guru pembina bangsa dan negara _ mutiaraislam online.pdf

7
. . mutiaraislam online . . ʺpenyampai ilmu, pemangkin minda ummahʺ GURU PEMBINA BANGSA DAN NEGARA i Rate This Bersempena Sambutan Hari Guru yang diadakan saban tahun diseluruh negara pada 16 Mei, saya ingin menyingkap resepi kejayaan para guru melahirkan insan cemerlang, seterusnya dapat membina sebuah negara menuju kearah kemakmuran dan keberkatan disisi ALLAH SWT. Guru adalah ibarat cahaya yang menerangi kegelapan diwaktu malam, sanggup berkonban masa dan tenaga demi mendidik anak‑anak bangsa menjadi insan berguna, rela pula mengenepikan kepentingan diri sendiri demi memastikan kejayaan anak‑anak didiknya dimasa hadapan. Guru juga adalah merupakan insan pendidik yang tidak pernah kenal erti penat dan jemu, sentiasa berusaha memberikan sesuatu yang terbaik untuk anak‑anak didiknya dan tidak pula berputus asa dengan kegagalan yang mereka hadapi. Inilah kerjaya dan rutin harian seorang guru.

Upload: syuhada-nabila

Post on 25-Jan-2016

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GURU PEMBINA BANGSA DAN NEGARA _ mutiaraislam online.pdf

7/23/2015 GURU PEMBINA BANGSA DAN NEGARA | mutiaraislam online

https://mutiaraislam.wordpress.com/2009/05/19/mindapenerbitsiri21/ 1/7

. . mutiaraislam online . .

ʺpenyampai ilmu, pemangkin minda ummahʺ  

GURU PEMBINA BANGSA DAN NEGARA

      iRate This

Bersempena  Sambutan  Hari  Guru  yang  diadakan  saban  tahun  diseluruh  negara  pada  16Mei,  saya  ingin  menyingkap  resepi  kejayaan  para  guru  melahirkan  insan  cemerlang,seterusnya  dapat  membina  sebuah  negara  menuju  kearah  kemakmuran  dan  keberkatandisisi ALLAH SWT.

Guru adalah ibarat cahaya yang menerangi kegelapan diwaktu malam, sanggup berkonbanmasa  dan  tenaga  demi  mendidik  anak‑anak  bangsa  menjadi  insan  berguna,  rela  pulamengenepikan  kepentingan  diri  sendiri  demi  memastikan  kejayaan  anak‑anak  didiknyadimasa hadapan. Guru juga adalah merupakan insan pendidik yang tidak pernah kenal ertipenat  dan  jemu,  sentiasa  berusaha  memberikan  sesuatu  yang  terbaik  untuk  anak‑anakdidiknya  dan  tidak  pula  berputus  asa  dengan  kegagalan  yang  mereka  hadapi.    Inilahkerjaya dan rutin harian seorang guru.

Page 2: GURU PEMBINA BANGSA DAN NEGARA _ mutiaraislam online.pdf

7/23/2015 GURU PEMBINA BANGSA DAN NEGARA | mutiaraislam online

https://mutiaraislam.wordpress.com/2009/05/19/mindapenerbitsiri21/ 2/7

Guru merupakan  asas utama kepada pembinaan negara dan bangsa. Tanpa didikan guru,maka akan pincanglah perjalanan sebuah takbir urus negara dan akan rosaklah bahasa yangdipimpin.    Oleh  itu,  tidak  dapat  dinafikan  lagi  bahawa  kejayaan    sesebuah  bangsa  dannegara  adalah  juga merupakan kejayaan  seorang  guru  dalam mendidik  pada  hari  ini  kitadapat melihat pemimpin‑pemimpin negara kita dapat mentakbir negara dengan baik.  Padahari ini juga kita dapat melihat para ‘engineer’ dan arkitek kita mampu membina kemajuandengan  terdirinya  bangunan‑bangunan  pencakar  langit  dan  segala  bentuk  pembangunandan lain‑lain.  Tidak kurang juga para cendiakawan kita yang mendapat pengitirafan dalamdan  luar  negara  kerana  sesuatu  kejayaan  yang  mereka  tempuhi.    Kesemua  itu  adalahbermula dari didikan  seseorang  insan yang bernama guru.    Faktor kejayaan  seorang guruatau  pendidikan  didalam  mendidik  anak  bangsa  banyak  bergantung  kepada  beberapaperkara antaranya:

Pertama:  meletakkan  sifat  ikhlas  sebagai  keutamaan  didalam  menyampaikan  ilmupengetahuan kepada anak‑anak didikannya.   Sifat ikhlas mempunyai pengaruh yang amatbesar didalam amalan dan gerak kerja seharian manusia semudah amalan‑amalan peribadi yang berhubung kait dengan orang lain. Sekiranya sifat ikhlas itu tidak  , maka sudah  akantimbul  pula  sifat‑sifat  mazmumah  dikalangan  guru  seperti  riak,  hasad  dengki,  taksubdengan pendapat diri sendiri,  tiada sifat  tawaduk dengan ilmu yang dimilikinya dan lain‑lain lagi.

Kedua: meletakkan matlamat untuk melahirkan insan rabbani.   Untuk mencapai matlamatitu,  guru  itu  sendiri    dari  guru  sifat‑sifat  rabbani  iaitu  dengan  sifat  ketaatan,  pengabdianterhadap  syariat  allah  s.w.t  disamping  sifat2  mahmudah  yang  lain.    Guru  yang  telahmemiliki  sifat‑sifat  ini  secara  tidak  langsung  akan  memberi  kesan  mendalam  didalamucapan dan tingkah‑lakunya ketika berhadapan dengan anak‑anak didiknya.  Seterusnya ia

Page 3: GURU PEMBINA BANGSA DAN NEGARA _ mutiaraislam online.pdf

7/23/2015 GURU PEMBINA BANGSA DAN NEGARA | mutiaraislam online

https://mutiaraislam.wordpress.com/2009/05/19/mindapenerbitsiri21/ 3/7

akan  dijadikan  contoh  terbaik  untuk  di  dan  dapat  pula  menunaikan  sifat‑sifat  rabbanididalam  diri  anak‑anak  didiknya.  Sebaliknya,tanpa  memiliki  sifat‑sifat  itu,sudah  pastimatlamat  tarbiah  islamiah  itu  tidak  akan  dapat  dicapai  sepenuhnya.  Firman  Allah  S.W.Tdidalam surah Al‑Imran ayat 79:

“Tidaklah  patut  bagi  seorang  manusia  yang  allah  berikan  kepadanya  kitab  dankenabian,kemudia  ia  tergamak mengatakan  kepada  orang  ramai:”Hendaklah  kamu menjadiorang‑orang  yang  menyembahku  dengan  meninggalkan  dengan  perbuatan  menyembahAllah”.Tetapi  (sepatutnya  ia  berkata):  “Hendaklah  kamu  menjadikan  orang‑orang  rabbani(orang  yang  hanya menyembah  Allah  S.W.T  dengan  ilmu  dan  amal  yang  sempurna),keranakamu sentiasa menjadi insan Allah itu,dan kerana kamu selalu mempelajarinya”.

Ketiga:  mengutamakan  kesuburan  didalam  meyampaikan  ilmu  dan  segala  maklumatkepada  anak‑anak  didikannya.  Seorang  guru  perlu  sabar  dan  tabah  menghadapi  segalabentuk  kerenah  anak‑anak  didikannya.  Ini  adalah  kerana  setiap  manusia  tidak  memilkiterhadap  kemampuan  yang  sama  ketika melalui  suatu  proses  pembelajaran.  Dalam masayang sama,  sikap  sebilangan pelajar                  yang acuh  tak acuh didalam pelajarannya  jugamerupakan  suatu  cabaran  besar  kepada  guru.    Jesteru,  sifat  sabar  inilah  yang  amatdiperlukan  didalam  diri  setiap  guru.    Rasullullah  S.A.W  adalah merupakan  seorang  nabidan  guru  yang  patut  dicontohi.  Kesabaran  baginda  s.a.w  didalam menyampaikan  risalahdakwah  kepada  umat  manusia  telah  menghasilkan  suatu  kejayaan  yang  tidak  dapatditandingi oleh orang lain.

Keempat:  seorang  guru  haruslah  menjadikan  dirinya  sebagai  contoh  teladan  yang  baikkepada  anak‑anak  didiknya.  Percakapan  seorang  guru  samada  berbentuk  nasihat,pengajaran atau sebagainya haruslah disusuli dengan perbuatanya.  Ini adalah kerana gurumerupakan ‘role’ model kepada anak‑anak didiknya. Setiap gerak‑geri dan perlakuan gurudihadapan  anak‑anak  didiknya  sudah  pasti  akan  diperhatikan  oleh  mereka.  Sekiranyaperlakuan itu menyalahi diri apa yang diucapkannya, maka ini akan menimbulkan persepsiyang tidak baik dikalangan anak‑anak didiknya. Seterusnya perkara ini akan menimbulkankesan  jangka panjang yang negatif dalam aspek pembinaan generasi  yang  akan mewarisikepimpinan negara kita. Firman Allah S.W.T didalam surah Al‑Saff ayat 2 dan 3:

Maksudnya:

“Wahai  orang‑orang  yang  beriman!  mengapa  kamu  memperkatakan  apa  yang  kamu  tidakmelakukannya!.    Amat  besar  kebenciannya  disisi  Allah  bahawa  kamu  mampu  katakansesuatu yang kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya”.

Kelima: seorang guru berlaku adil dikalangan anak‑anak didiknya.

Tidak  melebih‑lebihkan  atau  membeza‑bezakan  diantara  satu  dengan  yang  lain  kecualipada perkara‑perkara yang sepatutnya. Sikap adil, apabila telah ditanamkan kedalam jiwaanak‑anak  didik  kita,  sudah  pasti  akan  dapat  melahirkan  generasi  pimpinan  yang  dapatmenjalankan  tanggungjawab  secara  jujur dan amanah.  firman Allah S.W.T didalam surahAl‑Ma’idah ayat 8:

Page 4: GURU PEMBINA BANGSA DAN NEGARA _ mutiaraislam online.pdf

7/23/2015 GURU PEMBINA BANGSA DAN NEGARA | mutiaraislam online

https://mutiaraislam.wordpress.com/2009/05/19/mindapenerbitsiri21/ 4/7

Maksudnya:

“Wahai  orang‑orang  yang  beriman,  hendaklah  kamu  semua  sentiasa  menjadi  orang‑orangyang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali‑kalikebencian  kamu  terhadap  sesuatu  kaum  iaitu  mendorong  kamu  kepada  tidak  melakukankeadilan.  Hendaklah  kamu  berlaku  adil  (kepada  sesiapa  jua)  kerana  sikap  adil  itu  lebihhampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahuidengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.

Selain  daripada  itu,guru  juga  mempunyai  tanggungjawab  dan  berperanan  melindungianak‑anak  didiknya  dari  terpengaruh  dengan  budaya‑budaya  negatif  yang  telah menulardidalam masyarakat kita pada hari ini.Keagaraban,kemesraan,dan perhatian yang diberikanguru kepada anak‑anak didiknya akan memudahkan tugas mereka membentuk generasa inimengikut  acuan  yang mereka  kehendaki.Sikap  seperti  inilah  juga  yang  telah  dianjurkanoleh dianjurkan oleh Rasulluh S.A.W kepada umatnya ketika mendidik anak‑anak mereka.

Demikianlah  beberapa  sifat  terpuji  yang  dimiliki  oleh  kaum  guru.Sifat‑sifat  seperti  inimemang amat  jarang didapati didalam bidang‑bidang pekerjaan yang  lain.Sifat‑sifat yangterpuji  yang  dibawa  oleh  para  guru  ini  sebenarnya  memberikan  kesan  yang  amat  besardidalam  pembentukkan  bangsa  dan  negara.Justeru  itu,  sumbangan  mereka  dipersadapendidikan negara seharusnya mendapat penghormatan yang sebaik‑baiknya.

Page 5: GURU PEMBINA BANGSA DAN NEGARA _ mutiaraislam online.pdf

7/23/2015 GURU PEMBINA BANGSA DAN NEGARA | mutiaraislam online

https://mutiaraislam.wordpress.com/2009/05/19/mindapenerbitsiri21/ 5/7

Hari Guru 4

Apa  yang  kita  dapati  sejak  kebelakang  ini,  pelbagai  persepsi  negatif  yang  telah  yangdilontarkan kepada guru. Ada  yang beranggapan  guru masa  ini  tidak  seperti  guru  zamandahulu, suka mengeluarkan kata‑kata lucah, suka mendera dan sebagainya. Hakikatnya kes‑kes  seperti  ini  hanyala  merupakan  isu‑isu  pinggiran  yang  sengaja  diperbesar‑besarkankerana  kepentingan peribadi pihak‑pihak tertentu. Apa yang pasti, kejayaan yang dicapaioleh  guru  didalam melahirkan  insan‑insan  cemerlang  amat  banyak  sekali.Justeru,  adalahtidak adil bila sedikit kesilapan mereka diseret kemukan pengadilan dan kejayaan merekamendidik anak bangs tidak mendapat pengitirafan yang sewajarnya.

Oleh  itu, marilah  kita  bersama mengembalikan  semula  darjat  kemulian  kaum  guru  serta

Page 6: GURU PEMBINA BANGSA DAN NEGARA _ mutiaraislam online.pdf

7/23/2015 GURU PEMBINA BANGSA DAN NEGARA | mutiaraislam online

https://mutiaraislam.wordpress.com/2009/05/19/mindapenerbitsiri21/ 6/7

Oleh  itu, marilah  kita  bersama mengembalikan  semula  darjat  kemulian  kaum  guru  sertamenangkis  segala  dakyah  yang  boleh  merosakkan  imej  mereka.  Berterima  kasihla  kitakepada  kaum  guru  yang  telah  memberikan  pengorbanan  yang  tidak  terkira  yang  manadengan pengorbanan mereka itu, kita dapat berada pada kedudukan yang amat selesa padahari ini.

Maksudnya:

Dan  tidak  ada  yang  lebih  baik  perkataannya  daripada  orang  yang  menyeru  kepada(mengesakan  dan mematuhikan  perintah)  Allah,  serta  ia  sendiri  mengerjakan  amal  yangsoleh,  sambil  berkata:  “Sesungguhnya  aku  adalah  dari  orang‑orang  islam  (Yang  berserahbulat‑bulat kepada allah)!”

Guru  yang mampu membina negara  dan  bangsa  guru  yang  dapat menyalurkan  sifat‑sifatikhlas, melahirkan insan rabbani, menjadi  contoh yang baik dan adil untuk dihayati olehanak  didik  mereka.Pendidikan  yang  diberikan  memberi  pengaruh  yang  amat  besar  darisudut keperibadian kepada generasi pemimpin didalam mentakbir sebuah negara.

Lokman Mohd Hashim, mutiaraislam online

~ oleh Lokman Hashim, Editor ‑ MutiaraIslam Online di Mei 19, 2009.

Dikirim dalam Pelbagai

 

Create a free website or blog at WordPress.com. The ChaoticSoul Theme.

About these ads

Page 7: GURU PEMBINA BANGSA DAN NEGARA _ mutiaraislam online.pdf

7/23/2015 GURU PEMBINA BANGSA DAN NEGARA | mutiaraislam online

https://mutiaraislam.wordpress.com/2009/05/19/mindapenerbitsiri21/ 7/7

Ikut

Follow “mutiaraislam online”

Bina laman anda dengan WordPress.com