peranan laut sebagai penyatu dan pembina peradaban nusantara

22
1.0 Pengenalan Ilmu kelautan yang di pelajari oleh peneliti laut dikenali sebagai Oceanographer. Golongan ini telah menjurus kepakatan mereka dalam bidang kelautan yang disebut maritim. Maritim merujuk kepada perkara yang berkaitan dengan aspek kelautan yang juga disebut sebagai Bahari dan Samudera . Sejarah Maritim merupakan elemen utama dalam pendekatan sejarah di seluruh dunia, kerana sejarah dunia kebanyakkannya berkaitan dengan laut dan lautan. Masyarakat yang hidup di muka bumi ini telah mengadaptasi kehidupan persekitaran mereka untuk kelangsungan hidup. Akibat daripada itu, perubahan cara hidup dari masa ke masa memperlihatkan perkembangan dalam kehidupan manusia. Begitu juga dengan masyarakat Bahari yang mengalami perubahan hidup mengikut peredaran masa. Perkembangan ini telah mewujudkan kepebagaian budaya yang lebih teratur yang disebut sebagai peradaban. Masyarakat Bahari juga mengunakan laut sebagai medium untuk kelangsungan hidup mereka. Jelas, sejarah telah membuktikan bahawa laut di kepulauan Asia Tenggara telah memainkan peranan yang cukup penting dalam pembinaan peradaban di Alam Melayu. Berdasarkan sejarah awal kehidupan masyarakat Bahari jelas menunjukkan bahawa sejak dahulu kala telah wujudnya interaksi antara berbagai suku bangsa yang mendiami kawasan di Nusantara. 1 Interaksi mereka dapat dilihat dalam bentuk perang, namun sering juga adanya usaha untuk bekerjasama dalam bentuk persekutuan atau persahabatan, sehingga hubungan antara masyarakat atau bangsa yang lain terutama aspek perdagangan berjalan dengan baik. Nusantara yang mempunyai perbezaan fizikal, budaya dan bangsa telah disatukan dengan adanya dalam satu bentuk kebudayaan iaitu maritim. Walaupun adanya garis pemisah antara wilayah-wilayah di Nusantara termasuk kebudayaan, bahasa, suku bangsa atau ekonomi yang berbeza, namun masyarakat Bahari melihat laut atau maritim bukan sebagai pemisah rumpun 1 Merupakan satu konsep geo-politik sebelum berlakunya pembahagian wilayah yang dikenali sebagai Negara bangsa seperti Filipina, Brunei, Timor Leste, Singapura dan Malaysia. 1

Upload: utet-kerempeng

Post on 24-Oct-2015

441 views

Category:

Documents


22 download

DESCRIPTION

peranan laut dalam pembinaan peradaban masyarakat di nusantara sememangnya luas.

TRANSCRIPT

Page 1: peranan laut sebagai penyatu dan pembina peradaban nusantara

1.0 Pengenalan

Ilmu kelautan yang di pelajari oleh peneliti laut dikenali sebagai

Oceanographer. Golongan ini telah menjurus kepakatan mereka dalam

bidang kelautan yang disebut maritim. Maritim merujuk kepada perkara

yang berkaitan dengan aspek kelautan yang juga disebut sebagai

“Bahari” dan “Samudera”. Sejarah Maritim merupakan elemen utama

dalam pendekatan sejarah di seluruh dunia, kerana sejarah dunia

kebanyakkannya berkaitan dengan laut dan lautan. Masyarakat yang

hidup di muka bumi ini telah mengadaptasi kehidupan persekitaran

mereka untuk kelangsungan hidup. Akibat daripada itu, perubahan cara

hidup dari masa ke masa memperlihatkan perkembangan dalam

kehidupan manusia. Begitu juga dengan masyarakat Bahari yang

mengalami perubahan hidup mengikut peredaran masa. Perkembangan

ini telah mewujudkan kepebagaian budaya yang lebih teratur yang

disebut sebagai peradaban. Masyarakat Bahari juga mengunakan laut

sebagai medium untuk kelangsungan hidup mereka. Jelas, sejarah telah

membuktikan bahawa laut di kepulauan Asia Tenggara telah memainkan

peranan yang cukup penting dalam pembinaan peradaban di Alam

Melayu.

Berdasarkan sejarah awal kehidupan masyarakat Bahari jelas

menunjukkan bahawa sejak dahulu kala telah wujudnya interaksi antara

berbagai suku bangsa yang mendiami kawasan di Nusantara.1 Interaksi

mereka dapat dilihat dalam bentuk perang, namun sering juga adanya

usaha untuk bekerjasama dalam bentuk persekutuan atau persahabatan,

sehingga hubungan antara masyarakat atau bangsa yang lain terutama

aspek perdagangan berjalan dengan baik. Nusantara yang mempunyai

perbezaan fizikal, budaya dan bangsa telah disatukan dengan adanya

1 Merupakan satu konsep geo-politik sebelum berlakunya pembahagian wilayah yang dikenali sebagai Negara bangsa seperti Filipina, Brunei, Timor Leste, Singapura dan Malaysia.

1

Page 2: peranan laut sebagai penyatu dan pembina peradaban nusantara

dalam satu bentuk kebudayaan iaitu maritim. Walaupun adanya garis

pemisah antara wilayah-wilayah di Nusantara termasuk kebudayaan,

bahasa, suku bangsa atau ekonomi yang berbeza, namun masyarakat

Bahari melihat laut atau maritim bukan sebagai pemisah rumpun

Nusantara tersebut.2 Malah sebaliknya, apabila laut bagi mereka adalah

penyatu iaitu suatu continuum yang memungkinkan mereka berhubung

dengan penduduk di daerah seberang. Oleh itu, jaringan perhubungan

melalui peranan laut dilihat sebagai penyatu dan pembina peradaban di

Nusantara.

2.0 Konsep Laut

Laut dan lautan mempuanyai makna yang berbeza dari sudut pengkajian

maritim, namun mempunyai perkaitan dalam sejarah peradaban

maritim. Secara umumnya laut merujuk kepada bahagian perairan yang

luas, yang memisahkan dua daratan yang berupa pulau-pulau. Misalnya,

Laut Jawa dillihat memisahkan Jawa, Sumatera dan Kalimantan. Lautan

pula merupakan bahagian perairan laut yang sangat luas yang

memisahkan dua daratan atau lebih yang berupa benua. Sebagai contoh,

Lautan Pasifik memisahkan Benua Asia, Australia dan Amerika.

Istilah Lautan pada masa dahulu dikenali sebagai Samudera atau

bahari dalam bahasa Melayu, manakala dalam bahasa Inggeris

membawa maksud Oceans yang berasal daripada bahasa Latin, iaitu

oceanus yang terbit daripada pembendaharaan kata Yunani kuno iaitu

okeanoe yang merujuk kepada laut yang memisahkan antara daratan

Eropah dari daratan Afrika yakni tidak termasuk Laut Tengah.3 Dalam

2 Adrian B. Lapian, Orang Laut, Bajak Laut, Raja Laut: Sejarah Kawasan Laut Sulawesi, Jakarta: Komunitas Bambu, 2009, hlm. 31.

3 Ismail Ali. 2013. “Menghidupkan Semula Semangat Nusantara Melalui Pengajian Sejarah Maritim di Alam Melayu” dalam SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, 1(2) September 2013. Ms. 193-212.

2

Page 3: peranan laut sebagai penyatu dan pembina peradaban nusantara

bahasa kuno, lautan juga disebut sebagai “Tagaroa” yang terbit dari dua

perkataan Taga dan Roa yang membawa maksud Tasik Besar, Telaga

Besar atau Tasik Luas. Selain itu, lautan turut menjadi sumber inspirasi

dan mitos yang mengandungi masalah kebenaran yang tidak terbatas

sejak zaman berzaman, memupuk fantasi, tahyul, ketaatan, perasaan

ingin tahu, harapan dan aspirasi. Misalnya, lautan dikaitkan dengan

unsur mitos iaitu dalam cerita rakyat Yunani kuno, okeanus dianggap

sebagai penjelmaan dewa Oceanus yang turun ke bumi dari planet

Uranus, yang kemudiannya berkahwin dengan Dewi Bumi iaitu Gaia.

Pada zaman Hindu-Buddha, istilah lautan bagi masyarakat di kepulauan

Melanesia dan Mikronesia menyebutnya sebagai Tagaroa, Tanaroa,

Ta’aroa, Tagaloa, Tangaloa, Tagaloang dan Hangaloa. Di Nusantara,

pada zaman ini juga mempercayai adanya Dewa Laut yang disebut

sebagai Baruna.

Berdasarkan fakta kelautan, 70 peratus muka bumi terdiri

daripada air dan 30 peratus adalah tanah. Fenomena ini menyebabkan

bumi dikenali sebagai “Planet of Water”. Lautan juga meliputi 361 juta

kilometer persegi atau hampir 71 peratus dari permukaan bumi dengan

jumlah isipadu kelautan dianggarkan 1348 juta padu kilometer dengan

purata kedalaman lautan kira-kira 3733 meter atau 12,247 kaki.4

Tambahan lagi, lautan yang paling dalam dikenali sebagai Jurang

Mariana dengan kedalaman 11,022 meter yang terletak di lautan Pasifik.

Terdapat lima lautan utama di dunia, antaranya Lautan Hindi

(28,400,000 batu persegi), Lautan Pasifik atau dikenali Lautan Teduh

(64,000,000 batu persegi), Lautan Atlantik (41,744,000 batu persegi),

Lautan Antartika (12,451,000 batu persegi) dan Lautan Artik (5,427,000

batu persegi). Disamping itu, bagi masyarakat Melayu kuno, Tagaroa

atau lautan adalah satu lautan sahaja dan bukannya banyak lautan.

Namun begitu, terdapat juga pendapat lain yang mengatakan terdapat

tujuh lautan di dunia iaitu seperti yang pernah ditulis oleh ahli ilmu bumi

4 Ibid.

3

Page 4: peranan laut sebagai penyatu dan pembina peradaban nusantara

Turki yang bernama Piri Reis pada abad ke-14 dan sarjana Eropah iaitu

R. Kippling iaitu Laut Nusantara (Laut China Selatan), Laut Benggala,

Laut Arab, Laut Persia, Laut Merah, Laut Tengah dan Laut Atlantik.

Indonesia umpamanya merupakan negara bahari yang tidak hanya

memiliki satu laut utama atau heartsea, malah setidaknya terdapat tiga

laut utama yang membentuk Indonesia sebagai sea system iaitu Laut

Jawa, Laut Flores dan Laut Banda.5

Laut secara tradisinya telah menjadi sumber inspirasi untuk

mencari kebenaran dan seterusnya berjaya meniadakan world view

manusia yang mengaitkan dengan pelbagi unsur mitos dan tahyul. Tidak

lupa juga, laut adalah satu tempat yang mempunyai kelebihanya

tersendiri bagi menyatukan perhubungan diantara negara, membentuk

semangat bersatu, saling memahami dan bersatu-padu, serta dapat

menjana kekayaan serantau. Bagi masyarakat Nusantara, laut telah

dilihat menyatukan dunia Alam Melayu yang terpisah secara geografinya

kepada kepulauan dan tanah daratan. Selain itu, mereka juga melihat

laut juga menyatukan masyarakat Nusantara dengan dunia luar dan

mewujudkan masyarakat Maritim yang berstatus kosmopolitan di

pelabuhan dan bandar di pesisir pantai. Menurut A. B Lapian, masyarakat

maritim pula menanggap sepenuhnya laut adalah penyatu dan pembina

peradaban. Sememangnya laut mempunyai peranan yang cukup banyak

dalam pembentukan peradaban di Nusantara. Menurut Kenneth R. Hall

(1985), sejak akhir abad ke-13 atau awal abad ke-14, Asia Tenggara

telah terbentuk lima zon perdagangan Umpamanya, di Malaysia dan

Indonesia peranan dan sumbangan Laut China Selatan, Laut Sulu, Laut

Celebes, Laut Jawa, Laut Banda dan sebagainya yang terangkum dalam

Laut Nusantara dalam sejarah pembinaan negara bangsa di kedua-dua

negara ini sebagai negara bahari atau negara kelautan.

5 A. B. Lapian, Sejarah Nusantara Sejarah Bahari: Pidato Pengukuhan Disampaikan Pada Pidato Pengukuhan Guru Besar Fakultas Sastra Universitas Indonesia, Jakarta: Fakultas

Universitas Indonesia, 1991, hlm. 35.

4

Page 5: peranan laut sebagai penyatu dan pembina peradaban nusantara

3.0 Peranan Laut dalam Pembina Peradaban di Nusantara

3.1 Perdagangan

Kemunculan negeri-negeri kecil atau kerajaan lama pada abad pertama

Masihi di Asia Tenggara telah membawa kepada wujudnya hubungan

perdagangan antara mereka. Kawasan Nusantara sememangnya

terkenal sebagai pusat perdagangan yang suatu masa dahulu dengan

adanya kewujudan kerajaan-kerajaan awal yang terbentuk daripada

peranan laut yang cukup besar. Peringkat asas, perdagangan awal yang

berjalan antara negeri-negeri pertukaran barang antara kawasan tanah

pamah dengan kawasan bukit atau penduduk kewasan pedalaman

dengan penduduk persisir pantai.6 Tambahan pula, Nusantara yang

kedudukannya unik disebabkan struktur geografinya yang terdiri

daripada kepulauaan sesuai untuk kegiatan perdagangan iaitu

pertukaran barang dari daerah yang lain.

Menurut Kenneth R. Hall (1985), sejak akhir abad ke-13 atau awal

abad ke-14, Asia Tenggara telah terbentuk lima zon perdagangan

maritim yang mempengaruhi dinamika pelayaran dan perkembangan

negara-negara dikawasan zon tersebut iaitu Teluk Bengal, Selat Melaka,

Laut China Selatan, Laut Jawa dan Laut Sulu.7 Kemashyuran dan

6 Ahmad Jelani Halimi, Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006, hlm. 1.

7 Dr. Edward L Poelinggomang, Sejarah Maritim Dunia, Makassar: Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Universitas Hasanuddin, 2012, hlm. 5.

5

Page 6: peranan laut sebagai penyatu dan pembina peradaban nusantara

perkembangan dalam aspek maritim dan perdagangan di Nusantara

pada abad ke-15 telah mendorong para padagang dari Timur dan Barat

menjalankan perdagangan di Nusantara.Pelaut Melayu merupakan

golongan perantara yang menghubungkan pedagang-pedagang dari

China dan India.8 Hal ini mengakibatkan Nusantara menjadi pusat

tumpuan pedagang yang datang dari serata tempat khususnya

pedagang dari China, India dan Arab. Misalnya, menurut Houben Laut

Jawa bukan hanya sebagai laut utama bagi Indonesia, malah dikatakan

merupakan laut utama yang bersifat seratau dan terkenal di Asia

Tenggara.9 Dengan menjadikan laut sebagai medium perhubungan

dalam menjalankan aktiviti perdagangan telah membolehkan pedagang

untuk keluar belayar dan menjalankan kegiatan perdagangan.

Kepesatan dalam menjalankan kegiatan perdangangan melalui

medium laut telah menyebabkan terbentuknya sebuah peradaban yang

baik, seterusnya melahirkan kerajaan-kerajaan yang berasaskan maritim.

Jika dilihat, sejarah awal perkembangan perdagangan berasaskan

maritim di Nusantara sebelum kedatangan kuasa Barat pada abad ke-15,

peradaban masyarakat Maritim semakin berkembang dengan adanya

sistem yang teratur. Sistem tersebut termasuklah pelabuhan yang

menjadi tempat pengumpulan barang-barang tukaran, sistem cukai yang

memberi pulangan ekonomi maritim, wujudnya sistem matawang dan

ukuran timbangan yang mengantikan sistem barter atau dikenali

pertukaran barang yang tidak melibatkan mata wang, teknologi

perkapalan yang membolehkan penciptaan kapal atau perahu untuk

digunakan sebagai komunikasi dan pencarian hasil melalui aktiviti

kelautan serta mampu untuk belayar dan berdagang ke kawasan yang

lain.

8 Ahmad Jelani Halimi, Ibid., hlm. 2.

9 Pusat Riset Wilayah Laut dan Sumberdaya Non Hayati Badan Riset Kelautan Perikanan (BRKP) Departemen Kelautan dan Perikanan, Sejarah Maritim Indonesia: Menelusuri Jiwa

Bahari Bangsa Indonesia dalam Proses Integrasi Bangsa, Indonesia: Departemen Kelautan dan Perikanan, 2003, hlm. 6.

6

Page 7: peranan laut sebagai penyatu dan pembina peradaban nusantara

Masyarakat dahulu di Nusantara kebanyakkannya tinggal di

persisiran pantai disebabkan mudah untuk mencari sumber-sumber

ekonomi dan keperluan harian mereka. Tidak dinafikan juga, sejarah

Nusantara adalah sejarah Bahari dan berketurunan dengan masyarakat

pelaut. Kemahiran dalam pembinaan perahu dan kapal menjadi

keistimewaan masyarakat di Nusantara.10 Kemahiran ini membolehkan

mereka dapat bergerak dan berhijrah dari satu kawasan ke kawasan

yang lain. Masyarakat maritim ini telah berkembang dengan adanya

pengumpulan dan pengedaran bahan mentah untuk pertukaran barang

dari kawasan yang lain. Medium utama dalam aktiviti pertukaran dan jual

beli adalah wujudnya sebuah pelabuhan yang menjadi pemangkin dalam

aktiviti perdagangan. Antara barangan yang diperdagangkan adalah hasil

hutan, rempah ratus, gaharu, cendana, damar dan ubat-ubatan.11

Kerajaan-kerajaan awal terbentuk melalui kegiatan yang berasaskan

maritim termasuklah Srivijaya, Champa, Chih Tu, Kedah Tua dan

Majapahit. Peradaban Nusantara dilihat lebih kepada dicorakkan dengan

aktiviti maritim.

Seterusnya, aktiviti perdagangan dan pelayaran pada abad awal

ke-16 semakin berkembang di Nusantara. Penulisan mengenai

perdagangan maritim di Nusantara khususnya Sumatera dapat dirujuk

melalui The Suma Oriental of Tome Pires. Dalam karya Pires, beliau telah

menyebut semua kerajaan di Sumatera terlibat secara aktif dalam

kegiatan perdagangan maritim.12 Hal ini kerana, kegiatan ini berkembang

10 Dr. Edward L Poelinggomang, Sejarah Maritim Dunia, Makassar: Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Universitas Hasanuddin, 2012, hlm. 12.

11 Gusti Asnan, Perdaganagan Maritim Sumatera Pada Awal Abad Ke-16, Padang: Dosen Jurusan Ilmu Sejarah Fakultas Sastera Universitas Andalas, 2009, hlm. 48.

12 Robert Dick-Read, Penjelajah Bahari: Pengaruh Peradaban Nusantara Di Afrika, Indonesia: Thurlton Publishing, 2005, hlm. 10.

7

Page 8: peranan laut sebagai penyatu dan pembina peradaban nusantara

disebabkan kerajaan-kerajaan di Nusantara memiliki komoditi

perdagangan untuk didagangkan ke negeri lain. Disamping itu,

masyarakat dan pengusaha-pengusaha kerajaan juga memiliki jiwa

dagang yang kuat.13 Mereka dikatakan akan memperdagangkan apa jua

barangan yang boleh mereka perjual-belikan. Antara barangan yang

diperdagangkan ke Melaka, India,dan Jawa termasuklah emas, lada,

beras, madu dan bahan makanan lain. Namun begitu, barangan yang di

perdagangkan daripada negeri luar ke Sumatera iaitu kain, perhiasan

emas dan mata wang. Terdapat beberapa jenis saudagar yang disebut

oleh Pires iaitu, pertama raja yang ikut secara berdagang secara

langsung, kedua saudagar yang menjadi wakil raja, ketiga saudagar

bebas dan yang keempat saudagar asing.

Saudagar asing yang aktif berdagang di Sumatera antara lain

datang dari Arab, Gujarat, Cambai Benggala, Pegu, Tenaserim, Kedah

dan Beruas. Saudagar dari Arab dan India datang berdangang di

Sumatera sebanyak dua hingga tiga kali setahun dan pedagang dari

Tanah Melayu pula lebih kerap iaitu 12-20 kali dalam setahun. Kegiatan

perdagangan lebih tertumpu dilakukan di pusat kerajaan yang berada di

kawasan pinggir pantai. Aktiviti ini juga secara umumnya dilakukan

secara sistem barter dan terdapat juga yang menggunakan sistem mata

wang seperti mata wang timah (ceitis), emas (dramas) dan perak. Semua

kegiatan budaya perdagangan oleh masyarakat Nusantara umumnya

dikatakan secara tradisinya bermula daripada peranan yang dimainkan

dalam kegiatan maritim oleh masyarakat bahari. Berdasarkan kepada

rekod dan penulisan para sarjana terdahulu jelas memperlihatkan

pengaruh laut Nusantara dalam pembentukan kerajaan-kerajaan maritim

di Alam Melayu. Ianya juga sebagai jalan perdagangan utama kepada

pengembara dan pedagang yang datang dari Barat dan Timur melalui

Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Peranan kapal dan perahu melalui laut

boleh berperanan untuk menjalankan pelbagai kegiatan perdagangan,

penghubung antara pulau dan persepaduan bangsa di Alam Melayu.

Jelas, peranan laut dijadikan tapak dalam menjalankan kegiatan

13 Ibid., hlm. 49.

8

Page 9: peranan laut sebagai penyatu dan pembina peradaban nusantara

perdagangan dapat membina dan mengembangkan peradaban di

Nusantara.

3.2 Penyebaran Agama.

Selain daripada pernan laut yang dapat dilihat dari aspek

perdagangan, peranan laut sebagai penyatu dan pembina peradaban

Nusantara juga dapat dilihat daripada aspek penyebaran agama itu

sendiri. Peranan yang dimainkan oleh laut sememangnya amat besar

dalam penyebaran agama terutamanya di kawasan Nusantara. Hal ini

kerana, penyebaran agama yang berlaku apa ketika itu berlaku seiring

dengan perkembangan aktiviti perdagangan yang rancak berlaku dan

berkembang di Nusantara.14 Keadaan ini berlaku apabila para pedagang

yang datang berdagang tidak hanya terhad dalam menjalankan aktiviti

perdagangan dan perniagaan sahaja. Malahan mereka menjadi agen

dalam penyebaran agama pada ketika itu. Contohnya, kerancakan

aktiviti perdagangan telah menarik ramai golongan pedagang untuk

datang ke kawasan Nusantara. Keadaan ini telah menyebabkan

penyebaran agama pada ketika itu semakin rancak.

Tambahan pula, para pedagang yang datang berdagang akan

tinggal menetap sementara menunggu pertukaran angin monsun yang

akan membawa mereka datang ataupun kembali ke tempat asal mereka.

Keadaan inilah yang memudahkan mereka untuk menyebarkan agama

yang mereka bawa bersama kepada masyarakat setempat. Selain itu,

pada ketika itu, hubungan masyarakat setempat dengan para pedagang

amat baik dan memeudahkan para pedagang untuk menyampaikan dan

menyebarkan agama yang mereka bawa. Contohnya, sebelum Islam

tersebar di kawasan Nusantara iaitu pada sekitar abad ke-14, agama 14 Ismail Hussein et. al, Dunia Melayu dan Dunia Indochina, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka, 1995, hlm. 7.

9

Page 10: peranan laut sebagai penyatu dan pembina peradaban nusantara

Hindu-Buddha merupakan agama yang dominan jika kita melihat dalam

aspek ini. Penyebaran agama Hindu-Buddha ini berlaku sekitar abad ke 3

sehinggalah penghujung abad ke-14.15 Penyebaran agama ini begitu

cepat tersebat kerana masyarakat di kawasan Nusantara mudah untuk

menerima ajaran yang dibawa di dalam agama ini. Sebagai contoh

kerajaan yang menerima ajaran agama ini adalah kerajaan Srivijaya

yang menerima ajaran agama Buddha dalam aliran mazhab Hinayana

yang menjadi anutan utama pada ketika itu.16 Namun pengaruh agama

Hindu juga amat kuat pada ketika sehinggakan ada kerajaan yang pada

awalnya adalah kerajaan Buddha berubah kepada kerajaan Hindu.

Misalnya Kerajaan Tambralingga yang terletak di utara Langkasuka pada

awalnya adalah sebuah kerajaan Buddha. Namun selepas abad ke-7

Masihi, ekoran pengaruh Pallawa, ia berubah menjadi negara Hindu

daripada Mazhab Waisnawisme ( Wisnuisme ).17

Namun demikian, setelah kejatuhan dan keruntuhan kerajaan

Hindu-Buddha seperti kerajaan Majapahit telah menyebabkan agama

Islam mudah untuk menyerap masuk ke dalam masyarakat Nusantara.

Hal ini berlaku apabila para pedagang daripada Tanah Arab, China, Parsi

dan juga pedagang dari Gujerat, India mula membanjiri pelabuhan-

pelabuhan utama di kawasan Nusantara.18 Selain daripada golongan

pedagang, golongan ulama juga memainkan peranan penting dalam

penyebaran agama di kawasan Nusantara pada ketika itu. Kedatangan

golongan ini yang datang mengembara untuk menyebarkan agama Islam

ke Nusantara pada ketika itu telah menyebarkan dakwah mereka melalui

pendidikan yang diajar secara formal di istana-istana dan kemudiannya

15 Ahamd Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Selangor: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd, 2008, hlm. 54.

16 Ibid.

17 Ibid.

18 Tatiana A. Denisova, Refleksi Historiografi Alam Melayu, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2011. hlm. 19.

10

Page 11: peranan laut sebagai penyatu dan pembina peradaban nusantara

di masjid-masjid.19 Tambahan pula, kemasukan agama Islam ini juga

menyebabkan ramai sultan dan raja-raja pada ketika itu memeluk agama

Islam sekaligus mendorong rakyat jelata memeluk agama Islam. Oleh

yang demikian, dapat kita lihat bagaimana peranan laut itu sendiri dalam

aspek penyebaran agama di kawasan Nusantara begitu besar. Hal ini

kerana dengan menggunakan jalan laut, para pedagang dapat keluar

belayar ke tempat-tempat yang lain dan jauh

3.3 Pembinaan Empayar.

Selain daripada itu, peranan laut sebagai penyatu dan pembina

peradaban Nusantara tidak hanya terhad kepada kepada aspek

perdagangan dan penyebaran agama semata-mata. Malahan ia juga

penting dalam aspek pembinaan sesebuah empayar.hal ini kerana pada

ketika itu, kebanyakan kerajaan-kerajaan awal yang muncul di kawasan

Nusantara wujud di kawasan pesisir pantai dan juga di kawasan-kawasan

muara sungai.20 Hal ini disebabkan kerana manusia melihat kepentingan

yang dimainkan oleh laut itu sendiri dalam membantu mewujudkan

sebuah petempatan awal yang mana ia akan berkembang menjadi

sebuah kerajaan. Justeru itu, kebanyakan daripada kerajaan awal ini

muncul dan berkembang di kawasan pesisir pantai dan kerajaan-

kerajaan awal ini akan menjadi sebuah kerajaan maritim. Selain itu,

19 Ahamd Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Selangor: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd, 2008, hlm. 174.

20 Ibid. hlm. 159.

11

Page 12: peranan laut sebagai penyatu dan pembina peradaban nusantara

kerajaan awal ini telah menjadikan laut sebagai nadi utama dalam

menjamin kebelangsungan kerajaan mereka di samping manjadikan laut

itu sebagai kawasan sumber ekonomi yang sangat penting pada ketika

itu.21 Oleh itu, kerajaan-kerajaan awal ini sering bersaing antara satu

sama lain untuk menjadi sebuah kuasa utama di rantau Nusantara.

Contohnya, kerajaan Majapahit yang dikatakan sebuah kerajaan maritim

yang agung yang mana ia mempunyai tanah jajahan yang banyak dan

luas sehinggakan ia meliputi hampir keseluruhan kawasan di

Nusantara.22

Tambahan pula, pada ketika itu persaingan yang berlaku antara

kerajaan-kerajaan awal ini adalah disebabkan oleh kepentingan yang

dimiliki oleh laut itu sendiri. Laut dilihat pada ketika itu dilihat sebagai

sumber ekomoni yang paling penting dan sesebuah kerajaan yang

berjaya menguasai laut bermakna dapat menguasai kekayaan di

kawasan Nusantara. Hal ini kerana kebanyakan aktiviti ekonomi

kebanyakkannya berlaku di laut pada masa tersebut. Misalnya, aktiviti

perdagangan yang dilihat sebagai sumber ekonomi utama pada ketika

itu. Justeru itu, kerajaan-kerajaan pada ketika itu sering bersaing antara

satu sama lain untuk menjadi satu kuasa utama di rantau Nusantara

yang mana sekaligus akan menguasai laut di Nusantara.

3.4 Hubungan Diplomatik.

Selain daripada itu, peranan laut juga berkait dengan hubungan

diplomatik antara sebuah negara dengan negara yang lain. Kemunculan

kerajaan-kerajaan awal di kawasan Nusantara muncul di kawasan pesisir

laut atau pantai dan mereka perlu menjalinkan hubungan diplomatik

21 Ibid, hlm. 260.

22 Ibid, hlm. 144.

12

Page 13: peranan laut sebagai penyatu dan pembina peradaban nusantara

dengan kerajaan-kerajaan yang lain. Hal ini didorong atas faktor

kebergantungan dan saling memerlukan antara sebuah kerajaan dengan

kerajaan yang lain.23 Oleh yang demikian, wakil-wakil dari kerajaan

biasanya akan dihantar atau diutuskan untuk menjalinkan kerjasama

dengan kerajaan lain samaada dalam bidang politik atau pun ekonomi.

Tambahan pula, kelebihan sesebuah kerajaan itu menjaliankan

hubungan diplomatik dengan kerajaan lain terutamanya menjalinkan

hubungan diplomatik dengan sebuah kerajaan yang besar, kebiasaanya

mereka akan mendapat perlindungan daripada kerajaan tersebut. Dalam

erti kata lainnya, kerajaan tersebut akan berada di bawah naungan

kerajaan tersebut dan mereka berhak menghantar ufti kepada kerajaan

tersebut sebagai bukti yang mereka taat dan patuh terhadap ketuanan

kerajaan tersebut. Contohnya, kerajaan Melayu Melaka akan menghantar

ufti kepada kerajaan China sebagai bukti ketuanan kerajaan China

terhadap kerajaan Melayu Melaka pada ketika itu.24

Dalam konteks hubungan diplomatik ini, wakil dari sebuah

kerajaan akan dihantar setahun sekali atau bergantung kepada

keperluan sesebuah kerajaan tersebut untuk datang ke tanah jajahan

mereka atau sebaliknya. Pada ketika itu, kebanyakan urusan yang

melibatkan hubungan sesebuah kerajaan dengan kerajaan yang lain

dilakukan menggunakan laluan di laut. Hal ini kerana pada ketika itu,

laluan laut merupakan laluan atau alternatif utama dalam pengangkutan

dan perhubungan memandangkan kurangnya penggunaan laluan di

darat apatah lagi menggunakan laluan di udara yang sememangnya

belum wujud pada ketika itu. Di sini, dapat kita lihat bertapa pentingnya

laut kepada masyarakat di Nusantara pada ketika itu kerana dengan

adanya laut membolehkan mereka berhubung dengan masyarakat luar

23 Tatiana A. Denisova, Refleksi Historiografi Alam Melayu, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2011, hlm. 292.

24 Liang Liji, Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming Abad ke-15, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti kebangsaan Malaysia, 1996. hlm. 54.

13

Page 14: peranan laut sebagai penyatu dan pembina peradaban nusantara

hanya dengan keluar belayar di laut membolehkan mereka untuk sampai

di tempat lain.

3.5 Perkahwinan.

Selain itu, peranan laut yang tidak terhad sebagai penyatu dan

juga sebagai pembina peradaban Nusantara malah ia juga penting dalam

aspek perkahwinan. Dalam konteks ini, dapat kita lihat bagaimana

peranan laut dalam aspek perkahwinan itu adalah apabila seseorang raja

atau anak raja itu berkahwin dengan raja atau anak raja dari kerajaan

lain.25 Apa yang diutarakan disini adalah hubungan sesebuah kerajaan itu

walaupun ia dipisahkan dengan laut namun ia sebenarnya mempunyai

suatu hubungan yang erat dan salah satu aspek yang mengeratkan

hubungan tersebut adalah melalui perkahwinan dalam kalangan raja

dan kerabat diraja. Keadaan ini sering berlaku dalam kalangan kerajaan-

kerajaan awal di Nusantara. Raja sesebuah kerajaan sering

mengahwinkan anak-anak mereka dengan raja atau anak raja dari

kerajaan yang lain dan ia bukan sahaja mengeratkan lagu hubungan

sesebuah kerajaan itu malah ia sekaligus meluaskan lagi tanah jajahan

sesebuah kerajaan itu. Hal ini kerana sebaik sahaja perkahwinan itu

berlaku secara automatik rakyat dan juga negeri itu akan menjadi

naungan sesebuah kerajaan tersebut.contohnya, sultan Mansur Syah

yang berkahwin dengan puteri Raja Majapahit iaitu Puteri Radin Galuh

Cendera Kirana.26

Selain daripada perkahwinan dalam kalangan raja dan kerabat

diraja, perkahwinan campur dalam kalangan rakyat juga memainkan

25 Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Selangor: Utusan Publications & Distributors, 2008, hlm. 182.

26 Cheah Boon Kheng, terjemahan Abdul Rahman Haji Ismail, Sejarah Melayu, Selangor : The Malayisan Branch Of Royal Asiatic Society, 2009, hlm. 155.

14

Page 15: peranan laut sebagai penyatu dan pembina peradaban nusantara

peranan dalam pembina peradaban Nusantara. Perkahwinan campur

sering berlaku dalam masyarakat maritim kerana masyarakat inilah yang

banyak berkomunikasi dan berhubung dengan masyarakat luar. Tidak

hairanlah mengapa berlaku banyak perkahwinan campur dalam kalangan

masyarakat Nusantara. Para pedagang yang datang berdagang biasanya

akan berkahwin dengan masyarakat tempatan dan sekaligus

mewujudkan kelompok masyarakat yang baru. sebagai contohnya,

pedagang India Muslim yang datang berdagang ke Nusantara

terutamanya semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Mereka akan

datang berdagang dan ada segelintir daripada mereka yang berkahwin

dengan wanita tempatan. Begitu juga dengan pedagang Arab yang

datang berdagang dan berkahwin dengan masyarakat tempatan. Hal ini

menyebabkan mereka untuk terus menetap di kawasan tersebut.

Keadaan ini bukan sahaja mewujudkan hubungan kekeluargaan dalam

kalangan mereka malah dengan keluarga di tempat asal.

3.6 Pusat penyebaran dan perkembangan bahasa

Selain daripada itu, peranan laut tidak terhad kepada aspek-aspek

yang telah dinayatakan diatas, peranan laut sebagai pembina peradaban

Nusantara juga dapat kita lihat dalam aspek penggunaan bahasa yang

mana telah menjadikan Nusantara sebagai pusat penyebaran dan

perkembangn bahasa. Pada ketika itu, kebanyakaan kawasan di

Nusantara khususnya menggunakan satu bahasa sebagai bahasa

perantaraan untuk memudahkan mereka berkomunikasi antara satu

sama lain. Hal ini dapat kita lihat apabila bahasa melayu pada ketika itu

telah dijadikan sebagai bahasa lingua franca.27 Hal ini dapat dilihat

semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Pada ketika itu,

pelabuhan Melaka telah muncul sebagai salah satu pelabuhan penting

bagi pedagang Cina dan India serta Arab yang datang berdagang yang

27 Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Kesultanan Melayu Melaka : Pentadbiran Kuno atau Moden, Melaka : Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia ( IKSEP ), 1997. hlm. 18.

15

Page 16: peranan laut sebagai penyatu dan pembina peradaban nusantara

melalui laluan sutera. Mereka bukan sahaja fasih dalam bahasa melayu

malah mereka telah mejadikan bahasa melayu sebagai bahasa

perantaraan untuk memudahkan mereka berkomunikasi dengan para

penduduk dan antara sesama mereka.28 Keadaan ini telah menjadikan

bahasa melayu sebagai bahasa utama mereka dan seterusnya

menjadikan kawasan Nusantara sebagai pusat penyebaran bahasa

melayu pada ketika itu yang mana seterusnya membawa kepada

perkembangan dalam penggunaan bahasa melayu itu sendiri.

Selain daripada itu, terdapat juga penggunaan bahasa lain selain

daripada bahasa melayu yang menjadi bahasa utama untuk

berkomunikasi iaitu bahasa ibunda yang di pertuturan oleh golongan

orang asing yang datang ke kawasan Nusantara. Hal dilihat dalam zaman

kesultanan Melayu Melaka apabila Tom Pires menyatakan bahawa lebih

kurang 42 bahasa telah dipertuturkan di Pelabuhan Melaka.29 Hal ini

memperlihatkan kepelbagaian bahasa yang digunakan dalam melayan

dan memudahkan urusan seharian mereka. Keadaan ini membuktikan

bahawa kawasan Nusantara telah mnjadi pusat perkembangan bahasa

pada masa tersebut.

4.0 Analisis

Secara tradisi, masyarakat bahari mengunakan laut sebagaian daripada

kehidupan mereka. Masyarakat dahulu atau nenek moyang dikatakan

28 Ibid.

29 Ibid, hlm. 19.

16

Page 17: peranan laut sebagai penyatu dan pembina peradaban nusantara

adalah berketurunan pelaut berdasarkan sejarah mengikut peredaran

zaman.30 Misalnya, pada zaman pra-sejarah, masyarakat Nusantara

adalah berasal daripada hasil penghijrahan dari satu kawasan ke

kawasan lain untuk kelangsungan hidup dan mengadaptasi persekitaran.

penghijrahan atau pergerakan masyarakat terdahulu hasil daripada

kemahiran membuat perahu dalam merentasi lautan yang memisahkan

benua di muka bumi. Kedudukan muka bumi yang berpulau yang

dipisahkan oleh laut, namun laut juga dijadikan penghubung dalam

perbezaan ini. Laut juga menjadi medium yang sememangnya

merupakan aspek utama yang telah membentuk peradaban di

Nusantara. Peradaban yang berteraskan kepada dunia maritim ini pada

hakikatnya menjadi pemangkin kepada kehidupan masyarakat di

Nusantara. Jelas, laut mempunyai fungsi yang sangat luas dalam

membina peradaban dan kesejahteraan sejagat.

Aspek yang paling dominan dalam pembina dan penatu kepada

peradaban di Nusantara ialah perdagangan. Hal ini telah didukung oleh

Sarjana Bara seperti Kenneth R. Hall (1985) dalam karyanya yang

berjudul Maritime Trade and State Development in Early Southeast Asia

dimana pertalian diantara perdagangan laut dalam pembentukan

kerajaan-kerajaan awal.31 Hubungan serantau melalui perdagangan dari

negeri-negeri lain terjalin melalui peranan laut yang cukup memberi

sumbangan besar dalam kemajuan masyarakat di Nusantara. Walaupun

wujudnya pendapat luat dilihat pemisah kepada peradaban, kenyataan

daripada A. B. Lapian yang menganggap laut sebagai penyatu diantara

hubungan masyarakat pada era sebelum kedatangan kolonial

semamangnya jelas melalui bukti-bukti arkeologi dan peninggalan

budaya maritim yang masih wujud sehingga kini.

30 Djoko Pramono, Budaya Bahari, Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama, 2005: hlm. 133.

31 Ismail Ali. 2013. “Menghidupkan Semula Semangat Nusantara Melalui Pengajian Sejarah Maritim di Alam Melayu” dalam SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, 1(2) September 2013. Ms. 193-212

17

Page 18: peranan laut sebagai penyatu dan pembina peradaban nusantara

5.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, penelitian dan pengkajian maritim telah

berkembang sejak dahulu lagi. Sepertimana yang telah dijelaskan

sebelum ini, sejarah telah membuktikan bahawa laut di kepulauan

Nusantara atau Alam Melayu telah memainkan peranan yang cukup

penting dalam pembinaan peradaban. Ini telah dibuktikan melalui

kemunculan kerajaan awal seperti Kerajaan Srivijaya, Majapahit,

Kesultanan Melyau Melaka dan Kerajaan Kesultanan Sulu terbina melalui

fungsi laut itu sendiri yang menjadikan hubungan diantara masyarakat di

Nusantara begitu bebas sehingga kebudayaan dapat diamalkan dimana-

mana tempat. Namun begitu, setelah kedatangan kuasa kolonial dari

barat, peranan laut yang menjadi penyatu dan pembina kemajuaan

masyarakat Nusantara telah pudar kerana telah didominasi kuasa

penjajah. Ini dilihat, sejarah juga membuktikan bahawa peranan laut

turut membawa kepada keruntuhan peradaban di Nusantara apabila

dijajah oleh kuasa barat seperti Portugis, British, Belanda, Sepanyol dan

Amerika Syarikat. Oleh itu, ilmu dan kebudayaan kelautan wajar di

kembalikan keunggulanya pada masa kini sepertimana yang telah dilalui

nenek moyang Nusantara menggunakan laut sebagai asas kemajuan

masyarakat. Ini bertujuan untuk menhidupkan semua perkongsian

warisan sejarah, kebudayaan dan kesenian maritim serta menyedarkan

rakyat dirantau ini bahawa laut pada hakikatnya mampu membina

peradaban yang tinggi dan menyatukan sesebuah kerajaan.

RUJUKAN

18

Page 19: peranan laut sebagai penyatu dan pembina peradaban nusantara

A. B. Lapian. 1991. Sejarah Nusantara Sejarah Bahari: Pidato Pengukuhan

Disampaikan Pada Pidato Pengukuhan Guru Besar Fakultas Sastra

Universitas Indonesia. Jakarta: Fakultas Universitas Indonesia.

Adrian B. Lapian. 2009. Orang Laut, Bajak Laut, Raja Laut: Sejarah Kawasan Laut

Sulawesi. Jakarta: Komunitas Bambu.

Ahmad Jelani Halimi. 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Selangor:

Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ahmad Jelani Halimi. 2006. Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Cheah Boon Kheng. 2009. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: The Malaysian Branch of

the Royal Asiatic Society.

Djoko Pramono. 2005. Budaya Bahari. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.

Dr. Edward L Poelinggomang. 2012. Sejarah Maritim Dunia. Makassar: Kementerian

Pendidikan dan Kebudayaan Universitas Hasanuddin.

19

Page 20: peranan laut sebagai penyatu dan pembina peradaban nusantara

Gusti Asnan. 2009. Perdaganagan Maritim Sumatera Pada Awal Abad Ke-16.

Padang: Dosen Jurusan Ilmu Sejarah Fakultas Sastera Universitas Andalas.

Ismail Ali. 2013. “Menghidupkan Semula Semangat Nusantara Melalui Pengajian

Sejarah Maritim di Alam Melayu” dalam SUSURGALUR: Jurnal Kajian

Sejarah & Pendidikan Sejarah, 1(2) September 2013. Ms.

193-212.

Ismai Hussein et al, 1995. Dunia Melayu dan Dunia Indocina. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pusat Riset Wilayah Laut dan Sumberdaya Non Hayati Badan Riset Kelautan

Perikanan (BRKP) Departemen Kelautan dan Perikanan. 2003. Sejarah

Maritim Indonesia: Menelusuri Jiwa Bahari Bangsa Indonesia

dalam Proses Integrasi Bangsa. Indonesia:

Departemen Kelautan dan Perikanan.

Robert Dick-Read. 2005. Penjelajah Bahari: Pengaruh Peradaban Nusantara Di

Afrika. Indonesia: Thurlton Publishing.

20

Page 21: peranan laut sebagai penyatu dan pembina peradaban nusantara

Tatiana A. Denisova. 2011. Refleksi Historiografi Alam Melayu. Kuala

Lumpur : Universiti Malaya.

Zainal Abidin bin Abdul Wahid. 1997. Kesultanan Melayu Melaka :

Pentadbiran Kuno

atau Moden?. Melaka : Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme

Malaysia

( IKSEP ).

21