guru stress.docx

34
1.0 PENGENALAN ISU Perguruan adalah profesion yang amat terdedah dengan tekanan. Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya. Guru merupakan anggota utama dalam sekolah. Ini adalah kerana guru memainkan peranan yang paling penting untuk mendidik murid- murid di sekolah menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu dan berakhlak mulia. Secara ringkasnya guru memainkan peranan penting dalam merealisasikan strategi Kementerian Pendidikan Malaysia demi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan seterusnya membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia adalah selaras dan selari dengan perkembangan dasar negara. Setiap dasar yang dilaksanakan oleh negara akan diikuti oleh perubahan sistem pendidikan bagi memenuhi dasar negara tersebut. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan (FPK) menekankan Pendidikan sebagai usaha berterusan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insane seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri serta negara.Dalam usaha untuk merealisasikan falsafah pendidikan itu, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan pada tahun 1982 manakala Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) mula dilaksanakan pada tahun 1988. Kini, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan bagi menggantikan KBSR. Pelaksanaan KBSR, KBSM dan kini, KSSR menuntut para guru untuk bekerja keras bagi merealisasikannya.

Upload: shafila-azmi

Post on 26-Oct-2015

109 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

guru dan cabaran semasa

TRANSCRIPT

Page 1: guru stress.docx

1.0 PENGENALAN ISU

Perguruan adalah profesion yang amat terdedah dengan tekanan. Tekanan

terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam

keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru

yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan

guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran.  Perkara ini

seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang

seterusnya akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang

mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu

pendidikannya.

Guru merupakan anggota utama dalam sekolah. Ini adalah kerana guru

memainkan peranan yang paling penting untuk mendidik murid-murid di sekolah

menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu dan berakhlak mulia.

Secara ringkasnya guru memainkan peranan penting dalam merealisasikan strategi

Kementerian Pendidikan Malaysia demi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan seterusnya membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia.

Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia adalah selaras dan selari

dengan perkembangan dasar negara. Setiap dasar yang dilaksanakan oleh negara

akan diikuti oleh perubahan sistem pendidikan bagi memenuhi dasar negara

tersebut. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan (FPK) menekankan

“Pendidikan sebagai usaha berterusan untuk memperkembangkan potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insane seimbang dan harmoni

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan untuk mencapai

kesejahteraan diri serta negara.”

Dalam usaha untuk merealisasikan falsafah pendidikan itu, Kurikulum Baru

Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan pada tahun 1982 manakala Kurikulum

Baru Sekolah Menengah (KBSM) mula dilaksanakan pada tahun 1988. Kini,

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan bagi menggantikan

Page 2: guru stress.docx

KBSR. Pelaksanaan KBSR, KBSM dan kini, KSSR menuntut para guru untuk

bekerja keras bagi merealisasikannya.

Tanggungjawab dan beban kerja guru yang semakin bertambah

menyebabkan guru memainkan bermacam jenis peranan. Dalam menjalankan tugas

sebagai pendidik, guru perlu membuat perancangan pengajaran, persediaan alat-

alat mengajar, meneyemak buku murid, menanda kertas peperiksaan, menghadiri

mesyuarat serta kursus. Selain itu, guru menjalankan tugas-tugas perkeranian

seperti urusan buku teks, hal ehwal kebajikan murid, disiplin murid, akaun persatuan

dan kelas, kegiatan sukan dan kokurikulum. Beban tugas yang banyak ini

menyebabkan guru semakin tertekan dan mengalami tekanan emosi. Penambahan

beban tugas ini sudah tentu akan membawa kesan kepada mutu dan kualiti

pengajaran guru.

Faridah Karim dan Zubaidah Aman (1998) yang mengatakan selain daripada 

mengajar dan berdepan dengan  pelbagai karenah  pelajarnya, seseorang guru  juga

dituntut  untuk melaksanakan pelbagai  tugasan lain yang menjadi rutin pekerjaan 

mereka  seperti mengutip yuran, mengemaskini kedatangan pelajar, menyediakan

soalan ujian dan peperiksaan dan lain-lain lagi. Adakalanya, tugas guru bukan

sekadar pengurus di sekolah sahaja, malah mereka juga menjalankan tugas di

peringkat daerah dan negeri. Jelaslah kepada kita bahawa guru mempunyai tugas

harian, mingguan dan tahunan yang penuh mencabar dan profesion perguruan ini

sebenarnya sukar, meletihkan dan membosankan (Faridah Karim dan Zubaidah

Aman, 1998).

Guru terpaksa menanggung bebanan yang berada di luar bidang tugas.

Tugas guru bukan sekadar mengajar malahan turut memainkan peranan dalam

pembangunan sekolah, menjaga disiplin dan mengurus pentadbiran. Pengharapan

untuk menaikkan tahap akademik pelajar dan sekolah telah meningkatkan beban

kerja guru selain tanggungjawab remeh temeh yang terpaksa digalas mereka.

Page 3: guru stress.docx

2.0 KONSEP TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU

Tekanan merupakan satu pengalaman yang lumrah dalam kehidupan

manusia. Setiap manusia tidak dapat lari daripada tekanan tang boleh berpunca

daripada peristiwa-peristiwa dalam kehidupan baik dalam bentuk fizikal, sosial dan

psikologikal. Kesan tekanan ke atas seseorang individu banyak bergantung kepada

ciri-ciri dan sikap individu itu bagaimana untuk mengatasinya.

Smither (1994) menakrifkan tekanan sebagai respon fisilogikal dan

psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang. Schafer (1992) mendefinisikan

tekanan sebagai kebangkitan minda dan badan seseorang dalam bertindakbals

kepada permintaan terhadap dirinya. Fontana (1989) pula memberi definisi tekanan

sebagai permintaan yang dibuat ke atas keupayaan penyesuaian minda dan badan

seterusnya menjelaskan sekiranya keupayaan seseorang itu dapat menangai

permintaan itu, makan tekanan itu akan mendatangkan kesan yang positif. 

Stres diambil daripada perkataan Greek iaitu ‘Stringere’ yang bermaksud

ketat atau tegang (Cox, 2000). Selye, seorang ahli perubatan merupakan perintis

dalam menjalankan kajian tentang stres ini.  Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia

(WHO), stres merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan

mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini (Azizi, Jamaludin dan

Mazeni, 2010). Kajian  yang  dilakukan oleh Institute Of Stress di New York,

mendapati pada tahun 2002 terdapat 90% daripada lelaki dewasa  mengalami stres

yang kuat sekurang-kurangnya  dua kali seminggu, manakala 25% lagi mengalami

stres setiap hari.

Stres boleh didefinisikan sebagai satu keadaan  emosi yang kompleks dan

satu reaksi  fisiologi dan psikologi  yang berlaku  pada seseorang  apabila ia

bertindak balas  kepada faktor-faktor luaran  di persekitaran seperti keadaan tempat

kerja, sikap rakan, hubungan  dengan subordinat dan tekanan kerja.

Menurut   Cox  dan  Brockley (1984), stress merupakan  satu  persepsi  yang 

wujud  dari satu  perbandingan di antara arahan yang diberikan oleh seseorang

dengan kebolehan untuk melakukan arahan tersebut  dengan jayanya. Schafer

(1992) pula mentafsirkan stres sebagai kebangkitan minda dan badan seseorang

dalam bertindakbalas kepada permintaan terhadap dirinya. Sekiranya seseorang itu

Page 4: guru stress.docx

dapat menyesuaikan mindanya dengan menangani permintaan itu, maka tekanan

tersebut akan mendatangkan kesan yang positif.

Manakala stres dalam kalangan guru didefinisikan sebagai perasaan tidak

selesa, emosi negatif, tekanan serta kekecewaan yang berpunca daripada aspek

kerja mereka. (Kyriacau & Sutcliffe, 1978). Guru yang tidak dapat mengawal emosi

mereka terhadap perubahan budaya pendididikan akan mengalami stres.

Kebanyakkan guru pada masa kini terpaksa melakukan kerja-kerja perkeranian,

menyedia alat bantu mengajar, menghadiri kursus sepanjang minggu dan terpaksa

melakukan penyesuaian terhadap tugasan dan ini sedikit sebanyak telah

menganggu emosi dan minda mereka. Stres kerja pada tahap yang tinggi akan

membawa kepada rasa ketidakpuasan kerja, sering mengelakkan diri dan

mengabaikan kerja.  

Kyricaou (1987) kemudiannya mentakrifkan tekanan guru sebagai

pengalaman yang dialami oleh guru berhubung dengan emosi yang tidak

menyenangkan seperti ketegangan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan

dukacita yang disebabkan oleh aspek-aspek pekerjaan sebagai seorang guru.

Tekanan guru juga boleh didefinisikan sebagai kesan tindak balas negatif

seperti kemarahan dan tekanan oleh seseorang guru. Ia kebiasaannya merangsang

potensi perubahan fisiologi seseorang guru seperti peningkatan kadar degupan

jantung dan perembesan hormon tertentu ke dalam salur darah. Seterusnya ia

memberi kesan terhadap aspek tugas perguruan yang merangkumi kesungguhan

menjalankan tugas, keyakinan diri dan kerasionalan tindakan.

Beban tugas didefinisikan sebagai tanggungjawab yang mesti dipikul dan

dilakukan oleh para guru sama ada tanggungjawab di dalam bilik darjah ataupun

diluar bilik darjah untuk menyelesaikan kerja-kerja sekolah. beban tugas ini boleh

diukur dengan melihat jumlah masa yang diperuntukkan untuk menyelesaikannya.

Isu ini tidak akan pernah selesai kerana walaupun isu ini telah lama dibangkitkan,

namun sehingga kini isu ini masih diperkatakan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa

usaha-usaha yang telah dilakukan masih tidak mampu untuk menyelasaikan

masalah ini. Isu ini juga tidak akan selesai kerana sistem pendidikan yang sentiasa

berubah serta keperluan pendidikan yang semakin meningkat dan harus dipenuhi.

Page 5: guru stress.docx

Terdapat laporan yang menyatakan bahawa tekanan guru telah dikaitkan

dengan penyakit sakit mental. (Fletcher dan Payne, 1982). Menurut Blase’s (1982)

berdasarkan jurnal yang ditulis oleh Kyriacou (1987), sebilangan besar guru

menunjukkan tahap penglibatan kerja yang rendah akibat tekanan yang berlebihan.

Tenaga tidak digunakan untuk meneruskan kerja berkaitan dengan pengajaran,

sebaliknya melepaskan tenaga secara tindakan fizikal atau melepaskan geram

terhadap pelajarnya. Sesetengah guru yang tidak melepaskan geram pula memilih

jalan dengan tidak hadir ke sekolah akibat tekanan guru yang berlebihan. Tekanan

dalam kalangan guru menyebabkan  potensi berlakunya masalah salah guna kuasa

guru terhadap murid-murid. Terutamanya yang berlaku dalam aspek hukuman yang

boleh mengakibatkan penderaan. 

Konsep tekanan telah digunakan secara meluas untuk menerangkan

peningkatan motivasi pekerjaan dan penurunan kepuasan kerja. Tekanan boleh

memberikan kesan sama ada positif atau negatif. Fisher (1994), percaya bahawa

mereka yang mengalami masalah tekanan pekerjaan adalah kurang efisyen.

Mengalami sikap kemurungan, kerisauan atau kegelisahan, kemarahan dan fobia

merupakan tanda-tanda tertekan yang mungkin berpunca daripada persekitaran luar

atau faktor-faktor kognitif individu.

3.0 BEBAN TUGAS GURU DI SEKOLAH

Selain tugas guru untuk mendidik, guru juga perlu mengurus kebajikan serta

kesihatan pelajar seperti pengurusan Skim Bantuan Tuisyen, Kumpulan Wang

Amanah Plejar Miskin (KWAPM), Skim Pinjaman Buku Teks dan biasiswa. Guru

juga menguruskan penyelengaraan bangunan, perabot, sistem siaraya, keceriaan

sekolah, kawalan penggunaan kemudahan sekolah, pengurusan stor dan perolehan.

Di samping itu, guru juga perlu menjalankan dan menjayakan pelbagai

program yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Program Hari Anugerah

Kecemerlangan, Program 3K, Program Sekolah Penyayang dan Program

Kecemerlangan Sukan. Selain program-program sekolah, guru turut terlibat dengan

program yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri

(JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), kementerian lain, agensi bukan

Page 6: guru stress.docx

kerajaan dan pihak swasta. Antara program itu ialah Sambutan Hari Kebangsaan,

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia, Sambutan Hari Keputeraan Sultan serta

majlis-majlsi rasmi kerajaan negeri.

Menurut Roslan Madon (2010), Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar

Malaysia (GMGBM), walaupun sudah ada garis panduan menegnai tugas yang perlu

dilaksanakan, kadangkala guru perlu juga melaksanakan kerja lain yang diluar

bidang mereka seperti membuat pemeriksaan kesihatan dan mata murid. Katanya,

tugas ini sepatutnya dilakukan oleh kakitangan Jabatan Kesihatan Malaysia dan

bukannya guru. beliau menegaskan lagi bahawa sekolah tidak sepatutnya

dibebankan dengan aktiviti anjuran agensi lain dan boleh menolak kerjasama

dengan agensi luar melainkan kerjasama tersebut member keutamaan kepada

keperluan murid dan tidak membebankan guru.

Masalah beban guru juga berpunca daripada kecelaruan dan kelemahan di

dalam pentadbiran dan penyelarasan pada semua peringkat pentadbiran sekolah

akibat ledakan maklumat. Ramai guru di sekolah yang sama menghadiri kursus

secara serentak di luar kawasan akibat pengurusan masa kursus yang tidak

dijalankan dengan tersusun. Keadaan ini menyebabkan tugas yang ditinggalkan

terpaksa dipikul oleh guru lain yang masih berada di sekolah sedangkan mereka

sudah mempunyai kerja yang perlu disiapkan.

Masalah ini juga berpunca apabila ramai guru yang bercuti atas sebab-sebab

tertentu seperti, bersalin, menunaikan umrah, menjalani pembedahan serta cuti

sakit. Tugas-tugas guru-guru yang bercuti akan diberikan kepada guru-guru yang

masih ada di sekolah. Maka, guru-guru ini perlu melaksanakan tugas berganda

walaupun mereka sendiri telah mempunyai pelbagai tugas yang perlu dilaksanakan.

Perubahan dasar kerajaan juga turut meningkatkan tugas guru. Hal ini kerana

guru merupakan badan pelaksana dasar kerajaan. Perubahan kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah

menyebabkan guru-guru perlu menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak

kementerian Pelajaran bagi merealisasikan hasrat kerajaan. Setiap kali kurikulum

dan sistem berubah, guru-guru perlu mengikut dan memastikannya berjaya.

Page 7: guru stress.docx

Guru juga terpaksa berhadapan dengan perubahan demi perubahan dalam

bidang pendidikan sehingga wujudnya beban yang keterlaluan. Contohnya apabila

ada pegawai baru di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri

atau di peringkatkementerian, banyaklah idea dan tugasan baru yang harus dipikul

oleh guru. Perubahan kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menyebabkan guru-guru perlu

menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak kementerian Pelajaran bagi

merealisasikan hasrat kerajaan. Setiap kali kurikulum dan sistem berubah, guru-guru

perlu mengikut dan memastikannya berjaya.Bebanan ini bertambah dalam keadaan

jumlah guru yang tidak seimbang dengan peningkatan jumlah murid´ (Harian Metro,

2005).

Para guru masa kini terpaksa menghadapi masalah dalam menguruskan

aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah yang semakin hari semakin bertambah. Guru-

guru dikehendaki menjalankan kegiatan kokurikulum di sekolah tanpa mengikut

ketetapan masa tidak kira pada waktu persekolahan mahupun di luar waktu

persekolahan. Akibatnya, guru-guru terpaksa meninggalkan tugas utama mereka

iaitu mengajar di bilik darjah.

4.0 CONTOH SENARIO KES DI SEKOLAH

Semasa melaksanakan program intership di sekolah selama sebulan, saya

telah mengenalpasti beberapa kes yang menjadi punca kepada tekanan emosi yang

dialami oleh guru. Salah satu senario kes yang menarik perhatian saya adalah

seperti berikut :-

“Semasa aktiviti kokurikulum giat dijalankan di setiap sekolah terutamanya aktiviti

sukan dan permainan, guru-guru pendidikan jasmani akan deberikan amanah dan

tanggungjawab untuk mengurus dan melatih murid-murid untuk persediaan ke

peringkat sekolah, zon, daerah, negeri dan sebagainya. Bukan sekadar satu jenis

permainan, tetapi lebih dari 3 aktiviti sukan yang perlu dikendalikan oleh seorang

guru bukan major. Guru tersebut pula bukan hanya melatih seorang murid, tetapi

terlalu ramai murid baginya untuk mengawal tingkah laku mereka. Satu pasukan

bola sudah melebihi 10 orang, ditambah pula dengan pemain bola tampar dan

Page 8: guru stress.docx

olahraga yang tentunya juga sudah melebihi 10 orang. Guru tersebut juga terpaksa

mengiringi murid ke pertandingan yang disertai dengan kenderaan sendiri. Sudahlah

terpaksa menemani peserta dari awal pagi hingga lewat petang, makan dan minum

mereka juga guru yang sediakan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah

sudah pastinya tertangguh.”

Guru yang menghadapi masalah di atas merupakan seorang guru lelaki

berbangsa Melayu. Beliau berusia dalam lingkungan 30-an. Beliau juga sudah

berumah tangga dan mempunyai anak. Selain itu, beliau merupakan guru mata

pelajaran Bahasa Melayu bagi murid tahun 2,4 dan 5. Beliau seorang yang pendiam

dan selalu tersenyum. Mempunyai tubuh badan yang tinggi dan kurus. Guru ini juga

bukan guru opsyen bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Beliau

baharu sahaja berkhidmat di sekolah ini selama setahun.

Memandangkan sekolah ini mengalami kekurangan guru lelaki dan guru

opsyen Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, maka seluruh tanggungjawab untuk

melatih pasukan ke pertandingan di setiap peingkat diserahkan kepadanya. Beliau

terpaksa melatih beberapa pasukan untuk ke perlawanan tertentu seperti pasukan

bola sepak, bola tampar dan olahraga. Ini merupakan satu tugas yang berat kerana

beliau melaksanakannya seorang diri. Guru-guru lain seperti lepas tangan dengan

siruasi yang dihadapi. Guru ini menjadi stress dan tertekan dengan keadaan yang

dialaminya.

Menurut Shulman (1987), seseorang guru perlu menguasai teras

pengetahuan terutamanya ilmu konten untuk mengajar dengan berkesan dalam

bidang pelajarannya di sekolah. Ilmu konten sangat penting kerana matlamat

pengajaran seseorang guru ialah untuk melaksanakan sebaik mungkin proses

pembelajaran yang berkesan agar pembelajaran menjadi lebih menarik dan dapat

memotivasikan murid dengan mengambil bahagian dalam aktiviti aktiviti Pendidikan

Jasmani.

Bagi sesetengah pihak, mungkin situasi ini adalah perkara biasa bagi seorang

guru. Namun, ia sebenar merupakan satu bebanan kepada guru-guru terutama guru

baru dan guru bukan opsyen. Impak dari situasi yang dihadapi ini mampu memberi

kesan negatif kepada kualiti perkhidmatannya.

Page 9: guru stress.docx

4.1 Tanda-Tanda

Apabila individu mengalami stress, seringkali akan memberi tanda-

tanda kepada fizikal, psikologi dan tingkah laku. Secara ringkasnya tanda-

tanda stress boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu tanda-tanda fizikal,

tanda-tanda psikologi dan tanda-tanda tingkah laku. Pada awalnya Guru A

merupakan seorang guru yang aktif dan cerdas. Jadi, tanda-tanda stress

yang muncul dapat dilihat dengan ketara. Antara tanda-tanda beliau

mengalami stress adalah seperti berikut:-

  4.1.1 Tanda-tanda Fizikal

Individu yang mengalami stress selalunya akan mengalami

masalah atau perubahan secara mendadak kepada fizikal. Apabila

mengalami stress individu seringkali akan mengalami beberapa

masalah antaranya adalah sakit kepala. Guru A sering mengadu sakit

kepala. Sakit kepala berlaku apabila seseorang itu sering memikirkan

masalah dan stress yang dihadapi. Sakit kepala bergantung kepada

tahap stress seseorang dan ada yang mengalami sakit kepala yang

teruk sehingga menyebabkan penyakit migraine.

Tanda-Tanda

Kurang selera makan

Emosi tidak stabil

Hilang berat badan

Masalah kesihatan

Tidak teurus

Kerap tidur di dalam

kelas

Kerja yang tertangguh

Masalah menguruskan

masa

Page 10: guru stress.docx

Akibat daripada stress, seseorang itu juga mudah mengalami

sakit-sakit badan yang kurang jelas puncanya. Walaupun pada hakikat

sebenar seseorang itu tidak mengalami sebarang masalah kesihatan

tetapi pada masa stress mereka selalunya mengalami sakit-sakit

badan. Sakit-sakit badan yang dialami bukanlah akibat daripada

masalah kesihatan tetapi kesan daripada stress yang dialami.

Selain itu, Guru A sering kelihatan tidur di dalam kelas,

perpustakaan dan surau. Beliau jarang lagi dilihat berada di bilik guru.

Individu yang mengalami stress selalunya akan bermasalah di dalam

tidurnya dan seringkali masa tidurnya terganggu. Mereka tidak boleh

tidur semasa waktu malam dan akan tidur secara sendirinya apabila

badan terlalu letih.

Selain itu, terdapat juga perubahan kepada selera makan

apabila seseorang itu mengalami stress. Guru A dahulunya sangat

berselera ketika makan akan berubah kepada tiada selera untuk

makan apabila mengalami stress dan sebaliknya. Beliau sering

menolak ajakan rakan-rakan untuk bersarapan atau minum pagi di

kantin. Secara tidak langsung, berat badan beliau semakin susut dan

kelihatan tidak bermaya. Beliau juga cenderung kepada cepat letih. 

4.1.2 Tanda-tanda Psikologi

Individu yang mengalami stress juga akan mengalami

perubahan kepada psikologi. Apabila seseorang itu stress, selalunya

seseorang itu akan mengalami kegelisahan perasaan. Kegelisahan itu

dialami tanpa punca atau erti kata lain secara tiba-tiba akan mengalami

gelisah. Kegelisahan sering memberi kesan yang tidak baik kepada

seseorang..

Kemurungan atau dalam Bahasa Inggerisnya “moody”

seringkali berlaku apabila seseorang itu mengalami stress. Guru A

yang mengalami kemurungan boleh diketahui oleh rakan-rakan atau

Page 11: guru stress.docx

ahli keluarga yang terdekat. Sikap murung yang dialaminya sukar

dilihat kerana beliau memang seorang yang pendiam.

Antara tanda lain seperti mudah marah. Seseorang yang

mengalami stress akan mudah marah kepada seseorang walaupun

seseorang itu tidak bersalah. Marah akan hadir secara tiba-tiba tanpa

sebab yang munasabah. Beliau kelihatan sering menjerit-jerit semas

sesi pengajran dan pembelajaran di kelas atau di padang. Seeloknya

individu yang mengalami stress tidak perlu berhadapan dengan orang

ramai kerana itu mungkin akan menambahkan lagi tahap stress yang

dialaminya. Emosi seseorang yang mengalami stress itu akan semakin

terganggu dan hal ini menyebabkan mereka cepat marah.

Perkara yang sangat membimbangkan lagi apabila Guru A

mengalami simtom mudah lupa. Contohnya ketidakhadirannya ke

mesyuarat, sering kali terlupa lokasi kelas dan nama individu tetentu.

Individu yang mengalami stress cenderung untuk mudah lupa dengan

ilmu atau ingatan yang disimpan di kotak fikirannya selama ini.

4.1.3 Tanda-Tanda Tingkah Laku

Sesetengah guru yang tertekan dengan arahan yang diberikan

akan melepaskan tekanan kepada pihak yang lain, umpamanya

pelajar. Sementara dalam diri guru tersebut, dia kehilangan dirinya,

sukar menghadapi kenyataan, bimbang yang berlebihan dan bertindak

luar kawalan tanpa disedari. Sebagai seorang pendidik yang

berdedikasi, akauntabiliti guru yang merangkumi bidang pekerjaan,

sekolah, tingkah laku kendiri, murid dan profesion telah memberi

tekanan yang berat kepada guru.

Guru A kelihatan tidak teurus. Tempatnya di bilik guru juga tidak

terurus. Buku-buku dan dokumen-dokumen murid tidak tersusun lagi.

Ini disebabkan beliau tidak lagi kerap berada di bilik guru dan sering

menghabiskan masa di tempat-tempat sunyi dan tiada orang lain

Page 12: guru stress.docx

supaya beliau dapat tidur. Beliau juga gagal menyiapkan Rancangan

Pengajaran Harian dan tidak menghantar rekod pengajarannya untuk

disemak.

4.2 Punca-Punca Tekanan Guru A

Punca-Punca Stess Guru A

4.2.1 Permintaan/Penghargaan Terlalu Tinggi

Semasa pihak sekolah mengamanahkan tanggungjawab yang

berat ini kepada Guru A, beliau juga di beri pengharapan yang tinggi

agar pasukan dibawahnya memperoleh kejayaan yang cemerlang dan

dapat mengharumkan nama sekolah. Ini menyebabkan beliau tertekan

kerana sering kali digesa untuk memberikan yang terbaik.

Peranan guru sebagai pendidik disanjung tinggi oleh

masyarakat dan mereka meletakkan harapan yang tinggi agar dapat

Punca

Permintaan/penghargaan terlalu tinggi

Beban kerja berlebihan

Tiada kemahiran/ pengalaman

Kerenah murid

Infrastruktur yang tidak lengkap

Kekangan masa dan wang

Sikap lepas tangan

Tertekan!!!

Page 13: guru stress.docx

memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam mendidik anak bangsa.

Dalam usaha ini, mereka terdedah kepada pelbagai cabaran, risiko

dan kerumitan. Oleh itu stres yang dialami  oleh guru  merupakan  satu

isu  yang patut diberi perhatian  yang wajar kerana pengelakan

(burnout) mereka dalam memberi sumbangan  kepada  proses

pendidikan  akan meninggalkan kesan  negatif  terhadap 

pembangunan akademik  dan kesejahteraan diri generasi muda secara

amnya. (Tang dan Yeung, 1999)

4.2.2 Tiada Kemahiran Dan Pengalaman

Apa yang memburukkan keadaan apabila Guru A tiada

pengalaman dan kemahiran untuk mengajar dan melatih murid dalam

sukan dan permainan yang akan dipertandingkan. Guru A bukan guru

opsyen bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Di

sebabkan sekolah tersebut kekurangan guru lelaki dan guru opsyen

yang berpengalaman, maka beliau diamanahkan untuk menggalas

tanggungjawab yang berat ini. Guru A juga merupakan guru baru di

sekolah tersebut. Jadi, adalah amat sukar baginya untuk

menyesuaikan diri dengan perkara baru ini. Beliau pernah meminta

panduan daripada guru-guru lama, namun kurang mendapat

kerjasama.

4.2.3 Kerenah Murid

Antara faktor utama yang menyebabkan Guru A menghadapi

tekanan di sekolah ialah kerenah dan sikap murid. Segelintir murid

sangat biadap atau tidak menghormati dan menghargai guru ketika

guru sedang mengajar seperti membuat bising, berbual-bual, tidak

membuat latihan yang diberikan selain keluar kelas tanpa kebenaran

guru yang sedang mengajar. Semasa latihan sukan dan permainan

Page 14: guru stress.docx

dijalankan, murid-murid yang terlibat tidak memberikan kerjasama

yang baik.

Mereka sering ponteng latihan dan ini menjejaskan mutu dan

kualiti permainan mereka kelak. Agak sukar untuk melengkapkan

sepasukan bola sepak pada setiap kali latihan. Bagi pelajar-pelajar

yang suka ponteng latihan telah menyebabkan tekanan emosi kepada

guru tersebut. Ini adalah kerana tindakan murid yang sebeginilah telah

menyebabkan prestasi sesuatu mata pelajaran itu merosot dan ini juga

memberi suatu tekanan kepada guru-guru di sekolah.

4.2.4 Faktor Beban Tugas

Guru A berasa tertekan apabila beliau diberikan tugas-tugas lain

yang banyak selain daripada mengajar. Selain terpaksa

mengendalikan program latihan bola dan bola tampar pada setiap

petang, Guru A juga terpaksa meninggalkan kelas pada sebelah pagi

bagi melatih murid olahraga pula. Ini menyebabkan banyak kelas yang

tertangguh dan silibus tahunan tidak dapat dihabiskan dengan

sempurna. Perkara ini akan menjejaskan murid-muridnya terutama

semasa peperiksaan.

Tambahan lagi, Guru A turut melakukan tugas memasukkan

data berkaitan maklumat guru dan murid ke dalam Sistem Maklumat

Murid (SMM) dan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang

memerlukan guru mengisi maklumat profil pelajar serta maklumat

keputusan peperiksaan pelajar bagi membolehkan ibu bapa melihat

prestasi anak-anak mereka. Jika perkara ini dibiarkan tentunya guru ini

akan berasa tertekan disebabkan beban tugas mengajar dan tugas

mengawal disiplin murid di sekolah.

Antara beban tugas Guru A yang lain ialah, mengutip yuran

tambahan, menyediakan laporan kantin, laporan aktiviti surau,

mengurus Rancangan Makanan Tambahan serta mengurus

Page 15: guru stress.docx

Rancangan Susu Tambahan. Kesemua senarai tugas yang diluar

daripada bidang pengajaran jelas menunjukkan guru-guru pada masa

kini terbeban dengan tugas-tugas lain yang melabihi tugas utama iaitu

mendidik pelajar.

4.2.5 Kekangan Masa dan Sumber Kewangan

Faktor kewangan juga memberi tekanan kepada Guru A. Beliau

terpaksa berulang-alik menghantar murid-murid ke pertandingan-

pertandingan yang dianjurkan dengan menggunakan kenderaan

sendiri. Pihak sekolah tidak menyediakan kenderaan untuk

menghantar peserta dan tidak pula menyediakan peruntukkan khas

kepada guru-guru pengiring. Jadi, Guru A terpaksa berorban masa dan

wang ringgit semasa pertandingan. Kadang kala beliau terpaksa

membelanjakan sejumlah wang bagi membiayai makan dan minun

para peserta.

Banyak masa beliau dihabiskan disekolah dari pagi sehingga ke

petang menyebabkan beliau jarang menghabiskan masa bersama

keluarga. Pada hari Sabtu dan Ahad juga beliau terpaksa mengadakan

latihan walaupun jumlah kehadiran murid adalah sangat

mengecewakan. Faktor kekangan masa dan sumber seperti

mengadakan ujian bulanan yang terlalu kerap juga telah menyebabkan

Guru A tidak berkesempatan untuk menghabiskan sukatan pelajaran

kerana masa yang terlalu singkat. Guru A juga harus memeriksa kertas

jawapan pelajar dan membuat analisis keputusan ujian tersebut.

4.2.6 Kekurangan Sumber dan peruntukkan

Kekurangan sumber seperti kekurangan alatan sukan, seperti

bola, jersey, spike dan lain-lain merupakan faktor penting kepada

peningkatan mutu dan kualiti permainan. Pihak sekolah tidak dapat

Page 16: guru stress.docx

melengkapkan peralatan-peralatan sukan yang diperlukan

menyebakan Guru A kadang-kala bertindak membeli sendiri peralatan

sukan tersebut. Tambahan pula mata pelajaran yang diajarnya itu

memang berkaitan dengan alat-alat tersebut. Sekiranya ia berlarutan,

ianya akan menyebabkan guru-guru menjadi kurang bersemangat dan

tertekan kerana ia boleh menjejaskan kualiti pengajarannya.

4.2.7 Sikap lepas tangan

Ada segelintir guru bersikap lepas tangan sahaja terhadap

tanggungjawab yang diberikan. Mereka juga tidak memberikan

kerjasama yang baik semasa latihan sukan dan permainan dijalankan.

Guru-guru ini juga tidak dapat menghadirkan diri untuk sama-sama

melatih pasukan mereka. Pelbagai alasan yang diberikan supaya

mereka dapat mengelakkan diri untuk melaksanakan tugas-tugas yang

diamanahkan. Hubungan yang kurang baik di antara guru biasa juga

berlaku. Wujudnya jurang komunikasi di antara guru lama dengan guru

baru dan kurangnya rasa hormat menghormati dalam kalangan guru

ketika menjalankan tugas. Terdapat juga sebilangan guru yang suka

mencampuradukkan urusan peribadi dengan tugas di sekolah yang

boleh menjejaskan hubungan dalam kalangan guru-guru.

4.3 CADANGAN MENGATASI

Page 17: guru stress.docx

4.3.1 Pengambilan Guru Opsyen

Mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah

sepatutnya diajar oleh guru-guru yang berkelayakan dalam bidang

Pendidikan Jasmani atau Sains Sukan (guru opsyen) kerana mereka

telah didedahkan dengan ilmu konten dan pedagogi semasa dalam

kursus pengajiannya. Namun demikian, masih terdapat guru-guru yang

bukan dalam bidang Pendidikan Jasmani atau Sains Sukan (guru

bukan opsyen) diminta untuk mengajar mata pelajaran tersebut.

Perkara ini berlaku kerana kurangnya guru opsyen Pendidikan

Jasmani di sekolah-sekolah.

Tambahan, pihak sekolah masih beranggapan bahawa mata

pelajaran Pendidikan Jasmani boleh diajar oleh semua guru kerana

mata pelajaran ini tidak berunsur peperiksaan dan pendekatan

mengajar lebih kepada bermain-main. Tanggapan tersebut tidak

berasas kerana peranan guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan

dalam pelbagai pendekatan kepada murid untuk mereka menimba

pembelajaran yang berkesan Persoalannya, adakah guru opsyen dan

bukan opsyen yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani di

Pengambil-an guru opsyen

Pembahagi-an tugas

secara adil

Pertimbang-kan

amanah dan

tanggung-jawab yang

diberi

Peka tehadap

kemampu-an guru

Guru tegas menyuara

k-an pendapat

Rakan sekerja

perlu beri sokongan

Berbalik kepada fitrah

manusia

Page 18: guru stress.docx

sekolah menengah mempunyai ilmu konten dalam proses pengajaran

dan pembelajarannya.

Harris (1992), menegaskan bahawa peranan guru Pendidikan

Jasmani ialah memperkembangkan pengetahuan, kefahaman,

kemahiran dan sikap melalui aktiviti sukan supaya murid menjadi

pengamal dalam membudayakan sukan untuk kesihatan dan

kecergasan. Kementerian Pendidikan Malaysia (1997) pula

menjelaskan bahawa peranan guru bestari ialah melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti sebagai aspek penting

bagi menjamin tercapainya matlamat pendidikan negara seterusnya

wawasan negara.

4.3.2 Pembahagian Tugas Secara Adil

Pembahagian kerja merupakan perkara yang penting dalam

aspek kawalan dan pengurusan bagi menganalisis tugas dan

pembahagian kerja secara terperinci, kemudian membandingkan

dengan kemampuan seorang pekerja untuk melaksanakan tugas itu

dengan terperinci. Gabungan antara tugas dan kemampuan bertujuan

mewujudkan kecekapan (Abdul Shukur Abdullah, 1991). Guru Besar

dan pentadbir perlu berbincang dalam pembahagian tugas kepada

guru-guru agar pembahagian kerja tersebut adil dan mengikut

kemampuan guru tersebut.

Semua program yang dianjurkan oleh organisasi luar perlu

diuruskan sendiri oleh mereka serta aktiviti tersebut dijalankan di luar

kawasan sekolah. Guru-guru dan pelajar pula hanya perlu menghadiri

program tersebut sebagai peserta atau jemputan sahaja. Menurut

Datuk Azam Mohd Atan (2010), Yang Dipertua Persidangan

Kebangsaan Pengetua Sekolah Malaysia (PKPSM), apabila sekolah

menjadi tuan rumah dan pengurus acara, sekolah ingin buat yang

terbaik sedangkan persiapannya mengambl masa yang lama. Maka,

lebih baik program yang dianjurkan oleh pihak luar diadakan diluar

Page 19: guru stress.docx

kawasan sekolah dan diuruskan oleh mereka sendiri. Hal ini akan

meringankan beban guru kerana guru tidak perlu bersusah payah

membuat persiapan untuk sesuatu program luar.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia

mencadangkan agar pihak pentadbir sekolah mengurangkan bilangan

jawatankuasa pada peringkat sekolah kepada jumlah yang lebih wajar.

Pada masa ini terdapat sekolah yang mempunyai hamper 40

jawatankuasa dalam bidang pengurusan dan pentadbiran, kurikulum,

hal ehwal murid serta kebersihan, keceriaan dan keselamatan murid

yang memerlukan curahan masa dan tenaga guru yang bukan sedikit.

Pengurangan jawatankuasa boleh dilakukan dengan penggabungan

dan pemansuhan jawatankuasa. Walaupun begitu, pembahagian tugas

di sekolah perlu dilakukan secara adil untuk mengelakkan bebanan

tugas tertumpu kepada guru tertentu sahaja.

4.3.3 Pertimbangkan Amanah Dan Tanggungjawab Yang Diberi

Bebanan tugas yang diberi haruslah bersesuaian dengan

kemampuan guru tersebut dari masa, wang dan faktor kesihannya.

Menyusun semula tugas-tugas perkeranian di sekolah dapat

meringankan beban guru di sekolah. Menteri Pelajaran Malaysia, Tan

Sri Muhyiddin Yassin bersetuju guru tidak perlu dibebankan dengan

tugas perkeranian yang terlalu banyak sehingga mengganggu tugas

utama guru sebagai pendidik anak bangsa. Dalam usaha untuk

melonjakkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, guru perlu diberikan

banyak masa untuk merancang pengajaran yang lebih berkesan serta

membuat persiapan mengajar. Maka, Jawatankuasa Bebanan Tugas

Guru akan menyediakan garis panduan tugas utama guru dan tugas

yang tidak boleh dilakukan oleh guru.

Satu daripada cara untuk meringankan beban kerja ini ialah

dengan menambah bilangan guru, ertinya kalau sekarang satu bilik

darjah 1.5 guru, sekarang satu bilik darjah 2.0 (ertinya satu bilik darjah

Page 20: guru stress.docx

ada dua orang guru). Langkah tersebut bertujuan membolehkan guru

mempunyai masa yang cukup bagi menumpukan sepenuh perhatian

kepada tugas teras, iaitu mengajar. Cadangan mengkaji purata guru

dengan pelajar itu juga relevan dengan saranan beberapa pihak lain

yang mahukan jawatan guru pembantu bagi mengatasi masalah yang

sama. Selain dapat membantu meringankan beban tugas yang ditanggung

guru, jawatan berkenaan boleh menyelesaikan masalah ketiadaan guru

yang bergantung kepada guru sandaran tidak terlatih.

4.3.4 Sokongan Rakan Sekerja

Guru perlu menguruskan masa dengan baik. Setiap orang akan

menerima masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam sehari. Oleh

yang demikian sepatutnya tidak ada diantar guru yang mengeluh tidak

dapat menyiapkan tugasan dengan alasan tiada masa. Penggunaan

masa dalam sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya akan memberi

faedah hanya kepada mereka yang pandai menguruskan masa.

Pengurusan masa yang baik dapat meringankan tugas yang ada.

4.3.5 Kemudahan fizikal dan alatan

Kemudahan infrastruktur dan peralatan untuk menjalankan

aktiviti pendidikan jasmani. Kawasan lapang seperti gelanggang

permainan, padang bola dan ruang-ruang yang agak luas memainkan

peranan penting dalam menjalankan sesuatu aktiviti. Kekangan yang

dihadapi oleh sekolah bandar ialah mendapatkan kawasan padang

permainan yang agak luas disebabkan faktor nilai hartanah yang tinggi.

Kawasan sekolah menjadi semakin sempit, ruang untuk sekolah

menyediakan kemudahan agak terhad. Sebaliknya, sekolah-sekolah di

kawasan pedalaman menghadapi kekangan dari segi kemudahan

peralatan.

Page 21: guru stress.docx

Jika ditinjau di sekolah-sekolah pedalaman dan luar bandar,

jumlah peruntukan untuk membeli peralatan sering digunakan untuk

pembangunan sekolah. Akibatnya pelajar terpaksa menggunakan

peralatan yang agak uzur, alatan yang dan dimakan usia dan tidak

selamat untuk digunakan. Seandainya pihak pentadbir sekolah kurang

berminat dalam bidang sukan, maka tumpuan yang agak kurang

diberikan, begitu juga sebaliknya. Guru-guru terpaksa menggunakan

kreativiti masing-masing dalam pengajaran mereka bagi menarik minat

pelajar.

Sesuatu kurikulum yang dibentuk bergantung kepada

kemudahan dan peralatan yang sedia ada. Sekolah sebagai tempat

pelaksanaan kurikulum bertanggungjawab ke atas kemudahan dan

peralatan untuk kegunaan kelas pengajaran dan juga untuk aktiviti-

aktiviti bukan pengajaran. Ini menunjukkan bahawa kemudahan dan

peralatan merupakan salah satu aspek yang penting dalam

pelaksanaan sesuatu kurikulum, termasuk kurikulum Pendidikan

Jasmani.

Penglibatan pelajar akan menjadi lebih aktif sekiranya peralatan

yang digunakan adalah mencukupi (Mohd Sofian, 2006).Seterusnya,

pengajaran akan dipermudahkan sekiranya terdapat banyak peralatan

yang boleh digunakan. Pendidikan Jasmani tidak dapat dijalankan

tanpa peralatan yang lengkap. Mengajar Pendidikan Jasmani tanpa

peralatan samalah seperti mengajar subjek akademik tanpa buku dan

bahan-bahan sokongan yang lain.

4.3.6 Kembali Kepada Fitah Sebagai Manusia

Kehidupan ini sememangnya tidak boleh dipisahkan daripada

cabaran, masalah, dugaan, pancaroba dan tribulasi serta perkara-

perkara yang sedaerah dengannya. Seperti cinta, cabaran juga

merupakan fitrah kepada kehidupan seorang manusia. Tiada manusia

yang hidup tanpa cabaran, ujian dan masalah. Lain orang lain

Page 22: guru stress.docx

cabarannya, lain umur lain masalahnya, lain jantina lain dugaannya,

lain jawatan lain tribulasinya. Semua manusia akan menghadapi

masalah, walaupun dia bersembunyi di dalam tanah, walaupun dia lari

ke hujung bima sakti, walaupun dia berkubu di sebalik besi. Masalah

dengan kehidupan itu fitrah. Allah memang akan menurunkan ujian

kepada kita.

Sebenarnya, kalau kita kembali kepada Allah, Allah S.W.T. itu

tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Dia juga tidak akan

memberikan kita dugaan, cabaran, ujian dengan sengaja tanpa

matlamat dan tujuan. Sebagai Mukmin yang yakin dan bersangka baik

kepada Allah, maka kita perlu mengambil segala cabaran dan ujian

dalam kehidupan kita sebagai batu loncatan untuk memperkuatkan

iman kita.

5.0       RUMUSAN

Menjadi guru berkesan, melahirkan sekolah yang berkesan dan mencapai

pendidikan yang cemerlag bukan sesuatu yang mustahil. Apa yang penting ialah

kesediaan dan kesanggupan guru sendiri mengubah paradigm, stail pemikiran dan

bertindak secara professional serta yang paling penting menjadi guru yang tidak

mudah patah semangat. Walaupun dibebani dengna tugas yang banyak, guru tetap

tidak boleh patah semangat dan berputus asa. Guru perlu sentiasa bersemangat

untuk memajukan diri dengan meningkatkan kemahiran diri agar dapat

menyempurnakan tugas-tugas yang diberi.

Seseorang guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekutan

ilmu dan mengamalkan tingkah laku yang penuh dengan keluhuran etika kerja serta

mempunyai kefahaman yang jelas dan mendalam, kesungguhan dan komitmen

yang tinggi untuk menyempurnakan tugasnya pada setiap waktu. Guru yang berjiwa

waja tidak mudah patah semangat dengan cabaran kerjanya. Guru hendaklah

bersikap optimistik, tidak mudah merungut dengan beban tugas yang dipikul.

Page 23: guru stress.docx

Profesion guru adalah salah satu daripada tugas yang sukar dan perlu

kepada usaha pengorbanan yang tinggi. Sememangnya boleh dikatakan bahawa

semua bidang mampu menyebabkan tekanan kepada individu. Tetapi tidak

bermakna bahawa tekanan pada tahap tinggi sehingga menyebabkan gangguan 

pada operasi pendidikan itu perlu dipandang sebagai suatu insiden biasa. Perkara

ini perlu diberi perhatian sekurangkurangnya melalui tindakan atau pelaksanaan

penyelesaian secara berperingkat.

Resolusi perlu difikirkan bagi menyelesaikan dan mengurangkan masalah

tekanan dalam kalangan guru demi kebaikan perjalanan pendidikan. Sesungguhnya

tekanan guru yang tidak terkawal boleh memberi kesan negatif terhadap mutu

pendidikan negara. Tekanan yang tidak terkawal antara lainnya akan memberi

kesan kepada kepuasan kerja, strategi berdaya tindak, sokongan sosial dan konsep

kendiri guru. 

Memandangkan tugas guru adalah mencabar, ‘anggapan’ bahawa menjadi

seorang guru adalah mudah perlu dibuang daripada mentaliti setiap pihak. Begitu

juga dengan anggapan bahawa tugas mendidik adalah hanya tanggungjawab guru

dan guru perlu memiliki daya pengorbanan yang tinggi. Demikian adalah fakta atau

alasan yang tidak relevan untuk digunakan supaya permasalahan tekanan ini dapat

diabaikan.  Di antara cadangan dan resolusi yang perlu dipertimbangkan berkaitan

tekanan dalam kalangan guru adalah seperti  mengkaji semula beban tugas guru.

Keinginan juga turut berubah mengikut keperluan dan peredaran masa.

Kepuasan kerja merupakan perasaan dalaman seseorang pekerja terhadap

pekerjaan yang dilakukannya hasil interaksi dengan persekitaran. Perasaan puas ini

akan mendorong seseorang itu rela datang ke tempat kerja dengan rasa

tanggungjawab.  Justeru, dapat mengurangkan ketegangan dalam kalangan guru.

Masalah ketegangan dalam kalangan guru dapat dikurangkan jika pihak

pentadbir dapat meningkatkan motivasi pekerja. Hal ini dapat dilaksanakan dengan

memastikan sistem dan prosedur kerja berkesan dan senang difahami. Sebagai

contoh, semua pekerja termasuk pekerja baru perlu diberitahu sejelas-jelasnya

mengenai tugas-tugas yang harus dibuat dan prosedur untuk melakukannya.

Seterusnya, sistem insentif perlu dihubungkaitkan dengan prestasi pekerja.

Page 24: guru stress.docx

Selanjutnya, perlu memastikan keberkesanan saluran komunikasi (perhubungan).

Setiap pentadbir dan penyelia perlu dilatih menggunakan cara efektif dalam

perhubungan dengan pekerja bawahan agar dapat membantu mewujudkan suasana

harmoni di dalam pekerjaan.

Ketegangan guru juga boleh dikurangkan apabila membuat perancangan

program latihan dan pembangunan guru yang tepat, mencukupi dan secara

menyeluruh. Pada masa yang sama perlu mengenal pasti objektif-objektif  latihan

dan pembangunan yang perlu dicapai. Dengan itu, guru-guru yang mahir dalam

menjalankan tugasnya akan menjadi lebih bermotivasi. Tambahan pula, perlu

mengadakan gaya dan cara kepimpinan di dalam organisasi sekolah yang dapat

membantu meningkatkan motivasi pekerja. 

Isu ini perlu dipandang serius supaya bidang pendidikan yang sentiasa

diperbaharui dan dipertingkatkan mutunya ini dapat selari dengan keperluan dan

kepentingan semua pihak yang terlibat. Meningkatkan mutu pendidikan bukan

bermakna perlu mengorbankan atau menuding hanya kepada sesuatu pihak. Tetapi

perlu dengan usaha serta penglibatan semua pihak dan memenuhi kepentingan

setiap pihak yang terlibat.  Penyelesaian yang ditekankan perlu merangkumi

penglibatan semua pihak termasuk kementerian, sekolah dan individu guru itu

sendiri. Segalanya adalah usaha demi mempertingkat dan memartabatkan status

pendidikan Malaysia. 

Page 25: guru stress.docx

Rujukan

Azizi Yahya, Jamaludin Ramli, Mazeni Ismail (2010), Stress Dalam Kalangan Guru

Sekolah Menengah  di Empat Buah  Negeri Di Malaysia, Asia Pasific Journal Of

Educators and Education, Vol 25, pp103-136.

Abdul Wahid Nuruddin (1996). Stres Pekerjaan di Kalangan Guru: Satu Kajian Kes.

Tesis (B.Ed), Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Abouserie. R. (1996). Stress, Copying Strategies and Job Satisfaction in University

Academic Staff Educational Psychology. 16(1): 49-56.

Borg, M.G. and Riding, R.J. (1993). Teacher Stress And Cognitif Style. British Journal of

Educational Psychology. 65: 49-67.

Dunham, J. (1976).  Stress Situations and responeses in National Association of

Schoolmasters (Ed.). Stress in schools. Hemel Hempstead: National Association of

Schoolsmasters.

Faridah Karim dan Zubaidah Aman (1998). Implikasi Burnout di Kalangan Guru

Terhadap Sistem Pendidikan. Prosiding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara.

November 26 – 27. Malaysia: Universiti Kebangsaan Malaysia, 317-333

Fisher, S. 1994. Stress in academic life. The mental assembly line. The Society for

Research into Higher Education & Open University Press.

Page 26: guru stress.docx

Fontana, D. (1989). Managing Stress. British Psychological Society & Routledge Ltd.

Gold, Y. dan Roth, R. A. (1993). Teachers Managing Stress and Preventing Burnout -

The Professional Health Solution. London: The Falmer Press.

Schafer, W. (1992). Stress Management For Wellness (2ndEd.). Orlando : Harcourt

Brace. 

Smither, R. D. (1994). The Psychology Of Work And Human Performance (2nd ed.).

New York : Harper Collins College Publishers. 

Smither, R. (1994). Stress and teachers: Old wine in new bottle. Urban Education,

19, 39–51.

Tang, Tak On dan Yeung, Alexander Seeshing (1999). Hong Kong Teachers’ Sources

of Stress, Burnout, and Job Satisfaction. International Conference on Teacher

Education. Februari 22 – 24. Hong Kong: Educational Resources Information Center,

1 – 22.

Zakiah Arshad. (2003). Stres kerja di kalangan guru-guru sekolah rendah: Satu kajian di

Zon Bandar, Kota Tinggi, Johor. Unpublished thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

http://duniaparasarjana.blogspot.com/2012/02/stres-dalam-kalangan-guru-

sekolah.html..ann..

BIBLIOGRAFI

Page 27: guru stress.docx

Kamus Dewan Edisi Baharu (1989), Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Fuad Razali (2010), Beban Tugas Guru Cahaya Menanti di Hujung

Terowong, Pendidik Jun 2010.

Muhammad Fuad Razali (2010), Tugas Rencam Bebankan Guru, Pendidik Jun

2010.

Muhammad Fuad Razali (2010), Kemahiran Pengurusan Maklmat Bantu Kurang

Beban Guru, Pendidik Jun 2010.

Muhammad Fuad Razali (2010), Susun Semula Tugas Perkeranian, Pendidik

Jun 2010.

Mok Soon Sang (1996), Pendidikan di Malaysia, Kuala Lumpur: Kumpulan

Budiman.

Syed Ismail syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon (2012), Asas Kepimpinan

dan Perkembangan Profesionalisme, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.

Bhd.

 

Utusan Malaysia (2008), Beban Kerja Guru Kini Semakin Berat,

Page 28: guru stress.docx

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2008&dt=0123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_09.htm

Utusan Malaysia (2012), 14 Isu Beban Guru Ditangani,

http://www.utusan.com.my/info.asp?

y=2012&dt=0517&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

http://gurucoolbainun.blogspot.com/2012/09/isu-keguruan-isu-beban-tugas-

guru.html.. Sunday, September 2, 2012

Oleh : Nur Yusrina Bt Mohd Roodzi

Tuesday, 28 February 2012

Stres dalam Kalangan Guru Sekolah

Page 29: guru stress.docx

6.0 REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, dengan limpah kurnia-Nya, saya

dapat menyempurnakan tugasan kerja kursus bagi subjek Guru Dan Cabaran, EDU

3108, bagi Semester 8 Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ambilan Januari

2010 yang telah diamanahkan kepada saya pada masa dan tarikh yang telah

ditetapkan.

Tugasan kali ini adalah secara individu. Berdasarkan tugasan, saya perlu

mengenalpasti isu-isu dan cabaran pendidikan semasa, menerangkan konsep

tekanan emosi dalam kalangan guru, menjelaskan pengaruh dan kesan tekan emosi

ke atas guru. Perincian tugasan ini adalah mengenalpasti contoh kes tekanan emosi

yang sedang dihadapi oleh guru. Saya perlu menjelaskan senario kes, tanda-tanda

atau simptom yang dialami oleh guru, punca-punca tekanan yang dihadapi dan

menerangkan beberapa cara dan langkah bagi membantu menangani senario

berkenaan.

Tidak dinafikan seawal menjalankan tugasan ini, saya mengalami sedikit

masalah tentang pemahaman saya ketika memulakan tugasan ini. Alhamdulillah,

hasil diskusi kami dengan pensyarah pembimbing, Puan Umi Kalsom binti Takriff

telah banyak membantu saya sepanjang proses menyiapkan tugasan. Saya juga

tidak sekadar bergantung kepada penerangan dari pensyarah sahaja, jadi saya telah

mengambil beberapa inisiatif lain seperti mengakses beberapa laman web yang

berkaitan bagi meluaskan lagi pemahaman saya. Di samping, itu bahan ilmiah yang

banyak terdapat di perpustakan turut saya jadikan sebagai sumber rujukan.

Semasa melaksanakan tugasan, saya telah memperolehi pelbagai input yang

berfaedah selain melalui pelbagai pengalaman baru yang berguna untuk diri saya

sebagai seorang bakal guru. Melalui tugasan ini saya dapat menyelami pelbagai

masalah yang terpaksa guru-guru di sekolah lalui. Luahan perasaan guru-guru

terhadap tekanan kerja yang semakin banyak membuatkan mereka tidak dapat

memberi tumpuan terhadap pengajaran di dalam kelas. Mereka bimbang dengan

Rata-rata guru menyatakan ketidakpuasan hati mereka apabila menyentuh

isu kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang mula

Page 30: guru stress.docx

diperkenalkan pada tahun 2011. Perkara ini menyebabkan bebanan tugas guru

semakin berat dan bertambah. Guru-guru juga menghadapi masalah kekangan

masa dan kewangan. Mungkin masalah-masalah yang mereka hadapi tidak dapat

dilihat oleh mata kasar kerana yang menanggungnya sahaja merasai derita dan

kepahitan yang dialami.

Kini profesion perguruan mengalami perubahan yang pesat dalam sistem

pendidikan. Pelbagai dasar dan sistem pendidikan digubal atau diubahsuai sejajar

dengan ledakan pengetahuan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi.

Ini menyebabkan bidang tugas seorang guru semakin bertambah dan

membebankan. Ini kerana guru merupakan “amanah” yang diberi tanggungjawab

untuk menyampaikan ilmu kepada anak didiknya. Sama ada rela atau tidak, mereka

dituntut untuk menyesuaikan diri dengan sebarang bentuk perubahan serta

pembaharuan dalam bidang pendidikan yang berlaku dari semasa ke semasa.

Situasi ini secara umumnya mengakibatkan guru-guru terpaksa berhadapan dengan

pelbagai tanggungjawab yang lebih mencabar dan semakin kompleks.

Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek bagi mata pelajaran ini,

saya telah menerima banyak faedah selain melalui pelbagai pengalaman baru yang

berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Secara tidak langsung saya

telah mendapat pendedahan awal terhadap masalah-masalah yang berlaku di

sekolah. Jadi, saya perlu bersedia dai segi fizikal dan mental terhadap situasi yang

sama yang mungkin akan berlaku terhadap diri saya apabila menempuh alam

pekerjaan kelak. Tambahan lagi, cabaran yang akan saya lalui mungkin lebih berat

memandangkan saya juga akan menjadi guru baru atau guru permulaan di sekolah

nanti.

Di samping usaha peningkatan dan pelaksanaan, guru-guru semakin mula

tertekan atau sekurang-kurangnya pernah merasa tertekan dengan permintaan

tinggi bebanan kerjaya pendidikan ini. Hasilnya, secara tidak sedar para guru

mengalami tekanan yang dianggap sebagai suatu keuzuran berpotensi mengganggu

kelancaran operasi pendidikan. Justeru, simptom ketegangan atau tekanan di

kalangan guru ini adalah suatu fitrah semulajadi kemanusiaan yang perlu ditangani

dengan bijak dan bertimbang rasa. Adalah suatu tindakan yang rasional untuk

Page 31: guru stress.docx

memikir dan melaksanakan resolusi penyelesaian bagi masalah-masalah guru di

samping melaksanakan pelbagai pelan peningkatan terhadap pendidikan. 

Saya juga mula merasai kepentingan ilmu Guru Dan Cabaran Semasa ini

terhadap diri saya kerana sebagai bakal guru, satu hari nanti semua ilmu ini pasti

saya perlukan untuk melaksanakan tugas harian yang begitu mencabar bagi

mewujudkan persekitaran yang harmoni sekaligus dapat menangani masalah disiplin

dalam kalangan murid yang semakin menjadi-jadi. Saya pasti akan menghadapi

pelbagai situasi yang mungkin saya tidak pernah fikirkan sebelum ini. Melalui

kemahiran yang saya perolehi, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam

membuat persediaan dalam menghadapi dunia perguruan sebenar.

Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru merupakan agen

perubahan dan saya wajar mempraktikan sebaik mungkin kepelbagaian pengalaman

dan ilmu pengetahuan baru yang telah saya perolehi dari segi jasmani, emosi,

rohani, intelek dan sahsiah. Saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada

saya, murid, ibu bapa dan pihak sekolah.

Falsafah Pendidikan semakin hari semakin bermutu dengan perangkuman

pelbagai kriteria dan tuntutan yang perlu diterapkan dalam objektif pendidikan.

Perubahan semasa di kalangan arus modenisasi dan globalisasi menjadikan

keperluan bidang pendidikan perlu dipertingkat dan dipertambahkan cakupannya

kepada pengkayaan multi-bidang. Berdasarkan permintaan yang tinggi tersebut, kita

terpaksa membayar harganya yang wujud dalam bentuk bebanan terhadap

pelaksanaan dan menghadapi permasalahan sampingannya. Arus pendidikan hari

ini semakin mendesak para profesional pendidikan untuk bekerja keras dan lebih

masa demi mencapai permintaan tinggi pendidikan tersebut. 

Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini yang

saya laksanakan bersama rakan-rakan dalam perkongsian ilmu, maklumat dan

pengalaman telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat.

Sikap toleransi dan bekerjasa sama pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat

di tingkatkan melaui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula

lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan

hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami. Pengalaman berinteraksi

Page 32: guru stress.docx

bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan

saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus

dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan

untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan

oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini

membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak

akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, objektif tugasan kerja kursus pendek EDU 3108 telah

memberikan impak positif kepada saya. Ia membuatkan saya lebih mencintai

profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi

seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan

sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

_______________________

(NORSHAFILA BINTI AZMI)

PISMP Ambilan Januari 2010,

Pendidikan Seni Visual

Semester 7