yang

sesuai. Teknik Tatacerita adalah berasal daripada pengalaman yang dialami oleh murid

sendiri yang kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk cerita yang bermakna. Teknik

Bimbingan Menjangka adalah bimbingan yang diberi oleh guru khususnya untuk membantu

murid membaca dan memahami. Sehubungan dengan iaitu, Hj. Ismail Hj Zakaria, Salmah

Othman, Elly Chong, (1992:86) mengistilahkan bimbingan menjangka sebagai aktiviti

membaca terarah. Teknik yang terakhir adalah Teater Pembaca yang menjurus kepada

murid membaca cerita dengan lancar dengan menggunakan nada dan intonasi yang betul

Page 2: Guru  tidak   menggunakan pelbagai kaedah  mengajar  kemahiran membaca

berdasarkan cerita di samping melakukan gerakan yang sesuai bertepatan dengan tema

cerita.

Pernyataan bahawa “ Guru tidak menggunakan pelbagai Kaedah

Mengajar Kemahiran Membaca Bahasa Melayu di Sekolah Rendah ” adalah tidak

berasas . Berdasarkan huraian di atas, secara tanpa disedari guru Bahasa Melayu telah pun

menggunakan kepelbagaian kaedah mengajar Kemahiran Membaca. teknik pengajaran

Kemahiran Membaca di dalam kelas selaras dengan objektif Rancangan Pelajaran

Kemahiran Membaca . Sebagai guru Bahasa Melayu, setiap pengajaran yang dirancang

akan memasukkan elemen lisan, membaca dan menulis.

Kepelbagaian kaedah kemahiran membaca, telah diterapkan dalam pengajaran

dan pembelajaran guru dan murid di kelas. Sebagai contoh, murid yang berada di tahap 1

terutamanya tahun 1, mereka telah didedahkan membaca melalui kaedah fonik, iaitu

penguasaan membaca tahap awal. Kemahiran ini memerlukan guru mengajar murid

mendengar, mengamati dan membezakan huruf yang mewakili bunyi tertentu,

menggabungkan bunyi yang betul seterusnya membaca kuat perkataan dan ayat dengan

sebutan, jeda dan intonasi yang betul.

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, turut

mewajibkan penggunaan perpustakaan selama 30 minit seminggu. Sewaktu penggunaan

perpustakaan , saya telah meminta murid mencari maklumat tambahan dari pelbagai

sumber. Secara tidak langsung, saya telah menerapkan teknik KLWH dalam pengajaran

Bahasa Melayu. Iaitu meminta murid membaca secara ekstensif dan kritis dan mengaitkan

pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca. Pengetahuan sedia ada, amat penting untuk

meningkatkan keupayaan pemahaman, pengetahuan dan maklumat teks yang dibaca. Di

samping itu, murid turut diminta menulis bahan bacaan di dalam buku Nilam.

Salah satu objektif membaca dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

Sekolah Rendah adalah membaca, menaakul, dan menghayati kandungan teks yang dibaca.

Guru juga tidak terlepas daripada menggunakan petikan teks bacaan yang terdapat di dalam

buku teks sebelum meminta murid menjawab soalan pemahaman atau latihan tatabahasa.

Sudah pasti guru akan membimbing murid membaca dengan intonasi yang betul serta

memahami teks bacaan dan aktiviti soal jawab. Secara tidak langsung guru telah

menggunakan kepelbagaian kemahiran membaca di dalam kelas.

Penerapan dan penggabung jalinan elemen tatabahasa dalam pengajaran

Bahasa Melayu menjadikan kemahiran membaca tidak terabai. Sebagai contohnya, apabila

guru memperkenalkan Kata Tanya dan Kata Seru kepada murid, sudah pasti guru akan

Page 3: Guru  tidak   menggunakan pelbagai kaedah  mengajar  kemahiran membaca

memperkenalkan cara membaca jenis ayat Tanya dan ayat Seru dengan betul bagi

membezakan intonasi dengan ayat penyata. Secara tidak langsung, guru telah menggunakan

pelbagai kaedah mengajar Kemahiran Membaca. Adakah mungkin kerana penerapan teknik

Kemahiran Membaca tidak ditulis di dalam Rancangan Pelajaran Harian menyebabkan guru

dikatakan tidak mengajar dan menggunakan pelbagai kaedah Kemahiran Membaca?.

Selain itu, kemahiran membaca sentiasa diterapkan oleh guru walaupun

semasa aktiviti perbincangan kumpulan antara murid. Ini kerana perbincangan yang

dilakukan memerlukan murid membaca bahan bacaan terlebih dahulu. Secara tidak langsung

murid akan membaca secara luncuran dan membaca pantas secara imbasan untuk

mendapatkan maklumat yang menyeluruh. Jika diperinci , teknik SQ3R telah diterapkan

semasa aktiviti ini dilaksanakan. Jelaslah di sini, kemahiran membaca tidak dipinggirkan

oleh guru dan telah diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Seterusnya, salah satu objektif Huraian Sukatan Pelajaran adalah murid dapat

membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berkualiti untuk

meningkatkan dan memperkukuhkan minat membaca. Murid sekolah rendah telah

didedahkan dengan penulisan sastera seperti sajak, pantun dan syair. Oleh itu, telah menjadi

tanggungjawab guru membimbing murid membacanya dengan gaya, nada dan intonasi yang

betul.

Walau bagaimanapun kebarangkalian timbul , apabila guru dikatakan tidak

menggunakan pelbagai kemahiran membaca semasa mengajar Bahasa Melayu sekolah

rendah mungkin ada kebenarannya. Lebih-lebih lagi, apabila guru mengajar kelas

peperiksaan tahun 6 yang akan menduduki UPSR. Matlamat peperiksaan, supaya murid

dapat menjawab dengan tepat memaksa sebahagian guru terpaksa mengabaikan pelbagai

teknik kemahiran membaca kerana dihambat oleh slibus dan penekanan teknik menjawab

terutamanya kertas Bahasa Melayu Penulisan.

Konklusinya, guru-guru telah menggunakan kepelbagaian kemahiran

membaca dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bagi memastikan anak didik

mereka dapat memahami dan menakul pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan

pelbagai teknik membaca.